Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
Penggunaan Aplikasi
Edmodo
dalam Program Pengajaran dan
Pembelajaran
Farhana Nor Shuhada Muhammad Pozi1, Fariza Khalid2
1,2
Perkembangan semasa dalam teknologi pendidikan khususnya aplikasi Web 2.0 dan Internet telah banyak membantu para pendidik dalam usaha untuk memberi pengajaran terbaik kepada para pelajar. Mengikut kajian Hinchcliffe dan Nickull (2009), pengaruh internet sedang berkembang pesat, justeru para pendidik perlu memahami dengan lebih mendalam tentang kegunaan teknologi, bagaimana ia berfungsi, cara terbaik tentang penggunaannya serta kesannya terhadap pembelajaran para pelajar. Web 2.0 secara amnya ditakrifkan sebagai koleksi dinamik atau alatan integrasi web, aplikasi perisian dan teknologi mudah alih yang mengintegrasikan ciri-ciri teknologi, pedagogi dan mempunyai akses Internet atau
World Wide Web untuk memudahkan proses reka bentuk, pembangunan,
penyampaian dan pengurusan pembelajaran itu disampaikan (Kitsantas & Dabbagh, 2009). Web 2.0 dapat memudahkan lagi proses pembelajaran para pelajar di mana ia berfungsi untuk membawa satu inovasi dan gaya terkini dalam pengajaran berbanding dengan cara tradisional.
Bab ini akan memberi fokus terhadap salah satu daripada aplikasi Web 2.0 iaitu
Edmodo dari sudut keberkesanannya terhadap pengajaran dan pembelajaran (PDP).
Edmodo merupakan satu platform bagi rangkaian sosial yang bertindak sebagai
Learning Management System (LMS), ia menyamai ciri susun atur dan reka bentuk
yang hampir serupa dengan ciri-ciri yang digunakan oleh Facebook (Suriadhi, 2014). Aplikasi Edmodo telah mempunyai pengguna lebih daripada 6.5 juta di seluruh dunia (Flanigan, 2011). Para pelajar yang mempunyai akaun Edmodo boleh membina laman profil perbadi. Selain itu, pelajar-pelajar lain juga boleh turut serta dalam perbincangan bersama ahli kumpulan yang disertai. Salah satu ciri yang ada dalam
Rajah 1: Paparan Library di dalam aplikasi Edmodo yang membolehkan guru menyimpan fail yang bersaiz besar untuk dikongsi kepada para pelajar.
Pendidikan berteknologi melalui laman Edmodo, membolehkan guru dan pelajar mengakses maklumat pendidikan secara tersusun, pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Malah, fungsi laman Edmodo membolehkan pengguna saling berkongsi sumber pembelajaran, bertanyakan soalan, serta mendapatkan idea mengenai sesuatu topik dalam perbincangan. Apabila pengguna telah menyertai laman
Edmodo, setiap topik perbincangan atau pertanyaan dihantar melalui Really Simple
Syndication (RSS) melalui akaun peribadi pengguna. Ini bagi memudahkan
pengguna Edmodo di mana notifikasi akan dimaklumkan kepada pengguna apabila berlaku aktiviti interaksi yang baharu. Selain itu, pelajar juga boleh berinteraksi secara langsung dengan guru mereka, dengan tujuan memudahkan penerimaan maklum balas dan jawapan serta memuatnaik kandungan pengajaran secara atas talian.
EDMODO
Edmodo merupakan platform pembelajaran atas talian secara percuma yang dicipta
oleh Jeff O 'Hara dan Nick Borg pada tahun 2008 untuk guru-guru, pelajar, ibu bapa dan institusi pendidikan (Kongchan, 2013), dan boleh diakses pada pautan:
www.Edmodo.com. Edmodo membolehkan guru mewujudkan kelas maya bagi
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
mengambil bahagian atau mengkases kumpulan tersebut tanpa persetujuan moderator atau guru (Jarc, 2010).
Rajah 2: Paparan muka hadapan aplikasi Web 2.0, Edmodo.
Keberkesanan aplikasi Edmodo membolehkan pelajar untuk saling berkongsi kandungan subjek, mengemukakan tugasan, kuiz, menerima maklum balas, memuat turun nota serta lain-lain yang berkaitan pengajaran mereka (Jarc, 2010). Oleh itu
Edmodo boleh dilihat sebagai satu sistem pengurusan pembelajaran (LMS) yang membolehkan guru untuk menyedia dan menguruskan kelas dalam talian dengan mudah (Witherspoon, 2011). Edmodo telah diiktiraf oleh Persatuan ‘Amerika School Librarian’ pada tahun 2011 sebagai salah satu daripada dua laman web yang berjaya memupuk penyertaan dan kerjasama yang aktif dalam kalangan pelajar (Habley, 2011).
Rangkaian Sosial dan Pendidikan
Edmodo merupakan platfom yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru
serta ahli dalam komuniti pembelajaran yang mereka sertai. Pengguna Edmodo
boleh memilih untuk berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang mempunyai akaun
Edmodo, khususnya mereka yang berada dalam kumpulan pembelajaran yang sama
Rajah 3: Paparan muka aplikasi Edmodo yang hampir menyerupai paparan Facebook.
Impak penggunaan
Edmodo
terhadap pembelajaran pelajar
Tinjauan literatur menunjukkan dapatan yang pelbagai dari sudut penggunaan
Edmodo dari perspektif pelajar. Terdapat penyelidik yang mengemukakan dapatan yang kurang memberangsangkan terhadap impak Edmodo kepada pembelajaran. Misalnya kajian Enriquez (2014), yang menunjukkan bahawa para pelajar yang terlibat menunjukkan reaksi yang negatif terhadap penghantaran tugasan dalam talian menggunakan Edmodo dan sebaliknya lebih selesa dengan cara pembelajaran tradisional di bilik darjah.
Namun demikian, kebanyakan kajian lepas memberikan dapatan yang positif. Misalnya, Monalisa dan Ardi (2013) menyokong bahawa terdapat ramai pelajar yang menerima aplikasi Edmodo sebagai platfom pembelajaran secara positif. Kajian ini turut melaporkan bahawa dengan adanya arahan dan pengumuman atas talian, ia telah membantu pelajar menjadi lebih aktif dan peka dalam proses pembelajaran mereka. Kajian Dowling (2011), juga menunjukkan bahawa para pelajar berpendapat yang Edmodo mudah untuk digunakan serta menarik minat mereka untuk belajar. Hal ini turut memberi pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kerana
Edmodo membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris serta kemahiran
pengkomputeran dalam kalangan pelajar yang terlibat dalam kajian tersebut.
Selain itu, Edmodo juga memudahkan pengajaran guru di mana sistem LMS ini membolehkan guru memuat naik soalan ujian dan kuiz dalam talian sebagai tugasan pelajar di rumah. Kongchan (2012) dalam kajian beliau mendapati bahawa pelajar yang terlibat sebagai peserta kajian bersetuju bahawa penggunaan Edmodo telah meningkatkan kemahiran pembelajaran dan kemahiran menjawab soalan secara efektif selain dapat meningkatkan tahap intelektual pelajar kerana kemudahan memuat naik kuiz atas talian secara pantas dan efektif ini boleh membantu mereka untuk membuat ulangkaji di luar kelas dan sentiasa mengikuti perbincangan bersama rakan lain
.
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
kajian dan pembelajaran dengan mudah dan cepat. Ini menunjukkan bahawa
Edmodo juga berfungsi sebagai platform perkongsian sumber untuk memuat naik nota kuliah, video dan dokumen. Selain itu, ciri-ciri lain seperti mesra pengguna dan laman interaktif yang menarik, menjadikan Edmodo sebagai platfom pembelajaran yang boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
Platfom membantu meningkatkan kecekapan membaca dan menulis
Sesebuah pembelajaran akan menjadi lebih menarik apabila pelajar mencipta dan membina pengetahuan mereka sendiri. Menurut Kongcham (2013), aktiviti yang dilakukan dalam talian atau dilaman sosial dapat menyediakan pelajar dengan proses aktif yang memberi makna signifikan kepada mereka. Pelajar dimotivasikan secara semulajadi melalui amalan pedagogi yang berkesan dan penggunaan teknologi. Kajian mengenai penerimaan positif Edmodo dalam pembelajaran turut disokong oleh Al-Okaily (2013), dimana Edmodo menyediakan platform yang memudahkan pelajar membangunkan kemahiran dan kecekapan untuk membaca dan menulis kerana adanya aplikasi mudah untuk melakukan perbincangan, perdebatan dan pertukaran idea mengenai subjek atau topik yang dibincangkan dalam Edmodo. Shams-Abadi, Ahmadi & Mehrdad (2015) juga melihat bahawa
Edmodo boleh membantu pelajar meningkatkan kemahiran penulisan dan menjana
idea kreatif mereka.
PERANAN GURU DAN PENDIDIK
Hasil dari sorotan kajian lepas telah menunjukkan potensi dan keberkesanan aplikasi
Edmodo terutamanya dalam menjana idea semasa perbincangan maya, serta
membuka ruang untuk penjanaan idea yang efektif serta dapat membantu pelajar dalam pencapaian akademik dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, keberkesanan sesuatu penggunaan aplikasi ini perlu disokong oleh usaha pelajar itu sendiri. Sehubungan dengan itu, Monalisa dan Ard, (2013) berpendapat bahawa guru juga perlu mengambil peranan dalam mengawal perbincangan maya ini dengan menjadi moderator yang baik. Perbincangan dalam forum LMS juga perlulah dijalankan secara terbuka dan tanpa provokasi tertentu. Walau bagaimanapun, susulan pembelajaran didalam bilik darjah masih perlu diteruskan dengan baik selepas perbincangan di dalam Edmodo dijalankan.
Cadangan peningkatan keberkesanan
Edmodo
dalam pembelajaran dan
pengajar
Penambahbaikan aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran perlu bermula dari kefahaman dan kemahiran guru itu sendiri untuk menerima perubahan dalam dunia pendidikan berteknologi, dan berusaha memantapkan kemahiran teknologi dalam diri sendiri. Oleh itu, guru perlulah memanfaatkan penggunaan
Edmodo dan menggunakan aplikasi ini dengan cara yang paling efektif sebagai platform pengajaran dalam kalangan pelajar. Peningkatan pembelajaran pelajar boleh disokong melalui aplikasi Edmodo, namun guru juga perlu bersedia untuk menukar perspektif dan idea tradisional mereka ke dalam senario semasa iaitu pembelajaran berasaskan e-pembelajaran.
interaktif dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang berpusatkan pelajar (student-centered). Usaha ini perlu juga disokong oleh para ibubapa dan masyarakat sekeliling dengan cara memberikan idea penambahbaikan terhadap program dan modul pembelajaran LMS serta membantu anak-anak di rumah apabila mereka memerlukan idea dan maklumbalas berkaitan topik dan subjek pembelajaran mereka.
Namun begitu sudah menjadi lumrah, semakin banyak peluang yang ada semakin banyak juga persoalan dibelakangnya. Melihat situasi di Malaysia, antara persoalan penting adalah kemudahan insfrastruktur seperti komputer yang tidak mencukupi di sekolah, talian internet dan juga jadual penggunaan makmal di sekolah. Perkara tersebut tidak menjadi persoalan jika para pelajar tidak mempunyai masalah menggunakan internet di luar sekolah seperti adanya internet di rumah. Guru-guru perlu berfikiran kehadapan dan cuba memanfaatkan teknologi walaupun terdapat pelbagai kekangan. Jika tidak dapat menggunakan sepenuhnya namun cukup jika ia memberi peluang kepada para pelajar untuk merasai sedikit suasana lain dalam pembelajaran kerana arus teknologi yang semakin berkembang dan rugi jika persiakan peluang yang ada.
KESIMPULAN
Pemikiran kreatif yang maju ke hadapan kebiasaannya merupakan hasil daripada pengetahuan yang kolektif, yang terbentuk melalui perkongsian idea dan pengetahuan antara individu-individu secara bebas bagi mendapatkan keputusan yang terbaik . Kajian konsep ini disokong melalui dapatan kajian lepas bahawa terdapat keberkesanan terhadap penggunan aplikasi Edmodo sebagai platfom pembelajaran bagi menyokong model pedagogi. Ia juga dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bertanggungjawab melalui aktiviti dalam talian yang dijalankan melalui gaya pembelajaran kendiri. Dengan menggunakan LMS sebagai platfom pembelajaran yang berterusan, Edmodo akan menjadi fenomena yang boleh menarik pelajar dan generasi akan datang. Pelaksanaan Edmodo sebagai platfom pengajaran dan pembelajaran boleh menjadi medium aktif yang merangkumi persekitaran pembelajaran yang bertanggungjawab di luar bilik darjah sekaligus membantu sistem pendidikan negara untuk terus melahirkan generasi berteknologi tinggi dan berbudaya saing untuk masa hadapan negara yang cemerlang.
RUJUKAN
Arroyo, C.G. (2011) .On-Line Social Networks: Innovative Ways towards the Boost of
Collaborative Language Learning: Dipetik dari
http://www.pixelonline.net/ICT4L [akses 21 Oct 2016]
Pembelajaran Abad ke-21 : Trend Integrasi Teknologi
Bruce K. Gushiken. (2013). Integrating Edmodo into a High school service club: To promote Interactive online communication, 18th Annual TCC online conference 2013, Hawai, USA.
Dowling, S. (2011). Web-based learning–Moving from learning islands to learning environments. TESLEJ, 15 (2), 1-27.
Enriquez, M. A. S. (2014). Students’ Perceptions on the Effectiveness of the Use of
Edmodo as a Supplementary Tool for Learning. In DLSU Research
Congress, De La Salle University, Manila, Philippines.
Flanigan, R. (2011). Professional learning networks taking off. Education Week. Dipetik dari http://www.edweek.org/ew/articles/2011 [akses pada 14 Oktober 2016].
Governor, J., Hinchcliffe, D., & Nickull, D. (2009). Web 2.0 Architectures: What entrepreneurs and information architects need to know? California: O'Reilly Media, Inc.
Habley, J. (2011) .AASL announces 2011 best websites for teaching and learning. Dipetik dari http://americanlibrariesmagazine.or/news. [akses pada 15 Oktober 2016].
Jarc, J. (2010). Edmodo-a free, web2.0 classroom management tool. Dipetik dari http://trendingeducation.com/?p=190, [akses Oktober 24, 2016.]
Kitsantas, A., & Dabbagh, N. (2010). Learning to learn with Integrative Learning Technologies (ILT): Apractical guide for academic success. NC: Age Publishing Incorporate.
Kongchan, C. (2012). How a Non-Digital Native Teacher Makes Use of Edmodo. In 5th Intenational Conference ICT for Language Learning, Florence, Italy. Kongchan, C. (2013). How Edmodo and Google Docs can change traditional
classrooms. In The European Conference on Language Learning 2013. Monalisa, M., & Ardi, H. (2013). Using “Edmodo” educational social network in
teaching English for high school students. Journal of English Language Teaching, 2(1), 220-225
RASE pedagogical Model. (2014). Dipetik dari
https://sites.google.com/site/hkumoodle/pedagogical-model
Shams-Abadi, B. B., Ahmadi, S. D., & Mehrdad, A. G. (2015). The Effect of Edmodo
on EFL Learners‟ Writing Performance. International Journal of Educational Investigations, 2 (2), 88-97
Selwyn, N. (2009). Faceworking: Exploring Students’ Education-Related Use of “Facebook”. Learning, Media and Technology, 34 (2), 157-174.
Suriadhi (2014). Pengembangan E-Learning berbasis Edmodo pada Mata Pelajaran IPA Pada Kelas VII SMP Negeri 2 Singaraja. Jurnal Edutech Vol 2, No 1. Thompson, A. D., Lindstrom, D., & Schmidt-Crawford, D. (2015). NTLS 2014: Policy
and Practice. Journal of Digital Learning in Teacher Education, 31(2), 45-46. Witherspoon, A. (2011). Edmodo A Learning Management System. Dipetik Dari
Cara menulis Rujukan Bab 5: