• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP CIRI CIRI JENIS DAN KAEDAH PENTAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KONSEP CIRI CIRI JENIS DAN KAEDAH PENTAK"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KONSEP, CIRI-CIRI, JENIS DAN KAEDAH PENTAKSIRAN PENGENALAN

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan

berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

DEFINISI KONSEP PENTAKSIRAN

Menurut Moktar Ismail, konsep pentaksiran ialah langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu yakni tahap keupayaan, status dan nilai. Proses menilai dilakukan secara kuantitatif merangkumi skala ordinal dan skala slang. Beliau membuat kesimpulan bahawa

pentaksiran dibuat bagi tujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid-murid.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Daripada pengertian pentaksiran di atas, beliau menyarankan: Pentaksiran = Penilaian + Pengukuran

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga

Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

(2)

melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

DEFINISI PENILAIAN

Penilaian boleh didefinisikan dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai ;

“The process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”

Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

Gay (1985), berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian

pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan. Dalam

sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

Jadi dapat disimpulkan bahawa penilaian merupakan satu proses mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat untuk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran. DEFINISI PENGUKURAN

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran

(3)

tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.

Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang

diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang individu menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan

pembaris. Misalnya, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Manakala

seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

DEFINISI PENGUJIAN

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:

(4)

dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

Rumusannya, pengujian merupakan satu atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sempel tingkah laku. Hal ini menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan dengan prestasi individu lain, atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.

PERKAITAN PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN

KONSEP PENTAKSIRAN

TUJUAN PENTAKSIRAN

o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran o Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

o Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

(5)

tahap keupayaan murid.

o Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. o Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

o Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran CIRI - CIRI PENTAKSIRAN

Pentaksiran yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

i) Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.

ii) Kebolehtadbiran- kelincinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.

iii) Kemudahtafsiran- maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskrimasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.

iv) Kekomprehensifan – mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting. KAEDAH PENTAKSIRAN

Pentaksiran boleh dibuat dengan beberapa kaedah seperti melalui;-i) Pemerhatian

ii) Lisan dan iii) Penulisan Pemerhati:

Dibuat apabila sukar hendak dikesan melalui kaedah lisan atau melalui kerja bertulis para pelajar. Biasanya penilaian dibuat melalui sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan dan sebagainya.

Lisan :

Mengesan secara serta-merta tentang penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan dan sikap pelajar. Biasanya penilaian jenis ini dilaksanakan melalui aktiviti seperti bersoal- jawab, perbincangan, kuiz, hafazan, bercerita dan sebagainya.

Penulisan:

Melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan daripada kerja bertulis para pelajar seperti lembaran kerja ujian bertulis, laporan projek, karangan, taksir graf, peta, jadual atau carta. Setiap penilaian dan pentaksiran hendaklah dikendalikan oleh guru untuk menilai sendiri pelajarnya secara berterusan berdasarkan hasil pemelajaran yang telah ditentukan.

KESIMPULAN

Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran

(6)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dikenali sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification” adalah merupakan satu matriks yang terdiri daripada dua paksi; paksi “Kandungan”(menegak) dan paksi “Aras Kemahiran”(melintang)

Maklumat Dalam JSU

JSU mempunyai maklumat seperti berikut;

 Kandungan ujian yang berupa topic-topik pelajaran

 Aras kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan

 Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar

 Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain  Bilangan item mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran

 Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%. Langkah-langkah Membina JSU

1. Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

2. Tentukan soalan yang akan dibina. Pembinaan soalan yang baik mestilah berasaskan pertimbangan berikut;

 Tujuan ujian diadakan

 Masa yang diperuntukkan untuk ujian itu  Umur pelajar

 Bilangan pelajar yang diuji

3. Tentukan model aras kesukaran item. Biasanya JPU menggunakan taksanomi objektif pendidkan Bloom

3 Domain - kognitif - aktiviti mental

Referensi

Dokumen terkait

Soalan-soalan adalah berkisar tentang kefahaman responden mengenai definisi kepimpinan, ciri- ciri pemimpin yang ideal, dorongan atau motivasi untuk memimpin serta bentuk-bentuk

Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data yang mengandungi 40 item soalan berdasarkan empat aspek persoalan kajian iaitu tahap pengetahuan,

Berdasarkan uraian di atas, peneliti dapat menyimpulkan bahwa percaya diri adalah keyakinan positif seseorang pada diri sendiri maupun orang lain yang terwujud dalam

Gambar atau warna yang muncul pada monitor tidak sesuai dengan semestinya 4.. Tidak muncul gambar sama sekali

Valid berarti instrumen tersebut dapatdigunakan untuk mengukur apa yang hendak diukur (Sugiyono, 2010: 348).Untuk menguji tingkat validitas instrument penelitian

Merujuk kepada percubaan untuk memberi jawapan yang koheren atau logik, sistematik dan wajar (justifiable) kepada persoalan-persoalan moral. Tumpuan juga diberikan kepada

Kajian berbentuk kualitatif melalui instrumen satu set soalan ujian kompetensi guru Bahasa Arab yang dibangunkan dengan merujuk kepada kriteria guru Bahasa Arab yang telah dikeluarkan

Tanaman ini termasuk dalam genus Mangifera yang terbagi menjadi beberapa spesies dan kultivar.. Pohon mangga adalah salah satu tanaman yang paling banyak