• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDAHULUAN. Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENDAHULUAN. Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Tahniah!!"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENDAHULUAN

Tahniah dan syabas kepada saudara/i kerana telah terpilih untuk meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baru Peringkat Diploma ini disediakan sebagai

panduan dan maklumat kepada bakal pelajar mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa saudara/i melaporkan diri dan perkara-perkara yang mesti dipatuhi sebaik sahaja saudara/i menjadi pelajar. Saudara/i disarankan untuk meneliti dan mengikuti semua arahan dan saranan yang telah digariskan di dalam panduan ini.

Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.

(3)

SENARAI SEMAKAN

Untuk memudahkan urusan pendaftaran kemasukan saudara/i, sila pastikan bahawa

perkara-perkara berikut telah dilakukan:

1. Semak status saudara/i di laman web ini iaitu : http://www.upsi.edu.my/online

2. Memilih setuju terima/menolak penawaran. 3. Memilih sah dan terima Aku Janji Pelajar (Online)

4. Cetak dari laman web Portal Kemasukan UPSI (laman web semakan) i. Surat Tawaran Kemasukan (Online).

- Surat tawaran kemasukan (online) ini adalah surat tawaran asal dan hanya dikeluarkan sekali (1) sahaja. Sila pastikan saudara/i membuat salinan yang secukupnya.

ii. Panduan Pengguna MyUPSI Portal iii. Panduan Pembayaran Yuran Pengajian iv. Dasar dan Peraturan Pelajar

v. Yuran Pengajian

vi. Sila lawati URL ini https://bhea.upsi.edu.my/admission/dipjun2021/ untuk muat turun borang-borang berikut:

a. Borang Pengesahan Pendapatan (B5)

b. Surat Kebenaran Pemotongan Pinjaman atau Tajaan

c. Keperluan-keperluan seperti dalam nota makluman Permohonan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

5. Cetak Slip Jadual Kuliah pada 9 Ogos 2020 (Ahad) di MyUPSI Portal.

6. Sila buat pembayaran yuran pengajian di Cawangan Bank Islam di seluruh

Malaysia mulai atau pada 9 Jun 2020 (Selasa) sehingga 20 Julai 2020.

7. Sila ‘upload’ (muatnaik) satu salinan dokumen yang diperlukan (rujuk m/s 9) ke URL ini https://oais.upsi.edu.my/evaultSPM/ selewatnya 20 Julai 2020.

(4)

SYARAT–SYARAT

TAWARAN KEMASUKAN

1. Syarat Penerimaan Masuk

Tawaran masuk ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

1.1 Menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran

kemasukan.

1.2 Anda mesti mengesahkan penerimaan tawaran ini dengan segera melalui

laman web www.upsi.edu.my/online atau

www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran. Sekiranya Universiti tidak

menerima pengesahan daripada anda, anda akan dianggap menolak tawaran dan seterusnya tawaran ini luput dengan sendirinya dan tempat anda akan ditawarkan kepada calon lain. KAMI TIDAK AKAN

MENGHANTAR PERINGATAN SECARA POS.

1.3 WAJIB menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti,

Universiti Pendidikan Sultan Idris;

1.4 Sila pastikan Bahagian 1, 2, 3 dan 7 (Perakuan Kebenaran Bius

(Anaesthesia) Dan Pembedahan) pada Borang Laporan Pemeriksaan

Kesihatan dilengkapkan. Bahagian 4, 5 dan 6 diisi oleh Pegawai Perubatan yang memeriksa. Anda dianggap tidak membuat pemeriksaan kesihatan sekiranya laporan tersebut tidak lengkap;

1.5 Universiti berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk

memastikan sama ada anda benar-benar sihat untuk belajar.

1.6 Tawaran ini terbatal sekiranya :

1.6.1 anda adalah seorang Pegawai Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.6.2 anda adalah seorang penuntut yang sedang mengikuti pengajian di maktab-maktab perguruan atau institusi-institusi pendidikan tinggi dalam atau luar negara atau sedang mengikuti program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi tempatan. Tempoh pengesahan menerima tawaran/ menolak tawaran sehingga 8 Jun 2020 (Isnin) sahaja!!!!

(5)

1.6.3 anda gagal melaporkan diri, walaupun anda telah mengesahkan penerimaan tawaran ini, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat setelah mendapat keizinan daripada pihak UPSI.

1.7 UPSI berhak menarik balik tawaran ini pada bila-bila masa

atau ditamatkan pengajian anda pada mana-mana peringkat tempoh pengajian apabila didapati kenyataan dan maklumat yang anda berikan adalah tidak benar.

2. Etika Pelajar

Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki:

2.1 mematuhi undang-undang negara dan undang-undang Universiti iaitu Akta

Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2012), Perlembagaan Universiti, Statut, Kaedah dan Peraturan dan keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa;

2.2 sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta serta

kemudahan-kemudahan perkhidmatannya dari dirosakkan oleh sesiapa juga;

2.3 tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang

perjalanan dan urusan Universiti seperti memulaukan kuliah dan sebagainya atau melibatkan diri dengan kegiatan–kegiatan yang boleh menjejaskan nama baik Universiti;

2.4 menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti;

2.5 bekerjasama dengan Pengetua–Pengetua Kolej Kediaman dan patuh

kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada anda penghuni atau tidak;

2.6 mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan

serta khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh Universiti untuk anda;

dan

2.7 menjelaskan semua yuran yang dikenakan pada tarikh yang ditetapkan

(6)

3. Peraturan Pakaian

Sepanjang tempoh pengajian, anda dikehendaki mematuhi Peraturan Pakaian yang ditetapkan seperti berikut:

3.1 Peraturan Pakaian Pelajar Lelaki

3.1.1 setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai dan kemas iaitu berseluar panjang dengan berbaju kemeja lengan panjang dan bertali leher. Bahagian bawah baju hendaklah dimasukkan ke dalam bahagian seluar pada paras pinggang;

3.1.2 berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan perlu bersesuaian dan kemas;

3.1.3 memakai seluar panjang yang bersih, kemas dan sopan. Pakaian jeans tidak dibenarkan sama sekali;

3.1.4 memakai pakaian sukan yang sesuai semasa bersukan atau berekreasi;

3.1.5 memakai kasut kulit dan berstokin.

3.2 Peraturan Pakaian Pelajar Perempuan

3.2.1 Setiap pelajar hendaklah berpakaian yang sesuai, seperti berbaju kurung, kebaya labuh atau pakaian etnik masing-masing yang sesuai, kemas dan tidak menjolok mata. Baju mestilah berlengan panjang atau paras siku dan tidak sendat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;

3.2.2 Pelajar Islam digalakkan bertudung tetapi tidak menutup sebahagian atau seluruh daripada muka (berpurdah);

3.2.3 Memakai seluar yang bersesuaian, bersih dan sopan. Jeans dan kemeja T tidak dibenarkan sama sekali;

3.2.4 Memakai “make-up”, aksesori dan pewangi secara sederhana; 3.2.5 Memakai kasut yang menutup jari kaki, lereng kaki dan tumit.

5. Program Yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan kepada anda adalah muktamad berdasarkan kepada

kelayakan yang anda miliki dan anda tidak dibenarkan menukar program

pengajian. Anda juga tidak dibenarkan menangguh kemasukan ke UPSI.

(7)

6. Kuliah

Kuliah akan bermula pada 10 Ogos 2020 (Isnin). Anda dikehendaki mendaftarkan

diri lebih awal seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran. Sila pastikan anda mencetak slip Pendaftaran Kursus & Jadual Kuliah yang akan dipaparkan di

MyUPSI Portal masing-masing bermula pada 9 Ogos 2020 (Ahad).

8. Panduan Capaian Sistem Maklumat Bersepadu Universiti (SMBU) & Emel Pelajar i. SMBU boleh dicapai menerusi gerbang di http://login.upsi.edu.my/.

ii. Senarai aplikasi pelajar adalah seperti berikut:

iii. Pelajar boleh mengakses SMBU (eMySIS, Portal MyUPSI, Portal LMS MyGuru) menggunakan satu (1) akaun pengguna dengan panduan seperti berikut :

KATA NAMA : < Huruf pertama no matrik + 6 digit terakhir nombor matrik > Contoh : Bagi No. Matrik D20021012345, Kata nama = D012345

KATA LALUAN :

<Nombor Kad Pengenalan tanpa ‘-‘ ATAU nombor pasport> bagi login kali pertama

(8)

iv. Pelajar disediakan akaun emel rasmi sepanjang pengajian di UPSI

KATA NAMA : <Id Portal MyUPSI Portal>@siswa.upsi.edu.my Contoh : D012345@siswa.upsi.edu.my

KATA LALUAN : Kata laluan emel default boleh disemak melalui Portal MyUPSI

Sebarang masalah berkaitan emel, boleh dikemukakan melalui emel ke

support@siswa.upsi.edu.my v. Sistem Pengurusan Kata laluan

Pelajar boleh mengemaskini dan reset kata laluan bagi akaun SMBU masing-masing secara kendiri.

(9)

PERSEDIAAN SEBELUM

MELAPOR DIRI

1. Pemeriksaan Kesihatan

Saudara/i WAJIB membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UPSI.

Borang ini WAJIB dihantar pada hari pendaftaran di Kaunter Pusat Kesihatan.

Pusat Kesihatan akan menetapkan tarikh pemeriksaan kesihatan di UPSI dan sila lihat di tarikh jemu janji di MyUPSI Portal masing-masing selepas mendaftar di UPSI.

2. Bayaran Yuran Pendaftaran

2.1 Saudara/i WAJIB menjelaskan bayaran yuran tersebut melalui mana-mana

cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang berdekatan dengan

mengemukakan kad pengenalan dan surat tawaran kemasukan online.

Kaedah lain pembayaran yuran adalah seperti di Lampiran A. Tiada

kaunter pembayaran yuran akan dibuka pada hari pendaftaran.

2.2 Sekiranya saudara/i menghadapi sebarang masalah mengenai

pembayaran, sila hubungi Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari di

talian 015-48797744 / 7755/7738 / 7733.

2.3 Jika saudara/i ingin menarik diri dari pengajian. Berikut adalah kadar

bayaran balik yuran berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga

Pengarah Universiti Kali Ke 125 Bil. 5/2019 bertarikh 27 September 2019

Tempoh/ Perkara Kadar Bayaran Catatan

 Menolak tawaran atau tidak mendaftar

 Keseluruhan yuran yang

dibayar  Permohonan

bayaran balik perlu dikemukakan bersama Memo / Surat Pengesahan oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik atau Institut Pengajian Siswazah.  Minggu Orientasi  100% yuran-yuran

kecuali pendaftaran, pemeriksaan kesihatan dan yuran pengurusan antarabangsa

 Kelayakan bayaran hanya bagi semester pertama sahaja

 Tempoh bayaran balik yuran adalah berdasarkan tarikh permohonan menarik diri

 Permohonan bayaran balik perlu dikemukakan bersama Surat Kelulusan Menarik Diri oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik atau Institut Pengajian Siswazah.  Tidak lebih 4 minggu (28 hari) dari tarikh permulaan semester  50% yuran-yuran kecuali yuran pendaftaran, pemeriksaan kesihatan dan yuran pengurusan antarabangsa

(10)

Tempoh/ Perkara Kadar Bayaran Catatan  Selepas 4 minggu

(28 hari) dari tarikh permulaan semester

 Tiada bayaran balik

3. Persediaan Pakaian dan Keperluan Lain

Saudara/i dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut:

3.1 Pakaian kuliah/tutorial dan urusan rasmi universiti (mengikut Kod Etika Pakaian Universiti)

3.2.1. Lelaki : pakaian pejabat/bertali leher

3.2.2 Perempuan : pakaian kemas dan sopan seperti Etika Berpakaian

Dan Sahsiah Rupadiri Pelajar) 2014)

4 Gambar

4.1 Menyediakan gambar berwarna yang terbaru berukuran pasport untuk borang-borang seperti di bawah. Semua dokumen yang telah lengkap

hendaklah diserahkan seperti arahan berikut:

4.1.1 satu (1) keping gambar untuk dilekatkan (digam) pada Fail Pelajar Fakulti yang akan diberikan oleh pihak Fakulti. Sila hantar ke

Pejabat Am Fakulti di fakulti masing-masing.

4.1.2 selebihnya gambar adalah untuk simpanan pelajar & kegunaan

(11)

5 Sijil dan Salinan Sijil

Sila UPLOAD SATU SALINAN SAHAJA sijil-sijil berikut ke dalam URL

https://oais.upsi.edu.my/evaultSPM/ selewatnya 20 Julai 2020.

DOKUMEN TINDAKAN

i. 1 Salinan Kad Pengenalan (dipalang disudut atas kiri)

ii. 1 Salinan kad OKU (jika berkenaan) iii. 1 Salinan Surat Beranak/Sijil Lahir iv. 1 Salinan Surat Tawaran

v. 1 Salinan Sijil SPM

vi. Borang Pengesahan Pendapatan

Saudara/i dikehendaki :

1. Muat Naik (Upload) kesemua dokumen di sebelah di URL

https://oais.upsi.edu.my/evaultSPM/

2. Mohon imbas salinan dokumen berkenaan dalam bentuk PDF sahaja.

3. Sila muat naik (upload) salinan dokumen berkenaan sebelum mendaftar pada hari pendaftaran di UPSI.

* Semua salinan mestilah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A (Pegawai Kerajaan yang mempunyai Ijazah) sebelum diimbas dan dimuatnaik ke dalam sistem disediakan.

6 Pembukaan Akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

6.1 Merujuk kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 27 Mei 2020 :-

6.1.1 Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. 6.1.2 Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada pelajar

berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP termasuk Pelajar baharu bagi sesi akademik

2020/2021 di semua UA iaitu Kemasukan pelajar Asasi dan Diploma di UA seawal 1 Ogos 2020.

6.2 Pelajar UPSI adalah WAJIB mempunyai akaun simpanan BIMB.

6.3 Pelajar dikehendaki membuka akaun simpanan BIMB dimana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan. Jika tiada cawangan Bank Islam berdekatan, pelajar boleh membuka akaun semasa berada di UPSI.

* Semua salinan mestilah disahkan oleh Pegawai Kumpulan A (Pegawai Kerajaan yang mempunyai Ijazah)

(12)

6.4 Deposit pembukaan akaun simpanan yang dikenakan oleh pihak bank adalah antara RM20.00 (Akaun Asas) – RM100.00 (Akaun Biasa). Pelajar boleh keluarkan semula duit deposit dan tinggalkan baki minimum RM10.00.

6.5 Sekiranya PdP secara atas talian dilaksanakan bagi kemasukan pelajar baharu, Universiti akan membuat bayaran balik yuran mengikut kadar pengurangan yang telah ditetapkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bayaran akan dibuat ke akaun Bank Islam pelajar.

7 Bantuan Kewangan

7.1 Saudara/i boleh memohon bantuan kewangan daripada agensi atau pertubuhan lain seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan-yayasan Negeri, Bank atau Institusi Kewangan, kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya.

7.2 Borang Pengesahan pembayaran yuran bagi permohonan mengeluarkan wang melalui Skim Pengeluaran Pendidikan KWSP boleh mohon di Kaunter Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari atau emailkan permohonan surat pengesahan KWSP ke ukpk@bendahari.upsi.edu.my.

7.3 Walau bagaimanapun borang bagi pengeluaran wang KWSP hanya boleh didapati di cawangan-cawangan KWSP sahaja.

7.4 Untuk maklumat lanjut, saudara/i boleh merujuk kepada Unit Kewangan dan

Kebajikan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 015-4879 7148/7149/7340

(13)

PANDUAN KE

TANJONG MALIM

1. Bagi saudara/i yang tiba dengan penerbangan, bolehlah datang ke Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan menaiki teksi atau bas dari Lapangan Terbang. Kadar tambang teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang adalah dalam anggaran RM140.00 dan ke atas.

2. Bagi saudara/i yang datang dari arah utara, selatan dan timur boleh menggunakan sama ada jalan biasa atau Lebuhraya PLUS dan keluar di persimpangan Tol Tanjong Malim. Jarak Kampus dari Tol Tanjong Malim ialah lebih kurang 15 km.

3. Bagi saudara/i yang datang dengan keretapi, jarak perjalanan dari stesen keretapi ke kampus hampir lima kilometer (10 km). Sila lihat peta panduan yang disertakan.

(14)

PERTANYAAN

Sekiranya saudara/i mempunyai kemusykilan mengenai tawaran ini sila hubungi:

Pejabat Perkara No.Telefon

Bahagian Hal Ehwal Akademik

- Surat Tawaran - Tarikh Lapor Diri - Jadual Kuliah 015-48797982/7872 015-48797985/7875 Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Kediaman KHAR : 015 – 48797900 KUO : 015 – 48797100 KZ : 05 – 4583259 KAB : 05 – 4581252 PTPTN 015-4879 7148/7149/7340

Urusetia Pengangkutan Pelajar Dari

Sabah & Sarawak 015-48797340

Minggu Orientasi Pelajar 015-48797831/7832/7837

Pemeriksaan Kesihatan 05- 4506668/6671

Bendahari Yuran 015 – 48797744 / 7738 / 7733 / 7755

MAKLUMAN PENTING!!!!

Kesesakan kenderaan ibu bapa/pelajar baharu di tempat pendaftaran akan berlaku kerana jumlah kemasukan yang ramai. Kawasan parkir kenderaan di kolej kediaman juga amat terhad. Berkongsi kenderaan untuk datang mendaftar amat digalakkan. Kesabaran dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.

PENCEGAHAN WABAK DENGGI

Jika anda mengalami DEMAM dalam tempoh 2 minggu sebelum pendaftaran, sila dapatkan rawatan di klinik berhampiran dan saringan DENGGI (jika perlu).

Sila maklumkan kepada pegawai Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di talian 05-450 6668/5347/6671 jika anda DISAHKAN mengalami DEMAM DENGGI.

Referensi

Dokumen terkait

Hidrosefalus adalah akumulasi cairan serebro spinal dalam ventrikelserebral, ruang subarachnoid atau ruang subdural (Suriadi dan Yuliani,

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahwa ternyata dukungan organisasi yang dirasakan karyawan sebagai mediator pengaruh keadilan prosedural

CTRA memiliki indikator Stoc osc, Macd, dan Rsi mengindikasikan pola Uptrend, CTRA berhasil menembus Resistance di level harga 1235 sehingga. terbuka peluang untuk menguji

DESKRIPSI UNIT : Unit kompetensi ini mencakup pengetahuan, keterampilan, dan sikap kerja yang diperlukan untuk melaksanakan sistem manajemen keselamatan dan

Akurasi nilai k tidak stabil dipengaruhi oleh sebaran data pada suatu kelas yang tidak beraturan (sebaran data tetangga pada suatu kelas yang sama dapat

produksi buah pohon induk menjadi terganggu. Pertumbuhan bibit cangkokan tidak dimulai dari awal, tetapi lanjutan dari pertumbuhannya sebagai cabang dari tanaman induknya. Oleh

Pelajar baharu yang menarik diri dari Universiti dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran, bayaran akan dikembalikan setelah ditolak bayaran Yuran Kemasukan.. Tiada

(a) Akan mematuhi subsyeksyen 10(1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174], untuk tidak menjadi ahli, atau dengan apa-apa cara bersekutu