ABSTRAK
HUBUNGAN APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) DENGAN SIKAP DAN PENCAPAIAN PELAJAR
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah terhadap sikap dan pencapaian pelajar berdasarkan persepsi guru. Sebanyak 19 buah sekolah menengah di daerah Tawau dan Lahad Datu yang melibatkan seramai 159 orang guru Sejarah terlibat sebagai responden yang dipilih secara sampel rawak bertujuan. Soal selidik yang diguna adalah berpandukan instrumen Norliza et.al (2011), Rhonda dan Gerald (2009) berdasarkan Teachers’ Attitudes Toward Computer (TAC) yang telah dimodifikasi mengikut keperluan kajian. Analisis statistik dianalisis menggunakan perisian Windows Statistic SPSS 17.0. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan antara aplikasi TMK dengan sikap dan pencapaian pelajar. Nilai korelasi antara aplikasi TMK dengan sikap pelajar dalam aspek afektif mempunyai hubungan positif yang lemah (r=.484), aspek kognitif mempunyai hubungan positif yang sederhana (r=0.567), manakala dalam aspek psikomotor pula menunjukkan hubungan positif yang lemah (r=.406). Konklusinya, kajian ini mendapati bahawa aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi wajar dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi memupuk sikap positif terhadap Sejarah, memudahkan pemahaman dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Usaha ini selaras dengan agenda Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang melihat kepentingan subjek Sejarah melalui penerapan nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Inovasi TMK juga merupakan salah satu langkah bijak bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang kini telah menjadi subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada tahun 2013. Diharapkan kajian ini dapat memberi input kepada para pelajar, guru dan kakitangan KPM. Harapan seterusnya, kajian-kajian akan datang akan lebih menumpukan kepada pembinaan laman web dan aplikasi dalam TMK dalam subjek Sejarah dapat dibangunkan agar subjek ini terus berinovasi selaras dengan pembangunan dunia TMK kini.
THE RELATIONSHIP BETWEEN APPLICATION OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) TOWARDS STUDENTS’ ATTITUDE
AND ACHIEVEMENT