• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah: satu kaj1an kes di kuittho

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Cabaran penggunaan teknologi maklumat di kalangan pensyarah: satu kaj1an kes di kuittho"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

P E R P U S T A K A A N KUi T T H O

7 C-M "J-? 3 OOOO 00121088 3

(3)

JPTV/MTT 3113

KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN

BORANG PENYERAHAN KAJIAN KES

JUDUL: CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT P I KALANGAN PENSYARAH: SATU KAJIAN KES DI KUiTTHO

SESIPENGAJIAN: 2001/2002

Saya NORWANI BINTI HARUN (MT001212) (HTJRUF BESAR)

mengaku membenarkan Kajian Kes ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-svarat kegunaan seperti berikut: 1. Kajian kes ini adalah hak milik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan kajian ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

. ( t Z & W J ^ i , Disahkan Oleh:

:'£/ ASVi

(TANDATANGAN PENUL1S) ^ § g ^ | I ^ A N D A T A N G A N PENYELIA) Alamat Tetap:

1962 Mukim 7 Permatang Rawa, Encik Mahmad Amir Bin Radzali 14000 Bukit Mertajam,

Seberang Perai, Nama Penyelia Pulau Pinang.

(4)

PENGESAHAN PENYELLA

"Saya akui bahawa saya telah membaca kaiya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Saijana Pendidikan (Teknikal)".

TANDATANGAN

NAMA PENYELIA : ENCIK M A H M A D AMIR BIN RADZALI

(5)

CABARAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI KALANGAN PENSYARAH: SATU KAJ1AN KES DI KUiTTHO

NORWANI BINTI HARUN

Kajian Kes Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknikal)

Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

(6)

11

PENGAKUAN

"Saya akui kajian kes yang bertajuk: 'Cabaran Penggunaan Teknologi Maklumat Di Kalangan Pensyarah : Satu Kajian Kes Di KUiTTHO' adalah hasil keija

saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbemya"

TANDATANGAN

NAMA PENULIS : N O R W A N I B I N T I H A R U N

(7)

iii

DEDIKASI

Untuk mereka yang menjadi sumber inspirasi,

Bonda, Puan Hamiah Binti Md. Sutan dan Ayahanda, Encik Harun Bin Hashim, Terima kasih atas doa dan kasih sayang yang tak terbalas.

(8)

vi

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan kepada Encik Mahmad Amir Bin Radzali, penyelia kajian kes, di atas bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar di sepanjang tempoh kajian ini

dijalankan.

Terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang secara langsung atau tidak langsung telah memberikan idea dan pandangan terhadap kajian ini.

(9)

vi

ABSTRAK

Perkembangan teknologi di alaf baru ini telah menampakkan kepentingan teknologi maklumat sebagai suatu alat yang penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan termasuklah di dalam bidang pendidikan. Pensyarah menggunakan teknologi maklumat sebagai media yang membantu proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan menghadapi pelbagai cabaran dalam menggunakan teknologi tersebut. Kajian ini tertumpu kepada usaha mengenal pasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran. Seramai 37 orang pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan telah terlibat sebagai responden. Program SPSS Versi 6.0 telah digunakan bagi menganalisa data yang diperolehi dan statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisa dapatan. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran seperti kekurangan latihan penggunaan teknologi maklumat, kekurangan perkakasan yang mencukupi dan terkini serta perisian yang kurang bersesuaian dengan bidang pengajaran.

(10)

v i

ABSTRACT

As technology develops rapidly in this 21st century, information technology has become a very important tool in all aspects of life including in the field of education. Lecturers who adopt information technology as a medium to assist them in the teaching and learning process are likely to face difficulties and obstacles. This study was conducted to identify what are the difficulties and obstacles faced by lecturers when applying information technology in the teaching process. Thirty seven lecturers from the Faculty of Engineering Technology have been involved as respondents. Statistical Package for Social Science (SPSS) Program Version 6.0 was used to analyze the data gathered and descriptive statistics were utilized to analyze the findings. The results showed that there were several difficulties and obstacles faced by lecturers in applying information technology in the teaching process such as lack of training in using

information technology, inadequate supply as well as lack of an up-to date hardware and the software used were not really suitable for the teaching field.

(11)

k \ M ) I N ( , \ N BAH IM.RkARA Ml K \ SI K M P I ' . M I R A I 1 A N kA.HAN k l S I*I:NC.I:SAIIAN PINYI'LI A J l ' D l ' l . ' PKNGAKIAN D L O I k A S l PLNGHARGAAN " ABSTRAK \ ABSTRACT \ I KAN D I N G AN MI SENARAI .LADL AL.

SENARAI LAM PJ RAN M

BAB I PENGF.NALAN

1.1 Pcndahuiuan 1.2 Latar Bclakans; Masalah I.? Penvataan Masalah 1 4 Soalan Kajian 1.5 Objeknf Kajian 1 6 Kerangka Teon 1 7 Kepcntingan Kajian

(12)

VI11 1.8 Skop Kajian

1.9 Definisi Istilah

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 10 2.2 Masalah Penggunaan Teknologi Maklumat 11

2.3 Kekurangan Perisian Yang Bersesuaian 12

2.4 Sikap Negatif Pensyarah 13 2.5 Gaya Pembelajaran dan Penerimaan Pelajar 14

Yang berbeza

BAB m METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian 15 3.2 SumberData 16

3.2.1 Kaedah Pensampelan 16

3.3 Instrumen Kajian 16 3.3.1 Borang Soal Selidik 17

3.4 Kaedah Analisis Data 18

3.5 Kajian Rintis 19 3.6 Batasan Kajian 19 3.7 Andaian 19

(13)

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan

4.2 Kemahiran Pensyarah Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

4.3 Kemudahan Kepada Pensyarah Dalam Menggunakan Teknologi Maklumat Semasa Proses Pengajaran

4.4 Sikap Pensyarah Dalam Mengaplikasikan Penggunaan Teknologi Maklumal Semasa Proses Pengajaran

4.5 Pengaruh Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap Pensyarah Dalam Mengaplikasikan Penggunaan Teknologi Maklumat Semasa Proses Pengajaran

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 30 5.2 Perbincangan 30 5.3 Kesimpulan 34 5.4 Cadangan 35 5.5 Penutup 36 BIBLIOGRAFI 37 24 26 LAMPIRAN A - D 3 9 - 4 8

(14)

vi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.3.1.1 Skala Pemerin«katan Liken ] 7

Jadual 3.3.1.2 Pembahagian Item Dalam Borang Soal Selidik

Jadual 4.2.1 Analisis Min Bag]' Kemahiran Pensyarah Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

T)

Jadual 4.3.1 Analisis Mm Bagi Kemudahan Kepada Pensyarah Dalam Menggunakan Teknologi' Makiumai Semasa Proses Pensajaran

24

Jadual 4.4.1 Analisis Mm Bagi' Sikap Pensyarah Dalam Mengaplikasikan Penggunaan Teknologi Ivlaklumal Semasa Proses Pengajaran

26

Jadual 4.5. Analisis Min Bagi Pengaruh Gaya Pembelajaran Pelajar Terhadap Pensyarah Dalam Mengaplikasikan Penggunaan Teknologi Maklumat Semasa Proses Pengajaran

(15)

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Senarai Nama Pensyarah Fakulti Teknologi 39 Kejuruteraan

B Borang Soal Selidik 41

C Reliability Analysis - Scale (Alpha) 46

(16)

BAB [

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan teknologi di alaf baru ini telah menampakkan kepentingan teknologi maklumat sebagai suatu alat yang penting dan telah meresapi semua aspek kehidupan termasuklah di dalam bidang pendidikan (Abang Ahmad Ridzuan dan Salawati Taiib). Penggunaan teknologi maklumat telah menjadi suatu keperluan dan bukan lagi dianggap sebagai alat yang mahal dan hanya sesuai untuk golongan tertentu sahaja (Sallehuddin Salim, 1997).

Selaras dengan perkembangan masyarakat akan datang yang menuju ke arah masyarakat yang bermaklumat dan sentiasa maju ke hadapan, maka untuk menjadi masyarakat yang kuat, masyarakat tersebut mestilah dapat menguasai sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat (Abdul Rahim dan Zaharah Kassim, 1997).

Kemunculan teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan merupakan suatu perkara yang agak baru di Malaysia. Kesemua ini bermuia pada tahun 1991 apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang kaya dengan maklumat menjelang tahun 2020. Matlamat ini dikenali sebagai Wawasan 2020. Salah satu daripada perenggan yang terdapat di dalam dokumen Wawasan 2020 menyatakan bahawa:

(17)

"Computer literacy is a must if we want to progress and develop. No effort must be spared in the creation of information rich Malaysian society (Malaysian - The Way Forwara') ".

(Mahathir Mohamad : para 79-80, 1991)

Wawasan 2020 yang bermatlamat ke arah pembentukan sebuah negara yang maju, memerlukan para pendidik di Malaysia untuk mengorak langkah bagi memastikan generasi pelajar akan datang mencapai tahap yang setara dengan negara-negara maju yang lain. Terdapat pelbagai usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini dan salah satu usaha yang telah dan sedang dilaksanakan ialah program meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi maklumat (Sumilah Marto, 1997).

Perkembangan pendidikan di Malaysia pada masa kini juga sedang menuju ke arah penggunaan teknologi maklumat sebagai alat pengurusan, pengajaran dan pembelajaran. Pendidik kini bukan sahaja berusaha untuk meningkatkan prestasi mereka dalam tugas seharian tetapi juga sedang memantapkan diri agar lebih berketrampilan dalam kerjaya mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menyedari tentang perlunya menyediakan sumber tenaga rakyat yang berilmu pengetahuan dalam teknologi maklumat, sistem pendidikan yang berasaskan teknologi maklumat amat diperlukan (Lalita,1996). Penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan tidak harus diabaikan kerana mampu melahirkan generasi yang berketrampilan dan berkeupayaan tinggi dalam era maklumat (Sulaiman Sarkawi, 1996).

(18)

Kerajaan sememangnya telah menyedari tentang perlunya menggunakan teknologi maklumat di dalam bidang pendidikan sama ada di sekolah atau di pusat pengajian tinggi. Oleh yang demikian sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan telah membelanjakan sejumlah peruntukan untuk memberikan kursus kepada pendidik di dalam bidang teknologi maklumat. Namun di sebalik peruntukan tersebut, Laporan Jemaah Nazir dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (Sumilah Marto, 1997), menyatakan bahawa tahap penggunaan teknologi maklumat masih lagi rendah dan tidak memuaskan. Jika hal yang sedemikian berterusan, sudah pasti matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan

mempunyai'value added' tidak akan terlaksana dengan sepenuhnya.

Pusat pengajian tinggi terutamanya, perlu mempunyai pensyarah yang berkemahiran mengguna dan mengeksploitasi teknologi maklumat bagi mencapai pembangunan sumber manusia (Tengku Azman, 1991). Menurut Bernett (1997), usaha mengenal pasti masalah penggunaan teknologi maklumat dan memperbaiki kelemahan yang dialami serta meningkatkan penggunaannya perlu dijalankan. Oleh yang demikian satu kajian tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran telah dijalankan memandangkan ada sumber-sumber tertentu yang melaporkan tentang tahap penggunaan teknologi' maklumat yang masih rendah di kalangan mereka.

1.3 Penyataan Masalah

Penyelidikan ini dibuat untuk mengenal pasti 'apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran?'

(19)

4

1.4 Soalan Kajian

Secara khususnya kajian ini cuba meninjau pendapat dan pandangan pensyarah serta menjawab persoalan kajian di bawah:

i. Adakah pensyarah mempunyai kemahiran tentang penggunaan teknologi maklumat?

ii. Adakah pensyarah mempunyai kemudahan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran?

iii. Adakah sikap pensyarah itu sendiri mempengaruhi mereka terhadap penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran?

iv. Adakah gaya pembelajaran pelajar mempengaruhi pensyarah dalam penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran?

1.5 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran. Objektif secara khusus adalah seperti berikut:

i. Meninjau sama ada pensyarah mempunyai kemahiran tentang penggunaan teknologi maklumat.

ii. Meninjau sama ada pensyarah dibekalkan dengan kemudahan teknologi maklumat semasa proses pengajaran.

(20)

5

iii. Menilai sikap pensyarah dalam menggunakan teknologi maklumat semasa proses pengajaran.

iv. Mengenal pasti sama ada gaya pembeiajaran pelajar mempengaruhi pensyarah dalam menggunakan teknologi maklumat semasa proses pengajaran.

1.6 Kerangka Teori Pensyarah Mengendalikan Aktiviti Pengajaran melalui Penggunaan Teknologi Maklumat di halang oleh Cabaran-Cabaran Masalah Penggunaan Teknologi Maklumat Kekurangan Perisian Yang Bersesuaian Sikap Negatif Pensyarah Pembeiajaran Dan Penerimaan Pelaiar Berbeza

Berdasarkan kerangka teori di atas, pensyarah KUiTTHO merupakan sumber utama kajian ini bagi mengenal pasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran.

(21)

6

Penggunaan teknologi maklumat sebagai media yang membantu proses pengajaran di kalangan pensyarah sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Namun begitu, menurut Lalita (1996), peranan teknologi maklumat bukanlah untuk menggantikan pendidikan tradisional tetapi memberi pilihan, berfungsi saling melengkapi di dalam pendidikan dan membekalkan peluang latihan yangbanyak kepada pensyarah.

Pengkaji mengandaikan bahawa terdapat beberapa faktoryang menjadi halangan atau cabaran kepada pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran. Faktor-faktor tersebut juga telah disokong oleh kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji yang terdahulu. Di antara faktor-faktor tersebut adalah:

i. Masalah Penggunaan Teknologi Maklumat

Masalah penggunaan adalah seperti perasaan bimbang terhadap komputer atau

'compulerphobia'' (Jay, 1981). Kekurangan latihan dan kemahiran juga menyebabkan

mereka tidak mempunyai keyakinan untuk menggunakan komputer semasa proses pengajaran (Thomas Kok, 1997).

ii. Kekurangan Perisian Yang Bersesuaian

Kekurangan perisian yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang akan diajar, perisian tidak bermutu tinggi serta tidak memenuhi kehendak matlamat pendidikan negara juga merupakan cabaran kepada pensyarah walaupun mereka dibekalkan dengan kemudahan perkakasan komputer yang terkini (Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun dan Zaidatun Tasir, 2000).

(22)

7

iii. Sikap Negatif Pensyarah

Pensyarah menganggap teknologi maklumat sebagai suatu ancaman kepada peranan tradisional mereka sebagai pendidik kerana penggunaan teknologi maklumat akan melenyapkan nilai-nilai kemanusiaan dan hubungan secara langsung dengan pelajar dalam proses pengajaran. Sebaliknya mereka lebih cenderung menggunakan kaedah yang lama dan seterusnya melenyapkan inovasi baru tersebut yang temyata lebih efektif (Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Hj. Harun dan Zaidatun Tasir, 2000).

iv. Penerimaan Pelajar Yang Berbeza

Personaliti dan latar belakang pelajar yang berbeza memerlukan teknik pengajaran yang berbeza (Ee Ah Meng, 1996). Terdapat sebahagian pelajar yang lebih selesa belajar menerusi teknik yang terkini menggunakan teknologi maklumat kerana mereka sememangnya telah terdedah dengan penggunaan teknologi' tersebut sejak kecil lagi. Ini mungkin disebabkan oleh faktor latar belakang keluarga dan persekitaran. namun tidak pula bagi sebahagian pelajar yang lain. Situasi ini merupakan suatu cabaran kepada pensyarah bagi menyesuaikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran.

Berdasarkan kepada faktor-faktor di atas yang merupakan sebahagian daripada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat semasa proses pengajaran, diharapkan pihak yang berkenaan akan memberikan perhatian yang sewajarnya.

(23)

1.7 Kepentingan Kajian

Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan membantu pihak KUiTTHO mengenal pasti apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh

pensyarah dalam mengoptimumkan penggunaan teknologi maklumat sebagai alat yang membantu proses pengajaran dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pensyarah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) sahaja.

1.9 Definisi Istilah

Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang mempunyai maksud dan definisi tertentu. Definisi-defmisi tersebut adalah dalam konteks kajian ini sahaja iaitu:

i. Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat merujuk kepada penggunaan peralatan berteknologi tinggi seperti komputer, modem, printer, peralatan multimedia dan sebagainya dengan menggunakan perisian aplikasi 'M i c r o s o f t Office', internet, pangkalan data dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat.

(24)

9

ii. Pensyarah

Pensyarah yang dimaksudkan adalah semua kakitangan akademik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan di KUiTTHO yang mengajar pelbagai mata pelajaran dan terhad kepada mereka yang memiliki ijazah saijana sahaja (DS1 dan DS2).

iii. Pendidik

Pendidik yang dimaksudkan adalah mereka yang menjalankan proses pengajaran di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil analisis ragam menunjukkan bahwa perlakuan pemberian larutan ekstrak umbi teki dengan konsentrasi yang berbeda, berpengaruh nyata terhadap luas daun tanaman

Upaya perbaikan pembelajaran ini dilakukan dengan asumsi sebagai berikut: (a) untuk memperbaiki kualitas pembelajaran perlu diawali dengan perencanaan pembelajaraan yang

Mahasiswa Aktif UBL Berprestasi Dalam Kompetisi Non Akademik Di tetapkan oleh DKKA berdasarkan Tabel Gradasi Beasiswa yang berlaku Contoh : Kejuaraan Futsal, Bulutangkis,

Dalam model analytics, pengukuran dilakukan untuk mendapatkan skor agregat kinerja perusahaan secara keseluruhan, sedangkan performance dashboard digunakan untuk menampilkan

Penerbitan Faktur Pajak Pengganti atau pembatalan Faktur Pajak dapat dilakukan sepanjang terhadap Surat Pemberitahuan Masa Pajak Pertambahan Nilai dimana Faktur Pajak yang diganti

Karena secara keseluruhan kreativitas fisika kelas eksperimen lebih tinggi dari kelas kontrol maka dapat dikatakan bahwa penerapan model pembelajaran langsung berbantuan

Hasil penelitian tersebut tidak sesuai dengan situasi dan kondisi siswa di pondok pesantren Dar- El Himah Pekanbaru dimana salah satu materi yang diberikan pada