• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu dan Cabaran Globalisasi Pendidikan d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu dan Cabaran Globalisasi Pendidikan d"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. (Scholte 2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.

Menurut (Hussein Ahmad 2001) menyatakan supaya perbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. (Hallinger 1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan.

(2)

2.0 CABARAN GLOBALISASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2.1 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pembelajaran sepanjang hayat telah memperkenalkan bidang objektif yang luas dan didefinisikan seperti berikut, “semua aktiviti pembelajaran yang diikuti adalah bertujuan untuk menambah pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan tahap kecekapan setiap orang, atau perspektif yang ada hubungan dengan pekerjaan” (Ramlan Zainal 2008).

Cabaran yang sedang ditangani oleh kerajaan Malaysia ialah untuk membenteras buta huruf dikalangan orang-orang dewasa. Kumpulan ini tidak berpeluang mengikuti pembelajaran formal di peringkat kanak-kanak dan remaja disebabkan oleh faktor penjajahan, kemiskinan dan persekitaran yang jauh dari pembangunan. Kita berasa sungguh bangga kerana mendapat pengiktirafan oleh badan antara bangsa seperti UNESCO kerana kadar buta huruf merupakan yang terendah di dunia. Disebaliknya sikap kurang membaca dikalangan rakyat negara ini sangat ketara apabila diberitahu bahawa hanya membaca purata setengah halaman dalam setahun. (Ramlan Zainal Abidin 2008: 4) turut menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada masyarakat kita pandai membaca, pandai menulis dan pandai mengira tetapi mereka tidak ada minat dan semangat membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan pemikiran mereka. Sistem pendidikan selalu dilihat sebagai proses pembudayaan atau pemasyarakatan.

(3)

kewujudan sebuah masyarakat yang mempunyai world-view yang lebih luas, iaitu pemikiran yang lebih terbuka. Dari perspektif yang lain, pendidikan semestinya dijadikan satu proses yang berterusan dalam kehidupan setiap insan. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan generasi akan datang serta pencapaian objektif negara. Semakin maju sesebuah negara maka semakin meningkat permintaan untuk tenaga mahir dan yang berpengetahuan. Tidak boleh dinafikan bahawa pendidikan merupakan wahana utama bagi menerap idea-idea baru, teknologi terkini, dan menerapkan kepakaran dalam masyarakat. Di samping itu, sebilangan besar tanggapan masyarakat terhadap mutu pendidikan di negara kita Malaysia ialah kegagalan mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Kalaulah pandangan ini diterima pakai sebagai ukuran, maka sampai bila pun kita tidak mampu meletakkan mutu pendidikan separas dengan negara maju di dunia. Tambahan lagi,pendidikan mengandungi aktiviti-aktiviti yang direka untuk menyediakan para pekerja dengan kerja-kerja pada masa hadapan. Minat untuk mempelajari sesuatu merupakan sifat yang utama dalam pembangunan modal insan. Individu atau pekerja yang berminat ialah pekerja yang produktif. Hal ini bertentangan dengan realiti akibat kurang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan, kita dapati ramai rakyat Malaysia terutamanya suri rumah tidak mempunyai pengetahuan teknologi dan lebih bergantung kepada pihak lain. Misalnya, sebagai pengguna peralatan elektrik di rumah mereka tidak pandai membaiki peralatan yang rosak walau pun diperingkat yang asas sahaja.

(4)

2.2 TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan masa kini, dalam bidang pendidikan khususnya, pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Beberapa penyelidikan lepas telah membuktikan bahawa penggunaan teknologi telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Masanya juga telah tiba untuk budaya persekolahan berubah kepada amalan bermaklumat, kreatif, bijak berfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sejajar dengan itu, inisiatif pewujudan Sekolah Bestari pada tahun 1999 merupakan langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Langkah ini diharap dapat merapatkan jurang digital di antara golongan berada yang berupaya menggunakan teknologi di rumah dengan golongan kurang berada.

2.2.1 CABARAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(5)

2.2.2 KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT GURU

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Kursus komputer dalam kalangan guru di Malaysia dikendalikan oleh tiga pihak yang utama iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan wakil yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Dalam pada itu, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) juga mengadakan kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu iaitu berkaitan dengan kurikulum sekolah bestari. Mengikut statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Rancangan Malaysia ke Lapan iaitu dari tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai 247,804 orang guru telah mengikuti kursus kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia 2007) dan jika angka ini diambil kira ia menghampiri jumlah keseluruhan guru di Malaysia. Namun begitu, masih banyak perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap kemahiran teknologi maklumat guru-guru. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al. 2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah 2006; Megat et al., 2008). Dalam senario ini faktor jarak, kemudahan telekomunikasi serta accessibility sekolah khususnya di sekolah-sekolah pedalaman memberikan impak yang signifikan. Rentetan daripada faktor ini, beberapa isu lain akan timbul, contohnya, maklumat kursus lewat diterima, peralatan komputer mengambil masa yang lama untuk dibaiki dan sebagainya (Johan 2005).

(6)

2000), yang menyatakan bahawa kekurangan latihan merupakan satu faktor penghalang penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Merujuk kepada beberapa kajian di luar negara, antaranya “School Investments in Instructional Technology” yang dijalankan oleh Office of Technology Assessment, pada tahun 1995 (dalam Pricilla & Karin 2003),

(7)

2.2.3 PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT GURU

Pengetahuan adalah merujuk kepada peringkat ilmu tertentu yang dipunyai oleh individu (Anderson 1983). Oleh itu, ia adalah berkait rapat dengan pengalaman serta kemahiran yang dimilikinya. Merujuk kepada pengetahuan teknologi maklumat, terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kemahiran dan tahap pengetahuan (Ghafar 1997 dalam Johan 2005). Menurut (Levine dan Donitsa-Schmidit 1998), pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan komputer, semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui kursus-kursus teknologi maklumat. Berdasarkan kajian oleh (Sunal 1996), beliau mendapati bahawa pembelajaran yang bermakna boleh dicapai melalui penggunaan sumber daripada Internet oleh pelajar. Namun demikian keadaan ini tidak akan berlaku selagi guru tidak mempunyai pengetahuan yang dapat membantu memudahkan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar. Malah menurut Robiah dan (Juhana 2002), dalam proses mengimplementasikan program berasaskan komputer di sekolah, guru biasanya dilatih tetapi bilangannya amat terhad dan biasanya dilakukan dengan tergesagesa. Selain daripada itu, proses memahirkan guru untuk menjayakan Program Penggunaan Teknologi memerlukan kos dan memakan masa yang panjang.

(8)

guru pelatih belajar tentang ICT dalam pengajian di institut. Sejumlah 27% belajar sendiri dan 18% belajar daripada luar pengajian di institut perguruan. Untuk pengetahuan membina perisian multimedia, 90% menyatakan mereka belajar dalam pengajian di institut perguruan. Dapatan kajian ini menunjukkan majoriti guru pelatih memperoleh pengetahuan menggunakan ICT daripada pengajian mereka. Dapatan kajian ini menunjukkan kursus teknologi maklumat yang diikuti semasa di institut perguruan banyak membantu guru memahirkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat. Secara keseluruhannya, guru-guru perlu dilengkapkan dengan kemahiran teknologi maklumat yang seterusnya akan meningkatkan tahap pengetahuan guru-guru.

2.2.4 SIKAP GURU TERHADAP TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(9)

Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah kepada teknologi baru. Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya. Ini disokong oleh (Mortimer dan Scott 2003:35) menyatakan pengalaman menggunakan komputer mempengaruhi sikap terhadap komputer. Menurut beliau kebanyakan guru tidak memahami bagaimana hendak menggabungkan kemahiran komputer dengan pengajaran di kelas. Bagaimanapun menurut beliau, sebanyak dua per tiga daripada kalangan guru menyatakan tidak bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran, tetapi bagi kumpulan guru yang lebih muda, yang membesar dan belajar dengan menggunakan komputer lebih berkeyakinan menggunakan komputer berbanding guru-guru yang telah lama berkhidmat. Guru yang bersikap positif terhadap komputer juga adalah lebih bersedia menggunakannya berbanding dengan guru yang bersikap negatif terhadap komputer. Berdasarkan beberapa kajian lepas juga, keengganan guru untuk berubah juga faktor signifikan yang mempengaruhi sikap guru. Ini didorong oleh sikap yakin terhadap teknik pengajaran dan pembelajaran konvensional yang dianggap relevan dengan sistem peperiksaan. Golongan guru ini berpendapat bahawa jika keputusan peperiksaan yang diperoleh pada setiap tahun cukup baik dan cemerlang mengapa harus mengubah apa yang sedia baik untuk pelajar. Ini ditambah lagi dengan kurangnya kursus khususnya guru-guru yang berkhidmat di pedalaman yang seterusnya akan menyemai sifat technophobia (Mukama & Andersson 2007). Penyelidik amat bersetuju dengan hujah ini. Secara keseluruhannya, dalam persekitaran teknologi maklumat yang semakin berkembang, guru seharusnya memainkan peranan sebagai agen perubahan.

2.2.5 PERISIAN PENYAMPAIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

(10)

menerima dan berkongsi maklumat yang berbagai-bagai bentuk. Mereka menambah bahawa kemajuan teknologi maklumat pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan di dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video dan kombinasi pelbagai mod. (Jeyagobi dan Subramaniam, 2007: 45).

2.6 INTERNET

Meskipun terdapat pelbagai alatan produktiviti (productivity tools) dalam pasaran, penggunaan Internet semakin meningkat. Penggunaan Internet pada masa kini adalah suatu kebiasaan dan seseorang yang tidak mempunyai komputer pun pasti pernah terlihat dan terdengar tentang Internet. Faedah penggunaan Internet dalam bidang pendidikan adalah amat jelas kerana ia adalah platform untuk komunikasi elektronik di antara pelajar, guru-guru, pihak pentadbir, penyelidik, institusi dan juga dengan komuniti. (Jewitt 2006; Rozinah Jamaludin 2007). Selain itu, juga menyediakan sumber maklumat tanpa batasan (Mackey 2002: 89), bayangkan sahaja jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik dengan menggunakan enjin pencari (seacrh engine), contohnya Google tidak mustahil jika anda mendapat lebih daripada 500,000 sumber untuk topik berkenaan sahaja. Namun begitu pemilihan laman web yang relevan dengan topik terletak pada pertimbangan anda. (McKenzie 2003) menyatakan bahawa salah satu keunikan Internet adalah maklumatnya adalah percuma dan pertukaran maklumat secara percuma adalah salah satu budaya dalam Internet. Menurut (Learning Discovery Team 2006), terdapat pelbagai faedah menggunakan Internet. Internet boleh mewujudkan komuniti elektronik dan menggalakkan komunikasi merentas budaya dalam kalangan pelajar daripada pelosok dunia. Di samping itu, juga akan dapat memberikan pelajar akses kepada sumber maklumat. Seterusnya, akan dapat memberi manfaat kepada pelajar yang kurang upaya dengan memudahkan mereka berkomunikasi dengan selamat dan mudah. Ini disokong oleh (Deacon et al. 2004) yang menyatakan bahawa web dalam aplikasi Internet memperkembangkan pemikiran pelajar secara kritikal.

(11)

2.3 PENGURUSAN PENDIDIKAN

Pengurusan pendidikan juga telah mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global terutamanya dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran yang dipacu oleh arus globalisasi. Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia terutamanya di peringkat sekolah yang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Informaton System) (Rahman Sukor 2006). Pengaplikasian sisitem ini bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas rutin seperti:

1. membantu dan mempermudahkan pengurusan sekolah membuat keputusan. 2. meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.

3. mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. 4. meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.

5. memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses serta menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.

6. meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. 7. penempatan pelajar dalam kelas.

8. membuat agihan jadual waktu mengajar guru. 9. pembinaan jadual waktu guru.

10. membuat agihan sumber kewangan, buku teks dan sebagainya.

(12)

Inovasi IT dalam kepesatan globalisasi juga telah mengubah struktur sekolah serta menjadikan organisasi berkenaan lebih dinamik yang bersandarkan kepada 5 bidang utama (Sufean & Zabidi 2005) iaitu:

a) sistem pengurusan

b) sistem struktur organisasi

c) sistem bagi mencapai matlamat dan nilai sekolah d) sistem teknikal

e) sistem psikososial.

2.3.1 BENTUK KURIKULUM ERA GLOBALISASI

Perkembangan dalam arus globalisasi telah membawa sebuah inovasi dalam struktur dan bentuk kurikulum pendidikan di Malaysia. Era globalisasi bermula pada tahun 90an ini telah membawa Malaysia kearah dunia tanpa sempadan dengan membawa azam 2020 dengan sasaran bagi mencapai negara maju industri dunia. Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang berdaya saing dan maju digariskan dalam Sembilan cabaran kearah Wawasan 2020. Dalam wawasan ini, kurikulum abad 21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan keadaan semasa serta berupaya memenuhi matlamat-matlamat yang telah digariskan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan perlaksanaan kurikulum perlu ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi (Sharifah Nor Puteh 1997). Bentuk kurikulum era gobalisasi telah dirangka dengan fleksibel dan dinamik dengan memperincikan tujuh penguasaan kemahiran sekurang-kurangnya selain daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas, iaitu:

a) kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif b) kemahiran berkomunikasi secara berkesan

c) kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan.

(13)

e) kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain. f) kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni. g) kemahiran kepimpinan dan pengurusan

Ringkasnya, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah sangat penting untuk membantu pelajar untuk membuat pilihan dan keputusan berdasarkan kepada sebab atau faktor yang rasional. Dalam kemahiran ini juga, pelajar juga berupaya berfikiran kritis dengan mengenal pasti andaian-andaian, idea serta pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang baik penghasilan produk baru. Aktiviti seperti berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan kebolehan memberi pandangan adalah merupakan penekanan yang sangat penting dalam melahirkan generasi yang berdaya saing dan berfikiran tinggi selaras dengan kemajuan global.

Kurikulum yang disyorkan dalam pengurusan pendidikan ini banyak menekankan kepada penguasaan kemahiran berkomunikasi yang berkesan yang mana kemahiran seperti kemahiran bergaul dan bekerja dalam sebuah komuniti dan kumpulan, kemahiran berfikir, kemahiran mengikut arahan, kemahiran menggunakan tenologi, kemahiran memahami budaya seperti budaya kerja di sebuah tempat adalah perlu dan wajar dipraktikkan. Ia penting kerana apabila generasi muda memasuki alam pekerjaan, ia dapat membantu mereka menjadi tenaga kerja yang mahir, cekap dan berketrampilan.

(14)

2.4 PEMBENTUKAN JATI DIRI PELAJAR

Isu–isu berkaitan perlakuan negatif pelajar semakin membimbangkan. Hasrat untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan individu pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sedang menghadapi ujian dari segi keberkesanan pelaksanaannya kerana masyarakat masa kini sedang berhadapan dengan arus globalisasi yang bersamanya membawa masuk pelbagai budaya yang bertentangan dengan budaya setempat. (Hussein Ahmad 2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pendalaman benua mahupun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahupun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi (Habib Mat Som & Megat 2008: 91).

Dalam era globalisasi ini, banyak cabaran yang harus ditempuhi. Globalisasi itu sendiri merujuk kepada dunia tanpa sempadan. Generasi kini dikatakan mempunyai kemudahan dihujung jari. Namun begitu, generasi muda seperti pelajar harus lebih berhati – hati dalam memilih segala maklumat yang diperolehi. Sebagai contoh, dunia hari ini banyak menggunakan internet sebagai rujukan maklumat terutamanya kepada pelajar. Pelajar menggunakan internet dalam mencari bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan oleh pengajar. Selain itu, pelajar juga menggunakan internet sebagai bahan untuk bersosial pada laman web tertentu bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah mempunyai nilai kesedaran sendiri. Mereka perlulah pandai dalam memilih maklumat. Banyak maklumat positif yang boleh merangsang minda pelajar dan dalam masa yang sama banyak maklumat negatif yang boleh merosakkan pelajar (Sandi Arumugam 2010).

(15)

dan berseronok-seronok, pergaulan bebas, penganjuran majlis-majlis sosial yang melampaui batas, penonjolan pelbagai fesyen pakaian ala Barat yang keterlaluan dan sebagainya (Habib Mat Som & Megat 2008: 94).

Dalam pada itu, semua institusi pendidikan menghadapi cabaran untuk meletakkan anak-anak remaja di landasan moral yang betul menurut acuan tempatan melalui pelaksanaan program-program pendidikan nilai di sekolah. Aspek yang perlu diteliti adalah aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contoh kepada pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemenelemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah.

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

(16)

merujuk kepada sumber ketuhanan dan nubuwwah. Pengisian akal pula perlu bertunjangkan aspek kognitif yang terpandu bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, akal perlu diberikan input dengan unsur-unsur yang dapat mengangkat martabat manusia menjadi lebih berkualiti dan dapat dimanfaatkan untuk kehidupan masyarakat, negara dan kehidupan sejagat. Dari segi jasmani pula kegiatan yang berasaskan gaya hidup sihat perlu diterapkan seperti cara menggunakan masa lapang, tabiat pemakanan, riadah perlu digerakkan secara aktif dan berterusan dengan bimbangan dan panduan guru (Habib Mat Som & Megat 2008: 98).

Oleh yang demikian, para pelajar dikatakan sebagai tunjang kepimpinan pada masa akan datang. Pelajar harus bersikap matang dalam menghadapi cabaran era globalisasi. Pada masa kini pelajar haruslah sentiasa mengikut perkembangan dalam setiap maklumat kerana persaingan yang ramai. Pelajar yang ketinggalan tidak akan dapat bersaing dan akan sentiasa kebelakang. Perkembangan semasa penting untuk menjadi seorang pemimpin yang disegani. Dunia hari ini mengatakan sehari tanpa berita semasa sudah banyak maklumat yang dilepaskan. Pelajar harus dididik dari sekarang supaya terbiasa dengan arus dunia sekarang (Sandi Arumugam 2010).

Justeru itu, dalam membentuk jati diri pelajar, pendidikan atau maklumat yang menerapkan nilai-nilai merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma setiap individu di samping memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, ia adalah penting kerana selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang praktikal, hasil pendidikan tersebut seharusnya dapat melahirkan modal insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan seterusnya memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian (Latifah et al, 2012).

2.5 KUALITI PERKEMBANGAN PROFESION GURU

(17)

mekanisme asas dalam meningkatkan pembangunan negara agar dapat berdaya saing di peringkat antarabangsa. Pendidikan memerlukan gemblengan tenaga daripada semua pihak bagi mengangkat status Malaysia dalam dunia pendidikan bertaraf dunia.

Cabaran pendidikan di Malaysia pada masa kini dapat dilihat dalam pelbagai aspek, salah satunya ialah kualaiti guru. Guru merupakan insan yang penting dalam membentuk generasi yang berilmu dan juga mampu memberi sumbangan kepada negara. Keberhasilan pendidikan yang diterjemahkan dengan pembangunan modal insan yang berkualiti masih merupakan sandaran negara ke arah negara maju. Amanah ini merupakan tanggungjawab besar yang perlu dihayati oleh semua warga pendidikan terutama guru-guru di bilik darjah. Peranan dan komitmen mereka amat diperlukan dan malah tugas menjadi sangat mencabar dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21. Guru yang berkualiti dan bersedia menghadapi cabaran menjadi sandaran Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti dihasrat melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (Faizal Ghani & Khalil Adnan 2015).

(18)

Seterusnya, guru-guru Abad Ke-21 perlulah memiliki ciri-ciri seperti mahir dan berketrampilan dalam pedagogi iaitu berkemahiran menggunakan teknologi maklumat dan media dalam PdP dan mengaplikasikan serta menyesuaikan dengan pedagogi serta konsep/teknik pembelajaran Abad Ke-21. Ciri-ciri yang kedua ialah memamahami keadaan murid dan menyanyagi mereka yang bermaksud mempunyai kemahiran merancang program bagi menyokong dan membantu perkembangan murid melalui strategi Sharply focused, Deep Dive, analisis data dan mempelbagaikan kaedah/aktiviti untuk murid mencari ilmu di luar bilik darjah. Seterusnya, memahami psikologi pelajar bagi memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan murid-murid seperti meramal tingkah laku, memberi motivasi dan lain-lain serta menghubungkaitkan dengan proses PdP dalam bilik darjah. Guru-guru jua perlu memiliki kemahiran asas dalam bidang kaunseling untuk menggalakkan dan dan meningkatkan potensi murid serta mendorong murid supaya lebih yakin dengan keupayaan sendiri. Zaman yang makin maju ini sudah tentu guru-guru perlu mahir menggunakan teknologi terkini agar dapat memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti PdP di bilik darjah. Dan juga menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman guru perlu diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap dalam proses P&P yang lebih berkesan. Dengan adanya ciri-ciri tersebut, para guru sudah tentu dapat dapat mengatasi cabaran yang bakal dihadapi oleh guru-guru dan juga dapat meningkatkan kualiti guru pada era yang makin maju ini (Ilyas Hashim 2012).

(19)

Selain itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 10 April 2015. PPPM (PT) merupakan kesinambungan dari segi matlamat, aspirasi dan penyampaian pendidikan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat pendidikan tinggi dan seterusnya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) daripada pendidikan prasekolah hingga lepas menengah diikuti PPPM (Pengajian Tinggi) terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid. Kedua-dua pelan ini berfokus untuk membangunkan kemahiran khusus dan atribut yang boleh diterapkan kepada murid dan mahasiswa bagi membolehkan mereka menerajui pembangunan ekonomi dan dunia global masa hadapan.

3.0 KESAN POSITIF DAN NEGATIF GLOBALISASI PENDIDIKAN

(20)

Kesan positif globalisasi terhadap pendidikan di Malaysia boleh dilihat apabila ia membuka peluang ekonomi kepada negara dengan munculnya kepentingan terhadap ekonomi pengetahuan iaitu proses ekonomi yang melibatkan aktiviti pengumpulan pengetahuan, dan menggunakannya secara produktif. Keadaan tersebut telah membuatkan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi ingin merebut peluang ekonomi dan kemajuan pendidikan dalam negara dengan menjadikan Malaysia sebagai ‘hub’ bagi pendidikan tinggi. Kemunculan hub tersebut dilihat dapat mendatangkan banyak kesan positif kepada masyarakat dan negara dengan kemasukan pelajar-pelajar asing, meningkatkan kerjasama antara pakar dari dalam dan luar negara, pembangunan sumber manusia, penubuhan cawangan-cawangan universiti dari luar negara di Malaysia, dan penubuhan cawangan universiti-universiti Malaysia di luar negara, dan juga meningkatkan imej negara. Bagi merealisasikan hasrat berkenaan, globalisasi dilihat elemen utama yang memainkan peranan penting bagi membolehkan dan menghubungkan kerjasama antarabangsa (Pati 2014: 103-104).

(21)

sains adalah lumayan pada era globalisasi. Justeru ia telah menyebabkan penekanan terhadap pendidikan matematik, dan pendidikan sains oleh kebanyakkan negara (Tan Yao Sua 2010: Bab 4).

Tujuan kerajaan sememangnya murni kerana ingin menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing masyarakat yang tidak lagi dapat melarikan diri daripada turut mengikut arus globalisasi, tetapi pada masa yang sama, globalisasi juga boleh membawa kesan negatif dengan memaksa kepada perubahan sistem pendidikan Malaysia bagi menjadikan atau menyediakan para graduan supaya relevan dengan memenuhi keperluan majikan masa kini yang sedang bersaing untuk memastikan kelangsungan mereka dan supaya negara dapat terus kekal dan relevan di persada antarabangsa. Beberapa aspek globalisasi boleh menjadi positif dan negatif pada masa yang sama. Kehilangan tradisi dan bahasa mrupakan satu kerugian kepada kepelbagaian manusia, tetapi pada masa yang sama ia dapat memecahkan daripada pengasingan komuniti kecil dan menerima manfaat dari dunia yang lebih luas kepada ramai individu. Idealnya adalah untuk keluar daripada pengasingan tanpa kehilangan kesedaran tradisi nenek moyang, dan bahasa asal seseorang, tetapi secara praktikal adalah amat sukar untuk terjadi kerana perubahan selalunya berlaku (Bergan & Damian 2010: 59). Walaupun menyedari akan hakikat tersebut, tidak dapat dinafikan jika globalisasi dipinggirkan, ia akan melambatkan dan merugikan perkembangan dan kemajuan peradaban di Malaysia, dan seterusnya akan menyebabkan Malaysia hanyut dipukul ombak globalisasi yang rencam dan sengit dengan persaingan di peringkat antarabangsa dan seterusnya memberi kesan di peringkat domestik.

4.0 KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

(22)

antarabangsa daripada pembuatan dan kewangan, pengantarabangsaan daripada komoditi budaya yang ditunjang oleh jaringan sistem telekomunikasi global yang semakin canggih dan cepat. Cara untuk meningkatkan dan memperluas wawasan dapat dilakukan dengan berbagai cara, dan cara yang paling efektif adalah melalui pendidikan.

Kaitan antara globalisasi dan pendidikan terletak didalam lahirnya suatu masyarakat baru iaitu “knowledge-based-society” yang merupakan sebahagian perubahan dari proses globalisasi (Giddens 1991: 17). Faktor globalisasi ini, ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat yang merupakan dasar dari globalisasi ekonomi dan politik di dunia ini. Namun demikian suatu “knowledge-based society” yang didasarkan kepada ilmu pengetahuan akan terus-menerus berubah dan merupakan subjek untuk revisi. hal ini memerlukan apa yang disebutnya sikap refleksif dari manusia iaitu kemampuan untuk merenungkan mengenai kehidupannya berdasarkan rasional. Untuk itu pendidikan sangat penting di dalam mewujudkan masyarakat masa depan yang berdasarkan ilmu pengetahuan, melalui pendidikan proses serta pengembangan ilmu pengetahuan akan terjadi.

(Gordon Brown 2012) yang menulis dalam The Daily Beast, "Our Silent Education Crisis," menegaskan bahawa krisis global dalam pendidikan adalah senyap, krisis tidak nampak, mungkin kerana mereka yang menerima kesan segera, iaitu golongan miskin di dunia dan kanak-kanak paling mudah terdedah dan ibu bapa mereka mempunyai suara yang lemah. Namun, beliau mengingatkan, "sememangnya, kita menghadapi bahaya besar bahawa kita mengabaikan bukti yang amat besar bahawa serba kekurangan dalam bidang pendidikan akan mengorbankan kehidupan, melemahkan pertumbuhan ekonomi, merangsang pengangguran belia, dan memperkukuh semula ketidaksamaan nasional dan global."

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun mempunyai masalah dalam membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua. Bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya memerlukan sejumlah perbelanjaan yang tinggi bagi memastikan pendidikan yang diajar pada masa kini seiring dengan perubahan globalisasi yang berlaku.

(23)

pendidikan ini diperluaskan melibatkan institusi pendidikan negara membangun dengan negara maju. Program seperti ini ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan. Pindahan ini memerlukan persediaan yang rapi bagi memastikan tenaga pengajar yang bakal menerima kepakaran tersebut benar-benar mampu menerimanya. Hal ini selaras dengan pandangan Zalina Yahaya (Utusan Malaysia 1999) dalam satu artikel yang bertajuk Guru Abad 21 Peranan Lebih Kompleks dan Mencabar, menjelaskan:

“Sebagai arkitek sosial, guru dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru, setiap guru harus mula menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran baru dalam memasuki abad ke-21..”

Isu ‘Brain-Drain’ juga merupakan krisis pendidikan yang perlu dihadapi. Golongan cerdik pandai lebih suka mencari rezeki di luar negara yang menawarkan gaji yang lebih lumayan berbanding di dalam negara. Ini menyebabkan kurangnya golongan pakar di Malaysia

Di samping itu, krisis globalisasi dalam pendidikan adalah persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi. Namun jika dilihat apabila adanya persaingan boleh membunuh jika gagal bersaing ini boleh menyebabkan berlakunya kemiskinan dan budaya negatif.

Selain itu, intelektualisme juga merupakan krisis globalisasi dalam pendidikan. Nilai intelektual perlu dipertahankan dan dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam bentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna guru sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyrakat ke arah perubahan dan kemajuan. Impak globalisasi ini telah memunculkan pelbagai bentuk cabaran dan peranan yang perlu dihadapi oleh disiplin ilmu seni (Hassan Mohd Ghazali 2000: 85).

(24)

5.0 PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM PEMBINAAN KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan. Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi.

Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca.

(25)

Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.

Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat dielakkan.

Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.

Kemahiran terakhir ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu (Aisyah Netty 2016).

(26)

Kesimpulannya, isu dan cabaran globalisasi pendidikan di Malaysia yang melingkari kita sebagai pelajar, mahasiswa mahupun yang dalam bidang perguruan telah menjadi masalah yang biasa namun memberi impak tinggi negatif dan positif kepada negara kita. Satu kegagalan dalam menghadapi dan menguruskan permasalahan globalisasi pendidikan adalah kegagalan dalam pembangunan modal insan dan kecemerlangan pelajar.

Justeru, langkah-langkah yang perlu diperkasakan dalam menguruskan isu-isu dan kerja-kerja yang menghadapi globalisasi dunia di luar sempadan untuk membolehkan sistema pendidikan kita antara yang efisyen serta mampu mengangkat Malaysia kembali antara pendidikan terbaik di dunia. Globalisasi ini memaksa Malaysia untuk kadangkala meniru cara pelaksanaan pendidikan oleh negara luar, misalnya pendidikan kanak-kanak diadaptasi daripada Britain.

7.0 RUJUKAN

Adenan Husin 1999. Faktor yang Mempengaruhi Sikap Guru Terhadap Penggunaan Komputer. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Aisyah Netty 2016. Globalisasi Dalam Pendidikan,

http://aishahnetty.blogspot.my/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html. [1 Mei 2017]. Anthony Giddens 1991. Modernity and Self-Identity. London: University of Cambridge. Azhar, H. A. 1998. Penggunaan komputer dalam kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Bandaraya Kuching Utara. Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sarawak.

Chao, T., Butler, T. and Ryan, P. 2003. Providing a Technology Edge for Liberal Arts Students. Journal of Information Technology Education 2: 331-348.

(27)

Habib Mat Som Dan Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud. 2008. Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan Di Malaysia. Jurnal Masalah Pendidikan. 31(1): 91-101.

Hamdan Said & Nasrudin Talib 2000. Cabaran Era Globalisasi Ke Atas Warga Pendidikan Di Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (6): 35-46.

Hassan Mohd Ghazali 2000. Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni: Kepentingan P&P Menuju Alaf Baru. Konvensyen Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Hussein Hj. Ahmad 2001. Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Ilyas Haji Hashim. 2012. Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum Sekolah Abad ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Sabah: Univesiti Malaysia Sabah.

Jeannette, S. 2001. Integrating Information and Communication Technology in Professional Practice: Based on Survey of Primary and Secondary School in Scottish School. Journal for Information Technology for Teacher Education 9(2): 167-182.

Jewitt, C. 2006. Technology, Literacy and Learning: A Multimodal Approach. New York: Routledge.

Jeyagobi, R. & Subramaniam S. 2007. BESTARI: Pembestarian Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Mahir Holdings Sdn. Bhd.

Krishnan, Janarthini, Mohamad Said, Mohd. Nihra. Haruzuan & Noor Azean 2007. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran di kalangan Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Smart Teaching & Learning: Re-engineering ID, Utilization and Innovation of Technology (1): 6-12.

Latifah Binti Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah Dan Nurul Hidayah Binti Ahmad Zakhi 2012. Penerapan Nilai Murni Dan Pembentukan Jati diri Kanak-Kanak Prasekolah Melalui Penggunaan Multimedia. Jurnal Hadhari. Jurnal Hadhari Special Edition (2012): 51-65.

(28)

Learning Discovery Team 2006. Creative ICT in the Classroom: Using New Tools for Learning. Stafford: Continum International Publishing Group Ltd.

Mahathir Mohamed 1998. Multimedia Super Corridor. Subang Jaya: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd.

Muhammad Faizal A.Ghani & Abdul Khalil Adnan. 2015. Model Program Perkembangan Profesionalisme Guru Malaysia: Satu Kajian Analisis Keperluan di Sekolah Berprestasi Tinggi Dan Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil. 2: 1-16

Pati Anak Aleng. 2014. Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan. Rawang: PTS Akademia.

Rahman Sukor Ab. Samad 2006. Inovasi IT dalam pengurusan pendidikan. Dalam Sufean Hussin, Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong : PTS.

Robiah dan Juhana 2002. Keyakinan Guru-Guru Untuk Mengintegrasikan Teknologi dalam Kurikulum. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Sabah 4(2): 23-36.

Sandi Arumugam 2010. Globalisasi dan Cabaran Pendidikan di Malaysia. Academia.com.

https://www.academia.edu/8744662/Globalisasi_dan_Cabaran_Pendidikan_di_Malaysia.

[24 April 2017].

Sjur Bergan & Radu Damian. 2010. Higher Education for Modern Societies: Competences and Values. Strasbourg: Council of Europe.

Sufean Hussin, Shahril, Ahmad Zabidi Abd Razak, Habib Md. Som & Alina Ranee 2005. Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. Bentong : PTS.

Syarifah Nor Puteh 1997. Kurikulum Abad 21. Konvensyen PERPEMA ke 9. Kuala Lumpur.

Tan Yao Sua. 2010. Isu Bahasa, Etnik, dan Pembinaan Negara Bangsa dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

(29)

Referensi

Dokumen terkait