• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK UNTUK MEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDEKATAN KAUNSELING KELOMPOK UNTUK MEN"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

PERTUBUHAN ANAK-ANAK YATIM NEGERI JOHOR*

ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

MASTURA MAHFAR

Unit Perkhidmatan Sokongan Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

HAMDAN KADIR

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau jenis-jenis masalah emosi di kalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Asrama Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor, iaitu di daerah Johor Bahru, Mersing dan Kota Tinggi, Johor. Di samping itu, penyelidikan ini turut bertujuan menggunakan pendekatan kaunseling kelompok bagi menangani permasalahan emosi dikalangan anak-anak yatim dan mengenalpasti kesan yang dialami mereka selepas menerima rawatan kaunseling kelompok. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Seramai 3 orang kaunselor profesional terlibat sepanjang sesi kaunseling kelompok dengan 30 kes studi yang berumur antara 13 hingga 15 tahun dari 3 daerah yang dipilih tersebut. Pemilihan kes berfokus kepada mereka yang mempunyai permasalahan emosi sahaja. Untuk menepati kriteria klien, Mooney Problem Check List digunakan diperingkat pra kajian. Sumber lain yang digunakan dalam

* Kertas kerja Peringkat Kebangsaan dibentangkan di Seminar Kebangsaan Ke-3

(2)

kajian ini iaitu dokumentasi, rekod, temubual, dan pemerhatian. Rawatan kaunseling kelompok dilakukan bagi merawat permasalahan emosi klien. Keputusan kajian mendapati bahawa anak-anak yatim mempunyai permasalahan emosi iaitu memerlukan kasih sayang daripada penjaga, mengalami tekanan hidup dan sering berasa tidak berpuas hati. Oleh itu, cara-cara untuk menangani permasalahan emosi adalah dengan cara-cara mengubah sikap, mewujudkan hubungan mesra dengan penguasa asrama, kakitangan asrama, rakan-rakan sebaya dan meningkatkan disiplin diri. Selepas menerima rawatan kaunseling, anak-anak yatim mempunyai fikiran terbuka, mempunyai sikap saling bekerjasama, yakin diri dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

PENGENALAN

Kanak-kanak merupakan aset dalam sesebuah negara kerana akan menjadi sumber tenaga produktif bagi sesebuah negara. Dengan bertambahnya bilangan penduduk di sesebuah negara bermakna sumber tenaga manusia ini sekaligus dapat membantu dalam pembangunan negara. Di Malaysia, dasar kependudukan yang di lancarkan oleh Tan Sri Dr Mahathir Mohamed pada 1981 yang mensasarkan jumlah penduduk 21 juta penduduk menjelang 2010 merupakan suatu usaha yang positif kerana negara tidak lagi bergantung kepada kemasukan buruh asing sama ada melibatkan tenaga buruh profesional mahu pun bukan profesional. (Ranjit Singh, 1994) Dengan adanya 22 juta rakyat Malaysia pada masa kini di mana satu pertiga daripadanya adalah golongan kanak-kanak dan remaja, golongan inilah yang diharap dapat membantu dalam usaha pembangunan negara pada masa akan datang.

(3)

sesetengah di kalangan mereka kematian ibu atau bapa atau kehilangan kedua-duanya sekali. Di negeri Johor, mereka akan ditempatkan di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim kerana masalah kemiskinan yang dihadapi oleh keluarga mereka.

Menurut perangkaan dari Bahagian Penerangan dan Penyelidikan Kerajaan negeri Johor sehingga 30 September 2002, terdapat seramai 3,402 0rang (23.30 %) anak-anak yatim yang dikategorikan sebagai golongan kedua tertinggi kurang bernasib baik selepas golongan kurang upaya. Berdasarkan pecahan mengikut daerah pula bagi tahun 2000, menunjukkan daerah Batu Pahat mencatatkan bilangan anak yatim teramai (790), diikuti daerah Johor Bahru (618), Kluang (488) dan Muar (484).

LATARBELAKANG MASALAH

Pada masa ini, pelbagai usaha dilakukan bagi membantu anak- anak yatim dari segi pendidikan, pembelaan, kemudahan tempat tinggal serta pembelajaran yang sempurna di samping bantuan kewangan. Pada tahun 2001, kerajaan Johor telah memperuntukkan sejumlah RM 214,690.00 kepada anak- anak yatim melalui Skim Bantuan Anak Yatim. Walaupun masa depan mereka banyak bergantung perhatian daripada kerajaan dan masyarakat yang sentiasa peka dengan nasib mereka, namun begitu usaha- usaha yang berkaitan dengan psikologi masih belum mencapai tahap memuaskan.

(4)

ditinggalkan ini tidak mendapat sepenuhnya belaian, kasih sayang dan perhatian daripada ibu, bapa atau kedua-duanya bagi membantu perkembangan optima mereka. Menurut Mc Call (1990), kebanyakan penjaga kanak-kanak profesional percaya bahawa kanak-kanak yang ditempatkan di rumah anak-anak yatim gagal dalam memperkembangkan diri dari segi sosial dan psikologikal, lebih-lebih lagi jika ditinggalkan sejak bayi lagi.

Kajian Goldforb (1943,1947, 1949) secara klinikal terhadap sekumpulan remaja yang di tempat di rumah anak-anak yatim di bandar New York menunjukkan bahawa remaja-remaja berkenaan menghadapi masalah serius dari segi perkembangan intelektual, personaliti dan sosial mereka. Kajian kes oleh Lowrey (1940) pula terhadap kanak-kanak yatim berumur 3 tahun di 28 buah rumah berasrama mendapati bahawa mereka lebih cenderung mempunyai personaliti yang memencilkan diri, suka bermusuh, tidak sensitif serta mementingkan diri sendiri. Kajian Rutter et all (1990) terhadap 120 orang anak-anak yatim menunjukkan bahawa mereka turut menghadapi masalah personaliti dan tingkah laku berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh mereka. Freud dalam Noran dan Habibah (2001) turut menyatakan bahawa ketiadaan kerapatan serta perhubungan yang berterusan dengan ibu bapa boleh memberikan kesan buruk terhadap kesejahteraan seseorang bayi.

Dari perspektif agama hal yang berkaitan anak yatim merupakan satu perkara penting sehingga terdapat ayat–ayat dalam Al Quran yang menyebutnya secara langsung atau tidak langsung.

“Barang siapa memuliakan anak yatim pada bulan Ramadhan, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan – Nya.”

(5)

Mengikut data hasil kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor pada tahun 2002 terdapat seramai 2337 anak yatim di negeri Johor. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor sentiasa mengambil berat dengan menyediakan pelbagai bantuan sama ada dari sudut material, kasih sayang dan sokongan untuk memastikan kehidupan anak yatim di negeri Johor sentiasa terbela dan anak–anak yatim ini mampu berdikari apabila mencapai umur dewasa.

PERNYATAAN MASALAH

Ikatan hubungan yang rapat antara ibu dan kanak-kanak adalah satu keperluan utama terhadap peningkatan keyakinan diri serta saling mempercayai antara satu sama lain. Persoalan yang timbul adakah kesan-kesan emosi yang dihadapi oleh anak-anak yatim ini menjejaskan perkembangan kendiri dan masa depan mereka. Secara khususnya, anak-anak yatim yang menghadapi masalah emosi amat memerlukan pendekatan kaunseling yang tertentu. Mereka memerlukan kaunselor yang memahami tekanan emosi yang dialami serta strategi penyelesaian terbaik dalam menghadapi permasalahan tersebut.

(6)

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti jenis-jenis masalah emosi dikalangan anak-anak yatim di Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor. 2. Mengenalpasti cara-cara menangani masalah emosi dikalangan

anak-anak yatim melalui pendekatan kaunseling kelompok di Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor. 3. Mengenalpasti kesan yang dialami anak-anak yatim melalui

pendekatan kaunseling kelompok.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah jenis-jenis masalah emosi dikalangan anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Asrama Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor? 2. Apakah cara-cara menangani masalah emosi dikalangan anak-anak

yatim melalui pendekatan kaunseling kelompok di Pertubuhan Kebajikan Asrama Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor? 3. Apakah kesan yang dialami anak-anak yatim melalui pendekatan kaunseling kelompok?

METODOLOGI KAJIAN

(7)

TEMPAT KAJIAN

Kajian ini di jalankan di tiga buah asrama anak-anak yatim Islam di tiga buah daerah di negeri Johor iaitu Johor Bahru, Mersing, dan Kota Tinggi. Rasional pemilihan asrama anak-anak yatim sebagai tempat kajian kerana anak yatim yang memerlukan perhatian sering terdedah kepada masalah yang berkaitan dengan emosi seperti keperluan kasih sayang, kebimbangan, kemurungan dan keresahan.

SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian terdiri daripada penghuni lelaki dan perempuan asrama anak-anak yatim Islam dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, dan Mersing. Bagi mendapatkan sampel kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah pemilihan sampel bertujuan. Melalui kaedah ini, sampel dapat dikenal pasti dengan memberikan fokus kepada sampel yang menghadapi masalah emosi sahaja.

ANALISA DATA

(8)

beberapa komponen atau kategori menjurus kepada objektif kajian agar ia menjadi lebih sistematik dan bermakna.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jenis-Jenis Masalah Emosi Yang Dihadapi Oleh Anak-anak Yatim Di Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor

(9)
(10)

normal dengan berfikir serta melakukan perubahan diri secara positif melalui pendekatan kaunseling kelompok.

Dalam kajian ini, pengkaji juga mendapati bahawa anak-anak yatim bukan sahaja menghadapi masalah kurang mendapat perhatian dan kasih-sayang daripada pengasuh atau pentadbiran asrama, bahkan juga daripada ahli keluarga terdekat. Keadaan ini kemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor seperti kewangan, tempoh masa dan sebagainya yang menjadi kesukaran kepada ahli keluarga terdekat untuk mengunjungi mereka di asrama. Selain itu, komuniti yang agak besar di asrama mungkin menimbulkan kesukaran kepada pihak pengasuh, warden atau pengurusan asrama untuk memberikan perhatian dan kasih-sayang sepenuhnya kepada mereka. Dapatan pengkaji telah menyokong kajian Raimah (2003) yang mendapati bahawa anak-anak yatim tidak dapat diberikan kasih-sayang seperi keluarga di rumah sendiri serta kajian Kuljinder (1998) yang menunjukkan bahawa kanak-kanak di dalam institusi menunjukkan kekurangan kasih-sayang daripada kedua ibubapa, terasa diabaikan dan lebih cenderung mengalami gangguan emosi berbanding kanak-kanak yang tidak ditempatkan di institusi.

Cara-cara Menangani Masalah Emosi Di Kalangan Anak Yatim Melalui Pendekatan Kaunseling Kelompok Di Asrama Pertubuhan Anak-anak Yatim Islam Negeri Johor.

Perubahan sikap

(11)

perbandingan penghargaan kendiri dan pencapaian akademik di kalangan anak-anak yatim dengan pelajar-pelajar yang mempunyai ibu bapa. Kajian beliau mendapati bahawa anak-anak yatim mempunyai sikap dan pemikiran yang positif dalam hidup. Mereka juga mempunyai konsep kendiri yang positif, mempunyai mekanisme bela diri yang positif dan mempunyai kecenderungan untuk mengubah diri ke arah yang lebih baik. Buktinya hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pencapaian akademik dikalangan anak-anak yatim dan anak-anak yang mempunyai ibubapa. Ini bermakna hasil kajian ini menunjukkan anak-anak yatim mempunyai tahap pencapaian akademik yang lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar yang mempunyai ibubapa.

(12)

Hubungan mesra

Dapatan pengkaji menunjukkan bahawa antara cara-cara yang dilakukan oleh anak-anak yatim bagi menangani masalah emosi dalam kaunseling kelompok ialah menjalinkan hubungan baik dan mesra dengan pengasuh dan rakan-rakan. Kajian ini turut disokong oleh Jamaluddin (1987) yang telah menjalankan kajian pembentukan tingkahlaku asertif di kalangan kanak-kanak yatim di Rumah Anak-anak Yatim Seri Cempaka melalui asertif. Hasil kajian ini menunjukkan anak-anak yatim mempunyai hubungan yang mesra dengan kakitangan pusat penjagaan, para pegawai, dan kaunselor. Mereka mempunyai sikap asertif dalam hubungan komunikasi antara perseorangan. Maka jelas bahawa anak-anak yatim mempunyai hubungan interpersonal yang positif dengan kakitangan pusat penjagaan, tidak berasa rendah diri dan bersikap asertif dalam komuikasi harian mereka.

Begitu juga dengan kajian Mohd Fadzil (1987) yang melihat anak-anak yatim dari aspek asertif dalam perhubungan dengan rakan sebaya, pegawai dan kakitangan di pusat penjagaan. Hasil kajian beliau mendapati bahawa anak-anak yatim mempunyai sikap asertif dalam perhubungan dengan rakan sebaya, pegawai dan kakitangan pusat penjagaan. Ini bermakna hasil kajian pengkaji mempunyai persamaan dengan kajian Jamaluddin (1987) dan Mohd Fadzil (1987) yang menunjukkan dengan jelas bahawa anak-anak yatim tidak berasa rendah diri, introvert dan mempunyai komunikasi yang asertif dalam perhubungan dengan rakan sebaya, para pegawai dan kakitangan pusat penjagaan tersebut.

(13)

mereka tiada ibubapa tetapi dari segi perhubungan interpersonal dan komunikasi mereka tiada masalah dari segi pergaulan social dan hidup bermasyarakat. Ini kerana bagi mereka melalui perhubungan interpersonal dan komunikasi yang baik akan membolehkan mereka untuk hidup saling bantu membantu, tempat untuk meluahkan masalah dan perasaaan yang terpendam dan berkongsi setiap permasalahan baik kepada rakan sebaya, kaunselor, para pegawai mahu pun pengetua asrama kebajikan anak-anak yatim tersebut.

Meningkatkan disiplin diri

Di samping itu, anak-anak yatim juga telah berusaha mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan di asrama. Kesungguhan anak-anak yatim bagi menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan pengasuhnya adalah selaras dengan dapatan kajian Forehand et al (1999) yang menunjukkan bahawa pengasuh yang baru merupakan orang yang memberikan kestabilan suasana baru terhadap kehidupan anak-anak yatim. Keadaan ini disebabkan oleh anak-anak yatim yang tinggal berjauhan dengan ahli keluarga mereka menyebabkan kasih-sayang dan perhatian amat diperlukan daripada pengasuh.

(14)

Kajian pengkaji turut di sokong oleh Raimah (2003) yang mengkaji 80 orang anak-anak yatim terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan. Hasil kajian beliau mendapati bahawa secara keseluruhan tahap konsep kendiri di kalangan anak-anak yatim berada pada tahap sederhana. Hasil ujian t mendapati bahawa tiada terdapat perbezaan tahap konsep kendiri antara jantina dan tempat asal mereka. Skor min dan Anova sehala juga menunjukkan tidak wujud perbezaan signifikan tahap konsep kendiri anak yatim dari aspek tahap pendidikan sama ada sekolah rendah, PMR dan SPM.Maka kajian ini jelas menunjukkan bahawa anak-anak yatim mempunyai konsep kendiri yang positif

Kajian ini turut disokong oleh Norazani Md Zain (1993) yang melihat perbezaan personaliti antara remaja yang tinggal di Institut Kebajikan dengan yang tinggal bersama ibubapa. Keputusan keseluruhan menunjukkan tidak terdapat perbezaan ciri-ciri personaliti bagi kedua kelompok remaja tersebut. Ini bermakna anak-anak yatim juga mempunyai personaliti diri yang positif seperti kanak-kanak yang mempunyai ibubapa. Justeru itu, sudah tentulah mereka mempunyai disiplin diri, mempunyai motivasi dan inginkan kejayaan dalam hidup. Sebagaimana yang telah dijelaskan, walaupun mereka tiada ibubapa namun itu bukanlah bermakna mereka bersikap negatif dalam hidup, sebaliknya mereka perlu mempunyai pembentukan diri yang positif dalam hidup.

(15)

yatim. Kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang telah digunakan adalah berasaskan kejayaan dalam perhubungan kaunseling seperti mendapatkan kerjasama ahli kelompok dalam membina perhubungan, menstruktur, memberi maklumbalas, mendengar, menyatakan semula, berempati, melayan, memberi perhatian, dorongan minima, konfrantasi, parafrasa, menyoal dan merumuskan di samping mengadakan beberapa aktiviti bagi membantu proses perkembangan kaunseling kelompok.

Kesan yang dialami anak-anak yatim melalui pendekatan kaunseling kelompok

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa walaupun terdapat krisis atau konflik pada peringkat awal kaunseling kelompok, namun terdapat kesan-kesan positif yang diperolehi oleh anak-anak yatim melalui pendekatan ini setelah melalui keempat-empat sesi dengan bimbingan kaunselor. Menurut Rogers (1979), perluahan perasaan negatif adalah merupakan satu cara untuk menguji kepercayaan atau kebebasan ahli kelompok. Antara kesan positif yang diperolehi oleh mereka ialah anak-anak yatim lebih bersikap terbuka, saling bekerjasama antara satu sama lain, belajar berdikari serta menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif. Di samping itu, anak-anak yatim juga semakin menunjukkan peningkatan keyakinan diri walaupun tinggal berjauhan dengan keluarga mereka. Mereka juga mula menunjukkan hubungan mesra dengan pengasuh, warden atau penghuni yang lebih tua daripada mereka.

(16)

(1995) yang menunjukkan bahawa kebanyakan masyarakat telah menunjukkan sikap menolong yang tinggi terhadap anak-anak yatim.

Kajian Norasiah (1994) jelas menunjukkan bahawa sebanyak 97.71% anak-anak yatim bersetuju bahawa mereka seharusnya bersikap terbuka dalam hubungan dan komunikasi dengan rakan sebaya dan kakitangan pusat penjagaan. Bersifat terbuka bermakna mereka bersedia menerima kritikan positif atau negatif daripada sesiapa dan juga masyarakat. Dengan bersifat terbuka maka anak-anak yatim tiada mempunyai masalah hubungan dan komunikasi dengan rakan sebaya dan kakitangan pusat penjagaan.

Di samping itu, Norasiah (1994) juga mendapati bahawa anak-anak yatim menunjukkan sikap saling bekerjasama antara satu sama lain. Sikap saling bekerjasama ini penting kerana dapat meringkan masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka sering bekerjasama dalam soal pelajaran, kewangan dan menyelesaikan sesuatu masalah. Remaja yang senior misalnya akan membantu remaja yang junior dalam perhubungan di asrama. Dengan adanya konsep sebegini sudah tentulah anak-anak yatim yang dtinggal di pusat berkenaan dapat hidup dalam keadaan rukun damai, harmoni dan bahagia.

(17)

menyayangi antara satu sama lain. Oleh yang demikian, jelaslah sekiranya ada di antara mereka yang akan diambil oleh keluarga angkat kelak, ada diantara mereka akan berasa sedih dan tidak dapat menerima keadaan kerana akan dipisahkan. Mereka yang tinggal lama di pusat penjagaan anak-anak yatim berkenaan mempunyai perasaan bagaikan satu keluarga yang hidup sayang menyayangi antara satu sama lain.

Dapatan pengkaji juga menyokong kajian Musa (1991) dan Abdul Munaim (1991) yang menunjukkan bahawa terdapat perubahan positif dari segi konsep kendiri melalui pendekatan kaunseling kelompok. Pendekatan kaunseling kelompok yang memberi peluang kepada ahli-ahli kelompok untuk bertukar-tukar pandangan dan berbincang antara satu sama lain dengan bimbingan kaunselor telah membantu perubahan positif di kalangan anak-anak yatim dalam kajian ini. Tambahan pula, Corey dan Corey (1977) telah menyatakan bahawa faedah menyertai kaunseling kelompok adalah dapat memberikan peluang kepada setiap pelajar membuat penyesuaian diri sama ada dari segi sosial, emosi, akademik dan persekitaran.

CADANGAN

Berdasarkan dapatan dan rumusan kajian tersebut, pengkaji telah menyenaraikan beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh mereka yang terlibat dengan anak-anak yatim seperti Jawatankuasa Pentadbir Pertubuhan Rumah Anak-anak Yatim Islam, penyelia, pengasuh, sekolah, kaunselor, guru pembimbing dan lain-lain pihak yang mungkin terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung terhadap anak-anak yatim seperti :

(18)

meliputi aspek fizikal, emosi, rohani dan jasmani dalam kehidupan mereka. Oleh itu, adalah amat penting bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan penyeliaan dan pengasuhan anak-anak yatim ini digalakkan mempunyai pengetahuan tentang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja serta memahami keperluan mereka. Dengan adanya pengetahuan tersebut, bukan sahaja akan dapat meningkatkan kualiti penyeliaan dan pengasuhan terhadap anak-anak yatim, bahkan juga mewujudkan satu hubungan yang mesra dan erat dengan anak-anak yatim yang sememangnya memerlukan bimbingan dan kasih-sayang.

2. Kewujudan Unit Kaunseling yang terdiri daripada kaunselor dan guru bimbingan terlatih di setiap Asrama Pertubuhan Rumah Anak-anak Yatim Islam di negara kita perlu diadakan segera bagi membantu dan membimbing anak-anak yatim yang menghadapi pelbagai masalah yang sudah pastinya boleh menjejaskan emosi mereka sama ada melalui pendekatan kaunseling kelompok, kaunseling individu ataupun program-program perkembangan yang berkualiti. Adalah digalakkan sekiranya kaunselor dan guru bimbingan tersebut hendaklah benar-benar terlatih dengan pengetahuan dan kemahiran kaunseling bagi membantu mereka. Di samping itu, kewujudan Unit Kaunseling juga dapat memudahkan anak-anak yatim mendapatkan tempat rujukan untuk berkongsi masalah kerana berada dalam lingkungan tempat yang sama.

(19)

4. Pihak keluarga terdekat, khususnya seperti ibu atau saudara-mara anak-anak yatim seharusnya tidak mengabaikan mereka apabila telah ditempatkan di asrama. Sebaliknya, mereka hendaklah memperkukuhkan ikatan kasih-sayang yang berterusan dan konsistan di samping tidak menyerahkan sepenuhnya tugas dan tangggungjawab mereka kepada pihak asrama.

5. Pihak-pihak yang terlibat dalam penyeliaan dan pengasuhan anak-anak yatim perlulah bersifat lebih peka dalam mewujudkan suasana keharmonian dan penyayang kepada anak-anak yatim di asrama. Pengukuhan positif hendaklah diberikan dari semasa ke semasa kepada mereka agar anak-anak yatim ini tidak mengalami perasaan kesunyian dan terpencil daripada masyarakat sekeliling.

6. Walaupun terdapat pelbagai program yang telah didedahkan kepada anak-anak yatim seperti kursus bina insan, kemahiran belajar dan lain-lain oleh pihak pengurusan, namun pengisian yang didedahkan kepada pelajar-pelajar hendaklah mempunyai kualiti serta bersifat berterusan bagi membantu membina emosi yang kental dan positif di kalangan anak-anak yatim.

KESIMPULAN

(20)

melibatkan diri serta membantu anak-anak yatim bukanlah satu perkara yang agak mudah, namun begitu berdasarkan pandangan pengkaji, jelas menunjukkan bahawa anak-anak yatim telah menunjukkan satu perubahan tingkahlaku yang positif dengan menggunakan pendekatan kaunseling kelompok. Kesimpulannya, adalah diharapkan agar hasil dapatan kajian ini telah dapat menyumbangkan kepada pelbagai pihak dan juga pengkaji-pengkaji lain untuk membantu anak-anak yatim dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran agar mereka mampu menjadi insan yang tabah serta berjaya dalam kehidupan mereka.

RUJUKAN

Black, D. 1978. The Bereaved Child. Journal of child psychology, psyhiatry and allied diciplines. 19 (13) 287-292.

Black, D. 1984. Sundered families. The Effect of loss A Parent Adoption and Fostering. Journal of Child Psychology, Psychiatry and Allied Diciplinies. 8(2), 38-43.

Bowiby, J. 1972. Child Care and The Growth of Love. (2nd Ed) London. Penguin Books.

Che Zaharah Che Mat. 1992 Konsep Kendiri dan Perolehan Kerjaya Anak Yatim. Kertas projek yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia.Tesis Sarjana Muda.

Corey, G. 1977. Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy. California Cole Publishing Co.

Foster, G. and Makufa, C. 1997. Perceptions Of Children And Community Members Concerning The Circumstances Of Orphans In Rural. AIDS Care. 9 (4). 391-416.

Fried Lander, K. 1963. The psychoanalitical approach to juvernile deliquency. London. Routledge and Paul Kagen Ltd.

(21)

Heringhton, E.M. 1972. Effects Of Further Absence on Personality Development in Adolesecent Daughters. Journal of Development Psychology. New York. Plenum Press. 7 (3) 313-326.

Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaludin Ramli. 2002 Bimbingan dan Kaunseling Asas. Monograf. Edisi Pertama. Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaludin Ramli. 2003. Bimbingan dan Kaunseling Asas. Monograf. Edisi Kedua. Fakulti Pendidikan UTM, Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Norasiah Ahmad. 1994. Keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Asrama Anak-Anak Yatim di Muar, Johor. Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling. Serdang, Selangor: Universiti Pertanian Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian selanjutnya oleh Saripah (2010) model konseling dengan empati menunjukkan hasil yang efektif untuk menurunkan perilaku bullying pada siswa usia sekolah

Tujuan utama kebijakan fiskal adalah bertanggung jawab atas warga negaranya dari kemiskinan dan krisis ekonomi ,maka dari itu pemerintah membuat progam

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) pada kelas yang diajar dengan pembelajaran kooperatif tipe TAI dengan pendekatan realistik, 100% siswa mencapai KKM dengan nilai rata-rata

Penelitian bertujuan untuk mempelajari pengaruh interaksi pemberian Trichokompos tandan kosong kelapa sawit (TKKS) terformulasi dan pupuk kalium, pengaruh utama

Tanda koma tidak dipakai untuk memisahkan petikan langsung dari bagian lain yang mengiringinya dalam kalimat jika petikan langsung itu berakhir denagan tanda tanya atau tanda

Total cost diketahui dari analisis pendekatan biaya, dan total revenue adalah hasil dari unit output apartemen dikalikan dengan besarnya nilai harga P

Dalam penelitian ini yang dimaksud sampel oleh penulis adalah pengunjung yang berusia dewasa sehingga dapat memberikan jawaban terhadap data yang diperlukan

Hubungan timbal balik yang terjadi pada masyarakat pemulung merupakan modal bagi mereka karena akan terjalin saling membutuhkan satu sama lain yang dalam