• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bersungguh sungguh dan Berhati hati Hada

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bersungguh sungguh dan Berhati hati Hada"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

1

*AMARAN!!!

Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan

(7 Zulkaedah 1434H / 13 September 2013)

BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN BERHATI-HATI HADAPI CABARAN

(2)

2 Wahai Hamba-Hamba Allah Sekelian!

Marilah kita mencari jalan bahagia dengan kita memilih jalan yang menuju kepada keredhaan Allah sebelum kita dipaksa bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepada kita. Berkata al Syahid Syed Qutb Rahimahullah Taala :

Semua orang akan kembali kepada Allah selepas kematiannya,

Tetapi orang yang bahagia telah dan tetap pergi kepada Allah semasa hidupnya lagi.

Janganlah berterus-terusan diri kita, keluarga kita, masyarakat kita berada dalam zon kelalaian kerana Imam al Syafie r.a pernah mengungkap:

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian

sedangkan kain kafannya sedang ditenun.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Mari kita sama–sama mengukur diri masing masing sekuat mana kita mempunyai daya ketaqwaan diri masing-masing. Mari kita perbaiki diri kita dengan kita menganalisa dialog antara Saidina Umar r.a dan Saidina Ubay bin

(3)

3

Saidina Umar al Khattab r.a bertanya kepada Saidina Ubai bin Ka’ab mengenai taqwa. Maka Kaab bertanya kepada Saidina Umar al Khattab r.a : Pernahkah tuan melalui sebatang jalan yang penuh dengan duri? Ya jawab Umar . Ubay bertanya lagi : Apa tindakan tuan ketika itu? Saidina Umar menjawab : aku bersedia dengan bersungguh-sungguh dan berhati-hati.

Taqwa akan menyelamatkan diri dan umat dari terjerumus ke kancah dosa dan kemaksiatan yang akhirnya akan memusnahkan kehidupan di dunia dan di akhirat. Ia dapat dilakukan dengan gabungan dua sifat seperti di dalam dialog di atas ; iaitu

(

) persediaan yang bersungguh-sungguh dan ) ( berhati-hati.

Sidang Jamaah sekelian.

Dalam kehidupan sehari-harian setiap kita wajib bersungguh-sungguh melakukan apa jua suruhan Allah bukan dibuat secara sambil lewa seperti melepaskan batuk di tangga dan dan dalam masa yang sama kita mesti sentiasa berhati-hati daripada melakukan sebarang dosa. Kita semua sedang dalam perjalanan menuju Allah . Atas perjalanan ini kita ada peraturan yang perlu dipatuhi bersungguh-sungguh, bukan sambil lewa apatah lagi hanya patuh pada yang berkenan di hati sahaja. Di atas jalan yang sama ini kita dinanti dengan segala jenis duri-duri maksiat dan dosa yang perlu kita berhati-hati apabila kita melaluinya.

Untuk membangunkan semula ummah yang sedang sakit ini, umat Islam

memerlukan kepada kapsul mujarrab gabungan antara ) ( persediaan yang

bersungguh-sungguh dan ) ( berhati-hati. Semenjak merdeka 56 tahun dulu,

(4)

4

ini. Suara-suara lantang berucap atas landasan hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan berkarya, cuba merubah keistimewaan Islam dalam negara ini. Kritikan lantang terhadap Institusi Islam dan fatwa, institusi Raja dan bahasa kebangsaan semakin menjadi-jadi dan diwarnai dengan karya-karya tulisan dan filem-filem pendek yang mencabar perundangan dan menguji kadar sensitiviti umat

Islam. Sekali lagi sifat ) ( persediaan yang bersungguh-sungguh perlu untuk

menyelesaikan masalah urus tadbir yang sudah mengakar lama di Malaysia ini dan

sifat ) ( berhati-hati dan waspada dengan gerakan licik golongan-golongan

liberalis dan pluralis yang tidak jemu berusaha merubah wajah Islam dalam negara. Mereka berhajat jika boleh Islam hanya sekadar penyeri majlis dalam acara-acara rasmi sahaja. Kalau boleh agama jangan diinstitusikan pentadbirannya dan akhirnya membawa kepada natijah urusan agama hanya urusan peribadi masing-masing tanpa perlu campurtangan pihak berkuasa agama. Akan bermaharajalelalah penagih-penagih tegar, peminat-peminat LGBT, peminat-peminat pertandingan ratu cantik, peminum arak di khalayak ramai tanpa mampu lagi disekat.

Sidang Jamaah sekelian,

Setiap individu muslim di negeri ini khususnya, wajib bersungguh-sungguh

(

) mempelajari asas-asas agama Islam samada aqidah , ibadah dan akhlaq.

Kerana dengan pengetahuan ini barulah muncul sifat ) ( berhati-berhati

(5)

5

macam aqidah dan amalan yang bercanggah dengan amalan ahli sunnah wal jamaah antaranya ialah seperti ajaran syiah.

Ajaran ini telah diwartakan sebagai sesat oleh Kerajaan Negeri Perak pada 1 Mac 2012. Ajaran yang sangat merbahaya kepada aqidah dan keharmonian

masyarakat ini perlu disekat secara ) ( secara bersungguh- sungguh. Jika

dibiarkan sudah tentu ia akan mengocak ketenangan rukun kehidupan. Jadikanlah pergolakan berdarah antara mazhab yang berlaku di beberapa negara Islam sebagai iktibar seperti di Pakistan dan Iraq.

Keghairahan sebahagian masyarakat mendekatkan diri dengan agama jika tidak menekuni terlebih dahulu ilmu aqidah dan syariat akan menghantarkannya ke jurang bahaya. Bertarekat pada asasnya dibenarkan di dalam syarak asalkan ia tidak bertentangan dengan aqidah dan syariat. Mimbar pada hari ini menyeru para jemaah

untuk ) ( menekuni ilmu asas aqidah dan syariat. Dalam masa yang sama

hendaklah ada sifat ) ( berwaspada dengan tipu daya segelintir pengasas-

pengasas tarekat yang salah. Menurut Dr Husni Hassan, ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak dan Ketua Panel Kajian amalan tarekat, beliau menemui dapatan yang amat memeranjatkan dari seorang Syeikh tarikat di selatan Perak yang mengatakan bahawa Allah menjelma di Kaabah menyerupai seorang pemuda dan beliau mampu untuk berunding dengan malaikat maut dalam isu penangguhan saat kematian.

Sidang Jamaah sekelian.

Gerakan mempersatukan kembali umat Islam di negara ini memerlukan

(6)

6

mempertautkan hubungan kasih sayang tanpa meletakkan berbagai-bagai syarat awal dan setiap pihak perlu menunjukkan keikhlasan tanpa ada niat-niat yang

tersirat lain. Dalam masa yang sama kita mesti bersifat ) ( terhadap usaha

mana-mana pihak yang tidak senang melihat umat ini bersatu lantaran itu sangat kreatif melaga-lagakan sesama umat Islam. Budayakan ibadah tasbih, tahmid dan takbir membasahi mulut-mulut kita sebagai ganti kepada cacian, makian, mengadu domba sesama umat Islam. Kata Imam Malik :

Apabila kamu melihat seorang lelaki mempertahankan kebenaran, maka ia mencaci, memaki memarahi dengan nada marah. Ketahuilah bahawa niatnya

telah cacat kerana kebenaran tidak memerlukan semua ini.

Berkasih sayanglah sesama kita, saling memaafi kesalahan. Ini akan menggerunkan pihak lain kepada umat Islam. Tetapi apabila umat Islam bercakaran sesama sendiri, hilang kekuatan kita walaupun bilangan kita ramai sehingga terpaksa melayan tuntutan demi tuntutan mereka. Ingat lah pesan orang- orang tua:

Berpada-pada memberi muka nanti kita sendiri hilang air muka; Berpada-berpada bertolak ansur, nanti kita ditolak beransur- ansur.

Sidang Jamaah sekelian.

(7)

7

(8)

8

KHUTBAH KEDUA

Ya Allah kami ini lemah tapi dalam kami dalam keadaan lemah ini kami masih menderhakai Mu ya Allah.

Ya Allah kami ini hanya bergantung hidup dengan ihsan nikmat dan kasih kasih sayang Mu, tapi dengan nikmat Mu yang melimpah ruah ini kami gunakan pula untuk memaksiati Mu ya Allah.

Ya Allah Engkau Maha Tahu betapa berdosanya hamba-hambaMu ini namun Engkau masih melimpahi nikmat-nikmatMu kepada kami. Engkau masih memberi peluang demi peluang untuk kami menyesal dan bertaubat.

Ya Allah pada hari perhimpunan kami yang penuh dengan kasih sayang dan pengampunanMu, kami menadah tangan merintih pengampunanMu.

(9)

9

kami tahu amalan kami yang sedikit ini tidak melayakkan kami ke syurgaMu namun kami masih berharap dengan limpahan redha Mu ya Allah agar mengampuni segala dosa dosa kami dan memasukkan kami ke syurga Mu.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami atas kecuaian kami menjaga agama kami sehingga sehari demi sehari ia cuba dipermain-mainkan. Ya Allah kembalikanlah sikap tegas dan berani kepada kami.

Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga anak-anak mereka dimurtadkan semula. Apa yang kami ingin jawab di hadapanMu apabila anak-anak ini mengadu di hadapan

Allah nanti. “Ya Allah apa yang telah mereka lakukan kepada kami”

Ya Allah kami memohon ampun kepadaMu atas kecuaian kami menjaga saudara-saudara Islam kami sehingga darah mereka mengalir setiap hari sedangkan kami bersenang lenang dan bersuka ria. Kami tidak sanggup lagi melihat dan mendengar tangisan dan raungan anak-anak mereka yang sebaya dengan anak-anak kami, isteri- isteri mereka memerlukan perlindungan sepertimana isteri-isteri kami. Ya Allah hentikanlah segala kezaliman ini dengan kekuatan Mu ya Allah.

Ya

ُ ب

ُ و

ُ قُ ل

ُُ لا

ُ ت

ُ ب

ُ مُ ث

tetapkan hati-hati saudara-saudara kami etnik Ronghinya dan Rakhine di Mynmar, saudara-saudara kami ahli sunnah wa al jamaah di Syria, saudara-saudara kami di Mesir dan Palestin serta di seluruh mukabumi ini agar tetap dalam iman tidak berganjak walaupun sedetik terhadap sebesar manapun ujian yang menimpa. Kalau mereka mati di sana dan kami mati di sini, himpunkanlah kami semuanya di dalam syurgaMu Ya Allah.

(10)

10

Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah Ghafarullah lah.

Ya Allah bantulah hamba-hambaMu ini membentengi agamaMu di negeri ni. Kurniakanlah kepada hamba-hambaMu ini penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi kepentingan-kepentingan yang lain. Demi Allah, kami rakyat mengikat janji akan menjadi tulang belakang kepada hamba-hambaMu ini selama mana mereka mendepani kami dalam mempertahankan agama di bumi bertuah ini.

Disediakan oleh :

SF Ustaz Haji Zamri Bin Hashim, Timbalan Mufti

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh invigorasi menggunakan polyethylene glycol (PEG) 6000 terhadap viabilitas benih tembakau (Nicotiana tabacum). Penelitian

Hasil pengujian pada return harian indeks LQ45 menemukan bahwa tidak adanya pengaruh penurunan volatilitas pada underlying spot market di Indonesia karena keberadaan

 Pertimbangkan bagaimana organisasi memastikan bahwa SML mencapai hasil yang diinginkan..  Bangun perencanaan pengelolaan dokumen dan

Apabila kita sungguh-sungguh mengasihi-Nya dengan segenap hati, kita pasti tahu apa- apa saja yang dapat menyenangkan hati Tuhan dan kita pasti akan melakukan segala cara

Pada penelitian ini dilakukan pengomposan sampah buah dan sayur dari Pasar Raya Kota Padang, dengan penambahan lindi tanpa aktivator stardec serta kombinasi penambahan lindi dan

Peningkatan nilai rata-rata pengetahuan dan perilaku manajemen diri pada kelompok 1 yang mendapatkan booklet dan edukasi apoteker lebih tinggi dari kelompok intervensi 2 yang

Penempatan TKI Dari Jawa Tengah Per Kab./Kota Tahun 2015.. INFORMAL FORMAL INFORMAL FORMAL INFORMAL

Dalam Tab Menu PAGE LAYOUT, Anda bisa menemukan berbagai Ribbon Group yang berfungsi mengatur dan menyesuaikan segala hal yang berkaitan dengan tampilan hasil lembar