• Tidak ada hasil yang ditemukan

MADRASAH AL-QURRA MENJANA GENERASI HUFFAZ LOT 404, MUKIM TABOH NANING, ALOR GAJAH,,MELAKA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MADRASAH AL-QURRA MENJANA GENERASI HUFFAZ LOT 404, MUKIM TABOH NANING, ALOR GAJAH,,MELAKA"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

MADRASAH AL-QURRA’

LOT 404, MUKIM TABOH NANING,

78000 ALOR GAJAH, ,MELAKA

(2)

1

ISI KANDUNGAN

UCAPAN PENGERUSI EKSEKUTIF ... 2

BAHAGIAN A - PERATURAN AM ... 3

BAHAGIAN B – PENGURUSAN MASA ... 4

1.0

KELAS PERSEDIAAN ... 4

2.0

AKTIVITI KEROHANIAN ... 4

3.0

AKTIVITI PERMAINAN... 4

4.0

WAKTU MAKAN ... 5

5.0

WAKTU TIDUR ... 6

BAHAGIAN C – PERATURAN KHUSUS ASRAMA ... 6

1.0

DORM ... 6

2.0

PEMERIKSAAN DORM ... 6

3.0

BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH ... 7

4.0

BILIK REHAT ... 7

5.0

BARANG PERSENDIRIAN ... 7

6.0

MAJALAH DAN PENULISAN ... 8

7.0

KIRIMAN MAKANAN ... 8

8.0

BARANG LARANGAN... 8

9.0

KAWASAN LARANGAN ... 8

BAHAGIAN D – WAKTU LAWATAN DAN CUTI ... 9

1.0

KAD KELUAR MASUK ASRAMA ... 9

2.0

KELUAR MASUK ASRAMA ... 9

3.0

WAKTU LAWATAN ... 10

4.0

CUTI BALIK KAMPUNG ... 10

BAHAGIAN E – SAKIT DAN RAWATAN ... 11

BAHAGIAN F - PERATURAN KHAS BAGI PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN ... 11

BAHAGIAN G - TAFSIRAN KESALAHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN

ASRAMA ... 11

(3)

2

UCAPAN PENGERUSI EKSEKUTIF

MADRASAH AL-QURRA’

Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa kesyukuran ke Hadrat Allah SWT yang telah memanjangkan usia, mengurniakan kesempurnaan akal, menganugerahkan kesihatan jasad, memberi keupayaan sehingga dapat menubuhkan dan membangunkan Madrasah Al-Qurra’ (MAQ) sehingga kehari ini.

Adalah amat penting, aspek peraturan dan displin dititik beratkan sejak awal proses latihan di MAQ. Diharapkan agar dengan adaya Buku Peraturan Asrama MAQ ini, ianya akan menjadi panduan kepada para pelajar untuk mengikuti program-progam dengan lebih efektif dan efisien.

Sebagai pelajar MAQ, adalah amat penting bagi pelajar-pelajar untuk dapat membina sahsiah dan keterampilan bagi menyediakan diri untuk menempuh arus gobalisasi masa kini. Jadikan MAQ sebagai pemagkin atau batu loncatan bagi para pelajar untuk lebih maju, berdaya saing dan progresif.

Buatlah yang terbaik, dengan penuh kerelaan dan keikhlasan hati agar segala hasrat dari pihak kerajaan, Ibubapa, MAQ serta para pelajar sendiri akan dapat dicapai dengan jayanya.

Sekian.

Yang Benar,

PROF. MADYA HAJI MUSA BIN AHMAD

Pengerusi Eksekutif Madrasah Al-Qurra’

(4)

3

MADRASAH AL-QURRA’

BUKU PERATURAN ASRAMA

BAHAGIAN A - PERATURAN AM

1.0 Peraturan ini dinamakan Peraturan Asrama Madrasah Al-Qurra’. Mana-mana pelajar atau kumpulan

pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan ini akan dikenakan tindakan disiplin.

2.0 Peraturan di dalam buku ini boleh dimansuh, dipinda dan ditambah atau peraturan baru dimasukkan

dari semasa ke semasa ke dalamnya oleh pihak berwajib.

3.0 Pelajar asrama juga terikat dengan peraturan sekolah pada setiap masa. 4.0 Pelajar asrama dikehendaki:

(a) Menghormati dan mematuhi segala arahan warden , HEP , Ketua asrama dan ketua-ketua yang dilantik.

(b) Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan asrama serta bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda asrama dan sekolah.

(c) Menjaga nama baik dan imej diri sendiri, asrama dan juga nama baik sekolah. (d) Dilarang membuat bising apabila berada di asrama.

(e) Dilarang membuat hubungan dengan sesiapa sahaja yang bukan muhrimnya samada melalui surat menyurat , telefon dan lain-lain yang berkaitan.

5.0 PENGUASAAN : Warden – Warden, guru-guru dan MPP yang diberi kuasa untuk

menguatkuasakan peraturan-peraturan madrasah ini. Kuasa menghukum adalah tertakluk kepada Pengerusi, Pengetua, Timb.Pengetua, Warden dan guru-guru yang diberi kuasa oleh pengetua.

(5)

4

BAHAGIAN B – PENGURUSAN MASA

1.0

KELAS PERSEDIAAN

1.1 Kelas persediaan malam adalah wajib setiap hari kecuali mendapat arahan daipada pengetua atau

warden dan pada hari Sabtu.

1.2 Kelas persediaan adalah bermula seawal jam 8.00/9.00 malam dan berakhir selewat-lewatnya pada

jam 10.00 malam mengikut jadual harian yang telah ditetapkan.

1.3 Hanya bahan bacaan yang berkaitan dengan pelajaran sahaja dibenarkan untuk dibawa semasa

waktu kelas persediaan.

1.4 Lain-lain aktiviti bukan akademik semasa kelas persediaan tidak dibenarkan kecuali mendapat

arahan dari pengetua atau warden bertugas.

1.5 Pakaian untuk kelas persediaan adalah seperti berikut:-

(a) Perempuan : Berjubah, bertudung labuh dan berkasut / bersandal. Semasa kelas persediaan,

pelajar adalah dilarang untuk membuka tudung walaupun di dalam kelas. (b) Lelaki : T. Shirt / Baju Melayu, berseluar slack dan berkasut / sandal.

1.6 Para pelajar diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan kelas yang digunakan. Pelajar tidak

dibenarkan membawa atau makan ke dalam bilik bacaan/persediaan.

1.7 Pelajar dikhendaki menjaga tatatertib dan ketenteraman semasa di bilik bacaan.

2.0

AKTIVITI KEROHANIAN

2.1 Para pelajar diwajibkan solat fardhu 5 waktu berjemaah pada waktu yang telah ditetapkan.

2.2 Satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk mengendalikan program solat berjemaah dan aktiviti

kerohanian asrama.

2.3 Ketua bahagian dakwah mesti mencatatkan nama pelajar yang tidak hadir untuksolat ber jemaah

dan aktiviti pada waktu yang ditetapkan.

2.4 Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kerohanian pada waktu yang ditetapkan.

2.5 Semua pelajar diwajibkan memakai baju melayu (lelaki) dan baju jubah (perempuan)semasa ke

surau untuk solat berjemaah.

3.0

AKTIVITI PERMAINAN

3.1 Pelajar diwajibkan berada di padang / gelanggang permainan dari jam 5.00 petang hingga 6.00

petang setiap hari.

3.2 Semasa waktu permainan /riadhah pelajar tidak dibenarkan berada di asrama.

(6)

5

(a) Perempuan : T.shirt labuh / baju kurung berlengan panjang, seluar panjang biru gelap atau

hitam, bertudung, berkasut atau berstokin.

(b) Lelaki : T.shirt, seluar track, berkasut atau berstokin.

3.4 Dilarang bermain ketika hari hujan atau cuaca buruk.

3.5 Dilarang melakukan aktiviti sukan di dalam asrama, musolla, kantin, dan persekitaran asrama

kecuali tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk permainan indoor.

4.0

WAKTU MAKAN

4.1 Pelajar perlu mamatuhi masa makan

4.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan 4.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam kamar.

4.4 Pelajar yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu mestilah memaklumkan kepada warden atau AJK yang bertugas untuk tindakan.

4.5 Pelajar hendaklah berpakaian kemas dan bersih ketika berada di dewan makan.

4.6 Menutup aurat semasa makan. Bagi pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai seluar panjang

(melainkan pada waktu-waktu dibenarkan seperti gotong royong,riadhah)

4.7 Makan tengah hari pada hari-hari persekolahan dikehendaki dengan pakaian sekolah. 4.8 Penghuni hendaklah menepati masa semasa berada di dewan makan..

4.9 Dilarang berebut-rebut semasa makan.

4.10 Dilarang bersifat tamak dan mengambil makanan yang berlebihan.

4.11 Dilarang membuat bising seperti berteriak-teriak, melaga-lagakan sudu dan garfu , pinggan mangkuk dan sebagainya.

4.12 Pelajar hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dewan makan seperti berikut ;

a)

Jadual makan adalah sebagaimana di dalam jadual harian pelajar

b)

Pelajar -pelajar dilarang berkeliaran di kawasan dewan makan selain dari waktu makan dan dilarang juga masuk ke dapur.

c)

Pelajar yang memerlukan makanan lebih awal / lewat sebab berpuasa atau pulang dari rombongan , hendaklah memberitahu warden atau AJK bertugas

d)

Pinggan , mangkuk , cawan , dulang dan lain-lain peralatan dapur tidak dibenarkan bawa keluar dari dewan makan.

e)

Pelajar mesti beratur semasa mengambil makanan.

f)

Selepas makan , pelajar-pelajar dikehendaki mencuci pinggan dan cawan sendiri, membersih meja makan dan membuang lebihan makanan ke dalam bekas yang disediakan.

(7)

6

5.0

WAKTU TIDUR

5.1 Waktu tidur adalah dari jam 11.00 malam hingga 5.00 pagi.

5.2 Pada jam 11.00 malam semua pelajar mesti berada di katil masing-masing untuk pemeriksaan

malam bila perlu kecuali mendapat kebenaran daripada warden.

5.3 Semasa pemeriksaan malam, pelajar tidak dibenarkan berada di bilik air,musolla dan sebagainya.

5.4 Pelajar tidak dibenarkan bangun, merayau atau berjalan selepas pemeriksaan malam.

5.5 Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli kamar untuk memastikan lampu dipadam tepat pada jam

11.00 malam.

5.6 Pelajar mesti tidur hanya dikatilnya sahaja.

5.7 Ketua / AJK dorm wajib melaporkan pelajar yang tidak ada semasa pemeriksaan malam / melanggar

disiplin asrama kepada warden yang bertugas sebelum jam 7.15 pagi.

BAHAGIAN C – PERATURAN KHUSUS ASRAMA

1.0

DORM

1.1 Asrama hendaklah dijaga dengan bersih. Kasut, pakaian, buku dan lain-lain barang kepunyaan sendiri mestilah disimpan dan disusun dengan baik.

1.2 Penghuni hendaklah membuang sampah sarap di tempat-tempat yang disediakan.

1.3 Tempat tidur hendaklah dikemaskan dengan rapi setiap hari. Kain selimut hendaklah dilipat dan diletakkan di hujung katil. Kain cadar / sarung bantal berwarna putih hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.

1.4 Tuala dan pakaian basah hendaklah disidai di penyidai kain yang telah disediakan. Adalah dilarang menyidai di tingkap, di katil dan di kaki lima bangunan.

1.5 Penghuni asrama tidak dibenarkan mengubah katil, almari atau barang lain dan alatan asrama mengikut sesuka hati.

1.6 Penghuni dikehendaki berada di tempat tidur selewat-lewatnya pada pukul 11:00 malam.

1.7 Lampu / kipas hendaklah dimatikan ketika meninggalkan asrama kecuali jika terdapat penghuni yang sakit.

1.8 Operasi membersih bilik hendaklah diadakan pada tiap-tiap minggu atau pada bila-bila masa yang diperlukan. Ketua bilik hendaklah memastikan semua penghuni mengambil bahagian.

2.0

PEMERIKSAAN DORM

2.1 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh pengawas/ketua kamar sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur pelajar dalam keadaan kemas dan bersih.

2.2 Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas/warden blok bagi memastikan :

(8)

7

(a) kebersihan kamar pelajar (b) kebersihan asrama

(c) setiap pelajar mempunyai peralatan peribadi yang lengkap

2.3 Pemeriksaan mengejut akan dilakukan oleh warden bertugas sekiranya perlu.

2.4 Ketua dorm perlu mengunci dorm apabila ahli dorm lain pergi ke kelas atau menghadiri kegiatan –

kegiatan tertentu yang lain dan kunci asrama hendaklah diserahkan kepada warden bertugas.

3.0

BILIK AIR DAN BILIK MEMBASUH

3.1 Penghuni tidak dibenarkan meninggalkan baldi di merata-rata tempat. Baldi hendaklah disimpan di tempat yang disediakan.

3.2 Paip-paip yang digunakan hendaklah ditutup rapat selepas digunakan walaupun pada masa ketiadaan air.

3.3 Jangan membuang pembalut sabun, sisa makanan dan sebagainya di merata-rata tempat. Gunakan tong sampah yang disediakan.

3.4 Tidak dibenarkan merendam pakaian di dalam sinki. Dilarang membuang sebarang objek seperti tuala wanita, sabun dan seumpamanya di dalam lubang tandas. Selepas menggunakan tandas, hendaklah dibersihkan dengan menggunakan berus tandas yang disediakan. Pastikan tandas dan bilik asrama sentiasa bersih.

4.0

BILIK REHAT

4.1 Semua penghuni adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan alatan di dalam bilik rehat.

4.2 Penghuni hendaklah menyimpan semula surat khabar atau majalah yang dibaca ke tempat yang telah disediakan dan dilarang membawa keluar sama sekali.

4.3 Penghuni dilarang membawa makanan dan minuman atau makan dalam bilik ini. 4.4 Penghuni dilarang berbaring atau duduk dengan cara yang kurang sopan.

5.0

BARANG PERSENDIRIAN

5.1 Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga barang milik persendirian.

5.2 Buku-buku persendirian, pakaian atau apa-apa juga barangan hak milik pelajar hendaklah ditulis nama dan dijaga dengan cermat dan sempurna.

5.3 Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, kamar atau tempat-tempat yang terdedah. Pelajar hanya dibenarkan menyimpan wang sebanyak RM 10.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh guru mentor / guru tingkatan atau warden. 5.4 Sebarang wang atau benda-benda lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru

(9)

8

6.0

MAJALAH DAN PENULISAN

6.1 Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan bercetak mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua. 6.2 Semua tulisan yang bertujuan untuk disebar/dicetak dan diedar hendaklah melalui guru penasihat

untuk semakan.

6.3 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Pengetua.

6.4 Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah, adalah tertakluk kepada peraturan sekolah.

7.0

KIRIMAN MAKANAN

7.1 Bungkusan makanan boleh diterima dari rumah masing-masing. Ibu / Bapa / Penjaga adalah dinasihatkan supaya tidak menghantar makanan yang mudah basi /busuk.

7.2 Makanan tidak boleh dibawa ke bilik kuliah, makmal, musolla, kelas, bilik komputer, dewan utama dan perpustakaan.

7.3 Penghuni dibenarkan menyimpan makanan kering sahaja seperti biskut.

7.4 Makanan tersebut hendaklah disimpan di dalam bekas yang baik , bagi mengelakkan semut dan lipas.

8.0

BARANG LARANGAN

8.1 Sebarang bentuk alatan media elektronik dan apa-apa jua jenis alat komunikasi adalah tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.

8.2 Rokok, gula-gula, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, gambar/buku/majalah berunsur negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.

8.3 Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama dan sekolah.

9.0

KAWASAN LARANGAN

9.1 Semua dorm dan blok asrama menjadi kawasan larangan kepada semua pelajar pada waktu-waktu yang ditetapkan:

(a) Hari-hari persekolahan. (b) Setiap waktu sembahyang.

(10)

9

(d) Aktiviti rasmi sekolah .

9.2 Mendapat kebenaran bertulis dari Pengetua atau Ketua Warden adalah satu kemestian kepada pelajar-pelajar yang balik ke dorm.

9.3 Pelajar dilarang berkeliaran di hadapan rumah guru / kakitangan dan warden asrama.

9.4 Pelajar dilarang masuk ke dalam bilik komputer, perpustakaan, pejabat sekolah / warden, dan bilik sakit melainkan dengan kebenaran pengetua atau guru

.

BAHAGIAN D – WAKTU LAWATAN DAN CUTI

1.0

KAD KELUAR MASUK ASRAMA

1.1 Setiap orang pelajar akan memiliki sekeping kad/buku pelajar bagi kegunaan keluar / masuk asrama. 1.2 Semasa hendak keluar meninggalkan asrama, kad pelajar ini hendaklah ditandatangani oleh ketua

warden dan waris yang dibenarkan sahaja.

1.3 Kad / buku ini hendaklah ditinggalkan bersama warden asrama semasa meninggalkan asrama. 1.4 Bagi pelajar perempuan, hanya dibenarkan keluar / balik kampung bersama waris yang tercatat di

dalam kad keluar masuk sahaja dan sekiranya waris tersebut tidak dapat hadir, maka wakilnya hendaklah dimaklumkan kepada pengetua / warden secara lisan dan bertulis.

1.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar dengan mengikut kawan atau ibu bapa / penjaga pelajar lain kecuali mendapat keizinan daripada pengetua dan ibu bapa / penjaga.

1.6 Kad keluar masuk pelajar hendaklah disimpan dengan baik dan selamat. Sebarang kehilangan boleh didenda dengan bayaran sebanyak RM 10.00.

1.7 Kad asrama disimpan oleh warden. Pelajar perlu mengambil kad daripada warden sekiranya hendak

keluar dari kawasan sekolah dan menyerahkannya semula kepada warden setelah pulang ke asrama. Kegagalan pelajar berbuat demikian boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya.

2.0

KELUAR MASUK ASRAMA

2.1 Pelajar dibenarkan keluar asrama/ ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pengurusan asrama.

2.2 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan madrasah pada hari cuti am.Kebenaran keluar asrama

pada waktu lain hanya dibenarkan untuk rawatan pesakit, kecemasan, atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja.

2.3 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran Ketua Warden atau warden bertugas. 2.4 Permohonan untuk keluar bermalam selain daripada tarikh yang telah ditetapkan oleh sekolah perlu dihantar oleh ibubapa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum permohonan untuk dipertimbangkan oleh Pengetua atau Ketua Warden.

(11)

10

2.5 Pelajar tidak dibenarkan keluar mengikut penjaga pelajar lain kecuali dengan surat kebenaran ibu bapa pelajar atas sebab-sebab yang dinyatakan.

2.6 Pakaian keluar ke Bandar adalah pakaian rasmi madrasah/ baju sekolah/pakaian yang telah

ditetapkan.

3.0

WAKTU LAWATAN

3.1 Ibu bapa atau penjaga boleh berjumpa dengan anak masing – masing pada waktu – waktu berikut :

Outing setiap 2 minggu sekali( Hari Ahad dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang)

3.2 Perjumpaan dan perbualan hendaklah diadakan di kawasan asrama. Ibu bapa atau penjaga tidak

dibenarkan sama sekali masuk ke bilik tidur pelajar.

3.3 Pihak sekolah berhak melarang mana – mana pelawat untuk berjumpa dengan pelajar tanpa memberi

sebarang sebab.

3.4 Lawatan di luar waktu (10.1) boleh dipertimbangkan jika ibu bapa sendiri berjumpa dengan

pengetua, Guru Disiplin atau wakilnya.

3.5 Pelawat tidak dibenarkan untuk membawa pulang anaknya kecuali pada hari cuti sekolah dan hari

– hari yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.6 Semasa lawatan, ibu bapa atau penjaga diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan masing –

masing di hadapan / di belakang asrama kecuali dibenarkan oleh pihak sekolah atau warden asrama.

3.7 Ibubapa/waris yang datang melawat hendaklah berpakaian sopan bersesuaian dengan suasana

persekitaran di madrasah tahfiz.

4.0

CUTI BALIK KAMPUNG

4.1 Pelajar hanya dibenarkan balik ke kampung pada cuti persekolahan sahaja atau pada hari – hari

yang diarahkan dan ditetapkan oleh pihak pentadbiran.

4.2 Untuk tujuan keselamatan, ibu bapa / penjaga pelajar ( digalakkan bagi pelajar lelaki / diwajibkan bagi pelajar perempuan ) menjemput atau menghantar wakil ( yang telah direkodkan dalam kad keluar masuk ) dan menghantar kembali dengan cara yang sama , kad lawatan / buku keluar masuk mestilah ditunjukkan kepada warden yang bertugas.

4.3 Dilarang bermalam di rumah kawan kecuali mendapat kebenaran penjaga. 4.4 Dalam keadaan kecemasan pelajar mestilah:

(a) Mendapat kebenaran daripada Pengetua.

(b) Menunjukkan surat atau bukti waris yang menjemput pelajar. Ini adalah untuk menentukan bahawa keadaan kecemasan itu adalah sah.

4.5 Pelajar – pelajar dikehendaki pulang semula pada hari yang ditetapkan ke asrama sebelum jam 6.00

(12)

11

BAHAGIAN E – SAKIT DAN RAWATAN

1.0 Pelajar yang sakit hendaklah memaklumkan kepada warden yang bertugas untuk dihantar ke pusat

rawatan (ika perlu)

2.0 Ibu bapa / waris akan dimaklumkan sekiranya pelajar tersebut dimasukkan ke hospital

3.0 Sebarang bil rawatan adalah ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapa/penjaga.

4.0 Pelajar yang sakit kronik, demam yang kuat dan penyakit berjangkit, dibenarkan balik ke rumah/ kampong

BAHAGIAN F - PERATURAN KHAS BAGI PEMAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN

1.0 Dilarang membawa dan memakai pakaian yang ketat, jarang dan pendek.

2.0 Dilarang membawa dan memakai tudung pendek dan segala jenis selendang/shawl.

3.0 Dilarang membawa dan memakai pakaian yang mempunyai banyak jenis corak dan perhiasan

seperti manik, labuci,corak dan seumpamanya.

4.0 Hanya dibenarkan memakai baju jubah yang berwarna gelap dan tidak berfesyen.

BAHAGIAN G - TAFSIRAN KESALAHAN DAN PELANGGARAN PERATURAN

ASRAMA

1.0

Klausa peraturan yang tidak jelas dan mana-mana peraturan dan kesalahan yang

tidak tercatat dalam peraturan asrama, Lembaga Pengurusan Asrama yang

dipengerusi oleh Pengetua boleh dengan budi bicara mentafsirkan kesalahan dan

hukuman yang akan dikenakan.

2.0

Pelanggaran peraturan asrama adalah satu kesalahan. Hukuman yang akan

dikenakan adalah berdasarkan keseriusan kesalahan.

3.0

Kategori hukuman adalah

(a) Amaran dan kaunseling

(b) Memanggil ibu bapa / penjaga

(c) Gantung Asrama : 1 Minggu dan 2 Minggu

(d) Buang Asrama

Referensi

Dokumen terkait

Skripsi yang disusun oleh Alhadi mahasiswa Fakultas Syariah jurusan Ahwal Syakhsiyyah pada tahun 2011 dengan judul “ Kekerasan Terhadap Istri Ditanjau Dari Hukum Islam (Studi

Lihat lebih dari 5 iklan video per hari untuk menerima tambahan 10% dari jumlah pengembalian pasif. Lihat lebih dari 10 iklan video per hari untuk menerima tambahan 20% dari jumlah

demikian dapat disimpulkan bahwa pemanfaatan teknologi, dukungan terhadap kontribusi karyawan, dan pemberdayaan karyawan dapat semakin meningkatkan keinovasian dalam

Menurut Sabatier (1986) memodifikasi model mereka pada tahun (1973), mengidentifikasi tiga faktor bebas (independen faktor) yang mempengaruhi keberhasilan

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh konsentrasi antiscalant, tekanan operasi, dan penambahan zat organik terhadap kinerja membran dengan

7 Berdasarkan hasil penelitian terhadap indikator meningkatkan kemampuan membaca dan menulis permula dilakukan sebanyak dua siklus pada pembelajaran Bahaa Indonesia di kelas I