• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSEPSI PELAJAR EKONOMI RUMAH TANGGA ME

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERSEPSI PELAJAR EKONOMI RUMAH TANGGA ME"

Copied!
33
0
0

Teks penuh

(1)

PERSEPSI PELAJAR EKONOMI RUMAH TANGGA

MENGENAI STATUS HALAL GELATIN DALAM

INDUSTRI MAKANAN KONFEKSIONARI

BAB 1

PENGENALAN PROJEK

Pengenalan

Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi terutama dalam bidang makanan pada hari ini berlaku dengan pesat bagi memastikan makanan yang terhasil berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, peralatan teknologi juga telah berubah dan membantu pilihan industri makanan dalam menghasilkan makanan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan makanan yang terhasil mencukupi keperluan manusia, menjamin manusia memperolehi nutrien yang baik.

(2)

Terutamanya dengan tinggi kadar protein khususnya asid amino. Menurut Fu, 2000, gelatin yang boleh dimakan diperbuat daripada tulang haiwan melalui teknik-teknik pemprosesan seperti nyahlemak, pembekuan dan pengeringan. Sifat uniknya telah membolehkan ia diaplikasikan dalam makanan industri. Gelatin boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu di awet dan digunakan terutama dalam bidang konfeksioneri untuk menstabil dan tekstur, jeli untuk menghasilkan pengurangan lemak, produk tenusu untuk menstabilkannya dan memberi tekstur dan produk daging untuk menghasilkan ikatan air (Nishimoo et al.2005, Karim dan Bhat 2009).

(3)

sumber kulit khinzir manakala gelatin jenis B pula diproses menggunakan alkali atau kapur. Sumber-sumber gelatin jenis B adalah dari tulang atau kulit haiwan seperti lembu.

Latar Belakang Masalah

Penggunaan gelatin sangat luas di dalam industri makanan dan ia lebih terkenal dalam industri konfeksionari kerana ciri-cirinya yang unik dan mendapat perhatian di kalangan pengguna. Merujuk kepada Gelatin Manufacture of Europe (GME) menunjukkan bahawa kepenggunaan gelatin yang diekstrak yang bersumberkan khinzir adalah sebanyak 46%. Dianggarkan pula 60-70% daripada penghasilan gelatin di seluruh dunia adalah berasaskan khinzir.

(4)

dengan jumlah antara 2000-3000 tan pertahun dengan nilai antara 7-10 juta Dolar AS (Remi Yahya-Ihmael, 2005).

Pengguna Islam sangat prihatin tentang produk yang mereka makan dan digunakan. Dengan mulanya pengaruh budaya yang terlibat dalam pemakanan, akhirnya mengundang kepada perlunya kajian lanjut lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan agama. Dalam pemakanan, terdapat beberapa perbezaan dan pantang larang yang tersendiri yang didapati melalui agama, bangsa dan budaya. Menurut Fieldhouse menyatakan bahawa budaya merupakan pendorong utama yang menentukan jenis makanan yang diambil malah ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan salah satunya adalah agama. Malah menurutnya lagi makanan yang dimakan bukan sekadar memenuhi kehendak masyarakat tetapi ia juga memenuhi kehendak biologi seperti membekalkan tenaga dan nutrien kepada badan.

(5)

budaya melalui makanan merupakan satu isu yang cukup memberi erti dan perlu diambil kira dan ianya merupakan satu cabaran dan memerlukan kepada satu kajian yang lebih khusus dilakukan.

Walaupun kita dapat melihat kebaikan daripada segi bertambahnya nilai nutrisi dan mutu makanan yang dihasilkan melalui penggunaan sains dan teknologi moden tetapi sebenarnya ia belum pasti memberikan kesan yang baik kepada kesihatan manusia. Antara sebabnya ialah kajian untuk membuktikan sama ada makanan yang terhasil daripada teknologi moden selamat atau tidak untuk dimakan sebenarnya memerlukan kepada satu jangka masa yang lama berbanding dengan perubahan teknologi yang begitu cepat berlaku. Selain daripada itu untuk menentukan fatwa dari sudut agama sama ada makanan yang dihasilkan melalui teknologi moden ini halal atau haram juga memerlukan masa kerana ia juga bergantung sama ada makanan yang terhasil itu memudaratkan atau memberi manfaat kepada manusia.

(6)
(7)

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan berasaskan kepada beberapa objektif yang dikenal pasti. Objektif tersebut adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti persepsi pelajar Ekonomi Rumah Tangga mengenai status halal gelatin dalam industri makanan konfeksioneri.

2. Mengenalpasti sikap pengguna terhadap status halal gelatin.

3. Untuk mengkaji hubungan di antara agama dengan status halal gelatin. 4. Untuk mengkaji hubungan antara sikap pengguna dengan status halal

gelatin.

Konseptual Kajian

(8)

Masyarakat

(9)

dijelaskan dengan lebih mendalam (Mohamad Syafiqe Abdul Rahim, Majalah Cahaya: http://www.halal.gov.my/). Antaranya ia meliputi kebersihan ini kerana Islam amat menitik beratkan soal kebersihan. Ia juga berkaitan dengan kesihatan kerana makanan yang baik akan mempengaruhi kehidupan seharian. Islam amat mementingkan makanan yang sihat dan melarang penganutnya memakan makanan yang kotor.

Antara kepentingan kajian ini, adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat Islam tentang kepentingan makanan halal dan kesannya pada jasmani dan rohani manusia. Persepsi masyarakat terhadap konsep halal juga telah berubah daripada hanya merangkumi soal halal haram untuk keperluan diri (kegunaan diri) kepada soal halal haram melibatkan keperluan masyarakat yang merancakupi seluruh aspek kehidupan. Ini kerana masyarat perlu didedahkan dengan kepentingan makanan halal agar dapat melahirkan masyarakat yang lebih bijak memilih makanan.

(10)

pasaran yang meluas khususnya di kalangan pengguna Islam. Banyak isu halal yang telah diketengahkan dan apa yang penting masyarakat tidak boleh memandang enteng mengenai isu halal haram tersebut.

Pengguna

Pengguna diistilahkan setiap orang yang mendapatkan barangan dan perkhidmatan dari pasaran untuk kegunaan dirinya dan keluarganya. Secara mudah kita lihat pengguna dan konsep kepenggunaan ini dalam konteks yang paling mikro iaitu diri sendiri. Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia telah memberi satu takrifan yang tepat pada "pengguna" dalam ucapannya semasa merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia ketika Tahun 1992. Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap insan adalah pengguna yang memerlukan barangan, perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi".

(11)

banyak dipasarkan. Konsep halal adalah sesuatu yang mudah namun industri pada masa kini telah menjadikannya lebih kompleks sehingga mengelirukan majoriti pengguna Muslim (Khalilah, 2012). Pada dasarnya, semua makanan adalah halal dimakan selagi tidak ada larangan sama ada di dalam panduan utama umat Islam iaitu al-Quran mahupun hadis.

Menurut Khalilah (2012), perkara ini menjadi semakin rumit berikutan pembangunan teknologi dan juga kepelbagaian sumber yang diperoleh dalam menghasilkan makanan termasuklah produk harian lain. Keadaan ini menyukarkan pengguna untuk membuat pilihan dengan tepat dan yakin mengenai sesuatu produk di pasaran.

(12)

Kekeliruan ini disebabkan pemahaman pengguna terhadap produk halal masih lagi terbatas kepada beberapa aspek tertentu sahaja walhal penentuan halal sesuatu produk itu hendaklah dibuat berdasarkan proses awal hingga kepada penghasilan produk akhir.

(13)

Penggunaan bahan berasaskan khinzir dalam industri makanan dan pemprosesan menjadi salah satu isu yang menyumbang kepada keraguan atau kekeliruan pengguna Islam sewaktu memilih sesuatu produk makanan. Situasi ini boleh menimbulkan kekeliruan pengguna yang kekurangan maklumat apabila produk yang mengandungi unsur babi dilabel dengan Kod E (Nurul Halawati Azhari, 2010). Dengan adanya pendedahan yang terbuka mengenai isu gelatin yang semakin menular sedikit sebanyak mampu memberikan pengetahuan yang mendalam kepada pengguna.

Pelajar

Kajian ini sangat penting kepada pelajar seluruhnya terutama pelajar-pelajar sekolah dan juga pelajar-pelajar di universiti. kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat terutama pelajar yang merupakan aset penting dalam pucuk pimpinan pada masa akan datang serta menjadi pencetus idea golongan intelek.

(14)
(15)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

Pengenalan

(16)

Sebagai contoh, gelatin adalah bahan yang digunakan sebagai agen pengenyal bagi produk seperti gummies buah-buahan, agen pengemulsi bagi produk keju, dadih dan yogurt dan agen penjernih bagi menghalang rasa, bau dan warna yang tidak diingini dalam minuman dan sebagainya. Di Malaysia, masyarakat pernah didedahkan dengan laporan penemuan gelatin daripada khinzir dalam produk jeli dan seumpamanya dan ini telah membawa isu yang sangat besar. Hal ini terutama apabila jeli tersebut dimport daripada luar negara yang mana status bahan ramuannya banyak bersumberkan khinzir dan derivatifnya. Sudah terdapat ramai pengkaji yang lain yang telah membuat kajian mengenai status halal gelatin.

(17)

agama Kristian yang tidak mempunyai pantang larang (Sack, 2001, p.218). Setiap agama mempunyai pantang larangnya yang tersendiri. Dan pantang larang yang digunakan mempunyai sebabnya yang tertentu.

Banyak kajian mendapati bahawa faktor kepatuhan terhadap beragama akan mempengaruhi gelagat manusia secara umum yang dengannya secara khusus mempunyai kesan keatas pilihan produk. Sebagai contoh agama islam yang tidak membenarkan penganutnya memakan makanan yang berasaskan khinzir dan itu menyebabkan penganutnya membeli makanan yang dijamin halal. Berdasarkan kepatuhan agama maka pilihan akan dibuat dengan melihat faedah kerohanian.

(18)

kemasukan bahan makanan yang datang melalui Sabah dan Sarawak kerana di negeri-negeri tersebut ia tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Akibatnya terdapat produk yang masuk melalui Sabah dan Sarawak ke Semenanjung tidak dapat dikawal sama ada halal atau sebaliknya. Berdasarkan kajian yang dilakukan terdapat hampir separuh responden dalam kajian itu telah menerima pakai corak pengambilan makanan segera. Keadaan ini menggambarkan bahawa negara memerlukan bahan mentah yang tidak dapat di hasilkan di Malaysia. Kesannya untuk jangka masa panjang ialah import makanan negara akan meningkat. Disebabkan oleh itu meningkatnya import makanan dan turut mengundang kepada isu halal. Iaitu bahan mentah dan makanan tersebut perlulah menepati hukum syarak.

(19)

daging, kafein, arak dan lain-lain kerana berpegang kuat kepada agama atau adat yang diamalkan oleh kumpulan etnik tersebut. Walaubagaimapun menurut Shatenstein bagaimana pengaruh budaya dan agama mempengaruhi faktor lain seperti pemilihan makanan, rasa, harga, keselesaan, nutrisi dan kawalan terhadap berat badan tidak dapat dipastikan. Malah beliau turut memberikan pendapat bahawa tabiat dalam mengambil makanan adalah dipengaruhi oleh berbagai-bagai kombinasi sumber seperti kepercayaan, pengalaman dalam mengamalkan makanan oleh sesebuah kumpulan atau komuniti, faktor ekonomi, kesihatan dan lain-lain.

(20)

wajib mematuhi hukum halal yang telah ditetapkan bagi mengekalkan integriti produk halal secara global (Hazlinda & Jamil, 2012). Tahap keagamaan seseorang individu adalah berbeza antara satu sama lain. Menurut Hazlinda dan Jamil (2012), keagamaan merujuk pada tahap seseorang individu menjadi lebih beragama. Perkaitannya di sini adalah dimana jika sesuatu produk makanan tersebut dikhuatiri halalnya, ianya akan menimbulkan satu isu dalam agama.

Kenyataan ini turut disokong oleh Worshington dan rakan-rakan (2003), yang menjelaskan bahawa tahap komitmen seseorang individu mempengaruhi pembuatan keputusan peribadi mereka dan menegaskan bahawa individu yang kuat pegangan agamanya memiliki perbezaan nilai dengan orang yang sederhana tahap agamanya. Tahap keagamaan adalah untuk melihat sejauh mana individu komited terhadap agamanya yang seterusnya memberi gambaran tentang sikap dan perlakuan mereka (Hazlinda & Jamil, 2012).

(21)

dapat menerima bahawa mereka sebenarnya mempunyai kawalan dan mengubal tingkah laku mengikut kepentingan.

(22)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai kaedah-kaedah dan metodologi kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian. Bab ini juga akan menerangkan tentang reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan data, responden kajian, kawasan kajian dan kaedah penganalisisan data.

Reka Bentuk Kajian

(23)

Populasi merupakan jumlah keseluruhan kumpulan yang hendak dikaji (Amir Hasan, 2002). Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sampel adalah individu yang menjawab soalan-soalan penyelidikan dan merupakan contoh daripada populasi. 207 pelajar dipilih secara rawak dari kursus Ekonomi Rumah Tangga. Bagi mencapai objektif kajian, satu set boring soal selidik dirangka bagi mendapatkan maklum balas daripada responden.

Instrument yang lazimnya digunakan untuk kajian ialah berbentuk soal selidik. Instrument yang lazimnya digunakan oleh pengkaji ialah berbentuk dekstriptif. Instrument soal selidik merupakan cara paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada responden.

(24)

Kaedah Pengumpulan Data

Data-data yang dikumpul akan diolah untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. Segala maklumat yang diperoleh dianalisa dan perlu dijelaskan secara terperinci serta menghubungkaitkan maklumat dan data yang diterima dengan teori yang menjadi rujukan terhadap kajian yang akan dijalankan. Data-data yang sedia ada mungkin akan bertambah kerana pengkaji sentiasa mencari maklumat atau data yang baru mendapatkan kesahan dalam kajian yang dijalankan. Kaedah

(25)

yang digunakan dalam mengumpulkan data adalah dengan pembacaan bahan ilmiah dan dokumentasi data.

Pendekatan Kajian

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan memberikan fokus kepada pelajar-pelajar UPSI . Pendekatan Kuantitatif kajian yang dijalankan melibatkan edaran borang soal selidik yang dirangka berdasarkan 5 bahagian dalam setiap set. Pendekatan kualitatif ini dilakukan kerana saiz sampel yang sangat besar digunakan dalam kajian ini. Selain itu, pendekatan ini menekankan kepada fenomena-fenomena objektif yang dikawal melalui pengumpulan data dan analisis data (Fraenkel, 2007)

Instrumen Kajian

(26)

memberikan respon melalui soal selidik berbanding temu ramah. Pemilihan instrument ini adalah bertepatan dengan pandangan Clombo Plan (1984) yang menyatakan bahawa soal selidik merupakan instrument kajian yang sering digunakan dalam kajian deskriptif.

(27)

Jadual 3.1 : Pembahagian Soal Selidik

Bahagian Soalan- soalan Bil Item

1. Latar belakang responden 6

2. Tahap persepsi halal dalam kalangan pengguna

24

3. Persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal

11

4. Agama terhadap produk halal 10

Bahagian A:

Bahagian ini digunakan bertujuan untuk mengumpul maklumat berkaitan latar belakang responden. Sebanyak 6 soalam soalan yang terkandung di dalamnya yang merangkumi jantina, umur, bangsa, pengajian sekarang, status perkahwinan dan pekerjaan.

Bahagian B:

(28)

dikemukakan ialah tahap persepsi halal dalam kalangan pengguna, persepsi pelajar terhadap makanan berlogo halal dan agama terhadap produk halal.

Kajian Rintis

Satu kajian rintis telah dilakukan sebelum borang soal selidik sebenar diedarkan kepada responden. Tujuan kajian rintis dilakukan adalah untuk memastikan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai dan dikekalkan. Selain itu ia juga dapat menentukan kesahihan isi soal selidik melalui pandangan pakar dan individu.

Kajian rintis juga perlu kerana dengan cara ini kesesuaian dan ketepatan soalan serta format yang digunakan dalam soal selidik dapat dikenal pasti dan kelemahan-kelemahan yang kecil boleh diperbaiki untuk menghasilkan soal selidik yang bermutu (Mohd Majid, 1990).

Kaedah Penganalisisan Data

(29)

ASIDCOM report: The muslim consumer as the key player in halal – march 2012.

Consumption Culture In The Presence Of Globalisation: The Influence Of

Religion, Nation And Ethnicity On Consumption Patterns. Vol. 90(4).

Geografia online. Malaysian Jourbal of Society and Space 10. Issue 6, (48-56).

Nazahah. (2012) The Halal Product Acceptance Model For The Religious

Society. 3(1), 17-25.

Siti Zanariah Haji Yusoff. (2014). Faktor Pencetus Perilaku Maklumat Produk

Halal Dalam Kalangan Islam. Volume 3, Issue 2, 2014: 69-80.

Sanep Ahmad. (2014). Ketekalan Gelagat Pengguna Muslim Terhadap Status

Halal: Kearah Strategi Berkesan Promosi Produk Halal. 737-745.

Zaimah Ramli. (2014). Malaysia sebagai pusat halal global: Sau penemuan awal

mengenai persepsi halal dalam kalangan pengguna di Malaysia. Issue

6:48-56.

(30)

Dalam Islam Serta Hukum Berkaitannya

http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitan nya.pdf

Shatenstein, B. & Ghadirian P. Influences on Diet, health behaviours and their

outcome in select ethnocultural and religious groups. Nutrition, Vol. 14(2). 1998. Ms. 223-230

Nor Aini Haji Iris. (2013) Analisis Keprihatinan Pengguna Muslim Terhadap Isu

Halal-Haram Produk Melalui Pembentukan Indeks. Prosiding perkem viii,

jilid 3 1245 – 12 issn: 2231-962x

ISI KANDUNGAN

(31)
(32)

3.1. Pengenalan

Bab 5 – Kesimpulan dan Perbincangan

(33)

Referensi

Dokumen terkait

Pelatihan peningkatan kemampuan mendongeng bagi guru dan orang tua siswa di PAUD Makanatut Thalibin ternyata mendapat respon yang sangat baik dan positif dari peserta

1) Masukan sarana (instrumental input) meliputi keseluruhan sumber dan fasilitas yang memungkinan bagi seseorang atau kelompok dapat melakukan kegiatan belajar. 2) Masukan

Banyak sekali bahan alami yang dapat digunakan sebagai pewarna makanan, umumnya pewarna alami aman untuk digunakan dalam jumlah yang bear sekalipun, berbeda dengan

Analisis mengenai penerapan saluran drainase dilakukan dengan perancangan konsolidasi lahan, perletakan saluran drainase baru, penentuan debit limpasan rancangan,

Tujuan utama dari penulisan ini adalah menjelaskan maksud ayat-ayat al-Qur‟an dengan ayat-ayat al-Quran yang lainnya serta menerangkan hukum-hukum fikih yang

Solusi yang dilakukan guru untuk mengatasi faktor penghambat penanaman nilai-nilai kewirausahaan pada pembelajaran abad 21 mata pelajaran produk kreatif dan

Käytän matematiikan opettamisessa mieluummin liitua ja liitutaulua opetusvälineinä kuin tietoteknisiä apuvälineitä. Minun on helppo käyttää tietoteknisiä

Penelitian ini mengkaji hubungan antara variabel yang mempengaruhi Persepsi kemudahan dalam menggunakan ( Perceived Ease Of Use /PEOU ) dan Persepsi Kegunaan ( Perceived