• Tidak ada hasil yang ditemukan

ROSELIZAM DAUD, 1. ROSLAN AB RAHMAN 1 AMIRAH WAHIDAH ADNAN.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ROSELIZAM DAUD, 1. ROSLAN AB RAHMAN 1 AMIRAH WAHIDAH ADNAN."

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

64

KEBERKESANAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

[THE EFFECTIVENESS OF I-THINK THINKING MAPS IN IMPROVING

HIGHER ORDER THINKING SKILLS (HOTS)]

*1ROSELIZAM DAUD,

roselizamdaud@gmail.my

1ROSLAN AB RAHMAN

roslanabr@unisza.edu.my

1AMIRAH WAHIDAH ADNAN

Wahida87523@gmail.my

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin,,

21300 Kuala Nerus Terengganu, Malaysia. *Corresponding Author

ABSTRACT

Education in Malaysia requires highly qualified teachers to meet the needs of the 21st century educational system. One of the key dimensions of teacher effectiveness is teaching strategies. Higher order thinking skills (HOTS) is one of the skills in teaching and learning today. HOTS is the ability to apply knowledge, skills and values in reasoning and reflection to solve problems, to make decisions, to innovate and to work on something. These skills also require teachers' understanding and input to develop or implement them in daily teaching and learning. Meanwhile, the definition of i-Think is explained through eight mind maps for its implementation. HOTS is also described for their connection to the i-Think program. As such, teachers are the group or agent of change to meet the Ministry of Education and Education Development Plan of Malaysia to enhance the country's educational performance. Through the library analysis, it is hoped to create a positive mind set among the teachers in actualizing the i-Think mind maps in schools. From this highlighted view, it indicated that teachers who are always positive will also have a positive impact on student learning outcomes and learning, whereas in learning lessons, applying own thinking skills is an approach that allows students to solve problems and engage students in active learning environments. As such, this article will further explore the importance of the i-Think application in enhancing high-level thinking skills to produce students who think creatively and critically.

Keywords: Higher Order Thinking Skills (HOTS), i-Think Maps. ABSTRAK

Pendidikan di Malaysia pada memerlukan guru yang berdedikasi tinggi bagi memenuhi kehendak Pendidikan abad ke-21. Salah satu dimensi penting dalam efikasi guru ialah strategi pengajaran. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan salah satu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. KBAT adalah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Kemahiran ini juga menuntut pemahaman dan

(2)

65

penguasaan guru untuk membangunkannya atau melaksanakannya dalam pengajaran dam pembelajaran setiap hari. Manakala definisi i-Think yang diperkenalkan dalam kertas konsep ini dijelaskan melalui lapan peta pemikiran untuk perlaksanaannya. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga diterangkan bagi perkaitannya dengan program i-Think. Justeru itu, guru merupakan golongan atau agen perubahan bagi mencapai hasrat Kementerian Pendidikan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan prestasi pendidikan negara. Melalui analisis kepustakaan, diharapkan dapat membuka minda yang positif di kalangan guru dalam merealisasikan peta pemikiran i-Think di sekolah. Dapatan daripada sorotan ini, didapati guru yang sentiasa bersikap positif akan turut menghasilkan impak yang positif terhadap hasil pembelajaran dan kemenjadian pelajar, manakala dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian peta pemikiran i-Think merupakan satu pendekatan yang membolehkan murid menyelesaikan permasalahan dan murid dapat terlibat dalam suasana pembelajaran aktif. Justeru, artikel ini akan mengupas lebih lanjut tentang kesan dan cabaran dalam penggunaan peta pemikiran i-Think bagi menghasilkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis.

Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Peta Pemikiran i-Think. PENGENALAN

Berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kerajaan menyatakan pengabaian terhadap asas Pendidikan tidak akan membantu Malaysia dalam membentuk sebuah negara yang maju. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mula mengorak langkah untuk menyediakan kurikulum berdasarkan tanda aras antarabangsa serta memperkenalkan pentaksiran yang lebih holistik. Oleh yang demikian, antara inisiatif yang dilaksanakan salah satu daripadanya ialah penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Program i-Think (KPM, 2013).

Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, unsur-unsur dalam kemahiran berfikir aras tinggi harus digunakan bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Guru seharusnya memandang serius kerana ia mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Pada abad ke 21, KBAT amat penting bagi menentukan kejayaan murid. KBAT didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu. Oleh kerana itu, teknik mengajar menggunakan peta pemikiran i-think merupakan salah satu usaha dalam membantu guru mengubah mentaliti dan amalan lama. Teknik ini mampu mewujudkan suasana pengajaran yang menyeronokkan dan berkesan (Nurhafizah Zaidi et al. 2015a).

Bagi merealisasikan aspirasi yang telah termaktub dalam PPPM 2013-2025 adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru. Oleh itu, guru perlu merancang kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar. Kaedah yang dipilih oleh guru perlulah menepati dan sesuai dengan objektif di atas supaya dapat mendorong pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis serta melatih pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada dalam menghubung kait dengan isi pembelajaran yang dipelajari (Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yussuf 2015). Kemahiran berfikir juga adalah salah satu ciri utama yang terkandung dalam PPPM

(3)

66

(Hassan et al. 2016) diberi penekanan yang khusus dalam system pendidikan supaya dapat melahirkan pelajar yang berdaya saing dalam menghadapi cabaran abad ke-21.

Kesimpulannya, penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu teknik pengajaran yang diperkenalkan untuk menggalakkan pelajar berfikir dan lebih fokus dalam memahami tajuk yang dipelajari (Pardieck 2011). Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran. Peta pemikiran i-Think juga membantu pelajar merangsang pemikiran secara aktif. Kaedah ini juga secara tidak langsung memperkembangkan potensi dan melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif yang mampu berfikir pada aras tinggi sekali gus mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara (Muhamad Sidek Said et al. 2013), (Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yussuf 2015).

SOROTAN LITERATUR Peta Pemikiran i-Think

Melalui Program i-Think, Peta Pemikiran telah diperkenalkan. i-Think merupakan singkatan kepada

innovative THINKing ( Pemikiran Inovatif). Pengalaman pembelajaran yang menarik dan kreatif

diperoleh melalui kemahiran berfikir yang dijalankan kepada murid. Peta pemikiran i-Think yang kerap dilaksanakan turut membantu pelajar dalam membudayakan kemahiran berfikir (Khalidah Othman et al. 2014).

Penggunaan peta pemikiran i-Think ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unik pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan. Peta pemikiran i-Think ini boleh digunakan untuk diolah dan dikembangkan isi utamanya dan menjadi pecahan kepada isi penting yang lainnya . Isi utama boleh di kembangkan sehingga menjadi nota atau ranting pecahan kecil agar menjadi lebih mudah untuk difahami dan diingati. Penggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran i-Think juga mampu melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Selain itu, ianya juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Namun yang demikian, bagi murid yang belajar secara konkrit ianya tergolong dalam ‘field dependent’ mereka akan mudah memahami beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Rajah 1 menunjukkan jenis-jenis Peta Pemikiran i-Think.

(4)

67

Rajah 1 : Konsep Peta Pemikiran i-Think (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012).

Aplikasi penggunaan teknik i-Think ini membolehkan guru mengambil peluang untuk melaksanakan pembelajaran kolaboratif dalam bilik darjah. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru berinteraksi antara dua hala semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping dapat memperkukuhkan serta memantapkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian teknik peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai satu pendekatan atau pemudah cara bagi murid untuk menyelesaikan permasalahan atau membuat perkaitan antara sesuatu topik yang telah dipelajari. Selain itu, murid juga akan terlibat dalam suasana pembelajaran yang aktif serta dapat memperbaiki kemahiran komunikasi antara murid. Corak pembelajaran seperti ini adalah berbentuk pembelajaran koperatif. Pembelajaran secara kolaboratif atau koperatif ini telah menjadi satu metodologi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ianya menggalakkan penglibatan yang aktif daripada murid murid semasa proses pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif berlangsung, komunikasi telah berlaku di antara murid dengan bahan pengajaran, murid dengan murid dan murid dengan guru. Oleh kerana itu, pengaplikasian peta pemikiran i-Think ini merupakan sebahagian daripada aplikasi teknik kemahiran berfikir aras tinggi yang boleh digunakan sebaik yang mungkin supaya pembelajaran yang berlangsung akan lebih bermakna kepada murid khususnya pada peringkat sekolah rendah.

Perbezaan Antara Peta Pemikiran i-Think dengan Peta Minda

Program i-think telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia bermula pada tahun 2012 di mana sebanyak 10 buah sekolah menjadi perintis kepada program ini. Kemudian, program ini diperluaskan ke seluruh sekolah di Malaysia pada tahun 2014. Program ini mula dilaksanakan di sekolah- sekolah di Malaysia berdasarkan pencapaian Malaysia dalam beberapa program di peringkat antarabangsa. Antaranya pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) di kedudukan ke 20 terbaik dunia daripada 49 buah negara pada tahun 200 PISA.7 dan Program For

International Student Assessment(PISA) (KPM 2012) di mana prestasi Malaysia di kedudukan ke 57

untuk Matematik, sains pada kedudukan ke 55 dan kefahaman pada kedudukan ke 52 daripada kalangan 74 buah negara di seluruh dunia.

Menurut Shamsazila Sa’ban & Muhammad Faizal Abdul Ghani dan Ghazali Darusalam (2015) program i-think yang mula diperkenalkan pada 2011 dan dilaksanakan pada tahun 2012 bertujuan untuk memperkukuhkan dan menerapkan budaya kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Menurut Jamian, Misdon, & Sabil (2017) peta pemikiran I-think yang terbahagi kepada lapan jenis iaitu, peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi dapat meningkatkan pemikiran berfikir dan keupayaan berkomunikasi dengan berkesan. Peta pemikiran i-think berfungsi sebagai alat berfikir bagi merangsang pemikiran murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Peta Minda pula ialah alat pemikir yang dirintis penciptaannya oleh Tony Buzan. Ia merupakan salah satu alat berfikir yang diperkenalkan sejak tahun 1974. Peta minda digunakan untuk menjana, menggambarkan, menstrukturkan dan mengklasifikasikan idea

(5)

68

penyelesaian masalah, membuat keputusan dan penulisan (Buzan 2003). Rajah 2 menunjukkan peta minda oleh Buzan.

Rajah 2: Peta Minda Tony Buzan

Seterusnya, perbezaan konsep antara peta minda dan peta pemikiran i-Think dapat dijelaskan dalam Jadual 1.

Peta minda Perbezaan i-Think

Suatu lakaran yang

mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk

menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang- cabang kecil sebagai huraian.

Definisi Satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kea rah menghasilkan murid berinovatif.

“I” bermaksud inovasi dan “THINK” bermaksud pemikiran secara inovatif.

Digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata pelajaran berdasarkan prinsip

penggunaannya.

Kegunaan Menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

(6)

69

Dipersembahkan lakaran yang mempunyai tajuk atau tema.

Bentuk dipersembahkan Dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah diguna pakai dan difahami merentas kurikulum.

Mencatat nota dengan mudah.

Merancang sesuatu seperti penulisan karangan,

persembahan dan ucapan.

Tujuan Sekolah memupuk kemahiran berfikir.

Menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat.

Rajah 4: Perbezaan antara peta minda dan peta pemikiran i-think (Buzan Tony 2003). Kepentingan Peta Minda

Penggunaan peta minda dalam mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan rangsangan visual dalam kalangan pelajar agar lebih kreatif dalam penulisan sekali gus dapat meningkatkan kemahiran pelajar berkomunikasi secara lisan dan menggalakkan pelajar untuk belajar secara yakin dan kendiri. Penggunaan peta minda juga dapat memudahkan pemikiran pelajar, membantu mengukuhkan daya ingatan, dan pelajar dapat mengingati fakta-fakta penting yang kemudiannya boleh dihuraikan dengan baik. Ia menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan (Mohd Mahzan & Rahman, Abdul Razaq 2014). Kajian lepas menunjukkan bahawa masih ramai pelajar menghadapi kesukaran mengingati fakta Sejarah dalam jangka masa yang panjang. Hal ini adalah kerana, mata pelajaran Sejarah mempunyai banyak idea yang abstrak serta konsep yang sukar untuk difahami. Konsep ini memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan daya pemikiran seseorang individu dan membentuk daya intelektual pelajar dengan menggunakan kaedah peta minda, segala nota Sejarah yang dipenuhi dengan fakta dapat dipendekkan dengan menggunakan pelbagai simbol, warna, corak dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan pelajar untuk mengingati segala fakta yang telah dipelbagaikan melalui peta minda (Tee et al. 2010). Dapatan ini selari dengan dapatan (Yahya Othman & Azemy Othman 2012) bahawa penggunaan strategi peta minda dalam pengajaran dan

pembelajaran berjaya meningkatkan pencapaian penulisan karangan murid.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) merupakan keupayaan seseorang dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta nilai dalam membuat penaakulan mahupun refleksi untuk menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu yang baru (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Menurut (S. Z. @ Othman et al. 2014), asas kepada proses pembelajaran kognitif adalah menjana dan menyusun atur maklumat, kemahiran menganalisis, mensintesiskan serta proses kreativiti dan menilai. Dalam KBAT, terdapat empat aras dalam domain kognitif yang dikenal pasti iaitu : Mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mencipta. Rajah 5 menunjukkan tentang huraian Taksonomi Bloom (M. S. Othman & Kassim 2017).

(7)

70

1) Mengaplikasikan: Menjalankan atau menggunakan aturan tertentu dengan melaksanakannya atau menerapkannya. Pelajar harus menunjukkan, melengkapkan, mengelaskan, melukiskan, menggunakan dan menyelesaikan.

2) Menganalisis: Membahagikan bahan atau konsep kepada bahagian kecil, menentukan bagaimana bahagian kecil berkait antara satu sama lain atau menerangkan keseluruhan bahan atau maksud. Pelajar perlu membanding beza, menerangkan, mengenal pasti, mengelaskan dan menyiasat.

3) Menilai: Membuat justifikasi berdasarkan kriteria melalui semakan dan kritikan. Pelajar perlu membuat penentuan, menaksir, mencadangkan, menghakimi dan membuat pilihan.

4) Mencipta: Menggabungkan elemen-elemen berlainan bersama untuk membentuk suatu yang bersepadu atau berfungsi sepenuhnya, mengatur semula elemen berlainan menjadi suatu bentuk baru melalui penjanaan, perancangan atau penghasilan. Pelajar perlu mereka cipta, mereka bentuk, membina dan membayangkan. Rajah 4 menunjukkan Taksonomi Bloom.

(8)

71

PERNYATAAN MASALAH KAJIAN

Bermula sejak enam dekad yang lepas lagi pihak KPM sentiasa berusaha menambah baik dan menaik taraf serta menjalankan kajian secara komprehensif ke atas sistem penyampaian pendidikan dan latihan keguruan ke arah pembelajaran berkesan. Apatah lagi setelah abad ke-21 telah menghampiri dekad kedua, isu KBAT masih tetap diperbincangkan oleh para sarjana pendidikan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pihak KPM telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar untuk kegunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah-sekolah di Malaysia. Contohnya pelaburan untuk Sekolah Bestari, projek My School Net, pusat akses sekolah, Eduweb dan 1BestariNet untuk menyediakan pelajar-pelajar sekolah dengan kemahiran komunikasi yang bersesuaian dan sangat diperlukan dalam abad ke-21 ini (Nurhafizah Zaidi et al. 2015b).

Bahkan menerusi Belanjawan 2020 kerajaan juga telah memberikan peruntukan terbesar

daripada keseluruhan peruntukan belanjawan negara kepada pihak KPM iaitu sebanyak RM64.1

bilion pada tahun ini sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pendidikan negara. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah bertambah daripada RM652 juta pada 2019 kepada RM735 juta pada 2020. (KPM, 2020). Tindakan ini memperlihatkan komitmen tinggi kerajaan dalam membangunkan generasi pelajar yang berkemahiran abad ke-21 seperti yang tertera dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kajian-kajian berkaitan penggunaan peta pemikiran i-Think di sekolah-sekolah di Malaysia telah hampir merangkumi semua mata pelajaran seperti dalam kajian mata pelajaran Bahasa Melayu (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod 2015) (Aloysius Anthony Akup & Yahya Othman 2017) (Abdul Rasid Jamian 2017) (Rothman et al. 2018) (Abdul Rasid Jamian 2017) (Arfah Ahamad et al. 2016) (Rothman et al. 2018), Matematik (Nurhafizah Zaidi et al. 2015a), (Nurhafizah Zaidi et al. 2015a), Sains (Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yussuf 2015), (Suhanna Zainudin & Zanaton Hj Iksan 2015), (Azlili Murad & Norazilawati Abdullah 2016), Ekonomi (Lee & Muhammad 2015), Sejarah (Muhammad Faiz Tamdjis 2017). Terdapat juga kajian tentang pendedahan program i-Think di peringkat sekolah mengikut pendekatan sekolah secara menyeluruh (Shamsazila Sa’ban & Muhammad Faizal Abdul Ghani dan Ghazali Darusalam 2015). Begitu juga dengan kajian tentang aplikasi peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang dikaji oleh (Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon 2018).

Namun, permasalahannya ialah sistem persekolahan kurang memberi penekanan terhadap tugas memperkembang daya pemikiran murid. Tumpuan hanya lebih tertumpu kepada penyediaan maklumat dengan tujuan menyediakan murid menghadapi peperiksaan dan menghabiskan sukatan. Terdapat beberapa sebab kemahiran berfikir tidak ditekankan antaranya sesetengah guru hanya berpendapat bahawa murid terlebih dahulu menguasai semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum murid boleh digalakkan berfikir (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod 2015).

Berdasarkan sorotan kajian lepas menunjukkan tahap penggunaan peta pemikiran i-Think masih perlu dipertingkatkan. Sebagai contoh, dalam tahap kesediaan penggunaan peta pemikiran i-think berada pada tahap sederhana, iaitu lebih 60% guru mengamalkan amalan kemahiran berfikir. Guru didapati tetap mengaplikasikan penggunaan peta pemikiran i-think dalam proses PdP bagi menambahkan pengetahuan pembelajaran murid walaupun tahap amalan guru terletak pada tahap sederhana (Fadillah Anak Layang & Zamri Mahamod 2019), (Hasan & Mahamod 2016). Hal ini

(9)

72

berlaku kerana tahap pengetahuan dan tahap sikap guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-think adalah tinggi. Guru semestinya menguasai tahap amalan penggunaan kaedah kerana guru berperanan untuk mendidik seseorang individu untuk menjadi lebih baik dan memberikan penilaian terhadap murid. Penggunaan bahan-bahan grafik dan bergambar dapat merangsang pemikiran, mengukuhkan daya ingatan dan memudahkan pemahaman murid (Hasan & Mahamod 2016). Oleh yang demikian, penyelidikan sebelum ini telah melaporkan bahawa kaedah pendekatan guru untuk proses pembelajaran murid dianggap penyelesaian yang tepat untuk mengatasi masalah tersebut (Rothman et al. 2018). Fadhil & Yamat, (2019) mendapati bahawa pelajar tidak merancang sebelum memulakan penulisan dalam pembelajaran mereka sehingga menyebabkan mereka tidak mempunyai idea untuk membina ayat. Guru seharusnya memandang serius kerana ia mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan dengan membimbing murid menggunakan peta pemikiran i-Think. Justeru, kajian ini akan mengenal pasti kesan dan cabaran dalam penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah sehingga mampu merangsang pemikiran murid-murid ke aras pemikiran yang lebih tinggi.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:

i. Untuk mengenal pasti kepentingan aplikasi peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan. Sorotan literatur dilakukan terhadap bahan-bahan akademik berkaitan kepentingan aplikasi peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi.

KEPENTINGAN APLIKASI PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kepentingan terhadap guru

Guru yang sentiasa bersikap positif akan turut menghasilkan impak yang positif terhadap hasil pembelajaran dan kemenjadian pelajar. Kenyataan ini disokong penuh oleh hasil dapatan kajian (Mohamad Nurul Azmi Mat Nor & Nurzatulshima Kamarudin 2017) yang mendapati sikap positif guru terhadap pendekatan mempunyai hubungan dengan tahap sikap dan kemahiran pelaksanaan guru. Hasil dapatan tahap sikap guru berada pada tahap tinggi juga selaras dengan kajian (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod 2015) yang menjelaskan bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengira aspek kemahiran berfikir yang dilihat banyak mempengaruhi pencapaian pelajar. Merujuk (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod 2015), sikap merangkumi perasaan, kepercayaan dan pemikiran yang mempengaruhi seseorang dalam memberikan nilai terhadap sesuatu

(10)

73

aspek yang disukai atau yang tidak disukainya. Sikap adalah satu persediaan mental yang boleh memberi pengaruh reaksi seseorang terhadap sesuatu dengan dinamik.

(Rothman et al. 2018) telah melakukan pembahagian sikap kepada tiga komponen utama iaitu kognitif (idea dan kepercayaan), afektif (perasaan dan kecenderungan) dan tingkah laku (tindakan dan jawapan). Tahap kecenderungan tingkah laku atau sikap seseorang yang boleh dicerap melalui gerak balas dan tingkah laku atau sikap terhadap pengamatan sesuatu dipengaruhi oleh ketiga-tiga komponen utama ini. Sikap setiap individu antara satu sama lain adalah berbeza. Secara tuntas, tahap sikap penggunaan i-Think dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah kebangsaan boleh dipertingkatkan lagi walaupun hasil dapatan kajian menunjukkan tahap sikap guru berada pada tahap tinggi dengan cara memperluas lagi pendedahan penggunaan i-Think dalam bidang pendidikan.

Ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam fitrah kehidupan seharian manusia dalam melakukan tugasan harian. Tidak terkecuali juga bagi seorang guru dalam usaha menyalurkan ilmu pengetahuan yang diketahui kepada pelajar-pelajarnya. Seorang guru haruslah mempunyai pengetahuan yang terperinci mengenai mata pelajaran yang diajarkan atau kaedah yang ingin diterapkan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran (Fadilla, 2019). Penyataan ini disokong sepenuhnya oleh (Hasan & Mahamod 2016) yang menyatakan bahawa guru sebagai penterjemah kurikulum di sekolah harus mempunyai pengetahuan, kefahaman dan keyakinan dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajar supaya dapat menjayakan proses pengajaran yang dirancang. Sebelum penggunaan kaedah i-Think, guru perlu mempunyai pengetahuan terlebih dahulu mengenai kaedah i-Think, kemahiran sewaktu melaksanakan kaedah i-Think dalam mata pelajaran yang diajar dan bersikap positif terhadap kaedah yang ingin dilaksanakan dengan memberi tanggapan bahawa kaedah tersebut dapat membantu kefahaman pembelajaran pelajar. Hal ini kerana, guru yang berkesan adalah guru yang dapat memberikan pandangan yang positif pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari.

Pelaksanaan peta pemikiran i-Think ini harus dipandang serius dari pelbagai sudut. Dari segi pelaksanaan di sekolah, ia bukanlah satu program atau menjadi mata pelajaran yang wajib, namun ia seharusnya diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti yang dibuat oleh guru. Guru juga boleh berkongsikan peta pemikiran yang dibina sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam PdP. Namun begitu, dalam melaksanakan peta pemikiran i-Think ini, terdapat cabaran yang perlu disedari oleh semua pihak terutamanya guru dan murid sendiri, sistem pendidikan di Malaysia kini adalah sistem yang menjadikan peperiksaan sebagai asas dalam penilaian terhadap murid dengan menekankan mereka dengan menghafal dan mengimbas kembali fakta-fakta. Menyedari kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang telah ditekankan berdasarkan analisis PISA dan TIMSS serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), peta pemikiran i-Think diperkenalkan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Sungguh pun alat berfikir ini membantu murid dalam mencari ilmu pengetahuan, inisiatif perlu dilakukan dan mereka juga perlu membangunkan kemahiran dalam pengetahuan tersebut agar mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang kian berubah (Fadilla, 2019).

Aplikasi penggunaan Teknik i-Think ini membolehkan guru mengambil peluang untuk melaksanakan pembelajaran kolaboratif dalam bilik darjah. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan guru dan murid berinteraksi antara dua hala semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid dan dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid (Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon 2018). Tugas seorang guru adalah untuk memastikan objektif pengajaran dan

(11)

74

pembelajaran dapat dicapai pada hari itu. Sehubungan itu, guru seharusnya mahir dalam menggunakan alat berfikir ini untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan keperluan dan masa. Oleh kerana itu, penggunaan peta pemikiran i-Think ini merupakan sebahagian daripada teknik untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid.

Penggunaan peta pemikiran i-Think ini boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unik pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan. Peta pemikiran i-Think ini boleh digunakan untuk diolah dan dikembangkan isi utamanya dan menjadi pecahan kepada isi penting yang lainnya . Isi utama boleh di kembangkan sehingga menjadi nota atau ranting pecahan kecil agar menjadi lebih mudah untuk difahami dan diingati . Penggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran i-Think juga mampu melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Selain itu, ianya juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Namun yang demikian, bagi murid yang belajar secara konkrit ianya tergolong dalam ‘field dependent’mereka akan mudah memahami beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan ilustrasi, rajah, latihan atau amalan (Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon 2018).

Penggunaan teknik i-Think ini membolehkan guru mengambil peluang untuk melaksanakan pembelajaran kolaboratif dalam bilik darjah. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru berinteraksi antara dua hala semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan di kalangan murid di samping dapat memperkukuhkan serta memantapkan kemahiran berkomunikasi di kalangan murid. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian teknik peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai satu pendekatan atau pemudah cara bagi murid untuk menyelesaikan permasalahan atau membuat perkaitan antara sesuatu topik yang telah dipelajari. Selain itu, murid juga akan terlibat dalam suasana pembelajaran yang aktif serta dapat memperbaiki kemahiran komunikasi antara murid. Corak pembelajaran seperti ini adalah berbentuk pembelajaran koperatif (Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon 2018).

Pembelajaran secara kolaboratif atau koperatif ini telah menjadi satu metodologi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ianya menggalakkan penglibatan yang aktif daripada murid-murid semasa proses pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif berlangsung, komunikasi telah berlaku di antara murid dengan bahan pengajaran, murid dengan murid dan murid dengan guru. Pembelajaran kolaboratif melebihi aktiviti bekerjasama kerana ianya melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil pembelajaran baru. Guru sebagai agen perubahan perlulah bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan yang bakal berlaku. Tugas seorang guru adalah untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai pada hari itu. Oleh kerana itu, pengaplikasian peta pemikiran i-Think ini merupakan sebahagian daripada aplikasi teknik kemahiran berfikir aras tinggi yang boleh digunakan sebaik yang mungkin supaya pembelajaran yang berlangsung akan lebih bermakna kepada murid khususnya pada peringkat sekolah rendah (Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon 2018).

Penggunaan Modul Peta Pemikiran i-Think juga boleh dijadikan panduan kepada guru dalam menggunakan i-Think di dalam bilik darjah. Selain itu, ia boleh mengurangkan beban guru sekali gus menjadikan i-Think sebagai bahan utama dalam membantu murid dalam menguasai mata pelajaran Sains (Azlili Murad & Norazilawati Abdullah 2016). Begitu juga menurut (Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yussuf 2015), bahawa program i-Think diterima baik oleh guru dan pelajar di sekolah. Penggunaan peta pemikiran i-Think telah memberi impak berguna kepada pelajar dalam aspek pemikiran kritis terutamanya berkaitan teknik

(12)

75

belajar dan daya mengingat yang dianggap jauh berbeza kesannya dari teknik-teknik tradisional sebelum ini. Guru juga harus membimbing pelajar dalam menggunakan peta i-Think terutamanya dalam penyelesaian masalah dan menjawab soalan. Kenyataan ini disokong oleh hasil kajian Ping, Ahmad, Adnan, & Hua, ( 2017).

Kepentingan Terhadap Murid

Penggunaan peta pemikiran i-Think boleh disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran berdasarkan sub topik yang berkaitan. Penggunaan pelbagai bentuk peta pemikiran i-Think mampu melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Selain itu, ianya juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian peta pemikiran i-Think merupakan satu pendekatan yang membolehkan murid menyelesaikan permasalahan. Selain itu juga, murid dapat terlibat dalam suasana pembelajaran aktif. Corak pembelajaran seperti ini adalah berbentuk pembelajaran koperatif. Menurut kajian (Rohaida Yusop & Zamri Mahamod 2015), penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran penulisan karangan berjaya meningkatkan penguasaan subjek dalam aspek olahan karangan. (Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yussuf 2015), juga menyatakan dalam kajiannya, implikasi daripada kajiannya membolehkan pelajar memahami peta pemikiran i-Think dengan lebih jelas dan secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu, penggunaan peta pemikiran sebagai satu cara yang dapat merangsang murid-murid berfikir aras tinggi. (Muhammad Faiz Tamdjis 2017) juga mendapati bahawa minat pelajar secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi. Peta i-Think sememangnya penting dalam meningkatkan keupayaan pedagogi guru dalam mempelbagaikan kemahiran guru abad ke-21 selaras dengan perkembangan teknologi dan era ledakan maklumat pada masa kini. Rajah 4 menunjukkan piramid pembelajaran daripada Dale.

Rajah 4 : Piramid Pembelajaran (Dale, 1946a; Dale, 1946b).

(13)

76

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, perubahan pembelajaran melalui aplikasi peta pemikiran i-Think ini harus dilalui dan di laksana dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan pembelajaran abad ke-21 yang berpusatkan murid dan guru sebagai pemudah cara. Pengaplikasian peta pemikiran i-Think harus ditekankan bagi menghasilkan murid yang kreatif, kritis dalam pemikiran mereka. Hal ini kerana, mereka perlu menghadapi perkembangan teknologi dan arus globalisasi dalam kehidupan mereka. Guru juga perlu berhadapan dengan cabaran ini bagi mendidik dan membentuk peribadi insan dalam kalangan generasi Z dan Alpha. Justeru itu, penggunaan peta pemikiran i-Think telah membantu guru dalam proses PdPc. Kajian ini juga mendapati bahawa kaedah PdPc yang lebih terkini sifatnya amat sesuai untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Dengan pengamalan budaya berfikir yang tinggi dalam kalangan guru, sudah semestinya membantu para guru menarik minat murid terhadap mata pelajaran bahasa melayu terutama ketika di dalam bilik darjah. Hal ini bermakna kaedah PdPc yang lebih bersifat konvensional, iaitu pengajaran yang lebih berfokus guru sudah tidak relevan lagi pada masa ini. Sehubungan dengan itu, kaedah PdPc yang lebih bersifat terkini seperti penggunaan peta pemikiran i-Think perlu menjadi pegangan warga guru pada era globalisasi ini demi

melahirkan murid yang mempunyai minda kelas pertama.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon,Azhar Md Sabil, .. 2017. Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Abdul Rasid Jamian, M. M. & A. M. S. 2017. Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Pemahaman KOMSAS Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia.

Aloysius Anthony Akup & Yahya Othman. 2017. Keberkesanan Peta Pemikiran Dalam Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 6. Malay Language Education Journal – MyLEJ.

Arfah Ahamad, Fadzilah Amzah & Rozihani Yaakub. 2016. Aplikasi Peta Bulatan dan Peta Alir Dalam Proses Mencipta Sajak. International Conference on Education and Psychology 2016

(ICEduPsy16).

Azlili Murad & Norazilawati Abdullah. 2016. Pembangunan modul peta pemikiran i-think bagi mata pelajaran sains tahun 5 sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. Buzan Tony. 2003. Mind Maps For Kids-An Introduction- The Shortcut To Success at School.

London: Thonrsons.

Fadhil, F. & Yamat, H. 2019. I-Think Map in Organization of Ideas in Argumentative Writing.

International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences 10(1): 1–13.

doi:10.6007/IJARBSS/v10-i1/6808

Fadillah Anak Layang & Zamri Mahamod. 2019. Tahap Pengetahuan, Kesediaan dan Sikap Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. (Malay). Knowledge, Readiness and Attitude of Malay Language Primary

School Teachers at Kapit district to Implementing i-Think Map in Teaching and Learning. (English).

Hasan, N. H. & Mahamod, Z. 2016. Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (The Perception of Malay Language Teachers at Secondary

(14)

77

School Towards Higher Order Thinking Skills). Malay Language Education Journal.

Hassan, S. R., Rosli, R. & Zakaria, E. 2016. The Use of i-Think Map and Questioning to Promote Higher-Order Thinking Skills in Mathematics. Creative Education 07(07): 1069–1078. doi:10.4236/ce.2016.77111

Khalidah Othman, Saodah Ismail, Aminah Samsudin & Haslina Jaafar. 2014. Kajian Tinjauan : Aplikasi Peta Pemikiran i-Think Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Literasi Nombor.

Jurnal Penyelidikan Tempawan.

KPM. 2012. Membudayakan Kemahiran Berfikir. Buku.

Lee, Y. H. & Muhammad, B. H. 2015. Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Penggunaan Peta Pemikiran i-Think Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Ekonomi.

Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5.

Mohamad Nurul Azmi Mat Nor, . & Nurzatulshima Kamarudin, . 2017. Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kurikulum reka bentuk dan teknologi (RBT) sekolah rendah.

International Research Journal of Education and Sciences (IRJES).

doi:10.1080/08870440701520973

Mohd Mahzan, A. & Rahman, Abdul Razaq, A. & M. M. A. 2014. Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History). Jurnal Pendidikan Malaysia. doi:10.17576/JPEN-2014-%x

Muhamad Sidek Said, Mohamad Ab.Kadir & Mohamad Sabri Awang Hitam. 2013. Penilaian Pelaksanaan Program i-Think: Satu Pengenalan Oleh. Ejurnal.Ipgmksm.Edu.My.

Muhammad Faiz Tamdjis, A. A. 2017. Penggunaan Peta I-Think Terhadap Pencapaian dan Minat Pelajar Dalam Pendidikan Sejarah. International Conference on Global Education V.

Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon, S. A. R. 2018. Aplikasi Peta Pemikiran I-Think Dalam Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Uthm.

Nurhafizah Zaidi, Roslinda Rosli & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2015a. Aplikasi Peta Pemikiran i-THINK Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. World Academic And

Research Congres 2015. doi:10.1016/j.jbiomech.2012.08.025

Nurhafizah Zaidi, Roslinda Rosli & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2015b. Aplikasi Peta Pemikiran i-THINK Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. World Academic And

Research Congres 2015.

Othman, M. S. & Kassim, A. Y. 2017. Isu Dan Permasalahan (Pdp) Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam Amalan Pengajaran Guru Menurut Pandangan Ibn Khaldun.

Journal of Human Capital Development.

Othman, S. Z. @, Aris, B., Mohammed, H., Zaid, N. M. & Abdullah, Z. 2014. Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Melalui Model Stesen Rotasi Pelbagai Mod. Konvensyen Antarabangsa

Jiwa Pendidik 2014. doi:10.13140/RG.2.1.2815.6005

Pardieck, S. C. 2011. Visual Literacy: Reading and Analyzing E-Primary sources Teaching with Primary sources. IllInoIs ReadIng CounCIl JouRnal.

Ping, O. W., Ahmad, A., Adnan, M. & Hua, A. K. 2017. Effectiveness of higher order thinking skills (HOTS) based i-Think map concept towards primary students. AIP Conference Proceedings 1847: 10–12. doi:10.1063/1.4983886

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. 2015. Keberkesanan Peta Pemikiran (i-Think) Dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Malay Language

(15)

78

Education Journal – MyLEJ.

Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah, Nik Azmah Nik Yussuf, . 2015. Keberkesanan Penggunaan I-Think Terhadap Pencapaian Dan Minat Murid Dalam Tajuk Sifat Bahan, Sains Tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia.

Rothman, J., Slabakova, R., Hashim, H. U., Yunus, M. M., Dayang Sulfilkawany Ujai, Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad, Chew Fong Peng, et al. 2018. Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Kedua 2019 (SAPBaSBuM 2 2019) 049-. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu. doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Shamsazila Sa’ban & Muhammad Faizal Abdul Ghani dan Ghazali Darusalam. 2015. Pendedahan Program i-Think di Peringkat Sekolah Mengikut Pendekatan sekolah Secara Menyeluruh: Satu Kajian Awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 3(1): 32–46.

Suhanna Zainudin & Zanaton Hj Iksan. 2015. Pemerkasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sains. Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5.

Tee, T. K., Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Othman & Yee, M. H. 2010. Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. International Conference On

Education 2010.

Yahya Othman & Azemy Othman. 2012. Keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal

Referensi

Dokumen terkait

Kemahiran guru mengaplikasikan pendekatan, kaedah dan teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam akan membantu murid mencapai standard kandungan dan

Sehubungan itu, mata pelajaran Sejarah adalah disiplin ilmu yang dinamik menekankan kepelbagaian kaedah pembelajaran dan pengajaran antaranya kemahiran berfikir,

Para pentadbir sekolah perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam merancang, menyusun, memimpin dan mengawal pengajaran dan pembelajaran guru

49 BAHASA KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH. Shamilati Che Seman, Rahimah Embong, Wan Mazwati

Pelajar perlu lebih melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran untuk menguasai kemahiran insaniah yang terdiri daripada kemahiran berfikir aras

Bagi item kelima iaitu kandungan CHABLE boleh membantu murid tingkatan 4 meningkatkan pencapaian Kemahiran Berfikir Aras Rendah KBAR dalam tajuk Matematik Pengguna juga mempunyai nilai

Kerangka pemupukan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan ABSTRAK Artikel konseptual ini membincangkan tentang pendekatan yang dapat

Kompetensi Guru dalam Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran Pendidikan Sejarah Fathizaki Rifin1, Anuar Ahmad1, Norasmah Othman1 1Fakulti Pendidikan, Universiti