• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejak kecil, kita mahu sesuatu hal. Soalan "Mengapa" pengenalan. Melihat Tuhan dalam Penderitaan Kita

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Sejak kecil, kita mahu sesuatu hal. Soalan "Mengapa" pengenalan. Melihat Tuhan dalam Penderitaan Kita"

Copied!
40
0
0

Teks penuh

(1)

1

pengenalan

Soalan "Mengapa"

Melihat Tuhan dalam Penderitaan Kita

S

ejak kecil, kita mahu sesuatu hal menurut cara kita. “Aku tidak mahu makan kacang hijau; aku mahu makan aiskrim!” “Mengapakah aku perlu tidur?” “Berapa lama lagi aku perlu tunggu?”

Apabila kita semakin tua, kita mendapat lebih banyak kebebasan. Tidak lama kemudian, kebanyakan kita dapat membuat semua pilihan yang kita mahu. Kita dikurniakan kebebasan.

(2)

Semua manusia menginginkannya.

Tetapi kita juga diciptakan untuk bertanggung- jawab—bagi diri kita dan orang lain. “Tiada seseorang yang hidup sendirian,” kata pemuisi John Donne. Dia bercakap tentang bagaimana satu kematian sahaja pun akan

mempengaruhi setiap kita, tetapi pemerhatiannya menggambarkan semua kehidupan dengan tepat.

Setiap keputusan manusia mempunyai kesan riak ke atas seluruh kemanusiaan. Kita tidak dapat menggelakkannya.

Tuhan memberikan kita kebebasan untuk memilih. Apabila Adam dan Hawa menggunakan kebebasan itu, keputusan mereka yang hanya mementingkan kepuasan sementara telah membawa kejahatan ke dunia ini. Kita masih mempunyai kebebasan, tetapi kita perlu

menanggung akibatnya. Keadaan ini tidak begitu membebaskan.

Mengapakah ada penderitaan? Haruskah kita mempersalahkan Tuhan? Di hadapan kejahatan yang kita lihat setiap hari, apakah peranan yang dimainkan oleh kebebasan untuk memilih yang dianugerahkan Tuhan? Apakah maksudnya benar- benar bebas?

Daripada Penerbit Pedoman Harian

(3)

kandungan

satu

Masalah Kesakitan � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 5 duaMengapakah Kita Menderita? � � � � � � � �11 tigaAkibat Pilihan � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 19

empat

Di Manakah Tuhan? � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � 29 limaKeakhiran Penderitaan � � � � � � � � � � � � � � � � � 37

BUKU ASLI: Why—Seeing God in Our Pain

GAMBAR KULIT: Getty Images/Ghislain & Marie David de Lossy REKA BENTUK KULIT: Stan Myers

REKA BENTUK DALAMAN: Steve Gier

Gambar Dalaman: (muka surat 1) Getty Images/Ghislain & Marie David de Lossy;

(muka surat 5) Gerhard Lipold via Pixabay.com; (muka surat 11) Constance Kowalik via Pixabay.com; (muka surat 19) Imma via MorgueFile.com; (muka surat 29) Emma Blowers via Pixabay.com; (muka surat 37) Lisa Hansson via RGBStock.com.

Ayat-ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab Berita Baik © 1996 Bible Society of Malaysia dan Alkitab © Borneo Sabda Limited (AVB)

© 2019 Our Daily Bread Ministries, Grand Rapids, MI Hak cipta terpelihara.

Dicetak di Malaysia

(4)
(5)

5

Masalah Kesakitan satu

L

aut yang tenang di Lautan India di pantai barat Sri Lanka tidak menggambarkan kebinasaan yang dialaminya beberapa bulan yang lepas. Pada tahun 2004, gempa bumi di Lautan India mengakibatkan tsunami yang menghancurkan kawasan itu.

Kehilangan nyawa di luar kiraan. Akibat daripada kenaikan air laut adalah di luar bayangan: lebih daripada 200,000 nyawa terkorban di 14 buah negara. Tetapi pulau kecil ini di Sri Lanka yang melanda hentakan kuasa alam semula

(6)

jadi yang paling dahsyat. Apabila air surut, lebih daripada 35,000 orang telah terkorban, 21,000 lagi cedera, dan setengah juta orang kehilangan rumah dan hidup mereka telah diubah sepenuhnya. Tsunami itu membawa impak ke atas Sri Lanka pada tahap kebangsaan, masyarakat, keluarga dan peribadi.

Pada Mei 2011, di tempat yang jauh daripada kehancuran Sri Lanka, iaitu Joplin, Missouri, Amerika Syarikat dilanda satu puting beliung yang besar. Dengan kelajuan angin mencecah lebih daripada 400 kilometer sejam, puting beliung itu melanda kota tersebut serta meragut nyawa 158 orang, mencederakan 1,150 orang dan mengakibatkan kerosakan berjumlah $2.8 bilion dolar.

Antara dua kejadian ini, suatu detik penderitaan peribadi berlaku di lapangan terbang Grand Rapids, Michigan. Di landasan terbang, sebuah keranda diturunkan dari kapal terbang, dan keluarga yang berkabung berusaha untuk menerima hakikat akan kehilangan

Sama ada bayangan kesakitan menyelinap ke dalam hidup saya

atau kedukaan dirasakn bersama

orang yang saya sayangi . . . hidup ini nampaknya

dinoktahi oleh kesakitan, kehilangan dan

kesedihan.

(7)

Masalah Kesakitan 7

mereka. Apabila kami menaiki kapal terbang, juruterbang bercakap melalui pembesar suara dan meminta semua orang di sebelah kanan kapal terbang menurunkan penutup tingkap. “Salah seorang askar kita telah kembali ke rumah, mari kita membiar keluarganya menyendiri.”

Sama ada bayangan kesakitan menyelinap ke dalam hidup saya atau kedukaan dirasakan bersama orang yang saya sayangi—kematian seorang anak atau pasangan yang tiba-tiba, seorang anak yang telah lari dari rumah; kehilangan perkahwinan, pekerjaan, rumah, persahabatan—hidup ini nampaknya dinoktahi oleh kesakitan, kehilangan dan kesedihan.

g

Mozek kehidupan terbentuk daripada bermacam-macam peristiwa. Dari jauh, seluruh imej itu kelihatan sangat cantik. Tetapi keindahan secara keseluruhan itu tidak selalu ketara dalam setiap peristiwa. Ada peristiwa yang memberikan kecantikan dan warna-warni. Ada peristiwa pula menggelapkan imej itu. Gambaran itu adalah hodoh dan hitam. Itulah musim penderitaan. Ketakutan, kesakitan, dukacita, dan kehilangan yang bagaikan awan sering memuramkan detik-detik sukacita dan perayaan kita. Penderitaan kita tidak terbatas pada detik-detik itu.

Penderitaan kita yang bergerigis juga menggoreskan luka

(8)

yang dalam serta memasukkan ketakutan dan keraguan ke dalam fikiran kita.

Walaupun setiap pengalaman kita adalah unik bagi kita, pengalaman tentang penderitaan amat biasa bagi kemanusiaan. Kesakitan dan penderitaan merupakan ikatan yang biasa membelenggu kita. Walaupun kita tahu bahawa kita tidak bersendirian, kesedaran itu tidak memberikan kita penghiburan. Kita tertanya-tanya:

Mengapakah ada begitu banyak penderitaan dan kesakitan?

Di dunia yang dihancurkan oleh malapetaka semula jadi atau disebabkan oleh manusia—pemerdagangan manusia, ketagihan, penyakit, kemiskinan, kelaparan, genosid, peperangan, ribut (secara harfiah dan metafora)—ketakutan dan keraguan kelihatan biasa, sebagaimana bencana yang mengakibatkannya. Ketakutan dan keraguan itu juga sering ditujukan kepada Tuhan yang kita selalu fikirkan sebagai Tuhan yang baik dan berkuasa, namun pada waktu yang sama Dia kelihatan tidak rela, atau tidak mampu untuk menghentikan

perasaan sakit hati dan kehilangan di dunia yang rosak ini.

Mengapakah penderitaan terjadi? Di manakah Tuhan apabila penderitaan terjadi? Bolehkah kita percaya kepada kebaikan-Nya apabila kita menderita? Walaupun kita tidak dapat memperoleh jawapan yang lengkap bagi persoalan ini, beberapa pengkajian mungkin menemukan respons bagi "persoalan yang tidak pernah hilang" menurut Philip

(9)

Masalah Kesakitan 9

Yancey. Dalam pencarian kami, kami dapat memperoleh sebab yang segar untuk kembali kepada Tuhan, kerana seperti Ajith Fernando dari Sri Lanka berkata, Dialah

“Tuhan yang mengeluh dengan kita.” Alkitab mengatakan bahawa kasih-Nya kepada kita adalah perkara yang pasti biarpun keadaan kita rasa tidak dapat tertahan.

Hikmah dalam Alkitab dapat menolong kita menggali persoalan-persoalan yang penting apabila kita membuang serpihan dalam pencarian kita untuk memahami kesakitan dan penderitaan.

(10)
(11)

11

Mengapakah Kita dua

Menderita?

Jika kamu pernah tidak melelapkan mata sepanjang malam dan menangis sehingga kamu tiada air mata lagi—

kamu akan tahu bahawa pada akhirnya kesenyapan menyusul� Kamu berasa seakan-akan tiada harapan lagi�

(C. S. Lewis, The Lion, the Witch and the Wardrobe)

P

hilip Yancey menulis, “Oh, betapa kita merindukan jawapan bagi soalan yang sering ditanya itu (‘Mengapa?’). Kita boleh mempersalahkan kejahatan manusia bagi peperangan di

(12)

Sarajevo dan banyak peperangan lain yang telah mengakibatkan penderitaan yang tidak terkira.

Kes tembakan besar-besaran di Newtown, pengeboman di Boston, dan tragedi-tragedi yang agak sama, kita boleh menyalahkan kesakitan mental, ideologi yang radikal, undang-undang senjata yang buruk atau pengabaian keibubapaan. Bagi Tsunami dan bencana semula jadi yang lain, tiada sesiapa dapat dipersalahkan, kita menggolongkannya sebagai

“tindakan ilahi”.

Bayangan daripada soalan mengapa telah menghantui setiap

orang. Ini merupakan satu soalan yang penting. Yesus sendiri pun berseru, “Ya Allah-Ku, ya Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?” (Matius 27:46). Soalan mengapa menuntut alasan untuk semua perkara yang berlaku, sesuatu untuk dipersalahkan. Apa yang kita mahu ialah seseorang untuk dipersalahkan.

Ada yang mempersalahkan Tuhan, dengan cadangan bahawa walaupun Dia paling baik pun tidak mampu menghalang kesakitan kita. Yang paling buruk, Dia tidak

Soalan MENGAPA menuntut alasan untuk semua perkara

yang berlaku, sesuatu untuk dipersalahkan.

Apa yang kita mahu ialah seseorang untuk

dipersalahkan.

(13)

Mengapakah Kita Menderita? 13

mempedulikan. Yang lain berkata bahawa penderitaan diakibatkan oleh Iblis. Kesakitan kita ialah akibat daripada perbuatannya yang jahat. Ada orang masih berkata bahawa tidak ada jawapan, tidak ada apa-apa atau sesiapa dapat dipersalahkan. Begitulah hal mengenai alam semesta, dan satu-satunya jawapan bagi semua soalan ini hnaya dapat dicari dalam diri kita.

Bagaimanapun, Alkitab memberitahu kita cerita yang berlainan. Menurut kitab Kejadian, penderitaan ialah sahabat yang pasti (dan tidak terundang) daripada perkara yang semula jadi dan baik, sehingga kita tidak mungkin hidup tanpanya—iaitu kemampuan memilih.

Ciptaan Tuhan yang asli. Kejadian 1 menghuraikan peristiwa-peristiwa mengenai penciptaan. Tuhan melihat segala ciptaan-Nya dan berkata “kesemuanya sungguh baik” (Kejadian 1:31, aVB). Penderitaan kita bukan

sebahagian daripada rancangan itu. Lelaki dan perempuan pertama menikmati kewujudan mereka yang penuh dengan makna, tujuan, kenikmatan, dan yang paling utama, iaitu hubungan dengan Tuhan yang tidak terhalang dan hubungan tanpa batas sesama mereka. Tuhan bukan sahaja memberikan Adam dan Hawa kurnia firdaus sebagai rumah mereka, makna bagi hidup mereka dan jalan kepada-Nya—Dia juga memberikan mereka peluang untuk memilih sama ada mereka mahukan semuanya itu.

(14)

Kurnia untuk memilih. Peristiwa yang dicatatkan dalam Kejadian 3 telah dikenal sebagai “kejatuhan.”

Apa yang tertulis di sana tidak mungkin terjadi jika Tuhan menciptakan manusia untuk berfungsi secara automatik, segala sesuatu selalu berjalan dengan halus menurut kehendak-Nya, tanpa membuat pilihan yang berbeza.

Sebaliknya, Pencipta mengizinkan mereka memilih jalan mereka sendiri: “Allah berfirman kepada manusia itu, ‘Engkau boleh makan buah-buahan daripada semua pokok di taman ini, kecuali buah

daripada pokok yang memberi pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Engkau tidak boleh makan buah pokok itu; jika engkau memakannya, engkau pasti mati pada hari itu juga’ ” (Kejadian 2:16-17).

Kejatuhan merujuk kepada Adam dan Hawa yang memilih untuk tidak mentaati Tuhan dan kemudian tidak lagi memiliki hubungan yang sempurna dengan-Nya�

Ini bukan pilihan yang rumit, tetapi ia juga bukan pilihan yang mudah dibuat. Bahagian yang tidak

Tuhan melihat segala ciptaan- Nya dan berkata

“kesemuanya sungguh baik.”

Penderitaan kita bukan sebahagian

daripada

rancangan itu.

(15)

Mengapakah Kita Menderita? 15

rumit ialah pilihan untuk makan atau tidak; tetapi dengan pilihan itu, lelaki dan perempuan juga sedang memutuskan sama ada mereka akan hidup menurut syarat mereka atau syarat Pencipta. Mereka memilih jalan sendiri.

Apabila keputusan itu dibuat (Kejadian 3:6-7), langsir itu jatuh dan pasangan pertama itu masuk ke dalam realiti yang baru—realiti yang tidak lagi dibentuk khas oleh kebaikan Tuhan. Hidup mereka, dan semua orang yang menyusul, akan dibentuk oleh implikasi dan akibat daripada pilihan mereka yang mengikut haluan sendiri, pilihan yang telah menolak pimpinan Tuhan.

Akibat keputusan. Dalam buku Mere Christianity, C. S. Lewis menghuraikan akibat dalam keputusan Adam dan Hawa: “Akibat daripada pilihan Adam dan Hawa yang tiada harapan itu, kini sering timbul dalam sejarah manusia—wang, kemiskinan, cita-cita, peperangan, pelacuran, kelas sosial, empayar, perhambaan—kisah kemanusiaan yang panjang dan teruk dalam usaha mencari sesuatu selain mencari Tuhan yang akan

membuat kita gembira.” Semua generasi telah tergoncang oleh gegaran pilihan itu. Kita bukan sahaja memikul akibat daripada keputusan Adam dan Hawa, kita juga bongkok di bawah beban akibat keputusan kita sendiri.

Walaupun kemungkinan besar pilihan yang kita buat membawa akibat yang dahsyat—paling ketara dalam hubungan yang retak antara Tuhan dan kita—Tuhan

(16)

masih mengizinkan kita memilih.

Keputusan kita ada impak yang luar biasa. Dengan kurnia pilihan datang realiti bahawa memilih menghasilkan kesan. Kita tidak boleh memeluk kemampuan memilih dan menolak kenyataan bahawa memilih mendatangkan akibat. Apabila kita memilih, ada sesuatu yang terjadi, dan sebaliknya juga, ada yang tidak berlaku.

Pilihan mendatangkan akibat.

Merujuk kepada kisah tentang keputusan yang dibuat oleh Adam dan Hawa, Philip Yancey memberitahu pelajarnya, “Kamu bebas untuk menolak Tuhan dan cara dunia ini berjalan. Bagi

saya, saya menghormati Tuhan kerana Dia bukan sahaja memberikan kita kebebasan untuk menolak-Nya, tetapi juga Alkitab yang merangkumi penolakan manusia terhadap manusia.“ Kebebasan untuk menolak-Nya hanya menjawab satu persoalan mengapa tetapi membangkitkan satu lagi soalan:

Mengapa ada penderitaan, kehancuran dan pergelutan di dunia kita? Kerana Tuhan mengizinkan manusia

Walaupun kemungkinan besar

pilihan yang kita buat membawa

akibat yang dahsyat—paling

ketara dalam hubungan yang retak antara Tuhan

dan kita—Tuhan masih mengizinkan

kita memilih.

(17)

Mengapakah Kita Menderita? 17

memilih—dan dunia di sekeliling kita memikul beban keputusan itu dan akibat keputusan yang telah dibuat.

Tetapi....

Mengapakah itu penting? Kerana keputusan kita, seperti Adam dan Hawa, tidak berlaku dalam suatu ruang kosong.

Pilihan tersebut membawa akibat.

Apakah rupa akibat itu?

(18)
(19)

19

Akibat Keputusan tiga

Janji Tuhan juga termasuk penderitaan� Sejak Adam dan Hawa membuat keputusan, penderitaan telah menjadi sebahagian program Tuhan� Bahkan kita juga diberitahu,

“Berbahagialah orang yang bersedih hati,” dan saya menerima kenyataan ini� Saya percaya bahawa manusia yang menyebabkan diri sendiri menderita� Namun, sudah tentunya reaksi kita akan berbeza jika kesedihan menimpa diri sendiri dan bukan orang lain, atau penderitaan itu betul-betul berlaku dan bukan suatu imaginasi�

(C. S. Lewis, A Grief Observed)

S

etiap tindakan akan mendatangkan akibatnya.

Pilihan Adam dan Hawa mempunyai akibat dari segi peribadi dan antara satu sama lain secara

(20)

segera dan berlarutan.

Akibat terus daripada pilihan Adam dan Hawa menghuraikan realiti dunia kita yang gelap—dunia yang menderita akibat suatu pilihan. Apabila kisah Kejadian beralih dari taman Eden, pelbagai jenis akibat terjadi. Itu termasuk:

Akibat segera. Adam dan Hawa bukan sahaja yang pertama membawa dosa dan penderitaan ke dalam dunia, tetapi mereka juga yang pertama merasakan akibatnya.

Akibat itu berlaku dalam beberapa aspek yang kritikal dalam kehidupan.

Pertama, penderitaan diperkenalkan kepada penciptaan.

Kerja sekarang menjadi jerih payah. (Kejadian 3:17–19). Kerja yang dahulunya sepatutnya dilakukan dengan penuh kenikmatan sekarang diselubungi kehampaan dan kerja keras. Adam tidak dapat menikmati hasil yang lumayan daripada kerjanya, melainkan terpaksa melawan elemen ciptaan yang sekarang dipengaruhi oleh kutuk. Jerih payah kerja tidak hilang dalam generasi-generasi seterusnya sejak Adam; kita masih bertarung untuk melihat usaha kita terhasil menurut apa yang kita inginkan.

Terjemahan perkataan bekerja keras dalam Kejadian 3:17 ialah itsabon dalam bahasa Ibrani� Akar perkataan ini ialah asab, yang menggambarkan duka dan merujuk kepada kerja keras dengan susah payah atau hasil yang mengecewakan�

(21)

Akibat Pilihan 21

Kedua, hubungan antara lelaki dan perempuan terpengaruh. Rasa murni atau tidak bersalah (Kejadian

2:25) digantikan dengan rasa malu dan kesedaran diri (Kejadian

3:10). Dalam realiti kehidupan yang baru sejak kejatuhan dunia, hubungan kerjasama yang pada asalnya membawa manfaat bertukar menjadi penguasaan dan ketegangan. Bagi Hawa, sukacita dalam melahirkan anak sepatutnya memenuhi dunia dengan lebih ramai orang yang menyerupai Tuhan, sekarang ditandai dengan

kesakitan dan kesusahan pada waktu bersalin (Kejadian 3:16).

Namun, akhirnya, hubungan yang terkesan dengan paling teruk oleh pilihan ialah hubungan manusia dengan Tuhan. Hubungan antara manusia yang tidak terhalang sekarang rosak dan hilang. Keputusan untuk tidak mentaati Tuhan mendatangkan pemisah di antara Pencipta dan orang yang diciptakan menurut gambaran- Nya. Nafas hidup yang dihembuskan ke dalam manusia akan akhirnya terpadam, mungkin bukan secara segera tetapi ia pasti berlaku (Kejadian 3:19), dan bukan sahaja

Dalam realiti kehidupan yang baru sejak kejatuhan dunia, hubungan

kerjasama yang pada asalnya membawa manfaat

bertukar menjadi penguasaan dan

ketegangan.

(22)

berlaku pada Adam dan Hawa, tetapi juga pada setiap manusia sejak itu.

Akibat yang segera dan mengubah kehidupan daripada pilihan pertama itu digambarkan dalam kehidupan Adam dan Hawa sendiri. Bagaimanapun, semua akibat bukan sahaja terus dideritai oleh lelaki dan perempuan itu, tetapi juga memberi kesan kepada semua keturunan manusia selepas mereka.

Menderita kerana pilihan orang

lain. Dari satu segi, setiap kita harus menanggung akibat daripada pilihan Adam dan Hawa. Bagaimanapun, dengan cara yang berbeza, apabila kita beralih kepada keturunan generasi pertama, kita juga boleh melihat bahawa semua orang membuat pilihan—dan pilihan itu sering kali melukai orang lain seperti kita dilukai. Dalam cerita Kain dan Habel (Kejadian 4:1-12), kita membaca adik-beradik pertama berada dalam konflik dan saingan antara adik- beradik yang berkesudahan dengan pembunuhan.

Sering kali, kesalahan yang

dilakukan oleh orang lain mempengaruhi kehidupan orang

yang tidak

bersalah.

(23)

Akibat Pilihan 23

Apabila kecemburuan Kain terhadap Habel mencapai kemuncaknya, Tuhan mengingatkan Kain tentang kebolehan memilihnya� “Dosa hendak menguasai dirimu, tetapi engkau mesti mengalahkannya” (GENESIS 4:7)

Pembunuhan pertama yang tersebut cukup tragis, tetapi ia juga menunjukkan jenis penderitaan yang didatangkan ke atas orang lain akibat pilihan yang kita buat, terutamanya apabila keputusan kita digerakkan oleh keinginan yang mementingkan diri. Sering kali, kesalahan yang dilakukan oleh orang lain mempengaruhi kehidupan orang yang tidak bersalah. Dalam pembunuhan manusia secara besar-besaran, jumlah nyawa yang tidak terhitung dikorbankan kerana pilihan yang mementingkan diri.

Dalam pengejaran kuasa, kekayaan atau kedua-duanya, harga terbesar yang harus dibayar kerana hati manusia yang rosak ialah pengorbanan nyawa dan penderitaan.

Menderita kerana hidup di dunia yang rosak. Apabila manusia tersebar luas di seluruh dunia yang diciptakan Tuhan, pengkhianatan, keganasan, penderaan, peperangan

dan banyak lagi tersebar bersama-sama, pilihan manusia menunjukkan betapa jauhnya manusia telah berpisah dari Taman Eden dan Tuhan. Penderitaan ini menjadi sangat jelas dalam Kejadian 6:5-7, apabila kerosakan suku manusia mendukakan hati Tuhan sehingga Dia mengirim

(24)

banjir yang menghancurkan bumi. Dari sana, Dia akan memulihkan dunia sekali lagi.

Namun, bencana banjir yang dahsyat itu juga mencerminkan akibat keputusan manusia ke atas

penciptaan. Banjir itu menunjukkan pengaruh dosa yang semakin meluas; ia juga menunjukkan bahawa ciptaan itu sendiri harus menanggung akibat pilihan yang dibuat oleh manusia. Rasul Paulus menegaskan ini dalam suratnya kepada jemaah di Roma, “Kita tahu bahawa sehingga saat ini alam semesta merintih kesakitan seperti kesakitan yang dialami wanita yang bersalin” (RoMa 8:22).

Rintihan ciptaan bermula apabila duri dan semak mula muncul dalam usaha Adam menanam makanan. Bumi menanggung akibat dahsyat daripada banjir yang luar biasa. Bumi masih merintih dan akan terus merintih sehingga ia diperbaharui dan sekali lagi berfungsi menurut tujuan penciptaan asalnya (YesaYa 65:17, 66:22;

2 PetRus 3:13; WahYu 21:1; Bacajuga RoMa 8:18-30). Seperti Ajith Fernando berkata, berikutan kejatuhan itu, “alam semesta kehilangan keimbangannya.” Apabila ciptaan merintih, kita juga merintih bersamanya.

Penderitaan ditangguhkan untuk sementara waktu.

Bukan semua akibat dilihat dengan serta-merta. Ada kalanya kita tidak melihat bagaimana keputusan kita mempengaruhi orang di sekeliling kita atau diri kita.

(25)

Akibat Pilihan 25

Apabila saudara-saudara Yusuf menjualnya ke perhambaan (Baca Kejadian 37), bukan dia seorang sahaja yang

menderita. Yakub kehilangan anak yang disayangi, dan dia mengalami kedukaan ketika melihat dosa-dosanya pada masa lampau diulangi oleh anak-anak lelakinya.

Saudara-saudara Yusuf kelihatan mungkin terlepas daripada akibat pilihan mereka, ia sebenarnya hanya tertangguh. Sepanjang beberapa tahun Yusuf tinggal di Mesir—tahun-tahun yang makin memburuk sebelum menjadi baik —saudara-saudaranya menanggung beban rasa bersalah akibat perbuatan mereka yang menyakiti Yusuf dan bapa mereka.

Seolah-olah perhambaan Yusuf tidak cukup teruk, semasa dia berada di Mesir, dia juga difitnah cuba merogol� Akibatnya dia menghabiskan beberapa tahun di penjara dan dia dilupakan oleh orang yang dia pernah tolong�

Rasa bersalah ialah akibat emosi daripada pilihan kita�

Apabila kita membuat keputusan yang jahat atau buruk yang mengakibatkan orang lain atau diri kita menderita, kita akan mengalami akibat seperti ini�

Salah satu perkara yang terus konsisten dalam kisah Alkitab ialah, walaupun akibat daripada keputusan kita pasti terjadi, semua ini tidak selalunya berlaku dengan serta-merta. Dalam Mazmur 73, Asaf meratap kerana orang yang jahat dan mementingkan diri menjadi makmur.

(26)

Dia tertanya-tanya jika mereka akan dipertanggungjawabkan untuk perbuatan, kata-kata dan sikap mereka terhadap Tuhan dan umat-Nya. Hanya apabila Asaf pergi menghadap Tuhan, dia mendapat pengertian baru. Dia mula melihat bahawa masa Tuhan tidak selalu sama dengan masa kita. Kekeliruan Asaf memenuhi fikirannya “sehingga aku masuk ke dalam Rumah-Mu, barulah aku memahami kesudahan semua orang jahat itu. Engkau pasti meletakkan mereka di tempat-tempat yang licin dan menyebabkan mereka jatuh dan binasa” (MazMuR 73:17-18).

Walaupun orang yang berbuat jahat mungkin rasa mereka tidak akan diapa-apakan, Asaf mula melihat kesudahan mereka. Bak kata pepatah, "ada ubi ada talas, ada budi ada balas." Walaupun apa-apa akibat daripada keputusan manusia yang mengakibatkan penderitaan di dunia kelihatan tertangguh, namun Hakim seluruh dunia ini akan pasti melakukan apa yang benar. Mengikut masa-Nya, hari akan datang apabila keadilan akan

bergulung-gulung seperti air—walaupun hari itu mungkin

Hanya apabila Asaf pergi menghadap Tuhan,

dia mendapat pengertian baru.

Dia mula melihat

bahawa

masa Tuhan

tidak selalu sama

dengan masa kita.

(27)

Akibat Pilihan 27

bukan hari ini.

Penangguhan ialah hak Tuhan, tetapi ia juga mungkin merupakan penyataan rahmat-Nya. Petrus mengingatkan kita bahawa kesabaran Tuhan bertujuan untuk membenarkan manusia bertaubat dan kembali kepada-Nya (2 PetRus 3:9). Tetapi penangguhan ini juga mendatangkan kekecewaan dan keraguan. Kita tertanya-tanya, “Tidakkah Dia peduli?” bahkan mungkin mempersoalkan kewujudan-Nya.

(28)
(29)

29

empat

Di Manakah Tuhan?

Dahulu saya menentang Tuhan kerana alam semesta kelihatan kejam dan tidak adil� Tetapi bagaimanakah saya mendapatkan idea tentang keadilan dan ketidakadilan?

Seseorang tidak memanggil garis itu bengkok kecuali dia mempunyai idea tentang garis yang lurus� Jadi apakah yang saya bandingkan alam semesta ini apabila saya menganggapnya tidak adil?

(C. S. Lewis, Mere Christianity)

B

arbara Brown Taylor menulis, “Penderitaan menjadikan setiap kita orang teologi … Penderitaan ialah salah satu laluan paling

(30)

cepat untuk mengalami Tuhan Yang Maha Kudus.” Orang yang

menderita bertanya lebih banyak soalan tentang sifat dan karakter Tuhan berbanding mana-mana

orang lain pada bila-bila masa—

soalan-soalan yang patut ditanya.

Maka, di manakah Tuhan semasa semua penderitaan ini berlaku?

Segala usaha untuk memahami Tuhan harus termasuk teologi

penderitaan—memahami Tuhan di tengah-tengah penderitaan, bukan di luar daripadanya.

Pilihan Adam dan Hawa

telah memberikan kita dunia, tempat penderitaan menjadi perkara biasa. Pencipta kita bukannya tidak mengambil peduli terhadap penderitaan kita, sebaliknya Dia menjaga kita di tengah-tengah penderitaan kita.

Tambahan pula, Dia memilih untuk menderita sendiri.

Kerana Dia tahu apa itu maksudnya penderitaan, kita boleh mempercayai-Nya semasa penderitaan kita.

Janji yang dibawa oleh penderitaan Tuhan sendiri.

Dalam halaman-halaman Alkitab, kisah penderitaan manusia boleh menandingi berita utama dalam akhbar

Pencipta kita bukannya tidak

mengambil peduli terhadap penderitaan kita,

sebaliknya Dia menjaga kita di

tengah-tengah

penderitaan kita.

(31)

Di Manakah Tuhan? 31

kita, pada skala yang sukar difahami. Namun, di tengah- tengah kisah yang murung tentang penderitaan dan sakit hati, Tuhan berjanji bahawa Dia akan memberi respons kepada penderitaan. Kos untuk mengubah penderitaan itu kepada sesuatu yang baik dan indah tidak mungkin dibayar oleh sesiapa. Kita tidak dapat membayarnya kerana kita memilih untuk berpaling daripada Tuhan.

Nabi Yesaya bercakap tentang seorang Penyelamat, seorang Penebus yang akan datang. Apabila Dia datang, Dia akan menyelamatkan kita daripada penderitaan di dunia yang rosak. Dia akan membekalkan penyelamatan itu dengan cara yang tidak diduga, dengan mengalami penderitaan bersama kita. Yesaya 53 menyatakan kisah Penyelamat kita yang menderita dan apa yang ditanggung-Nya:

Kita menghina dan menolak dia, dia menderita kesengsaraan dan kesakitan. Tidak seorang pun hendak memandang dia; kita pun tidak mempedulikan dia. Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya, penyakit kitalah yang dideritanya. Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu hukuman Allah baginya. Tetapi dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya. Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri.

(32)

Tetapi TUHAN menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita. Dia diperlakukan dengan kasar, tetapi dia menanggungnya dengan sabar; Dia tidak membuka mulutnya seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian, atau induk domba yang dicukur bulunya (YesaYa 53:3–7).

Perhatikan kata-kata Yesaya yang penuh perasaan untuk menghuraikan penderitaan: Dihina, ditolak, kesengsaraan, kesakitan, dihukum, diseksa, ditikam, dihancurkan, dilukai, ditindas, dibantai, didera.

Ini kata-kata yang kejam—kata-kata yang difahami oleh semua orang yang menderita. Tetapi kata-kata itulah yang secara khusus menghuraikan penderitaan Yesus pada kayu salib. Melalui hidup-Nya, dan terutamanya kematian-Nya, Yesus memahami dan menyertai kita dalam penderitaan kita. Seperti yang ditulis oleh ahli teologi John Stott: “Saya mungkin percaya kepada Tuhan, jika bukan kerana kayu salib. Satu-satunya Tuhan yang saya percayai ialah Tuhan yang dimaki oleh ahli falsafah, Nietzsche sebagai ‘Tuhan pada kayu salib.’ Di dunia yang penuh dengan penderitaan yang benar, bagaimanakah mungkin seseorang menyembah Tuhan yang tidak pernah mengalami penderitaan?”

Yesus tidak terkecuali daripada penderitaan, malah Dia memeluknya. Dia mengalami kesakitan supaya Dia dapat menjaga kita secara berkesan apabila kita menderita.

(33)

Di Manakah Tuhan? 33

Pada kayu salib, Yesus memikul beban bagi semua akibat kerana pilihan di taman yang kuno itu—baik dari sudut penderitaan yang kita alami dan penghakiman yang kita hadapi.

Kematian ialah akibat daripada pilihan Adam dan Hawa� Ia termasuklah perpisahan yang muktamad dan kekal daripada Tuhan, hukuman yang disebabkan oleh ketidaktaatan� Kematian Yesus pada kayu salib telah menanggung hukuman yang sepatutnya kita alami�

Yesus tidak datang untuk mengkaji dan menganalisis kehancuran kita. Dia datang untuk menanggung semuanya sendiri. Dia datang untuk menyertai kita dan menderita demi pihak kita. Dalam penderitaan-Nya, penderitaan kita ditebus—baik dari sudut kesakitan pada ketika itu dan dalam kekekalan yang akan datang.

Kepedulian dari kayu salib. Anak Tuhan datang menghadapi penderitaan dengan berjalan dalam debu dan kekotoran dunia ini, berhadapan dengan penderitaan itu dengan kuasa dan mukjizat-Nya, kemudian

menanggung semuanya apabila Dia mati pada kayu salib kerana dosa kita dan akibatnya. Melalui penderitaan-Nya, Yesus menunjukkan kemampuan dan kerelaan-Nya untuk

mempedulikan umat-Nya apabila mereka menderita.

Di Israel kuno, peranan seorang imam ialah mewakili

(34)

umat di depan Tuhan. Dengan menjadi “Imanuel” (“allah MenYeRtaiKita” Matius 1:23), Yesus hidup di tengah- tengah orang yang terluka, melayani mereka yang sedang mengalami kesakitan dan penderitaan, dan turut mengalami penderitaan bagi pihak kita. Penulis kitab Ibrani menegaskan penghiburan yang indah daripada penderitaan Yesus: “Imam Agung kita ini bukanlah imam yang tidak dapat bersimpati terhadap segala kelemahan kita. Sebaliknya, kita mempunyai Imam Agung yang pernah dicubai dalam segala hal seperti kita sendiri, tetapi Dia tidak berbuat dosa!” (iBRani 4:15).

Kita boleh yakin bahawa Dia memahami keadaan kita apabila kita mengalami kesakitan hati dan bagaimana kita disakiti kerana Dia pernah disakiti seperti kita. Dia mengalami ujian dan pencubaan, dan suatu penderitaan yang melampaui bayangan manusia pada kayu salib.

Sebagai Imam Agung kita, Yesus mewakili kita di depan Tuhan Bapa, dengan penuh pengertian tentang ketakutan

dan kesakitan kita. Tuhan Bapa juga mempunyai kasih yang paling dalam dan keprihatinan untuk menghiburkan kita: “Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus. Dia Bapa yang berbelas kasihan dan Dia Allah yang sentiasa menolong kita. Dia menolong kami semasa kami mengalami kesusahan, supaya dengan pertolongan yang kami terima daripada Allah, kami pun dapat menolong semua orang yang mengalami kesusahan”

(2 KoRintus 1:3-4).

(35)

Di Manakah Tuhan? 35

Kesakitan yang dialami Yesus adalah sama dengan keadaan yang kita alami, perpisahan daripada Tuhan Bapa�

Namun, penderitaan Yesus menusuk jauh lebih mendalam daripada yang kita alami� Apabila Yesus menanggung dosa-dosa kita pada diri-Nya, Tuhan Bapa tidak dapat lagi memandang-Nya, dan hubungan sempurna yang dikongsi oleh Mereka terputus, semua kerana kasih Tuhan untuk kita dan keinginan untuk membawa kita kembali kepada-Nya�

Keluhan kesakitan dan kehilangan kita seharusnya menujukan Tuhan yang turut menyertai penderitaan kita melalui Yesus. Rayuan kita untuk belas kasihan adalah tertuju kepada Tuhan kerana rahmat-Nya selalu baru setiap pagi (RataPan 3:22-23). Ini kerana kayu salib Kristus dan kebangkitan-Nya, kita boleh menyerahkan segala kekhuatiran kita kepada-Nya, dengan mengetahui bahawa Dia mengasihi kita.

Seperti dikatakan oleh Pastor Robert Gelinas dalam bukunya The Mercy Prayer, inilah Tuhan yang kita minta melalui doa:

Bagi mereka yang berdosa dan yang menderita.

Bagi mereka yang menderita kerana dosa.

Bagi mereka yang berdosa untuk dibebaskan daripada penderitaan.

Ya Tuhan, kasihanilah kami

(36)
(37)

37

Keakhiran Penderitaan five

Penderitaan tidak dapat dientengkan� Tuhan berbisik kepada kita dalam kesenangan kita, bercakap kepada kita melalui hati nurani kita, tetapi suara-Nya melantang dalam penderitaan kita� Penderitaan merupakan

pembesar suara Tuhan untuk membangunkan dunia yang tuli�

(C. S. Lewis, The Problem of Pain)

S

edihnya, penderitaan merupakan keadaan yang biasa dilihat di dunia zaman sekarang, namun kesakitan dan penderitaan tidak wujud di dunia yang akan datang. Kematian Yesus pada kayu

(38)

salib telah menggenapi sebahagian janji-Nya. Oleh sebab rahmat Tuhan, kayu salib memberikan kita harapan yang menolong kita bertahan, apabila bayangan penderitaan menutupi kita. Kayu salib membawa janji bahawa masa akan datang apabila kesalahan dibetulkan dan penderitaan diakhiri.

Sewaktu rasul Yohanes menjelang akhir hidupnya dan dibuang negeri kerana imannya dalam Kristus, lihatlah apa rupanya apabila janji ini digenapi. Dia menghuraikan visinya dengan kata-kata yang terang:

Aku mendengar suara lantang berseru dari takhta itu, “Sekarang Allah tinggal bersama-sama manusia!

Dia akan hidup bersama-sama mereka dan mereka akan menjadi umat-Nya. Allah sendiri akan tinggal bersama-sama mereka dan menjadi Allah mereka. Dia akan menyapu air mata mereka. Kematian akan tiada lagi, demikian juga kesedihan, tangisan, dan kesakitan.

Perkara-perkara lama sudah lenyap.”

Kemudian Dia yang duduk di atas takhta itu berkata,

“Sekarang Aku menjadikan semuanya baru!” Dia juga berkata kepadaku, “Tuliskanlah ini, kerana kata-kata ini benar dan dapat dipercayai.” Dia berkata, “Sudah selesai! Akulah yang pertama dan yang terakhir, Akulah Tuhan dari permulaan sampai penghabisan.

Orang yang dahaga akan Aku berikan air minum dengan percuma dari sumber air yang memberikan

(39)

Keakhiran Penderitaan 39

hidup. Sesiapa yang menang akan menerima hak ini daripada-Ku: Aku akan menjadi Allahnya, dan dia akan menjadi anak-Ku (WahYu 21:3-7).

Di manakah Tuhan apabila kita menderita? Dia berada di sisi kita. Dia mengizinkan Anak-Nya mengalami perkara sama yang kita alami. Dia disalibkan, untuk membayar semua penderitaan kita dan menawarkan hubungan yang terpulih dengan-Nya. Dia juga adalah Tuhan yang berjanji bahawa, dalam hidup yang akan datang, penderitaan itu tidak wujud lagi.

Kisah Alkitab menjadi lengkap

berdasarkan Wahyu 21. Dari firdaus, melalui firdaus yang hilang, kepada firdaus yang dipulihkan. Dari mula, dengan hubungan yang sempurna dan tidak terbatas antara lelaki dan perempuan pertama, kita mendapati bahawa hidup kita akan berakhir dengan hubungan yang kekal yang bercirikan kesempurnaan dalam segala hal.

Inilah pengakhiran masalah penderitaan dunia. Kita tidak perlu takut bahawa Tuhan tidak mempedulikan kesakitan, pergelutan atau sakit hati kita—Dia menyertai kita dalam penderitaan kita:

Di manakah Tuhan apabila kita menderita?

Dia berada

di sisi kita.

(40)

Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang

Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab,

sePanjangMasaKaMiMenghadaPiBahaYaMaut KeRanaengKau. KaMidiPeRlaKuKansePeRtidoMBa YangaKandiseMBelih.” Tidak! Dalam semuanya kita

mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita! Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang mahupun pada masa yang akan datang;

baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi - tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat

menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!”

(RoMa 8:35-39).

Kasih Tuhan kepada kita ternyata paling ketara dalam hadirat-Nya bersama kita apabila kita menderita, bukan apabila penderitaan itu tidak wujud. Dalam hadirat-Nya kita menemukan kesejahteraan.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan tabel 6 dapat diketahui bahwa pada pola makan Baduta yang lengkap, bayi dengan status stunting gizi lebih banyak pada umur pemberian MP-ASI yang tidak tepat (25,5%)

Adapun strategi pendidikan yang digunakan dapat dilakukan dengan menggunakan kurikulum yang bersifat kokonsentris, serta memperhatikan keselarasan dan keseimbangan

apabila penghuni tidak segera menempati unit hunian di Rumah Susun yang telah disewanya dalam waktu 1 (satu) bulan; atau penghuni meninggalkan unit hunian Rumah Susun

AL Fatah 16-Jun-65 Banyuwangi Jawa Timur... NON

Sehingga dengan adanya perenungan mendalam peristiwa bernapas ini, mampu menggugah hati dan jiwa, bahwa saya sangat bersyukur bahkan harus, ternyata saat ini masih

Berdasarkan validasi yang telah dilakukan didapatkan model terbaik untuk melakukan peramalan terhadap konsentrasi O 3 adalah JST multivariate dengan arsitektur 7 20. 20

Skripsi yang berjudul “PENGARUH PELATIHAN TERHADAP KINERJA KARYAWAN DENGAN MEMPERTIMBANGKAN KEMAMPUAN SEBAGAI VARIABEL INTERVENING (Studi pada PT. INDOHAMAFIS BALI) ”

Sebelum mengajar, mahasiswa PPL dianjurkan untuk membuat satuan pembelajaran (SP),rencana pelaksanaan pembelajaran (RPP), membuat media pembelajaran yang dapat