• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUTIRAN PERIBADI. Daerah: Langkawi BUTIRAN WARIS TERDEKAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "BUTIRAN PERIBADI. Daerah: Langkawi BUTIRAN WARIS TERDEKAT"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

LANGKAWI FERRY LINE VENTURES SDN BHD (953522-T)

Nos. 81 & 83, Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall Phase II Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Tel: 04-966 3988 / 04-966 8988 | Fax: 04-966 1988

BORANG PENDAFTARAN DAN PERJANJIAN

Permohonan bagi Nama Pengguna atas talian untuk mengakses Laman Web LANGKAWIFERRYLINE.COM untuk penduduk Daerah Langkawi

BUTIRAN PERIBADI Nama Pemohon:

(Dalam huruf besar) No. Kad Pengenalan:

Alamat Pemohon:

(Sebagaimana yang tertera di dalam Kad Pengenalan)

Poskod:

07000

Daerah:

Langkawi

Negeri:

Kedah

Umur: Pekerjaan:

E-mail: Telefon:

BUTIRAN WARIS TERDEKAT Nama:

Pertalian dengan Pemohon:

Alamat:

E-mail: Telefon:

Saya, Pemohon yang dinamakan di atas dengan ini memperakui bahawa semua maklumat yang saya berikan dalam Borang Pendaftaran ini adalah betul, tepat dan lengkap sepanjang pengetahuan saya. Saya faham bahawa sebarang pemalsuan, salah nyata atau peninggalan mana-mana data dalam Borang Pendaftaran ini akan menyebabkan penafian Pendaftaran ini atau penamatan serta-merta penggunaan Nama Pengguna yang berkaitan, tanpa mengira masa atau keadaan penemuan. Saya faham bahawa penyerahan Borang Pendaftaran ini adalah tertakluk kepada persetujuan saya kepada Terma dan Syarat di bawah ini dan Pendaftaran ini tidak menjamin sebarang kelulusan.

(2)

Tandatangan Pemohon:

(Hendaklah ditandangani oleh Pemohon di hadapan Pegawai LFLV)

Tarikh:

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT LFLV SAHAJA

Pengesahan tandatangan Pemohon:

(Pegawai yang diberikuasa oleh LFLV bagi menyaksikan tandatangan Pemohon)

 Disahkan  Tidak diketahui  Lain-lain: ______________

Komen: _____________________________________________________

_____________________________________________________

Tandatangan: ______________

Cop rasmi Pegawai yang telah menyaksikan tandatangan:

Tarikh: ______________

Pengesahan Kad Pengenalan Pemohon:

(Pegawai yang diberikuasa oleh LFLV bagi mengesahkan Kad Pengenalan Pemohon)

 Salinan asal dilihat  Tidak diketahui  Lain-lain: _____________

Komen: _____________________________________________________

_____________________________________________________

Tandatangan: ______________

Cop rasmi Pegawai yang telah mengesahkan Kad Pengenalan:

Tarikh: ______________

Status Pendaftaran:

(Pengurus yang diberikuasa oleh LFLV)

 Lulus  Ditolak  Lain-lain: ______________

Komen: _____________________________________________________

_____________________________________________________

Tandatangan: ______________

Cop rasmi Pengurus yang telah meluluskan/menolak Permohonan:

Tarikh: ______________

TERMA DAN SYARAT

KELAYAKAN

• Pendaftaran ini HANYA terbuka kepada penduduk Daerah Langkawi, Kedah yang memenuhi syarat-syarat berikut:

pemegang Kad Pengenalan Malaysia (“Kad Pengenalan”);

(3)

bermastautin di Daerah Langkawi, Kedah; dan

memiliki Kad Pengenalan yang beralamat di Daerah Langkawi, Kedah.

PENDAFTARAN BERSYARAT

• Pemohon hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran dan Perjanjian yang dimuat turun dan dicetak daripada www.langkawiferryline.com (“Laman Web”), yang dimiliki dan dikendalikan oleh Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (“LFLV”)

• Setiap Pendaftaran adalah unik kepada satu-satu Kad Pengenalan dengan pendaftaran berulang-kali adalah DILARANG dan sebarang pelanggaran syarat ini akan menyebabkan kesan buruk kepada pemegang Kad Pengenalan tersebut, termasuk dan tanpa terhad kepada, dilarang daripada pendaftaran semula dimasa akan datang, secara kekal, dan tiada sebarang rayuan akan dilayan.

• Borang Pendaftaran dan Perjanjian yang telah dimuat turun dan dicetak hendaklah diisi lengkap oleh Pemohon dan hendaklah dibawa ke pejabat LFLV berserta SALINAN ASAL kad Pengenalan Pemohon untuk ditandatangani oleh Pemohon di hadapan pegawai penyaksian LFLV dan untuk pengesahan Kad Pengenalan Pemohon oleh pegawai pengesahan LFLV.

Pendaftaran ini hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:

▪ Borang Pendaftaran ini hendaklah ditandatangi oleh Pemohon di hadapan pegawai LFLV yang telah diberikuasa untuk penyaksian tersebut; dan

▪ Salinan asal Kad Pengenalan milik Pemohon hendaklah dibawa ketika pendaftaran di Pejabat LFLV untuk disahkan oleh pegawai LFLV yang telah diberikuasa untuk pengesahan tersebut.

• Dengan penyerahan oleh Pemohon akan Borang Pendaftaran dan Perjanjian yang telah disaksikan dan disahkan kepada pihak LFLV, Pemohon hendaklah dianggap telah bersetuju terhadap kesemua Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Borang Pendaftaran dan Perjanjian ini dan ianya adalah mengikat pihak Pemohon.

PENGAKTIFAN AKAUN

• Setelah Pendaftaran ini diluluskan oleh pihak LFLV, Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan, melalui email yang tertera di dalam Borang Pendaftaran ini, dengan suatu nama pengguna (“Nama Pengguna”) beserta dengan suatu kata laluan yang dikeluarkan oleh sistem atas talian secara otomatik (“Kata Laluan Tersedia”).

• Bagi permohonan yang tidak berjaya, Pemohon akan dimaklumkan, melalui email yang tertera di dalam Borang Pendaftaran ini, akan hal tersebut dan sebarang rayuan berkaitannya hendaklah dikemukakan kepada pihak LFLV dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh pemakluman tersebut DAN tiada sebarang rayuan akan dilayan selepas tamat tempoh tersebut.

• Pemohon yang berjaya boleh mengaktifkan akaun atas talian mereka di Laman Web tersebut dengan menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan Tersedia yang telah diberikan.

• Kata Laluan Tersedia hendaklah digunakan sekali sahaja semasa daftar-masuk kali pertama di Laman Web tersebut dan Pemohon hendaklah menukarkan Kata Laluan Tersedia tersebut dengan suatu kata laluan yang baharu pilihan mereka (“Kata Laluan Baharu”) bagi memastikan keberkesanan sistem keselamatan Laman Web tersebut.

• Pemohon yang sudah mengaktifkan akaun atas talian mereka di Laman Web tersebut TIDAK DIBENARKAN, pada setiap masa dan atas apa jua alasan, untuk membenarkan mana-mana pihak lain untuk menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan Tersedia atau Kata Laluan Baharu tersebut bagi tujuan mengakses Laman Web tersebut dan/atau bagi tujuan membeli tiket pelayaran pada harga diskaun bagi penduduk Daerah Langkawi (“Tiket Diskaun”) DAN sebarang perlanggaran syarat ini hendaklah akan menyebabkan Pemohon untuk menanggung akibat, termasuk dan tidak terbatas, kepada akibat berikut:

▪ penggantungan serta-merta berkaitan penggunaan Nama Pengguna tersebut;

▪ pembatalan berkaitan penggunaan Nama Pengguna tersebut;

▪ dihalang dari membuat sebarang pendaftaran semula secara kekal; dan

▪ tiada sebarang rayuan berkaitan hal ini akan dilayan pihak LFLV.

• Pemohon dengan ini mengesahkan bahawa pengaktifan dan penggunaan Nama Pengguna tersebut, pada setiap masa, adalah tertakluk kepada terma dan syarat berikut:

▪ pematuhan terhadap Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Borang Perdaftaran dan Perjanjian ini;

▪ pematuhan terhadap terma dan syarat yang termaktub berkaitan penggunaan Laman Web tersebut; dan

▪ pematuhan terhadap ketetapan, terma dan syarat yang dicetak atau tertera pada tiket pelayaran yang telah dibeli oleh Pemohon.

• Daftar-masuk dan penggunaan sebarang perkhidmatan di Laman Web tersebut oleh Pemohon hendaklah tertakluk kepada asas usaha-terbaik oleh pihak LFLV dan LFLV tidak akan bertanggungjawab terhadap

(4)

sebarang gangguan atau kegagalan yang dialami oleh Pemohon berkaitan penggunaan Laman Web tersebut yang bukan berpunca dari pihak LFLV.

PEMBELIAN TIKET DISKAUN

• Pemohon dibenarkan untuk membuat pembelian Tiket Diskaun tanpa had jumlah bagi tujuan penggunaan oleh ahli keluarga mereka dan/atau pihak ketiga lain TERTAKLUK kepada terma dan syarat berikut:

▪ ahli keluarga mereka dan/atau pihak ketiga lain tersebut hendaklah merupakan warga Malaysia dan pemegang Kad Pengenalan yang sah;

▪ ahli keluarga mereka dan/atau pihak ketiga lain tersebut hendaklah bermastautin di Daerah Langkawi, Kedah;

▪ ahli keluarga mereka dan/atau pihak ketiga lain tersebut hendaklah memiliki Kad Pengenalan yang beralamat di Daerah Langkawi, Kedah; dan

▪ Ketika mendaftar-masuk ke dewan berlepas dan/atau menaiki feri untuk belayar, pihak Pemohon, ahli keluarga mereka dan/atau pihak ketiga lain tersebut akan tertakluk kepada pemeriksaan oleh kakitangan LFLV yang bertugas bagi tujuan pengesahan berkenaan pemilikan Kad Pengenalan yang beralamat di Daerah Langkawi, Kedah.

• Kesemua Tiket Diskaun yang dijual pihak LFLV adalah dikeluarkan secara unik kepada mana-mana pemilik Kad Pengenalan dan akan dikeluarkan oleh sistem tiket dalam talian dengan butiran nama penuh dan nombor Kad Pengenalan sebagaimana yang tertera di Kad Pengenalan tersebut.

• Kesemua Tiket Diskaun yang dijual TIDAK BOLEH dipindahmilik dan/atau TIDAK BOLEH digunakan oleh pihak lain selain penama yang tertera di Tiket Diskaun tersebut.

• Pemohon TIDAK DIBENARKAN, pada setiap masa dan atas apa jua alasan, untuk membeli Tiket Diskaun bagi sebarang tujuan komersial dan/atau bagi mendapat sebarang bentuk keuntungan DAN sebarang perlanggaran syarat ini hendaklah akan menyebabkan Pemohon untuk menanggung akibat, termasuk dan tidak terbatas, kepada akibat berikut:

▪ penggantungan serta-merta berkaitan penggunaan Nama Pengguna tersebut;

▪ pembatalan berkaitan penggunaan Nama Pengguna tersebut;

▪ dihalang dari membuat sebarang pendaftaran semula secara kekal; dan

▪ tiada sebarang rayuan berkaitan hal ini akan dilayan oleh pihak LFLV.

KAWALAN

• Pemohon, ahli keluarga mereka dan/atau pihak ketiga lain akan diisu dengan Tiket Diskaun yang unik, yakni berlainan rekabentuk, ilustrasi, impresi dan/atau skim warna, untuk kemudahan pengesahan ketika proses daftar-masuk di dewan berlepas dan/atau ketika menaiki feri untuk belayar.

• Pemegang Tiket Diskaun hendaklah, jika perlu, untuk menggunakan pengimbas tiket khas dan/atau laluan masuk khas bagi memudahkan sebarang urusan pengesahan, daftar-masuk dan menaiki feri.

• Pihak LFLV adalah berhak untuk menafikan sebarang urusan daftar-masuk dan menaiki feri terhadap Pemegang Tiket Diskaun dan berhak untuk untuk menamatkan dan/atau menyahaktifkan sebarang penggunaan Kata Laluan Pengguna jika didapati Pemohon dan/atau mana-mana pemegang Tiket Diskaun yang melanggar apa-apa Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Borang Pendaftaran dan Perjanjian ini dan/atau terma dan syarat berikut:

▪ membeli Tiket Diskaun bagi pihak ahli keluarga dan/atau pihak ketiga lain yang tidak layak untuk menggunakan perkhidmatan feri dengan menggunakan Tiket Diskaun yang dikhaskan kepada penduduk Daerah Langkawi, Kedah;

▪ membeli tiket kanak-kanak bagi pihak ahli keluarga dan/atau pihak ketiga lain yang tidak layak untuk menggunakan perkhidmatan feri dengan menggunakan tiket kanak-kanak yang dikhaskan kepada kanak-kanak; dan

▪ sekiranya ia berlaku, Pemohon, ahli keluarga mereka dan/atau pihak ketiga lain tersebut adalah dihendaki untuk membeli semula tiket pelayaran yang baharu dan sah sekiranya berhasrat ingin meneruskan pelayaran.

• Sebarang pembelian Tiket Diskaun oleh Pemohon hendaklah juga tertakluk kepada terma dan syarat yang termaktub di Laman Web tersebut.

VARIASI, PEMBATALAN DAN PENYAHAKTIFAN

• Borang Pendaftaran ini adalah merupakan sebahagian daripada Borang Pendaftaran dan Perjanjian ini dan hendaklah dibaca dan diterima sebagai bersama dan bersekali dengan Borang Pendaftaran dan Perjanjian ini.

• LFLV berhak untuk menambah, mengubah dan/atau meminda sebarang Terma dan Syarat yang terkandung di dalam Borang Pendaftaran dan Perjanjian ini dengan tanpa sebarang notis and sebarang penambahan, pengubahan dan/atau pindaan akan diterbitkan oleh LFLV di dalam Laman Web tersebut.

(5)

• Pemohon hendaklah memberitahu LFLV akan sebarang niat untuk membatalkan dan/atau menyahaktifkan Nama Pengguna milik mereka dan LFLV akan membatalkan dan/atau menyahaktifkan Nama Pengguna tersebut sebaik menerima pemberitahuan berkaitan daripada Pemohon.

LIABILITI AND INDEMNITI

• Borang Pendaftaran dan Perjanjian ini hendaklah mengikat Pemohon dan LFLV termasuk waris, wakil, pengganti hak dan penerima serahhak masing-masing.

• Pemohon hendaklah pada setiap masa menanggung rugi dan memastikan LFLV ditanggung rugi sepenuhnya oleh Pemohon terhadap semua tindakan, prosiding, tuntutan, tuntutan, denda, penalti, kerugian, gantirugi, kos, caj dan apa jua perbelanjaan yang mungkin diambil, dibuat atau dikenakan terhadap atau dialami atau ditanggung oleh LFLV yang disebabkan oleh apa-apa pelanggaran oleh Pemohon terhadap mana-mana perjanjian, akujanji, obligasi, ketetapan atau perjanjian di pihaknya yang terkandung di sini dan/atau oleh sebab apa-apa tindakan lalai mengabaikan kesilapan atau peninggalan Pemohon dan/atau ejennya.

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

• Selepas penyerahan Borang Pendaftaran dan Perjanjian yang telah diisi, ditandatangani dan disahkan oleh Pemohon kepada LFLV, Pemohon dan LFLV dengan ini bersetuju bahawa maklumat peribadi pihak yang tertakluk kepada perlindungan data, privasi dan undang-undang lain yang serupa dan termasuk maklumat mengenai nama, umur, nombor kad pengenalan pendaftaran negara, alamat, jantina, tarikh lahir, pekerjaan, maklumat hubungan, alamat e-mel, kewarganegaraan, bangsa, dan lain-lain boleh didedahkan kepada pihak yang berkaitan dengan penjualan dan pembelian tiket termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun, pengawal selia industri, pentadbiran dan agensi perkhidmatan kesetiausahaan, dan mana-mana pembekal atau penyedia perkhidmatan LFLV yang lain.

PERTANYAAN Sila hubungi kami:

LANGKAWI FERRY LINE VENTURES SDN BHD Nos. 81 & 83, Persiaran Bunga Raya

Langkawi Mall Phase II Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Tel: 04-966 3988 / 04-966 8988 | Fax: 04-966 1988 Email: ………

Referensi

Dokumen terkait

Nama paket pekerjaan : Belanja Modal Pengadaan alat-alat kedokteran gigi pada Dinas Kesehatan Kabupaten Sidoarjo Tahun Anggaran 2015 Lingkup pekerjaan :

Guna pembuktian kualifikasi, diharapkan saudara membawa semua data dan informasi yang sah dan asli sesuai dengan Data Isian Kualifikasi yang saudara sampaikan serta Dokumen

Kepada peserta yang berkeberatan atas Pengumuman Pemenang diberikan kesempatan untuk mengajukan sanggahan secara tertulis dalam SPSE, selambat-lambatnya sampai dengan

Pada hari ini Rabu Tanggal Dua Puluh Enam Bulan Februari Tahun Dua Ribu Tiga Belas bertempat di Sekretariat Panitia Pengadaan Barang dan Jasa (P2BJ) di

Sanggahan hanya dapat diajukan apabila terjadi hal-hal sebagaimana diatur Peraturan Presiden Nomor 54 Tahun 2010 tentang Pengadaan Barang/Jasa Pemerintah yang terakhir diubah

1) Untuk mengukur ketepatan kurikulum atau silabus. Melalui evaluasi terhadap pengajaran yang dilakukan oleh guru, maka akan dapat diketahui apakah ketepatan kurikulum

[r]

Himpunan Rf disebut daerah nilai (range) dari fungsi t.. Nyatakan fungsi tersebut dengan diagram panah. b. Nyatakan notasi