• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN MODUL BACAAN BERPERINGKAT DAN KESANNYA TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGGUNAAN MODUL BACAAN BERPERINGKAT DAN KESANNYA TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK PRASEKOLAH"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

76

PENGGUNAAN MODUL BACAAN BERPERINGKAT DAN KESANNYA TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA KANAK-KANAK

PRASEKOLAH

Zailani Binti Zakaria Faridah Binti Yunus Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kertas konseptual ini membincangkan penggunaan modul bacaan berperingkat dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan kesannya terhadap penguasaan kemahiran membaca. Transformasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang dilaksanakan pada tahun 2010 oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan bahawa aspek membaca diberikan penekanan utama dalam pembelajaran dan pengajaran di prasekolah. Isu yang dibincangkan dalam kertas konseptual ini ialah berkenaan masalah penguasaan kemahiran membaca dan kesannya kepada kanak-kanak prasekolah serta penyediaan bahan bacaan yang kurang sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan kanak-kanak. Justeru itu, penggunaan modul bacaan berperingkat adalah salah satu kaedah membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran membaca bagi menyediakan mereka ke alam pendidikan formal.

Kata Kunci : Membaca, kanak-kanak prasekolah, modul bacaan berperingkat.

ABSTRACT

This conceptual paper discusses the usage of the graded readers module among the preschoolers and its impact towards achieveing their reading skills. The transformation of Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) which was implemented in the year 2010 by the Malaysian Ministry of Education through the Curriculum Development Department, stresses that the reading skills should be given due importance in the teaching and learning in preschools. The issues discussed in this conceptual papers are the problems faced by the preschoolers regarding reading skills and its impact on them and the preparation of reading materials that are unsuitable with the proficiency level and the development of these preschoolers. On the other hand, this paper suggests a method of improving the reading skills of these pupils which is through the graded reading module. With the proper deployment of this reading module, the preschoolers would be able to achieve reading skills and this would help them prepare for their formal education at primary level.

(2)

77 PENGENALAN

Membaca merupakan aktiviti penting dalam kehidupan manusia. Maklumat yang diperolehi melalui pembacaan dapat digunakan sebagai panduan dalam pelbagai aspek kehidupan mereka (Tamam Timbang et al. 2010). Atan Long (1982) menyatakan membaca adalah penguasaan berbahasa yang lebih tinggi daripada kebolehan bertutur. Menurut Azizah Zain (2010), kemahiran membaca mempunyai hubungan dengan penguasaan bahasa dan merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh setiap pelajar di peringkat awal lagi.

Loo S.L. dan Hasnah Toran (2011) menyatakan penguasaan bahasa didapati mempunyai hubungan yang saling berkaitan dengan pembentukan literasi. Menurut Zulkiply Yaakob (2010) membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna serta sedutan makna. Membaca merupakan proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak (Zulkiply Yaakob, 2010); Spodek, B. & Saracho,Olivia, O.N.(1994).

Membaca adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak dalam lingkungan usia tiga hingga enam tahun. Pada Peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, serta mencuba tentang sesuatu perkara baru. Keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu perkara baru meningkat jika mereka dapat menguasai kemahiran membaca dari peringkat awal lagi (Sabrina Abdul Rahim 2010).

Adams (1990) menyatakan bahawa bacaan mahir bergantung kepada kelajuan dan ketepatan perkataan-perkataan yang dibaca.Beliau juga menegaskan bahawa perkembangan kemahiran membaca seperti pengetahuan huruf, mengenal perkaitan antara bunyi huruf, dan konsep tentang tulisan adalah bergantung kepada tahap kesedaran kanak-kanak terhadap tulisan yang dilihat. Yahya Othman (2006) menyatakan bahawa membaca dikatakan sebagai proses yang aktif bagi membina

(3)

78

makna daripada teks yang bertulis dan berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pembaca.

PROSES MEMBACA

Proses membaca dalam kalangan kanak-kanak memerlukan masa yang panjang di awal kehidupannya. Ada kajian yang membuktikan terdapat perbezaan dalam pengalaman praliterasi dikaitkan dengan pelbagai aras pencapaian membaca semasa awal persekolahan sekolah rendah. Kanak-kanak yang memulakan alam persekolahan formal dengan sedikit pengalaman dan kurang pengetahuan tentang literasi tidak dapat untuk memenuhi keperluan secara cepat untuk membaca arahan semasa tahun pertama persekolahan (Bustam Kamri, 2010). Zainiah Mohamed Isa (2004) dalam kajiannya menyatakan bahawa proses membaca bermula semenjak kanak-kanak lahir sehinggalah ke bangku sekolah. Katanya lagi, ini kerana proses membaca adalah satu proses yang berterusan sejak bayi membuka matanya sehinggalah ke akhir hayat seseorang.

Atan Long (1982) menyatakan bahawa membaca adalah proses mentafsirkan lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu dan seterusnya menterjemahkannya kepada bunyi suara sama ada dengan bersuara atau senyap. Smith (1962) dalam Atan Long (1982) menerangkan bahawa membaca terdiri daripada dua proses iaitu proses mekanikal dan proses mental. Manakala Yahya Othman (2006) menyatakan proses membaca adalah interaksi antara teks dan imaginasi pembaca. Yahya Othman juga berpendapat bahawa proses membaca adalah usaha yang berterusan dilakukan oleh pembaca melalui amalan kognitifnya bagi memperoleh makna teks yang dibaca.

Menurut Mahzan Arshad (2003) dan Yahya Othman (2008) dalam Tamam Timbang et el.(2011), kajian berkaitan proses membaca penting dilakukan untuk membantu murid manambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan. Dalam pendidikan Bahasa

(4)

79 Melayu di Malaysia, Azizah Zain (2010) dalam kajiannya berpendapat bahawa peringkat prasekolah merupakan peringkat yang sesuai untuk membina kemahiran asas membaca. Menurutnya lagi, pada peringkat ini kemahiran asas ini perlu diberi penekanan supaya tidak timbul masalah kelemahan membaca apabila kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan secara formal.

Husin Fateh Din et. al (2011) menyatakan dalam sistem persekolahan sekarang kita mahukan murid yang boleh menguasai kemahiran membaca dengan baik iaitu boleh membaca, memahami isi bahan yang mahu disampaikan dan dapat menterjemahkan bahan yang dibaca.

KEBOLEHAN DAN PENGUASAAN MEMBACA KANAK-KANAK

Kebolehan membaca merupakan salah satu kemahiran yang mesti dikuasai oleh setiap individu. Masyarakat dalam zaman era globalisasi kini telah menampakkan kesedaran terhadap kebolehan membaca kanak. Kebolehan membaca kanak-kanak dijadikan sebagai salah satu petunjuk aras kecerdikan kanak-kanak-kanak-kanak tersebut (Haris Hameed et al. 2011; Husin Fateh Din et al. 2011).

Zainiah Mohamed Isa (2007) juga berpendapat, semenjak dari dahulu lagi masyarakat meletakkan kebolehan membaca sebagai petanda kepada kecerdikan kanak-kanak dan kualiti sesebuah prasekolah. Lebih ramai kanak-kanak boleh membaca semakin tinggilah kepercayaan ibu bapa terhadap sesebuah kualiti sesebuah prasekolah itu.

Statistik yang dipetik daripada Rohaty Mohd Majzub bertajuk Pendidikan Prasekolah: Cabaran dan Kualiti menunjukkan pencapaian prasekolah swasta yang menekankan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) melebihi pencapaian prasekolah kerajaan. Oleh itu, sudah menjadi keutamaan bagi pengusaha prasekolah untuk menekankan aspek membaca dalam meningkatkan kualiti program prasekolah agar mendapat kepercayaan dari ibu bapa (Haris Hameed et al. 2011; Zainiah Mohamed Isa 2007).

(5)

80

Kelemahan penguasaan bahasa dalam kalangan pelajar terutamanya yang lemah membaca tidak boleh dipandang ringan. Ini adalah kerana maklumat yang diperoleh dalam pembacaan boleh digunakan untuk pelbagai aspek dalam kehidupan dan pelajar yang menghadapi masalah membaca sukar untuk mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran (Tamam et al. 2010; Barry,S. 2005).

Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad (2009) menyatakan terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran. Oleh itu, menjadi kewajipan golongan dewasa agar dapat menyediakan kanak-kanak dengan kemahiran membaca pada peringkat awal alam persekolahan lagi supaya mereka dapat menghadapi cabaran pada hari ini dengan sempurna.

Menurut Husin Fateh Din dan Nazariah Sani (2011), terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca iaitu faktor diri sendiri, faktor psikologi, faktor persekitaran, dan faktor bahan bacaan. Sofiah (1983) dalam Khadijah Zon dan Fatimah Salleh (2009) mencadangkan tiga perkara asas yang mempengaruhi kebolehan membaca peringkat awal kanak-kanak iaitu kanak-kanak itu sendiri dan proses dalamannya, suasana sekolah termasuk guru serta kurikulum dan ketiga ialah suasana rumah atau tempat kediaman serta persekitaran masyarakat kanak-kanak tersebut. Manakala Margaret Mooney (2001) dalam Khadijah Zon dan Fatimah Salleh (2009), berpendapat bahawa minat dan kebolehan membaca kanak-kanak boleh dipupuk dengan cara selalu mengajaknya bercakap dan bercerita sama ada berasaskan bahan ataupun tanpa bahan.

Begitu juga pendapat yang kemukakan Kamaruddin (1990) dalam Tamam Timbang et al. (2010) bahawa kelemahan murid dalam membaca dan memahami teks yang dibaca sememangnya menjadi masalah yang besar kepada murid-murid tersebut dan kelemahan-kelemahan itu boleh menimbulkan pelbagai kesukaran kepada mereka untuk mengikuti proses belajar yang seterusnya.

(6)

81 Menurut Tamam Timbang et al. (2010), masalah membaca memberi kesan yang tidak baik terhadap pencapaian individu dalam pembelajaran. Ketidakbolehan membaca juga boleh memberi kesan psikologi kepada individu berkenaan, sehingga mereka tidak dapat mengembangkan diri sendiri melainkan mereka memiliki kebolehan membaca yang baik.

PENGGUNAAN MODUL BACAAN BERPERINGKAT

Penggunaan Modul bacaan berperingkat kini digunakan secara meluas. Amran Abidin (2009) menyatakan bacaan bergred adalah satu bentuk bahan bacaan yang dibina melalui proses pemeringkatan untuk membolehkan seseorang murid itu menguasai bacaan dengan lancar dalam tempoh masa yang singkat. Penggunaan modul bacaan berperingkat di kelas-kelas prasekolah dan kelas-kelas pemulihan telah lama diaplikasikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mengajar kanak-kanak menguasai kemahiran membaca. Walau bagaimanapun semenjak tahun 2000 ke atas, kaedah mengajar membaca berasaskan modul bacaan berperingkat semakin popular dan diminati oleh guru prasekolah, guru pemulihan dan guru Tahap 1.

Penyediaan bahan bacaan mengikut tahap bacaan kanak-kanak adalah amat penting bukan hanya memudahkan pembacaan kanak-kanak tetapi juga menggalakkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu suatu sistem pemeringkatan bahan bacaan adalah perlu agar kanak-kanak disediakan dengan buku yang bersesuaian dengan tahapnya (Zainiah Mohamed Isa , 2010).

Rosnani Abdullah (2000) telah memenangi anugerah guru inovatif melalui bahan inovasi ciptaannya iaitu Program Keharmonian Bacaan. Program ini dicipta bagi membantu murid-murid pemulihan menguasai kemahiran membaca. Antara elemen inovasi yang diperkenalkannya melalui program ini ialah modul bacaan yang terdiri daripada dua belas buku bacaan bergred yang berjudul „Mari Membaca‟. Buku ini disusun daripada mudah kepada susah. Perkataan dan ayat yang digunakan disusun mengikut keutamaan. Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan

(7)

82

mengikut kaedah binaan. Perkataan utama yang dipilih dalam ayat dan petikan adalah mudah serta mempunyai makna dan bunyi yang boleh membantu pembelajaran secara berkesan. Program ini telah berjaya menolong murid lemah menguasai kemahiran membaca dan seterusnya berupaya mengikuti pembelajaran di kelas biasa. Sebagai contoh, pada tahun 1999 seramai 40 murid daripada 52 murid yang mengikuti program ini telah berjaya menguasai kemahiran membaca dan mengikuti pembelajaran bagi mata pelajaran lain.

Roslan Nikmat (2001) yang juga merupakan pemenang tempat pertama Guru Inovatif 2001 turut memperkenalkan kaedah mengajar membaca dan menulis kepada kanak-kanak prasekolah melalui bahan inovasi ciptaannya iaitu Kaedah Cepat Baca, Cepat Faham, Cepat Menulis dan Tulisan Cantik. Modul bacaannya dikenali sebagai Modul Selan Osni menggunakan Kaedah Cepat Baca dan Cepat Faham yang bertujuan membolehkan murid mencapai tahap minimum penguasaan kemahiran berbahasa apabila tamat satu sesi persekolahan. Di samping itu, dapat memberi peluang kepada murid yang lemah mengembangkan potensi mereka. Penggunaan kad dan lagu dalam kelas menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Menurutnya lagi, guru yang melaksanakan projek ini mengamalkan „peer-group teaching‟ dan „peer-„peer-group evaluation‟. Aspek inovasi yang cuba diperkenalkan dalam projek itu ialah melalui ciptaan Buku Asas Bacaan Bahasa Melayu “Mari Membaca”. Tujuan utama penggunaan modul bacaan ini ialah supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat serta membaca dan memahami bahan yang dibaca dengan cepat. Antara kejayaan yang telah dicapai dalam projek ini telah memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak prasekolah iaitu boleh membaca dalam jangka masa yang singkat, boleh membaca dan memahami kandungan bahan yang dibaca, dan boleh menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Bahan inovasi ciptaan Roslan Nikmat ini masih digunakan secara meluas di seluruh sekolah serata Malaysia.

(8)

83 Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad (2009) turut memperkenalkan modul bacaan berperingkat „Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku‟ sebagai bahan bacaan asas kepada kanak-kanak prasekolah dan kanak-kanak yang ingin mula belajar membaca. Modul bacaan ini menggunakan kaedah fonetik , suku kata yang mudah, perkataan yang bermakna dan berulang, teksnya dipaparkan dalam dua warna, penggunaan ayat berima dan kurang paparan gambarnya.

ISU-ISU MEMBACA

Isu membaca tidak pernah lapuk untuk diperkatakan. Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi, serta bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran, namun hakikat kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee, 2007) dalam (Tamam Timbang et al. 2011). Menurutnya lagi, hanya dengan membaca negara akan dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan. Sabrina Abdul Rahim (2010) menyatakan kegagalan membaca secara langsung akan menggagalkan pembelajaran kanak-kanak kerana bahasa adalah merentasi kurikulum dan akan memberi kesan yang ketara dalam penguasaan penulisan dan pengiraan.

Menurut Khairuddin Mohamad (2011), keupayaan seseorang menguasai asas literasi dan numerasi adalah antara agenda besar kerajaan dalam Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan. Sebanyak 93% rakyat Malaysia celik huruf namun begitu, negara masih berdepan dengan masalah literasi dan numerasi apabila pada tahun 2008 terdapat 54 000 murid tahun satu, iaitu 13% daripada enrolmen murid tahap berkenaan belum menguasai kemahiran literasi. Menurutnya lagi, perangkaan ini menyumbang kepada salah satu punca keciciran sebanyak 32 000 murid pada tahun 2008 pada pelbagai peringkat persekolahan. Fenomena ini menuntut supaya para guru mencari alternatif baharu bagaimana bidang pendidikan boleh digembleng secara maksimum ke arah celik huruf.

ISU 1 : Masalah dalam penguasaan kemahiran membaca dan kesannya kepada kanak-kanak.

(9)

84

Menurut Adams (1990), didapati bahawa satu pertiga kanak-kanak mengalami kesukaran pembelajaran yang ketara dalam membaca. Whitehurst & Lonigan (2001) menyatakan hasil penyelidikan menjelang dua dekad ini telah menunjukkan keputusan yang ekstensif bahawa kanak-kanak yang lemah dalam bidang membaca pada permulaan pembelajaran tidak akan dapat mengikuti proses pembelajaran dengan baik (Loo S.L & Hasnah Toran, 2011). Tamam Timbang et al. (2010) menyatakan bahawa masalah membaca juga dapat menjejaskan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran.

Masalah kegagalan murid menguasai kemahiran membaca juga dikaji oleh Bolling (2008). Beliau menyatakan masalah kegagalan membaca menjadi semakin serius jika tiada langkah sistematik dilakukan ke atas subjek. Kajiannya mendapati bahawa masalah membaca memang timbul pada murid lemah.Mereka memerlukan lebih tumpuan daripada gurunya. Kajian yang dibuat oleh Menzies (2007) mendapati bahawa ada peningkatan sebanyak tujuh puluh lima peratus murid semakin boleh membaca jika mereka diberikan kaedah rawatan yang betul.

Selain itu masalah dalam penguasaan kemahiran membaca juga disebabkan oleh faktor kognitif yang berkait rapat dengan kecerdasan dan kebolehan membaca. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami dengan cepat bahan bacaan yang dibaca berbanding murid yang lemah membaca.Murid-murid ini juga mempunyai ingatan yang lemah dan tidak dapat mengingat maklumat dan apa yang telah dipelajari dalam jangka masa yang panjang (Tamam et al., 2011). Oleh itu, keperluan individu yang berlainan dari segi tahap perkembangan dan kecenderungan kecerdasannya perlu diambil kira dalam membuat perancangan pengajaran di peringkat awal persekolahan ini (Zainiah Mohamed Isa, 2004).

Kanak-kanak yang lambat perkembangan bahasanya, akan mengalami masalah pembelajaran akademik apabila dia ditempatkan ke dalam kelas tahun satu kerana berhadapan dengan kanak-kanak berkebolehan tinggi, mampu dan sudah menguasai kemahiran berbahasa (Khadijah Zon dan Fatimah Saleh, 2009).

(10)

Kanak-85 kanak yang menghadapi masalah bahasa juga akan menghadapi kesulitan dalam pembelajaran. Mereka hanya mampu menjadi pemerhati kerana mereka tidak pasti bagaimana untuk menyatakan kehendak atau pendapat mereka kepada orang-orang yang berada di sekeliling mereka. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang berumur 6 tahun, yang akan mempunyai penguasaan rendah dalam bahasa dan kebolehan mental, akan terus ketinggalan di setiap peringkat sekolah rendahnya (White, 1991) dalam (Khadijah Zon dan Fatimah Saleh).

ISU 2: Bahan bacaan kurang sesuai dengan tahap kebolehan dan perkembangan kanak-kanak.

Perkembangan kanak-kanak adalah secara menyeluruh yang meliputi semua domain bahasa, fizikal, kognitif, emosi dan estetika. Perkembangan kanak-kanak yang terbaik dengan adanya sokongan persekitaran yang positif dan dalam kontek lingkungan ekologikal. Peranan keluarga masyarakat dan budaya turut membantu dalam membentuk perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Perlu diingat perkembangan kanak-kanak mengikut urutannya sesuai dengan tahap peringkat usia. Perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak mengikut kadar individu sesuai dengan usianya (Bustam Kamri, 2012).

Sejajar dengan pendapat di atas, penyediaan bahan bacaan mengikut tahap bacaan kanak-kanak adalah amat penting. Ini bukan hanya memudahkan pembacaan kanak tetapi juga menggalakkan minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, suatu sistem pemeringkatan buku adalah perlu agar kanak-kanak disediakan dengan buku yang bersesuaian dengan tahap pembacaannya. Oleh kerana di prasekolah terdapat kanak-kanak yang berbeza tahap kebolehan membaca, maka perlulah disediakan buku-buku yang sesuai dengan tahap membaca kanak-kanak (Zainiah Mohamed Isa, 2010).

Menurut Johnston (1998) dalam Zainiah Mohamed Isa (2010), antara cara paling berkesan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah membaca ialah memperkenalkan teks mudah berpandu dan bacaan bersama di bilik darjah semenjak hari pertama persekolahan. Menurutnya lagi, Walaupun kanak-kanak pada hari

(11)

86

pertama persekolahan tidak boleh membaca menerusi pembacaan yang sebenar tetapi dengan menghafal dan menggunakan gambar sebagai petunjuk, sudah pasti kanak-kanak ini akan suka membaca dan merasa yakin dengan kebolehan mereka sebagai pembaca.

CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kegagalan membekalkan pengalaman literasi sebelum kanak-kanak menjejakkan kaki ke alam persekolahan akan mempengaruhi tahap literasi mereka kelak (Zainiah Mohamed Isa, 2007). Tamam Timbang et al. (2010) juga berpendapat bahawa secara tradisi, variasi dalam pembacaan murid berpunca daripada jenis teks yang dibaca sama ada teks yang dibaca itu terlalu tinggi bahasanya, banyak teks, tulisan yang kecil dan lain-lain boleh mengganggu pembacaan pembaca.

Oleh itu, kaedah yang digunakan bagi tadika dan tahap satu sekolah rendah perlulah bersesuaian dengan tahap umur, perkembangan, serta tahap kebolehan individu. Dengan menggunakan kaedah pengajaran yang bersesuaian akan mendatangkan keseronokan untuk kanak-kanak belajar. Jika kanak-kanak berasa seronok dengan proses pengajaran yang dijalankan, mereka tidak akan merasa tertekan, malah suka untuk meneruskan aktiviti kerana berasa yakin dengan kejayaan diri sendiri dan ini tentunya akan memudahkan proses pembelajaran berlaku (Zainiah Mohamed Isa, 2004).

Yahya Othman (2006) menyatakan bahawa kesesuaian bahan dengan minat, kebolehan dan kesediaan pelajar mempengaruhi kejayaan pengajaran di dalam kelas. Guru perlu bijak memilih buku yang yang dapat menarik minat dan bersesuaian dengan kanak-kanak pada usia tersebut. Jika buku itu tidak mengambil kira pengetahuan sedia ada kanak-kanak, ini akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk membaca buku tersebut. Selain itu, guru juga harus mengambil kira tentang penggunaan gambar yang menarik, tulisan yang jelas dan besar serta bilangan jumlah perkataan kerana ia juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak (Zainiah Mohamed Isa, 2007).

(12)

87 KESIMPULAN

Pendidikan awal memainkan peranan yang penting dalam membentuk modal insan yang berkaliber kerana di peringkat inilah potensi yang ada pada kanak-kanak boleh dipupuk untuk berkembang dan berjaya mencapai kualiti yang diharapkan. Pintu yang membuka kejayaan ini bermula dari kemahiran asas bacaan dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kemahiran murid dalam awal bacaan di peringkat prasekolah banyak bergantung kepada persekitaran pembelajaran di rumah dan di sekolah (Khadijah Zon dan Fatimah Saleh, 2009).

Menurut Khairuddin Mohamad (2011), satu daripada langkah bagi membantu guru meningkatkan jumlah celik huruf dalam kalangan murid adalah merangsang inovasi dan kreativiti guru ke arah mempelbagaikan penggunaan bahan pengajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Zainiah Mohamed Isa (2010) mencadangkan penggunaan buku yang yang sepadan dengan tahap bacaan kanak-kanak prasekolah dilaksanakan secara meluas dalam bilik darjah prasekolah agar masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak boleh diatasi.

Kesedaran dalam kalangan guru prasekolah dari segi jumlah peningkatan bilangan guru yang membina modul bacaan sendiri perlu dilihat dari sudut yang positif. Usaha murni ini membuktikan guru sentiasa berusaha membantu kanak-kanak prasekolah agar dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat atau selewat-selewatnya sebelum mereka memasuki darjah satu. Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan secara ringkasnya, seseorang yang boleh membaca tetapi tidak memahami isi bacaan itu serta tidak mampu menterjemahkannya secara tepat dan betul sama ada secara lisan atau bertulis bolehlah dikategorikan sebagai ketidak upayaan membaca ( Husin Fateh Din et al., 2011).

(13)

88

RUJUKAN

Adams. M.J. 1990. Beggining to Read: Thinking and Learning about Print. Cambridge: MIT Press.

Amran Abidin. 2009. Bacaan bergred.

http://www.scribd.com/doc/24637694/BACAAN- BERGRED [5 Jun 2012]. Atan Long. 1982. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizah Zain. 2010. Penggunaan bacaan berulang dapat mempertingkatkan kelancaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Proceedings of the 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI &

UPSI, Bandung, Indonesia.

Barry, S. et al. 2005. House Of Common Education And Skills Committee: Teaching Children to Read. Eighth Report of Session 2004-2005. London: The

Stationery Office Limited.

Bolling, C.J. 2008. Reading success in the intervension classroom. Washington: Winter 2008. Vol 52 (2): 58.

Bustam Kamri. 2010. Pencapaian membaca kanak-kanak.

http://bustamkamri.blogspot.com/2012/02/pencapaian-membaca-kanak-kanak.html [5 Jun 2012].

Bustam Kamri. 2012. Prinsip perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. http://bustamkamri.blogspot.com/2012/02/prinsip-perkembangan-dan-pembelajaran.html [5 Jun 2012].

Haris Hameed, Baharin Bin Mohd Tahir, Masrurah Zainal Abidin & Rohaty Mohd Majzub. 2011. Tahap penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 1. Proceedings of International Seminar on Educational Comparative in Curriculum for Active Learning Between Indonesia and Malaysia, hlm.

689-696.

Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi & Siti Hajar Idrus. 2011.

Literasi Bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Husin Fateh Din, Nazariyah Sani. 2012. Bahasa Melayu II Akademik. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Koleksi Bahan Inovasi Guru Inovatif 1999-2001.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

(14)

89 Khadijah Zon & Fatimah Saleh. 2009. Kesan keprihatinan guru dalam latihan

kemahiran awal bacaan. Jurnal Pendidikan Islam 13 (2):

Khairuddin Mohamad. 2011. Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Loo S.L. & Hasnah Toran. 2011. Persepsi-persepsi guru prasekolah bagi strategi yang

berkesan untuk meningkatkan kemahiran literasi awal kanak-kanak. Proceedings of International Seminar on Educational Comparative in Curriculum for Active Learning Between Indonesia and Malaysia, hlm. 547-554.

Menzies, H.M. 2007. Early Intervention In Reading: From research to practice.Austin: 29(2): 67.

Nik Eliani Nik Nawi dan Othman Ahamad. 2009. Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku.

Roslinda Abdullah. 2010. Meningkatkan Kemahiran Mengenal Huruf Kecil Dalam Mengenal Huruf Kecil dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Melalui Kaedah Kad Huruf .Prosiding Seminar Kajian Tindakan Prasekolah 2010. Sabrina Abdul Rahim. 2010. Keberkesanan kaedah gabungan bunyi dan kata dalam

meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah

.

Prosiding Kajian Tindakan Prasekolah 2010, hlm. 148-157.

Spodek, B. & Saracho, O.N. 1994. Right From The Start: Teaching Children Ages Three to Eight. Boston: Allyn and Bacon.

Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd. Rahimi Yusoff & Jamaludin Badushah. 2010. Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 77- 85.

Tamam Timbang et al. 2011. Faktor dan kesan masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 1 (1): 9-107.

Yahya Othman. 2006. Mengajar Membaca Teori dan Aplikasi Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Zainiah Mohamed Isa. 2004. Mengajar membaca bagi peringkat awal kanak-kanak melalui teori kecerdasan pelbagai. Prosiding Seminar Antarabangsa UPSI

(15)

http://www.scribd.com/doc/55872978/Mengajar-Membaca-Bagi-90

Peringkat-Awal-Kanak-kanak-Melalui-Teori-Kecerdasan-Pelbagai [23 Mac 2012].

Zainiah Mohamed Isa. 2007. Tahap bacaan dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

Prosiding Ekspo Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan.

http://www.scribd.com/doc/55873066/Tahap-Bacaan-Dan-Faktor2-Yg-Mempengaruhinya [23 Mac 2012].

Zainiah Mohamed Isa. 2010. Penggunaan buku cerita bertahap dan kesannya terhadap

pemunculan literasi kanak-kanak. Proceeding of The Third Asia Pasific Educational Research Association (APERA) Conference. PWTC.Kuala Lumpur.

Zulkiply Yaakob. 2010. HBPS3203 Bahasa dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Referensi

Dokumen terkait