• Tidak ada hasil yang ditemukan

Langkah Kerajaan dan Masyarakat mendepan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Langkah Kerajaan dan Masyarakat mendepan"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Sokongan kerajaan dan golongan belia berkenaan

Revolusi Perindustrian 4.0 dari sudut pandangan ekonomi

Islam dan langkah terbaik dalam mencapainya

Oleh : Muhammad Rasydan B Abu Bakar

Dunia sekali lagi menuju satu perubahan secara berperingkat dalam perindustrian hampir semua negara terlibat dalam menyertainya.Negara-negara membangun seperti Malaysia adalah antara yang paling banyak terkesan dengan revolusi ini kerana ia merupakan titik tolak sesebuah negara dalam

menentukan masa hadapan mereka.Dengan langkah serta cara yang terbaik dalam menelusuri revolusi ini , sesebuah negara mampu menjadi antara “game changer” dalam pasaran dunia.

Pengenalan dasar TN50 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan antara langkah bijak kerajaan dalam memacu Malaysia kearah negara yang mempelopori teknologi industry 4.0. Ini membawa kepada persoalan yang lebih besar , bagaimana kita dapat membentuk sebuah negara yang bersedia ke arah itu ?. Jawapannya adalah melalui sokongan dua tiang utama dalam sesebuah negara iaitu kerajaan dan rakyat. Hancur kerajaan kerna lemahnya rakyat , hancur rakyat kerna lemahnya kerajaan begitulah perumpamaan yang boleh diletak bagi menggambarkan peri pentingnya dua tiang ini.

Revolusi memperlihatkan penggunaan secara skala besar Internet Of Everything (IOT).Penciptaan kecerdasan buatan pintar (AI) , applikasi dan tekonologi robotik merupakan antara struktur

elemen penting dalam revolusi kali ini. Antara usaha yang boleh dilakukan oleh kerajaan mahupun golongan belia ialah mendidik serta menjelaskan industry 4.0 ini . Hal ini boleh dilakukan

(2)

program-program yang mendidik industry 4.0 ini. Kerajaan boleh

memainkan peranan dengan memperkenalkan penstrukturan yang terkandung dalam TN50 dimana sudah tentu diperkenalkan bagi menghadapi industry 4.0 ini, dengan ini manifesto TN50 dapat digarap dengan baik oleh golongan belia.

Selain itu merangka serta mengkaji semula struktur ekonomi negara supaya selaras dengan era revolusi baru.Hal ini boleh dicapai dengan mengkaji struktur penggunaan wang fiat. Masalah yang berlaku didalam sistem wang fiat ialah keberkesanan pihak berkuasa dalam memantau perjalanan keluar masuk duit di dalam serta diluar negara dengan baik .Lalu menyebabkan berlakunya kecairan matawang negara yang mana tidak dapat diketahui daripada mana puncanya. Ditambah perkenalan matawang jenis ‘cryptocurrency’ di era kini melihatkan ianya adalah peluang yang baik untuk kerajaan mempelopori penggunaan matawang digital itu. Pada hemat saya sistem matawang digital perlu dikaji dengan begitu teliti kerana walaupun ianya berkesan dalam

mengenalpasti punca dan kemana duit tersebut pergi akan tetapi ianya digunakan secara meluas dalam transaksi gubahan

matawang haram.Pengenalan kepada matawang digital ini dapat merancakkan transaksi nasional dan menyediakan negara kearah negara berteknologi. Hal ini juga hanya akan tercapai jika

golongan belia juga mempunyai kesedaran dan merubah kepada penggunaan jenis matawang ini.

Selain itu , memperkasakan institusi kewangan islam dengan kerajaan sendiri menganjurkan serta mempelopori institusi ini sebagai teras kewangan utama negara.Keberkesanan institusi ini terbukti apabila laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara

Malaysia (BNM) dimana simpanan aset negara bentuk kecairan di dalam institusi ini menokok sebanyak RM 300 – 500 juta ringgit bagi tahun 2017 sahaja.Bursa Malaysia dan BNM melihatkan ini sebagai satu peluang bagi menguatkan struktur kewangan

(3)

dan BNM dalam penstrukturan semula mewujudkan BNM-Islamic, akan tetapi usaha ini akan menjadi sia-sia jika kerajaan tidak

mempeloporinya secara meluas lalu menyebabkan golongan belia faham dan turut serta mengembleng tenaga memajukan institusi ini. Jika dikaji dan distruktur semula dengan baik ,

berkemungkinan kita mempunyai pegangan aset terbesar di Asia Tenggara. Golongan belia dapat menghayati kepentingan

penggunaan ini dan saya rasa peristiwa bersejarah ini dapat diulang semula tatkala pengenalan Tabung Haji (TH) sebelum ini yang sehingga sekarang menjadi antara aset terbesar negara.

Tambahan pula pengkajian secara terperinci dan meluaskan skop sistem zakat. Melihatkan sejarah bagaimana kerajaan Bani

Umawiyah , Abbasiah dan Uthmaniyah yang mampu menguasai 1 per 3 dan 2 per 3 dunia selama beratus tahun amatlah

mengkagumkan akan tetapi sudah pasti terdapat rahsia di sebalik kejayaan 3 kerajaan utama tersebut. Sarjana Barat di dalam tesis mereka bertajuk ‘Zakat : The Sleeping Giant’

menceritakan bahawa kekuatan serta kebaikkan yang ada pada sistem zakat ini yang tidak digunakan seoptimum mungkin . Sarjana ini berpendapat bahawa menggunakan sistem zakat ini secara menyeluruh dalam sesebuah negara bakal merubah

(4)

Selain itu pengenalan skim galakan pekerja Bawah 30 tahun (B30). Laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia

sebanyak 25 % golongan muda bawah 30 tidak mempunyai kerja dan sebanyak 6 % pendapatan isi rumah dibawah paras

kemiskinan. Hal ini tidak selaras jika negara mahu mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi. Faktor utama masalah ini berlaku ialah kenaikkan harga barangan rumah yang secara mendadak tidak selari dengan kenaikkan gaji. Skim ini ialah satu galakkan kepada majikan untuk menggaji pekerja daripada orang muda untuk diserap kedalam syarikat mereka . Tinjaun yang

dilakukan kepada 40 orang pemilik syarikat mendapati bahawa masalah yang berlaku ialah mereka terpaksa membayar cukai gst , pinjaman perniagaan , dan sebagainya. Walhal keuntungan

mereka agak statik disebabkan faktor di atas tadi. Hal ini menyebabkan mereka ragu-ragu untuk mewujudkan peluang pekerjaan untuk orang baru walaupun mereka tidak cukup

kakitangan. Perkara ini dapat diselesaikan secara tuntas melalui skim ini dimana 3 pihak akan mendapat manfaat iaitu pihak kerajaan ,usahawan dan golongan muda. Kerajaan dapat menawarkan pinjaman modal lebihan kepada usahawan

berpotensi. Selain itu menawarkan potongan cukai perniagaan mengikut kadar keuntungan bersih mereka. Kerajaan juga dapat menerbitkan tawaran pinjaman dengan peratus interest yang lebih rendah kepada golongan muda yang menceburkan diri dalam perniagaan. Hal ini semua dapat merancakkan sektor perniagaan kepada usahawan lalu menghasilkan peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Selain itu pengenalan rang undang-undang kawal selia harga rumah Malaysia. Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) melaporkan sebayak 500,000 projek rumah yang tidak terjual dan separuh daripadanya

(5)

syarikat-syarikat pembangunan cuba mengambil keuntungan berkali ganda yang tidak masuk akal sekali. Contoh kajian kes yang boleh saya kongsi harga rumah jenis apartment mempunyai 3 bilik, 2 bilik air, 1 dapur dan 1 ruang tamu dengan keluasan 1400sqf berharga dalam lingkungan RM 500,000 sedangkan perbandingan yang sama , saiz rumah yang sama jika dibuat sendiri atas tanah memakan kos sekitar RM 200,000 sahaja. Disini kita dapat melihat pihak pemaju mengaut untung lebih 2 kali ganda hanya diatas satu rumah sahaja walhal apartment

mempunyai tingkatannya dan harganya berbeza dan semakin meningkat mengikut tingkatan. Perkara ini berlaku kerana tiada undang-undang yang membendung mereka daripada mengaut keuntungan berlebihan lalu menyebabkan industri hartanah menjadi lesu lalu natijahnya pada kekuatan ekonomi Malaysia jatuh disebabkan faktor ketakutan pada harga rumah tersebut. Tuntasnya, industry 4.0 ini masih baru dan banyak aspek yang boleh negara peloporinya. Kebangkitan revolusi perindustrian sebelum ini melihatkan Malaysia sedikit terlambat dalam

mengambil peluang yang ada lalu menyebabkan kita tertinggal agak jauh dibelakang. Akan tetapi pengenalan industry 4.0 ini boleh menjadi ‘game changer’ untuk negara kita.

Referensi

Dokumen terkait

Soesilo dalam bukunya yang berjudul Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) Serta Komentar-Komentarnya Lengkap Pasal Demi Pasal, menjelaskan bahwa yang dinamakan

undang Merek lalu dikenal dengan UUM adalah suatu tanda berupa gambar, nama, kata, huruf-huruf, angka-angka, susunan warna atau kombinasi dari unsur-unsur tersebut

Tabel 4.28 Rekapitulasi Hasil Observasi Peneliti terhadap Siswapada Pelaksanaan Bimbingan Kelompok dengan Teknik Sosiodram pada Siswa Kelas VIII E SMP 2 Kaliwungu Kudus

Manajemen sebagai proses memiliki suatu perencanaan, pengorganisasian, penggerakan, dan pengawasan yang dilakukan untuk menentukan dan mencapai tujuan-tujuan yang telah

Radioisotop 198Au yang dihasilkan dikarakterisasi dengan mengukur aktivitas, waktu paruh, energi, yield, kemurnian radionuklida dan kemurnian radiokimia serta ukuran

Dengan demikian F-statistic (4.094468) > F Tabel (2.45) dan nilai Prob(Fstatistic) 0.004392 < 0,05 maka dapat disimpulkan bahwa Ha diterima, maka dengan

Memimpin cabang dikedudukannya dan bertindak untuk dan atas nama direksi, baik didalam maupun diluar pengadilan dalam hubungannya dengan pihak lain atau pihak

Hikmah pada persidangan a quo; Bahwa berdasarkan fakta persidangan pada menit ke 20:41 s.d menit ke 21:12 terungkap fakta yang pada pokoknya Teradu dengan