Tajuk : PENERBITAN MEJA
Sinopsis:
Penerbitan Atas Meja atau dipanggil Desktop Publishing membenarkan integrasi teks dan grafik dari pelbagai sumber untuk menghasilkan bahan penerbitan untuk bacaan, pencetakan, atau kegunaan di internet.
Bahan-bahan penerbitan yang terbina termasuklah brosur, kad perniagaan, majalah, poster, dan kad jemputan. Beberapa perisian yang biasanya digunakan untuk
menghasilkan penerbitan meja termasuklah Microsoft Publisher, Adobe PageMaker dan Microsoft Word.
Brosur (Brochure) sering digunakan untuk memberi maklumat umum sesuatu perkara atau peristiwa. Brochure juga lebih mudah dikenai dan dibaca dengan ringkas, oleh itu Brochure menjadi pilihan utama untuk tujuan promosi atau alat penyampaian informasi
Untuk kursus ini anda akan menggunakan Microsoft Word untuk membina satu brosur penerbitan digital.
.
Hasil Pembelajaran :
Dengan mengikuti modul ini anda akan dapat:
1. Menghasilkan brosur dengan menggunakan Microsoft Word 2003 atau 2007 2. Memberikan kesan animasi kepada imej dan teks semasa persembahan. 3. Membuat pengubahsuaian bagi menukar dari persembahan berbantu kepada
persembahan berterusan tanpa perlu dikawal.
Kemahiran Diperlukan: Kemahiran Pedagogi :
1. Guru mempunyai pengetahuan kandungan di dalam bidang ilmu yang diajar. 2. Guru mempunyai pengetahuan tentang cara penyampaian maklumat secara
tepat dan tepat dalam media pencetakan digital. Kemahiran Teknikal :
1. Guru mempunyai asas literasi komputer
2. Guru mempunyai kemahiran asas aplikasi Microsoft Word 2003. 3. Guru mempunyai pengetahuan tentang prinsip reka letak bahan dalam
penyampaian maklumat dalam media pencetakan digital. 4. Guru berupaya mengendalikan fail media dan grafik.
Keperluan Modul :
1. Sistem komputer yang telah diinstall dengan perisian Microsoft Office System 2003 dengan aplikasi Microsoft Word 2003.
2. Fail sokongan berbentuk dokumen teks, audio, video, grafik dan animasi yang berkaitan.
Kandungan :
Aktiviti 1: Prinsip Reka Letak dalam Penerbitan Aktiviti 2: Memasukkan Grafik & gambar
Aktiviti 3: Penggunaan fitur Drop Cap
Aktiviti 1: Prinsip Reka Letak dalam Penerbitan
Membina dokumen dengan column
Brosur kebiasaannya dibuat dalam bentuk coloum yang boleh dilipat dua atau tiga. Ia
betujuan
memudahkan penerima maklumat membaca, mengingat, dan menyimpannya. lebih mesra pengguna.
Microsoft Word mempunyai kemudahan untuk membina lebih dari satu column di dalam dokumen. Penggunaan column ini akan lebih memudah dan menyempurnakan lagi brosur yang dibina
1. Mulakan Microsoft Word 2003. 2. Klik File di Menu Bar, klik Open.
3. Klik pada CDROM dan klik pada folder Bahan_Modul_7
4. Klik pada dokumen Perayaan.doc untuk memulakan pembinaan brosur tersebut.
5. Highlight semua teks pada brosur tersebut dengan mengheret tetikus pada barisan pertama teks hingga ke barisan terakhir teks.
6. Klik File di Menu Bar dan klik Page Setup dan seterusnya Page Setup akan dipaparkan.
7. Aktifkan pilihan Landscape pada bahagian Orientation dan klik OK. Tujuannya ialah untuk menukar orientasi dokumen dari menegak (portrait) kepada
melintang (landscape).
8. Seterusnya, untuk menghasilkan satu brosur yang mempunyai tiga lajur atau
column seperti yang dikehendaki di dalam dokumen, laksanakan arahan Format
di Menu Bar dan Klik pada Columns dan tetingkap Columns akan dipaparkan.
9. Kemudian, aktifkan pilihan Three pada bahagian Presets untuk menyediakan tiga lajur di dalam dokumen anda.
10. Arahan Line between akan membantu anda menyediakan garisan pemisah di antara lajur.
11. Setelah selesai, klik OK dan tiga lajur akan terpapar di skrin. Sekiranya anda menaip kandungan pada brosur, Microsoft Word akan menyambung teks yang ditaip ke lajur kedua dan ketiga.
Aktiviti 2: Memasukkan Grafik & gambar
Anda boleh menyisipkan grafik, imej atau gambar ke dalam lajur yang di bina. Grafik yang disisipkan akan menjadi element yang menyempurnakan brosur anda.
Anda boleh memilih untuk menyisipkan Clip Art yang sedia ada pada Microsoft Word atau gambar yang anda ada pada fail. Untuk latihan ini, kita akan menggunakan gambar yang terdapar pada folder Bahan_Modul_7.
1. Letakan cursor tertikus pada hadapan barisan pertama teks ”Hari Raya Puasa”. 2. Klik Insert di Menu Bar, klik Picture dan From Files.
3. Pada folder Bahan_Modul_7, klik sub folder Grafik dan klik gambar Masjid.gif untuk penyisipan gambar terebut.
4. Klik pada gambar Masjid.gif dengan tertikus untuk mengaktifikannya . 5. Klik Format pada Menu Bar dan klik Picture untuk mendapatkan tetingkap
Format Picture. Melalui tetingkap ini anda boleh mengubah suai saiz gambar dan kedudukan imej
6. Pada tab Size, tetapkan heigh gambar sebagai 3 cm dan secara automatiknya
width gambar tersebut turut berubah.
7. Untuk mendapatkan pilihan pelbagai jenis kedudukan imej, aktifkan tab pilihan
Layout di dalam tetingkap tersebut dan anda akan dipaparkan dengan pilihan kedudukan imej.
8. Microsoft Word menyediakan lima jenis susun atur imej yang boleh dipilih. • In line with text
Susun atur membolehkan imej berada sebaris dengan teks. • Square
Membolehkan beberapa baris teks berada dalam satu kedudukan dengan imej.
• Tight
Berfungsi seperti kedudukan Square iaitu membolehkan beberapa baris ayat berada dengan imej, dan teks berada lebih rapat atau mengelilingi imej tersebut.
• Behind text
Pilihan ini membolehkan imej berad di belakang teks. • In front of text
Kedudukan ini pula akan membolehkan imej berada di hadapan teks dan akan menutup teks tersebut.
9. Untuk latihan ini, pilih Square supaya barisan teks berada dalam satu kedudukan dengan imej.
10. Ulangi langkah 3 hingga 8 untuk menyisipkan gambar-gambar yang lain Pada hadapan barisan teks Chinese Lunar Calendar, selitkan
ikan_bergambar.gif
Pada hadapan barisan teks Deepavali, selitkan gambar kuil.gif
Pada hadapan barisan teks Gawai Festival, selitkan gambar ngajat.gif Pada hadapan barisan teks Christmas, selitkan gambar santa.gif
11. Pastikan saiz gambar-gambar berkenaan diubah dengan ketinggian 3 cm.
Aktiviti 3: Penggunaan fitur Drop Cap
Drop Cap merupakan fitur tambahan pada Microsoft Word. Ia digunakan untuk menyusun atur teks agar kelihatan lebih menarik untuk dibaca
1. Aktifkan huruf ”J” pada perkataan “Join in the colourful festivals in
Malaysia”.
2. Pada Menu bar, klik Format , pilih arahan Drop Cap.
3. Apabila tetingkap yang berikut dipaparkan, aktifkan kotak pilihan Dropped. 4. Setelah selesai, klik butang OK dan teks anda akan bertukar susun atur dan
lebih menarik.
5. Anda juga boleh menjadikan huruf “J” tersebut membesar dua, tiga atau empat baris, mengikut pilihan anda.
Aktiviti 4: Penghasilkan Page Border
Penggunaan Page Border bertujuan meletakkan garisan atau kotak (border) mengelilingi brosur sebagai perhiasan.
1. Klik pada Menu bar, laksanakan arahan Format dan klik Border and Shading.
2. Apabila tetingkap Border and Shading dipaparkan, aktifkan tap pilihan Page Border.
3. Seterusnya, pilih jenis garisan yang dikehendaki di ruangan Style dan warna garisan di ruangan Color. Untuk latihan ini, pilih mana-mana corak yang dikehendaki pada ruangan Art.
4. Klik butang OK dan kelihatan brosur anda dikelilingi border bercorak.
Aktiviti 4: Pembinaan Frame Grafik
Drawing tools dalam Microsoft Word digunakan untuk melukis garisan, kotak, anak panah, dan oval. Ia memungkinkan anda menyelitkan text boxes, word art,
organizational charts, dan autoshapes.
Dalam latihan ini Drawing tools digunakan untuk menghasilkan frame untuk grafik pada brosur.
1. Sekiranya Drawing Tools tidak dipaparkan pada Microsoft Word, pada Menu bar, klik View , pilih arahan Toolbars. Pada Toolbars, klik Drawing. Drawing Toolbar akan dipaparkan.
2. Pada drawing tools, klik autoshapes. Pada Basic shapes, pilih Octagon. 3. Posisikan bentuk Oktagon pada pepenjuru kiri bawah brosur.
4. Klik pada Oktagon untuk mengaktifkannya dan pada drawing tools, kilk anak panah pada Fill Color dan pilih Fills Effect.
5. Pada tertingkap Fill Effects, pilih tab Picture.
6. Klik pada butang Select Picture.
7. Pada folder bahan_modul_7, klik sub folder grafik dan pilih gambar jalur_gemilang..gif.
8. Didapati bahawa gambar jalur_gemilang akan mengikut bentuk oktagon yang dihasilkan.
9. Untuk menambahkan bayang pada imej, klik pada imej untuk mengaktifkannya. 10. Pada drawing tools, pilih shadow style button.
11. Pilih bayang yang diingini pada imej bendera tersebut. Untuk latihan ini, pilih bayang yang pertama pada shadow style
12. Anda boleh mengubahsuaikan warna dan kedudukan bayang pada shadow setting.
13. Pada latihan ini, ubahsuaikan warna bayang dengan mengklik shadow color dan menwarnakannya dengan warna merah
Rumusan:
Kesimpulan dari latihan ini anda sudah sepatutnya sudah dapat menghasilkan brosur bercetak yang ringkas. Anda boleh menggunakan kreativiti anda dalam menyusun grafik dan menggunakan fon yang sesuai untuk menghasilkan brosur yang lebih menarik..