• Tidak ada hasil yang ditemukan

Laras Bahasa Biasa Atau Umum

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Laras Bahasa Biasa Atau Umum"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

Laras Bahasa Biasa Atau Umum

Menurut Abdullah Hassan (1987: 1), bahasa mempunyai dua bentuk, iaitu lisan dan bukan lisan. Bagi aspek lisan, boleh dipecahkan kepada dua, iaitu pertuturan umum dan pertuturan rapi. Manakala tulisan pula terdiri daripada bahasa tulisan umum dan bahasa tulisan rapi.

Bahasa tulisan umum ialah bahasa yang digunakan di dalam akhbar, majalah, iklan, surat-menyurat dan lain-lain. Manakala bahasa pertuturan umum pula merupakan pertuturan atau perbualan yang banyak mengandungi unsur basahan seperti kependekan,, penggunaan ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk-bentuk hormat dan sopan.

ciri-ciri laras bahasa umum ialah:

1.Mudah difahami

laras bahasa umum bebas dan agak kurang terkawal daripada segi aspek tatabahasanya. Pengguguran subjek, pengguguran predikat dan kependekan ayat serta kependekan perkataan sering dilakukan sehingga terganggu sintaksis dan semanti ayat yang diucapkan.

2.Berusur kemesraan

lebih berunsurkan kemesraan kerana di antara kedua-dua belah pihak penutur penggunaannya atau si penutur menggunakan namanya atau ganti nama diri pertama (saya, aku, mak cik, abang, adik dsb). Kadang-kadang juga menggunakan nama gelaran atau pangkat bagi pihak yang diajaknya bertutur, misalnya dato', pak cik, cikgu, tuan doktor, tuan pensyarah dan sebagainya.

3 Menggunakan Penggunaan Kata Sendi Nama

Sering mengabaikan kata sendi nama seperti kata sendi nama dari, daripada, di, akan, sampai, sehingga, oleh, terhadap, dengan, seperti, umpama, demi, antara, untuk dan bagi.

4.Menggunakan Ragam Bahasa Umum

Menggunakan bahasa yang berbagai-bagai. Misalnya penggunaan ragam bahasa sindiran, ragam bahasa mengejek, ragam bahasa menggiat, ragam bahasa terbalik, ragam bahasa pertanyaan, ragam bahasa seruan, ragam bahasa berulang dan lain-lain lagi. Menggunakan imbuhan bahasa asing

5 Menngunakan imbuhan asing

Imbuhan bahasa asing yang biasa digunakan dalam laras bahasa Melayu umum ialah seperti imbuhan awalan bahasa Inggeris, iaitu pro, anti, poli, auto, supra, homo, infra, inter, miro dan sebagainya.

(2)

2

6. Menggunakan ayat pendek dan ringkas

Lebih banyak menggunakan ayat-ayat yang pendek dan ringkas. Penggunaan berlapis, ayat-ayat kompleks dan ayat-ayat pancangan adalah kurang. Ini disebabkan penuturnya tidak gemar menggunakan ayat yang sukar dan panjang.

Mengandungi banyak perkataan yang dipendekkan yang bertujuan untuk memudahkan penutur menggunakannya.

Contoh-contoh Laras Bahasa Umum

1 Ayu p ke pasar raya mau beli barang-barang dapur.

2 dato', pak cik, cikgu, tuan doktor, tuan pensyarah dan sebagainya. 3 Adik jatuh gaung = adik jatuh ke dalam gaung

4 lain kali buatlah lagi (bahasa terbalik) 5 biarkan aku sendiri (bahasa merajuk) 6 Saya pergi ke pasar

Laras Bahasa Undang-undang

Sejenis laras teknikal yang digunakan oleh pakar perundangan seperti peguam, hakim, pendakwa dalam menulis atau bercakap mengenai undang-undang.

Ia merupakan salah satu daripada laras ilmiah yang terdapat dalam Bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi. Bagaimanapun, pada hari ini laras bahasa undang-undang lebih bersifat moden dan banyak menggunakan istilah teknikal.

“defenden membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif untuk mengemukakan saksi-saksi yang dikatakan tidak releven dengan perbicaraan berkenaan”.

Ciri-ciri Laras Bahasa Undang-undang

1. Tidak mengandungi gambar, gambar rajah, graf, jadual dan sebagainya.

2. Struktur ayatnya terdiri daripada prinsip undang-undang, diikuti oleh syarat dan diakhiri dengan keputusan undang-undang.

3. Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan. 4. Terdapat bentuk frasa sendi nama yang tidak digunakan dalam teks teknikal yang

lain.

5. Teks bersabit dengan perundangan yang mengandungi prinsip undang-undang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen).

(3)

3

Contoh-contoh Laras Bahasa Undang-undang

1 Defendan membantah pada awal prosiding bahawa plaintif kerana tindakannya, diestop daripada mempersoalkan kesahan larangan PBJ itu. tindakan tersebut termasuk menarik balik kesnya di Mahkamah Tinggi, meminta maaf kepada defendan…..

2 Setelah saman disampaikan dan catatera penyampaian dibuat, pendaftar harus memberikan notis kepada plaintif atau peguamnya mengenai hal itu dan mengenai cara saman disampaikan.

Kesimpulan

Sesuatu laras bahasa itu mempunyai ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasamenurut bidang penggunaannya.

(4)

4

Rujukan

http://norbadrilaismail.blogspot.com/2012/03/laras-bahasa-umum.html

Referensi

Dokumen terkait