▸ Baca selengkapnya: jenis anugerah pelajar prasekolah
(2)Anugerah Bitara Tokoh UKM
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang telah memberi sumbangan bernilai kepada Universiti atau
Negara atau Dunia secara berterusan dan meningkatkan
prestasi universiti dan manusia sejagat.
Anugerah Bitara Tokoh UKM
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Anugerah Bitara Tokoh UKM
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Anugerah Bitara Tokoh UKM
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali
Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali adalah mantan Naib Canselor UKM yang ke-10. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Dekan UKM- GSB dan Dekan Fakulti Ekonomi & Perniagaan. Kemuncak kebitaraan beliau adalah apabila dilantik sebagai Ahli Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) dan Pengarah Eksekutif Sekretariat MTE oleh YAB Perdana Menteri pada 16
Mac 2020. Ketokohan Prof. Tan Sri terserlah apabila turut diberi kepercayaan menganggotai pelbagai jawatankuasa dan menjadi panel penasihat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seorang pakar ekonomi tersohor, Prof. Tan Sri menjadi pakar rujuk bagi pelbagai organisasi termasuk Ahli Jawatankuasa Polisi
Monetori Bank Negara Malaysia, Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB),
Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara (JPPN), Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Melaka, Ahli Majlis Penasihat Portfolio Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Panel Penasihat Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam
Malaysia (YAPEIM), Lembaga Pengarah PNB Research Institute, Ahli Jawatankuasa Khas Ekonomi (Special Economic Committee) Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Kebangsaan untuk KPDNKP, Cleared Advisor Trans Pacific Partnership (TPP), Sementara itu, ketokohan beliau dalam kepimpinan
dan sektor akademik terbukti apabila pernah memegang jawatan sebagai Presiden Association of Universities of Asia and the Pacific (AUAP), Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sultan Azlan Shah, Pengerusi University Mobility in Asia and the Pacific (UMAP), Ahli Majlis Malaysia Tsinghua University, Ahli Jawatankuasa Naib Canselor Universiti Awam, Ahli Majlis Global Science and Innovation Council (GSIAC) dan
Ketua Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN).
Anugerah Bitara Utama
Anugerah ini memberikan pengiktirafan kepada
Fakulti/Pusat/Institut/Bahagian/Unit UKM dengan mengambil kira pencapaian prestasi keseluruhan yang merangkumi bidang
Keberhasilan Strategik (KRA) UKM.
Anugerah Bitara Utama: Pusat Perkhidmatan Fakulti Sains Kesihatan
Sebagai ‘Peneraju Sains Kesihatan’, FSK cemerlang dalam penyelidikan melalui lima buah Pusat Kajian, terutamanya meraih dana antarabangsa, industri dan hasilan jurnal berimpak.
FSK berdayasaing dalam inovasi PdP; berjaya menghasilkan graduan berkualiti, dinobatkan Anugerah Pelajaran Diraja dua tahun berturut-turut dan berkebolehpasaran tinggi. Warganya
prihatin dan cepat beradaptasi semasa pandemik melalui perkhidmatan e-klinik, e-khidmat masyarakat dan kesukarelawanan.
Anugerah Bitara Utama: Pusat Perkhidmatan Klinik Optometri, FSK
Klinik Optometri Universiti Kebangsaan Malaysia (KOUKM) merupakan pusat perkhidmatan optometri mencakupi pelbagai sub-kepakaran termasuk klinik optometri primer, kanta sentuh,
penglihatan terhad, penglihatan binokular, pediatrik, okular prostetik dan pemeriksaan diagnostik. Lengkap dengan kakitangan berdedikasi dan teknologi moden, KOUKM bersedia
memberikan perkhidmatan holistik sama ada secara bersemuka, dalam talian dan mobil (Klinik Optometri Bergerak). Hubungan strategik bersama komuniti dan rakan industri dari dalam dan luar negara mengukuhkan lagi kelangsungan perkhidmatan KOUKM dan sentiasa
terkehadapan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pendanaan.
Anugerah Bitara Sarjana
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang kepakaran
dan hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Penyelidik (individu/kumpulan) tersebut mampu memberi sumbangan
besar kepada bidang keilmuan, kemajuan universiti,
masyarakat dan negara.
Anugerah Bitara Sarjana: Kumpulan Kumpulan Penyelidikan GUT
Ketua: Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali
Kumpulan Penyelidikan GUT terdiri daripada gabungan pakar penyelidik pelbagai bidang berkaitan kesihatan gastrousus. Ahli kumpulan ini mengetuai pelbagai geran penyelidikan
kebangsaan dan antarabangsa yang bernilai RM4.18 juta dan telah menerbit lebih 70 penerbitan dalam jurnal terindeks pada tahun 2020. Seramai 16 graduan PhD telah dihasilkan.
Ahli kumpulan juga telah menerima pelbagai anugerah serta banyak menjalankan kerjasama penyelidikan dengan pihak luar.
Anugerah Bitara Sarjana: Individu
Prof. Ir. Dr. Siti Rozaimah Sheikh Abdullah
Dunia akademik amat mencabar! Kesungguhan, pengorbanan, ketelitian dan fokus dalam menjalankan tanggunggjawab sebagai seorang akademik dalam penyelidikan, penyeliaan, penerbitan, pentadbiran dan pengurusan, perundingan serta perkhidmatan sentiasa dituntut.
Kejayaan yang diperolehi adalah hasil sokongan dan dorongan rakan sekerja serta pelajar seliaan (siswazah dan prasiswazah). Alhamdulillah UKM telah menyediakan platform yang
terbaik kepada saya untuk terus menyumbang bagi memperolehi keredhaan Allah swt.
Anugerah Bitara Sarjana: Harapan
Prof. Madya Dr. Wan Hanna Melini Wan Mohtar
Dr Hanna bergerak seiring dengan TERAS UKM, menerima geran penyelidikan dalaman, kebangsaan, industri dan antarabangsa (Advokasi). Setiausaha kepada Persatuan Sahabat Sungai Malaysia (Kemasyarakatan). Aktif menulis termasuklah dalam Bahasa Melayu (Watan).
Beliau adalah Ketua Unit Tadbir Urus dan Kualiti di Pusat Siswazah (Kepimpinan). Turut membangunkan Modul Pakar untuk Air Selangor (Kelestarian).
Anugerah Bitara Penerbitan
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada Individu yang mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai jenis penerbitan yang berimpak tinggi dan memberi
sumbangan kepada bidang ilmu.
Anugerah Bitara Penerbitan
(Buku)
Anugerah Bitara Penerbitan : Buku (Sains Teknologi) Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman, Dr. Chin Kok Yong &
Dr. Wong Sok Kuan
Buku ini menerangkan aspek epidemiologi, patofisiologi dan komplikasi penyakit osteoporosis, cara-cara untuk mengesan osteoporosis pada peringkat awal, serta modaliti rawatan yang terkini. Buku ini juga membawa pembaca menerokai kaedah-kaedah baru dalam rawatan osteoporosis dengan menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi dengan manitikberatkan kajian saintifik. Buku ini penting memandangkan osteoporosis boleh dicegah, namun kurang
kesedaran masyarakat mengenainya.
Buku: Serba-serbi Mengenai Kesihatan Tulang dan Penyakit Osteoporosis
Anugerah Bitara Penerbitan : Buku (Sains Sosial)
Prof. Dato' Dr. Rashila Ramli, Prof. Dr. Zarina Othman &
Prof. Madya Dr. Bakri Mat
Buku ini memberi perhatian terhadap dasar sekuriti makanan melalui pendekatan keselamatan insan. Kebengantungan negara dalam era globalisasi menjadi antara
faktor kepada ancaman sekurti makanan dan negara harus lebih aktif untuk menanganinya dengan lebih efektif. Salah satu pelaksanaan polisi yang diperlukan
ialah menggalakkan pertumbuhan positif sektor makanan
Buku: Dasar Sekuriti Makanan dan Keselamatan Insan di Malaysia
Anugerah Bitara Penerbitan
(Makalah: Sains)
Anugerah Bitara Penerbitan : Makalah (Sains) Dr. Nurul Asikin Mijan
Seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang semakin mendapat perhatian diseluruh dunia, pembangunan mangkin penggalak logam peralihan untuk penghasilan
tenaga lestari (bahan bakar hijau, bahan api jet dan syngas) daripada biojisim telah difokuskan dalam kajian ini. Pelbagai siri penerbitan berimpak tinggi berkaitan dengan kajian penghasilan tenaga lestari telah berjaya diterbitkan. Kajian saintifik ini juga telah membuktikan
bahawa tahap pelepasan gas rumah hijau terhasil daripada pembakaran cecair bahan api lestari adalah rendah daripada bahan api komersial
Anugerah Bitara Penerbitan : Makalah (Sains) Prof. Ir. Dr. Abu Bakar Sulong
Makalah ini adalah penemuan amat penting dalam isu fundamental dalam kaedah ringkas kawalan orientasi kenaf di polimer matrik yang telah dibandingkan dengan produk komersil.
Impak utama adalah melestarikan alam sekitar melalui penggunaan komposit hijau. Hasil kajian ini adalah antara penerbitan berimpak yang telah dihasilkan melalui dana LRGS KPT
antara USM-UKM-UPM.
Anugerah Bitara Penerbitan : Makalah (Sains) Prof. Dr. Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud
Makalah ini, dengan pengarang – pengarang dari beberapa negara di Asia Tenggara, memerihalkan ujuran hujan ekstrim di rantau Asia Tenggara berdasarkan simulasi pelbagai
model iklim rantau di bawah inisiatif CORDEX Southeast Asia yang yang diketuai oleh Prof.
Fredolin Tangang. CORDEX adalah sebuah program di bawah World Climate Research Programme, World Meteorological Organisation. Cuaca ekstrim akan meningkat dari segi
kekerapan, kekuatan dan tempoh jika Dunia gagal menangani isu perubahan iklim.
Anugerah Bitara Penerbitan
(Makalah: Sains Sosial & Sastera)
Bitara Penerbitan : Makalah (Sains Sosial & Sastera) Prof. Dr. Shahrul Azman Mohd Noah
Komponen terpenting dalam proses penganalisisan sentimen ialah leksikon sentimen iaitu unit terkecil teks atau kata yang dianotasi untuk memberikan ciri sentimen (kekutuban dan kekuatan). Kamus digital tidak menyediakan maklumat ciri sentimen setiap kata. Kajian yang
dimajukan dalam makalah ini mencadangkan kaedah automatik dalam menjana leksikon sentimen dengan membangunkan algoritma pengembangan sentimen berpandukan
konteks dengan menggunakan istilah yang didefinisikan oleh manusia.
Bitara Penerbitan : Makalah (Sains Sosial & Sastera) Prof. Dr. Latifah Amin
Makalah ini membincangkan pembangunan prinsip etika bioteknologi moden yang inklusif melalui pengharmonian prinsip etika sekular dan Islam yang diterimapakai oleh semua pihak berkepentingan di Malaysia. Prinsip etika ini
berpotensi besar untuk mengisi kelompangan dalam Seksyen 35, Akta Biokeselamatan 2007 yang merujuk kepada pertimbangan sosioekonomi
termasuklah agama, etika dan budaya
Bitara Penerbitan : Makalah (Sains Sosial & Sastera) Dr. Susheel Kaur Dhillon a/p Joginder Singh
Kanak-kanak dengan ketidakupayaan perkembangan seringkali mempunyai masalah komunikasi yang kompleks. Mereka kerap diperkenalkan kepada sistem
augmentative and alternative communication (AAC) bagi membantu mereka berkomunikasi. Kajian ini berfokus kepada bagaimana guru membantu kanak-
kanak menggunakan AAC untuk berkomunikasi.
Anugerah Bitara
Pengkomersilan Produk
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada inovasi yang mempunyai impak yang besar dan signifikan, yang mampu memberi pulangan kormersil dan sumbangan yang besar kepada bidang ilmuan, kemajuan
universiti dan Negara.
Anugerah Bitara Pengkomersilan Produk
Mej. Bersekutu (PA) Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Bajuri
MyB Muslim Prosthetic Limb merupakan inovasi kaki palsu di mana ia membolehkan pergerakan di bahagian pergelangan kaki. Inovasi anggota prostetik transtibial baru ini adalah mesra pengguna, pelbagai fungsi, selesa dan lebih murah dari pasaran. Inovasi ini
membolehkan pergerakan di pergelangan kaki sehingga 180 darjah. Ini akan membantu pesakit terutamanya pesakit muslim untuk mempermudahkan solat mereka ketika melakukan sujud dan berlutut. Prostetik ini juga boleh membenarkan pergerakan lain seperti aktiviti yoga atau aktiviti pergerakan yang melibatkan kedudukan kaki bersila.
My Muslim Prosthetic Limb
Anugerah Bitara Media Massa
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan yang bermakna kepada warga kerja universiti yang merangkumi pegawai pengurusan dan professional, ahli akademik dan staf pelaksana yang meningkatkan imej
UKM melalui pencapaian di peringkat antarabangsa dan/ atau kebangsaan. Kegiatan kakitangan tersebut hendaklah memberi pulangan
dan sumbangan yang besar kepada bidang keilmuan dan kemajuan
Universiti serta pembangunan masyarakat dan negara.
Anugerah Bitara Media Massa Prof. Dr. Kartini Aboo Talib@khalid
Beliau sering diundang sebagai penganalisis dalam pelbagai isu semasa oleh media
antarabangsa dan kebangsaan. Terkini beliau dilantik sebagai penilai media BenarNews yang berpusat di Washington D.C Amerika Syarikat. Antara media yang pernah terlibat menemubual dan merakamkan ulasan beliau ialah BBC, AlJazeera, CNA Singapore, SouthChinaMorningPost HongKong, AsiaTimes,VOC USA, Dunya Turkiye, AstroAwani, RTM1, BernamaTV, AlHijrah, TV3,FMT,
MalayMail,NST,SinChewDaily,Malaysiakini,Utusan,Kosmo, TheVibes dan lain-lain.
Anugerah Bitara Media Massa
Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Izhar Arif Mohd Kahim
MEMBUMIKAN UKM
Kepakaran beliau dalam bidang Fiqh Fatwa Produk Semasa di FPI UKM telah dirujuk oleh MEDIA PERDANA seperti TV1, TV3, TV9, ASTRO, TV AL-HIJRAH, SALAMHD TV, Radio, Akhbar dan Majalah
semenjak tahun 2007 lagi. Kepercayaan media ini telah menyebabkan Fakulti Pengajian Islam UKM hidup dibibir UMAT.
Anugerah Bitara Keterlibatan Industri & Masyarakat
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga UKM yang telah bekerjasama secara strategik dalam inisiatif keterlibatan industri dan masyarakat
dalam aktiviti berkaitan pendidikan, penyelidikan dan khidmat. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menyumbang ke arah pembangunan pembelajaran dan
pengajaran, peningkatan kebolehpasaran graduan, pembangunan penyelidikan dan inovasi, perolehan dana, serta peningkatan keupayaan sosioekonomi industri, pendidikan, kesihatan,
persekitaran, teknologi dan lain-lain.
Anugerah Bitara Keterlibatan Industri (Akademik) Dr. Peer Mohamed
Penganugerahan Anugerah Tenaga Negara (NEA 2020) dan Anugerah Tenaga ASEAN (AEA 2020) di atas kejayaan membangun dan menguruskan operasi di Loji Rintis Teknologi Sisa Sifar Kursi UKM-YSD Kelestarian.
Menerima kepercayaan pengurusan Yayasan Sime Darby untuk meneruskan Kursi UKM-YSD Kelestarian di UKM sehingga 2030 dengan wang tajaan sebanyak RM15 juta. Kerjasama bersama pelbagai pemegang taruh (peringkat universiti, komuniti, industri, antarabangsa) di dalam menjayakan kajian keterhadapan di
dalam bidang penyelidikan berkaitan tenaga keterbaharuan.
Bitara Keterlibatan Industri (Bukan Akademik) Cik Siti Hajar Mohammad
Penglibatan secara langsung dengan pihak Yayasan Sime Darby dan Sime Darby Plantation Research Sdn. Bhd. melalui projek Loji Rintis Teknologi Sisa Sifar di Kilang Kelapa Sawit Tennamaram.
Menguruskan kerjasama dan komunikasi antara pihak UKM dan industri yang terlibat untuk
membangunkan teknologi bagi mentransformasi kilang kelapa sawit yang mesra alam, penghasilan sifar sisa terhadap tanah, air dan udara serta dapat meningkatkan produktiviti dan menonjolkan imej
lestari bagi industri kelapa sawit negara.
Anugerah Bitara Keterlibatan Masyarakat (Akademik) Dr. Sazlina Kamaralzaman
Dr Sazlina dan anaknya, Siti Sarah merupakan pengasas MakCik Travels yang menyediakan perkhidmatan peneman, pemandu dan runner kepada wanita, warga
emas, kanak-kanak dan warga berkeperluan khas. Semua peneman, pemandu dan runner yang digelar AdiNita, adalah pekerja gig wanita, menjana pendapatan tambahan
setelah terkesan dengan kemelesatan ekonomi dan kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19.
Anugerah Bitara Keterlibatan Masyarakat (Akademik) Dr. Aizan Sofia Amin
Aktif dalam advokasi dan pemerkasaan komuniti OKU di peringkat UKM dan negara.
Terlibat membentuk Polisi Inklusif OKU UKM dan Dasar Inklusif OKU di Institusi Pendidikan Tinggi (Kementerian Pendidikan). Membangunkan potensi dan kemahiran OKU dalam aspek keusahawanan di peringkat kebangsaan dengan kolaborasi Institut Sosial Malaysia
dan Persatuan OKU Sentral.
Bitara Keterlibatan Masyarakat (Bukan Akademik) Encik Azman Md Nor
Idea tercetus daripada masalah yang dihadapi institusi latihan OKU berkaitan kekurangan alat bantu. Kami telah membangunkan POLASelfuel yang dapat membantu kemahiran motor golongan
OKU, selain dapat memberi manfaat rentas bidang antaranya membantu proses rehabilitasi berkaitan kecacatan dan kecederaan, serta boleh dijadikan pemainan interaktif kanak-kanak awal
usia. Idea serta alat bantu yang dibangunkan sepenuhnya oleh kami telah membantu tenaga pengajar melatih OKU dengan lebih sistematik, teratur dan berkesan.
Anugerah Bitara Prakarsa
Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada PTj yang telah menunjukkan daya inovasi dan kreativiti yang tinggi dalam membangunkan kompetensi dan bakat staf di peringkat
PTj atau Universiti.
Anugerah Bitara Prakarsa : Pusat Tanggungjawab Fakulti Farmasi
Fakulti Farmasi bergerak atas 3 landasan utama; SASARAN jelas selari dengan TERAS UKM, pengukuhan STRUKTUR melalui latihan penyerlahan bakat dan penggunaan infrastruktur optima, dan pengemaskinian SISTEM kerja yang lebih tangkas dan cekap.
Advokasi bakat dilakukan melalui hubungan rakan strategik dalam dan rentas bidang.
Citra kebangsaan, kita untuk Malaysia dan Farmili (Pharmily) diterapkan dalam setiap lapisan warga Fakulti Farmasi UKM.
Anugerah Bitara Prakarsa : Pengurusan & Profesional Encik Asyraf Radzwan
Asyraf Radzwan, salah seorang pegawai di HEP-UKM, merupakan penggerak dan pelaksana kepada prakarsa pembangunan dan kepimpinan pelajar. Beliau yang juga ahli tetap Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti Malaysia (MAKLUM) telah melaksanakan beberapa inisiatif baru, antaranya merangka beberapa modul latihan yang efektif, memperkasa bakat dan melahirkan ramai tokoh/ikon pelajar. Selain
itu, beliau turut menggerakkan 12 program mobiliti pelajar ke luar negara serta menambahbaik pelaksanaan Minggu Mesra Mahasiswa (MMM). Kejayaan menguruskan operasi pergerakan pelajar pulang ke kampus/kampung sepanjang pandemik COVID-19 serta mencetuskan idea sistem pengurusan
pelajar bersepadu “ukm2campus” menyerlahkan lagi bakat kepimpinan beliau. Selain itu, beliau turut menjadi perantara di antara pelajar dan pengurusan universiti di dalam menyelesaikan isu dan
permasalahan pelajar selain mengambil pendekatan ‘mesra pelajar’ semasa menjalankan tugas. Justeru itu, tidak hairanlah beliau merupakan seorang yang amat dikenali dan disenangi oleh pelajar,
Anugerah Bitara Prakarsa : Pelaksana Puan Suhada Mansor
Bagi membendung penularan pandemik Covid–19 kepada kakitangan dan pelajar di Fakulti Perubatan UKM, penggunaan cecair nyahkuman adalah amat penting dalam aktiviti penjagaan
kebersihan dan pembasmian kuman yang holistik.
Projek inovasi penghasilan cecair nyahkuman beralkohol mengikut formulasi WHO merupakan satu alternatif bagi menggantikan pembelian cecair nyahkuman komersil. Projek ini telah berjaya
menyumbang kepada pengurangan kos pembelian cecair nyahkuman komersil dan memberi impak penjimatan dalam perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh Fakulti Perubatan UKM.
Anugerah Bitara Prakarsa : Pentadbir Akademik Prof. Madya Dr. Hanita Othman
Prof. Madya Dr Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) HCTM dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan UKM, terlibat aktif dalam pelbagai Jawatankuasa di peringkat Kebangsaan berkaitan akreditasi terutama berkaitan kepakaran beliau
dalam bidang Patologi Kimia. Kemuncak pengiktirafan, beliau menerima Anugerah daripada Standards Malaysia pada tahun 2019. Beliau terlibat secara langsung dalam menerapkan dan
meningkatkan budaya kualiti di peringkat UKM dan Kebangsaan.
Anugerah Bitara Pendanaan
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan
kepada PTJ/Kumpulan/Individu yang cemerlang dalam
penjanaan daripada hasil perkhidmatan, kepakaran dan aset.
Anugerah Bitara Pendanaan : PTJ/Kumpulan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Perancangan dan pengurusan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) yang strategik telah menghasilkan kelestarian kewangan fakulti sebanyak RM13,566,496.18
sepanjang tahun 2020. Hasil penjanaan yang membanggakan ini dipertingkatkan menerusi pelbagai projek kerjasama akademik dengan agensi kerajaan yang tersohor
seperti IDFR, MPAT, ISM, SPRM dan PDRM serta program bersama Pusat Kembangan Pendidikan, UKM.
Anugerah Bitara Pendanaan : Individu Prof. Madya Dr. Rafidah Mazlan
Memperolehi dana daripada rakan industri Yayasan Sime Darby, Cochlear Limited, GPHS Management Sdn. Bhd, dan Labchem Sdn. Bhd. Dana ini adalah untuk membiayai projek kempen kesedaran masalah pendengaran kanak-kanak dan Program Sijil Profesional Terapi Auditori Verbal anjuran Pusat Telinga, Pendengaran dan Pertuturan (HEARS). Jutaan terima kasih kepada rakan industri di atas pembiayaan dan
kepercayaan yang diberikan.
GPHS Management LABCHEM
Anugerah Bitara
Rekayasa Prasarana
Anugerah ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan kepada PTJ/Individu yang menghasilkan prasarana dan persekitaran ilmu
yang kondusif serta sistem perkhidmatan yang berkesan
Anugerah Bitara Rekayasa Prasarana : PTJ/Kumpulan Fakulti Pendidikan
Pembangunan Ruang Pembelajaran Futuristik
Fakulti Pendidikan menghadapi isu ruang pembelajaran yang kurang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Fakulti Pendidikan telah membangunkan Ruang Pembangunan Futuristik dari aspek:
(i) Keselesaan; (ii) Estetik; (iii) Aliran; (iv) Kesaksamaan; (v) Percambahan teknologi; (vi) Kebolehlaksanaan; dan (vii) Kebolehgunaan semula; serta aspek pedagogi, ruang, dan teknologi berdasarkan projek Australia Research Innovative Universities – Malaysian Research Universities Network (IRU-MRUN). Tujuh ruang telah dibangunkan untuk pembelajaran aktif, digital, dan futuristik merangkumi 1:1 iPad untuk pensyarah, iMacs, projektor pintar, TV pintar, sistem audio visual pintar, sistem
pencahayaan pintar, sistem telesidang, screen mirroring, perabot mudah alih, dan sistem keselamatan pintar.
Ruang Pembelajaran Terdahulu
Ruang Pembelajaran Futuristik
Anugerah Bitara Rekayasa Prasarana : Individu Dr. Nor Atika Md Ashar
Keperluan ruang yang kondusif dan moden adalah penyumbang utama kepada pengalaman indah pelajar di universiti. Inisiatif memberikan nafas baru kepada ruang
berpotensi tinggi diambil oleh penama di bawah slogan #tanpaukmsiapalahkita dan
#alumnigiveback. Individu dihubungi secara peribadi sehingga 38 Alumni dan 1MPP menyumbang kepada rekabentuk ruang yang baru.
Anugerah Bitara Bahasa Melayu
Anugerah Bitara Bahasa Melayu bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang cemerlang dalam
memartabatkan Bahasa Melayu.
Bitara Bahasa Melayu : Akademia Bahasa Melayu Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin
Nor Hashimah Jalaluddin (Ph.D) adalah Profesor di Program Linguistik, Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Beliau mengkhusus
dalam bidang semantik, pragmatik dan geolinguistik. Penyelidikan beliau tertumpu kepada nahu dan korpus, pemikiran Melayu dan pemetaan dialek Melayu berasaskan
GIS. Beliau banyak memenangi anugerah peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Telah menyelia ratusan pelajar Linguistik. Banyak menghasilkan buku,
artikel jurnal dan bab dalam buku
Anugerah Bitara Pengajaran
Anugerah Bitara Pengajaran bertujuan memberi pengiktirafan kepada individu yang cemerlang dalam membudaya, memperkasakan aktiviti, menunjukkan kesarjanaan dan
kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menghasilkan graduan yang cemerlang. Kesarjanaan pengajaran merujuk kepada tahap keilmuan yang tinggi
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Kecemerlangan pengajaran merujuk kepada amalan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan yang kreatif dan inovatif, berasaskan falsafah/teori/prinsip pengajaran yang mantap
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar.
Anugerah Bitara Pengajaran Prof. Dr. Ahmad Rohi Ghazali
My education philosophy has always been student-centred and it focuses on developing student’s moral compass while fostering each student to his or her fullest
potential. I believe all students are unique and must have a stimulating educational environment where they can grow physically, mentally, emotionally, and socially. We
assist them to express and accept themselves for who they are, as well embrace the differences of others. Hence, “Love yourself” and #sayangiDiriMu are our motto and
educational hashtag.
Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan
Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan bertujuan memberi pengiktirafan kepada ahli akademik muda yang berkemampuan dan berkaliber yang tidak melebihi 40 tahun. Penerima Anugerah ini ialah seorang ahli akademik yang mempamerkan potensi dalam pengajaran
dan pembelajaran serta penyelidikan, keterserlahan, kepimpinan dan
keserakanan di peringkat kebangsaan atau antarabangsa
Anugerah Bitara Ahli Akademik Harapan Dr. Lim Seng Joe
Dr Lim Seng Joe merupakan Ketua CoE-MANIS, FST, UKM. Kepakaran beliau adalah dalam bidang Makanan dan Ingredien Kefungsian. Beliau pernah memperolehi tajaan
antarabangsa untuk sangkutan pascadoktoral ke BOKU, Vienna, Austria daripada Erasmus Mundus (2015-2016) dan ASEA-UNINET (2020), dan telah dijemput sebagai Profesor Pelawat ke Prince of Songkla University, Thailand (2019). Antara keterserlahan
Dr Lim adalah pengkomersilan harta intelek beliau melalui 5 Technology Licensing Agreements dan jaringan strategik yang meluas.
Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti
Anugerah ini diberikan kepada ahli akademik yang telah memenangi anugerah dan / atau mendapat pengiktirafan (peringkat kebangsaan atau
antarabangsa) dan menyumbang kepada pembangunan ilmu dan / atau
kreativiti serta memberi impak positif kepada bidang seni budaya.
Anugerah Bitara Seni dan Kreativiti Prof. Madya Dr. Mawar Safei
Saya percaya pada sabda hadith: Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi yang lain. Saya yakini antara jalannya adalah menerusi apa yang
ada dalam warisan bangsa saya, iaitu kesusasteraan Melayu. Melalui wadah
persuratan, saya berbahagi fikiran dan penaakulan tentang harkat kemanusiaan. Saya mahu melalui jalan itu dengan kehalusan seni berkarya.