• Tidak ada hasil yang ditemukan

Persepsi guru-guru kemahiran hidup bersepadu terhadap literasi pentaksiran dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Persepsi guru-guru kemahiran hidup bersepadu terhadap literasi pentaksiran dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

LITERASI PENTAKSIRAN DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

RASIDAYANTY BINTI SAION

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia

JANUARI 2014

(2)

ABSTRAK

Literasi pentaksiran merupakan kriteria penting dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan murid secara berterusan. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap literasi pentaksiran dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, perbezaan persepsi mereka terhadap literasi pentaksiran berdasarkan kepada jantina dan perbezaan di antara persepsi guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap literasi pentaksiran dan pengalaman mengajar. Kajian berbentuk tinjauan diskriptif yang melibatkan data kuantitatif menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1 dan 2 di mana populasinya seramai 189 dan responden adalah 127 orang. Data dianalisis menggunakan pendekatan Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis menunjukkan persepsi pentaksiran guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru Kemahiran Hidup Bersepadu lelaki dan perempuan terhadap persepsi literasi pentaksiran. Analisis juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan persepsi literasi pentaksiran guru. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan kepada pelaksanaan pentaksiran dan program peningkatan profesionalisme guru di sekolah.

(3)

ABSTRACT

Assessment literacy is the most imperative criterion in implementing assessment in school to find out the strengths and weaknesses of students on an on-going basis. Therefore, the purpose of this study is to identify the perception of Integrated Living Skills teachers towards assessment literacy in implementing School Based Assessment, the difference of their perception towards assessment literacy based on gender and the difference of Integrated Living Skills teachers’ perception towards assessment literacy and teaching experience. The design of this study is descriptive survey involving quantitative data using a questionnaire as a study instrument. The sample consisted of teachers who teach Integrated Living Skills subject for Forms 1 and 2 in which the population is 189 and 127 respondents. Data were analysed using the Rasch measurement model approach. The analysis showed the assessment perception of Integrated Living Skills teachers towards the implementation of the School Based Assessment is high. The findings of the study also showed that no significant differences between Integrated Living Skills male and female teachers in their perceptions of assessment literacy. The analysis also found that no significant difference between teachers’ teaching experience and their perception towards assessment literacy. The results of this study can serve as a guideline for implementation of assessment and teachers’ professional development programmes in schools.

(4)

PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK SARJANA

PERSEPSI GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TERHADAP LITERASI PENTAKSIRAN DALAM PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

BERASASKAN SEKOLAH SESI PENGAJIAN : 2013/2014

Saya RASIDAYANTY BINTI SAION (771021-01-6200) mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Laporan Projek Sarjana adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ()

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ENCIK JAMIL BIN ABD BASER

Alamat Tetap:

NO.190 KG PUNGGUR DARAT,

83100 RENGIT,

BATU PAHAT, JOHOR.

Tarikh : _______________ Tarikh: _________________

CATATAN:

** Jika Laporan Projek Sarjana ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(5)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan masalah 8 1.4 Objektif kajian 8 1.5 Persoalan kajian 9 1.6 Kepentingan kajian 9 1.7 Skop kajian 10 1.8 Definisi operasional 10 1.8.1 Literasi pentaksiran 10 1.8.2 Guru 10

1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 11

1.8.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 11

1.9 Kerangka konseptual kajian 11

1.10 Rumusan 12

(6)

2.1 Pengenalan 13

2.2 Literasi pentaksiran 14

2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 16

2.3.1 Ciri-ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah 20

2.3.2 Aspek yang dinilai 21

2.3.3 Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah 23

2.4 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 24

2.5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 25

2.5.1 Matlamat KBSM 25

2.5.2 Objektif KBSM 26

2.6 Kemahiran guru-guru KHB dalam melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus 27

2.7 Perbezaan tahap kemahiran guru KHB 27

2.8 Perbezaan tahap kemahiran guru KHB dan

pengalaman mengajar 28

2.9 Rumusan 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 30

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka bentuk kajian 30

3.3 Populasi dan sampel kajian 31

3.4 Instrumen kajian 33

3.5 Prosedur kajian 34

3.5.1 Fasa I: Proposal kajian 35

3.5.2 Fasa II Kajian sebenar 35

3.6 Kajian rintis 39

3..6.1 Kesahan muka dan kandungan 40

3.6.2 Kebolehpercayaan dan indeks pengasingan 40 3.6.3 Pemeriksaan terhadap polariti item (item polarity) 42

3.6.4 Kesesuaian item (item fit) 42

3.6.5 Pengukuran nilai korelasi residual terpiawai

(standardized residual correlations) 43 3.6.6 Ringkasan jumlah item yang kekal dan

digugurkan bagi soal selidik 44

(7)

3.9 Rumusan 46

BAB 4 ANALISIS DATA 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis demografi responden 47

4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 47 4.2.2 Taburan responden mengikut pengalaman

mengajar 48

4.2.3 Taburan responden mengikut kekerapan guru

KHB berkursus berkaitan PBS 49

4.3 Analisis dapatan kajian 51

4.3.1 Persoalan kajian 1: Apakah persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran dalam

melaksanakan PBS? 51

4.3.1.1 Analisis proses pembinaan 54 4.3.1.2 Analisis proses perancangan 54 4.3.1.3 Analisis proses pelaksanaan 55 4.3.1.4 Analisis proses perekodan 55 4.3.1.5 Analisis proses tindakan susulan 56 4.3.1.6 Analisis proses penganalisisan 56 4.3.1.7 Analisis proses pelaporan 57 4.3.2 Persoalan kajian 2: Adakah terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap literasi pentaksiran

di antara guru KHB lelaki dan perempuan? 57 4.3.3 Persoalan kajian 3: Adakah terdapat perbezaan

yang signifikan di antara persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran dan

pengalaman mengajar? 60

4.4 Rumusan 61

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 62

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 62

5.2.1 Rumusan dapatan Kajian 1: Persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran dalam

melaksanakan PBS 63

(8)

pentaksiran di antara guru KHB lelaki dan

perempuan 65

5.2.3 Rumusan dapatan Kajian 3: Hubungan antara persepsi guru-guru KHB terhadap literasi

pentaksiran dan pengalaman mengajar 66

5.3 Cadangan dapatan kajian 67

5.3.1 Pihak LPM 67

5.3.2 Pihak JPN dan PPD 68

5.3.3 Pihak pentadbir sekolah dan guru 68

5.4 Cadangan kajian lanjutan 70

5.5 Kesimpulan 70

RUJUKAN 72

(9)

SENARAI JADUAL

2.1 Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah 21

2.2 Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah 22

3.1 Populasi kajian mengikut sekolah 32

3.2 Jadual skala 5 mata 34

3.3 Interpretasi skor alpha Cronbach 41

3.4 Nilai kebolehpercayaan (alpha Cronbach)

bagi kajian rintis 41

3.5 Kebolehpercayaan responden yang diukur 41

3.6 Kobolehpercayaan item yang diukur 42

3.7 Nilai korelasi residual terpiawai 43

3.8 Ringkasan jumlah item yang kekal dan

Digugurkan 44

3.9 Objektif dan kaedah analisis data 45

3.10 Tahap skor min 46

4.1 Analisis responden mengikut jantina 48

4.2 Bilangan dan peratusan responden

mengikut pengalaman mengajar 49

4.3 Bilangan dan peratusan kekerapan

responden berkursus berkaitan PBS 50

4.4 Perbezaan jantina dengan konstruk

perancangan menggunakan DGF 58 4.5 Perbezaan jantina dengan konstruk

pembinaan menggunakan DGF 58

4.6 Perbezaan jantina dengan konstruk

(10)

4.7 Perbezaan jantina dengan konstruk

perekodan menggunakan DGF 59

4.8 Perbezaan jantina dengan konstruk

penganalisisan menggunakan DGF 59

4.9 Perbezaan jantina dengan konstruk

pelaporan menggunakan DGF 59

4.10 Perbezaan jantina dengan konstruk

tindakan susulan menggunakan DGF 60

4.11 Analisis pengalaman mengajar terhadap

literasi pentaksiran 61

(11)

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka konseptual kajian kemahiran profesional guru KHB dalam pelaksanaan

PBS 12

2.1 Pelaksanaan PBS 23

3.1 Kerangka operasi kajian tahap kemahiran

guru KHB dalam pelaksanaan PBS 38

4.1 Graf taburan responden mengikut jantina 48

4.2 Graf taburan responden mengikut

pengalaman mengajar 49

4.3 Graf taburan responden mengikut kekerapan

berkursus berkaitan PBS 50

4.4 Peta taburan responden 52 4.5 Peta taburan item 53

(12)

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH

CALI - Classroom Assessment Literacy Inventory DSP - Dokumen Standard Prestasi

IPG - Institut Pendidikan Guru

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia KSSM - Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PP - Pentaksiran Pusat

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

PS - Pentaksiran Sekolah

PSi - Pentaksiran Psikometrik

RRJP3 - Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

TMK - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

 - alpha

 - nilai yang lebih kecil

(13)

SENARAI LAMPIRAN

A Pengesahan Pakar 78

B Surat Menjalankan Kajian 84

C Soal Selidik Kajian Rintis 90

D Soal Selidik Kajian Sebenar 99

E Analisis Data Kajian Rintis 107

F Analisis Dapatan Kajian Sebenar 110

(14)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Literasi pentaksiran merupakan kriteria penting dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah dan bilik darjah. Kemahiran ini merupakan perkara yang perlu diberi tumpuan dalam pembangunan profesional guru kerana mereka perlu memahami dengan jelas tujuan dan keperluan penilaian pembelajaran dilakukan kepada murid. Setiap guru terlibat mengendalikan proses pentaksiran sepanjang tahun dan menurut Arter (2003), faktor literasi pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arah memperkayakan pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti. Pelaksanaan pentaksiran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah berterusan dan menyeluruh meliputi kemahiran teori dan amali murid. Berdasarkan kajian Ahmad (2010), pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya.

Pelaksanaan pentaksiran dalam mata pelajaran KHB memerlukan guru mempunyai literasi pentaksiran di samping kemahiran profesional lain untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, guru mata pelajaran ini perlu berkemahiran dalam pengurusan masa dan merancang setiap pengajaran agar ianya berjalan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan serta mahir menjalankan pentaksiran yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Menurut Neil (2002), bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan, seseorang ahli profesional perlu mengikuti latihan tertentu untuk memperolehi kemahiran-kemahiran dalam sesuatu profesion. Guru-guru yang berpengalaman,

(15)

cekap dan pakar dalam sesuatu bidang mata pelajaran perlu mempunyai pengetahuan yang kukuh dan luas tentang kurikulum bagi membolehkan seseorang guru

melaksanakan tugasnya dengan berkesan (Abdul Rashid, 2003). Guru-guru yang mengajar mata pelajaran KHB perlu mempunyai kemahiran

dalam bidang reka bentuk, reka cipta, elektrik, elektronik, kerja paip, lukisan teknik, jahitan, masakan, pertanian dan keusahawanan. Kemahiran yang dimiliki adalah hasil daripada program latihan perguruan yang diikuti semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di Universiti serta berdasarkan tempoh pengalaman mengajar mata pelajaran ini di sekolah. Melalui kemahiran tersebut guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini berkemampuan melaksanakan pentaksiran selaras dengan kehendak LPM. Menurut Shaari (2008), guru perlu sentiasa sedia berhadapan dengan tekanan untuk menguasai pengetahuan isi kandungan mata pelajaran yang akan mereka ajar. Ini kerana guru pada masa kini memerlukan seseorang yang mempunyai banyak maklumat dan perlu bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku terutama terhadap matlamat pendidikan yang semakin luas di samping jangkaan masyarakat yang semakin tinggi terhadap peranan sekolah.

Satu perubahan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah dengan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) pada bulan Februari 2007. PIPP telah memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dengan memfokus kepada menyediakan pentaksiran alternatif, mengkaji semula sistem peperiksaan dan memantapkan kualiti sistem pentaksiran secara keseluruhan. LPM juga menyusun semula kerangka dan format pentaksiran peringkat nasional dan merancang untuk memantapkan aktiviti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Selaras dengan perubahan fokus dan format pentaksiran ini, kompetensi para guru juga perlu dipertingkatkan agar dapat menjalankan tugas secara profesional dan berwibawa. Salah satu faktor mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pentaksiran di sekolah adalah pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan.

Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini dijalankan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan murid secara berterusan serta dapat memberikan penilaian yang

(16)

menyeluruh terhadap keseluruhan pencapaian murid. Oleh itu, guru-guru terutamanya yang mengajar mata pelajaran KHB perlu bersedia dengan kemahiran tertentu seperti kemahiran praktikal yang memerlukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara hands-on. Pentaksiran yang diperkenalkan ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelajaran) yang berasaskan sekolah (LPM, 2012).

Perubahan dasar pendidikan menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap peperiksaan di Malaysia dan mengiktiraf kredibiliti serta kemahiran guru sebagai pentaksir di peringkat sekolah. Sulaiman (2003) mendapati guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada murid setiap hari. Oleh itu, guru hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran profesional keguruan terutamanya literasi pentaksiran dan menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk menghadapi perubahan dan cabaran yang berlaku dalam dunia pendidikan. Kajian yang dijalankan oleh Saad (2002), menyatakan bahawa kefahaman guru yang tinggi dalam aspek kriteria penilaian adalah berkait dengan pengalaman mengajar guru-guru dalam bidang KHB.

PBS yang dilaksanakan memerlukan guru mempunyai literasi pentaksiran kerana pemarkahan akan diberikan oleh guru yang mengajar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Guru-guru juga perlu menguasai bidang yang diajar kerana mereka perlu menyediakan evidens-evidens bagi setiap topik pelajaran yang diajarnya untuk tujuan pentaksiran. Setiap evidens yang dibina perlu mempunyai kesahan yang tinggi dan dilaksanakan dengan telus agar menepati standard prestasi yang digariskan oleh LPM. Standard prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid (LPM, 2012). Mat Ali (2006), mencadangkan agar guru diberikan latihan berterusan dalam bidang pentaksiran. Ini kerana guru yang kompeten pentaksiran dapat merancang strategi pengajaran dengan berkesan selain mampu meningkatkan motivasi murid.

(17)

1.2 Latar belakang masalah

Tugas, tanggungjawab dan peranan guru di Malaysia hari ini bukan sahaja berbeza dari masa lalu, tetapi juga lebih berat serta kompleks (Mok, 2007). Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Perubahan sistem pendidikan memerlukan guru mereformasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran profesional keguruan yang canggih, khasnya pedagogi teknologi maklumat dan komunikasi, demi meningkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerjaya yang kian mencabar. Bagi guru-guru KHB pula, kemahiran dalam bidang teknikal harus dikuasai dengan sepenuhnya bagi membolehkan mereka menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melaksanakan PBS.

Transformasi pendidikan yang dilancarkan menuntut guru-guru untuk melakukan perubahan dalam peranan yang perlu dimainkan. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat, tetapi pada masa kini, peranannya telah ditukar menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi rangsangan dalam bilik darjah (Mok, 2007). Manakala, guru-guru yang terlibat dengan sistem Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula, berhadapan dengan penambahbaikan dalam proses pentaksiran dan bertanggungjawab sebagai pentaksir atau penilai di peringkat sekolah. Guru pada masa dulu menumpukan tugasnya mengajar murid dengan ilmu pengetahuan, tetapi masa kini tugasnya telah ditukar dengan usaha mengembangkan potensi murid secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup serta berguna untuk pembangunan negara. Oleh sebab itu guru-guru perlu meningkatkan kemahiran mereka dari masa ke semasa agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan.

Kajian Abdul Rahman & Jaafar (2008) mendapati majoriti guru mengakui bahawa mereka kurang mahir dalam semua bidang kemahiran hidup dan ini secara tidak langsung menjejaskan pelaksanaan PBS. Guru-guru mata pelajaran ini perlu mahir dalam semua bidang KHB bagi tujuan pengajaran dan pentaksiran. Ini kerana proses pentaksiran memerlukan guru menilai perkembangan murid secara berterusan dan menyeluruh. Masalah timbul apabila terdapat guru yang tidak mempunyai kemahiran dari segi teori dan amali serta ada sesetengahnya merupakan guru bukan opsyen KHB (Yahaya, Saidun & Raja Abdul Rahman, 2008). Keadaan berlaku

(18)

disebabkan oleh kekurangan guru-guru opsyen ini di sekolah, sedangkan terdapat sejumlah murid yang ramai mengambil mata pelajaran tersebut kerana ia merupakan mata pelajaran wajib di tingkatan 1 hingga 3. Justeru, mereka yang tiada pengalaman dalam bidang kemahiran teknikal mengharapkan kaedah pembelajaran kendiri untuk mendapatkan pengetahuan dalam bidang berkaitan sebagai persediaan untuk mengajar mata pelajaran ini.

Berdasarkan kajian Sulaiman (2004), guru hendaklah mempunyai ilmu khususnya dalam bidang mata pelajarannya. Oleh itu, guru-guru mata pelajaran ini perlu sentiasa melengkapkan diri dengan kemahiran dalam bidang berkaitan bagi membolehkan mereka berkeyakinan menyampaikan isi pelajaran sama ada dalam bentuk teori atau amali. Ini kerana mata pelajaran KHB bermatlamat untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Kajian Yahaya (2007) menunjukkan tahap keyakinan guru yang mengajar mata pelajaran ini berdasarkan topik-topik yang terdapat dalam sukatan memperoleh tahap keyakinan yang tinggi, sederhana dan rendah. Daripada kajian ini, mendapati guru mempunyai tahap keyakinan yang rendah dalam pengajaran elektronik dan kerja paip. Hal ini kerana, kebanyakan guru tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk mengajar mengikut topik-topik yang terdapat dalam sukatan KHB dan juga terdiri daripada guru yang bukan bidang teknikal.

Hussin (2004) mendapati pertambahan pengetahuan berlaku melalui pendedahan dan guru harus bersedia menambah pengetahuan dengan menghadiri kursus, bengkel, seminar, persidangan dan forum yang melibatkan pendidikan. Penambahbaikan pelaksanaan pentaksiran di peringkat sekolah dan dalam bilik darjah memerlukan guru mendapat latihan yang sepenuhnya agar mereka bersedia menjalankan proses pengajaran dan seterusnya pentaksiran. Guru yang tidak terlatih mempunyai kefahaman yang sedikit seterusnya akan menyebabkan markah tidak dapat diagihkan dengan berkesan akibat ketidakmampuan guru tersebut. PBS yang dilaksanakan tanpa menyediakan latihan yang mencukupi kepada guru-guru mewujudkan jurang yang besar antara strategi yang digubal oleh kerajaan dengan realiti sebenar bilik darjah. Pihak pentadbir sekolah perlu memainkan peranan mengadakan kursus dalaman bagi guru-guru yang tidak berpeluang menghadiri kursus pentaksiran yang dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau KPM.

(19)

Kajian yang dijalankan oleh Rahman & Ali (2008) mendapati terdapat beberapa faktor permasalahan yang menghalang dan mengehadkan pelaksanaan PBS. Faktor guru adalah yang paling penting dalam melaksanakan pentaksiran ini. Dapatan kajian tersebut menunjukkan guru-guru mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang sederhana tinggi dalam melaksanakan PBS. Masalah yang dihadapi oleh guru-guru KHB ialah tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyelia dan membimbing murid serta menganggap proses melaksanakan pentaksiran menganggu tugas-tugas yang lain. Begitu juga kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor & Sahip (2010), yang menunjukkan bahawa jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk melaksanakan pentaksiran tersebut.

Berdasarkan kajian Ahmad (2010), penggunaan kemudahan komputer dalam pengujian memudahkan pentadbiran sesuatu ujian. Penambahbaikan PBS yang dilaksanakan mulai tingkatan 1 pada tahun 2012 dalam sistem KBSM memerlukan guru-guru berkemahiran dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) juga. Mereka perlu cekap mengendalikan komputer kerana data-data dan markah murid akan dimasukkan secara atas talian dalam perisian yang disediakan. Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) merupakan sistem yang dibangunkan oleh LPM bagi memudahkan markah dikumpulkan secara berpusat. Sistem yang disediakan seringkali sukar dicapai dan membuang masa guru kerana terpaksa menunggu lama, sedangkan markah murid perlu dikemaskini dari masa ke semasa. Guru juga perlu mahir mengendalikan perisian tersebut untuk melicinkan

proses pengisian markah. Melalui tinjauan awal yang dilakukan terhadap guru-guru KHB menunjukkan

terdapat permasalahan yang timbul dari aspek pelaksanaan pentaksiran ini yang dapat dikenal pasti melalui maklum balas dan reaksi yang telah diberikan. Dalam isu kemahiran TMK, guru tidak mempunyai latihan untuk mengendalikan perisian yang dibekalkan dan mengambil inisiatif sendiri untuk belajar dengan rakan guru lain atau ahli keluarga yang mahir dalam bidang ini. Antara maklum balas yang diperoleh ialah,

…saya memang tak mahir dalam bidang komputer. Jadi saya selalu minta tolong anak untuk masukkan markah dalam sistem ini

(20)

…saya tak faham la dengan sistem ini. Saya tak tahu macamana nak keluarkan laporan dari markah murid

(Guru 2, komunikasi peribadi, Mei 7, 2013)

…guru-guru sering merungut susah nak key-in markah student. Tidak mahir nak guna sistem SPPBS

(Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional, komunikasi peribadi, Mei 7, 2013)

Dapatan kajian Saad (2002) mendapati bahawa, guru-guru tidak mempunyai

masa yang mencukupi untuk mengajar semula murid yang lemah dan melakukan semula sesuatu kriteria yang dinilai. Guru-guru mata pelajaran ini yang terlibat dalam sistem KBSM berhadapan dengan masalah tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran kerana terpaksa memperuntukkan masa yang lebih kepada tajuk-tajuk yang perlu dibuat pentaksiran. Bagi memastikan semua murid dapat melaksanakan proses PBS dengan sempurna, guru-guru KHB terpaksa membuat penyelarasan masa yang sesuai dengan tahap pencapaian murid agar tidak terdapat murid yang ketinggalan atau tidak dapat menyiapkan evidens dalam PBS. Guru-guru juga terpaksa menyediakan bahan bukti lain sekiranya murid tidak dapat menguasai evidens yang diberi. Oleh yang demikian, kemahiran guru dalam mengurus masa dan merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat penting agar keperluan menghabiskan sukatan pelajaran dan pelaksanaan PBS dapat diselaraskan.

Selain daripada itu, kajian yang telah dijalankan oleh Mat Ali & Jamaluddin (2007) mendapati guru lebih cenderung untuk tidak menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) atau Jadual Penentu Ujian (JPU) apabila menggubal item. Kajian yang dijalankan oleh Mat Ali (2006) mengesahkan perkara ini. Guru-guru didapati lebih cenderung untuk menggunakan soalan yang terdapat dalam buku panduan soalan peperiksaan, mengubahsuai soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya atau mengubahsuai soalan-soalan yang sedia ada daripada menggubal sendiri item ujian. Menurut Alias (2003), JPU memainkan peranan penting untuk memastikan soalan yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu tidak tersasar daripada isi kandungan pelajaran yang telah diajar kepada murid.

(21)

1.3 Pernyataan masalah

Hasil perbincangan di atas, didapati guru-guru KHB belum menguasai literasi pentaksiran dalam melaksanakan PBS. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa terdapat masalah dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran ini berdasarkan penambahbaikan yang dibuat oleh LPM bermula pada tahun 2012. Kebanyakan guru bidang ini kurang kemahiran dan keyakinan dalam topik-topik mata pelajaran yang diajar. Ini disebabkan oleh kurangnya latihan dan pengalaman yang diterima oleh guru-guru tersebut. Selain itu, guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini juga terdiri daripada mereka yang bukan opsyen dan tiada kemahiran dalam bidang teknikal. Tambahan lagi, mereka juga menghadapi masalah dari segi kemahiran mengurus masa dan merancang proses pengajaran dan pembelajaran. Ini mengakibatkan sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan dan proses pentaksiran tidak berjalan lancar. Di samping itu, SPPBS yang diperkenalkan untuk memudahkan guru-guru ini mengurus dan merekodkan markah selain membuat pelaporan pencapaian murid dilihat memberi tekanan kepada apabila ada di kalangan mereka kurang pengetahuan dan kemahiran TMK. Kesukaran untuk mengakses sistem ini juga membuang masa guru dan menjadikan pengurusan masa tidak efisyen. Guru juga cenderung menggubal soalan tanpa menggunakan JSU sebagai panduan. Ini menyebabkan item-item yang dibina tidak mempunyai kesahan kandungan dan mungkin juga tersasar daripada isi kandungan pelajaran yang diajar. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan bagi tujuan mengenal pasti persepsi literasi pentaksiran guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran, perbezaan persepsi literasi pentaksiran antara guru lelaki dan perempuan dan perbezaan di antara persepsi literasi pentaksiran guru subjek ini dengan pengalaman mengajar mereka. Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan panduan dalam menyediakan pengetahuan pentaksiran kepada guru KHB agar PBS dapat dilaksanakan dengan berkesan dan lancar.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

(i) Mengenal pasti persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran dalam melaksanakan PBS;

(22)

(ii) Mengenal pasti perbezaan persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran berdasarkan kepada jantina; dan

(iii) Mengenal pasti perbezaan persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran dan pengalaman mengajar.

1.5 Persoalan kajian

Secara amnya, kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru KHB terhadap kemahiran mentaksir dalam pelaksanaan PBS. Antara persoalan kajian ini ialah:

(i) Apakah persepsi guru-guru KHB terhadap literasi pentaksiran dalam melaksanakan PBS?

(ii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara guru KHB lelaki dan perempuan terhadap persepsi literasi pentaksiran?

(iii) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi literasi pentaksiran guru-guru KHB dan pengalaman mengajar?

1.6 Kepentingan kajian

Kepentingan kajian ini adalah dapat memberi maklum balas untuk mengenal pasti pendekatan yang wajar bagi menambah baik komponen dalam PBS kepada pihak-pihak yang terlibat iaitu:

(i) Pihak LPM dalam mereka bentuk pentaksiran yang lebih sesuai dan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Kajian ini juga dapat memberi maklumat terkini mengenai literasi pentaksiran yang diperlukan guru dalam melaksanakan pentaksiran bagi mata pelajaran KHB;

(ii) Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah agar proses pentaksiran di sekolah berjalan lancar tanpa sebarang masalah serius mengikut perancangan yang telah ditetapkan;

(iii) Pihak pentadbir dan guru di peringkat sekolah agar pentaksiran mata pelajaran ini diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak LPM.

(23)

1.7 Skop kajian

Skop kajian memperihalkan apa yang ingin diselidik oleh pengkaji dalam penyelidikan mereka. Skop kajian yang tidak jelas boleh menimbulkan kerumitan semasa penginterpretasian dapatam kajian (Idris, 2010). Kajian ini memberi tumpuan kepada kemahiran guru dari aspek literasi pentaksiran dalam pengendalian PBS. Terdapat tujuh kompetensi guru dalam pentaksiran yang disenaraikan dalam kajian ini. Pengkaji menumpukan kajian kepada persepsi literasi pentaksiran guru mata pelajaran KHB dalam melaksanakan pentaksiran di sekolah. Selain itu, tumpuan juga diberi kepada kajian perbezaan terhadap persepsi literasi pentaksiran di antara guru lelaki dan perempuan yang mengajar subjek ini. Kajian ini juga akan mengenal pasti perbezaan antara persepsi literasi pentaksiran guru mata pelajaran ini dan pengalaman mengajar mereka.

1.8 Definisi operasional

Terdapat pelbagai istilah yang telah digunakan dalam kajian ini. Bagi memberikan pengertian yang jelas bagi setiap istilah tersebut berkaitan dengan tujuan kajian yang dijalankan maka dijelaskan beberapa definisi terminologi penting yang terdapat dalam kajian ini.

1.8.1 Literasi pentaksiran

Menurut Schaefer (1993), Stiggins (1999) dan Mertler (2005) literasi pentaksiran merujuk kepada kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran. Ia merangkumi pengetahuan deklaratif (mengenai fakta, konsep, prinsip – knowing what) dan pengetahuan procedural (aplikasi pengetahuan kepada amalan – knowing how) (Chen, 2001). Bagi kajian ini, literasi pentaksiran didefinisikan sebagai kompetensi pengetahuan guru dalam bidang pentaksiran.

1.8.2 Guru

Menurut A. Rashid et al., (2012), guru ialah golongan yang berperanan memberi ajaran dan bimbingan kepada golongan yang perlu diajar dan dididik. Guru

(24)

merupakan golongan yang memiliki ilmu dan kemahiran serta diberi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan pendidikan kepada masyarakat. Guru dalam kajian ini adalah tenaga pengajar yang telah mengikuti Sijil Perguruan, Diploma Pendidikan atau Ijazah dengan Pendidikan dari Maktab atau Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Universiti, dilantik oleh KPM untuk berkhidmat di sekolah dan mengajar mata pelajaran KHB.

1.8.3 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1 (2003), dinyatakan mata pelajaran ini dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. KHB merupakan satu mata pelajaran yang terkandung di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Di dalam kajian ini, guru-guru mata pelajaran tersebut terlibat dengan pengajaran empat komponen pilihan iaitu Kemahiran Teknikal, Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga dan Perdagangan dan Keusahawanan.

1.8.4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Ahmad (2010), menyatakan Penilaian Berasaskan Sekolah dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di dalam kajian ini, PBS ialah satu bentuk pentaksiran yang menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial murid-murid yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran KHB.

1.9 Kerangka konseptual kajian

Kajian ini direka bentuk berdasarkan kerangka konseptual yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kajian ini mengenal pasti persepsi literasi pentaksiran guru-guru KHB dalam pelaksanaan PBS.

(25)

Rajah 1.1: Kerangka konseptual kajian persepsi literasi pentaksiran guru KHB dalam pelaksanaan PBS

1.10 Rumusan

Proses pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan berkualiti akan memberi motivasi kepada murid untuk belajar dengan lebih gigih lagi. Oleh yang demikian, setiap guru yang mengajar mata pelajaran KHB perlu meningkatkan kualiti kemahiran diri dari segi teori dan juga praktikal. KPM perlu memastikan guru yang bakal mengajar di sekolah telah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran pentaksiran berkaitan mata pelajaran ini dengan menyeluruh. Ini bertujuan memastikan agar pelaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran dapat memenuhi objektif pembelajaran yang digariskan dan seterusnya pelaksanaan PBS berjalan dengan lancar dan telus. Guru-guru perlu sentiasa berfikiran positif dan menganggap masalah yang timbul merupakan cabaran yang perlu dihadapi dan jalan penyelesaian yang diambil adalah cara yang terbaik yang akan memberi manfaat kepada pendidikan murid dan profesion guru.

Guru KHB Persepsi Literasi Pentaksiran Guru KHB dalam pelaksanaan PBS Demografi 1. Jantina 2. Pengalaman mengajar Persepsi literasi pentaksiran guru KHB Perbezaan di antara persepsi literasi pentaksiran guru KHB dan pengalaman mengajar Perbezaan persepsi literasi pentaksiran guru KHB berdasarkan kepada jantina Proses PBS 1. Perancangan 2. Pembinaan Instrumen 3. Pelaksanaan 4. Perekodan 5. Penganalisisan 6. Pelaporan 7. Tindakan Susulan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

(26)

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Sorotan kajian merupakan ulasan maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, dokumen (laporan, prosiding) dan penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan baru. Proses tinjauan ini adalah untuk mengenal pasti sama ada sesuatu penyelidikan yang dirancang telah dilaksanakan oleh penyelidik lain. Bahagian ini membincangkan mengenai pengertian tentang beberapa konsep penting yang terlibat dalam kajian ini. Konsep-konsep ini berdasarkan kepada pandangan para penyelidik dari segi teori dan amalannya serta dapatan daripada kajian-kajian yang pernah dijalankan. Melalui sorotan kajian ini, maklumat dan fakta membantu pengkaji bagi membuktikan dan melaksanakan kajian yang dijalankan. Oleh yang demikian perbincangan dalam bab ini menjurus kepada topik-topik utama yang berikut:-

(i) Literasi pentaksiran;

(ii) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS); (iii) Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB);

(iv) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM);

(v) Kemahiran guru-guru KHB dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB;

(vi) Perbezaan tahap kemahiaran guru KHB; dan

(27)

2.2 Literasi pentaksiran

Peredaran masa dan tuntutan perkembangan dalam teknologi pendidikan dan juga pekerjaan menuntut pentaksiran yang lebih sistematik serta dapat mengukur pencapaian dan perkembangan sebenar murid secara holistik. Pentaksiran yang dijalankan di sekolah dan bilik darjah bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan murid secara berterusan. Isu-isu pembaharuan dalam pentaksiran dipengaruhi oleh perubahan dalam matlamat pendidikan. Pentaksiran alternatif yang diperkenalkan telah menjadi satu kaedah penilaian yang semakin mempengaruhi dunia pendidikan pada masa kini. Pentaksiran tradisional yang menggunakan pensel dan kertas telah dirasakan semakin tidak sesuai dengan arus transformasi dalam pendidikan. Reeves (2000), mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapat memberi keupayaan kepada murid dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar.

Pengertian istilah pentaksiran atau assessment adalah berasal daripada perkataan Greek “assidere” yang bermaksud “duduk di sisi” (Adimin, 2011). Ghafar (2011) mendefinisikan pentaksiran adalah proses mengukur proses penilaian; proses yang sistematik yang melibatkan pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian murid terhadap objektif pengajaran. Proses ini berperanan membantu seseorang sama ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara holistik tentang keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada masa akan datang. Berdasarkan Airasian (2004), pentaksiran adalah pengumpulan, sintesis dan interpretasi maklumat di mana pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan untuk membantu guru dalam membuat keputusan pembelajaran.

Pentaksiran meliputi pelbagai prosedur yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang pembelajaran murid (pemerhatian, penilaian prestasi atau projek, ujian kertas dan pensel) dan pembentukan nilai pertimbangan mengenai kemajuan pembelajaran (Linn & Miller, 2005). Justeru, pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merujuk kepada proses pengumpulan, analisis, sintesis dan interpretasi keseluruhan maklumat berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan membantu pihak sekolah membuat keputusan bagi membuat penambahbaikan serta mencapai matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu siri dalam proses pembelajaran

(28)

yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan.

Perubahan yang berlaku dalam pelaksanaan pentaksiran menuntut literasi pentaksiran dalam kalangan guru. Literasi pentaksiran adalah merujuk kepada kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran yang perlu dikuasai oleh semua guru. Menurut Black & William (1998), literasi pentaksiran merupakan kriteria penting ke arah menjayakan matlamat pendidikan berkualiti. Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia, pengetahuan dan kemahiran pentaksiran seharusnya dipertingkatkan bagi membolehkan guru melaksanakan proses pembelajaran secara berkesan. Guru merupakan individu yang penting dalam membuat keputusan yang tepat mengenai kebolehan murid dan secara langsung menjaga kualiti pendidikan. Setiap guru mestilah mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi melaksanakan pentaksiran yang lebih berkesan.

Pentaksiran merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang murid dalam sesuatu subjek atau aktiviti. Menerusi pentaksiran yang sistematik, guru merupakan orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pentaksiran pembelajaran murid. Justeru, kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi perhatian. Keputusan yang tepat tentang prestasi seorang murid boleh diperolehi daripada maklumat berkualiti yang diperolehi daripada pentaksiran yang baik. Literasi pentaksiran guru membantu proses pengajaran (Stiggins, 1995) dan membuat keputusan yang adil dan tepat (Mertler, 2003). Guru akan mempelbagaikan teknik pentaksiran dan mengadaptasi latihan yang bersesuaian yang pernah dipelajari dalam aspek pentaksiran dalam bilik darjah dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang prestasi murid mereka.

Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran murid dan juga keberkesanan pengajaran mereka. Oleh yang demikian, guru perlu mahir melaksanakan pentaksiran terhadap murid. Literasi pentaksiran juga diperlukan dalam proses memerhatikan murid untuk mengumpul dan mentaksir maklumat pengajaran kepada murid. Secara rasionalnya, literasi ini memerlukan guru memiliki pengetahuan tentang prinsip-prinsip asas terhadap penilaian yang baik, pembangunan dan penggunaan penilaian, kaedah dan teknik, berdasarkan piawaian dan kualiti dalam penilaian. Di samping itu, guru perlu mahir

(29)

untuk menyediakan maklum balas dan menetapkan matlamat yang boleh dicapai oleh murid serta menguasai pengetahuan pentaksiran. Justeru, Mertler (2005) mencadangkan pengetahuan dan kemahiran pentaksiran dipertingkatkan secara berterusan dalam konteks program pembangunan profesionalisme guru.

2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Sistem pendidikan negara seringkali dianggap sebagai terlalu berorientasikan peperiksaan atau exam oriented. Perkara ini telah banyak dan lama dibahaskan serta pelbagai cadangan untuk memperbaiki keadaan ini telah dikemukakan. Begitu juga pandangan tentang bahaya memberikan terlalu banyak tumpuan kepada pencapaian dalam peperiksaan dan pentaksiran yang lebih holistik perlu disarankan. Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang & Burry-Stock, 2003). Hasil kajian McMillan (2000), pentaksiran bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melaporkan dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PBS.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning dalam bidang akademik dan bidang bukan akademik. Pelaksanaan PBS ini dijalankan melalui evidens proses dan evidens projek. Setiap evidens ini terbahagi dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. Manakala evidens bahan pula merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. PBS dilaksanakan untuk mendapat gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru (Ahmad, 2010).

Bermula tahun 2007, KPM di bawah tanggungjawab LPM telah memperkenalkan sistem baru dalam menjalankan penilaian ke atas peningkatan

(30)

pembelajaran murid (LPM, 2012). PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan bagi Tahun 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada Sesi Persekolahan Tahun 2012. PBS ditadbir mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Menteri Pelajaran kepada Pengarah Peperiksaan berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550): Seksyen 67-Penilaian Murid, Seksyen 68-Peperiksaan dan Seksyen 69-Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu:-

(i) Untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah;

(ii) Untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan

(iii) Untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Pentaksiran ini dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh LPM. Ia dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan peringkat menengah masih mengekalkan Kurikulum Bersepadu Menengah (KBSM). Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (Psi).

(a) Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran Sekolah adalah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Contoh: lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan dan tugasan rumah) dan pentaksiran sumatif dijalankan di akhir suatu unit pembelajaran (Contoh: ujian

(31)

bulanan, ujian semester). PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning) dan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan berdasarkan KSSR dan KBSM. Proses pentaksiran sekolah adalah seperti berikut:-

(i) Mengenal pasti konstruk atau perkara yang hendak ditaksir;

(ii) Merancang, memilih serta membina dan mentadbir instrumen pentaksiran yang memberi peluang kepada murid mempamerkan atau mempersembahkan hasil kerja yang relevan;

(iii) Menilai hasil kerja murid dengan merujuk kepada deskriptor dan evidens dalam standard prestasi untuk menentukan tahap penguasaan murid;

(iv) Memberi maklum balas kepada murid tentang prestasi mereka berdasarkan kekuatan dan kelemahan serta merancang dan melaksanakan langkah penambahbaikan; dan

(v) Merekod prestasi dalam portfolio untuk rujukan guru, penyelaras, murid dan ibu bapa.

(b) Pentaksiran Pusat (PP)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berdasarkan standard prestasi dan penjaminan kualiti melalui pemantauan dan penyelarasan. Kaedah pelaksanaan PP dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan, peraturan pelaksanaan dan panduan penskoran serta kaedah pelaporan dihasilkan oleh Lembaga Peperiksaan. Sekolah mentadbir, menskor hasil kerja murid dan menyediakan pelaporan untuk mengukur proses dan produk yang autentik. PP ditaksir menggunakan pelbagai kaedah, antaranya ialah:-

(i) Kerja Kursus; (ii) Projek;

(iii) Ujian Lisan (Mata Pelajaran Teras dan Elektif); (iv) Tugasan dan Folio;

(v) Pemerhatian; (vi) Kemahiran Amali;

(32)

(vii) Persembahan dan Pembentangan Lisan; dan (viii) Ujian Bertulis (Mata Pelajaran Teras).

Prinsip-prinsip Pentaksiran Pusat di peringkat rendah dan menengah rendah adalah:- (i) Lembaga Peperiksaan membekalkan format dan tugasan pentaksiran;

(ii) Tugasan berbeza setiap tahun; (iii) Dilaksana di sekolah;

(iv) Tempoh masa pelaksanaan ditetapkan bagi mata pelajaran terpilih dari kumpulan mata pelajaran teras dan wajib;

(v) Ditaksir oleh guru mata pelajaran;

(vi) Skor berdasarkan Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan;

(vii) Pemantauan dan penyelarasan peringkat dalaman dan luaran dilaksanakan bagi menjamin kualiti dan standard; dan

(viii) Pelaporan Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah digabungkan akhir tahun persekolahan rendah dan menengah rendah.

(c) Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum. Dalam pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), setiap murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang dan ditetapkan oleh guru berkenaan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid dan kesesuaian sesuatu aktiviti tersebut. Panduan instrumen pentaksiran PAJSK disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (KPM) dengan kerjasama badan-badan atau agensi professional yang berkaitan mengikut kepakaran masing-masing. Pendokumentasian PAJSK dapat memberi gambaran menyeluruh tentang tahap perkembangan murid dalam penguasaan ilmu dan penghayatan nilai-nilai teras (core values) yang dipupuk melalui proses pendidikan.

(d) Pentaksiran Psikometrik (PSi)

Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan / atau pusat untuk mengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat,

(33)

kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran Psikometrik adalah pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu. Pentaksiran ini boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran dan tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan manual ujian yang komprehensif dan mesra pengguna. Instrumen pentaksiran psikometrik dibangunkan oleh pakar psikometrik dan ahli psikologi. Ia ditadbir mengikut keperluan, secara manual atau berkomputer oleh guru atau murid itu sendiri. Laporan pentaksiran dibuat dalam bentuk deskriptif.

Menurut Ahmad (2010), untuk mencapai hasrat PBS ini, penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut. PBS lebih bersifat formatif, iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid daripada satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Hal ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu, guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid. PBS juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Namun, PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.

2.3.1 Ciri-ciri Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya (Ahmad, 2010). Di samping itu, kekuatan murid yang telah menguasai pembelajaran pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat. Tindakan susulan yang dijalankan serta merta dapat membantu menyelesaikan murid

(34)

bermasalah pembelajaran dengan lebih cepat. Pentaksiran ini dilaksanakan berasaskan kepada ciri yang utama seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 Ciri-ciri Penilaian Berasaskan Sekolah (Sumber: Penilaian Kendalian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Dikendalikan oleh guru Menilai muridnya sendiri.

Berasaskan Kriteria

Menilai penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan.

Formatif

Dijalankan berterusan.

Mengesan perkembangan, kemajuan dan pencapaian murid.

Pelbagai kaedah Pemerhatian. Lisan. Penulisan. Mengesan perkembangan pembelajaran

secara menyeluruh Intelek.

Rohani. Emosi. Jasmani.

Menekankan perkembangan individu

Berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu.

Bersistem Merancang. Menentukan instrumen. Melaksanakan. Menganalisis. Merekodkan. Melaporkan. Tindakan susulan.

Menggalakkan penilaian kendiri

Melatih murid menilai kemajuan sendiri secara berterusan.

Guru mendapat maklumat tambahan. Membolehkan tindakan susulan Mengatasi kelemahan pembelajaran. Mempertingkatkan kekuatan pembelajaran.

2.3.2 Aspek yang dinilai

Melalui PBS murid dinilai dalam pelbagai aspek yang meliputi pelbagai kecerdasan dan perkembangan emosi dan sahsiah murid. Howard Gardner (1983) memperkenalkan Teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple Intelligences) dalam bukunya Frames of Mind yang mencadangkan bahawa setiap individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan seperti berikut:-

(i) Kecerdasan verbal-linguistik;

(ii) Kecerdasan logikal-matematik;

(iii) Kecerdasan visual-ruang;

(iv) Kecerdasan kinestetik;

(v) Kecerdasan muzik; (vi) Kecerdasan naturalistik; (vii) Kecerdasan interpersonal; dan

(35)

(viii) Kecerdasan intrapersonal.

Walaupun semua murid dianugerah dengan jenis-jenis kecerdasan ini, terdapat individu tertentu yang lebih pintar dalam sesuatu jenis kecerdasan. Contohnya, lukisan sesetengah murid lebih baik daripada murid lain, nyanyian sesetengah murid lebih baik daripada murid lain dan seterusnya. Dengan menghargai kekuatan dan kecerdasan yang dimiliki oleh individu tertentu, teori ini menuntut bahawa setiap murid diberi peluang untuk berjaya dalam bidang yang diminati dan mempunyai bakat. Oleh sebab itu, pengenalan PBS di sekolah menekankan kepada aspek-aspek

seperti yang diringkaskan dalam Jadual 2.2 bagi mengenalpasti dan

memperkembangkan lagi bakat setiap murid.

Jadual 2.2: Aspek Penilaian Berasaskan Sekolah (Sumber: Penilaian Kendalian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001)

Aspek Contoh

Daya kreatif. Mereka cipta. Melukis.

Bermain alat muzik. Kemahiran proses sains. Memerhati.

Membuat inferens. Menganalisis maklumat. Perlakuan dan amalan nilai

murni.

Membantu. Berdikari.

Bertanggungjawab. Sikap. Bersemangat untuk belajar.

Gigih bekerja. Ingin tahu.

Kesihatan dan kecergasan. Sihat, cergas dan aktif.

Menjaga kebersihan diri dan keselamatan.

Melibatkan diri dalam pelbagai aktviti. Kemahiran kinestetik. Bersukan.

Bergerak secara kreatif. Bergerak mengikut rangsangan. Bakat dan minat. Kesungguhan membuat sesuatu.

Kelebihan dalam sesuatu bidang. Kecenderungan kepada sesuatu.

(36)

2.3.3 Pelaksanaan Penilaian Berasaskan Sekolah

Pelaksanaan PBS yang sistematik adalah mengikut langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Dalam pelaksanaan PBS, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan. Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) boleh membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JSU guru dapat merangkakan tajuk atau kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam Taksonomi Kognitif Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam jadual penentuan ini.

Rajah 2.1 Pelaksanaan PBS (Sumber: Penilaian Kendalian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001) Merancang Membina Instrumen Melaksanakan Penilaian Merekod Menganalisis Maklumat Melapor Penguasaan Perkara yang Diajar Tindakan Susulan:  Pemulihan Tindakan Susulan:  Pengukuhan  Pengayaan

(37)

2.4 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)

Kemahiran Hidup Bersepadu adalah mata pelajaran yang terkandung di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Mata pelajaran ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif (Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003). Ianya bertujuan untuk membolehkan murid-murid menggunakan pelbagai alat dan bahan melalui pelbagai kaedah dan teknik bagi menghasilkan sesuatu (projek) yang dirancangkan. Pengalaman yang diperolehi menjadikan murid lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.

Mata pelajaran KHB merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Matlamat pendidikan Kemahiran Hidup bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang kemahiran hidup, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan projek mudah, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika dan dapat mengamalkan nilai murni. Pembelajaran Kemahiran Hidup secara jelas melatih murid mempertingkatkan kemahiran kognitif, psikomotor dan efektif secara bersepadu, dan ini sangat penting demi menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada pembinaan insan yang harmoni dan dapat memberikan sumbangan kepada negara, masyarakat dan keluarga.

Pelaksanaan kurikulum mata pelajaran KHB ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan bahagian pilihan. Bahagian teras mengandungi komponen wajib untuk semua murid iaitu reka bentuk dan teknologi. Manakala, bagi bahagian pilihan pula, empat komponen yang ditawarkan ialah kemahiran teknikal, pertanian, ekonomi rumah tangga dan perdagangan dan keusahawanan. Untuk bahagian ini murid hanya dibenarkan memilih satu sahaja mana-mana bahagian pilihan yang ditawarkan oleh sekolah mereka. Menurut Muhammad Sani (2004), secara amnya penggubalan semula ini seperti kembali kepada sistem Aneka Jurusan yang telah dilaksanakan pada tahun 1965 tetapi komponen teras dikekalkan dan murid perlu memilih bahagian pilihan (elektif) yang mempunyai empat pilihan.

(38)

RUJUKAN

A. Rashid, N., Lee, K. C., Mahayudin, Z. & Noordin, Z. (2012). Falsafah Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Abdul Rahman, M. A & Ali, Z. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Abdul Rahman, M. A & Jaafar, K. (2008). Pelaksanaan Pentaksiran kerja Kursus

Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah Kuantan, Pahang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Abdul Rashid, A. R. (2003). Falsafah Budaya Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:

Universiti Malaya.

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Dicapai pada April 29, 2013, di http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPen didikan&sec=Perspektif&pg=ps_01.htm.

Ahmad, A. (2010). Pentaksiran Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Airasian, P. W. (2004). Classroom Assessment: Concepts and Aplications. Boston: McGraw Hill Companies.

Alias, M. (2003). Enhancing The Validity and Reliability of Classroom Test. Kertas Kerja yang dibentangkan pada Seminar Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan, Kuala Lumpur, 5 – 8 Mei 2003.

Ariffin, S. R., Ariffin, R. & Mohamed, H. (2008). Contribution Factors in Multiple Intelligences Among Adolescene Students. Journal of Education. 33: 35-46.

(39)

Arter, J. A. (2003). Assessment for Learning: Classroom Assessment to Improve Student Achievement and Well-Being. ERIC: US Department of Education. Black, P. & William, D. (1998). Inside the Black Box: Raising Standard Through

Classroom Assessment. Phi Delta Kappan. October,139-148.

Bond, T. G. & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. 2nd Ed. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Chen, J. (2001). The Great Importance of The Distinctinction Betweem Declarative and Procedural Knowledge. Analise Psicologica, 4(21), 559 – 566.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Temubual. Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Cohen, L., Manion, L. & Morrison. (2000). Research Methods in Education (5th Ed), Educational and Psychological Measurement. 30(1). ms. 607-610. Gay, L. R. & Airasian, P. (2000). Educational Research: Compentencies for

Analysis and Application (6th Ed). Upper Saddle River: Prentice-Hall Inc. Ghafar, M. N. A. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah (2Ed. Vol.

371.26). Skudai: Penerbit UTM Press.

Hussin, S. (2004). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Jamaluddin, M. K. A. M. (2011). Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika, 4(1), 33-48. Dicapai pada Mei 12, 2013, di http://www.sosiohumanika-jpssk.com/.

Keeves, J. P. & Alagumalai, S. (1999). New Approaches to Measurement. In Masters, G. N., and J. P. keeves (Eds), Advances in Measurement in Educational Research and Assessment. Pergamon, 23 – 48.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Konting, M. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.

(40)

Lembaga Peperiksaan. (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Likert, R. (1932. A Technique for the Measurement of Attitudes. Achives of Psychology, 140, m.s 1-55. Dicapai pada 27 Mei 2013 di http://www.psychology.about.com/od/lindex/g/likert-scale.htm.

Linacre, J. M. (2005). A User’s Guide to Winsteps®Ministeps: Rasch-Model Computer Programs. Chicago: Winsteps.com.

Linacre, J. M. (2007). A User’s Guide to WINSTEPS Rasch-Model Computer Programs. Chicago: MESA Press.

Linn, R. L. & Miller, M. D. (2005). Measurement and Assessment in Teaching. Prentice Hall.

Maskan, N. (2013). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bagi Mata Pelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana.

Mat Ali, M. A. & Jamaluddin, S. (2007) Amalan Pentaksiran untuk Pembelajaran di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan, 27 (1), 19 – 39.

Mat Ali, M. A. (2006). Amalan Pentaksiran Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Malaya: Tesis PhD.

McMillan, J. H. (2000). Fundamental Assessment Principles for Teachers and School Administrators. Practical Assessment, Research & Evaluation, 7(8). Mertler, C. A. (2003). Preservice Versus Inservice Terachers’ Assessment Literacy:

Does ClassroomExperience Make a Difference? Paper presented at The Annual Meeting of The American Educational Research Association Oct 15 - 18, 2003. Columbus, OH.

Mertler, C. A. (2005). Measuring Teachers’ Knowledge and Application of Classroom Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association. Apr 11-15, 2005. Montreal, Quebec, Canada.

Mohd Kosnin, A. & Che Ahmad, M. (2010). Tahap Kesediaan dan Kemahiran Amali Guru-guru PKPG Sekolah Rendah Mengajar Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Mohd Noor, N & Sahip, S. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus

Referensi

Dokumen terkait

Cikaniki di Citalahab maupun di Legok Batu, capung dewasa kedua jenis menyukai hinggap pada tanaman atau batuan di tepi dan di tengah sungai.. Kedua jenis capung tersebut bisa

Saat ini istilah hijrah kembali menjadi sebuah fenomena yang cukup populer di masyarakat khususnya dikalangan anak muda, tidak sedikit masyarakat muda yang mulai

Sependapat dengan Effendi (2003) yang menyatakan jenis algae yang mengalami peledakan pertumbuhan di perairan tawar termasuk danau atau waduk biasanya berasal dari kelas

(1) Bagaimana anggota DPRD Fraksi PKS mengomunikasikan simbol ideologi yang mereka yakini baik yang sifatnya verbal maupun nonverbal di DPRD

Hal ini menunjukkan bahwa penerapan peer assessment cukup efektif untuk menilai kemampuan kinerja siswa pada waktu praktikum karena hampir setengahnya penilaian siswa

Nilai tumpang tindih relung makanan jika diolah menjadi dendrogram maka dapat terlihat bahwa antar kelompok ukuran baik pada ikan jantan maupun betina mengalami

Nilai kuat tekan pada umur awal beton dengan variasi penambahan kadar CaCO 3 memang tidak lebih tinggi dari bahan berbasis klorida, tetapi akan lebih efisien dari sudut

Kedua , banyak beberapa hal positif disepakati dalam KTT G-20 ini seperti memberi dukungan kepada negara berkembang untuk akses lebih besar di keuangan global, antara lain (1)