• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Bagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Kalangan Murid

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Cabaran Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Bagi Meningkatkan Kemahiran Membaca Dalam Kalangan Murid"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Cabaran Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Bagi Meningkatkan Kemahiran

Membaca Dalam Kalangan Murid

(Teacher Challenges to Integrate Information Technology and Communication (ICT) to Improve Skills

Reading Among Students)

Kayalvili Munusamy1*, Khairul Azhar Jamaludin1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: P111919@siswa.ukm.edu.my Accepted: 15 October 2022 | Published: 1 November 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.23

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Guru-guru di negara ini masih menghadapi pelbagai cabaran atau halangan untuk mengimplementasikan TMK bagi meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid. Masih terdapat ramai guru di Malaysia tidak menggunakan kemudahan TMK dalam pembelajaran mereka walaupun disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Mereka masih mengamalkan cara pengajaran tradisional yang lama dalam kelas yang dilihat lebih mudah.

Pengintegrasian TMK dalam meningkatkan kemahiran membaca adalah sangat rendah kerana guru-guru sendiri tidak mahir dan lemah dalam menggunakan teknologi tersebut. Justeru, KPM telah mewujudkan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025 untuk mengaplikasikan TMK dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah bagi meningkatkan kemahiran membaca. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru semasa mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid dan cadangan untuk mengatasinya. Hasil kajian mendapati tahap mengintegrasikan TMK dalam meningkatkan kemahiran membaca adalah masih sederhana. Ia adalah disebabkan oleh guru itu sendiri yang enggan mengubah diri untuk menerima penggunaan TMK dalam pengajaran.

Kata kunci: teknologi maklumat dan komunikasi, cabaran, membaca, guru, murid

Abstract: Teachers in this country still face various challenges or obstacles to implement ICT to improve reading skills among students. There are still many teachers in Malaysia who do not use ICT facilities in their learning despite being advised by the Malaysian Ministry of Education (MOE). Teachers still practice the old traditional way of teaching in the classroom which is seen as easier. The integration of ICT is very low because the teachers themselves are not skilled and weak in using the technology in reading skills. Thus, the Ministry of Education and Culture has created a Malaysian Education Development Plan 2013-2025 to apply ICT in Learning and Facilitation (PdPc) in the classroom to improve students reading skills. The purpose of this study is to identify the challenges faced by teachers when integrating Information and Communication Technology (ICT) to improve reading skills among students and suggestions to overcome them. The results of the study found that the level of integrating TMK in reading skills is still moderate. It is due to the teacher himself who refuses to change himself to accept the use of ICT in teaching.

(2)

Keywords: information and communication technology, challenge, reading, teacher, student ___________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah diperkenalkan secara meluas di seluruh dunia pada abad ke-20 dan telah mengalami banyak revolusi serta telah berkembang dengan sangat pesat dalam abad ke-21 ini. Pada awalnya perkembangan ini telah berlaku dengan amat pesat dalam sektor perindustrian dan kemudian telah merebak ke banyak sektor termasuk sektor pendidikan. Sistem pendidikan di negara ini telah mengalami revolusi yang sangat ketara dengan TMK dimana sistem pendidikan secara tradisional telah mula berubah wajah ke sistem pendidikan berkonsepkan medium teknologi. Ia melibatkan teknologi automasi yang memberi cabaran baru kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka untuk melakukan perubahan yang seiring dengan transformasi digital itu bagi mengekalkan berdaya saing dan menggalakkan kemajian landskap dunia moden. (Ilias, K., & Ladon, C.A., 2018).

Perkembangan yang sangat pesat TMK dalam bidang Pendidikan telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). PdPc merupakan satu proses pembelajaran yang membentuk seseorang individu menjadi individu yang berguna dan mempunyai daya saing kepada keluarga, masyarakat dan negara. Maka tidak hairanlah TMK mampu membentuk seseorang murid itu dari segi mental, rohani dan fizikal. Pembelajaran akan berlaku dengan adanya perubahan dalam perlakuan, persepsi, pemikiran iaitu proses dan hasil berfikir dan efektif meliputi perasaan, sikap dan nilai. (Shahabubuddin, 2003).

TMK terkini menawarkan pelbagai jenis kaedah untuk meningkatkan kualiti amalan pedagogi PdPc. (Ghavifekr et al., 2021). Ramai pengkaji yang membuat kajian sebelum ini telah membuktikan bahawa penggunaan TMK telah merevolusikan sistem pendidikan lama ataupun pendidikan tradisional kepada sistem pendidikan yang era moden seiring dengan kemajuan teknologi dan kemajuan pemikiran rakyat negara ini. Perkembangan TMK ini memberi peluang kepada semua murid untuk meneroka, menguasai dan memperkembangkan ilmu pengetahuan secara lebih efisyen dan lebih berilmu supaya dapat berdaya saing dimasa yang akan datang.

Penyediaan persekitaran dan pembelajaran yang kondusif adalah sangat penting dalam bidang pendidikan bagi menarik murid dengan menggunakan TMK. (Gabare, 2014).

Beberapa tahun yang lalu telah menyaksikan anjakan yang ketara dimana amalan pengajaran dan pembelajaran telah dicetuskan dengan pengintegrasian TMK dalam sistem pendidikan.

(Ghavifekr et al., 2014). Perkembangan ini telah menyebabkan kebanyakan negara berlumba- lumba untuk memperkenalkan TMK dalam sistem pendidikan masing-masing untuk lebih berdaya saing. Negara kita juga tidak terkecuali dalam perlumbaan mengejar kemajuan teknologi dalam sistem pendidikan negara kita.

Sungguhpun begitu, dalam penggunaaan TMK dalam sistem pendidikan bagi beberapa negara- negara membangun seperti Malaysia masih jauh ketinggalan. (Ibieta, Hinostroza, Labbe &

Claro, 2017; Rolando, Salvador & Luz, 2013). Bagi mengatasi masalah ini, KPM melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menggariskan TMK perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik untuk meningkatkan pembelajaran yang berkualiti di seluruh Malaysia terutamanya berhubung perkembangan kemahiran membaca.

Penggunaan TMK oleh warga guru dalam meningkatkan kemahiran membaca adalah sangat

(3)

pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dirangka dan dijalankan oleh KPM dengan meletakkan manfaat TMK dalam perkembangan kemahiran membaca dikalangan murid-murid dimana kemahiran membacalah yang menjadi asas kepada penerokaan ilmu oleh seseorang murid.

2. Penyataan Masalah

Membaca merupakan kemahiran paling asas dalam pembentukkan sahsiah seseorang murid.

Murid yang memiliki kemahiran membaca boleh memperolehi ilmu pengetahuan dengan sangat mudah. Pelajar yang gemar membaca memperoleh pengetahuan dan pandangan baharu yang meningkatkan kecerdasan mereka untuk menghadapi cabaran hidup di masa hadapan.

(Farida Rahim, 2007). Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak akan menjadi lebih sempurna jika dididik dengan betul dalam lingkungan usia dua hingga tujuh tahun, (Berk, 2006). Oleh yang demikian membaca merupakan kemahiran penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang murid agar mereka boleh membaca ayat-ayat mudah dan memahahi sekumpulan perbendaharan kata asas.

Pelan Rancangan Pendidikan 2001-2010 yang dikeluarkan oleh KPM mendapati antara tahun 1996-2000 hanya 30 % guru yang menghadiri kursus tersebut menggunakan TMK dalam kaedah pengajaran terutamanya kemahiran membaca. (Sandra et.al,, 2013). Penggunaan kemahiran TMK di sekolah adalah sangat kurang disebabkan kemahiran yang dimiliki oleh guru adalah paling asas dan guru-guru tidak mempunyai keyakinan untuk mengintegrasikan TMK dalam pengajaran kemahiran membaca. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kajian bahawa masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbentukan komputer kerana kurang didedahkan dengan latihan atau kursus yang berkaitan (Ahmad et. al., 2007).

Kajian lain yang dijalankan juga mendapati guru-guru bahasa hanya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana dalam penggunaan TMK di sekolah. (Chung et.al.,

2010). Kajian Qing, Jiani & Shan (2010) terhadap 210 guru kimia di Xi’an secara keseluruhannya didapati mempunyai kecekapan yang sederhana dalam penggunaan TMK.

Hasil kajian ini menunjukkan kemahiran guru-guru yang menggunakan TMK dalam pengajaran berada pada tahap yang sederhana di bilik darjah. Ketidaksediaan guru ini akan menyukarkan hasrat sebenar TMK untuk membantu murid memiliki kemahiran membaca dengan lebih berkesan.

Pengkaji berpendapat bahawa isu utama dalam penggunaan TMK dalam pengajaran adalah disebabkan oleh kekurangan kemahiran dikalangan guru itu sendiri manakala isu kedua adalah bagaimana guru tersebut mengaplikasikan kemahiran TMK dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membaca untuk lebih berdaya saing. Bagi mengoptimumkan penggunaan TMK dalam meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid, maka pengkaji berminat untuk menjalankan kajian dengan lebih terperinci berhubung tajuk kajian yang dipilih. Kertas kajian ini akan memfokuskan kepada cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengintegrasikan TMK dalam meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid dan cadangan untuk menyelesaikan masalah atau kekangan yang dihadapi.

3. Objektif Kajian

Terdapat dua objektif dalam kajian ini:

(4)

i. Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh guru semasa mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid.

ii. Mengenal pasti cadangan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh guru semasa mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid.

4. Kajian Literatur

4.1 Pengetahuan TMK dikalangan Guru

Kajian lepas telah dirujuk untuk mendapatkan maklumat yang releven dan rujukan yang bernas untuk menyiapkan kajian ini dengan lebih berkualiti dan lebih efisien. Guru dalam era moden ini perlu mempunyai kemahiran TMK bagi mengendalikan bahan TMK dalam memupuk kemahiran membaca dikalangan murid. Sikap dalaman seseorang guru tidak mahu menyesuaikan diri dengan TMK dalam peralihan revolusi teknologi dalam Pendidikan memberi cabaran kepada perlaksanaan kaedah pembelajaran menerusi TMK (Rabaya &

Norazah, 2014).

Chung & Jamaludin Badusah (2010), telah menjalankan tinjauan terhadap sikap 105 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah rendah Daerah Bintulu berhubung penggunaan TMK di dalam bilik darjah dan mendapati pengetahuan dan kemahiran guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap sederhana.

Sebaliknya, Siti Nozazlina Kamisan (2008), menjalankan tinjauan tentang halangan penggunaan komputer dan TMK dalam pengajaran kemahiran membaca dalam kalangan guru di sebuah sekolah menengah di luar bandar di Daerah Kulai Jaya, Johor dan mendapati seramai 87 orang guru dari tiga buah sekolah menengah luar bandar menunjukkan tahap kemahiran penggunaan TMK juga masih berada di tahap yang sederhana.

Namun, tinjauan oleh Spiteri & Chang Rundgren (2020), memperlihatkan masih ada kekurangan kajian tentang penerokaan aspek penerimaan teknologi oleh guru. Penerimaan guru mengikut kajian oleh Jung et al., (2019), merupakan aspek utama yang mempengaruhi pengetahuan, sikap dan kemahiran guru terhadap penggunaan teknologi untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Birkollu, Yucesoy, Baglama & Kanbul (2017), menerangkan bahawa penerimaan teknologi mempunyai pelbagai faktor penyebab kerana penerimaan teknologi bergantung kepada sikap dan kepercayaan yang berasaskan daripada pengalaman mereka. Elemen pengalaman menurut kajian oleh Scherer, Siddiq & Tondeur (2020), memainkan peranan yang penting tetapi merupakan satu elemen yang sukar dikaji.

Menurut Scherer et al., (2020), penerimaan teknologi telah dibincangkan dan dikaji secara meluas dalam konteks pendidikan. Walaubagaimanapun terdapat kepelbagaian model dan ukuran yang menggambarkan penerimaan teknologi guru dan terdapat dua andaian utama yang kekal dalam badan kesusasteraan sedia ada. Pertama, konstruk penerimaan teknologi boleh diwakili oleh satu set sikap dan kepercayaan yang pelbagai, namun berkorelasi (Mater et al., 2020). Kedua, kesan daripada penerimaan teknologi atas niat untuk menggunakan teknologi dan penggunaan teknologi adalah lazimnya pembolehubah hasil yang dikaji (Mater et al., 2020).

Satu jurang yang nyata antara kajian-kajian tersebut ialah perbezaan dari segi demografi guru

(5)

hasilnya tetap berbeza kerana mengikut Islahi (2019), pengalaman penggunaan teknologi setiap guru adalah berbeza. Mengikut Jung et al., (2019), setiap guru melalui pendidikan dan latihan profesional yang berbeza yang memberikan kesan terhadap persepsi mereka mengenai penggunaan teknologi di dalam bilik darjah.

Dalam membincangkan penerapan teknologi untuk pelbagai tujuan pembelajaran, pembelajaran menggunakan aplikasi telefon pintar atau pendidikan mudah alih perlu dibincangkan. Penggunaan teknologi mudah alih nampaknya selaras dengan matlamat strategik dalam pendidikan selain memudahkan dan menggalakkan pembelajaran berterusan dari semasa ke semasa. Warga pendidik adalah orang utama yang memainkan peranan penting demi memastikan matlamat atau tujuan kemahiran ini diintegrasikan dalam pengajaran sehingga matlamatnya tercapai.

Oleh yang demikian adalah penting guru menerima penggunaan TMK terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan dalam memupuk kemahiran membaca dikalangan murid.

4.2 Penggunaan Teknologi untuk Kemahiran Membaca

Terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan dari segi penerokaan penggunaan teknologi untuk mengajar kemahiran membaca murid. Tidak dinafikan bahawa penggunaan TMK dalam pengajaran akan menarik minat murid untuk lebih bersemangat dan mudah meningkatkan kemahiran membaca. TMK mampu diaplikasikan dalam semua matapelajaran bahasa sekiranya digunakan secara bijak. Pengintegrasian TMK dalam PdPc boleh mengambil beberapa bentuk seperti maklumat dan rangkaian komputer, kandungan digital, laman internet, multimedia dan lain – lain. (Abu-Obaidah Alazam, Abrahim Bakar, Rohana Hamzah &

Asmiran, 2012).

Pelbagai alat media elektronik dan kemudahan TMK seperti komputer, aplikasi multimedia dan Internet telah diintegrasikan ke dalam sekolah untuk menjadikan Pendidikan guru lebih berkesan. (Jamalludin & Zaidatun, 2013). Penggunaan komputer dari segi teknologi Internet oleh guru-guru dengan menggunakan kemudahan Internet untuk mencari bahan pengajaran semasa berada pada tahap yang sesuai dalam proses meningkatkan kemahiran membaca.

(Mohd Fadzri, 2006).

Fokus kajian oleh Baharudin, Masnan & Zain (2020), merangkumi pembangunan papan interaktif dalam pendidikan dan kelebihan papan interaktif yang relevan dengan kemahiran membaca serta sejauh mana penggunaannya membantu perkembangan kemahiran membaca murid-murid sekolah. Mereka juga menerokai cabaran guru dan murid-murid dalam menggunakan papan putih interaktif dan teknologi dalam perkembangan kemahiran membaca.

Kajian Baharudin et al., (2020), juga sangat penting kerana dapatan kajian menawarkan pemahaman mengenai kesediaan guru dan murid-murid dalam aplikasi teknologi khususnya papan interaktif dalam perkembangan kemahiran membaca. De Vita, Verschaffel & Elen (2018), juga menerangkan bahawa penggunaan papan interaktif dalam pendidikan telah menjadi semakin popular kerana penggunaannya menggabungkan pelbagai elemen pendidikan abad ke-21. Dalam kajian Baharudin et al., (2020), hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan papan interaktif mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya apabila guru mengajar kemahiran literasi.

Dalam kajian oleh Chee, Yahaya & Ibrahim (2017), satu kajian jenis eksperimen telah dijalankan untuk menyiasat kesan aplikasi telefon pintar terhadap kemahiran membaca bahasa Cina dan mengkaji persepsi pelajar terhadap penggunaan aplikasi telefon pintar. Kajian ini

(6)

adalah untuk mengkaji persepsi mereka berkaitan dengan elemen motivasi, minat, dan keyakinan. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah rendah sekolah, di Seremban, Negeri Sembilan, salah satu negeri di Malaysia. Oleh itu, jumlah bilangan responden dalam kajian ini adalah seramai 53 orang pelajar. Kumpulan kawalan mempunyai 26 orang murid manakala kumpulan eksperimen mempunyai 27 orang murid. Sejumlah 53 pelajar mengambil bahagian dalam kajian ini; keputusan utama menunjukkan bahawa responden mencatat markah yang lebih tinggi dalam ujian pasca selepas empat minggu intervensi berturut-turut. Selain itu, hasil tinjauan mereka mendapati pelajar lebih mudah, dan lebih suka mempelajari kemahiran membaca dengan penggunaan aplikasi telefon pintar dalam kemahiran membaca berbanding pembelajaran tradisional. Namun, mereka melaporkan bahawa penyepaduan telefon pintar aplikasi boleh meningkatkan motivasi dan minat murid, tetapi bukan keyakinan mereka.

Akhirnya, pengkaji membincangkan implikasi kajian ini terhadap perspektif potensi pembelajaran mudah alih.

5. Perbincangan

5.1 Cabaran-cabaran perlaksanaan TMK dalam pengajaran untuk meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid

Kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini dengan jelas menunjukan pengintegrasian TMK dalam pendidikan mampu membawa kebaikan kepada kemahiran membaca dikalangan murid. Namun untuk mengaplikasikan TMK dalam pendidikan terdapat banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempui. Pelan Pembangunan Pendidikan (2001-2010) telah menunjukan bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam peperiksaan kerana lebih kurang 62% guru masih tidak menguasai TMK. Menyedari kepentingan ini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 telah diwujudkan oleh KPM untuk meneruskan agenda bagi memanfaatkan TMK dalam pengajaran.

Cabaran pertama adalah, sikap guru-guru tersebut masih gemar melaksanakan pengajaran secara tradisional. Alken (1976), & Ajzen (1988), menyatakan bahawa sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institut, konsep atau individu yang lain. Antara kaedah lama yang digunakan oleh guru-guru adalah seperti kaedah gabungan, chalk and talk dan kaedah pendekatan campuran. Pengajaran menggunakan kaedah ini juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran tetapi keberkesanannya adalah rendah berbanding dengan pembelajaran menggunakan TMK yang lebih menarik minat murid. Pengajaran kemahiran membaca dengan menggunakan TMK akan merangsang murid untuk memberi fokus yang terbaik dan kemahiran tersebut akan mencapai matlamatnya.

Cabaran kedua ialah pengintegrasian TMK dalam pelajaran tidak diterima oleh semua lapisan guru. Masih ada sebilangan besar guru menolak mengajaran berasaskan TMK dan belum bersedia untuk menerima perubahan. Mereka lebih gemar menjalankan pengajaran secara bersemuka dan bukannya melalui medium teknologi yang kian pesat membangun seperti pengguaan aplikasi pembelajaran secara maya dan sebagainya. Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara telah menyebabkan semua sekolah ditutup mengikut fasa-fasa dan sesi pembelajaran bersemuka beralih kepada pembelajaran secara maya. Guru-guru yang masih ketinggalan dalam TMK telah menghadapi kesukaran untuk menjalankan sesi pembelajaran kerana mereka terpaksa mempelajari dan mendalami teknik-teknik TMK terlebih dahulu sebelum mengajar kemahiran membaca kepada anak murid melalui sesi online. Hanya guru- guru yang telah sedia memiliki ilmu pengetahuan dalam TMK berjaya menjalankan sesi pembelajaran tanpa sebarang halangan. Rosnaini, Mohd Arif & Jalalludin (2011), pula

(7)

menyatakan pengetahuan dan kemahiran teknologi yang dimiliki oleh seseorang guru akan menggunakan TMK dalam amalan pengajarannya.

Cabaran ketiga adalah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sendiri masih belum berpegang kepada satu sukatan pelajaran yang betul. Sukatan pelajaran kian berubah-ubah sejak Menteri Pelajaran Malaysia asyik bertukar berikutan pergolakan politik di negara ini sejak kebelakangan ini. Pendekatan dan proses pengajaran berubah-ubah menyukarkan warga pendidik memberi fokus kepada pendidikan melalui TMK. Wujud ketidakselarasan maklumat antara bahagian KPM dengan pihak sekolah menyebabkan guru-guru menghadapi kekeliruan dalam perangkaan Pendidikan berasaskan kepada kemahiran membaca.

Cabaran keempat adalah bahan bantu mengajar mengunakan TMK dalam pengajaran masih belum dibangunkan sepenuhnya 100%. Bahan yang ada pun kurang efektif menyebabkan guru masih menggunakan kaedah pengajaran yang lama. Modul yang diterbitkan juga telah lapuk dan tidak menarik. Dewasa ini boleh dikatakan setiap hari ada teknologi baharu dicipta dan dipasarkan. Aplikasi yang diterbitkan oleh KPM juga tida dikemaskini mengikut peredaran teknologi menyebabkan ia tidak dapat digunakan dan kadang-kala akan berlaku ganguan sistem atau gangguan capaian. Ini juga menyebabkan guru-guru menghadapai kesukaran untuk menggunakan perisan TMK dalam pengajaran kemahiran membaca.

Cabaran kelima adalah guru -guru juga menghadapi kesukaran untuk mengaplikasikan TMK dalam kemahiran membaca dikalangan murid kerana tiada pangkalan data bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan maklumat dan data berguna secara guna sama. Aplikasi pangkalan data bukan sahaja digunakan secara sendiri tetapi ia juga boleh diintegrasikan dengan aplikasi yang lain khasnya pemprosesan perkataan dan hamparan elektronik, (Hirtle’s, 1996). Ini menyukarkan perkongsian maklumat sesama guru-guru di seluruh negara. Ini merugikan masa dan tenaga termasuk kos pembangunan sesuatu perisian.

Cabaran keenam dan antara yang termahal adalah kesukaran untuk mendapatkan peruntukkan kerajaan untuk penyediaan prasarana TMK dalam pendidikan. Sekolah-sekolah yang memiliki kualiti infrastruktur yang baik akan meningkatkan pencapaian pelajar. (Olson & Kellum, 2003).

Kos untuk menyediakan prasarana TMK di sekolah adalah sangat tinggi dan boleh mencecah jutaan wang ringgit. Ia adalah termasuk membina makmal komputer, pembelian komputer atau laptop, penyediaan jaringan internet, papan interaktif dan sebagainya. Komputer yang dibekalkan pula tidak mencapai standard piawaian antarabangsa dan sering rosak serta mempunyai jangka hayat yang tidak panjang. Peralatan teknologi TMK yang rosak tidak diganti dengan baru kerana isu peruntukan. Jaringan internet yang disediakan disekolah juga tidak meluas dan tidak menepati kehendak teknologi TMK yang digunakan. Keadaan ini bertambah rumit di Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak kerana jaringan internet adalah sangat lemah. Ini menyukarkan capaian internet dan mengganggu pengaplikasian TMK dalam pengajaran kemahiran membaca. Internet menyediakan sumber maklumat dalam TMK tanpa batasan. (Mackey, 2002).

5.2 Cadangan untuk menghadapi cabaran

Cadangan pertama adalah kerajaan melalui KPM perlu menyediakan dana yang secukupnya untuk merealisasikan impian untuk memartabatkan sektor pendidikan agar pelajar mendapatkan pendidikan yang bertaraf antarabangsa. Pelan Pembangunan Pendidikan yang digariskan dalam kertas tidak mungkin akan berjaya jika peruntukan tidak disediakan untuk melaksanakannya. Prasarana melibatkan TMK harus disediakan untuk menjadi pemangkin kepada guru untuk meningkatkan perkembangan kemahiran membaca yang lebih baik.

(8)

Adeosun (2010), menyatakan dalam kajiannya bahawa kekurangan masa dan faktor infrastruktur yang menghalang guru menggunakan TMK. Faktor kemudahan merupakan salah satu faktor yang menghalang guru daripada mengamalkan TMK dalam pengajaran. (Siti Norazlina, 2008). Oleh yang demikian, dana yang disediakan oleh kerajaan akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh guru untuk membangunkan atau mengaplikasikan TMK dengan lebih baik. Idea-idea yang baik tidak dapat direalisasikan tanpa adanya dana yang secukupnya dan segara usaha yang dibuat akan menjadi sia-sia.

Cadangan kedua adalah guru-guru perlu diberikan pendedahan dan latihan yang secukupnya untuk memperolehi kemahiran TMK terlebih dahulu. Proses pengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan secara tergesa-gesa (Robiah & Juhanam, 2002). Oleh yang demikian guru- guru perlu dilatih dengan secukupnya sebelum dibenar mengembangkan kemahiran membaca dalam pengajaran berasaskan TMK agar ia betul-betul memberi manfaat kepada murid. Guru- guru yang tidak mengaplikasikan TMK dalam kemahiran membaca harus dikenalpasti dan diberikan kaunseling untuk berubah sikap dan menerima penggunaan TMK dalam memastikan murid menerima kemahiran membaca dengan berkesan. Guru-guru perlu lebih dinamik dan proaktif serta responsif terhadap sebarang pembaharuan dalam pendidikan dari semasa ke semasa.

6. Kesimpulan

Kajian ini diterbitkan adalah untuk mengkaji cabaran guru dalam mengintegrasikan TMK dalam pengajaran bagi meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid sekolah rendah.

Hasil keseluruhan mendapati, tahap mengintegrasikan TMK dalam pengajaran kemahiran membaca adalah masih sederhana. Ia adalah disebabkan oleh guru itu sendiri yang enggan mengubah diri untuk menerima penggunaan TMK dalam pengajaran. Sebenarnya TMK banyak membantu guru-guru dalam mengurangkan beban kerja khususnya dalam menyediakan alat bantu mengajar berbentuk tradisional yang memakan masa dan tenaga yang banyak. TMK dilihat lebih menarik minat murid dalam pelajaran kerana mengandungi unsur audio, video, seni visual, grafik dan sebagainya. Kerajaan dan melalui KPM harus menyediakan TMK yang berkualiti untuk mendapatkan pencapaian yang terbaik dalam pendidikan. Guru-guru perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan mengenai TMK dan latihan atau kursus yang secukupnya agar setiap wang ringgit yang dilaporkan tidak sia-sia tanpa sebarang hasil. Diharap kajian ini akan membuka minda pembaca dan memberi kesedaran tentang berapa pentingnya menggunakan TMK dalam meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid.

Rujukan

Aiken & L. R. (1976). Update and other Affective Variables in Learning Mathematics. Review Of The Educational Research 46: 293-311.

Adeosun, O. (2010). Quality basic education development in Nigeria: Imperative for use of ICT. Journal of International Cooperation in Education. 13(2), 193 - 211. Ajzen, I. (1988).

Attitudes, Personality and Behaviour. Illinois: Dorsey Press.

Cheok, M. L., Wong, S. L., & Ahmad Fauzi Ayub. (2017). Teachers’ Perceptions of ELearning in Malaysian Secondary Schools. Malaysian Online Journal of Educational Technology (MOJET), 5(2), 14.

Ghavifekr, S., Razak, A. Z. A., Ghani, M. F. A., Ran, N. Y., Meixi, Y., & Tengyue, Z. (2014).

ICT Integration in Education: Incorporation for Teaching & Learning Improvement.

(9)

Hirtle, B. Constructing a Collaborative Classroom. (1996). Learning and Leading with Technology 7: 19-21

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Perpustakaan Negara Malaysia. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Perancangan Pelaksanaan Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah sebagai Penyelesaian kepada Menangani Isu Beban Tugas Guru dan Pengintegrasian Satu Data Pendidikan KPM. Retrieved from

http://btpntrg.edu.my/portal3/images/UPICT/SPS.pdf

Mackey, M. (2002). Literacy Across Media: Playing the Text. New York: Routledge Olson, S. L., & Kellum, S. (2003). The Impact of Sustainable Buildings on Educational

Achievements In K-12 Schools. Dicapai 18 Jun 2013, daripada http://www.cleanerandgreener.org/download/sustainableschools.pdf

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). (2012). Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Rabaya Muhamad & Norazah Nordin. 2014. Penggunaan Aplikasi Sumber Pembelajarann Terbuka (OER) Sebagai Media Pengajaran di 11 Kalangan Guru-Guru. Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud &

Mohd Jasmy Abd Rahman. 39-44. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.

Robiah & Juhana. (2002). Keyakinan Guru-Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi dalam Kurikulum. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah 4(2): 23-36

Siti Norazlina Kamisan. (2008). Halangan terhadap penggunaan komputer dan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di kalangan guru di sekolah menengah kebangsaan luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor. (Disertasi Ijazah sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia

Sandra.R, Abu Bakar.N, & Norlidah.A. (2013). Penggunaan ICT merentas kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK): Tinjauan di prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, 1(4). Diambil dari http://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=web&cd=1&ca d=rja&ved=0CC0QFjAA&url=http%3A%2F%2Fejournal.um.edu.my%2Ffilebank%2 Fpu blished_article%2F5813%2FArtikel_2_Bil_1_Isu_4.pdf&ei=OMKpUrvGML 5rAff8IDYCw&usg=AFQjCNERcuXyZFtxzZJ3TZgORY4NpLB7kQ&bvm=bv.5796 7247,d.bmk

Shahabuddin Hashim, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2003). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Merujuk kepada latar belakang masalah yang telah dinyatakan, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan

ABSTRAK: Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencapaian Kemahiran Proses Sains dalam mata pelajaran Fizik di kalangan pelajar sekolah

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) bagi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Institut

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru- guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap literasi pentaksiran dalam melaksanakan

Dalam kajian ini, pengukuran yang dilakukan ialah di antara hubungan tahap kompetensi dengan tahap kesediaan guru bukan opsyen TMK di daerah Kulaijaya untuk melaksanaan

Justeru, kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi Pembinaan di KKTM Sri Gading bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kemahiran komunikasi interpersonal pelajar dalam pembelajaran yang merangkumi aspek komunikasi lisan, komunikasi bukan

Kesimpulan Sebagai rumusan, kajian ini berjaya mengenal pasti cabaran utama yang dihadapi oleh komuniti nelayan di Tanjung Dawai dalam mendapatkan akses kesihatan, iaitu masalah