• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Kitab haji

Berkata Imam Syafie: “Haji (diwajibkan) kepada setiap orang yang merdeka, baligh dan berkemampuan, menurut Al-Quran dan Sunnah. Sesiapa yang telah berhaji sekali seumur hidupnya, maka tidak wajib lagi (berhaji) kali yang berikutnya.

Berkata Imam Syafie: berkemampuan itu dua perkara. Pertama, berkemampuan daripada segi jasmaninya dan hartanya dengan bekalan dan pengangkutan, kerana Rasulullah sallahu alaihi wasallam ditanya, apakah itu berkemampuan? Maka baginda bersabda “Cukup bekalan asas dan mempunyai kenderaan”.

Kedua, terdapat kekurangan (kesakitan) pada badannya, tidak mampu duduk tetap diatas binatang tunggangan sedangkan dia mampu untuk mendapatkan orang yang mentaatinya apabila diperintahkan untuk menunaikan haji untuknya ataupun (mampu) memberi upah. Ini juga termasuk dikalangan orang yang difardukan kepadanya haji sepertimana ia mampu.

Telah diketahui dalam bahasa Arab apabia berkata seseorang : Aku mampu untuk membina rumahmu atau menjahit bajuku. Ia beerti dengan memberi upah ataupun memerintahkan seseorang yang mentaatinya.

(2)

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas, (Seorang wanita daripada bani khas’am bertanya kepada Rasulullah; Wahai Rasulullah sesungguhnya haji itu kefarduan Allah kepada hambanya, dan ayahku telah tua tidak mampu untuk pergi berhaji maka bolehkah aku berhaji untuknya? Jawab Nabi, ya boleh. Dia bertanya lagi, adakah ia bermanfaat (sampai ibadah tersebut) kepadanya? Jawab Nabi, ya, sepertimana jika ayahmu mempunyai hutang dan kamu melangsaikannya).

Berkata Imam Syafie, Nabi menjadikan menunaikan haji untuk ayahnya (wanita tersebut) sepertimana dia melangsaikan hutang ayahnya, dan tiada ada perkara yang lebih layak untuk disamakan bersama dari apa yang telah disamakan oleh Rasulullah S.A.W.

Diriwayatkan dari ‘Ata, (daripada Rasulullah bahawa Baginda mendengar sorang lelaki bertalbiah sambil menyeru ‘labbaik untuk Syubrumah’, lalu Nabi bersabda, jika kamu telah menunaikan haji maka bertalbiahlah untuknya, jika belum, berhajilah (untuk) kamu). Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, bahawa beliau telah berkata kepada seorang tua yang tidak mampu berhaji, ‘jika kamu mahu menunaikan haji maka carilah seorang lelaki untuk berhaji bagi kamu’.

(3)

[bab berkemampuan dengan yang lain]

Berkata Imam Syafie: apabila seorang lelaki berkemampuan lalu mampu

menyelusuri perjalanan manusia dari negerinya, maka diwajibkan haji keatasnya.

Apabila dia meninggal , ditunaikan (qodo’) haji baginya. Jika tidak mampu kerana kedudukan negerinya yang jauh sedangkan dia tidak hipun sehingga

berkemampuan pada tahun berikutnya, tidaklah diwajibkan keatasnya haji. jika pada tahun kemarau ataupun kekeringan dan dia tidak mampu melakukan apa yang mesti beliau lakukan, atau jika dia takutkan musuh sama seeprti dia tidak mampu bergerak (bermusafir) maka tidak diwajibkan kepadanya.

Tidaklah itu menjadi asas untuk mewajibkan keatasnya haji dengan merentas lautan jika ia mampu melakukannya.

Diriwayatkan daripada ‘Ataa’ dan Tawus: Haji diwajibkan keatas modal (harta) dan ianya merupakan qiyas.

Berkata Imam Syafie: diberi upah bagi pihaknya untuk haji dan umrah dengan yang upah yang paling rendah untuk menunaikan haji dari tempatnya, dantidaklah berhaji untuknya kecuali sesiapa yang telah menunaikannya (haji) sekali. Jika (orang yang diupah) belum menunaikan haji , maka haji itu untuk dirinya sendiri serta tiada upah untuknya.

(4)

Diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa Baginda mendengar seorang lelaki bertalbiah untuk seseorang, lalu Nabi bersabda; jika kamu telah menunaikan haji (untuk diri kamu) maka bertalbiahlah untuknya, jika tidak maka berhajilah untuk diri kamu sendiri.

Daripada Ibn Abbas beliau mendengar seorang lelaki berkata ‘labbaika daripada Syubrumah’. Lalu ditanya siapa Syubrumah?, setelah diceritakan kepadanya lalu Ibn Abbas berkata, berhajilah untuk dirimu kemudian untuk Syubrumah.

Bab penerangan waktu diwajibkan haji dan keadaannya yang boleh ditangguhkan

Berkata imam al-Syafi’e:Kewajipan haji diturunkan selepas hijrah dan Rasulullah S.A W mengarahkan Abu Bakar menunaikan haji sedangkan baginda sendiri tinggal diMadinah selepas pulang dari Tabuk dalam keadaan tidak berperang , tidak juga disibukkan dengan sesuatupun. Begitu juga kebanyakan Muslimin yang berkemampuan tetap tidak keluar menunaikan haji (pada awal diperintahkan perintah) dan juga para isteri baginda S.A.W.

Andaikata(menangguhkan haji) seperti meninggalkan solat sehingga terkeluar waktunya, maka pasti baginda Rasulullah S.A.W tidak meninggalkan sesuatu yang wajib(pada awal diwajibkan) begitu juga tidaklah para sahabat akan menangguhkan pelaksanaannya.

Tidaklah Rasulullah S.A.W menunaikan haji setelah diwajibkan melainkan melainkan Haji Islam( yang diwajibkan) dan itulah haji yang penghabisan.

(5)

Diriwayatkan dari jabir R.A sesungguhnya Nabi S.A.W tinggal di Madinah sembian tahun dalam keadaan tidak menunaikan haji kemudian baginda menunaikan haji..

Kata al-Syafi’e: maka waktu menunaikan haji adalah semenjak ia diwajibkan keatasnya sehingga kematian.

Bab menerangakan waktu haji dan umrah.

Berkata al-Syafi’e: Allah berfirman : Haji pada bulan-bulan yang diketahui (al-Baqarah 197)

Bulan-bulan haji adalah Syawal, zul qaidah dan Sembilan hari dari zul hijjah yang merupakan hari arafah. Sesiapa yang tidak mendapatinya sehingga terbit matahari pada hari sembelihan , maka terlepaslah baginya menunaikan haji.

Diriwayatkan dari Jabir Bin Abdullah R.A dia ditanya: Adakah dibenarkan berniat haji sebelum bulan-bulan haji. Lalu dia menjawab: Tidak.

Dan diriwayatkan dari A’ta dia ditanya : Apa pandangan engkau berkenaan seorang lelaki datang berniat menunaikan haji ketika bulan ramadhan. Dia berkata: jadikanlah ia umrah.

Dari Ikrimah dia berkata : Tidak wajar bagi seseorang berihram untuk haji melainkan pada bulan haji berkataan firman Allah Haji pada bulan-bulan yang diketahui (al-Baqarah 197).

(6)

Berkata (al-Syafi’e):Tidaklah diharuskan bagi seseorang menunaikan haji sebelum bulan- bulan haji, seandainya dia melakukannya maka sama seperti seseorang yang menunaikan solat sebelum masuk waktunya, lalu itu dianggap solat sunat.

Adapun waktu Umrah adalah pada bila-bila masa dikehendaki.

Sesiapa yang mengatakan tidak wajar umrah melainkan hanya sekali dalam setahun telah menyanggahi sunnah rasulullah S.A.W kerana baginda melepaskan Aisyah R.A pada bulan yang sama , dan tahun yang sama sebanyak dua kali dan bercanggah dengan perbuatan Aisya sendiri, Ali, Ibn Umar dan Anas R.A.

Bab menerangkan sesungguhnya Umrah wajib seperti haji.

Kata al-Syafi’e: Alalh berfirman : Maka tunaikanlah haji dan Umrah kerana Allah (al- BAqarah 196). Maka Allah menyamakan umrah dengan haji dan persamaan dengan zahir nas al-Qur’an menunjjukan umrah adalah wajib.

Dan Nabi S.A.W menunaikan umrah sebelum haji. Beserta dengan itu perkataan Ibn Allas: Demi Zat yang jiwaku berada didalam genggaman-Nya. Sesungguhnya

perbandingannya terdapat dalam Kitab Allah (maka tunaikanlah haji dan umrah kerana Allah). Kata A’ta: Tidaklah bagi seorangpun dikalangan makhluk Allah melainkan diwajibkan keatasnya haji dan umrah keduanya.

(7)

Dan berkatalah selainnya dari ulama Mekah: Dalam keadaan menyatukan umrah dan haji, disunnahkan RAsul S.A.W untuk menyembelih hadyu. Andaikata hukumnya (umrah) adalah sunat maka lebih patut agar tidak disatukan dengan haji.

Dan berkata Rasul S.A.W : umrah telah masuk kedalam haji sehingga hari kiamat.

Diriwayatkan dalam kitab yang dituliskan Rasulullah S.A.W kepada Amru Bin Hazm:

Sesungguhnya umrah merupakan haji kecil.

Bab menyatukan (diantara haji dan umra) dan selain darinya

Berkata al-Syafi’e: Andaikata disatukan diantara umrah dan haji dan dialirkan darah (hadyu) maka itu telah sempurna. Sedangkan Qiran lebih ringan dari tamattu’.

Andaikata berumrah sebelum haji dan tinggal diMekah sehingga memulakan amalan haji, dia memulakannya dari mekah dan bukannya dari Miqat.

Andaikata dia menunaikan haji semata-mata (Ifrad) dan hendak menunaikan umrah selepas haji, hendaklah dia keluar dari Haram kemudian berniat (umrah) dari mana yang dikehendaki. Maka gugurlah darinya (kewajipan kembali ke Miqat asal) disebabkan ihram hajinya dari Miqat. Lalu hendaklah dia berihram untuk umrah dari miqat yang paling hampir, dan tanah halal telah memadai sebagai miqatnya, sebagaimana gugurlah miqat haji seandainya didahului oleh umrah kerana setiap satu dari haji dan umrah bertindih bersama.

(8)

Aku Sukai andaikata dia berihram dari al-Ji’ranah kerana RAsulullah S.A.W berumrah darinya, seandainya itu tidak tepat dengan laluannya maka dari al-Tan’im kerana RAsulullah S.A.W menghantar Aisya R.A berumrah darinya dan ia merupakan tanah halal yang paling hampir dengan kaabah, andaikata itu bukan laluannya , maka dari al- Hudaibiyah kerana Rasulullah S.A.W solat disitu dan berkehendak untuk menunaikan haji dari situ.

Bab menerangkan mengasingkan haji dari umrah (ifrad)

Berkata al-Syafi’e dalam ringkasan haji. Aku menyukai seandainya seseorang melakukan ifrad.kerana yang tsabit disisi kami baginda S.A.W melakukan ifrad.

Dan berkata al-Syafi’e dalam kitab ikhtilaf al-hadith: Rasulullah S.A.W bersabda:

Andaikata aku mendahulukan urusan aku yang telah aku tangguhnya, maka aku tidak akan membawa hadyu bersamaku dan akan kujadikan ia umrah.

Berkata al-Syafi’e. Dan sesiapa yang mengatakan sesungguhnya baginda melakukan ifrad. Maka dia berkata berdasarkan apa yang diketahui oleh ahli ilmu yang mengikuti rombongan RAsulullah S.A.W . Sesungguhnya seseorang tidak dikira mermuqim untuk menunaikan haji melainkan dia telah memulakan ihramnya untuk haji. Aku kira ia adalah Urwah apabila dia berkata sesungguhnya Rasulullah S.A.W berihram untuk haji. Dia berpandangan bahawa dia mendengar Ai’syah R.A berkata: inilah yang dilakukan oleh baginda dalam hajinya.

Dan dia berkata berkaitan perkara yang hadith-hadith tentangnya berbeza-beza, Tidak ada khilaf yang lebih mudah dari ini sedangkan kesalahan dalam bab ini adalah dicela kerana ia (menunaikan haji dengan ketiga-tiga cara) adalah sesuatu yang diharuskan. Ini adalah kerana al-Kitab kemudian Sunnah kemudian kesepakatan menunjukkan bahawa

memasukkan umrah kedalam haji (tamattu’), menunaikan haji semata-mata (ifrad), menyatukan diantara keduanya(qiran) kesemua itu adalah luas(diberi kelonggaran). .

(9)

Telah tsabit bahawa Rasulullah S.A.W keluar bagi menanti keputusan lalu diturunkan kepada baginda keputusan dalam keadaan baginda berada diantara safa dan marwa dan baginda memerintahkan para sahabat barangsiapa diantara mereka yang telah berihram sedangkan dia tidak memiliki (hadyu) binatang sembelihan, hendaklah dia menjadikan (ihram)nya untuk umrah. Dan baginda berkata: Andaikata aku mendahulukan urusanku yang telah aku kemudiankan, aku tidak akan membawa hadyu(binatang sembelihan) dan aku akan menjadikannya umrah.

Referensi

Dokumen terkait

a) Potensi bahaya: kontaminasi bakteri patogen karena kurangnya sanitasi dan higiene. b) Potensi cacat mutu: kerusakan fisik karena kesalahan penanganan. c) Tujuan:

Struktur biaya produksi usahatani pada ketiga komoditas pangan utama, yaitu padi, jagung dan kedelai relatif sama dengan proporsi terbesar pada upah, disusul sewa

Merendam sampel ayam broiler dengan berbagai konsentrasi ekstrak daun jambu biji (Psidium guajava L.) varietas putih yang telah diencerkan dengan aquades selama 30 menit..

Kepala Seksi Pengawasan dan Konsultasi meneliti dan menandatangani Laporan Hasil Penelitian dan memaraf serta menyetujui (approve) konsep Surat Keputusan Penetapan

Secara khusus modul ini ditujukan bagi aktivis PATBM di tingkat provinsi, kabupaten/kota dan desa/ kalurahan yang akan menfasilitasi kegiatan PATBM. Modul aktivis ini dibuat

Sehingga penulis dapat menyelesaikan tesis yang berjudul “Model Pembelajaran Pendidikan Agama Islam Untuk Menanamkan Karakter Keagamaan Sekolah Dasar Negeri Kauman 1 Kota

Penelitian tentang pengaruh financial slack terhadap kinerja perusahaan yang terdaftar di Bursa Efek Indonesia ini diharapkan berguna dan dapat mereplikasi bagi

Hal ini sejalan dengan penelitian Nurjanah (2016) media yang paling baik dalam pertumbuhan bibit F0 pada berat 200 g, karena mungkin pada berat 200 g terdapat kandungan