• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 1-7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan 1-7 Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai."

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

TINGKATAN 1 BAHASA MELAYU KERTAS 1

1 JAM

Arahan am: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 - 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Sepanjang saya bersekolah di situ, saya tidak dikenakan tindakan disiplin.

A akan B pernah C dapat D boleh

2. “ akan berangkat untuk pergi menunaikan haji pada malam ini juga,” titah sultan. A Saya B Beta C Patik D Hamba

EzLearn2U.my

(2)

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Hj.Rosli menerima sepucuk surat ___________ rakannya yang berada di Sarawak.

A daripada B untuk C p a da D dari

4. Kamu __ ____ __ datang ke rumah saya esok jika kamu kelapangan.

A sudah B pernah C boleh D masih

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Kami melihat kerja-kerja ______________ daun teh ketika melawat ke Cameron

Highlangs.

A mencantas

B memotong

C memetik

(3)

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah

6. Banyak ___________ tidak melepaskan peluang untuk menaiki kereta lembu jika berkunjung ke Melaka.

A pelancong B pengembara

C pemerhati D pelawat

7. kah cara kamu menyelesaikan masalah itu? A Bagaimana

B Berapa C Mana D Siapa

Soalan 8 - 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.Pilih jawapan yang paling sesuai.

(4)

9. Pihak Kesultanan Sulu yang bertapak di Lahad Datu perlu serah diri sebelum

A B digempur oleh pasukan keselamatan negara.Tiada kesalahan.

C D

10. J alan menuju ke kawasan pedalaman itu lintang-pukang bagai

A B C ular kena palu. Tiada kesalahan

D

11. Lima buah senapang M16 berjaya dirampas oleh pihak Polis semasa mengeledah kem

A B

latihan musuh di Pulau Angsa baru-baru ini. Tiada kesalahan. C D

12. Suara penyanyi itu sungguh enak apabila mendendangkan lagu sempena majlis

A B perkahwinan kakak saya. Tiada kesalahan.

C D

13. Kapal perang tentera Amerika karam di Laut Pasifik setelah dibom oleh jet pejuang

A B tentera Jepun semasa peperangan dunia kedua. Tiada kesalahan.

C D

14. Encik Wan Adnan memberitahu pekerjanya lalu dia akan bercuti selama seminggu.

A B C Tiada kesalahan.

D

(5)

Soalan 15 - 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15. I Bunga mawar yang dibeli oleh emak berkedut kerana dilanggar orang semasa menaiki bas.

II Dokumen penting itu telah berkedut kerana direnyukkan oleh adik sebentar tadi. III Kulit nenek berkedut kerana usianya yang sudah lanjut.

IV Kain baju yang tidak berlipat itu berkedut seribu dan perlu digosok. A I dan II sahaja

B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III, dan IV sahaja

16. I Hajah Mariam suka makan nasi kerabu.

II Hari yang paling Cikgu Aminah suka ialah hari ulang tahun perkahwinannya. III Orang yang banyak suka ialah orang yang paling bahagia dalam hidupnya. IV Jangan suka berlebihan nanti ditimpa duka.

A I dan II sahaja B I, II, dan IV sahaja C III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja

17. I Perniagaan En.Wee sudah jatuh.

II Pokok kelapa di depan rumah Kamal baru sahaja jatuh ditiup angin. III Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. IV “Pega ng pinggan itu baik -baik supa ya tidak jatuh nanti,” kata ibu.

(6)

Soalan 18 - 21

Sebahagian daripada ayat-ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda

menganggap bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan, tandakan D.

18 Faruqi sering mengingati terhadap nasihat Cikgu Eh Chat supaya belajar dengan

bersungguh-sungguh.

A sering teringat B sering teringat akan C sering mengingatkan D sering mengingati terhadap

19 Banyak buah-buahan yang dijual oleh Wak Jono dibawa dari dusunnya di Muar.

A Pelbagai jenis buah-buahan B Pelbagai buah-buahan C Banyak buah-buahan D Buah-buahan

20 Beberapa lori yang membawa balak telah terbalik apabila melanggar seekor gajah.

A Beberapa buah lori-lori B Beberapa buah lori C Beberapa lori D Berapa lori

21 Ketua Polis Negara mengucapkan syabas diatas keberanian anggotanya dalam menjalankan tugas

di Sabah.

A atas keberanian anggotanya B ke atas keberanian anggotanya C di atas keberanian anggotanya

(7)

Soalan 22 - 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau mahsud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Memancing merupakan hobi yang menyeronokkan untuk memenuhi masa lapang.

A Seronok apabila memancing semasa masa lapang.

B Hobi memancing boleh memenuhi melalui masa lapang. C Masa lapang atau masa senggang perlu dipenuhi dengan memancing.

D Masa lapang boleh dipenuhi dengan hobi memancing yang menyeronokkan.

23 Mangsa banjir dipindahkan ke sekolah-sekolah yang berdekatan

A Sekolah-sekolah yang berdekatan menjadi tempat perpindahan mangsa banjir

B Sekolah-sekolah yang berdekat an menjadi mangsa perpindahan banjir. C Musim banjir selalu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah.

D M a n g s a b a n j i r p e r l u b e r p i n d ah a p a b i l a b a n j i r b e r l a k u

24 C i k gu R o s l i me n an g k a p b e b erap a o ran g p el aj a r y an g merok o k d i d al am tandas .

A Cikgu Rosli berada di dalam tandas apabila menangkap beberapa orang pelajar.

B Pelajar yang merokok perlu diambil tindakan yang sewajarnya oleh Cikgu Rosli..

C Be b e ra p a or an g p el aj a r t el a h di t an gk ap o l e h C i k g u R os l i di d a l a m t and as ke ra na m ero kok

D Pagi tadi Cikgu Rosli ke tandas untuk menangkap pelajar yang merokok.

(8)

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Dua ekor kerbau mati digelek kereta api dari Kuala Lumpur malam tadi.

II. Ayah berjanji akan membawa kami pergi makan angin di Pulau Tioman III Penduduk kampung saling tolong-menolong untuk menjayakan majlis perkahwinan

anak Penghulu Ali

IV ”Nyanyikan saya sebuah lagu,” pinta Siti. A I, II dan III sahaja

B II, III dan IV sahaja C II dan III sahaja

D II dan IV sahaja

26 I Jamuan tengahari yang diadakan diHotel Riverview terpaksa dibatalkan II Gencatan senjata perlu dilakukan demi keselamatan penduduk setempat.

III Pelbagai barang perhiasan ada dijual di kedai cenderahati itu.

IV Perjanjian Pangkor telah ditandatangani di Pulau Pangkor pada tahun 1875.

A I, III dan IV sahaja B II, III dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D I, II, III dan IV

(9)

27 I Pertempuran itu berlanjutan hampir tiga setengah jam.

II Halaman rumah Mak Wan sungguh ceria kerana dia pembersih orangnya III Gaya hidup sihat patut diamalkan oleh setiap orang.

IV Pelancong dari luar negara semakin tertarik akan negara kita. A I dan IV sahaja

B II dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV

Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pemyataan-pernyataan yang berikut.

Kera mendapat bunga

28 Peribahasa di atas bermaksud

A Orang yang tidak tahu menghargai sesuatu yang elok B Orang yang memperoleh sesuatu yang diidam-idamkan C Orang yang mendapat hadiah istimewa

D .Orang yang menerima rasuah

29 Ramlah ialah Ramli sejak di bangku sekolah lagi. A buah hati

B buah tangan C buah fikiran D buah mulut

(10)

30 Fatin dan Farah selalu bergaduh walaupun mereka adik beradik. Perangai mereka diibaratkan..

A seperti ayam dengan itik B seperti katak bawah tempurung C seperti anjing dengan kucing

D seperti tikus baiki labu

(11)

Soalan 31 - 35

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

CIKGU HALIL : (Suara tinggi) Hari ini ada sesuatu yang ingin saya cakapkan. Masalah disiplin antara murid semua. Disiplin sudah mulai merosot sejak kebelakangan ini. Sebentar tadi, Zalina telah memberi saya sepucuk surat. Kenapa ini terus terjadi? Semasa bersekolah, kamu semua dilarang berutus surat yang boleh menjatuhkan moral kamu. (Mengangkat surat) Siapa yang tulis surat ini ?

Masing-masing pandang-memandang sesama sendiri. ZALINA tunduk

CIKGU HALIL : Lebih baik kamu mengaku.

BADAR : (Berani) Saya cadangkan kita tubuhkan jawatankuasa penyiasat kelas ini.

CIKGU HALIL : Cadangan yang baik, sebelum saya sendiri menyiasat. Lebih baik kamu mengaku. Jika kamu mengaku, saya tidak akan mengenakan sebarang hukuman.

ZALI tunduk.

CIKGU HALIL : Baiklah. Jika kamu semua tidak mengaku, keluarkan buku latihan Bahasa Melayu dan buku karangan kamu. Letak di atas meja. Semua murid mengeluarkan buku. CIKGU HALIL : Zalina, pastikan semua sudah mengeluarkan buku.

ZALINA : (Bangun) Baik, Cikgu. Zalina memeriksa setiap meja. ZALINA : Zali tertinggal buku latihan, cikgu.

CIKGU HALIL : Tidak mengapa, asalkan ada buku karangan. CIKGU HALIL meneliti setiap buku

sepintas lalu. Tiba di meja ZALI, dia berhenti agak lama.

(12)

31. Mengapakah Cikgu Halil meninggikan suaranya? A kerana terdapat murid yang ponteng sekolah.

B kerana terdapat murid yang mengutus surat di sekolah. C kerana terdapat murid yang merokok di sekolah

D kerana terdapat murid yang tidak siap kerja sekolah. 32. Apakah yang dicadangkan oleh Badar?

A. mengupah penyiasat persendirian. B membuat laporan kepada pihak Polis. C menubuhkan jawatankuasa penyiasat D mengadakan mesyuarat jawatankuasa kelas. 33. Di manakah peristiwa ini berlaku?

A di kantin sekolah B di makmal sains C di bilik kelas D di kedai buku

34. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam drama ini. A Kita mestilah sentiasa berjimat cermat.

B Kita mestilah berusaha supaya berjaya. C Kita hendaklah sentiasa membaca surat.

D Kita haruslah mengaku kesalahan yang kita lakukan. 35. Apakah kesudahan drama ini?

A Zalina memaafi Zali. B Zali kena tangkap oleh polis. C Zalina berhenti sekolah. D Zali lari dari kelas.

(13)

Soalan 36 - 40

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Burung-burung Pagi

Kau telah bangun Mengirai sayapmu

Entah siul keberapa kau nyanyikan Membuka mataku

Aku bangun

Masih kuap sekali di pintu

Dan setompok cahaya matahari di dadaku Kerjaku sudah menanti

Kulihat kau mematuk pasir pertama Melint as kota t andus dari pepohon Apakah ada ulat -ulat lemak bagimu Atau secebis roti busuk

Dan remah anak-anak sekolah Rezekimu

Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu Tapi kau yang hanya

Sejemput daging Begitu yakin dengan Sayapmu yang kecil

A Wahab Ali

(14)

36. Siapakah ’kau’ yang dimaksudkan dalam baris-baris sajak rangkap pertama? A Pekerja kilang.

B Seekor burung. C Kupu-kupu malam D Seorang pejuang.

37 Penyajak amat mengagumi semangat burung kerana A selalu bangun pagi

B suka senaman C suka makan roti

D gigih berusaha mencari rezeki

38 Antara nilai yang terkandung dalam sajak ini termasuklah A semangat patriotik

B rendah diri C baik hati D kegigihan

Kota tandus

39 Apakah unsur keindahan bahasa yang digunakann dalam baris sajak di atas? A inversi

B m e t a f o r a C p a r ad o ks D hiperbola

40 Apakah tema sajak ini? A Hidup yang bahagia B Taat kepada ibu bapa C Kegigihan mencari rezeki D Tanggungjawab kepada negara

(15)

KERTAS 2

Bahagian A (i) : Ringkasan

[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang kepentingan mengamalkan warisan budaya. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sesungguhnya, hakikat warisan budaya tradisional di negara kita kini telah menghadapi ancaman langka dan kepupusan memang tidak dapat dinafikan. Lantaran itu, warisan budaya ini harus menjadi amalan. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Contoh yang jelas ialah pakaian tradisional pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni yang dipakai oleh pelbagai etnik di negara kita. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan majlis rumah terbuka misalnya, menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan dan integrasi nasional. Contoh yang jelas ialah tradisi kunjung-mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran.

Sesungguhnya, salah satu daya tarikan pelancongan ialah warisan budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia juga boleh ditemukan di tempat-tempat lain, misalnya di Indonesia, Negara Thai, dan Filipina. Yang unik dan menjadi perhatian para pelancong ialah budaya tradisional kita, misalnya tarian lilin, bongai, dan gasing. Sementelahan, melalui budaya tradisional, kita dapat mengetahui asal usul kita. Oleh itu, kita akan sedar dan insaf tentang kepayahan dan pahit getir hidup leluhur kita. Dengan meladeni dan menghayati budaya ini, warga kita tidak akan dihanyutkan oleh budaya bejat Barat.

Sesungguhnya warisan budaya bangsa perlu dipertahankan agar sentiasa relevan dan diingati oleh masyarakat, terutamanya generasi remaja. Yang berlaku sekarang, kemasukan budaya asing sudah mula menjajah minda warga belia. Antara amalan yang semakin dilupakan ialah berkaitan pantang larang. Amalan warisan nenek moyang ini semakin dijauhi dalam kalangan masyarakat terutamanya, generasi muda. Oleh sebab itu, pantang larang warisan leluhur yang juga amalan nenek moyang kita dahulu harus disemarakkan semula dan dijadikan tunjang kehidupan agar kita ada jati diri teguh untuk menangkis segala anasir jahat yang mampu menggadaikan maruah diri dan keluarga.

(16)

Bahagian A (ii) : Pemahaman

[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata menjajah minda?

[2 markah] 2. Nyatakan usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mencegat budaya tradisional yang

kian dilupakan ini dalam kalangan masyarakat.

[4 markah] 3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya generasi muda kurang

mengamalkan budaya warisan mereka?

[4 markah]

(17)

Bahagian B

[20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang perlu diamalkan untuk menjaga kebersihan diri. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Buang sampah di tempat yang disediakan

Menutup mulut ketika bersin dan batuk

Jangan meludah merata-rata

Jangan bersin dan batuk di hadapan makanan

(18)

Bahagian C

[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1 Anda telah menyelamatkan anak jiran anda daripada hangus dijilat api dalam satu kebakaran di kawasan tempat tinggal anda.

Ceritakan pengalaman anda tersebut.

2 Baru-baru ini sekolah anda telah mengadakan Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah. Sebagai setiausaha rumah sukan, anda telah diminta menulis laporan berkaitan kejohanan yang diadakan itu.

Tulis laporan tersebut selengkapnya.

3 Belia pada masa ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan yang dianjurkan oleh badan-badan tertentu atau badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Nyatakan punca-punca belia hari ini tidak berminat dengan aktiviti sukarelawan.

4 Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik yang semakin pudar dalam diri anak-anak.

Bincangkan cara-cara yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk menanam semangat patriotik dalam diri anak-anak.

5 Peribahasa berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak membawa maksud melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah sementara menunggu pekerjaan yang lebih baik.

Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut

(19)

Bahagian D

[10 markah]

Jawapan anda mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di tingkatan 3 seperti berikut:

(i) 6:20, karya Siti Jasmina Ibrahim

(ii) Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah

(iii) Cempaka Putih Untukmu, karya Rohani Deraman.

Berdasarkan satu daripada novel di atas, huraikan tiga watak sampingan berserta perwatakan yang sesuai bagi novel tersebut.

(20)

JAWAPAN KERTAS 1 1. B 2. B 3. D 4. C 5. C 6. A 7. A 8. D 9. B 10.C 11.A 12.A 13.D 14.B 15.B 16.B 17.C 18.B 19.A 20.B 21.D 22.D 23.A 24.C 25.B 26.D 27.A 28.B 29.A 30.C 31.B 32.C 33.C 34.D 35.A 36.B 37.D 38.D 39. B 40.C

EzLearn2U.my

(21)

JAWAPAN: KERTAS 2 Bahagian A (i)

Kepentingan mengamalkan warisan budaya:

1. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. 2. Menunjukkan budi dan pekerti masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perpaduan dan integrasi nasional

4. Daya tarikan pelancongan ialah warisan budaya kita. 5. Kita dapat mengetahui asal usul kita.

6. Kita tidak akan dihanyutkan oleh budaya bejat Barat.

7. Agar sentiasa relevan dan diingati oleh masyarakat, terutamanya generasi remaja. 8. Agar kita berjati diri teguh untuk menangkis segala anasir jahat yang mampu

menggadaikan maruah diri dan keluarga.

Bahagian A (ii)

Soalan 1

Maksud rangkai kata menjajahi minda

Menjajah = mempengaruhi / menakluk / memerintah / menguasai Minda = akal fikiran / akal / fikiran / daya berfikir

Soalan 2

i. Masyarakat mesti didedahkan kepada kekayaan wariasan budaya Negara.

ii. Organisasi yang bertanggungjawab harus selalu menganjurkan kempen, ceramah, dan pameran

iii. Pertubuhan-pertubuhan budaya harus disalurkan sumber kewangan untuk mereka menjalankan aktiviti kebudayaan.

Soalan 3

- warisan budaya akan dilupakan - Generasi muda lupa akan asal usul

-- Kemasukan budaya asing akan mudah mempengaruhi generasi muda

(22)

Bahagian B

Pendahuluan

Pengenalan tentang kebersihan diri. Isi-isi

Langkah-langkah yang perlu diamalkan untuk menjaga kebersihan diri : 1. Buang sampah di tempat yang disediakan

2. Menutup mulut ketika bersin dan batuk 3. Jangan meludah merata-rata

4. Jangan bersin dan batuk di hadapan makanan Penutup

Semua pihak perlulah berganding bahu bagi meningkatkan amalan penjagaan kebersihan

(23)

Bahagian C

Soalan 1 Pendahuluan

Berlaku kebakaran di rumah jiran Isi-isi cadangan

- terdengar anak jiran meninta tolong

- keluar dari rumah dan terlihat kebakaran yang berlaku

- suasana menjadi kelam-kebut. Orang ramai dating membantu.

- ternampak anak jiran terperangkap di tingkat atas tanpa disedari oleh orang ramai. - masuk ke dalam rumah jiran dan menyelamatkan anak jiran itu

Penutup

Jiran mengucapkan terima kasih Soalan 2

Pendahuluan

Tarikh, masa, tempat kejohanan diadakan. Isi-isi

-perbarisan rumah sukan

-acara-acara akhir yang dipertandingkan -gerai-gerai jualan -penyampaian hadiah

Penutup

Harapan agar kejohanan yang akan datang akan membawa kejayaan kepada rumah yang diwakili.

Soalan 3 Pendahuluan

Pengenalan aktiviti sukarelawan yang diadakan Isi-isi cadangan

- belia tidak didedahkan dengan aktiviti sukarelawan oleh pihak sekolah - belia lebih berminat dengan aktiviti hiburan

- kurang promosi daripada media massa

- belia inginkan ganjaran berbanding aktiviti suka rela. Penutup

(24)

Soalan 4 Pendahuluan

Remaja kini semakin hilang semangat patriotik Isi-isi cadangan

- ibu bapa membawa anak-anak melancong ke tempat bersejarah.

- ibu bapa memaparkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada anak-anak. - membawa anak-anak menyertai sambutan hari kemerdekaan negara

- menggunakan teknologi seperti internet untuk menghuraikan semangat patriotik kepada anak-anak.

Penutup

Kesan sekiranya semangat patriotik diterapkan terhadap anak-anak. Soalan 5

Diharapkan calon dapat menulis sebuah cerita tentang seseorang yang melakukan perkara berfaedah sementara menanti sesuatu yang lebih baik.

(25)

Bahagian D

Watak dan perwatakan Sampingan

NOVEL 6:20

Watak sampingan Perwatakan conto h Puan Delia

Seorang yang berhati-hati

Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan isteri muda di hadapan pagar rumahnya.

Seorang yang

menghormati tetamu

Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq.

Seorang yang penyayang Ibu Sukma menghadiahi Sukma sebuah buku kerana risau akan diri Sukma yang

dikatakan mengalami tekanan perasaan. Seorang yang

berpenyakit darah

Doktor menasihati Puan Delia agar berehat di rumah.

Seorang perisik Puan Delia menyamar sebagai salah seorang ahli kumpulan WX2 dengan menjadi pemerhati dalam kumpulan tersebut untuk mengetahui

pergerakan kumpulan tersebut. Tuan Haji Syakir

Seorang yang bertanggungjawab

Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengerusi jawatankuasa kampung dengan penuh amanah. Seorang yang

bersikap prihatin

Beliau berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung

dan rawatan kulit Ehsan. Seorang yang taat

akan perintah Tuhan

Walaupun sibuk akan urusan harian, beliau tetap menunaikan solat pada setiap waktu.

Seorang yang berjasa kepada

Beliau dihormati oleh masyarakat sekeliling

kerana jasanya terhadap mereka.. Seorang yang

tidak emosional

Beliau sentiasa tenang dalam menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku antara Sukma dan Puan Delia.

Seorang yang boleh bertolak ansur

Beliau tidak memarahi Sukma apabila mengetahui bahawa Sukma pergi ke kelab WX2 seorang diri.

Seorang yang Beliau menyuruh Sukma agar memohon

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan gambar 14, rata – rata jumlah cabang tanaman artemisia di Cicurug pada 1-3 BST lebih tinggi daripada jumlah cabang di Gunung Putri dan Pacet, tetapi

Dari gambar tersebut terlihat kunjungan berdasarkan kecamatan diketahui bulatan hitam kecil sebagai simbol kecamatan, persegi panjang ditengahnya tanda (+) sebagai simbol

Pembaruan Fungsi Litbang memiliki 2 (dua) fungsi strategis yang harus dikembangkan oleh Litbang : Pertama, fungsi Litbang dalam mendukung pengembangan dan

Kalibrasi alat ukur volume dilakukan untuk menyesuaikan keluaran atau indikasi dari suatu perangkat pengukuran volume agar sesuai dengan besaran dari standar

Nama Umur Pendidikan Terakhir Jumlah Tanggungan (jiwa) Lamanya Berjualan (tahun) 16 H... Karakteristik Ekonomi Penjual Daging Sapi di Pasar Tradisional Kota Medan

7 Penggunaan media video berdampak pada keaktifan peserta didik sehingga sehingga efektifitas guru dalam menyampaikan materi dapan terencana dan terprogram dengan

Walaupun dari kriteria kecepatan banyak yang tidak memenuhi standar kriteria, tidak semua diameter pipa diperlukan penggantian diameter untuk memenuhi kriteria

Para pembina maupun pelatih dalam melatih dribble shooting sepakbola dapat menggunakan pendekatan pembelajaran praktik drill dan bermain yang disesuaikan dengan koordinasi