• Tidak ada hasil yang ditemukan

"NIMANG JALONG, ASPEK MUZIK DALAM LAGU RITUAL SEMASA PERAYAAN GAWAI ANTU"

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan ""NIMANG JALONG, ASPEK MUZIK DALAM LAGU RITUAL SEMASA PERAYAAN GAWAI ANTU""

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

"NIMANG JALONG, ASPEK MUZIK DALAM LAGU RITUAL

SEMASA PERAYAAN GAWAI ANTU"

Goldie Anak Gayah

IUº

ML Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

3758 (Muzik)

M42 2007

G619 2007

(2)

rusat hhidmat Maklumat Akaaellurº

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Q431X) Kota Satoar. ttwa

P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

IIIIImuuimuuim

1000166808

"NIMANG JALONG, ASPEK MUZIK DALAM LAGU RITUAL SEMASA PERAVAAN GAWAI ANTU"

GOLDIE ANAK GAYAH

Projek im merupakan salah satu keperluan untuk l. jazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

( Muzik )

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

I INIVI: RSfTI MALAYSIA SARAWAK 2007

(3)

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISILAPORAN

JII DU L: "Nimanx Ja/onk, Aspek Muzik Dalam Lagu Ritual Semasa Perayaan Gawai Anta " SESI PENGAJIAN 2006/2007

SaN a GOLDIE ANAK GAYAH mengaku membenarkan tesis/ Laporan * ini disimpan

di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesis/ Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik. Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salman tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi

ý. *sila tandakan Fý v ( aLUdn /,

ý

Iýý,

Lý .

l andatangan Penulis lFarikh: SII LIT TI: RIIAI)

TII)AK 'fI: RIIAD

Alamat Tetap:

Lot 3704. I, oromg 20 Taman I)esa Wira

Jalan I3atu Ka%%a 93250, Kuching

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA

RAIISIA 1972)

(mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Tandatangan Penyelia

Tarikh:

14

3alN

6

äre

"I ea, I aporan dimakmudkan sehagai tesis hagi Ijaiah Doktor Falsatah. Sarjana Muda

" Jika I eýi. I aporan Sl'1 II atau II RI I; 1I). sila lampirkan surat daripada pihak herkuasza organisasi

herkenaan dengan mematakan , ekali schah dan tempoh tesis laporan ini perlu dikelaskan sehagai SULIT alau II RIIAI)

(4)

Projek bertajuk " Nimang Jalong, Aspek Muzik Dalam Lagu Ritual Semasa Perayaan

Gawai Antu" telah disediakan oleh Goldie Anak Gayah dan telah diserahkan kepada

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian dalam program Muzik.

Diterima untuk diperiksa oleh:

Miss Ng SieAi

Tarikh:

14, JuNC dri+

(5)

PENGAKUAN

Penulis mengakui bahawa tidak terdapat bahagian penyelidikan, dihasilkan atau dilaporkan dalarn tesis ini yang telah digunakan sebagai bahan sokongan untuk suatu Ijazah atau kelulusan samada kepada Universiti ini atau Institusi pengajian tinggi lain.

(GOLDIE ANAK GAYAH)

No. Matrik :1 1965

(6)

PENGHARGAAN

Pertarna sekali saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada penyelia dan pensyarah saya kerana sudi memberi

tunjuk ajar sepanjang kajian yang saya lakukan. Di samping itu, saya turut ingin berterima kasih kepada ahli keluarga saya yang banyak menyokong saya dari belakang bagi menjayakan kajian saya ini. Dalam masa yang sama, saya turut juga ingin berterima kasih

kepada responden saya iaitu Encik Iba ak Kemping yang sudi memberi kerjasama dan meluangkan masa beliau dalam menjayakan kajian ini. Penghargaan serta ribuan terima

kasih mi juga ingin saya berikan kepada rakan-rakan seperjuangan saya dimana kami telah berbincang bersama-sama mengenai masalah serta mencari penyelesaian bersama didalam menjayakan kajian. Selain itu, penghargaan ini juga ingin saya ucapkan kepada pihak-

pihak serta agensi-agensi tertentu iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Radio

Televisyen Malaysia (RTM), Perpustakaan Muzium Sarawak. Tun Jugah Foundation, serta banyak lagi pihak yang telah sudi memberi kerjasama sepanjang proses kajian ini.

Akhir sekali saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang secara tidak lansung yang turut terlibat didalam menjayakan kajian ini. Sekian Terima

Kasih.

(7)

rusat Khldmat ti1amumat AKaaertuw UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

0d100 K, "±. a Sarnaratuºn

ISI KANDUNGAN

Tajuk Tesis

Borang Pengesahan Status Tesis / Laporan

Pengesahan dan Tandatangan Penyelia

Borang Pengakuan Penghargaan Isi Kandungan Abstrak Abstract Bab 1: Pendahuluan 1.1 Latar Belakang 1.2 Permasalahan Kajian 1.3 Matlamat Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Skop Kajian 1.6 I-lipotesis kajian

Bab 2: Kajian Lepas

Bab 3: Metodologi Kajian

Bab 4: Analisa Kajian

4.1 Gawai Antu 4.1.1 Mesyuarat awal Muka Surat 1 11 III iv V vi ix X 1 3 10

12

13 14 15

18

21 27

27

28 vi

(8)

4.1.2 Behan 29

4.1.3 Mengumpul Buluh untuk Nganyam 30

4.1.4 Ngereiok 31

4.1.5 Ngalu Aniu 32

4.1.6 Nganyam 33

4.1.7 Minia Manok (Meminta Ayam) 35

4.1.8 Empi'e

4.1.9 Tuhai Gawai

4.1.10 Mesyuarat Kedua

4.1.11 Pemberitahuan Jemputan Kepada Rumah Panjang

Yang Lain.

4.1.12 Mantur Dan Ngeraran

4.1.13 Niki ka Orang Ngirup Buluh

4.1.14 Makan Malam 4.1.15 Bedigir 4.1.16 Begeliga 4.1.17 Ngalu pelara 4.1.18 Ngerunclung Jalui 4.1.19 Ngelulau

4.1.20 Berayuh Pupu Buah Rumuh

4.1.21 Nimung Jalong 4.1.22 Mud Rugun 4.1.2 3 Berhtntgkar Ruang 4.1.24 N'gumhi T ehulu 35

36

37

37

38

40 42

42

43

43

44 45 45

45

47

48

48

vii

(9)

4.1.25 Nganjong Buloh 48

4.1.26 Beranggap 49

4.1.27 Nganjung Sungkup 50

4.1.28 Upacara Memanggil Semangat Balik 50

4.2 Aspek Muzik Nimang Jalong 51

4.2.1 Melodi 51

4.2.2 Teks 56

4.2.3 Ritma 58

Bab 5: Rumusan, Cadangan Dan Kesimpulan Kajian 62

5.1 Rumusan Kajian

5.2 Cadangan Yang Perlu Diambil Bagi Memelihara

Dan Memulihara Muzik Tradisional, laitu Lagu

Ritual Nimung Jalong

5.3 Kesimpulan Bibliografi Lampiran A Lampiran B 62 63 64 66 69

73

v>>>

(10)

ABSTRAK

Kajian mi lebih memfokus kepada aspek muzik yang terdapat di dalam lagu ritual Nimang Jalong yang diraikan oleh masyarakat Than Saribas semasa perayaan Gawai Antu di Daerah Betong, Sarawak. Lokasi kajian ini dijalankan di Rumah Panjang Nanga Padeh. Kini

perayaan Gawai Antu tidak lagi diraikan, hal ini kerana masyarakat Than Saribas telah

banyak menganuti agama Kristian. Maka dengan menjalankan kajian ini, diharap agar khazanah dan juga amalan ritual lama ini akan berupaya dikekalkan bagi tatapan generasi yang akan datang.

(11)

ABSTRACT

This research focused on Nimang Jalong's musical aspect within a ritual song sung during the Gawai Antu festival. The research was conducted at Rumah Panjang Nanga

Padeh village in Betong which is part of the Than Saribas community. Many of the ritual practices are no longer conducted today since most Than Saribas have embraced

Christianity. It is hoped that through this research, the old religious practices of Than

community can be preserved as a knowledge heritage then revived to be passed down to

the next generations.

(12)

BAB 1

PENDAHULUAN

Masyarakat Than merupakan salah satu kaum bumiputera yang terbesar di Sarawak. Menurut Rubenstein (1985) peratus bilangan kaum Than di Sarawak 29% iaitu 300,000 orang. Namun pada tahun 1996 bilangan kaum Than telah meningkat kepada 500,000

orang. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak, sehingga bulan Mac 2007

bilangan kaum Than telah meningkat kepada 695,000 ribu orang. Ini jelas menunjukkan bahawa kaum Than akan semakin meningkat pada tahun yang akan mendatang. Disamping itu, Rubenstein turut menyatakan bahawa kaum Than ini adalah berasal daripada Kalimantan Barat, Indonesia iaitu pada dasarnya is dikenali sebagai Bugau. Menurut Mad Aros (2004) pula setelah berhijrah darf Kalimantan, masyarakat Than kemudiannya menetap di 1-lulu Batang Lupar. Rejang dan jugs Saribas. Namun setelah berhijrah ke

Sarawak, Than di gelar sebagai Sea Dayak. Hal ini kerana masyarakat Than lebih cenderung tinggal di pesisir sungai.

Sutlive (2001) menyatakan bahawa gelaran Than adalah gelaran yang diberikan oleh James Brooke. Kemudiannya, masyarakat Than diperkenalkan kepada masyarakat di

E: ropah pada abad ke 19. Sutlive juga turut menyatakan bahawa etimologi berkenaan

dengan Than tidak diketahui. Namun begitu, terdapat beberapa penulis cuba menyamakan Than dengan perkataan dalam bahasa Kayan iaitu hivan yang bermaksud perantau. Walaupun begitu, masyarakat Than yang tinggal di Kuching dan Sri Aman lebih gemar mengelarkan diri mereka sebagai Dayak.

(13)

Sutlive (2001) telah jelas menyatakan bahawa masyarakat Than yang terdapat di Sarawak terdiri daripada lapan kumpulan iaitu Than Saribas, Than Lemanak, Than Balau, Than Undup, Than Sebuyau, Than Remun, dan Than Dau. Manakala masyarakat Than yang tinggal di Rumah Panjang Nanga Padeh adalah masyarakat Than Saribas. Hal ini telah diperkukuhkan apabila Sutlive menyatakan bahawa masyarakat Than Saribas adalah terdiri daripada masyarakat Than yang tinggal di Layar, Paku, Padeh, Rimbas, dan Entanak. Manakala, Pusat Pentadbiran Daerah Saribas adalah terletak di Betong. masyarakat Than Saribas dapat dikenalpasti melalui dialeknya, danjuga nama sungai, serta kawasannya.

Rumah Panjang Nanga Padeh merupakan salah sebuah rumah panjang yang terletak di daerah Saribas, Betong, Sarawak. Rumah Panjang Nanga Padeh juga merupakan sebuah kawasan pedalaman. Hal ini kerana rumah panjang tersebut terletak kira-kira 275km dari Bandaraya Kuching. Pasar Betong merupakan pasar yang sering dikunjungi oleh masyarakat yang mendiami kawasan Betong. Selain daripada Iban, kaum yang lain seperti

Melayu dan Cina juga turut mendiami kawasan Betong. Namun begitu, kaum Than merupakan kaum majoriti di kawasan tersebut.

Bagi masyarakat Than Saribas di Betong, kebanyakan rumah panjang adalah berdekatan dengan sungai. Hal ini juga dapat di lihat di Rumah Panjang Nanga Padeh iaitu rumah panjang ini telah didirikan berdekatan dengan Sungai Padeh. Hal ini adalah kerana

pada masa dahulu, sungai merupakan pengangkutan utama bagi masyarakat Iban.

Uisamping itu, sungai juga merupakan sumber utama bagi menjalankan rutin harian mereka seperti membasuh pakaian, tempat mandi, dan sebagainya. Sungai juga merupakan

sumber protein utama bagi masyarakat Iban, khasnya masyarakat Than Nanga Padeh

(14)

1.1 Latarbelakang Kehidupan Masyarakat Than

Masyarakat Than seperti juga dengan masyarakat kaum yang lain turnt mempunyai corak kehidupan yang tersendiri. Dalam sesebuah masyarakat Than yang tinggal di rumah panjang khasnya Rumah Panjang Nanga Padeh akan diketuai oleh seorang tuai rumah'. Sebagai ketua, tuui rumah ini akan bertanggungjawab ke atas anak-anak buahnya yang tinggal di rumah panjang tersebut. Tuai Rumah juga bertanggungjawab dalam semua aktiviti yang dijalankan di rumah panjangnya seperti mengetuai majlis keramaian seperti

upacara miring, Gawai, dan sebagainya. Tuai rumah juga perlu bertindak menyelesaikan

perbalahan diantara anak-anak buahnya demi menjaga kedamaian dan keamanan bersama.

Oleh yang demikian, anak-anak buah akan akur dengan perintah tuai rumah. Jadi sebagai ketua, tuai rumah juga turut bertanggungjawab bagi mengadakan mesyuarat serta menyatakan hasrat untuk bergawai Antu.

Corak Kehidupan Masyarakat Than Saribas

Pada masa dahulu, masyarakat Than khasnya Than Saribas lebih mementingkan kesejahteraan kelompok mereka dan ini dimanifestasikan dalam tradisi hidup di rumah panjang. Menurut Mad Aros (2004), masyarakat Than di Sarawak meletak nilai yang tinggi

ke atas keberanian dan kejayaan individu. Maka dengan ini, memburu kepala merupakan aktiviti yang penting dalarn masyarakat Than pada masa dahulu. Kejayaan dalam memburu

kepala merupakan satu simbol yang berupaya menaikkan status mereka sebagai Raja ßerani`. Nilai-nilai seperti inilah yang akan diambil kira semasa meraikan perayaan Gawai

Ketua didalam rumah panjang

f'ahlawan dalam masvarakat Than

(15)

Antu khasnya di Rumah Panjang Nanga Padeh. Kegiatan memburu kepala hanyalah untuk menunjukkan kekuatan serta memperolehi kepuasan semata-mata di dalam mengejar status

Rc{ju Berani.

Namun kejayaan memperolehi status tersebut juga perlu diiringi oleh kejayaan dalam bertanam padi huma. Oleh yang demikian, bertanam padi huma juga merupakan salah satu kegiatan penting yang dijalankan oleh masyarakat Iban. Selain itu, mereka juga

menjalankan aktiviti seperti menangkap ikan, meramu, dan memburu. Dalam masyarakat

Than lama, meramu dan memburu sudah menjadi satu kemestian. Meramu adalah aktiviti seperti mencari daun nipah, buluh, rotan, dan sebagainya untuk membuat rumah. Meramu

kayu-kayu dihutan pula adalah untuk keperluan harian seperti memasak dan sebagainya. Memburu pula adalah seperti memburu babi hutan, rusa, dan sebagainya untuk dimakan bersama dalam kelompok mereka sendiri. Secara tidak langsung, kesemua kegiatan ini yang juga merupakan aktiviti harian bagi kaum Than Saribas juga turut diaplikasikan

sebelum Gawai Antu diraikan. Kesimpulannya, adat-adat yang dilakukan sebelum Gawai Antu mempunyai perkaitan yang rapat dengan aktiviti harian mereka. Hal ini dapat ditunjukkan melalui salah satu adat yang dikenali sebagai Behanj. Adat ini mempunyai

perkaitan yang rapat dengan aktiviti meramu, iaitu dalam kehidupan harian kaum Than

akan mencari kayu untuk memasak, membuat rumah dan sebagainya. Manakala dalam Behan mereka akan mencari kayu untuk membuat sunRkup. 4

Salah satu adat yang dijalankan sebelum Gawai Antu diraikan.

"Rumah" bagi roh-roh yang telah mati atau dikenali sebagai keranda.

(16)

Adat Resam Masyarakat Than

Adat adalah sesuatu gaya kehidupan manusia dan ia mempunyai tatatertib tertentu dalam menunjukan prilaku sebagai manusia. la juga merupakan peraturan yang biasa terdapat dalam norma kehidupan. Menurut Sutlive (2001), dalam masyarakat Iban, adat adalah kod kehidupan. la bukan sahaja melibatkan hubungan sesama manusia malahan

juga adalah hubungan dengan petara (Tuhan) dalam masyarakat Iban. Dalam meraikan Gawai Antu, peranan roh-roh yang telah mati amat penting. Oleh itu, semasa upacara kematian, adat mati amatlah dititikberatkan bagi mententeramkan roh si mati. Dalam masyarakat Than khasnya masyarakat Than Saribas, adat mati dikenali sebagai Rabat.

Kebiasaannya, semasa adat ini dijalankan, mayat si mati perlu diberi penghormatan selama tiga malam. Pada malam ketiga adat berkabung pula akan bermula. Namun bagi seseorang

yang mempunyai pangkat akan diberi penghormatan selama lima hari. Setelah adat-adat ini

dilakukan, maka semasa Gawai Antu diraikan, roh-roh yang telah mati ini akan dijemput untuk menghadiri perayaan tersebut dengan pelbagai upacara dan salah satunya adalah

Mmang. Jalnng.

Dalam adat resam masyarakat Than khasnya Than Saribas terdapat juga perkara seperti kepercayaan. Semua kumpulan dalam masyarakat Than termasuklah Than Saribas

pada asalnya merupakan kaum yang menganuti kepercayaan animisme, atau dalam erti

kata lain mereka mengamalkan agama adapt. Hal ini telah jelas dinyatakan oleh Mad Aros (2004), iaitu masyarakat Than percaya bahawa alam ini dihuni oleh manusia dan berbagai- bagai jenis makhluk ghaib. Dalam mitos masyarakat Than pula dikatakan bahawa alam ini dihuni oleh manusia, petara, clan antu. Dalam bahasa Iban, petara adalah bermaksud

(17)

Tuhan. Menurut Mad Aros (2004), pelara berfungsi untuk membantu manusia dan mengawasi kehidupan mereka supaya akur kepada norma-norma masyarakat. Antara

petara-petara dalam masyarakat Than adalah seperti Keri Raja Petara, manakala Tuhan

pencipta adalah Seremugah yang membuat tanah, Segundi pula Tuhan pencipta lautan, dan

Segundit pula adalah Tuhan pencipta langit. Disamping itu terdapat juga Tuhan perang yang bernama Lang Singalang burung, Lang bertenung, Keling, Bungai Nuing, Laja ; dan

Bungai Jawa. Tuhan air pula adalah Raja Genali, dan sebagainya. Manakala antu (Hantu) pula berfungsi membawa kematian dan penderitaan kepada manusia. Antara antu-antu

yang dimaksudkan adalah seperti antu buyu, antu kamba (pemburu roh), antu kuklir, antu

gera. ei, dan sebagainya. Masyarakat Than juga percaya bahawa binatang-binatang liar

seperti landak mempunyai kebolehan menjelma menjadi antu. Kesemua kepercayaan

terhadap petara dan antu ini akan mewujudkan semangat yang boleh bertemu dengan

manusia melalui mimpi.

Kepercayaan mimpi merupakan sesuatu yang amat penting dalam masyarakat Iban. Segala aktiviti yang dijalankan adalah bergantung pada mimpi yang dialami oleh seseorang individu dalam masyarakat Iban. Hampir kesemua aktiviti harian termasuklah upacara mirings dan upacara menyambut Gawai Antu Masyarakat Than Saribas juga percaya

bahawa mimpi membolehkan mereka berkomunikasi dengan semangat dan roh-roh. Sehubungan itu, terdapat juga kononnya masyarakat Than akan menjadi manang (Shaman) sekiranya mereka dipilih oleh semenga, 6 yang tertentu dalam mimpi. Menurut Sandin

(2001), suatu ketika dahulu Menggin iaitu salah seorang wira budaya dalam masyarakat

Than telah mengajar kaum Than berkenaan dengan kepentingan mimpi. Dalam masyarakat

Upacara memuja l'eluru Jhun (Tuhan Iban) ° Roh orang yang telah mati.

(18)

rucat Khiº1R1a1 MakY Ct AR WAK. IýNI\'1'. k`ITl ! ýtA1. A

Iban, mimpi adalah satu anugerah kejiwaan. Mimpi juga dipercayai boleh memberi petanda untuk kejayaan dan juga berupaya untuk mengelakkan malapetaka. Menurut Sandin juga,

dalam masyarakat Than pada zaman dahulu iaitu para pahlawan, dan ketua perang akan disuruh untuk tidur awal dan memberi sepenuh perhatian pada mimpi yang dialami. Sekiranya ada diantara mereka yang mengalami mimpi yang menimbulkan petunjuk yang membimbangkan, maka perang akan dibatalkan serta merta.

Kini, kebanyakan generasi baru dalam masyarakat Than tidak lagi mengamalkan kepercayaan tersebut. Ramai di antara mereka telah menganuti agama Kristian. Disamping itu, terdapat juga perkahwinan campur dalam masyarakat Than iaitu ada yang berkahwin dengan bangsa lain seperti bangsa Cina, Bidayuh, dan sebagainya. Rentetan daripada itu, bagi kaum Than yang mengahwini kaum Melayu akan menganuti agama Islam. Situasi ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Than kini lebih mempunyai permikiran yang

terbuka dalam menganuti agama dengan tidak mengira kaum dan bangsa. Disamping itu,

sejajar dengan perkembangan semasa di Malaysia, masyarakat Than kini turut berfikiran

lebih terbuka serta mampu berfikir secara rasional dalam menilai sesuatu perkara.

Nimang Jalong

, tiTimang Jalong yang membawa maksud "Menimang Mangkuk". la merupakan salah satu daripada upacara yang dijalankan semasa Gawai Antu. Nimang Jalong ini

merupakan pemujaan ke atas mangkuk yang berisi air suci (ai tuak) dan hanya boleh

diminum oleh orang yang pernah dengah' sahaja atau digelar sebagai Bujang Berani .

(19)

Tujuan utama Nimang Jalong dijalankan adalah untuk memanggil atau dalam erti kata lain menjemput roh orang yang telah mati dan juga nenek moyang mereka untuk menghadiri perayaan Gawai Antu yang dikhas untuk mereka. Disamping itu ia juga adalah untuk membawa roh mereka yang telah mati ke sebayan9 dengan aman dan tidak menganggu kehidupan orang yang masih hidup.

Dalam upacara pemujaan Nimang Jalong, lemambang10 memainkan peranan yang penting sebagai orang yang menyanyi Nimang Jalong. Hal ini kerana, lemambang seolah-

olah berhubung dengan roh-roh yang telah mati dengan memuji dan seakan-akan bercerita

mengenai si mati semasa hidupnya. Kebanyakan lemambang yang menyanyi Nimang

Jalong ini adalah dipilih berdasarkan kehendak sendiri dan juga minat serta sedar akan kebolehan yang ada pada dirinya. Hal ini jelas, apabila hasil daripada temu ramah bersama dengan lemambang yang bernama Iba anak Ukit yang telah lama berkecimpung dalam Nimung Julong di Rumah Panjang Nanga padeh, Daerah Betong menyatakan bahawa beliau telah mempelajari ilmu Nimang Jalong daripada gurunya yang bernama Kemping Ak Jantai dari Rumah Panjang Ganja, Tusur, di Daerah Betong.

Upacara pemujaan Nimang Jalong ini tidak boleh mempunyai sebarang kesilapan. Kerana akan berlakunya tulah. laitu sama ada si peminum ai jalong' 1 akan mati atau sakit. Oleh yang demikian kebiasaannya lemambang ini akan berlatih terlebih dahulu sebelum upacara Nimang Jalong. Lirik lagu pemujaan Nimang Jalong adalah bergantung kepada

'

seseorang yang pernah membunuh dengan sengaja iaitu atas dasar perasaan berani dan mempunyai sebab- sehab tertentu untuk membunuh.

"Pahlawan dalam masyarakat Iban

''tempat bagi roh-roh yang telah meninggal dunia mengikut kepercayaan masyarakat Than lama. Pensyair, pujangga yang menyanyikan nyanyian Nimang Jalong.

Air Tuak yang disimpan didalam mangkuk dan kemudiannya akan ditimang oleh lemambang semasa . ti'iman, iýJalong.

(20)

sebab kematian si mati. Sebagai contohnya, sekiranya si mati meninggal disebabkan sakit maka lagu yang ditimang perlulah berkaitan dengan si mati dan penyakitnya. Semasa Nimang Jalong, roh-roh si mati inilah yang akan dijemput. Oleh yang demikian, lirik Ninrang. Ialong yang dinyanyikan adalah secara spontan. Sehubungan itu juga, dalam lagu Nimang Jalong liriknya turut menceritakan berkenaan dengan Bujang Berani yang akan meminum ai jalong semasa Gawai Antu. Oleh yang demikian, nyanyian Nimang Jalong

penuh dengan ayat-ayat sumpahan. Hal ini adalah supaya tiada pengakuan Bujang Berani

yang palsu berlaku.

Dalam masyarakat Than lama, seseorang lelaki hanya boleh digelar Bujang Berani sekiranya mereka berjaya membunuh musuh dengan membawa kepala mereka sebagai

bukti keberanian mereka. Mereka ini juga digelar sebagai orang berdengah. Namun kini, dalam masyarakat Than seseorang yang boleh digelar sebagai Bujang Berani dan juga orang herdengah kebanyakannya adalah terdiri daripada Than yang bekerja sebagai askar.

Hal ini kerana, bagi mereka bertugas sebagai askar adalah sama ertinya berjuang untuk tanah air dan membunuh musuh. Jadi, mereka ini akan dibenarkan untuk meminum ai

ja/ung semasa perayaan Gawai Antu. Oleh itu, memandangkan status Bujang Berani merupakan satu simbol yang berupaya meningkatkan status kehidupan dan generasi

mereka yang akan datang, maka ia adalah penting untuk meraikan upacara Nimang Jalong

yang kemudiannya hanya diminum oleh Bujang Berani sahaja.

Semasa upacara Nimung Jalong, air Iuak12 akan dituang ke dalam mangkuk kecil yang dipanggil j along. 13 Air tuak dalam. jalong tersebut akan disumpah dengan ayat-ayat

'' Dikenali sebagai "rice wine" yang diperbuat daripada beras pulut yang dicampur dengan yis dan gula.

(21)

timangan dalam nyanyian Nimang Jalong. Oleh yang demikian, air tuak dalam jalong tersebut tidak boleh diminum oleh orang biasa. Hal ini lebihjelas lagi apabila kenyataan ini telah diperkukuhkan lagi oleh seorang lemambang yang telah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian ritual Nimang Jalong, beliau menyatakan bahawa orang yang boleh minum air tuak dalam jalong adalah orang yang pernah dengah atau bujang berani sahaja.

Sekira orang yang menipu clan menganggap dirinya pernah dengah maka orang tersebut akan menerima sumpahanjalong yang telah ditimang.

Dalam upacara Nimang Jalong, kaum wanita juga memainkan peranan yang penting. Wanita yang pandai dan bijaksana serta mempunyai karakter yang tertentu akan

memberikan air luak dalam jalong kepada orang yang pernah dengah untuk diminum.

Wanita yang pandai serta mempunyai karakter yang tertentu dalam konteks Nimang Jalong ini adalah wanita yang mempunyai kebolehan dalam kraftangan seperti bertenun dan menganyam tikar. Wanita biasa tidak dibenarkan untuk memberi minuman kepada orang

14 yang pernah dengah kerana dipercayai mereka akan terkena sumpahan layu '

1.2 Permasalahan Kajian

Pada masa kini, kebanyakan generasi muda masyarakat Than tidak mempunyai kemahiran dalam menyanyikan lagu ritual Nimang Jalong. Hal ini adalah kerana anak-anak muda tidak didedahkan oleh nenek moyang mereka untuk mewarisi bakat yang mereka ada

sejak awal lagi. Maka apabila golongan-golongan tua ini telah meninggal dunia, anak-anak

muda tidak berpeluang untuk mengenali serta mempelajari lagu etnik ritual Nimang Jalong

'` Mangkuk

yang digunakan untuk menyimpan air tuak semasa upacara Nimang Jalong. " Jatuh sakit dan tidak panjang umur.

(22)

lagi. Selain itu, faktor perkembangan pendidikan telah sekaligus mengubah pandangan mereka berkenaan dengan lagu etnik ritual Nimang Jalong serta menyebabkan generasi muda tidak mempunyai masa untuk mempelajari lagu ritual Nimang Jalong kerana

menganggap ia adalah sesuatu yang remeh. Seterusnya, faktor agama turut menyebabkan

generasi muda telah lupa mengenai lagu etnik ritual Nimang Jalong. Masyarakat Than telah

ramai yang menganuti agama Kristian clan meninggalkan budaya serta adat resam lama

termasuklah lagu etnik ritual Nimang Jalong.

Seterusnya, generasi muda telah dipengaruhi dan alpa pada arus permodenan. Rentetan itu lagu etnik ritual Nimang Jalong jarang didengari khasnya bagi golongan muda. Lebih kritikal lagi apabila kini terdapat anak-anak muda yang tidak mengenali dan

tidak pernah mendengar lagu etnik ritual Nimang Jalong. Hal ini kerana generasi muda

telah dipengaruhi oleh arus permodenan. Mereka tidak mempunyai minat dalam mengenali

muzik yang berbentuk ethnomuzikologi seperti lagu etnik ritual Nimang Jalong.

Kebanyakan anak-anak muda kini lebih gemar kepada muzik dan lagu seperti Muzik Emo, Hip Hop, R&B, Rock, dan sebagainya. Kesemua lagu dan muzik ini mempunyai pengaruh dari barat.

Masalah bahasa juga turut menjadi penyebab utama dalam memahami lagu etnik ritual Nimank. lalonk. Ramai masyarakat Than terutama yang telah lahir dan menetap di

bandar tidak fasih berbahasa Than lama lebih-lebih lagi memahami bahasa Than klasik. Ketidakfahaman ini telah menyebabkan generasi muda kurang berminat untuk mendengar lagu etnik ritual Nimank JalonK.

(23)

Lagu etnik ritual Nimang Jalong hampir ditelan zaman. Kebiasaannya lagu etnik ritual Nimang Jalong akan dinyanyi clan dipersembahkan pada perayaan Gawai Antu

sahaja, sedangkan kini Perayaan Gawai Antu tidak lagi diraikan kerana telah ramai

masyarakat Than di Daerah Betong, Sarawak menganuti agama Kristian. Dengan ini, jelas

bahawa pada generasi masa akan datang kemungkinan besar mereka tidak berpeluang untuk melihat perayaan Gawai Antu secara realiti lagi. Walaupun lagu etnik ritual Nimang

Jalong sering berkumandang di Radio Televisyen Malaysia pada frekuensi 101.3FM. Namun persoalannya kini, berapa ramai yang mendengar lagu ritual tersebut? Kebanyakan pendengarnya adalah terdiri daripada golongan tua.

Artikel dan jurnal berkenaan dengan lagu ritual Nimang Jalong pula adalah amat terhad untuk diperolehi. Hal ini adalah kerana penjelasan dan pengenalan lagu ritual

Nimang Jalong oleh masyarakat Than sendiri adalah amat kurang. Asal usul lagu Nimang Jalong belum lagi dikenali dengan jelas lebih-lebih lagi dari aspek-aspek muzik. Walaupun

terdapat kajian dan penjelasan oleh orang lain dan masyarakat luar, namun ia masih belum

mencukupi bagi meyakinkan masyarakat luar untuk mengenali lagu ritual Nimang Jalong.

Setakat mi belum ada dokumentari mengenai lagu Nimang Jalong dibuat untuk tatapan sernua masyarakat.

1.3 Matlamat Kajian

Matlamat bagi kajian ini adalah untuk memperkenalkan budaya, tradisi, dan adat istiadat yang terdapat dalam masyarakat Than di Betong, Sarawak kepada masyarakat luar. Terutamanya berkenaan dengan upacara ritual lagu Nimang Jalong yang dinyanyikan oleh

(24)

lc-mamhank. Dengan cara ini, masyarakat Than akan dikenali melalui lagu etnik ritual , ti'imanK Jalong. Maka selepas ini, ia bukan sahaja dapat menambat kembali hati anak-anak

muda masyarakat Than malahan ia juga berupaya menarik perhatian masyarakat luar untuk

mengenali lagu tersebut dengan lebih mendalam lagi. Seterusnya lagu etnik ritual Nimang

JalonK berupaya menjadi icon masyarakat Than itu sendiri.

Matlamat yang seterusnya adalah untuk mempertahankan tradisi lama sebagai khazanah. Lagu etnik ritual Nimang Jalong merupakan salah satu tradisi masyarakat Than yang anhat unik khasnya Than Saribas. Maka ia haruslah dipertahankan sebagai salah satu

khazanah yang amat penting untuk sentiasa diingati terutamanya bagi tatapan masyarakat Than pada generasi yang akan datang. Bagi mengelakkan sebarang eksploitasi dari kaum lain, maka kaum Than itu sendiri perlulah bertindak untuk menulis dan menjelaskan sendiri mengenai lagu etnik ritual Nimang Jalong.

Selain itu. kajian ini juga bermatlamat untuk memperkenalkan aspek-aspek muzikal yang terdapat dalam lagu etnik ritual Nimang Jalong. Antara aspek muzik adalah seperti

ritma, melodi, teks dan aspek muzik lain yang berkaitan semasa ia dinyanyikan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian Nimang Jalung di Rumah Panjang Nanga Padeh ini dijalankan adalah

bertujuan untuk menganalisa aspek-aspek muzik yang berkaitan semasa is

Referensi

Dokumen terkait

نإ ميمصت ثحبلا يذلا ومدختسا نوثحابلا وى ثحبلا في تابتكلما ( ثبح تابتكلما )، يو فرع دز ( 4002 : 3 ) ثحبلا في تابتكلما وىو ةلسلس نم ةطشنلأا

Hasil penelitian menunjukkan ada perbedaan TFU pada ibu nifas sebelum dan sesudah mobilisasi dini dengan nilai signifikan P- Value = 0,000, yang lebih kecil dari nilai α

7 Salah satu persoalan mendasar adalah belum mampunya negara memberikan hak dasarnya sebagaimana diatur dalam konstitusi, yaitu terkait dengan perumahan, perumahan merupakan

Sub Variabel ketiga yakni kemudahan mengakses produk , dimana indikator pengukurnya adalah kemudahan dalam menggunakan produk yang ditawarkan dengan jawaban sangat

Jika hal ini terjadi maka penggunaarl statistika klasik untuk analisis data tidak akan rlsrnfoerikan suatu hasil yang tidak bias,.. bahkan galat (error) ymg

a) Untuk mengkaji pengawasan langsung oleh Dinas Kebersihan dan Pertamanan dalam menangani pembuangan sampah ditinjau dari aspek menetapkan/.. menentukan apa yang harus

Muhammad Faiz Hardiansyah DIII Akuntansi 3-AK. Muhammad Fikram Djalaludin DIII Akuntansi

Tujuan penelitian ini untuk mengetahui efektivitas Undang-Undang Nomor 18 Tahun 2013 Tentang Pencegahan Dan Pemberantasan Perusakan Hutan dalam penegakan tindak pidana