PP 19570/07/2020 (035196)
PERCUMA
4,100 daftar saringan kesihatan percuma
Bekas banduan sertai temu duga
Dana Hijrah RM1 juta bantu 2,000 usahawan
8 3
Jualan murah manfaat 60,000 keluarga
5 7
EDISI 26 MEI - 1 JUN 2022
www.selangorkini.my
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (empat, kiri) dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (tiga, kanan) bertukar dokumen pada majlis menandatangani memorandum persefahaman projek tanaman jagung bijirin di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Shah Alam pada 18 Mei 2022. Foto FIKRI YUSOFF BERITA MUKA 4
Sedia peruntukan sekitar RM1 juta hingga RM2 juta untuk baiki kemudahan di institusi pendidikan rendah dan menengah berikutan Kerajaan Negeri banyak menerima permohonan sedemikian
MUKA 2
Hampir separuh sasaran RM2.05 bilion dipungut dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. Hasil akan disalur semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk
MUKA 3
Negeri kutip hasil RM1 bilion
RM26.5 juta pulih RM26.5 juta pulih prasarana sekolah prasarana sekolah
12 & 13
Demi emas Sukan SEA 1985, Rosman Alwi berlumba walau baru dibedah
9
Puluh ribu rakyat hadir rumah terbuka Kerajaan Negeri
Jalan kaki 20km untuk menyanyi Jalin ukhuwah
sesama rakyat
14 Sedar menang
emas dalam ambulans
Roy dedah kisah dihalau, makan sardin, huni bilik sempit
UTAMA
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
2
IMBAS DI SINI
akhbar digital minggu lepas
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mem- peruntuk RM26.5 juta untuk menam- bah baik prasarana sekolah rendah dan menengah.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan tumpuan sebelum ini diberi kepada sekolah bukan bantuan penuh antaranya se- kolah agama rakyat, sekolah jenis ke- bangsaan Cina atau Tamil dan sekolah persendirian.
“Sekarang, kita terima banyak per-
mohonan daripada sekolah kebang- saan, jadi kita lebarkan bantuan ini ke sekolah berkenaan tetapi jumlahnya dalam RM1 juta hingga RM2 juta sahaja.
“Saya melihat sekolah yang mendapat bantuan penuh turut me- merlukan sokongan pelbagai pihak ter- masuk Kerajaan Negeri dalam menye- diakan prasarana pendidikan yang baik,” katanya pada 20 Mei.
Mengikut Pejabat Setiausaha Kera- jaan Selangor, permohonan bantuan itu dibuka sejak 29 April hingga 5 Jun.
Berucap dalam sambutan Hari Guru 2022 dan pelancaran Program Tuisyen
Rakyat Selangor (PTRS) di sini, Amirudin berkata bantuan itu diperluas beriku- tan pihaknya menerima banyak permo- honan untuk menampung keperluan berkenaan.
Pada Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri mengagih dana RM24 juta un- tuk membantu 637 sekolah di Sela- ngor untuk menaik taraf kemudahan sedia ada.
Sebanyak RM9.3 juta diberi kepada sekolah rendah agama manakala RM9 juta untuk sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan RM4.5 juta bagi SJK Tamil.
Pastikan kemudahan sekolah tahap terbaik
Dana RM26.5 juta
naik taraf prasarana
SHAH ALAM - Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) diperluas kepada sekolah berdaftar bawah Jabatan Agama Islam Se- langor (Jais), kata Dato’ Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari menjelas- kan keputusan memperluas tuisyen percuma itu berikutan permintaan pel- bagai pihak untuk menyertai program berkenaan.
Menganggar tambahan sekolah pada tahun ini sebanyak 28 buah, beli- au berkata mata pelajaran bahasa Me- layu, bahasa Inggeris, matematik, seja-
rah dan sains juga diajar dalam PTRS.
“Mereka juga memerlukan program tambahan dan kita membantu untuk melaksanakannya. Dana diberi untuk membiayai guru-guru dan kelas tamba- han,” katanya ketika melancarkan PTRS di sini pada 20 Mei.
Amirudin juga menambah lebih 100,000 pelajar daripada kalangan ke- luarga berpendapatan rendah mene- rima manfaat berkenaan sejak inisiatif tersebut diperkenal pada 2008.
“Hasrat pelaksanaan program ini
adalah untuk mengurangkan jurang antara mereka yang cemerlang dan ter- pinggir selain membantu pelajar serta golongan B40.
“Yang membanggakan program ini melahirkan pelajar cemerlang, sebaha- giannya melanjutkan pengajian pering- kat universiti,” katanya.
Belanjawan Selangor 2022 mem- peruntuk RM7 juta untuk meneruskan PTRS selain memantapkan pengisian portal ePTRS.my dan mengukuhkan kemahiran guru.
Tuisyen percuma ke sekolah Jais
SHAH ALAM - Selgate Healthcare Sdn Bhd (Selgate) menjadi badan pelaksana program Selangor Saring, inisiatif yang di- jangka memanfaatkan 39,000 penduduk berpendapatan rendah.
EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud menjelaskan Selgate memiliki pengalaman mengendali program sede- mikian antaranya inisiatif Selangor Vaksin (Selvax).
“Selgate adalah pelaksana kepada pro- gram membabitkan 56 Dewan Undangan Negeri yang bermula pada 22 Mei di Ijok, Kuala Selangor,” katanya sambil menjelas- kan maklumat lanjut program itu dimaklum dari masa ke semasa menerusi media sosial.
Kerajaan Negeri memperuntuk dana RM3.4 juta bagi menjalankan program Se- langor Saring yang diberi percuma kepa- da golongan berisiko seperti mempunyai sejarah keluarga, berat badan berlebihan dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.
Selgate selia Selangor Saring
SHAH ALAM - Lebih 20,000 peluang kerja ditawarkan dalam Karnival Kerjaya Mega yang dijadual berlangsung pada 11 dan 12 Jun di Pusat Konvensyen Majlis Banda- raya Shah Alam (MBSA).
EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata pro- gram secara fizikal itu melibatkan penyer- taan lebih 100 syarikat sektor perkhid- matan, pembuatan, elektronik dan pen- gurusan.
“Kita memandang serius kadar pen- gangguran di Selangor pada suku perta- ma tahun ini iaitu 3.2 peratus. Oleh sebab itu, program ini diadakan bagi memasti- kan angka tersebut dapat dikurangkan.
“Kali ini diadakan dengan skala lebih besar selepas dua tahun dibuat secara hi- brid disebabkan tatacara operasi piawai pandemik Covid-19,” katanya selepas pe- lancaran karnival dan selangorjobportal.
com.my
Tawar lebih 20,000 peluang kerja
KUALA SELANGOR - Seorang ekseku- tif swasta memandu lebih 60 kilome- ter dari Puchong ke Bestari Jaya di sini untuk menyertai Selangor Saring pada 22 Mei.
Azzahraa Azman, 32, tidak mahu melepaskan peluang memeriksa tahap kesihatan memandangkan iniasitif sa- ringan kesihatan itu percuma.
“Saya memang mahu lakukan pe-
meriksaan kesihatan. Minggu lepas tin- jau harga di beberapa klinik swasta dan rata-rata lebih RM200.
“Masa itu saya nampak maklumat di Twitter memaklumkan ada Selangor Saring di sini. Kebetulan dekat dengan kampung, jadi saya manfaat peluang ini sambil berjumpa ibu,” katanya.
Pekerja swasta Li Ting, 52, pula mem- bawa isteri Tan Hui Khim, 50, dan dua
anaknya berusia 14 serta 16 tahun ke program itu bagi memastikan tahap kesihatan keluarga dalam keadaan baik.
“Dalam masa sama dapat jimatkan kos. Kalau pergi ke klinik swasta, mung- kin kena keluarkan lebih RM600.
“Saya luangkan masa untuk pastikan keluarga jalani pemeriksaan. Kalau ada penyakit apa-apa, senang dapatkan rawatan susulan,” katanya.
Peluang periksa tahap kesihatan
SHAH ALAM - Karnival Jelajah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) bagi mem- promosi inisiatif kebajikan untuk rakyat dijadual bermula di Hulu Langat pada 11 Jun.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amiru- din Shari bakal menyempurnakan pem- bukaan program sehari itu, yang turut diadakan di beberapa daerah lain se- hingga Julai depan.
“Kita bukan hanya bertukar nama (program) tetapi kita mahu tanamkan
budaya dan semangat kasih sayang an- tara kita,” katanya pada 21 Mei.
Selain menghebah maklumat inisi- atif, program tersebut turut diserikan pelbagai acara antaranya senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bun- ga, sukan rakyat, papan selaju dan e-su- kan selain jamuan makan.
Pelaksanaan ISP membabitkan pe- runtukan RM350 juta menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ra- mai penduduk memperoleh manfaat
yang disediakan Kerajaan Negeri.
Bantuan Kehidupan Sejahtera Se- langor (Bingkas) yang menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) misal- nya membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.
Turut dilaksana, program Saring Se- langor untuk mengesan penyakit kro- nik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang teru- tama golongan berisiko.
Jelajah bantuan baharu 11 Jun
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
UTAMA
3
Oleh NORRASYIDAH ARSHAD &
ZAREEF MUZAMMIL
KUALA LANGAT - Kerajaan Selangor memperoleh kutipan hasil berjumlah RM1 bilion bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yakin kutipan itu mencapai sasaran tahun ini iaitu RM2.05 bilion berdasarkan prestasi tersebut.
Beliau juga menyatakan penghar- gaan kepada usaha dan pengorbanan seluruh penjawat awam, jabatan dan masyarakat yang berusaha keras me- majukan negeri ini.
“Saya harap hubungan semua pi- hak dengan masyarakat lebih akrab.
Setiap peruntukan dan dasar Kera- jaan Negeri akan disalur kembali ke- pada semua,” katanya pada 20 Mei.
Tahun lalu, Kerajaan Selangor mengutip hasil berjumlah RM2.23 bi- lion, melebihi sasaran awal sebanyak
RM2.2 bilion.
Bagaimanapun, tahun ini sasaran diturunkan kepada RM2.05 bilion su- sulan pandemik Covid-19 yang ber- larutan sejak Mac 2020.
Selain itu, negeri turut merekod nilai potensi pelaburan RM960.7 juta sepanjang promosi Minggu Selangor dalam Dubai Ekspo 2020 pada 6 hing- ga 12 Mac.
Amirudin menambah ekspo itu turut meraih 158 padanan pernia- gaan dan 92 potensi kerjasama pernia- gaan dalam pelbagai sektor.
“Pencapaian ini mencerminkan keyakinan dunia perniagaan terha- dap negeri ini,” katanya.
Sebelum ini, EXCO pelaburan me- maklumkan sebanyak lima kluster berteras industri diperkenal dan dipro- mosi sepanjang ekspo berkenaan.
Dato’ Teng Chang Khim berkata ia meliputi elektrik dan elektronik, bioteknologi, aeroangkasa, mesin dan peralatan serta makanan dan minuman.
Potensi pelaburan RM960.7 juta
Kutipan hasil RM1 bilion
Peserta menjalani saringan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 22 Mei. Foto REMY ARIFIN
KLANG - Seramai 4,177 individu mendaf- tar awal bagi menyertai program Selangor Saring melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).
EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mari- ah Mahmud berharap lebih ramai rakyat Selangor mengambil peluang menjalani saringan percuma bagi memastikan diri mereka sihat.
“Apabila datang kesedaran, rakyat tahu penyakit tiga serangkai seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan jantung seterusnya boleh ambil langkah pen- jagaan.
“Ia juga selari hasrat untuk mewujud- kan sistem rekod kesihatan yang mana jika mereka ke mana-mana klinik, boleh tunjukkan rekod terkini kepada doktor,”
katanya pada 25 Mei.
Dalam pada itu, Dr Siti Mariah memak- lumkan seramai 75 individu membuat saringan kesihatan pada program yang membuka tirai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 22 Mei.
Beliau turut mengakui jumlah penyerta- an rendah berikutan sukar menarik minat penduduk luar bandar meskipun kuota setiap DUN diperuntuk antara 500 hingga 1,000 peserta.
4,177 daftar
saringan percuma
UTAMA
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
4
26 Mei - 1 Jun 2022
25 syawal - 1 Zulkaedah 1443W AKTU SOLA T
Oleh ZAREEF MUZAMMIL
SHAH ALAM - Kira-kira 5,490 tan mampu dihasil- kan setiap tahun apabila projek tanaman jagung biji- rin di Gemas, Negeri Sembi- lan dan Kuala Langat Selatan, Selangor siap kelak.
Ketua pegawai eksekutif kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Sela- ngor (PKPS) berkata hasil daripada tana- man atas tanah seluas 283.2 hektar (700 ekar) boleh dipasarkan kepada pemain industri ternakan tempatan.
Menurut Dr Mohamad Khairil Mo-
hamad Razi, projek usa- hasama Menteri Besar
Negeri Sembilan (Pe- merbadanan) atau MBINS berupaya menjana pendapa- tan sebanyak RM10.7 juta setahun dengan harga pasaran semasa RM1,950 per tan.
“Besar harapan agar projek ini dapat dimanfaatkan dalam peran- cangan strategik khususnya berkaitan sekuriti makanan seterusnya mengawal harga makanan ternakan ayam,” kata- nya pada 18 Mei.
Terdahulu, beliau menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) rentas Selangor dan Negeri Sembilan bagi projek tanaman jagung bijirin di sini.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun hadir menyaksikan pemeteraian MoU di Dewan Orkid PKPS di sini.
Sementara itu, Mohamad Khairil ber- kata kerjasama itu sebahagian iltizam menstabilkan harga makanan ayam sekali gus mengurangkan kebergan- tungan terhadap jagung bijirin import.
“Ia juga sebahagian perancangan jangka panjang Kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan dalam kerangka Pro- gram Intervensi Ehsan,” katanya lagi.
Tanam di kawasan seluas 700 ekar
Jagung jana hasil
RM10.7 juta setahun
SHAH ALAM - Tanah terbiar di seluruh negeri akan dijadikan tapak pertanian untuk memastikan beka- lan makanan mencukupi serta dapat menampung keperluan rakyat.
Dato’ Menteri Besar berkata be- berapa kawasan dikenal pasti sesuai untuk bertani antaranya tanah seluas 30 ekar di Bukit Cheeding, Kuala Lan- gat yang diusahakan sebagai tapak tanaman kontan seperti sayuran, cili dan kelapa.
“Ia diusahakan Perbadanan Kema- juan Pertanian Selangor (PKPS) sejak tahun lepas lagi.
"Malah, untuk program jaminan bekalan makanan yang diaturkan, kita sasar mencari tanah terbiar 1,000 ke 2,000 ekar setiap tahun,”
kata Dato’ Seri Amirudin Shari pada 20 Mei.
Kerajaan Negeri memperuntuk RM67 juta untuk pembangunan sek- tor pertanian di negeri Selangor bagi
tempoh lima tahun (2021-2025).
Langkah diambil ialah menam- bah kawasan pertanian, meningkat aktiviti pengeluaran, memperkasa PKPS, meningkat insentif usahawan tani dan melaksana kaedah pertani- an moden.
Usaha tersebut seiring sasaran Selangor menjadi pusat simpanan makanan negara pada masa depan selain mengurangkan kebergantu- ngan bekalan import.
Usaha pertanian atas tanah terbiar
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan menggunakan kaedah mengurangkan kos pengeluaran makanan alternatif haiwan ternakan khususnya ayam da- lam masa terdekat.
EXCO Pertanian Ir Izham Hashim memaklumkan kaedah yang akan diperinci dalam masa terdekat mem- bantu mengurangkan kenaikan harga makanan ayam yang semakin kritikal.
Beliau menjelaskan pendekatan berkenaan hasil penyelidikan di Uni- versiti Kebangsaan Malaysia (UKM) se-
jak dua tahun lalu yang mula dilak- sanakan di Kedah.
“Dengan kerjasama ini, kita yakin dapat kurangkan kos pengeluaran makanan ayam kepada 70 sen berbanding RM1.70 pada masa ini," ka- tanya pada 19 Mei sambil menambah kaedah itu juga di- guna pakai untuk ternakan lembu dan kambing.
Izham juga meminta orang ramai ti- dak perlu khuatir berhubung bekalan
ayam di negeri ini kerana pihaknya ada kaedah bagi memastikan
bekalan tidak ter- putus.
“Kerisauan bu- kan pada beka- lan ayam tetapi k e n a i k a n h a r g a makanan ternakan. Se- bab itu, kita bekerjasama dengan Negeri Sembilan dalam tana- man jagung bijirin,” katanya.
Cara kurangkan kos makanan ayam
SHAH ALAM - Projek tanaman jagung bi- jirin di Kuala Langat Selatan dekat sini dan Gemas, Negeri Sembilan yang menelan belanja RM3 juta dijangka mampu mengu- rangkan kebergantungan bekalan import antara dua hingga tiga peratus.
Dato’ Menteri Besar berkata projek usa- hasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) atau MBINS bermula sebaik kerja pembersihan dijadual selesai pada suku ketiga tahun ini.
“Projek atas tanah seluas 283.2 hektar sebagai tanda komitmen penyelesaian komprehensif kepada harga makanan ayam yang melambung tinggi disebabkan terpaksa mengimport bekalan makanan ternakan dari luar.
“Berpandukan rujukan dari Amerika Syarikat, tanaman ini dapat mengeluarkan hasil tiga kali setahun dengan setiap pusi- ngan mengambil masa 100 hari,” kata Dato’
Seri Amirudin Shari pada 18 Mei.
Beliau juga menyifatkan pelaksanaan projek berkenaan sebagai percubaan kreatif dan inovatif oleh pihak berkenaan.
Kurang bergantung bekalan import
SHAH ALAM - Tapak projek ternakan lem- bu National Feedlot Corporation (NFC) yang terbengkalai di Gemas, Negeri Sem- bilan akan dimajukan dengan tanaman jagung bijirin.
Menteri Besarnya Datuk Seri Aminud- din Harun berkata projek itu membabit- kan kawasan seluas 160 hektar daripada keseluruhan lebih 600 hektar tanah di situ, lapor Berita Harian.
Beliau menjelaskan pembangunan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dimulakan ta- hun ini dan dianggap terbesar di negeri berkenaan.
“Buat projek lembu pun tak jadi, ada- lah lebih baik kita cuba majukan dengan projek lain seperti tanaman jagung bijirin.
Tanah berkenaan milik Menteri Besar Ne- geri Sembilan (Pemerbadanan) dan dilak- sanakan dengan usahasama PKPS dan yang pertama dilakukan dengan agensi itu,” katanya pada 20 Mei.
Aminuddin menambah projek penge- luaran makanan diperhebat untuk keper- luan rakyat bagi mengelak krisis bekalan makanan pada masa hadapan.
Majukan tapak NFC terbengkalai
26 Khamis 5:39 5:49 6:59 1:13 4:37 7:21 8:36 27 Jumaat 5:39 5:49 6:59 1:13 4:37 7:22 8:36 28 Sabtu 5:39 5:49 6:59 1:13 4:38 7:22 8:36 29 Ahad 5:39 5:49 6:59 1:13 4:38 7:22 8:37 30 Isnin 5:39 5:49 6:59 1:14 4:38 7:22 8:37 31 Selasa 5:39 5:49 7:00 1:14 4:38 7:22 8:37 01 Rabu 5:39 5:49 7:00 1:14 4:39 7:22 8:37
5:40 5:50 7:02 1:14 4:38 7:21 8:36 5:40 5:50 7:02 1:14 4:38 7:22 8:36 5:40 5:50 7:02 1:14 4:38 7:22 8:36 5:40 5:50 7:02 1:14 4:38 7:22 8:37 5:40 5:50 7:02 1:14 4:39 7:22 8:37 5:40 5:50 7:02 1:14 4:39 7:22 8:37 5:40 5:50 7:03 1:14 4:39 7:22 8:37
5:40 5:50 7:02 1:15 4:39 7:24 8:38 5:40 5:50 7:02 1:15 4:40 7:24 8:38 5:40 5:50 7:02 1:16 4:40 7:24 8:39 5:40 5:50 7:02 1:16 4:40 7:24 8:39 5:40 5:50 7:02 1:16 4:40 7:25 8:39 5:40 5:50 7:02 1:16 4:41 7:25 8:40 5:40 5:50 7:03 1:16 4:41 7:25 8:40
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
UTAMA
5
Sedih tindakan zalim terhadap haiwan
SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri No- rashikin menzahir rasa dukacita susulan be- berapa kejadian membabitkan kezaliman terhadap haiwan peliharaan atau terbiar.
Baginda yang juga Penaung Diraja Kem- pen Stray Free Selangor (SFS) kecewa kera- na ada individu yang tidak berperikemanu- siaan berlaku kejam terhadap haiwan secara terbuka.
Baginda menerusi Facebook Selangor Royal Office pada 19 Mei menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan supaya pihak bertanggungjawab dikenal pasti seterusnya diheret ke muka pengadilan.
“Saya menyarankan agar mana-mana ahli masyarakat yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian seumpamanya supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa.
“Saya juga menyeru ahli masyarakat le- bih prihatin, mempunyai perasaan belas kasihan dan terus menyemai sifat empati dan perikemanusiaan serta sayangkan hai- wan peliharaan dan terbiar,” titah Baginda.
Baginda juga mengingatkan kezaliman terhadap haiwan boleh dikenakan tindakan bawah Akta 772 iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Oleh ZAREEF MUZAMMIL
SHAH ALAM - Sebanyak 60,000 ke- luarga menerima manfaat menerusi program Intervensi Ehsan membabit- kan lebih 50 lokasi yang dilaksana se- jak Disember tahun lalu.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata inisiatif berkonsep Jualan Prihatin Rakyat memberi pelu- ang kepada penduduk khususnya di luar bandar mendapat akses bekalan makanan segar secukupnya.
Beliau menambah jualan ayam, telur, daging, ikan dan sayur pada har- ga berpatutan memberi penjimatan antara 20 hingga 25 peratus berban- ding pasaran.
“Kerajaan Negeri menerusi Per- badanan Kemajuan Pertanian Sela- ngor (PKPS) melancarkan program ini sebagai inisiatif memastikan rakyat mendapat akses makanan segar yang cukup.
“Usaha dilakukan hanyalah dalam tempoh sementara bagi mengelak
bebanan berterusan rakyat dan me- merlukan penyelesaian makanan asasi bagi mengelak bergantung ke- pada bekalan import,” katanya pada 18 Mei.
Selain itu, Amirudin menjelaskan projek tanaman di Gemas, Negeri Sembilan dan Kuala Langat Selatan adalah kesinambungan kepada pro- gram intervensi.
“Kaedah ini diteroka bagi mensta- bilkan harga makanan ayam dengan memberi tumpuan kepada pemban- gunan tanaman jagung yang menjadi antara sumber asas bahan makanan ternakan ruminan mahupun ayam dalam negara.
“Oleh sebab itu, kita tidak boleh hanya menumpu usaha intervensi sebagaimana dilakukan sebelum ini,”
katanya lagi.
Kira-kira 5,490 tan tanaman ja- gung bijiran mampu dihasilkan se- tiap tahun apabila projek di Gemas dan Kuala Langat Selatan siap de- ngan menjana pendapatan RM10.7 juta setahun.
Harga murah 25 peratus
60,000 keluarga dapat manfaat
Tengku Permaisuri Norashikin bermain bersama kucing peliharaannya. Foto Facebook Selangor Royal Office
UTAMA
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
6
KLANG - Daerah terbaik bagi penganju- ran rumah terbuka Aidilfitri negeri tahun ini akan menerima hadiah wang tunai RM50,000, kata Dato' Menteri Besar.
Dato’ Seri Amirudin Shari berka- ta pemenang yang dipilih daripada sembilan daerah berdasarkan ciri-ciri kemeriahan penganjuran di kawasan masing-masing.
“Insya-Allah, kita akan bincang per- kara ini dalam mesyuarat tertutup dan umumkan dalam masa terdekat mung- kin minggu hadapan.
“Namun, terima kasih kepada
semua terlibat menganjurkan pro- gram rumah terbuka ini termasuk rakyat yang ramai hadir sebagai tanda sokongan,” katanya pada 21 Mei.
Amirudin turut mengucapkan tahniah kepada pegawai daerah dan semua agensi terlibat dalam menjaya- kan rumah terbuka Aidilfitri Selangor pada tahun ini.
“Saya gembira melihat hubungan akrab dan erat termasuk kerjasama he- bat antara semua jabatan yang cuba tonjolkan yang terbaik pada program ini,” katanya.
Daerah terbaik anjur dapat RM50,000
Oleh AMIN RIDZUAN ISHAK
SHAH ALAM - Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di sembilan daerah yang berakhir 21 Mei dikunjungi puluhan ribu rakyat daripada pelbagai lapisan kaum.
Kemeriahan terpancar dalam sambu- tan bermula di Dewan Serbaguna dan
Erat hubungan pelbagai kaum
Puluhan ribu hadir rumah terbuka
Kompleks Sukan Daerah Hulu Sela- ngor pada 15 Mei diikuti di Tapak Pasar Ramadan Taman Melawati, Gombak pada keesokan harinya.
Pada 17 Mei, acara sama dianjur- kan di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Hulu Langat dan BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi, Se- pang pada 18 Mei.
Majlis itu kemudian berlangsung di Stadium Jugra, Kuala Langat pada 19 Mei dan keesokannya ma- sing-masing di Terminal Bas Bandar Melawati Kuala Selangor dan peka- rangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam.
Acara yang diserikan dengan ke- hadiran Dato’ Menteri Besar Dato’
Seri Amirudin Shari dan isteri Datin Seri Masdiana Muhamad diterus pada 21 Mei di Padang Awam MBSJ Puchong Indah bagi daerah Petaling.
Program berkenaan melabuhkan ti- rai di Dataran Kompleks Sukan Pan- damaran, Klang.
Amirudin turut mengagih duit raya kepada kanak-kanak selain be-
ramah mesra dengan tetamu sepan- jang semua majlis tersebut.
Tetamu pula menikmati aneka juadah antaranya nasi impit, sate, rendang, ayam golek, kuetiau dan mi jawa selain persembahan artis termasuk penyanyi Siti Nordiana di Kuala Selangor.
Rumah terbuka negeri diadakan selama seminggu meraikan orang ramai setelah dua tahun dibatalkan akibat Covid-19.
Penganjurannya bukan sahaja di- hadiri individu beragama Islam seba- liknya kaum lain turut memeriahkan suasana.
Seorang guru Kogeelavanee Raja Gopal, 49, berkata dia hadir bersama ibu dan adik-beradik ke majlis terse- but bagi merasai sendiri kemeriahan sambutan hari raya.
Selain itu, warga emas Hong Kim Chuan, 62, berkata dia dan keluar- ga turut tidak melepaskan peluang berkunjung ke kedua-dua rumah ter- buka anjuran Kerajaan Negeri pada 21 Mei.
KUALA LANGAT - Seramai 82 guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol menerima sumbangan biskut raya daripada Menteri Besar Selangor (Pe- merbadanan) atau MBI.
Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata inisia- tif tersebut antara usaha untuk menyema- rakkan perayaan Aidilfitri bersama warga sekolah serta Orang Asli.
“Sebelum ini, kita agihkan kit ujian kendiri Covid-19 kepada sekolah Orang Asli, tetapi disebabkan kekangan masa kita menukarnya kepada biskut raya.
“Kita akan menyantuni beberapa seko- lah Orang Asli serta menyampaikan sum- bangan sama dalam tempoh terdekat,”
katanya pada 23 Mei.
Jelasnya, peniaga wanita menjalankan perniagaan biskut raya turut mendapat manfaat kerana setiap sumbangan itu di- beli daripada mereka.
“Biskut raya ini dibeli daripada Wanita Berdaya Selangor (WBS) yang secara tidak langsung membantu menjana ekonomi golongan wanita,” katanya.
Selain MBI, agensi negeri termasuk Lem- baga Zakat Selangor turut menyantuni Orang Asli sempena Aidilfitri.
MBI santuni warga
sekolah Orang Asli
SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dijangka men- catat keuntungan melebihi RM300 juta pada tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar.Dato’ Seri Amirudin Shari berka- ta jangkaan tersebut dibuat selepas penyusunan semula pelaburan dan elemen korporat anak syarikat negeri itu selain perkembangan positif sektor
pembinaan.
“Pada 2020, PKNS mencatat keru- gian RM500 juta. Namun tahun lepas, kita mencatat untung melebihi RM40 juta. Ini bermakna kekuatan perniagaan PKNS masih ada.
“Keuntungan ini menunjukkan pelan jangka pendek dan panjang berjalan baik. Pertumbuhan ekonomi pada ta-
hun ini lebih baik dengan aliran kewa- ngan lebih mantap.
“Pandemik Covid-19 menyebabkan sebahagian kedudukan akaun men- catat nilai negatif pada 2020 akibat ro- sot nilai. Namun, PKNS mencatat keun- tungan, ini menunjukkan kekuatan perniagaan PKNS masih ada,” katanya pada 19 Mei.
PKNS jangka untung RM300 juta
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
UTAMA
7
Oleh SHEEDA FATHIL
KUALA LUMPUR - Seramai 30 bekas banduan menyertai temu duga kerja menerusi Program Penempatan Peker- jaan 2022 anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS).
Acara di Dewan Serbaguna Ayer Panas, Setapak di sini diadakan dengan kerjasama Persatuan Usahawan dan Pe- niaga Pusat Beli Belah Selangor.
EXCO Pekerja V Ganabatirau berkata program itu buat julung kalinya dibuka kepada bekas banduan dan pelatih pa- rol daripada Jabatan Penjara Malaysia.
“Inisiatif ini dibuat bagi membuka jalan untuk mengintegrasikan semula golongan ini dalam menghadapi du- nia luar selepas bebas kelak dan kembali menjadi insan berguna serta berdikari.
“Kerajaan Negeri memandang serius
berhubung perkara ini kerana ia adalah satu tanggungjawab komuniti yang memerlukan keprihatinan seluruh mas- yarakat,” katanya pada 22 Mei.
Ganabatirau juga menasihati mas- yarakat supaya tidak bersikap prejudis terhadap bekas banduan semata-mata kerana mereka pernah terjebak dalam kesilapan.
“Mereka juga wajar diberi peluang kedua untuk memperbaiki haluan hidup ke arah yang lebih murni dan disanjungi setiap lapisan masyarakat,”
katanya.
Sementara itu, R Elavarasan, 31, an- tara 30 banduan dibawa Jabatan Penja- ra Malaysia untuk menyertai temu duga itu, berharap masyarakat tidak meman- dang serong kepada mereka.
Beliau yang sebelum ini dipenjara empat tahun atas kesalahan berkai- tan dadah menganggap program itu
sebagai pembuka peluang untuk be- rubah dan berjanji akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
“Setiap manusia pernah melakukan kesilapan termasuk bekas banduan dan saya harap masyarakat tidak meman- dang serong serta beri peluang kepada kami untuk mencari pendapatan sendi- ri,” katanya yang berterima kasih kepa- da Kerajaan Selangor atas inisiatif itu.
Berikut lokasi dan tarikh seterusnya penganjuran Jelajah JobCare:
■ Gombak – Dewan Taman Gombak (4 Jun)
■ Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang (11 dan 12 Jun)
■ Kuala Langat – Dewan Banting Baru (18 Jun)
■ Sabak Bernam – Dewan Sri Bernam (25 Jun)
Peluang baiki hidup, masa depan
Bekas banduan
sertai temu duga
KUALA LUMPUR - Lebih 500 peserta mendapat tawaran pekerjaan menerusi temu duga Jelajah JobCare anjuran Ke- rajaan Negeri sejak dilancarkan Februari lalu.
EXCO Pekerja V Ganabatirau men- jelaskan program dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perke- so) kini memasuki siri kelima pengan- juran.
“Program ini hanya berskala kecil tetapi kita usaha untuk bantu seramai boleh masyarakat untuk mendapat pe- luang pekerjaan dalam pelbagai sektor.
“Tahniah kepada yang diterima bekerja dan saya menggesa mana-ma- na pencari kerja mengambil peluang ini kerana kita akan jelajah ke empat da- erah lagi mulai bulan depan,” katanya.
Acara jelajah ke sembilan daerah an- tara 26 Februari hingga 25 Jun disertai 15 syarikat tempatan dari pelbagai sek- tor yang menawarkan kira-kira 3,000 peluang pekerjaan.
Pencari kerja yang ingin menyertai program itu boleh mendaftar menerusi pautan uppselangor.wixsite.com/my- site yang turut memaparkan senarai jawatan kosong.
Jelajah kerja bantu
lebih 500 peserta
UTAMA
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
8
Oleh ZAREEF MUZAMMIL
SHAH ALAM - Yayasan Hijrah Se- langor (Hijrah Selangor) membiayai dana berjumlah RM965,000 bagi skim i-Bisnes setakat akhir April lalu.
Eksekutif Promosinya Mohd Ridhwan Asmara berkata jumlah itu memanfaatkan 2,229 usahawan yang memohon pinjaman antara RM1,000 hingga RM50,000 untuk mengem- bangkan perniagaan masing-masing.
Katanya, skim tersebut mendapat sambutan menggalakkan berikutan kadar faedah ditawarkan rendah ia- itu empat peratus untuk pembiayaan bawah RM30,000 manakala RM31,000 ke atas (lapan peratus).
“Selain itu, ia terbuka kepada semua perniag- aan seperti perunci- tan, pemakanan, per- khidmatan, pengang- kutan, perniagaan dalam talian, pen- ternakan, perikanan dan pertanian,” katanya pada 18 Mei.
Beliau juga menjelaskan
sebanyak 19 permohonan ditolak berikutan faktor perniagaan diragui dan tidak wujud selepas pegawai Hij- rah mengadakan lawatan.
“Kita mengingatkan usahawan yang ingin memohon mana-ma- na skim pembiayaan Hijrah Sela- ngor agar mematuhi syarat,” katanya
menambah seramai 5,997 usa- hawan disasar mendapat
manfaat itu hingga akhir tahun ini.
Beliau menyeru peni- aga yang memiliki Suru- hanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau lesen pernia- gaan pihak berkuasa tem- patan (PBT) untuk memohon skim itu berikutan syaratnya mu- dah, cepat dan tidak membebankan.
Dalam Belanjawan Selangor 2022, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari mengumumkan dana RM120 juta untuk pembiayaan ke- pada usahawan selain mewujudkan skim baharu yang menyediakan pin- jaman sehingga RM100,000.
2,000 usahawan terima manfaat
Hijrah biaya dana hampir RM1 juta
SHAH ALAM - Sebanyak 156 kes jenayah penipuan Macau Scam dengan kerugian RM19.8 juta dilaporkan di Selangor antara Januari hingga April.
Ketua polis Selangor berkata keban- yakan kes membabitkan transaksi dalam talian sama ada menyamar sebagai pen- jawat awam atau belian barangan yang tidak wujud.
Menurut Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya mendapati mangsa terdiri dari- pada semua golongan termasuk korporat dan kakitangan kerajaan.
“Kes paling tinggi serta membabitkan kerugian besar membabitkan sindiket yang menyamar sebagai pegawai Lem- baga Hasil Dalam Negeri, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Tabung Haji.
“Situasi ini membimbangkan yang menunjukkan masih ramai mangsa terpe- daya dengan sindiket ini, justeru sesuatu perlu dilakukan,” katanya seperti dilapor Harian Metro pada 23 Mei.
Mangsa ‘scam’ rugi RM19.8 juta
SHAH ALAM - Arahan penutupan sekolah di negeri ini susulan jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD) bergantung penilaian risiko pejabat kesihatan daerah (PKD).
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari memaklumkan setiap PKD ber- tanggungjawab memantau penularan kes tersebut selain memberi laporan dari semasa ke semasa.
“Pengarah setiap PKD akan mendapat- kan laporan tempatan berhubung penya- kit itu dan arahan penutupan sekolah juga dibuat mereka.
“Setakat ini, penularan jangkitan ini ma- sih terkawal dan belum ada sekolah yang ditutup,” katanya pada 19 Mei.
Tutup sekolah ikut penilaian PKD
GOMBAK - Program jualan ayam mu- rah yang dilaksanakan Kerajaan Ne- geri sejak Disember lepas hingga men- jelang Syawal, diteruskan mulai 1 Jun sebagai penyelesaian jangka pendek kekurangan bekalan.
EXCO perladangan dan industri asas tani berkata program itu diadakan se- hingga perayaan Aidiladha dengan harga jualan lebih rendah berbanding harga pasaran.
“Kita akan pastikan jumlah ayam ini
ditingkatkan dari 4,000 ekor sehari ke- pada 10,000 ekor sehari bagi menam- pung kekurangan bekalan ayam.
“Kerajaan Selangor faham situasi ini dan kita prihatin. Jadi ada harga jualannya nanti adalah lebih rendah daripada pasa- ran,” kata Ir Izham Hashim pada 24 Mei.
Beliau berkata insiatif itu melibatkan kerjasama Perbadanan Kemajuan Per- tanian Selangor (PKPS), Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah), Lembaga Pe- masaran Pertanian Persekutuan (Fama)
dan beberapa agensi lain lagi.
“Sebanyak 67 premis akan menjual bekalan ayam. Selangor mengalami kekurangan bekalan sehingga 50 pera- tus di mana permintaan ayam adalah 174 juta ekor setahun berbanding jum- lah ayam dihasilkan sekitar 84 juta ekor,”
katanya.
Beliau turut memaklumkan permin- taan bekalan ayam yang tinggi beriku- tan jumlah penduduk di negeri ini seki- tar 6.7 juta.
Jualan ayam murah mulai 1 Jun
SHAH ALAM - Sejumlah 47,209 kes pen- yakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di- laporkan setakat 21 Mei, meningkat 20 kali ganda berbanding tempoh sama ta- hun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningka- tan itu sudah dijangka berikutan pergera- kan penduduk semasa sambutan Aidilfitri.
Beliau dalam kenyataan pada 24 Mei berkata Selangor menyumbang jumlah terbesar iaitu 13,640 kes (28.9 peratus) diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya 6,206 kes (13.1 peratus) dan Perak 4,099 kes (8.7 peratus).
Kelantan pula mencatatkan 3,726 kes (7.9 peratus), Sabah 3,352 kes (7.1 pera- tus) sementara negeri-negeri lain sekitar atau kurang daripada 2,500 kes.
Kes HFMD naik 20 kali ganda
SHAH ALAM - Keunikan sejarah dan keistimewaan lambang kebesaran ins- titusi raja berperlembagaan di negara ini bakal dipaparkan sempena Hari Ke- puteraan Yang di-Pertuan Agong pada minggu depan.
Ini termasuk perihal lima Raja-ra- ja Melayu yang tidak menghabiskan penggal selama lima tahun ketika bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, kisah Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah yang mangkat sema- sa beradu, be- berapa jam se- belum pertabalan sebagai Ketua Utama Negara, juga disiarkan
dalam sisipan Pancawarna.
Turut ditampilkan, sejarah hidup Yang di-Pertuan Agong pertama Almarhum Tuanku Abdul Rah- man dan satu-sa- tunya Raja Melayu yang menjadi Agong sebanyak dua kali iaitu Al- marhum Tuanku Abdul Halim Hamid Shah.
Pembaca juga dibawa mengenali mahkota rasmi Agong iaitu tanjak 'Dendam Tak Sudah' dan alat-
alat kebesaran lain yang menjadi lam-
bang kedaulatan in- stitusi beraja di neg- ara ini.
Kisah penyampai radio ter- kenal DJ Lin yang bertarung
nyawa akibat sukar berna- fas dan tekanan darah ti- dak stabil hingga menye- babkannya terlantar sebulan di hospital turut dimuatkan.
Walau dikategori sebagai alahan teruk, doktor buntu mencari punca penyakit sehingga mencadangkan DJ Lin menggunakan kaedah rawatan alternatif lantaran bimbang selebriti itu berkemungkinan berdepan gangguan mistik.
Wanita itu turut menceritakan ke- nangan indah kerjayanya yang menja- di wadah untuk luahan perasaan, kisah rumah tangga dan kemelut yang di- hadapi masyarakat sepanjang pelak- sanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Sejarah Agong dan alat kebesaran
Rosman Alwi pengsan berlumba 14 & 15
W
ajahnya tenang, tersenyum sepanjang wawancara. Tetapi sesekali pemilik suara lagu Ratnaku ini termenungpanjang.
“Nak tahu, dahulu saya pernah hidup susah. Hari-
hari makan sardin dalam tin. Yang paling murah
pula tu,” kata Roy yang menceritakan
penglibatannya pada peringkat awal
dalam industri muzik pada lewat
1980-an.
Dia pernah berjalan hampir 20 kilometer (km) ke tempat persembahan demi mencari rezeki. Pahanya terasa hendak tanggal lantaran terlalu letih.
“Dulu hidup miskin, miskin, sangat-sangat miskin. Pernah dihalau dari rumah sewa.
“Pernah satu ketika saya mencari rezeki berjalan 15 batu, bukan kilometer, dari Cheras ke Bangsar
sebab nak buat show dekat nightclub (kelab malam). Hanya rasa peha
macam nak tertanggal, hidup memang sangat susah,” katanya.
Dia bekerja di kelab malam secara sampingan pada waktu itu. Bukannya tidak mahu cari kerja tetap namun rezeki lebih banyak datang melalui vokal miliknya. Roy pernah dihalau ketika mahu minta kerja sebagai pembantu stesen minyak.
“Saya ke sana (stesen minyak) minta kerja. Tapi kena halau. Sampai sekarang saya sendiri tidak faham kenapa dihalau,” katanya yang masih sedih mengingati kenangan pahit berkenaan.
Sewa bilik kecil
Ketika itu Roy atau nama penuhnya Mohammad Rauzan Alwi tinggal di Cheras, telah berkahwin dan memiliki seorang anak.
Pengorbanan isterinya yang sanggup bersusah payah pada waktu sukar cukup mencengkam jiwanya.
Mereka sekeluarga hanya menyewa bilik kecil di belakang rumah kedai.
Tidurpun berlapik tilam nipis.
Walau tiada kelengkapan cukup untuk menyanyi dan membuat persembahan, Roy tidak putus asa.
Ada kalanya dia meminjam baju dan alatan muzik daripada kawan- kawan semata-mata mahu meneruskan hidup. Bakat kurniaan Allah SWT tidak disia-siakannya.
Namun kenangan yang payah ditelan itulah menjadi saat sejarah kehidupan yang itu amat dihargainya.
“Bila ingat kenangan dalam keadaan susah, saya sangat hargai.
Jalan kaki 20 km untuk menyanyi
Setiap kali muncul video muzik lagu patriotik di kaca televisyen, pastinya ia diiringi suara ‘jantan’ yang membakar semangat supaya penonton mencintai tanah air.
Itulah kelebihan vokal penyanyi Roy Alwi yang jarang ada pada penyanyi masa kini. Lontaran suaranya
yang mantap tidak pernah gagal membawa rasa mahu membela nusa dan bangsa.
Wartawan Nadiah Zamlus menemu bual penyanyi
yang mula mencipta nama pada dekad 1990-an dengan
lagu Ratnaku ketika sesi rakaman Senandung Aidilfitri
pada 30 Mac lepas.
10
pancawarnaSebab saat itulah yang mengajar saya erti hidup,”
katanya yang kini berusia 58 tahun.
Selain kelab malam, Roy sering menjadi penyanyi sokongan di Radio Televisyen Malaysia (RTM). Antaranya menggantikan penyanyi utama tidak hadir pada saat-saat akhir sebelum persembahan bermula.
Mampu menyanyikan lagu dalam pelbagai genre muzik membuatkan dia mudah dipanggil penerbit RTM.
Memasuki dekad 1990-an, nama Roy kian dikenali, khususnya selepas keluar daripada kumpulan Lefthanded. Ketika bergerak solo, album pertama berjudul Diari Mimpi (1989).
Pada 1990, dia pernah dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular (kini Anugerah Bintang Popular Berita Harian).
Album kedua, Nekad pula terbit pada tahun 1990 diikuti album bertajuk Roy pada 1993.Ketika itu, lagunya Ratnaku melonjak sehingga melayakkan diri ke Juara Lagu 1993 (kini Anugerah Juara Lagu).
Nyanyi depan Putin
Suara yang lunak dan maskulin menjadi sebab anak kelahiran Muar, Johor ini lebih sinonim dengan lagu-lagu patriotik.
Antara lagu dendangannya ialah Malaysia Kita Berjaya, Malaysiaku Gemilang, Wawasan 2020, 1Malaysia, Perpaduan Teras Kejayaan dan Negaraku Yang Tercinta.
Lebih membanggakan, Roy diberi
penghormatan membawa lagu Bersatu Selamanya untuk Sukan Komanwel ketika Malaysia menjadi tuan rumah temasya berkenaan pada 1998.
Jelas Roy, lagu patriotik memerlukan penghayatan dan teknik nyanyian tersendiri supaya mesej dapat disampaikan dengan berkesan.
Tidak semua penyanyi mampu membawakan lagu genre itu dengan baik. Ia antara faktor mengapa industri ketandusan bakat pelapis untuk mengetengahkan lagu patriotik.
“Saya memang berharap akan ada penyanyi lain yang boleh menyanyikan lagu patriotik dengan baik, namun masih belum menemui yang bersesuaian," katanya.
Selain memerlukan teknik pernafasan yang betul, lagu patriotik turut menuntut kemampuan menyanyi dalam nada tinggi tanpa mengetepi aspek penghayatan.
Bakat nyanyian Roy turut membolehkannya menjelajah dunia. Bersama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), dia ke beberapa negara sebagai ‘duta kecil’ Malaysia membuat persembahan untuk menyanyikan lagu patriotik.
Antara kenangan lain diingatinya, pernah membuat persembahan di hadapan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
"Waktu itu abang nyanyi lagu patriotik dalam bahasa Rusia, itu antara pemimpin dunia yang pernah abang hiburkan," katanya.
Pemuzik jalanan
Pada 2012, Roy dilantik sebagai felo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tugasnya sebagai guru vokal dan mengajar teknik menyanyi terhadap pelajar dan kakitangan universiti.
Selain diberi tanggungjawab mengajar, dia juga perlu menghasilkan buku. Terlintas di hati, untuk membukukan kisah penyanyi jalanan.
Jelasnya, ramai beranggapan pemuzik jalanan bertaraf rendah. Ada juga keliru mengatakan kumpulan berkenaan umpama minta sedekah. Ada
juga pertikai adakah mereka benar-benar pejuang muzik.
Bagi membetulkan kembali tanggapan masyarakat, Roy mahu buku berkenaan dihasilkan. Malah dia sendiri nekad bermain muzik di jalanan bagi mendapatkan fakta lebih tepat.
Langit tidak selalu cerah. Pada 2018 kontrak Roy di universiti berkenaan tidak lagi disambung.
Impiannya untuk menghasilkan buku tidak kesampaian.
Namun minatnya untuk menghiburkan orang ramai tidak pernah padam. Walaupun hasrat
menghasilkan buku tidak kesampaian, minat untuk membuat persembahan jalanan diteruskan.
Tanpa berselindung, dia mengaku ketika mula- mula membuat persembahan di jalanan memang terbit rasa malu dalam dirinya.
“Masa itu ramai confuse (keliru), sebab orang ingat saya artis besar. Tiba-tiba berubah nyanyi tepi jalan. Ada juga yang menangis bila nampak saya.
“Pernah selepas menyanyi, saya bawa bekas duit keliling meja. Mula-mula berat hati sebab tidak pernah buat macam tu. Tetapi sebab fikirkan keluarga dan ini tanggungjawab, saya tawakal sahaja. Asalkan saya tidak menipu orang,” katanya sambil tersenyum.
Pada 2021, Roy sekali lagi melalui pengalaman pahit apabila disahkan positif Covid-19 dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.
Sudahpun pulih daripada wabak berkenaan, tetapi kesannya masih ada. Dia sendiri
menunjukkan kesan-kesan parut di tangannya.
“Selepas baik daripada Covid-19, badan saya sering gatal-gatal. Itu kesannya lepas saya pulih,”
katanya.
Pengalaman demi pengalaman banyak mengajar bapa tiga anak itu menghargai kehidupan. Kini dia lebih tenang menjalani kehidupan di Banting, Selangor.
Tidak terlalu kesah sama ada dijemput atau tidak ke persembahan. Dia hanya mengikut rentak semasa.
“Kalau ada orang jemput, saya datanglah.
Jika tiada, tak mengapa. Tapi baru-baru ini Kerajaan Negeri ada jemput saya menyanyi untuk Senandung Aidilfitri.
“Alhamdulillah, dapat juga tambah
pendapatan,” katanya yang menyanyikan lagu Lenggang Mak Limah untuk program hiburan raya anjuran Kerajaan Negeri.
Masa itu ramai confuse (keliru), sebab orang ingat saya artis besar.
Tiba-tiba berubah nyanyi tepi jalan.
Ada juga yang
menangis bila
nampak saya
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
11
J
ubah halimunan cukup popular dipaparkan dalam siri filem Harry Potter. Jubah tersebut merupakan salah satu daripada Azimat Maut selain daripada tetongkat tua dan batu kebangkitan.Teknologi itu turut dipaparkan dalam siri Alien vs Predator yang mana Predator mempunyai teknologi untuk menghalimunankan
pakaiannya.
Dalam fiksyen moden, keupayaan
berhalimunan tidak lagi fokus pada jubah dan pakaian semata-mata. Keupayaan tersebut diperluas pada kenderaan seperti dalam Star Trek dan bangunan halimunan dalam fiksyen lain. Malah, kini munculnya adiwira yang mampu berhalimunan seperti yang dipaparkan dalam filem francais Marvel dan DC Universe.
Sejak berkurun lamanya kita ditayangkan dengan kemampuan untuk berhalimunan dan akhirnya saintis berjaya menjadikan fiksyen itu sebagai realiti.
Metabahan merupakan bahan yang dicipta oleh saintis yang berkeupayaan untuk berhalimunan. Pada 2019, Hyperstealth Biotechnology berjaya mencipta pakaian yang berkeupayaan untuk berhalimunan tidak kira tempat dan musim. Baju halimunan ini dicipta untuk tujuan ketenteraan seperti menyembunyikan ejen, kereta kebal dan
pesawat. Bagaimanapun, pakaian halimunan ini masih lagi pada peringkat prototaip.
Bagaimana metabahan mampu memberikan keupayaan untuk berhalimunan?
Sebelum dijelaskan dengan lebih lanjut tentang sifat metabahan yang mempunyai keupayaan untuk menghalimunankan objek, perlu difahami terlebih dahulu konsep
penglihatan manusia. Bagaimana manusia dapat melihat objek di sekeliling mereka?
Manusia dapat melihat kerana terdapat cahaya yang dipantulkan daripada objek.
Apabila sumber cahaya seperti lampu atau matahari dipancarkan kepada objek, objek akan memantulkan cahaya tersebut. Kemudian, pantulan cahaya daripada objek itu bergerak memenuhi ruang termasuk bergerak ke arah mata manusia. Maklumat yang diterima oleh mata melalui cahaya dihantar ke otak dan otak akan memproses imej. Akhirnya, dapatlah kita melihat.
Maka, bagaimana metabahan berkeupayaan untuk berhalimunan?
Dengan memahami konsep dan mekanisme penglihatan manusia, tidak dapat tidak, kita
Teknologi jubah halimunan
perlukan objek yang tidak memantulkan cahaya.
Kalau cahaya dapat dipantulkan daripada objek, manusia dapat melihat.
Bahan lutsinar seperti gelas dan kaca merupakan bahan yang tidak memantulkan cahaya. Sebab itulah kadangkala, tingkap kaca yang betul-betul bersih dan sempurna kelutsinarannya akan membuatkan kita tidak nampak kewujudan tersebut sehinggalah kita menyentuhnya.
Namun, bahan lutsinar masih belum lagi mencapai konsep halimunan. Mengapa? Kerana bahan lutsinar hanya mampu halimunan dirinya sendiri, tetapi ia tidak mampu menghalimunankan pemakainya. Terdapat sampul buku yang lutsinar.
Apabila dibalut, kita tetap nampak buku tersebut kerana cahaya tidak memantul pada sampul buku, tetapi cahaya memantul pada buku itu sendiri.
Maka, dapatlah kita melihat buku tersebut.
Lengkok cahaya
Metabahan amat unik. Ia tidak membuatkan cahaya menembusi dirinya seperti bahan lutsinar.
Tetapi metabahan berupaya melengkokkan pergerakan cahaya. Sifat ini amat unik kerana cahaya hanya boleh bergerak lurus.
Satu-satunya keadaan cahaya boleh dilenturkan pergerakannya ialah apabila cahaya melalui kawasan yang amat tinggi gravitinya seperti lohong hitam. Tetapi metabahan juga dapat membuatkan cahaya berkelakuan sedemikian.
Anda bayangkan situasi batu dalam sebatang sungai yang sedang mengalir. Anda akan mendapati air sungai akan melengkuk apabila berlanggar dengan batu. Air sungai akan bergerak di sekeliling batu. Air sungai itu tidak pantul semula, malah tidak pula menembusi batu, tetapi bergerak di sekeliling batu. Begitulah hal yang terjadi pada cahaya apabila bergerak ke arah metabahan.
Sekiranya metabahan ini ditempel pada sebiji epal, cahaya yang bergerak ke arah epal akan melengkuk. Cahaya tidak akan dipantulkan oleh epal tersebut. Cahaya juga tidak akan menembusinya. Maka, epal itu sebenarnya telah menjadi halimunan sebab tiada pantulan cahaya daripada epal yang membolehkan untuk kita melihat keberadaan epal tersebut.
Apa yang kita akan nampak hanyalah objek yang berada di belakang epal. Berbeza dengan aliran sungai, cahaya boleh dipantulkan. Maka, setelah cahaya melalui epal yang ditempel dengan metabahan, cahaya akan terus bergerak menuju ke arah objek-objek yang berada di belakang epal.
Kemudian, cahaya itu akan dipantulkan oleh objek- objek tersebut dan cahaya kembali semula ke arah epal lalu dilengkukkan oleh metabahan. Akhirnya, kita dapat melihat objek yang berada di belakang epal tanpa kita dapat lihat keberadaan epal di hadapan mata kita sendiri.
Bagaimana metabahan dapat memberikan keupayaan halimunan kepada epal?
Sebelum ini, ahli fizik pernah bersepakat bahawa mustahil untuk menghasilkan bahan yang boleh memberikan keupayaan halimunan kepada objek kerana hal itu telah melanggar hukum optik.
Antara hukum tersebut ialah indeks pembiasan.
Bias cahaya
Indeks pembiasan ialah indeks yang
mengukur kelajuan pergerakan cahaya apabila melalui suatu medium. Fenomena ini biasanya dipanggil sebagai pembiasan cahaya. Penyedut minuman yang kelihatan bengkok apabila dilihat daripada luar gelas adalah contoh pembiasan cahaya.
Bagaimana pembiasan cahaya boleh berlaku?
Pembiasan cahaya berlaku apabila cahaya bergerak lebih perlahan ketika melalui medium tertentu yang digambarkan oleh indeks pembiasan. Cahaya bergerak lurus.
Apabila pergerakannya semakin perlahan, pergerakannya tidak selurus seperti
pergerakannya ketika pada tahap maksimum.
Apabila cahaya bergerak perlahan, imej yang kita lihat akan menjadi tidak teratur kerana pergerakannya tidak selurus seperti pada tahap maksimum. Indeks pembiasan bagi udara ialah 1.0003 dan vakum pula 1.0. Cahaya bergerak selaju 300,000,000 meter per saat (maksimum) pada indeks pembiasa 1.0. Sebab itulah setiap objek yang kita lihat di sekeliling nampak elok kerana di udara ataupun vakum, cahaya bergerak pada tahap maksimum. Pergerakannya tidak perlahan yang menyebabkan imejnya terherot.
Indeks pembiasan bagi air ialah 1.33 dan cahaya bergerak agak perlahan di dalam air.
Sebab itulah berlakunya fenomena pembiasan pada air seperti ikan kelihatan dekat dengan permukaan sungai. Semakin tinggi indeks pembiasan, semakin teruk imej yang terherot.
Contohnya, berlian mempunyai indeks pembiasan 2.4. Kalau kita melihat suatu pemandangan daripada kaca mata berlian, imejnya lebih teruk terherot sehingga begitu sukar untuk kita mengenal pasti apa yang kita lihat.
Menurut ahli fizik, nilai indeks pembiasan paling minimum ialah 1.0, tidak boleh kurang daripada itu. Tetapi hebatnya metabahan ialah ia mempunyai indeks pembiasan bernilai negatif.
Cahaya yang melalui metabahan mengalami pembiasan yang cukup kuat sehinggakan cahaya melentur dan melengkuk.
Sehingga hari ini, kita masih belum dapat mencipta teknologi baju halimunan yang praktikal untuk dipakai walaupun oleh tentera.
Masih lagi di peringkat makmal dan prototaip.
Mungkin baju halimunan ini boleh menjadi praktikal dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.
Pada masa itu, mungkin ada peraturan ataupun undang-undang baharu berhubung penggunaan baju halimunan kerana ia juga berpotensi untuk dieksploitasi untuk tujuan jahat. Saintis mungkin mula perlu fikirkan untuk menghasilkan teknologi peranti yang mampu mengesan orang yang sedang berada dalam keadaan halimunan.
Penyelidik kedoktoran di Universiti Teknologi Mara, ZAMIR MOHYEDIN seorang ahli fizik yang menulis lapan buku
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
13 12
pancawarnaK
lang menjadi penutup majlis rumah terbuka Kerajaan Negeri di sembilan daerah yang bermula di Hulu Selangor pada 15 Mei. Puluhan ribu warga Selangor beramah mesra sambil menikmati pelbagai juadah.Sembilan majlis tersebut ibarat menebus kekangan sosial pada 1 Syawal yang memisahkan kita semua dua
Penduduk bukan Melayu turut menyerikan sambutan rumah terbuka di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 21 Mei
Ibu mengendong anak kecil sambil memegang juadah ketika rumah terbuka Kuala
Selangor di Terminal Bas Bandar Malawati pada 20 Mei
Amirudin menyerahkan televisyen bersaiz 55 inci kepada pengunjung rumah terbuka yang bertuah di perkarangan Stadium Sungai Besar pada 20 Mei
Tetamu berlainan bangsa juga meraikan rumah terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri peringkat Sepang di BBST Walk pada 18 Mei
Penari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menggayakan gerak silat ketika rumah terbuka daerah Petaling pada 21 Mei
Penyanyi popular Jay Jay menghibur tetamu di majlis rumah terbuka daerah Petaling di Padang Awam MBSJ, Subang Jaya pada 21 Mei
tahun berturut-turut. Ia diserikan persembahan pentas dan sumbangan duit raya buat kanak-kanak.
Lensa REMY ARIFIN, AHMAD ZAKKI JILAN, HAFIZ OTHMAN, FIKRI YUSOF dan NAZIR KHAIRI merakam keceriaan majlis tersebut, manakala NADIAH ZAMLUS menyediakan keterangan foto. Sebanyak 24 keping lagi dimuatkan dalam akhbar digital di portal selangorkini.my
Warga emas berkerusi roda antara tetamu yang dirai Amirudin ketika rumah terbuka Sabak Bernam di pekarangan Stadium Sungai Besar pada 20 Mei
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor daerah Kuala Langat pada 19 Mei disambut meriah dengan kunjungan ribuan pengunjung
Penghibur tersohor Datuk Hattan
memeriahkan majlis rumah terbuka daerah Sepang di Bandar
Baru Salak Tinggi pada 18 Mei Artis terkenal Siti Nordiana bergambar dengan (dari kiri) Speaker Dewan Negeri Selangor
Ng Suee Lim, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor Rahilah Rahmat dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim di majlis rumah terbuka Kuala Selangor pada 20 Mei
Diiring lagu 'Cinta Sampai Mati' dengan lirik "semoga kita bersama", Amirudin (tengah) menyertai tetamu melambai-lambai telefon untuk rakaman video di rumah terbuka Klang di Dataran Kompleks Sukan Pandamaran pada 21 Mei
Kanak-kanak gembira menerima duit raya bergambar dengan Amirudin (tengah) dan Pegawai Daerah Kuala Langat Muhammad Heeza Hassan serta Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Norita Mohd
Sidek di pekarangan Stadium Jugra pada 19 Mei
Kita bersama
Kita bersama
pancawarna TAMBAHAN EDISI DIGITAL
12a
Penari Universiti Pendidikan Sultan Idris membuka tirai penganjuran rumah terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri pada 15 Mei di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan, Hulu Selangor
Kakitangan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sibuk menghidangkan makanan di tapak pasar Ramadan Taman Melawati pada 16 Mei. Foto Facebook MPS
Pengunjung memilih sebahagian juadah menarik di rumah terbuka peringkat Hulu Langat pada 17 Mei
Beribu-ribu pengunjung hadir di rumah terbuka daerah Gombak di Taman Melawati, Hulu Kelang pada 16 Mei
Rumah terbuka Hulu Langat di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi dikunjungi kira-kira 10,000 orang pada 17 Mei
Peniaga Mohd Daniel Yusof membakar ayam golek untuk hidangan orang ramai di Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi pada 17 Mei
TAMBAHAN EDISI DIGITAL selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022
12b
Ribuan penduduk daerah Sepang daripada pelbagai bangsa menghadiri rumah terbuka anjuran Kerajaan Selangor di BBST Walk, Bandar Baru Salak Tinggi pada 18 Mei
Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Hasnul Baharuddin (kiri) dan EXCO Kerajaan Negeri Borhan Aman Shah mengiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika rumah terbuka Kuala Langat di Banting pada 19 Mei
Rendang dan rojak antara menu yang menjadi tumpuan para tetamu rumah terbuka di Banting pada 19 Mei
Ayam golek yang kelihatan begitu menyelerakan turut disajikan kepada pengunjung rumah terbuka Sepang pada 18 Mei
Kaum bukan Melayu memilih sajian menarik di rumah terbuka Aidilfitri di perkarangan Stadium Jugra, Banting pada 19 Mei
Amirudin (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) Norita Mohd Sidek menghulurkan duit raya kepada kanak- kanak di rumah terbuka Kuala Langat pada 19 Mei
pancawarna
12c
Tetamu membawa juadah rumah terbuka peringkat daerah Kuala Selangor anjuran Kerajaan Negeri di Terminal Bas Bandar Malawati pada 20 Mei
Orang ramai tidak sabar-sabar menunggu giliran apam balik disajikan di rumah terbuka daerah Kuala Selangor pada 20 Mei
Pengunjung rumah terbuka daerah Petaling beratur untuk menikmati juadah pilihan masing-masing di Padang Awam MBSJ, Subang Jaya pada 21 Mei
Ribuan pengunjung menikmati juadah di bawah khemah besar di kawasan lapang Terminal Bas Bandar Malawati pada 20 Mei
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar dengan kanak- kanak yang mendapat duit raya ketika rumah terbuka Sabak Bernam di perkarangan Stadium Sungai Besar pada 20 Mei
Amirudin menyerahkan hadiah kepada Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan setelah dinobatkan sebagai pemenang gerai juadah tercantik ketika rumah terbuka peringkat Petaling
TAMBAHAN EDISI DIGITAL
12d
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) meraikan tetamu kenamaan di rumah terbuka Petaling di Padang Awam MBSJ, Subang Jaya pada 21 Mei
Pengunjung Cina dan India memeriahkan sambutan rumah terbuka Aidilfitri Negeri Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 21 Mei
Artis Majlis Bandaraya Shah Alam dan penari PADAT mengadakan
persembahan di rumah terbuka Kerajaan Negeri yang menutup tirai di Klang Penari Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) menyerikan rumah terbuka Klang pada 21 Mei
Amirudin menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak ketika rumah terbuka di Klang pada 21 Mei. Turut meraikan, Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor
Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri (berdiri) bergambar dengan tetamu ketika rumah terbuka Klang di Kompleks Sukan Pandamaran pada 21 Mei
selangorkini 26 Mei - 1 Jun 2022 TAMBAHAN EDISI DIGITAL
Sedar menang emas dalam ambulans
pancawarna
keputusan ujian.
“Keadaan kecoh dan media Filipina buat tajuk besar kejadian itu sedangkan saya tiada ambil bahan terlarang. Bila balik ke Malaysia segelintir orang pandang negatif.
Ada tuduh saya ini penagih dadah,” katanya.
Akibatnya, Rosman dilarang menyertai kejohanan selama dua tahun. Hukuman diburukkan lagi dengan tanggapan masyarakat. Pada saat itu, bapanya Allahyarham Alwi Ahmad menenangkan hati Rosman.
“Bapa kata ini ujian sebelum jadi juara,”
imbau Rosman yang dilatih bapanya sejak berusia 13 tahun. Pada waktu itu, Alwi melatih pasukan lebuh raya Selangor.
Rosman sebenarnya bermula dalam kategori itu sebelum beralih ke acara pecut.
Berazam untuk bangkit, bekas atlet berusia 61 tahun itu tanpa membuang masa berlatih dengan bapanya. Laluan sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur yang menjadi tempat berlatih dengan basikal berharga RM800 dibelinya.
Berbeza dengan rakan senegara serta
14
Pengulas sukan terkenal, Allahyarham Datuk Hasbullah Awang pernah menyifatkan basikal tua digunakan Rosman Alwi ketika digelar Raja Pecut Asia pada 1987 sebagai
‘berhantu’.
Basikal berharga RM800 itu telah membantu pelumba legenda berkenaan mengharumkan nama negara selain mencipta sejarah sebagai individu pertama Asia Tenggara memecah dominasi atlet dari Jepun, China dan Korea Selatan.
Rosman berkongsi suka duka dihadapinya sebelum mencatat kejayaan itu dalam
pertemuan dengan wartawan AMIN RIDZUAN ISHAK dan jurugambar AHMAD ZAKKI JILAN pada 14 April.
T
erpalit skandal dadah pada Sukan SEA 1981 di Manila, Filipina titik hitam dalam hidup bekas pelumba basikal negara, Rosman. Namun, beliau menyifatkan kontroversi itu menguatkan dirinya sehingga menjadi jaguh pecut Asia.Berumur 20 tahun pada waktu berkenaan, Rosman sedang meningkat naik dalam sukan berbasikal. Kepantasannya mengayuh dalam acara 200 meter digeruni lawan berdasarkan prestasi cemerlang dalam edisi temasya sebelumnya.
Namun beberapa jam sebelum aksi
penentuan detik emas dan perak itu bermula, beliau menerima berita buruk. Ujian air kencingnya positif dadah.
Rosman terpaksa menarik diri dan hasrat merangkul emas pertama dalam temasya dwitahunan itu berkecai. Hatinya luluh namun akur dengan takdir. Beliau mengaku pada waktu berkenaan tidak mengambil berat aspek sains sukan dan ada memakan ubat batuk yang mungkin memberi kesan kepada Melambai
peminat ketika memenangi pingat
emas acara pecut 200m di Sukan SEA
ke-19 di Jakarta pada 1997