• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 1-7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan 1-7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai."

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

TINGKATAN 2 : BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1 JAM)

Arahan am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 -7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 bayu Laut China Selatan amat nyaman dan memberikan ilham kepada Wafa untuk berkarya.

A Kocakan B Hembusan

C Hempasan

D Gegaran

2 Impian Aleesa untuk menjadi doktor bakal menjadi tawaran belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. A harapan

B kejayaan C kebetulan D kenyataan

setelah dia mendapat

3 Seremban ialah Negeri Sembilan dan jaraknya dengan Kuala Lumpur hanyalah lebih kurang 100 kilometer.

A kota raya B bandar raya C ibu negeri D ibu negara

4 Walaupun Khaled melakukan kesalahan itu, dia tetap menafikannya. A jelas-jelas

B mentah-mentah C senang-senang D terang-terang

(2)

5 Ubat untuk mencegah ketagihan rokok dihasilkan melalui __________yang dilakukan oleh pakar perubatan tempatan.

A penemuan B penyiasatan C penyelidikan D pengetahuan

6 Yang di-Pertuan Agong bersetuju untuk ___________ pelantikan menteri kabinet baharu selepas dicadangkan oleh Perdana Menteri.

A mengesahkan B memasyhurkan C memperkenankan D mengisytiharkan

7 “Jarak __________ sebuah meja dengan meja yang lain ialah satu meter,” arah Cikgu Awatif kepada pelajar-pelajarnya. A dari B antara C di antara D daripada Soalan 8 – 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Kerja-kerja tanaman padi terganggu kerana keadaan cuaca tidak menentu di daerah Kerian

A B

belakangan ini. Tiada kesalahan. C D

9 Acara keramaian di istana Melaka telah dibatalkan kerana baginda sultan sedang sakit.

A B C

Tiada kesalahan. D

(3)

10 Pak Sahak memperelokkan ruang tamu rumahnya kerana anak perempuannya akan A B

melangsungkan pertunangan pada hujung minggu ini. Tiada kesalahan.

C D

11 Terima kasih saya ucapkan kerana anda tidak berbuat bising di tempat ini. Tiada kesalahan. A B C D

12 Batuk yang dihidap oleh Mak Temah masih juga tidak kurang walaupun berbagai ubat A B C

telah diambil. Tiada kesalahan. D

13 Para pekerja dikehendaki mematuhi arahan yang diberikan demi untuk melicinkan

A B

kerja-kerja pejabat. Tiada kesalahan. C D

14 Mangsa kemalangan itu telah diletakkan di atas pengusung lalu dimasukkan ke dalam A B C ambulans. Tiada kesalahan.

D

Soalan 15-17

Pilih ayat- ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15 I Perasaan rindunya terhadap kampung halaman tidak pernah padam. II Masih belum padam semangat Johari untuk menewaskan lawannya. III “Padam muka budak nakal itu,” kata Shary kepada Mary.

IV Api yang membakar tunggul-tunggul kayu itu telah padam. A I dan IV sahaja

B III dan IV sahaja C I,II dan III sahaja D I,II dan IV sahaja

(4)

16 I Wira dan wirawati berkahwin pada penghabisan cerita. II Adik saya berpuasa sehingga penghabisan bulan Ramadan. III Kereta itu tersadai di tepi jalan kerana penghabisan minyak. IV Dia berlari sekuat-kuat hati sehingga penghabisan tenaga. A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja C I,II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

17 I Emak menjemput garam dan memasukkannya ke dalam gulai. II Ayah menjemput abang di lapangan terbang pada petang Ahad.

III “Datang tak menjemput, pergi tak dihalau,” kata Farid dengan geramnya. IV Pak Borhan menjemput penduduk kampung ke majlis perkahwinan anaknya. A I dan II sahaja

B II dan III sahaja C I, II dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

Soalan 18 – 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Sebahagian daripada pelajar sekolah tersebut merupakan penerima biasiswa sebuah yayasan di Kuala Lumpur.

A Sebahagian dari pelajar

B Sebahagian daripada pelajar–pelajar C Sebahagian dari pelajar-pelajar D Sebahagian daripada pelajar

19 Ahli pengakap akan menjalankan gotong-royong bagi membersihkan surau sekolah pada minggu hadapan.

A menjalankan bergotong-royong B menjalani bergotong-royong C menjalani bergotong-royong

(5)

20 Kehidupan Pak Amin yang dahulunya susah, sekarang sudah sangat senang–lenang setelah semua anaknya bekerja.

A sudah senang -lenang B sangat senang-lenang C sangat sudah senang-lenang D sudah sangat senang-lenang

21 Kami akan bersihkan kawasan belukar di belakang dewan itu secara bergotong-royong. A Akan dibersihkan oleh kami

B Kami akan membersih C Akan kami bersihkan D Kami akan bersihkan

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Proton Persona yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu adalah antara model yang mencatatkan jualan paling tinggi bagi pengeluar kereta nasional.

A Pengeluar kereta nasional telah mengeluarkan Proton Persona pada bulan Ogos tahun lepas untuk mencatatkan jualan yang meningkat.

B Model yang mencatatkan jualan paling tinggi bagi pengeluar kereta nasional ialah model Proton Persona yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas.

C Proton Persona akan menjadi model terlaris bagi pengeluar kereta nasional walaupun baru dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu.

D Proton Persona yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu memberikan keuntungan tertinggi kepada pengeluar kereta nasional.

23 Kerajaan telah bersetuju untuk menjadikan enam perayaan yang melibatkan kaum-kaum utama di negara ini sebagai perayaan nasional.

A Sebanyak enam perayaan yang melibatkan kaum-kaum utama di negara ini telah dijadikan perayaan nasional oleh kerajaan.

B Kerajaan bersetuju untuk menjadikan perayaan nasional di negara kita terdiri daripada enam kaum utama.

C Perayaan nasional yang melibatkan kaum-kaum utama di Malaysia akan diadakan oleh kerajaan.

(6)

24 Sekiranya rakyat tidak bersatu padu, keamanan yang kita nikmati akan tergugat. A Seandainya suasana tidak aman, rakyat tidak dapat hidup bersatu padu.

B Keamanan yang kita nikmati akan digugat seandainya rakyat tidak bersatu benar-benar. C Kesenangan yang kita lalui sekarang akan musnah sekiranya rakyat tidak bersatu padu. D Kita memerlukan rakyat yang bersatu padu agar kita dapat terus hidup dalam aman.

Soalan 25-27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Sejak belakangan ini, abang selalu terjaga di tengah malam buta.

II Masyarakat diseru untuk mempelajari sejarah tanah air bagi melahirkan warga yang patriotik.

III “Kami mestilah membersihkan kelas masing-masing pada setiap pagi,” kata pengetua kepada pelajar-pelajar.

IV Berlonggok-longgok batu terdapat di kawasan pembinaan rumah banglo tersebut. A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

26 I Jalur Gemilang berkibaran di tepi-tepi jalan sepanjang bulan Ogos.

II Salam menanyakan ketuanya masa mereka akan bertolak ke Teluk Kemang. III Hartawan itu menderma seperempat bahagian hartanya kepada anak-anak yatim. IV Pak Cik Asraf memiliki koleksi setem-setem lama yang disimpannya sejak remaja. A I dan IV sahaja

B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

27 I Beg yang berat itu tidak terangkat oleh saya.

II Penjenayah itu telah ditembak polis daripada sudut yang sukar. III Tuan pengurus meminta jurutaip menaip surat itu semula.

IV Tukang masak itu mengajar suri rumah bagaimanakah kek dimasak. A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja

(7)

Soalan 28 – 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.

28 Peribahasa di atas sama maksud dengan peribahasa A bagai bulan jatuh ke riba

B seperti tikus jatuh ke beras

C kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan D orang mengantuk disorongkan bantal

29 Fizah bercerita tentang novel yang sebenarnya telah dibaca oleh rakannya, Anisa. Perbuatan Fizah itu umpama

A lunak gigi daripada lidah B membuang garam ke laut C orang buta diberi bersuluh D mencurah air di daun keladi

30 Dalila membuat kerja rumahnya dengan sambalewa sahaja dan tidak bersungguh-sungguh. Sikapnya ini diibaratkan

A bagai air titik di batu B bagai api dalam sekam C seperti aur ditarik songsang D bagai melepaskan batok di tangga

Pucuk dicita ulam mendatang

(8)

Soalan 31 – 35

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.

31 Yang berikut merupakan punca ketakutan Tuan Puteri Sa’dung, kecuali A dilarikan oleh raja Siam

B dimurkai Sultan Abdullah C negeri akan menjadi rosak

D berlaku keburukan terhadap anggotanya

Maka Tuan Puteri Sa’dung pun diam tidak berkata-kata ; hendak pergi takut menjadi angkara di atas tubuh, sebagaimana belum tentu lagi ; dan tiada hendak pergi, takut dimurka oleh Sultan Abdullah itu, serta takut rosak akan negeri. Maka lalu berfikirlah pula. Maka tiada berapa lama fikiran Tuan Puteri Sa’dung itu, dan jikalau aku tiada pergi, tiada sudah, nescaya rosaklah negeri kita kerana orang Siam pun terlalulah hampirnya. Maka tatkala itu lalu Tuan Puteri pun berkatalah , “ Ya kakandaku tuan, baiklah seperti kehendak kakandaku tuan itu, adinda turutlah. Jikalau ditolong oleh Tuhan kita, nescaya lepas surat kejahatan di atas tubuh adinda ini.”

Maka tatkala itu bertangis-tangisanlah antara dua laki isteri, terlebih maklumlah suami hendak bercerai tinggal dengan isterinya. Maka lalu Tuan Puteri Sa’dung pun bersimpanlah. Maka tatkala sudah bersimpan itu, maka Tuan Puteri Sa’dung pun turunlah berdua laki isteri itu kepada Jong kenaikan Tuk Ca yang mari itu. Maka sampailah kepada Tuk Ca itu. Maka Tuk Ca itu pun suruh duduk di dalam jong itu diberi tempat kedudukan tuan puteri dengan sempurna. Maka Sultan Abdullah pun baliklah kepada mahligai yang dahulu itu.

Maka tatkala itu, Tuk Ca pun suruh panggillah sekalian raja-raja, menteri, hulubalang, dan rakyat sekalian yang duduk di dalam mahligai itu. Maka orang pergi panggil pun sampailah, katanya diberi ketahui oleh Tuk Ca, menyuruh panggil semuanya turun akan kepada bahtera itu kerana hendak balik ke benua Siam, kata Tuan Puteri Sa’dung itu sudah turun pergi mendapat Tuk Ca.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Hikayat Seri Kelantan” , Antologi Harga Sebuah Lukisan, Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

(9)

32 Apakah yang dilakukan oleh Tuan Puteri Sa’dung setelah memikirkan masalah yang dihadapi?

A menurut arahan suaminya B membantah arahan suaminya C mengecam perbuatan suaminya D enggan berjumpa dengan suaminya

33 Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah A masyarakat yang suka melanggar perjanjian

B masyarakat yang suka menabur fitnah antara satu dengan yang lain C masyarakat yang sabar apabila ditimpa kesusahan

D masyarakat yang tamak akan harta

34 Pilih pernyataan yang salah tentang Sultan Abdullah A sahabat kepada Tuk Ca

B Suami kepada Tuan Puteri Sa’dung

C mahu membebaskan negerinya daripada ancaman Siam D tidak suka akan peperangan

35 Apakah kesudahan cerita Hikayat Seri Kelantan ini? A Tuan Puteri Sa’dung dibawa ke Siam

B Tuan Puteri Sa’dung berjaya melarikan diri C Tuan Puteri Sa’dung mati kerana membunuh diri D Tuan Puteri Sa’dung dibunuh oleh angkatan Siam

(10)

Soalan 36-40

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pilih jawapan yang paling sesuai.

SAJAK HARI AKHIR PERSEKOLAHAN Ada suara hati

yang tersisip di celah buku-buku ada mata batin yang mengintip pesan para guru ada air jernih yang tumpah

dalam dakapan perpisahan ada tangan nakal

yang mengukir:

merdeka, kita ke takah dewasa!

Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib (Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak Jantung, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

36 Apakah pesanan guru kepada penyajak?

A Belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga cita-cita tercapai. B Teruskan minat membaca walaupun tidak bersekolah lagi C Simpan buku-buku sekolah untuk mengulang kaji pelajaran D Jangan nakal dan menganggu kawan-kawan setelah dewasa

37 Pengulangan kata ada yang terdapat pada baris pertama, keempat, ketujuh dan kesepuluh ialah gaya bahasa

A imaginasi B metafora C anafora D epifora

(11)

38 Frasa ada air jernih yang tumpah bermaksud A penyajak sedih

B penyajak keliru C penyajak simpati D penyajak menangis

39 Pernyataan yang berikut membuktikan bahawa sajak Hari Akhir Persekolahan berbentuk bebas, kecuali

A setiap baris bebas ditafsirkan

B rima akhir pada setiap baris tidak sama C jumlah suku kata pada setiap baris tidak sama

D setiap rangkap mengungkapkan maksud yang berbeza-beza

40 Sajak Hari Akhir Persekolahan membincangkan persoalan yang berikut, kecuali A nasihat guru sangat berharga

B guru merupakan ejen perubahan masyarakat C alam persekolahan sangat menggembirakan D minat membaca perlu dipupuk sejak kecil

(12)

KERTAS 2

Bahagian A (i) - Ringkasan [ 20 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara menanam rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pembangunan yang terlalu pantas boleh menyebabkan generasi kini dan akan datang kehilangan alam semula jadi yang boleh dinikmati. Langkah-langkah mengatasinya perlu diambil untuk mendidik masyarakat supaya menyayangi alam semula jadi agar terus terpelihara dan selamat.

Media memainkan peranan yang penting untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Hal ini demikian kerana media massa seperti televisyen ditonton oleh jutaan penonton seluruh negara manakala media cetak dibaca oleh jutaan rakyat yang merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu, mesej dapat disampaikan dalam pelbagai cara dengan lebih berkesan. Tanggapan sesetengah pihak yang menganggap pemuliharaan persekitaran dan warisan alam merupakan tanggungjawab kerajaan perlu diperbetulkan. Sebagai individu yang bertanggungjawab, setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing kerana menjaga kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

Amalan kitar semula yang dimulai dengan kertas, plastik dan aluminium hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Selain selamat, bahan kitar semula juga bersifat mesra alam dan dapat menjaga persekitaran yang selesa. Selain itu, langkah menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sudah tentu akan dapat mengurangkan masalah pencemaran udara dan kesesakan lalu lintas. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak sejak kecil supaya membuang sampah di tempat yang betul kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sungai, laut, tasik dan sebagainya bukanlah tempat untuk membuang pelbagai sampah sesuka hati. Hukuman yang setimpal juga harus dikenakan kepada segelintir pihak yang suka mengambil jalan mudah menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah, sisa toksik dan bahan buangan kilang.

Kegiatan kokurikulum melalui Kelab Pencinta Alam di sekolah melaksanakan pelbagai kegiatan yang boleh menanam dan membudayakan rasa cinta terhadap alam sekitar dalam kalangan murid. Peranan syarikat-syarikat swasta juga penting supaya orang ramai lebih menyedari isu-isu alam sekitar yang semakin meruncing. Orang ramai perlu diberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan hutan yang damai dan menenangkan. Tidak ada yang lebih indah daripada menikmati keindahan alam dengan iringan alunan unggas pelbagai irama. Tanpa langkah yang berkesan, tidak mustahil jika suatu hari kelak semua keistimewaan dan keunikan khazanah hutan ini hanya tinggal kenangan sahaja.

( Dipetik dan diubah suai daripada rencana „Cintai Alam Sekitar‟ , Fokus, Julai 2010 )

(13)

Bahagian A (ii) - Pemahaman [ 10 markah ]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkai kata semakin meruncing [2 markah]

2. Mengapakah media massa paling berkesan dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya bertanggungjawab menjaga alam sekitar ? [4 markah]

3. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah untuk menyemai rasa cinta akan alam sekitar dalam kalangan murid ? [4 markah]

(14)

Bahagian B [20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan obesiti terhadap individu. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

KESAN-KESAN OBESITI

Terdedah kepada

pelbagai

penyakit kronik

Mengehadkan

pergerakan

Meningkatkan

perbelanjaan

Kurang keyakinan

diri

EzLearn2U.my

(15)

Bahagian C [40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Kawasan perumahan anda telah mengadakan gotong-royong bagi membanteras dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Anda sebagai setiausaha jawatankuasa kawasan perumahan ditugaskan untuk menyediakan laporan tentang aktiviti gotong-royong tersebut.

Tulis laporan itu selengkapnya.

2. Keluarga memainkan peranan penting dalam pencapaian akademik murid. Berikan pendapat anda.

3. Anda telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Dalam satu majlis, anda dikehendaki menceritakan usaha-usaha yang telah anda lakukan sehingga memperoleh keputusan yang cemerlang.

Sediakan ucapan anda selengkapnya.

4. Kementerian Pelajaran mewajibkan setiap murid mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum. Malah, penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum akan dinilai untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

Terangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila seseorang murid terlibat dalam aktiviti kokurikulum.

5. Peribahasa „Bagai mencurah air ke daun keladi‟ bermaksud seseorang yang sukar ditunjuk ajar atau dinasihati.

Tulis sebuah cerita menarik berdasarkan peribahasa ini.

(16)

Bahagian D [10 markah]

Jawapan anda mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan 3 seperti

Berdasarkan novel “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim, nyatakan tiga perwatakan watak utama dan berikan contoh peristiwa yang sesuai yang dapat menggambarkan setiap perwatakan tersebut.

(17)

JAWAPAN : Kertas 1 1. B 2. D 3. C 4. D 5. C 6. A 7. C 8. A 9. B 10.A 11.B 12.C 13.B 14.A 15.D 16.A 17.C 18.B 19.D 20.A 21.D 22.B 23.A 24.B 25.D 26.A 27.A 28.D 29.A 30.D 31.A 32.A 33.C 34.A 35.M 36.M 37.C 38.D 39.D 40.B

EzLearn2U.my

(18)

JAWAPAN KERTAS 2 : Bahagian A (i)

1 Peranan media massa menyedarkan masyarakat bahawa menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab semua.

2 Mengamalkan kitar semula yang perlu dilaksanakan sepenuhnya. 3 Menggalakkan orang ramai menggunakan bahan-bahan mesra alam.

4 Menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam untuk mengatasi masalah pencemaran.

5 Peranan ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil mengenai cara membuang sampah dengan betul.

6 Mengenakan kompaun yang boleh menginsafkan mereka yang suka membuang sampah merata tempat.

7 Hukuman setimpal terhadap mana-mana pihak yang membuang toksid dan bahan buangan ke dalam sungai

8 Menanam kesedaran agar mencintai alam sekitar dalam kalangan murid melalui aktiviti kokurikulum.

Bahagian A (ii)

Soalan 1

Sesuatu keadaan yang tenang menjadi kelam kabut Soalan 2

1. Media televisyen ditonton oleh jutaan penonton seluruh negara. Oleh itu, mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

2. Cara menyampaikan mesej boleh dipelbagaikan dengan berkesan.

3. Media cetak juga dibaca oleh jutaan rakyat merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Soalan 3

1. Pertandingan bahas, pidato, syarahan dengan membawakan tema yang diingini Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

2. Mengadakan seminar dengan menjemput tokoh-tokoh yang berkesan menyampaikan mesej berkenaan alam sekitar kepada murid.

Bahagian B

Kesan-kesan negatif obseiti

1. Terdedah kepada pelbagai penyakit. 2. Mengehadkan pergerakan.

3. Perbelanjaan meningkat. 4. Kurang keyakinan diri.

(19)

Bahagian C

Soalan 1: Karangan berformat (laporan) a) Pendahuluan

Jumlah penduduk yang menghidap demam denggi semakin meningkat b) Isi-isi

i. Pada hari minggu, penduduk berkumpul di depan balai raya – mereka menikmati nasi lemak yang disediakan.

ii. Taklimat daripada Ketua Taman Perumahan dan kemudian pengagihan alatan untuk menjalankan kerja-kerja membersih seperti cangkul, sabit, pongkes, dan beg plastik. iii. Penduduk tanpa mengira usia dan kedudukan bersama-sama bergotong-royong. iv. Kaum wanita sibuk memasak di belakang belakang balai raya.

v. Kedatangan wakil rakyat menjadikan suasana lebih meriah. c) Penutup

Kerja berakhir jam 12.30 tengah hari – sebelum beredar penduduk dijamu hidangan makan tengah hari ala kampung.

Soalan 2 : Karangan tidak berformat (pendapat) a) Pendahuluan

Kebanyakan ibu bapa mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. b) Isi-isi

i. Sikap ibu bapa – membantu meningkatkan pembelajaran dengan membelikan buku rujukan atau menghantar anak-anak mengikuti kelas tuisyen.

ii. Minat ibu bapa – mengambil tahu kemajuan pembelajaran anak-anak, keinginan dan cita-cita anak

iii. Pendidikan ibu bapa – pendidikan yang baik mempengaruhi pembelajaran anak-anak – dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak dalam pelajaran.

iv. Didikan serta bimbingan ibu bapa – didikan awal akan membentuk corak pembelajaran sebenar anak-anak

v. Latar belakang ekonomi – taraf hidup atau status ekonomi merupakan asas yang kuat bagi pencapaian akademik anak-anak

c) Penutup

Ibu bapa perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak – usaha melahirkan generasi cemerlang bermula daripada institusi keluarga.

(20)

Soalan 3: karangan berformat (ucapan) a) Pendahuluan

Kata alu-aluan kepada para hadirin b) Isi-isi penting

i. Setiap murid inginkan kecemerlangan dalam pelajaran – pelbagai usaha dilakukan ii. Memberikan fokus ketika guru mengajar di kelas

iii. Rajin membuat ulang kaji dan banyak bertanya

iv. Tidak mudah berpuas hati, sebaliknya mencabar diri untuk memperoleh keputusan terbaik

v. Mengikuti kelas tambahan anjuran sekolah atau pusat tuisyen

vi. Sabar menghadapi kegagalan dan terus berdoa mencari keberkatan ilmu c) Penutup

Kecemerlangan impian setiap murid – hanya mereka yang bersemangat besar sahaja akan berjaya

Soalan 4: karangan tidak berformat a) Pendahuluan

Aktiviti kokurikulum dijalankan pada waktu petang apabila sesi persekolahan berakhir b) Isi-isi penting

i. Dapat menyihatkan badan ii. Melahirkan sikap berdikari

iii. Melahirkan perpaduan kaum dalam kalangan murid di sekolah iv. Membentuk jati diri dan berfikiran luas

v. Memanfaatkan waktu terluang dengan aktiviti yang berfaedah c) Penutup

Murid-murid perlu memanfaatkan aktiviti kokurikulum seiring dengan tumpuan terhadap pelajaran

(21)

Soalan 5: karangan tidak berformat a) Pendahuluan

Maksud peribahasa seseorang yang tidak mahu menerima sebarang nasihat yang diberikan b) Isi-isi penting

i. Razlan murid Tingkatan Tiga – malas belajar dan gemar menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia

ii. Di sekolah berhadapan dengan masalah disiplin – nasihat guru tidak diikuti

iii. Di rumah tidak mendengar nasihat ibu bapa – sering keluar bersama-sama rakan dan tidak mengulang kaji pelajaran

iv. Terlibat dalam kegiatan lumba haram – polis adakan sekatan jalan raya – lari dari sekatan lalu terlibat dalam kemalangan

c) Penutup

Terlantar di hospital kerana cedera parah – berasa menyesal tidak mendengar nasihat

(22)

Bahagian D

1. Novel yang saya kaji berjudul “6:20”, karya Siti Jasmina Ibrahim. Watak Utama dalam novel ini ialah Nur Sukma binti Haji Shakir atau Sukma.

2. Perwatakan Sukma ialah dia seorang yang taat kepada ibunya. Sebagai contoh, Sukma akur dengan arahan ibunya yang melarangnya berjumpa dengan tetamu misteri yang hadir di hadapan rumah pada setiap jam 6:20 pagi.

3. Selain itu, Sukma juga seorang yang berani. Hal ini terbukti ketika Sukma secara berseorangan pergi ke Kelab WX2 semata-mata hendak menyiasat aktiviti yang dilakukan di kelab tersebut.

4. Di samping itu, Sukma juga seorang yang bijak. Hal ini jelas dilihat apabila Sukma sering dipuji oleh pensyarahnya, Profesor Darul atas kebijaksanaannya mengemukakan pendapat dalam dewan kuliah.

Referensi

Dokumen terkait

Luaran yang kami harapkan dari program kreativitas mahasiswa kewirausahaan (PKM-K) yang kami jalankan adalah terciptanya inovasi produk berupa Mukenah-In-Rok yaitu

HALAMAN: 20 Unit kerja/Kelompok :KANTOR KEMENTERIAN AGAMA KAB... HALAMAN: 21 Unit kerja/Kelompok :KANTOR KEMENTERIAN

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

Dalam hal ini SIG mempunyai manfaat yang dapat digunakan untuk menganalisis dalam proses penentuan lokasi bandara yang sesuai dengan parameter yang telah ditentukan, yaitu

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Indikator Output Kegiatannya adalah Menyediakan informasi berupa berita kegiatan Bappeda Kota Bogor dan produk perencanaan pembangunan melalui website. Realisasi

Kelompok tani yang ada di Kecamatan Belik mempunyai kegiatan, baik yang bersifat kegiatan rutin maupun yang tidak rutin. Kegiatan rutin yang umum dilaksanakan adalah