• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK 1 SEJARAH AWAL MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TAJUK 1 SEJARAH AWAL MALAYSIA"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 1

SEJARAH AWAL MALAYSIA

Masyarakat dan sistem pemerintahan tradisional

Masyarakat zaman pra-sejarah

Masyarakat Melayu tradisional

Kerajaan Melayu awal

Kerajaan Melayu Melaka

Kedatangan kuasa penjajahan

Penjajahan Portugis dan Belanda

Perluasan kuasa dan pentadbiran Inggeris

Penjajahan Jepun

(2)

Zaman /Tahun Ciri-ciri utama Kawasan

Paleolitik

(Zaman Batu

Awal)

35,000 tahun lalu

• Tinggal dalam gua • Kegiatan

utama-memungut hasil hutan dan memburu

• Mula menggunakan

alat-alat batu yang kasar dan ringkas

Kuala Tampan, Perak Gua Niah, Sarawak Tingkayu, Sabah

Mesolitik

(Zaman Batu

Tengah)

11,000 tahun lalu

 Gua dan ada yang tinggal

di tebing sungai dan tasik.

 Mula bercucuk tanam

 Peralatan batu yang lebih

halus buatan

 Mula membuat tembikar

daripada tanah liat

Gua Cha, Kelantan Gua Kecil, Pahang Gua Kepah, Kedah Jenderam Hilir,

Selangor

Gua Madai, Sabah Gua Gamantang,

Sabah

Gua Niah, Sarawak

MASYARAKAT ZAMAN PRA-SEJARAH

(3)

Zaman /Tahun Ciri-ciri utama Kawasan Neolitik

( Zaman Batu Baru )

5,000 tahun lalu

Alat-alat batu lebih sempurna Mula menternak binatang

Mula berhubung dengan

masyarakat tempat lain dan perdagangan bermula.

Mencipta dan menggunakan alat

perhiasan

Gua Cha, Kelantan Gua Kecil, Pahang Gua Kepah, Kedah Jenderam Hilir,

Selangor

Gua Madai, Sabah Gua Gamantang,

Sabah

Gua Niah, Sarawak

Zaman Logam (Zaman Gangsa-Besi) 2,500 tahun lalu

•Penduduk semakin ramai

Petempatan di kawasan lapang

khasnya hampir sungai

Mula menggunakan peralatan

logam

Kehidupan lebih teraturr -menetap

di satu tempat

Mempunyai adat resam yang

Sungai Lang, Sungai

Langat, Selangor

Sungai Muar, Johor Sungai Tembeling,

Pahang

Sungai Terengganu,

Terengganu

Kota Gelangi, Johor

(4)

MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Masyarakat tradisional – “masyarakat yang belum

terdedah dengan proses pemodenan yang dicetuskan

oleh Revolusi Perindustrian pada abad ke 18”

Masyarakat tradisional Melayu terdiri 2 peringkat:

Masyarakat Melayu feudal zaman Kesultanan Melaka

Masyarakat Melayu sebelum penjajahan Inggeris

Agama dan budaya:

Peringkat awal – pengaruh anismisme

Awal abad 1 dipengaruhi oleh kebudayaan dan agama

Hindu- Buddha

Bermula abad ke 10 mula menerima Islam.

Sistem ekonomi – ekonomi saradiri : bertani,

(5)

MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL

Sistem Politik

• Sistem politik berasaskan struktur masyarakat feudal yang

terdiri daripada kelas-kelas sosial - dipengaruhi oleh sistem

kasta agama Hindu

• Terbahagi kepada dua kelas/peringkat:

1. Golongan pemerintah/kelas atasan: raja dan golongan bangsawan

• Raja berkuasa mutlak

• Konsep daulat dan derhaka

2. Golongan yang diperintah/kelas bawahan: rakyat biasa iaitu peniaga/pedagang, buruh (mahir dan biasa) dan hamba.

• Pentadbiran:

(6)

KERAJAAN MELAYU AWAL

• Awal abad 1 hingga sekitar abad ke 13 • Kebanyakan berpusat di kawasan

pantai atau sungai

• Pelabuhan perdagangan • Pengaruh Hindu-Buddha

• Kerajaan Funan muncul sebagai

sebuah kuasa terkuat di Asia Tenggara abad 1 hingga 6

• Kerajaan Srivijaya sebagai kuasa politik terkuat abad 7 -11

• Majapahit kuasa terkuat abad 13 selepas kejatuhan kerajaan

Singhasari di Jawa.

• Keagungan Majapahit berakhir dgn kemunculan kerajaan Melaka

CONTOH KERAJAAN Kepulauan Melayu

• Kutei (Borneo)

• Majapahit, Singhasari & Mataram (Jawa) • Funan (Sg. Mekong) • Champa (Vietnam) • Srivijaya (Sumatera) Semenanjung Tanah Melayu

• Kedah Tua, Kedah

• Gangga Negara, Perak • Chih-Tu, Kelantan

• Tan-tan, Terengganu • Langkasuka, Patani

(7)

KERAJAAN MELAYU MELAKA

• Dibuka oleh Parameswara @ Raja Iskandar Shah sekitar

tahun 1400.

• Kegemilangan Melaka (hampir satu abad – abad 15 dan awal

16):

– Empayar jajahan yang luas di rantau Melayu – Pusat perkembangan Islam

– Pusat perdagangan dan pelabuhan antarabangsa

– Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa seperti Jawa, China dan India

– Bahasa Melayu sebagai lingua franca

• Jatuh akibat serangan Portugis 1511

• Kejatuhan Melaka membawa kemunculan kerajaan Melayu

Riau

(8)

KERAJAAN MELAYU MELAKA

FAKTOR KEGEMILANGAN

• Geo-strategik

– Jalan perdagangan di antara barat dan timur

• Ekonomi

– Pusat perdagangan terkenal

– Bahan asli/rempah ratus

– Harga barang rendah

– Sistem cukai dan matawang teratur

• Politik dan pentadbiran

– Sistem pentadbiran cekap dan tersusun

– Sistem perundangan adil (Undang-undang Laut dan

Hukum Kanun Melaka

(9)

KERAJAAN MELAYU MELAKA

KEJATUHAN:

FAKTOR DALAMAN

Pemerintahan sultan lemah

Pentadbiran negeri yang

kucar kacir

Permusuhan orang Melayu

dan Tamil- Muslim

Kegiatan perdagangan

merosot

Orang Laut tidak membantu

semasa perang

KEJATUHAN:

FAKTOR LUARAN

• Kekuatan Portugis

• Sikap tidak jujur saudagar

asing

• Pedagang beralih ke

pelabuhan lain

• Penemuan jalan

perdagangan baru (Tanjung

Harapan)

(10)

KEDATANGAN KUASA PENJAJAHAN

Penjajah Tempoh Catatan

Portugis 1511- 1641 (130 tahun)

Tertumpu di Melaka

Kesan dari segi budaya dan agama

Belanda 1641– 1824 (183 tahun)

Tumpuan lebih ke Indonesia Kesan tidak besar

Inggeris 1824– 1942 1945– 1957

Seluruh Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Kesan besar kepada sistem politik, ekonomi

dan sosial

Tentangan hebat daripada rakyat

Jepun 1942– 1945 Keseluruhan Tanah Melayu

Kesan kepada hubungan antara kaum  Tentangan rakyat

(11)

PENJAJAHAN PORTUGIS

1511-1641

• Matlamat kedatangan di Kepulauan

Melayu:

– Kuasa/kekayaan, perdagangan dan

penyebaran agama Kristian

• Kesan:

– Masyarakat Serani

– Bahasa dan tulisan; tulisan rumi dan

beberapa perkataan seperti jendela, almari,

garpu, tuala, palsu.

(12)

PENJAJAHAN BELANDA

1641– 1824

• Menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada

1602 untuk menguasai perdagangan rempah di

kepulauan Melayu

• 1641- Belanda menyerang Portugis di Melaka

dengan bantuan kerajaan Melayu Johor

• Penjajahan tertumpu di Indonesia dan Melaka di

Tanah Melayu.

• Pusat utama di Betawi (Jakarta)

• Cuba menguasai perdagangan kain di India dan

bijih timah di negeri2 Melayu

• Pemerintahan berakhir dengan Perjanjian Inggeris

Belanda (Perjanjian London) pada 1824

(13)

PENJAJAHAN INGGERIS

• Matlamat:

• Meluaskan perdagangan

• Mendapatkan sumber bahan mentah

• Persaingan dengan kuasa Eropah lain

• 1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang

• 1819 Stamford Raffles menduduki Singapura selepas

membuat perjanjian dgn Temenggong Abdul Rahman

Johor

• Wujud persaingan antara Inggeris di Singapura dan

Belanda di Melaka

• Persaingan tamat dengan Perjanjian Inggeris-Belanda

17 Mac 1824.

(14)

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

 Belanda

 Mengiktiraf Singapura sebagai pelabuhan British

 Tidak membuat sebarang perjanjian dan persetiaan dengan mana-mana raja dan sultan di Tanah Melayu

 Menyerahkan Melaka kepada Inggeris

 Menyerahkan kepentingannya di India kepada British

 Inggeris

 menyerahkan Bengkulen (Bangkahulu) kepada Belanda

 Tidak membuat sebarang perjanjian dan persetiaan di Sumatera • Kesan :

 Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 kawasan geopolitik iaitu pengaruh Inggeris dan Belanda

 Berakhirnya empayar Melayu Johor-Riau kerana Johor dikuasai oleh Inggeris manakala Riau telah dikuasai oleh Belanda

 Pembahagian negeri-negeri di Tanah Melayu seperti Negeri-negeri Selat

(15)

PENTADBIRAN INGGERIS

• Negeri-negeri Selat (1826)

– Singapura, Melaka dan Pulau Pinang

• Sistem Residen (1874-1888)

– Perak, Selangor, Sg Ujong, Pahang, Negeri

Sembilan

• Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau NNMB (1896)

– Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan

• Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu atau NNMTB

(1909-1919)

– Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor

(16)

FAKTOR CAMPUR TANGAN INGGERIS

 Ekonomi

 bahan-bahan mentah

 sumber ekonomi

 Kebimbangan campurtangan kuasa asing lain

 Persaingan dengan kuasa Eropah lain

 Ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu

(anarki)

 Masalah politik; perebutan kuasa, perang

saudara dan juga kegiatan lanun

(17)

Negeri-negeri Selat (NNS)

 Melaka, Pulau Pinang dan Singapura

digabungkan di bawah satu pentadbiran pada

1826

 Singapura ibu negeri dan pusat pentadbiran NNS

bermula 1832

 Ketiga-tiga negeri maju sebagai pelabuhan, aktiviti

ekonomi semakin baik dan ancaman lanun dapat

dikurangkan

 Bermula pada tahun 1850-an negeri-negeri Selat

mula menimbulkan masalah dan Inggeris mula

menunjukkan minat kepada negeri-negeri lain

(18)

Sistem Residen

Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874

• Perjanjian di antara Raja Abdullah dan Inggeris

untuk mengatasi

– isu perebutan kuasa (perang saudara antara Raja

Abdullah dan Raja Ismail)

– krisis dan kekacauan oleh kongsi gelap Cina (Perang

Larut)

• Kesan :

– Negeri Melayu terpaksa menjadi negeri di bawah

naungan Inggeris.

– Sultan perlu menerima nasihat pentadbiran daripada

Inggeris melalui sistem Residen

(19)

Sistem Residen

• Sistem Residen:

– Inggeris memerintah secara tidak langsung melalui

institusi politik yang sedia ada

– bermatlamat untuk mengawal keamanan melalui

pengenalan sistem pentadbiran dan undang-undang,

pungutan cukai dan memajukan ekonomi dengan

eksploitasi sumber asli yang ada

• Residen berperanan

– Menasihati Sultan dalam hal pentadbiran kecuali hal ehwal

agama Islam dan adat resam Melayu

• Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk

membincangkan pentadbiran dan masalah orang

Melayu – tetapi keanggotaan di kuasai oleh orang

(20)

Kelemahan Sistem Residen

• Residen menerima arahan dari Inggeris dan bukan dari

Raja

• Gaji dibayar oleh negeri Melayu dan bukan oleh Inggeris

• Tiada panduan khusus bidang tugas Residen

• Perhubungan dengan Gabenor NNS jauh menyebabkan

kuasa Residen tidak dapat dikawal

• Sikap negatif Residen

– mengubah sistem pemerintahan tradisi

– memerintah mengikut cara tersendiri dengan pengetahuan tentang Negeri-negeri Melayu yang terbatas

– tidak memahami dan menghormati adat resam, sikap, pandangan hidup dan sistem sosial orang Melayu

– tidak menghormati kedudukan Sultan dan pembesar tempatan

• Sultan tidak mahu menerima nasihat Residen

• Wujud ketidak-seimbangan dalam pembangunan di

Negeri-negeri Melayu

(21)

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

• Kelemahan Sistem Residen membawa kepada

penubuhan NNMB

• 1 Julai 1896, Perjanjian Persekutuan di antara pihak

Inggeris dengan Raja-Raja Melayu - menyatukan

pentadbiran Perak, Selangor, Pahang dan Negeri

Sembilan - diketuai oleh Residen Jeneral

• Frank Swettenham - Residen Jeneral pertama

• Kuala Lumpur ibu negeri bagi NNMB

• Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu (DURBAR)

ditubuhkan

• 1909 - Inggeris menubuhkan Majlis Mesyuarat

Persekutuan untuk menambah kuasa Sultan dan Residen

• 1910 - jawatan Residen Jeneral diganti dengan jawatan

(22)

Kesan Pentadbiran NNMB

• Berlaku pemusatan kuasa di tangan Residen

Jeneral di Kuala Lumpur - keputusan penting

diputuskan oleh Residen Jeneral

• Kuasa Sultan semakin lemah dan berpusat

pada agama Islam dan adat istiadat Melayu

sahaja

• Kerajaan negeri hilang kuasa perundangan

dan pentadbiran

• Pengambilan lebih ramai pegawai Inggeris

daripada masyarakat tempatan di jabatan

persekutuan

(23)

Kesan Pentadbiran NNMB

• Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan

dengan negeri tidak jelas dan memihak kepada

kerajaan persekutuan

• Hasil negeri, cukai dan kewangan terletak

ditangan kerajaan pusat menyebabkan kerajaan

negeri tiada sumber kewangan yang kukuh

• DURBAR tidak berfungsi kerana Residen Jeneral

enggan ikut nasihat

• Orang Melayu tidak dapat menikmati keuntungan

dari pembangunan dan pentadbiran negeri

(24)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

• Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909 – membentuk NNMTB

• Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis disatukan di

bawah satu pentadbiran. Johor menyertai pada 1914.

• Seorang penasihat Inggeris dilantik di setiap negeri

tersebut

• Pentadbiran di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi

• Sultan di NNMTB diberikan kebebasan dalam pentadbiran

dan penasihat Inggeris bertindak sebagai penasihat

semata-mata

• Urusan hal ehwal pentadbiran dilaksanakan oleh

pembesar tempatan

• Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan sebagai majlis

(25)

Dasar Desentralisasi (Pengagihan kuasa)

• Diperkenalkan di NNMB kesan dari rasa tidak puas hati Sultan

dan pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral

• Tujuan

– Untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu (dengan NNMTB) – Langkah berjimat cermat Inggeris ekoran kemelesetan ekonomi

• Kuasa utama pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan yang

sebelum ini dikuasai oleh kerajaan pusat diagihkan kepada

kerajaan negeri

• Dilaksanakan secara berperingkat antara tahun 1920-an

hingga 1930-an

• Kuasa Sultan/Raja-Raja Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri dan

Residen telah dikembalikan

• Kuasa-kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat

• Tidak dapat dijalankan sepenuhnya apabila Jepun

(26)

PENJAJAHAN INGGERIS DI SARAWAK

• James Brooke menjadi Gabenor Sarawak (1842)

selepas membantu Raja Muda Hashim

menghapuskan ancaman pemberontakan

• Keturunan Brooke mentadbir Sarawak sehingga

1941.

• Dasar penjajahan Brooke :

– Memperkenalkan sistem pentadbiran baru seperti

sistem mahkamah, undang-undang jenayah, sistem

matawang, ukur timbang, memisahkan penempatan

berasaskan ras.

– Perlembagaan Sarawak

– Menggalakkan kemasukan pedagang dan pelabur

asing untuk mengembangkan ekonomi

(27)

PENJAJAHAN INGGERIS DI SABAH

(BORNEO UTARA)

• Perluasan kuasa Inggeris di Sabah bermula dengan siri penjualan tanah pajakan di antara beberapa pedagang Inggeris; (Charles Lee Moses, Joseph Torrey, Baron Von Overbeck dan Alfred Dent).

• Alfred Dent menubuhkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara 1881 untuk mentadbir Sabah.

• Syarikat menerima “Piagam Diraja” dari kerajaan Inggeris yang memberikan hak Inggeris mengawal pentadbiran Sabah seperti perlantikan pegawai dan hubungan luar.

• Majlis Penasihat ditubuhkan untuk membantu pentadbiran yang dianggotai sepenuhnya oleh orang Inggeris.

• W.H Treacher ialah Gabenor Sabah pertama

• Syarikat melaksanakan dasar perluasan kuasa dan menguasai wilayah-wilayah di Sabah daripada tangan pembesar tempatan.

(28)

PENJAJAHAN JEPUN

• Penjajahan berlangsung - 15 Februari 1942

hingga 15 Ogos 1945

• Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan

dengan hanya mengambil masa selama 70 hari

sahaja

• Penjajahan yang singkat tetapi memberikan kesan

yang besar kepada masyarakat Malaya

• Kemenangan Jepun membuktikan bahawa

bangsa Asia boleh menentang dan mengatasi

bangsa Eropah

• Jepun berundur selepas kalah dalam Perang

Dunia Kedua 1942.

(29)

Faktor kejayaan Jepun

Kelemahan pihak

Inggeris

 Tidak bersedia

 Kelemahan pertahanan

laut

 Semangat perang yang

rendah

 Tentera yang masih muda

dan tidak mempunyai

pengalaman dalam

peperangan

Kelebihan tentera

Jepun

 Terlatih dan bersemangat

tinggi

 Pegawai bekebolehan

seperti Yamashita dan

Tsuji

 Persediaan peperangan

yang rapi

 Taktik peperangan yang

baik dan praktikal

(30)

Kesan pendudukan Jepun

Politik

• Slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya

menaikkan semangat nasionalisme

• Jepun galakan nasionalisme Melayu

– agenda untuk kuasai sumber

ekonomi

• Mewujudkan kesedaran politik di

kalangan masyarakat tempatan

• Gerakan menentang Jepun

• Parti Komunis Malaya

MPAJA (Malayan People’s Anti Japanese Army) ditubuhkan untuk menentang Jepun

Force 136 gerakan bawah tanah yang terdiri daripada bekas tentera British dan gerila Melayu untuk

menentang Jepun

Ekonomi

• Ekonomi Malaya

meleset

• Industri bijih timah

dan getah terganggu

• Banyak infrastruktur

musnah

(31)

Kesan pendudukan Jepun

Sosial

• Sistem buruh paksa diperkenalkan

• Jepun mengutamakan orang Melayu dan

menindas orang Cina

• Orang Melayu diberikan jawatan dalam

pentadbiran

• Hubungan di antara kaum bertambah runcing

• Sistem pendidikan berasaskan bahasa dan

Referensi

Dokumen terkait

melalui Gugatan Perwakilan Kelompok (Class Actions) atau Pengadilan Acara Cepat untuk Perkara dengan Nilai Gugatan Kecil (Small Claim Procedures). Mahkamah Agung RI dan

Peserta didik dapat menyelesaikan masalah kontekstual yang berkaitan dengan barisan dan deret geometri dengan teliti.. Materi dan

Dari hasil analisis yang telah dilakukan dapat diketahui bahwa tingkat implementasi keselamatan di tempat kerja pada proyek bangunan gedung di lokasi studi cukup

pola hubungan guru dan murid untuk mendapatkan gambaran bagaimana hubungan guru murid yang tertuang dalam kitab Ta’lim al-Muta’allim, yang ditulis pada Bab IV

Dari Perancangan Simulasi Sistem Pergerakan dengan Pengontrolan Pneumatik untuk Mesin Pengamplas Kayu Otomatis yang dilakukan, dapat disimpulkan bahwa sebelum membuat

Penyelesaian integrasi Peta Sebaran Lokasi Pengaman Pantai skala 1:50.000 untuk 10 provinsi (Jawa Barat, Banten, DKI Jakarta, DI Yogyakarta, Jawa Tengah, dan Jawa Timur,

Dalam geologi, lingkungan pengendapan atau lingkungan sedimen menggambarkan kombinasi proses fisik, kimia dan biologi yang terkait dengan pengendapan jenis endapan