• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIARAN MEDIA HARI KEBANGSAAN 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "SIARAN MEDIA HARI KEBANGSAAN 2017"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

31 Ogos 2017 - Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 disambut penuh meriah dan gilang gemilang dengan ribuan rakyat membanjiri Dataran Merdeka sebagai menunjukkan semangat solidarity, perpaduan dan cinta Negara yang tinggi. Pelbagai pengisian acara perbarisan dan perarakan dipersembahkan menjurus ke arah tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu “Negaraku Sehati Sejiwa”.

Memandangkan sambutan kali ini adalah kali ke-60, pengisian acara ini digarap selari dengan konsep iaitu “menghidupkan kembali penghayatan dan semangat Merdeka di Stadium Merdeka pada tahun 1957” dengan gema laungan Merdeka! Merdeka! Merdeka! yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Dato‟ Sri Mohd Najib Tun Razak sendiri. Bilangan kontinjen yang terlibat adalah mewakili 8 segmen utama dengan peningkatan penyertaan keseluruhan peserta lebih kurang 17,275 orang yang terdiri daripada pelbagai golongan daripada agensi Kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar sekolah dan 321 jenis aset udara dan darat.

Di samping acara-acara rasmi seperti detik ketibaan dan keberangkatan pulang pembesar-pembesar Negara, acara perbarisan dan perarakan ini diisi dengan Persembahan Khas Hari Kebangsaan 2017 iaitu:

1. Imbasan Pra Kemerdekaan dan Kemerdekaan i. Prolog

ii. Penjajahan British, Jepun, (Keganasan) Komunis, British iii. Perisytiharan Tarikh Hari Kemerdekaan

iv. Ambang Merdeka & Hari Kemerdekaan v. Perisytiharan Hari Malaysia

2. Acara Menaikkan Bendera – Jalur Gemilang / NEGARAKU 3. Bacaan Ikrar Rukun Negara

4. Laungan MERDEKA 7 kali

(2)

Bagi Persembahan Padang, tema sambutan “Negaraku Sehati Sejiwa” diterjemahkan dalam bentuk persembahan khas yang berteraskan sebuah penceritaan dari proses mencapai Kemerdekaan, Kegemilangan dan Pembangunan Malaysia dari 1957 hingga masa kini berlandaskan perpaduan dengan pergerakan yang melambangkan perpaduan dalam keluarga, pembangunan ekonomi, peningkatan teknologi terkini dan sebagainya.

Persembahan ini telah disokong dengan penglibatan ribuan pelajar-pelajar sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam segmen yang sama, turut menyaksikan sesi bacaan ikrar yang akan dipimpin oleh 3 generasi dari Angkatan Tentera Malaysia (merangkumi darat, laut & udara) yang telah dipilih bagi mewakili rakyat Malaysia.

Bagi segmen perbarisan dan perarakan pula, ianya menampilkan lapan (8) kontinjen utama yang akan menggambarkan penyertaan pelbagai lapisan rakyat Malaysia. Kontinjen-kontinjen yang dimaksudkan ialah seperti berikut :

BIL. KONTINJEN

1 Kenegaraan - Pembawa Bendera Gergasi berukuran 20‟ x 40‟

Bendera dibawa oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Briged Sukarelawan Khidmat Negara dibawah pimpinan En Mohd Yunus Abd Rahmat.

2 Perpaduan

Kontinjen Perpaduan dibawah penyelarasan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang menampilkan 300 orang peserta terdiri daripada Jiran Muda, Organisasi yang mewakili 7 agama utama iaiut Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, Baha;I dan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama (JKMPKA ) dan; Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS).

3 Animasi & Industri Kreatif

Diselaraskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), diketuai oleh En Zulkifli Abdul Wahab Timbalan Ketua Pengarah FINAS membariskan penglibatan dan penyertaan pelbagai watak siri animasi popular Negara seperti Ejen Ali, Omar dan Hana dan banyak lagi.

4 Sukan SEA & Para ASEAN

(3)

Emas kepada Negara turut menyertai perarakan dengan menaiki bas. ini disertai oleh atlet-atket Negara yang memenangi Pingat Emas di Sukan Sea KL2017 dan diketuai oleh YBhg. Datuk Marina Chin, Chief DIMISSION Kontinjen Sukan Sea KUALA LUMPUR 2017 . Beliau juga merupakan Olahragawati Kebangsaan Tahun 1976 dan 1977.

5 TN50

Terdiri daripada 130 orang generasi muda pelbagai bangsa yang memaparkan generasi bagi 30 tahun yang akan datang dan diketuai oleh Encik Zakaria Saban.

Dengan slogan “TN50 BERGERAK MAJU” memaparkan TN50 yang mengumpul momentum ke masa hadapan, menampilkan kepelbagaian golongan belia sebagai pewaris masa depan Negara, bagi mencorak perancangan Negara bagi era akan datang, iaitu dari 2021 hingga 2050.

Kenderaan „TN50‟ menggambarkan penglibatan akar umbi berganding bahu dalam usaha untuk merancang dan membangun masa depan NegaraKu.

6 Ketenteraman Awam

Diselaraskan oleh Kementerian Dalam Negeri terdiri daripada 10 agensi Penguatkuasaan undang-undang dengan kekuatan seramai 1,900 anggota daripada ;

- Jabatan Pengangkutan Jalan - Angkatan Pertahanan Malaysia - SMART

- Bomba

- Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) - Jabatan Imigresen

8 Komponen Rakyat Bersepadu

(4)

Kontinjen ini merupakan Gabungan Pancaragam Pasukan Beruniform dan Masyarakat Pelbagai Kaum turut dijayakan oleh ;

- Permata Seni Tari di bawah naungan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor, iateri Perdana Menteri ,

- Jabatan Penjara Malaysia,

- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, - Soka Gakkai Malaysia,

- Indian Dance Group,

- Teresang Kenyalang Dance ,

- Persatuan Anak Sabah Kuala Lumpur - Kumpulan Kesenian JKKN

Pelbagai kelainan dan keunikan dan beberapa “WOW” faktor ditonjolkan di dalam acara Perbarisan dan Perarakan sambutan Hari Kebangsaan kali ini supaya dapat dipapar dan dirasai bersama oleh penonton dan rakyat Malaysia, antaranya;

1. SUSUN ATUR DI DATARAN MERDEKA

Stadium Ambience (menstadiumkan Dataran Merdeka) LED Screen terpanjang pernah diadakan (200m X 9m)

Penggunaan skrin LED gergasi, setiap persembahan dalam Acara Perbarisan dan Perarakan ini akan disokong dengan persembahan grafik dan video di skrin LED gergasi dan akan memberikan impak yang lebih kepada penonton. Pada masa yang sama, tetamu juga akan dapat menyaksikan persembahan secara langsung yang akan turut dipancarkan secara langsung di LED skrin.

Pihak urus setia sedang mendapatkan pengiktirafan Malaysia Book of

Records untuk LED terbesar iaitu bersaiz 200 m x 9 m.

2. MERAKYATKAN ACARA

Penyediaan Teres Manusia di sepanjang laluan dari Dataran Merdeka sehingga sepanjang Jalan Raja Laut dan ke Sogo dengan kapasiti kerusi (tempat duduk) sebanyak 6000 pax

- Dataran DBKL (2000 Pax) - OUB Bank (2000 Pax) - Sogo (2000 Pax)

(5)

perlumbaan Formula E digunakan dalam sambutan kali ini. Penggunaan kerusi ini akan memberi sudut pandangan dan dimensi baru penonton terhadap persembahan yang ditonjolkan sama ada di darat atau udara. Berbanding tahun lalu, jumlah kerusi grandstand pada sambutan tahun ini akan ditambah bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati persembahan dan perarakan yang akan diadakan.

3. PERSEMBAHAN KHAS

A) Imbasan semula detik-detik penting Pra-Kemerdekaan,

Pengisytiharan Kemerdekaan, Ambang Merdeka, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

B) Sumbangan pemimpin negara

C) Persembahan khas PDRM (gerakan penghapusan komunis - F Team) D) Persembahan khas ATM – kawad senyap Tentera Darat DiRaja

seramai 1000 anggota

E) Pancaragam gabungan pasukan beruniform seramai 460 anggota yang melibatkan gabungan 11 buah agensi.

4. PENGLIBATAN MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM PROSES MENCAPAI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA

Signifikannya sambutan ke 60 tahun ini juga dengan kehadiran waris pejuang-pejuang kemerdekaan dan penubuhan Malaysia antaranya;

- YTM Tunku Dato‟ Seri Ahmad Nerang Ibni Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

- Puan Deva Kunjari Anak Kepada Mendiang Tun V.T. Sambanthan - YBhg Datuk Amir Kahar Bin Tun Mustapha Dari Negeri Sabah

- YB Datuk Alexandar Nanta Linggi Cucu Kepada Mendiang Tun Datuk Patinggi Tan Sri Temenggung Jugah Anak Barieng Dari Negeri Sarawak

Serta insan yang pernah diberi penghormatan dengan sambutan Hari Kebangsaan terdahulu seperti ;

- Lt Kdr (B) Hj. Mohd. Sharif bin Kalam TLDM dan Bintara Kanan Komunikasi (B) Oliver Culvelt Samuel (Penaik Bendera Persekutuan Tanah Melayu pada 1957) yang turut serta semasa menaikkan acara Jalur Gemilang pada kali ini.

(6)

Pemilihan tema “Negaraku sehati sejiwa” adalah terjemahan kepada semangat kesepaduan, kesefahaman dan kekitaan berteraskan nilai-nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia. Kerukunan dan keharmonian yang wujud hasil perpaduan semua kaum harus diiktiraf dan diraikan bagi menyemarakkan lagi perasaan kasih, sayang serta hormat menghormati sesama kita. Sehati sejiwa ini meniupkam nafas patriotisme yang mendalamkan rasa cinta akan Negara.

Sambutan Hari Kebangsaan dengan bertemaka “Negaraku sehati sejiwa” mampu mengerak dan menyemarakkan perasaan kasih dan sayang serta hormat menghormati di antara kita. Ia akan meneguhkan lagi semangat patriotisme yang menjadi tunggak dan tiang seri kepada keharmonian dan perpaduan bangsa Malaysia.

Dikeluarkan oleh;

Referensi

Dokumen terkait

Dalam rangka melaksanakan pemerintahan tersebut, maka Pemerintah Daerah mengalokasikan dana perimbangan untuk pemberian Alokasi Dana Desa (ADD) yang merupakan wujud

Rekan-rekan Mahasiswa Program Studi Pendidikan Biologi yang telah banyak memberikan masukan kepada penulis baik selama dalam mengikuti perkuliahan maupun dalam

Kecepatan rata-rata (besaran vektor): Perpindahan dibagi rentang waktu selama terjadinya perpindahan tersebut.. Kelajuan rata-rata (besaran skalar): Jarak yang ditempuh dibagi

This research is an exploratory research to obtain empirical evidences about competen- cies needed by accounting graduates working in private companies, state companies, and

Adapun gejala wasir yang lainnya adalah sebagai berikut ini: Wasir berdarah atau keluarnya darah segar pada saat buang air besar, Terasa tidak enak pada lubang

[r]

Industri Besar adalah perusahaan industri yang mempunyai pekerja 100 orang atau lebih, Industri Sedang mempunyai pekerja 20 orang sampai 99 orang pekerja,

Adalah menjadi kewajiban para rasul untuk menyampaikan kepada manusia apa yang diterima dari Allah berupa wahyu.. Sifat wajib rasul yang sesuai dengan pernyataan ini