• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDAHULUAN. Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!!!!

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENDAHULUAN. Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!!!!"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

PENDAHULUAN

Tahniah dan syabas kepada saudara saudari kerana telah dipilih memasuki Politeknik

Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA ), Dungun , Terengganu.

Maklumat Am dan Maklumat Pendaftaran ini disediakan sebagai panduan dan

maklumat kepada bakal pelajar mengani perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa

saudara saudari melaporkan diri dan perkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik

sahaja saudara saudari menjadi pelajar PSMZA

Selamat menjadi warga PSMZA dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.

(2)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

BAHAGIAN A : MAKLUMAT AM

PERHATIAN : PROGRAM DAN POLITEKNIK YANG DITAWARKAN ADALAH MUKTAMAD

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar proses pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

1.0 PANDUAN UNTUK KE POLITEKNIK SULTAN MIZAN

ZAINAL ABIDIN (PSMZA)

Rujuk pelan lokasi PSMZA yang disertakan. Kampus PSMZA terletak lebih kurang 85km dari Bandar Kuala Terengganu atau 124km dari Kuantan. Sekiranya anda dari Kuantan atau Pantai Barat menuju ke arah Pantai Timur, anda perlu pilih jalan pantai dan akan melalui Bandar Kemaman (Chukai) dan kawasan Perindustrian Kerteh. Jarak perjalanan daripada Janakuasa Elektrik TNB (Paka) ke PSMZA adalah lebih kurang 20km. Anda juga boleh memilih laluan LPT2, keluar (exit ) Paka atau Kuala Dungun. Sekiranya anda dari Kelantan menuju ke Dungun, anda akan melalui Bandar Dungun. Teruskan perjalanan ke arah Kuantan. Jarak antara Sek. Men. Sains Dungun ke PSMZA adalah lebih kurang 4km dan bersebelahan dengan Kolej Vokasional Dungun atau anda juga boleh memilih laluan LPT2, melalui tol Gemuruh dan keluar (exit) Kuala Dungun.

2.0 PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

2.1 Semakan dokumen asal akan dilakukan pada hari pendaftaran. Bawa semua dokumen asal yang dikehendaki oleh PSMZA pada hari tersebut. Pendaftaran akan ditolak sekiranya gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut. Pengarah PSMZA berhak menarik balik tawaran belajar sekiranya terdapat pencanggahan maklumat di antara dokumen asal dengan maklumat yang telah diberikan semasa memohon ke Politeknik secara on-line.

2.2 Lengkapkan semua borang HEP (HEP1, HEP2, HEP3, HEP4, HEP5, HEP6) yang dicetak melalui laman sesawang www.politeknik.edu.my selepas log-in kad pengenalan.

2.3 Bawa borang Permohonan Pinjaman/Biasiswa (jika berkaitan) yang lengkap diisi dengan semua salinan-salinan dokumen yang telah disahkan (sekiranya permohonan pinjaman telah diluluskan).

2.4 Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan/swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan (surat asal) semasa mendaftar. Sila maklum bahawa selalunya pihak penaja hanya akan menanggung Yuran Pengajian anda sahaja. Oleh itu bayaran-bayaran selain Yuran Pengajian hendaklah dibayar sendiri oleh anda.

(3)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

2.5 INSURAN NYAWA: Pelajar wajib membeli skim perlindungan diri (kemalangan) yang melindungi pelajar selama 3 tahun (program peringkat diploma). Bayaran untuk insuran ini telah diambilkira di dalam Bayaran Koperasi (Aktiviti Pelajar).

3.0 KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL /TAWARAN ASRAMA

3.1 Asrama disediakan oleh Politeknik dengan bilangan yang terhad kepada pelajar. Pelajar yang ditawarkan asrama, sila cetak borang asrama di www.psmza.edu.my .

3.2 Pelajar yang ditawarkan asrama, perlu membawa bersama peralatan harian seperti peralatan mandian,bantal, sarung bantal, cadar dan langsir (warna bebas), kasut, selipar, sejadah dan sebagainya. Kos sarahidup adalah ditanggung pelajar sendiri. ( alatan boleh dibeli di kedai koperasi psmza )

3.3 Adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri mendapatkan tempat tinggal sekiranya tidak ditawarkan tempat di asrama sebelum mendaftarkan diri di PSMZA. Sila sediakan wang secukupnya untuk tujuan bayaran deposit, sewa dan wang pembelian kelengkapan rumah sewa.

4.0 BANTUAN KEWANGAN

4.1 PSMZA TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa / pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa / pinjaman adalah diluar bidang kuasa PSMZA. Menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alat pelajaran, buku dan lain-lain. Sehubungan itu, para pelajar digalakkan memohon pinjaman / biasiswa / bantuan kewangan melalui Yayasan Negeri masing-masing atau penaja-penaja tertentu (badan kerajaan / swasta) sebelum mendaftar di PSMZA.

4.2 Pelajar yang mendaftar di PSMZA layak memohon pinjaman daripada agensi-agensi berikut: i. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 Pelajar dikehendaki membuka akaun di mana-mana cawangan BIMB ( Bank Islam Malaysia Berhad)

ii. Tabung Kebajikan Bekas Perajurit iii. Tabung Kebajikan Bekas Polis iv. Yayasan Negeri

v. Dan Lain-Lain Badan Kerajaan / Swasta Yang Menawarkan Pinjaman / Biasiswa / Bantuan Kewangan Pendidikan.

4.3 Pihak PSMZA akan berusaha membantu pelajar semasa memohon bantuan kewangan daripada pihak PTPTN. Untuk permohonan Pinjaman PTPTN, pelajar yang layak memohon hendaklah membuat permohonan secara atas talian (online) di laman sesawang www.ptptn.gov.my

(4)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

5.0 RUPADIRI

5.1 Pelajar-pelajar adalah tertakluk di bawah AKTA 174 dan semua peraturan bertulis di PSMZA. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi pelajar Islam) dan sopan. Semua pakaian yang menjolok mata dan tidak menepati peraturan PSMZA adalah dilarang.

5.2 Pakaian dan Rupa Diri Siswa (PELAJAR LELAKI) a. Baju

Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. (WAJIB DIPAKAI SEMASA HARI PENDAFTARAN).

Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar / negatif.

 Baju perlu sentiasa dimasukkan dalam seluar (tuck-in) dan dibutangkan sempurna.

 Baju Melayu lengkapsepasang dengan samping dan songkok hitam (baju Kebangsaan) dibenarkan.

 Bertali leher. (pembentangan waktu kuliah).

Topi, baju T, seluar jeans, seluar pendek dan seluar sukan adalah dilarang semasa mendaftar.

b. Seluar

 Seluar ‘slack’ panjang.  Seluar ‘jeans’ dilarang.

c. Kasut

 Sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna bersarung kaki (stokin).  Selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang.

d. Rambut

 Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi setengah telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi. Pelajar digalakkan berambut pendek menggunakan potongan fesyen 4-2 (bahagian atas rambut dipotong dengan menggunakan mata mesin bersaiz 4 dan bahagian tepi menggunakan mata mesin saiz 2).

Rambutberfesyen (“afro”’, “punk”, berekor atau diwarnakan) adalah dilarang.  Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.

e. Perhiasan

 Pelajar dilarang memakai sebarang perhiasan kecuali bagi keperluan agama dan cincin yang bukan cincin emas.

(5)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

5.3 Pakaian dan Rupa Diri Siswi (PELAJAR PEREMPUAN) a. Baju

 Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.

 Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh; pakaian ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan).

 Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan.  Labuh baju hendaklah menutupi paras punggung.

 Pelajar bukan Islam dilarang memakai ‘skrit’ yang lebih pendek dari paras lutut.

 Baju T berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar / negatif.

 Pelajar dikehendaki memakai kain dalam dan anak tudung penuh.

b. Sarung/Maxi

 Labuh, longgar dan tidak jarang

c. Seluar

 Seluar ‘slack’ panjang dan tidak ketat  Seluar ‘jeans’ dilarang

d. Kasut

 Kasut bertutup penuh dan sempurna bersarung kaki (stokin).  Selipar, terompah, capal dan seumpamanya dilarang.

 Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang.

e. Rambut

 Pelajar Islam sewajarnya menutup rambut seperti yang disyariatkan (bertudung).  Rambut kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

 Rambut berfesyen (“afro”’ “punk”, berekor atau diwarnakan) adalah dilarang.

f. Perhiasan

 Tidak digalakkan memakai barang kemas (emas sahaja).  Mencukur bulu kening dan solekan berlebihan dilarang.

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai.

6.2 Sekiranya memiliki mesinkira (calculator) saintifik, ia hendaklah dari jenis yang tidak boleh diprogramkan.

6.3 Pelajar digalakkan membawa 3 salinan fotostat bagi setiap dokumen penting dan telah disahkan untuk sebarang urusan yang berkaitan. Pengesahan boleh dilakukan oleh mana-mana pegawai kerajaan yang mempunyai ijazah (degree) seperti Pengetua Sekolah Menengah, Pegawai Daerah, guru-guru dan yang setaraf serta mempunyai cop jawatan masing-masing.

(6)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

BAHAGIAN B : PANDUAN PENDAFTARAN

1.0 HARI PENDAFTARAN

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar

proses pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Anda tidak akan

didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PROGRAM DIPLOMA

Tarikh : 19 NOVEMBER 2017 (AHAD)

Masa

: 8.30 pagi – 11.00 pagi

Tempat : DEWAN DAGANG,

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN

TERENGGANU.

PENDAFTARAN PELAJAR BARU PRA –DIPLOMA SAINS

Tarikh : 26 NOVEMBER 2017 (AHAD)

Masa

: 8.30 pagi – 11.00 pagi

Tempat : JABATAN HAL EHWAL PELAJAR,

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN

TERENGGANU.

###### Nota : sebarang masalah berkenaan pendaftaran sila berhubung dengan pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSMZA di talian 09-8400901/0988 #######

(7)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

2.0 PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN

2.1 Dokumen ASAL berikut:

a. Sila ke website

http://spmp.psmza.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

untuk

pendaftaran atas talian (online )

.

b. Cetak Slip Pendaftaran Atas talian ( online )- slip pendaftaran atas talian

(online ) perlu dibawa semasa hari pendaftaran

c. Kad Pengenalan

d. Slip Bank Yang Berkaitan ( bayaran yuran hanya di Bank Islam sahaja )

e. Surat Tawaran Ke Politeknik

f. Sijil/Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV

g. Sijil Berhenti Sekolah

h. Dokumen Ko-kurikulum yang berkaitan

i. Surat Akuan / Testimonial Sekolah (jika ada)

j. Borang-borang pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi :

i. BHEP1 - Borang Maklumat Peribadi Pelajar

ii. BHEP2 - Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung

iii. BHEP3 - Kebenaran Bapa/Ibu/Penjaga Untuk Rawatan Bius & Pembedahan

iv. BHEP4 - Akuan Pelajar dan Akuan Ibu/Bapa/Penjaga

v. BHEP5 - Laporan Pemeriksaan Doktor (X-Ray perlu dibuat)

vi. BHEP6 – Akujanji Pelajar

2.2 Perlu menyediakan DUA (2) sampul berukuran A4

a. Sampul A (berukuran A4 ) – bertulis nama, no kad pengenalan dan no pendaftaran pelajar

 1 Salinan kad pengenalan

 1 Salinan Surat Tawaran

 1 Salinan Sijil SPM/ Sijil Kolej Komuniti/ Sijil Kemahiran

 1 Salinan Slip Bayaran Yuran Pengajian, Asrama dan Aktiviti

 1 Salinan Sijil Behenti Sekolah

 1 Salinan Surat Akuan/ testimoni sekolah

 1 Salinan Sijil –sijil Ko-kurikulum yang berkaitan

ii. Sampul B (berukuran A4 ) – bertulis nama , no kad pengenalan dan no pendaftaran pelajar

 Borang BHEP 1  Borang BHEP 2  Borang BHEP 3  Borang BHEP 4  Borang BHEP 5  Borang BHEP 6

 Gambar berukuran pasport 3 keping

(8)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

2.2

Bayaran yang perlu dijelaskan semasa pendaftaran

– rujuk lampiran Bayaran semasa pendaftaran

**Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan /

swasta hendaklah membawa bersama surat pengesahan penajaan (yang

asal) semasa mendaftar**

Pembayaran

TIDAK DIKEMBALIKAN jika anda

berhenti dari menjadi pelajar

PSMZA.

2.3

Gambar berukuran kad pengenalan (berwarna)

– 3 keping (nama dan kursus dicatat

pada belakang setiap keping gambar).

PELAJAR LELAKI – Gambar berambut pendek dan baju berkolar.

PELAJAR PEREMPUAN – Gambar bertudung (MUSLIM) dan berpakaian

sopan.

3.0 PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

Sila rujuk bahaigan a: maklumat am item no 5.0: RUPADIRI (pelajar lelaki diwajibkan

memakai BAJU KEMEJA dan BERKASUT dan pelajar wanita memakai BAJU KURUNG

, BERTUDUNG (untuk yang Muslim) dan KASUT BERTUTUP semasa mendaftar)

(9)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

PERMOHONAN PINJAMAN PTPTN

1. Permohonan pinjaman PTPTN terbuka kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Ijazah Sarjana, Doktor Falsafah dan beberapa Kursus Profesional samada secara sepenuh masa atau separuh masa.

2. Pelajar Lepasan Diploma / Ijazah Pertama / Ijazah Sarjana yang pernah mendapat pinjaman PTPTN dan ingin memohon semula pinjaman untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi mesti mengemukakan surat penangguhan bayaran balik pinjaman yang diperolehi semasa pengajian terdahulu. Pelajar boleh memuat turun surat penangguhan bayaran balik dari laman web PTPTN http://www.ptptn.gov.my.

3. Pelajar yang telah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian atau mendapat penaja lain boleh memohon pinjaman kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.

SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN PINJAMAN PTPTN

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: i. Pemohon adalah warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;

iii. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;

iv. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi;

v. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;

vi. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas;

vii. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun.

viii. Pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin;

ix. Tidak mempunyai penaja lain; dan

x. Jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.

PERHATIAN:

Panduan dan peraturan am mengisi surat tawaran pinjaman, dokumen perjanjian, lampiran perjanjian dan dokumen jaminan pinjaman pendidikan PTPTN boleh didapati dari laman web PTPTN

http://www.ptptn.gov.my setelah permohonan pinjaman PTPTN diluluskan. Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah DISERAHKAN kepada pegawai PTPTN pada sesi taklimat dan kutipan dokumen perjanjian (akan diberitahu oleh pihak Politeknik) atau melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar Politeknik masing-masing.

(10)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

Senarai Semak Sebelum Hadir Pada Hari Pendaftaran

Semak dan tandakan  pada petak yang berkenaan sekiranya telah disediakan sebelum bertolak ke Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu pada tarikh yang telah dimaklumkan untuk mendaftar diri.

I. Dokumen asal

a. Slip Pendaftaran Dalam Talian (Online) b. Kad Pengenalan

c. Surat Tawaran Ke Politeknik d. Sijil SPM / SPM(V)

e. Dokumen Ko-kurikulum (yang berkenaan) f. Sijil Berhenti Sekolah

g. Surat Akuan / Testimonial (jika ada)

h. Borang Pendaftaran ( BHEP1-BHEP6 yang telah lengkap) i. Borang Maklumat Peribadi

ii. Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung iii. Kebenaran Pembedahan

iv. Akuan Pelajar & Ibubapa/Penjaga v. Laporan Pemeriksaan Kesihatan vi. Akujanji Pelajar

i. Semak Rupadiri Pelajar

j. Slip Yuran Pengajian dan Yuran Aktiviti (dengan salinan) k. Gambar berwarna terkini – 3 keping semasa hari pendaftaran

(11)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

BORANG

KOPERASI

(12)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

KOOP1 No. Ahli:

Untuk Kegunaan Pej.Koop

KOPERASI POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN BHD KM08, JALAN PAKA, 23000 DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN

BAHAGIAN A: MAKLUMAT AHLI

PERMOHONAN KEAHLIAN KOPERASI SESI: cth:Jul2008/Jan2009

1.Nama: 2.No.Pendaftaran: 1 3 F 3.No.Kad Pengenalan:

4.Tarikh Lahir: ddmmyyyy No akaun bank:

5.Pekerjaan: 6.Alamat Tetap:

BAHAGIAN B: PERAKUAN AHLI

1. Saya memohon untuk membeli syer koperasi ini yang berharga RM20.00 satu unit syer sebanyak

unit syer.

2. Bersama-sama ini saya sertakan wang tunai/money order/postal order/bank draf No:_______________

untuk:

a) Syer sebanyak _______________ unit RM ………. b) Fee masuk RM 5.00

3. Saya juga menyertakan no akaun bank seperti dibawah untuk tujuan bayaran saham dan dividen :

No akaun bank:

Nama bank dan caw:

4. Saya mengaku patuh kepada Undang-Undang Kecil Koperasi Ordinan Koperasi 33/48

Tarikh:___________________ Tandatangan Ahli:_____________________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

Tarikh:________________________

Kami mengesahkan menerima wang tunai/money order/ postal order/Bank draf No:________________

berjumlah RM________________________ Resit No:_____________________

No.Ahli :

Tandatangan Pegawai Tandatangan Pegawai

……….. ………

(13)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

PIAWAIAN MINIMUM PELAJAR POLITEKNIK BORANG SENARAI SEMAK RUPADIRI PELAJAR

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Nama Pelajar : ____________________________ No Matrik : ________________ NO I/C : ____________________________

Bil RUPADIRI PELAJAR LELAKI TINDAKAN

1 Baju berkolar dan berlengan

2 Memakai seluar panjang (slack) bukan dari jeans khaki, jeans dan couldroy

3 Baju kemas dibutang dan dimasukkan ke dalam

4 Baju tiada corak gambar/tulisan negatif/iklan perdagangan 5 Lengan baju tidak dilipat/digulung

6 Pakaian tidak ditampal/koyak 7 Memakai kasut dan stokin

8 Tidak memakai barang kemas/perhiasan yang tidak munasabah 9 Tidak memakai cermin mata hitam/topi

10 Rambut pendek kemas tidak diwarnakan/berekor/berjambul 11 Tidak berkuku panjang

Bil RUPADIRI PELAJAR PEREMPUAN TINDAKAN

1 Tidak memakai jeans, slack, seluar pendek dan pakaian yang menutup muka

2 Memakai pakaian yang menutup aurat (pelajar Islam) 3 Tidak memakai pakaian menjolok mata (pelajar bukan Islam) 4 Memakai kasut bersesuaian

5 Pakaian tidak ditampal/koyak 6 Baju berkolar dan berlengan

7 Tidak memakai cermin mata hitam/topi 8 Tidak berkuku panjang

*Bagi kes pelajar tidak akur, tandakan di dalam ruangan TINDAKAN.

Catatan: ______________________________________________________________________ Tandatangan Pelapor, Tandatangan Pelajar,

__________________ ___________________

(Nama: ) (Nama: ) Tarikh: Tarikh:

(14)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

BORANG

ASRAMA

(bagi yang

ditawarkan

asrama)

(15)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, KM 08, JALAN PAKA,

23000 DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN.

Telefon : 09-8400800 ext 3047 Faks : 09-8458781

AKUAN MENERIMA TAWARAN PENEMPATAN KAMSIS

Saya ……… No. Kad Pengenalan ……….

Faham bahawa sepanjang saya menetap di KAMSIS POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN,DUNGUN TERENGGANU akan mematuhi segala peraturan kamsis PSMZA khasnya dan AKTA 174 seperti yang telah diperuntukkan kepada saya. Sepanjang tempoh itu juga saya berjanji akan menjadi warga PSMZA yang mulia, berakhlak dan bijaksana disisi agama, bangsa dan negara.

Dengan ini saya menerima TAWARAN PENEMPATAN KAMSIS ini dengan rela dan sedia menerima sebarang hukuman yang dikenakan terhadap diri saya sekiranya saya

melakukan sebarang kesalahan jika didapati bersalah. Sehubungan dengan itu

sebarang masalah peribadi dan harta peribadi saya adalah tanggungjawab saya. Kehilangan atau kerosakan harta awam dan harta PSMZA jika disebabkan oleh saya, akan ditanggung oleh saya sendiri.

Sekian.

Tandatangan Pelajar Tandatangan Saksi

( ) ( )

Tarikh : No. K/P :

(16)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, KM 08, JALAN PAKA,

23000 DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN.

Telefon : 09-8400800 ext 3047 Faks : 09-8458781

BORANG PENGAKUAN PENJAGA

Kamsis Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun Terengganu mempunyai kemudahan tempat tinggal yang sangat terhad. Oleh itu penjaga dan anak jagaan mereka adalah sangat bertuah kerana diberi tempat tinggal di Kamsis Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun Terengganu. Jesteru itu, hargailah kemudahan yang diberikan ini. Dengan ini saya ………...……... memberi jaminan anak

(nama penjaga)

saya ………. tidak akan melakukan perkara-(nama pelajar)

perkara berikut :

Merokok di mana-mana kawasan kampus dan kamsis

Keluar meninggalkan kawasan kamsis tanpa mendapatkan kebenaran “Fellow”

Melanggar mana-mana peraturan Kamsis

Melanggar mana-mana AKTA 174

Sekiranya didapati anak / jagaan saya pada pada bila-bila masa melakukan perkara-perkara di atas saya ……… membenarkan pihak pengurusan Kamsis Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun Terengganu mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut paraturan yang diperuntukkan oleh pihak pengurusan Kamsis PSMZA dan AKTA 174.

Dengan ini kami menerima tawaran penempatan di Kamsis Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun Terengganu untuk sesi pengajian ...

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga Tandatangan Anak

( ) ( )

No. K/P : No. K/P :

(17)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

KAMSIS POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, KM 08, JALAN PAKA,

23000 DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN.

Telefon : 09-8400800 ext 3047 Faks : 09-8458781

MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR KAMSIS PSMZA

SESI

: ____________________________________

NO. BILIK

: ____________________________________

TARIKH MASUK

: ____________________________________

A.

BUTIRAN PELAJAR

1.

NAMA

: _______________________________________________________________

2.

NO. K/P

: __________________________________

3.

NO. PEND. : __________________________________

4.

KURSUS

: _______________________________________________________________

5.

JABATAN

: _______________________________________________________________

6.

SEMESTER : __________________________________

7.

JANTINA

: __________________________________

8.

BANGSA

: __________________________________

9.

NO. TEL.

: __________________________________

10.

ALAMAT TETAP

:

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

B.

BUTIRAN KELUARGA

1.

NAMA WARIS/KELUARGA TERDEKAT : _______________________________________

2.

NO. K/P

: ____________________________________

3.

NO. TEL. RUMAH : ______________________________

4.

NO. TEL. BIMBIT

: ______________________________

(18)

Maklumat am dan pendaftaran sesi dis 2017 prepared by: rasidahsidek.psmza.edu.my

5.

ALAMAT

:

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

C.

PERAKUAN PELAJAR

SAYA MENGAKU BAHAWA SEMUA KETERANGAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

________________________

( Tandatangan Pelajar )

Tarikh : _______________

PERHATIAN:

*KEMUDAHAN BANTAL TIDAK DISEDIAKAN OLEH PIHAK KAMSIS. SILA BAWA BANTAL SENDIRI. *BORANG INI HENDAKLAH DIHANTAR SEMASA MENDAFTAR KAMSIS.

Cop tarikh terima

Masa di semak : ___________________ Masa serah kunci : ______________

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan menganalisis kemampuan isolat dalam menghasilkan prebiotik manooligosakarida (MOS) dari bungkil inti sawit (BIS) serta mengujinya

Diagnosis CMV pada bayi baru lahir dapat dilakukan bergantung pada ada tidaknya virus dari pemeriksaan isolasi virus melalui urin, identifikasi DNA CMV dengan pemerik- saan

Malaria adalah penyakit infeksi menular yang disebabkan oleh parasit dari genus Plasmodium, yang ditularkan melalui gigitan nyamuk anopheles

Melihat pentingnya komunikasi interpersonal dalam mewujudkan keluarga harmonis dan bahagia, kurangnya pemahaman akan pentingnya komunikasi interpersonal, serta

DESKRIPSI UNIT : Unit kompetensi ini mencakup pengetahuan, keterampilan, dan sikap kerja yang diperlukan untuk melaksanakan sistem manajemen keselamatan dan

Metode penelitian yang digunakan untuk mencapai target dan tujuan penelitian dengan mendesign prototype sistem pengontrolan rumah kaca cerdas untuk budidaya tanaman bunga

produksi buah pohon induk menjadi terganggu. Pertumbuhan bibit cangkokan tidak dimulai dari awal, tetapi lanjutan dari pertumbuhannya sebagai cabang dari tanaman induknya. Oleh

Tabel spesifikasi atribut merupakan daftar atribut yang digunakan sistem untuk memprediksi kemampuan konsumen berdasarkan variabel dalam prinsip 5C yang terdapat