• Tidak ada hasil yang ditemukan

SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPU"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

SINOPSIS SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR

BAB 1

Datuk Tan datang lebih awal ke pejabat En. Muhammad (Muhd) dan dia rasa kagum dengan suasana dan kelengkapan yang ada di bilik En. Muhammad. Ia

menggambarkan ketokohannya sebagai seorang tokoh koprat. Kehadiran En. Muhammad dengan kejayaannya memperolehi kontrak pembekalan lada hitam dengan syarikat dari Jerman menguatkan lagi keyakinan Datuk Tan akan keupayaan En. Muhammad dalam mengendalikan urusan perniagaan. Kekaguman Datuk Tan juga turut merangkumi ketokohan ayah En. Muhammad. Peristiwa seterusnya ialah En. Muhammad mengingatkan Mahani supaya memanggilnya dengan panggilan Pakcik untuk mengelakkan apa saja perasaan antara mereka berdua.

Peristiwa-Peristiwa Penting:

1. Kedatangan Datuk Tan ke pejabat En. Muhammad untuk berbincang soal perniagaan dan perdagangan.

2. En. Muhammad seorang tokoh koprat yang berjaya. 3. Kejayaan yang dicapai oleh En. Muhammad .

4. En. Muhammad mahu Mahani memanggilnya dengan panggil pakcik.

BAB 2

Datuk Tan membaca laporan sejarah salsilah keluarga En. Muhammad yang disediakan oleh seorang professor sejarah yang diupahnya. Ketokohan En. Muhammad yang begitu menonjol menyebabkan dia berminat untuk mengkaji latarbelakangnya. Ini penting untuk kelangsungan urus niaga antaranya dengan En. Muhammad. Satuk Tan juga mempunyai hubungan yang baik dengan sultan, kerana dia pernah menyumbangkan wang untuk projek pembinaan padang golf. Beliau berhasrat untuk memohon gelaran orang kaya wilayah Tualang untuk En.

Muhammad. Ianya bertujuan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia dagang. Keluarga Datuk Tan juga turut dipaparkan dalam bab ini.

Peristiwa-peristiwa Penting:

(2)

2. Datuk Tan mahu gelaran Datuk Indera Orang Kaya wilayah akan diberikan kepada En. Muhammad .

3. Salsilah keturunan Datuk Tan dan keluarga.

4. Sejarah hubungan perniagaan di antara orang Melayu dan orang Cina.

BAB 3

Cik Puan Tipah menerima surat dari Jahid yang menjadi penghubung keluarga. Isi kandungan surat tersebut menceritakan tentang projek tanaman orkid yang

memang sesuai untuk dijalankan. Jahid juga turut menceritakan tentang perubahan sikap ayahnya Penghulu Mahmud yang mula berkira-kira untuk menjual tanah milik keluarga mereka yang terletak di Jeram Medang. Cik Puan Tipah teringatkan Rahim yang sejak akhir-akhir ini surat yang dikirimnya mulai memperlihatkan sikapnya yang menentang ayahnya.

Peristiwa-peristiwa penting:

1. Cik Puan Tipah Terima surat daripada Jahid

2.Ingatan Cik Puan Tipah ketika dia berkahwin dengan En. Muhammad dan baru mengetahui suaminya mempunyai keluarga besar.

3.Isi Kandungan surat tentang projek tanaman orkid di kawasan Jeram Medang. 4. Surat Rahim sejak kebelakangan ini mulai berubah dan mula menentang kemewahan yang menjadi matlamat ayahnya.

5. Penghulu Mahmud yang mahu menjual tanah bagi kerjasama projek antara YB Mohd. Yusof dengan tauke Cina.

BAB 4

Syarifah Muinah sentiasa resah dan bimbang apabila setiap kali menjelang hari jadi Mahani. Dia takut jika sekiranya Mahani mengetahui yang dia bukanlah ibu

(3)

Syarifah Muinah juga bimbang memikirkan jodoh Mahani yang mula mendapat tempat di hati isteri Penghulu Mahmud. Mahani pula masih dalam kekeliruan dengan perasaannya terhadap tiga orang jejaka yang hadir dalam hidupnya iaitu antara Rahim, Jahid dan juga Robert.

BAB 5

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan akan mengadakan lawatan ke Pekan Tualang sempena hari keputeraannya. Beliau berhasrat untuk membahagikan harta

keluarganya mengikut hukum faraid. Tetapi hasratnya itu telah ditentang oleh Jahid kerana bagi jahid maruah perlu dijaga. Penghulu Mahmud kagum dengan Jahid walaupun masih muda tapi mempunyai pemikiran yang matang. Penghulu Mahmud rasa peluangnya untuk mendapat gelaran Orangkaya Indera tipis memandangkan adiknya Muhammad adalah orang kaya yang berpengaruh. En. Muhammad datang menziarahi abangnya di samping untuk memaklumkan tentang projek tanaman orkid di tanah milik keluarga mereka di Jeram Medang dan memaklumkan abangnya tentang gelaran Datuk Indera Orang Kaya. En. Muhammad juga berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan lamanya, melalui mereka En. Muhammad mendapat maklumat penduduk kampungnya masih lagi dibelenggu kemiskinan dan ramai anak-anak muda telah berhijrah ke Bandar.

BAB 6

Sudin dan Sarip meninjau kawasan di sekitar Jeram Medang untuk menyiasat hak milik tanah yang dimiliki oleh keluarga Penghulu Mahmud. Menurut Sarip boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan di situ adalah hak milik keluarga Penghulu Mahmud. Dalam perjalanan mereka telah berjumpa dengan Ali yang sedang

(4)

Peristiwa-peristiwa Penting

1.Sudin dan Sarip sedang memantau tanah milik keluarga Penghulu mahmud. 2.Sudin menemui Ali ketua projek tanaman orkid untuk mendapatkan maklumat ,seterusnya mereka berjanji untuk berjumpa di rest house.

3. Ali telah memaklumkan kedatangan Sudin kepada Jahid dan Penghulu Mahmud – Jahid mahu Ali berterus-terang sahaja.

BAB 7

Sudin memaklumkan hasil petemuanya dengan Ali kepada Yang Berhormat Muhd. Yusof tentang rancangan En. Muhammad untuk menanam orkid. Walau

bagaimanapun YB tidak mempercayainya. Sudin juga berharap agar YB dapat memujuk Penghulu Mahmud untuk bekerjasama dengannya dalam menjayakan projek rumah kos rendah. Kejayaan kerjasama antara mereka sangat penting buat Sudin, kerana dia berharap kejayaan itu nanti akan memudahkannya untuk

meminta bantuan YB bagi melangsaikan hutang-hutangnya semasa dia menjadi broker dulu. YB bangga menceritakan tentang kejayaannya membangunkan projek rumah murah di Pekan Tualang. Kelangsungan politik YB bergantung kepada projek kerjasamanya dengan Tauke Chan yang melibatkan tanah Penghulu Mahmud di Jeram Medang. Projek tanaman orkid tersebut dilihat sebagai penghalang cita-citanya.

Peristiwa-peristiwa Penting

1. Sudin memaklumkan kepada YB Mohd. Yusof, Ali memberitahu tanah tersebut hendak ditanam dengan orkid.

2. Sudin berharap agar YB dapat membantunya menyelesaikan masalah hutang-hutangnya.

3.Sudin berharap agar YB dapat mempengaruhi Penghulu Mahmud untuk menjual tanah-tanahnya

4. YB berasa bangga kerana telah berjaya membangunkan Pekan Tualang dengan projek rumah murah.

(5)

BAB 8

En. Muhammad berbincang dengan Tan Sri Syed Aris tentang projek mereka hendak membuka ladang lada hitam di Johor. En. Muhammad mengingatkan Tan Sri agar tidak menyamakan falsafah politik dengan perniagaan apabila beliau menjelaskan tentang hasrat kerajaan sekurang-kurangnya 30 % ekonomi Negara dimiliki oleh orang Melayu. En. Muhammad kemudian ke hotel untuk berjumpa YB bagi

menyelesaikan masalah berhubung dengan pembangunan wilayah Tualang. YB dan En. Muhammad mempunyai misi yang sama iaitu untuk membangunkan kawasan tersebut dan membantu penduduknya. YB menjelaskan tentang rancangannya untuk bekerjasama dengan tauke Chan dalam projek perumahan untuk membantu penduduk yang tidak memiliki tanah dan rumah dan Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual tanahnya. En. Muhammad mengingatkan YB bahawa kerjasama tersebut seumpama bekerjasama dengan harimau. Sebenarnya YB Cuma mengambil kesempatan di atas kesediaan Tauke Chan untuk membiayai projek tersebut dengan syarat beliau dibenarkan untuk membina rumah untuk orang-orang Cina di Pekan Tualang yang tidak mempunyai tanah. Akhirnya kedua-duanya mencapai kata sepakat untuk bekerjasama bagi kepentingan masing-masing, En, Muhammad untuk kepentingan peniagaan manakala YB pula untuk kelangsungan politiknya.

Peristiwa-peristiwa Penting :

1. Pertemuan antara En.Muhammad dengan YB Mohd.Yusof untuk berkongsi pendapat tentang pembangunan di wilayah Tualang.

2.YB menerangkan tentang kerjasamanya dengan tauke Chan untuk

membangunkan wilayah Tualang.- Penghulu Mahmud telah bersetuju untuk menjual sebahagian tanahnya di Jeram Medang.

3. En.Muhammad memaklumkan yang dia juga hendak membangunkan wilayah Tualang dengan membuka kembali perusahaan perlombongan dan juga mahu memajukan tanah milik keluarganya dengan projek tanaman orkid.

4. Kedua-dua bersetuju untuk bekerjasama bagi memajukan wilayah Tualang di samping menjaga kepentingan mereka.

BAB 9

(6)

mejanya. Mahani memberitahu surat tersebut dialamatkan atas nama Pengarah Urusan. En. Muhammad meminta pendapat Mahani tentang surat tersebut, Mahani berpura-pura tidak memahaminya, sebenarnya dia telah pun membacanya. En. Muhammad pernah menulis surat kepada Rahim supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak berfikir perkara yang lain.

Peristiwa-peristiwa Penting :

1. Surat Rahim yang dihantar beralamatkan Pengarah urusan telah dibaca oleh Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad. En. Muhammad mahu Mahani memberi komen tentang isi kandungannya.

2. Surat yang ditulis Rahim menunjukkan perubahan sikap Rahim yang mula menentang golongan kaya yang tamak.

BAB 10

Mahani tidak dapat tidur memikirkan tentang surat Rahim yang diminta oleh En. Muhammad supaya dia beri komen. Sebelumnya Mahani meminta bantuan walid dan uminya untuk beri pendapat. Mahani keliru tentang perasaanya terhadap Rahim. Dalam masa yang sama Jahid juga turut hadir di hatinya. Keesokkannya Mahani kecewa kerana walidnya telah pun keluar sebelum sempat dia mendapat pandangan walidnya. Uminya S.Muinah berharap agar Mahani dan Rahim akan bersatu. Pada pandangan Uminya surat Rahim itu sebenarnya adalah luahan hati Rahim yang mencintainya.

Peristiwa-peristiwa Penting :

1. Mahani keliru dengan perasaanya dan sedang berfikir bagaimana cara untuknya memberi jawapan kepada En. Muhammad.

2. Mahani juga turut keliru dengan perasaannya terhadap Rahim dan juga Jahid. 3. S. Muinah mahu Mahani dijodohkan dengan Rahim kerana dia berpendapat surat Rahim sebenarnya adalah luahan hatinya yang mencintai Mahani.

(7)

Ketika Sudin sampai di kedai Pak salim semua pemuda di situ keluar. Sudin berbual dengan Pak Salim tentang sikap dingin ayahnya. Mengikut Pak Salim keadaan itu berpunca daripada perselisihan faham yang dikatakan berkait dengan politik. Pak Salim kenal Sudin sejak dari kecil lagi dan hubungannya dengan ayah Sudin juga rapat kerana mereka pernah belajar agama bersama. Sudin sedar kemarahan ayahnya kerana dirinya yang tidak warak, kahwin cerai dan penglibatannya dalam politik. Sudin teringatkan akan kegagalannya untuk berkahwin dengan gadis idamannya menyebabkannya membawa diri. Sudin kemudian pulang ke rumah untuk bersemuka dengan ayahnya

Peristiwa-peristiwa Penting:

1.Sudin tidak digemari oleh pemuda kampong kerana menjadi wakil wakil rakyat ayahnya juga bersikap dingin dengannya.

2.Sudin sedar kerenggangan hubunga dia dengan ayahnya kerana dia tidak warak , kahwin cerai dan terlibat dengan politik.

3.Sudin membawa diri kerana kecewa tidak dapat kahwin dengan gadis idamannya 4. Pak salim menasihatinya supaya pulang ke rumah untuk menyelesaikan

masalahnya dengan ayahnya.

BAB 12

Sudin dapat merasai akan kedinginan hubungan dengan ayahnya. Namun dia sedar yang dia perlu bersemuka untuk menyelesaikannya. Imam Saad memberitahu bahawa dia mendengar khabar yang mengatakan Sudin melarikan Gayah, Sudin menafikan tuduhan tersebut. Imam Saad juga memberitahu Sudin tentang kenapa mereka tidak meminang Gayah - Ini semua berpunca dari persengketaan keluaga yang berkurun lamanya telah menghalangnya untuk berbuat demikian. Imam Saad memberitahu bahawa keluarga Penghulu Mahmud memandang hina mereka kerana persengketaan tersebut. Imam Saad juga tidak mengetahui siapa yang sebenarnya menyebarkan berita tentang Sudin melarikan Gayah, dia mahu Sudin menyiasat sendiri siapa yang menyebarkan berita tersebut.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Hubungan Sudin dengan ayahnya dingin.

(8)

3. Sudin kesal dengan tindakan ayah dan ibunya yang tidak meminang Gayah dulu. 4. Imam Saad menceritakan tentang persengketaan keluarga antara keluarganya dengan keluarga Penghulu Mahmud yang menyebabkan mereka tidak berani untuk meminang Gayah.

BAB 13

Akibat kemalangan yang telah menimpanya Sudin terpaksa terlantar di hospital, Sudin sedar kejadian itu sebenarnya adalah perbuatan khianat. Sudin cuba mengingatkan kembali rentetan peristiwa sehingga dia terlantar di hospital. Dia yakin dan cam suara orang yang telah memukulnya namun dia tiada bukti untuk melaporkan kejadian tersebut pada polis. Semasa di Balai Raya dia mendapat berita dari rakan-rakannya yang mengatakan dia telah melarikan Gayah. Di hospital beliau telah diziarahi oleh YB bersama dengan Jahid, kehadiran Jahid menimbulkan tanda Tanya. Sudin berharap agar YB datang menziarahinya seorang diri kerana dia ingin mendapatkan maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke Chan. Ini penting baginya kerana kejayaan projek itu akan menyelesaikan masalah

hutang-hutangnya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sudin terlantar di hospital akibat kemalangan dan dibelasah oleh Mat Akil

2.Sudin teringatkan kembali peristiwa bagaimana dia boleh terlantar di hospital, dia pasti orang yang telah menganiayainya ialah Mat Akil namun dia tiada bukti.

3. Kehadiran Jahid bersama dengan YB ketika melawatnya menimbulkan tanda Tanya di benak Sudin.

4. Sudin sebenarnya ingin mendapat maklumat tentang kerjasama YB dengan Tauke Chan.

BAB 14

En. Muhammad berasa tenang setelah mendekatkan dirinya dengan tuhan, dia berdoa agar penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang akan mendapat

(9)

sebelum urusan tanah diselesaikan. YB telah berusaha untuk membantu mereka menyertai rancangan FELDA. En. Muhammad juga berharap agar abangnya akan dilantik sebagai Orangkaya Indera ini penting untuk menjamin perusahaan

perlombongan itu nanti berjalan dengan lancar. Beliau bercadang untuk

mengadakan sambutan besar-besaran sempena perlantikan abangnya sebagai Orang Kaya Indera Datuk Mahmud. Ini adalah untuk mengambil hati penduduk di Pekan Tualang supaya perusahaan perlombongannya tidak ditentang. Dan mereka nanti senang untuk dipujuk berpindah ke rancangan FELDA

Peristiwa-peristiwa Penting

1. En. Muhammad beribadat untuk mendapat petunjuk daripada Tuhan sempena penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang.

2. En. Muhammad berasa keliru dengan keputusan Datuk Tan yang mahu mengurus sendiri syarikat tersebut.

3. Penduduk kampong yang miskin akan dibantu melalui usaha YB untuk membawa mereka menyertai rancangan FELDA.

4. Perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk Orangkaya Indera akan disambut secara besar-besaran bagi memenangi hati penduduk Kampung Pulai.

BAB 15

Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah. Dia sebenarnya pernah tinggal dan bekerja sebagai budak jaga kereta bersama dengan Kassim di Kuala Lumpur.

Kedatangannya ke Kuala Lumpur bersama dengan sejumlah wang yang dibawa kiriman rakan-rakannya membimbangkan dia. Di Kuala Lumpur ramai penyeluk saku, Dia berharap dia dapat berjumpa dengan Kassim untuk membantunya mencari Gayah. Tapi nasibnya malang kerana Kassim yang dicari telah berhenti kerja, mujurnya rakan Kassim yang bernama Ali mahu membantunya mengesan di mana Kassim bekerja. Mat Akil sebenarnya bercita-cita untuk menjadi menantu saudara kepada En. Muhammad kerana dia dapat merasakan banyak peluang yang akan terbuka untuknya nanti. Ketika di Wisma Yakin dia terlihat Kassim yang

menurunkan Sudin dan Jahid. Mat Akil terus mendapatkan Kassim, mengikut Kassim dia telah dua bulan bekerja dengan En. Muhammad setelah Ali pemandunya

ditugasjan untuk mengendalikan lading orkid di Jeram Medang.

(10)

1. Mat Akil ke Kuala Lumpur untuk mencari Gayah di samping meminta bantuan Kassim tetapi nasibnya kurang baik Kassim telah lama berhenti kerja.

(11)

BAB 16

Bas sewa khas yang tiba di Kampung Pulai menjadi perhatian kanak-kanak, sehingga menyebabkan anak Pak Salim menasihati pemandunya supaya berhati-hati. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggap diri mereka sebagai kucing kurap kerana tidak diundang menghantar rombongana perkahwinan Sudin. Pemandu bas itu memberitahu anak Pak Salim basnya menghadapi masalah kekurangan angina dan terpaksa ke pecan dahulu. Mat Akil kecewa dengan budak yang diupahnya untuk merosakkan tayar bas sebaliknya dia hanya mengurangkan angina sahaja. Mat Akil dapat rasa Sudin telahpun menang pertandingan untuk memiliki Gayah. Kekecewaan dan kemarahan menyebabkan Mat Akil pulang ke rumah Pak Alangnya kemudian mencuri sejumlah wang dia kemudiannya ke rumah Sudin dan dia telah menajisi cadar pengantin Sudin.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Perkahwinan Gayah dan Sudin akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.

2. Mat Akil yang kecewa telah mengupah seorang budak untuk merosakkan tayar bas, tetapi malangnya budak itu hanya mengurangkan angin tayar bas.

3. Mat Akil menyedari Sudin telahpun berjaya dalam pertandingan merebut Gayah dan ini menyebabkan kemarahannya memuncak.

4. Mat Akil menncuri wang Mak Alangnya dan telah menajisi cadar pengantin Sudin.

BAB 17

Rumah En. Muhammad telah menjadi tempat kenduri perkahwinan antara Sudin dan Gayah, suasana di rumah itu meriah dengan ramai yang hadir. En. Muhammad rasa bertanggungjawab ke atas Gayah kerana abangnya Yaakob telah meninggal dunia. En. Muhammad rasa bersyukur kerana perkahwinan yang dicadangkan oleh YB itu telah menjadi kenyataan. Perkahwinan tersebut diharap akan menjadi

penyambung silaturahim antara dua keluarga yang pernah bersengketa suatu masa dulu. Ianya akan menyatukan dua keluarga yang cukup berpengaruh iaitu keluarga Penghulu Mahmud dan juga Imam Saad.

(12)

1. Perkahwinan antara Sudin dan Gayah telah dilangsungkan di rumah En. Muhammad.

2. En. Muhammad seolah-olah berlakon apabila dia begitu ramah dengan beberapa orang tua kampong Pulai, dia tidak berniat jahat sebaliknya cuba mencari pengaruh. 3. En. Muhammad melihat perkahwinan antara Sudin dan Gayah yang menyatykan dua keluarga yang berpengaruh akan memudahkan urusannya memenangi hati penduduk kampong Pulai.

4. Hubungan antara En. Muhammad dengan Imam Saad mula terjalin.

BAB 18

Sudin dilantik menjadi Pegawai Hubungan raya Syarikat Lombong Lembah Tualang, beliau telah diamanahkan untuk membentuk jawatan kuasa bagi mengadakan sambutan sempena kunjungan Sultan ke Wilayah Tualang. Mat Akil juga turut disenaraikan dalam AJK tersebut. Ini adalah untuk mengelakkan Mat Akil dan rakan-rakannya dari menghuru-hara keadaan. Di samping itu juga, penglibatan beliau adalah untuk memudahkan urusan jual beli tanah nanti kerana Mat Akil juga memiliki tanah. Tuk Empat Dahlan juga diminta pandangannya berhubung dengan penglibatan Mat Akil di samping itu juga beliau adalah salah seorang yang

berpengaruh yang harus didekati untuk meudahkan urusan tanah nanti.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sudin dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Raya Syarikat Lombong Lembah Tualang.

2. Sambutan besar-besaran perlantikan Penghulu Mahmud sebagai Datuk

Orangkaya Indera akan diadakan dan akan melibatkan semua pihak yang menelan belanja RM 10, 000.00 ditanggung oleh En. Muhammad.

3. Mat Akil dan rakan-rakannya juga turut disenaraikan sebagai AJK dalam jawatankuasa sambutan.

4. Jahid dan Sudin menemui Tuk Empat Dahlan bagi mendapat pandangannya serta untuk mempengaruhinya.

(13)

Isi surat yang dibaca oleh Mahani menbayangkan Rahim menentang penubuhan Syarikat Lombong tersebut. Bagi Rahim tindakan ayahnya seperti memusnahkan sebuah kampong. Kebanyakkan surat Rahim yang diterimanya menjelaskan Rahim tidak bersetuju dan menentang apa yang dilakukan oleh ayahnya tambah

mengelirukan apabila Rahim membuat kesimpulan yang tindakan ayahnya akan menganiayai penduduk di Kampung Pulai . Mahani sedar perasaannya terhadap Rahim , berikutan kenyataan Rahim mengatakan antara mereka berdua tidak pernah berubah tetap seperti dulu. Mahani resah dan keliru dengan kenyataan Rahim yang sentiasa menentang ayahnya. Mahani dapat merasakan apa yang berlaku kerana Rahim tidak dinyatakan dengan jelas situasi sebenar di Kampung Pulai. Mahani telah mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Jahid bagi mendapat maklumat selanjutnya untuk diberitahu kepada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting

1. Surat Rahim membayangkan penentangannya terhadap penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang yang pada pandangannya akan memusnahkan sebuah kampung.

2. Hubungan antara Rahim dengan Mahani menjadi semakin intim dimana mereka saling berutus surat.

3. Mahani mengambil keputusan untuk bertemu dengan Jahid bagi mendapat maklumat lanjut tentang situasi Kampung Pulai untuk disampaikan kepada Rahim.

BAB 20

Di kedai Pak Salim orang mulai bercakap tentang pampsan yang akan diterima, senario itu telah mencetuskan pertengkaran di antara mereka yang memiliki tanah diwakili oleh Mat Akil dengan penduduk yang menumpang tanah orang lain.diwakili oleh Kemat Jerangkung. Sudin yang kebetulan berada di situ telah berjaya

meleraikannya. Sudin kemudiannya mengarahkan Mat Akil yang telah menjadi orang penting Sudin untuk mengedarkan risalah berhubung dengan perpindahan penduduk kampong. Majlis penerangan itu akan diadakan pada hari jumaat dan jamuan disediakan. YB akan memberi penerangan tentang projek perpindahan penduduk ke rancangan FELDA. Penduduk di situ belum mengetahui tujuan sebenar rancangan tersebut. Sudin juga bimbang sekiranya ada yang tidak mahu berpindah, ini kerana tugasnya adalah memastikan semua orang akan berpindah. Sejak

(14)

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Berlaku pertengkaran di antara penduduk yang memiliki tanah dengan penduduk yang tidak ada tanah.

2. Mat Akil dan rakan-rakanya mulai terlibat secara langsung dalam projek Syarikat Lombong Lembah Tualang.

3. Penduduk Kampung Pulai tidak mengetahui muslihat sebenar disebalik perpindahan mereka ke rancangan FELDA yang diuruskan oleh YB.

4. Sudin sedar penduduk Kampung Pulai sudah dapat dimenangi dan Mat Akil masih belum berubah sepenuhnya.

BAB 21

Golongan pemuda sedang sibuk memasak bagi jamuan sempena majlis penerangan YB tentang penyertaan penduduk Kampung Pulai ke rancangan FELDA. Mat Akil menyampaikan maklumat kepada Sudin tentang ada pihak-pihak tertentu yang telah datang memujuk penduduk Kampung Pulai supaya menjual tanah mereka. Namun semuanya dapat diatasinya. Majlis itu turut dihadiri oleh En. Muhammad , selepas YB berucap ringkas majlis diteruskan dengan ucapan En. Muhammad, beliau berjanji akan membayar pampasan yang sewajarnya kepada mereka yang tidak memiliki tanah dan menumpang di tanah keluarganya. Sudin kesal dengan tindakan En. Muhammad yang tidak menjelaskan tentang Syarikat Lombong

Lembah Tualang. En. Muhammad mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan penduduk kampong termasuklah Mat Akil.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Majlis jamuan diadakan di surau Kampung Pulai bagi meberi penerangan tentang perpindahan penduduk ke rancangan FELDA yang anakn disampaikan oleh YB. 2. Kehadiran En. Muhammad dan janjinya untuk membayar pampasan kepada penduduk kampung yang menumpang di tanah keluarganya menunjukkan dia seorang yang baik hati.

3. Sudin keliru dengan tindakn En. Muhammad yang tidak berterus-terang tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang.

(15)

BAB 22

En. Muhammad tidak memahami tindakan Datuk Tan yang tidak mahu bekerjasama dengan syarikat orang putih di samping mahukan dua jawatan penting dalam

Syarikat Lombong Lembah Tualang. Bagi En. Muhammad ia akan menjanjikan pulangan yang cepat tanpa risiko. En. Muhammad kini mulai yakin penduduk Kampung Pulai telah dimenanginya, ini berdasarkan sambutan ketika majlis yang diadakaqn sebelumnya. Persoalan yang kini timbul ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua yang mereka ini tidak layak untuk menyertai rancangan FELDA. Mereka pula adalah golongan penting dan berpengaruh. En. Muhammad berharap agar YB dapat menyelesaikannya . Antara rangkanya Imam Saad akan dilantik menjadi imam di Pekan Tualang dan Tuk Empat Dahlan pula akan mengantikan abangnya sebagai penghulu. En. Muhammad seterusnya memaklumkan kepada Cik Puan Tipah tentang surat Rahim yang diterimanya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. En.Muhammad yang mahu menggunakan khidmat syarikat asing tidak dipersetujui oleh Datuk Tan.

2. En. Muhammad mulai yakin hati penduduk Kampung Pulai sudah dapat dimenanginya.

3. Kebimbangan yang mungkin akan menyulitkan keadaan ialah tanah yang dimiliki oleh golongan tua dan mereka berpengaruh - beliau berusaha mengatasinya

dengan harapan Imam Saad akan dilantik sebagai Imam di Pekan Tialang dan Tuk Empat Dahlan sebagai penghulu.

4. En. Muhammad memberitahu Cik Puan Tipah tentang surat Rahim.

BAB 23

Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya menyelesaikan masalah hutang-hutangnya. Ini kerana dia sudah pun ada idea untuk

(16)

Saad. En. Muhammad mahu Sudin menggunakan situasi itu untuk memerangkap Sani tanpa disedarinya.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sani datang berjumpa dengan Sudin untuk meminta bantuannya yang terdesak untuk menyelesaikan hutang-hutangnya.

2.Sudin mengesan yang masalah Sani dapat dieksploitasi untuk kepentingan rancangan En. Muhammad.

3. Sudin telah memaklumkan kepada En. Muhammad akan peluang tersebut dan dia minta Sudin mengurusinya dan beri apa yang diminta oleh Sani supaya dia tidak mengsyaki nya.

BAB 24

Rahim akan pulang ke tanah air pada bulan Julai dan mengikut Jahid Rahim akan bekerja di SLLT sebagai pegawai pengurusan perlombongan. Topik tentang Rahim menjadi isi perbualan di antara Jahid dengan Mahani. Mahani cuba menggunakan kesempatan tersebut untuk mengcungkil maklumat yang berkaitan tentang

perpindahan Penduduk Kampung Pulai ke Rancangan FELDA. Jahid pula bertanyakan tentang hubungan Rahim dengan Mahani. Mahani berharap agar maklumat itu nanti akan disampaikan kepada Rahim n penentangan Rahim terhadap rancangan

ayahnya dapat dibendung.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Rahim menjadi topik/ isu perbincangan di antara Mahani dan Jahid.

2. Surat-surat Rahim banyak yang menentang ketidakadilan/ penganiayaan terhadap penduduk Kampung Pulai

3. Mahani cuba mendapat maklumat daripada Jahid tentang perpindahan penduduk ke rancangan Felda untuk disampaikan kepada Rahim.

(17)

BAB 25

Berita tentang kehadiran keluarga Datuk Mahmud telah menyebabkan Mahani tertanya-tanya siapa sebenarnya yang hendak meminangnya. Mahani bimbang sekiranya Jahid yang datang merisik, kerana dia teringatkan Rahim yang sudah lama dikenalinya.Apabila Tan Sri Syed Aris pulang mereka telah berbincang akan keputusan Mahani-Mahani masih keliru tentang siapa yang merisiknya, apabila uminya bertanyakan tentang tidakkah dia berutus surat, Mahani sedar yang datang ialah wakil Rahim.Mahani diminta memberi jawapan keesokkan harinya. Tapi

semasa makan malam Mahani minta diberi tempoh 24 jam. Mahani seterusnya menghantar telegram kepada Rahim tentang status perasaanya terhadap Mahani. Keesokkan harinya Mahani ke pejabat untuk menyediakan fail-fail penting En. Muhammad. Dia kemudiannya pulang. Mahani menerima telegram daripada Rahim.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Mahani tertanya-tanya tentang siapakah jejaka yang datang merisiknya.

2.Mahani diberikan tempoh untuk memberi jawapan, namun Mahani meminta diberi tempoh 24 jam.

3. Mahani menghantar telegram kepada Rahim untuk mengetahui status perasaannya terhadap Mahani

BAB 26

Majlis pertunangan Mahani dan Rahim diadakan meriah walaupun sederhana,kerana inilah yang dikhendaki oleh Mahani dan dipersetujui oleh Walidnya. Mahani teringat akan surat yang ditulis oleh Rahim yang mengajaknya berjuang menentang ibubapa mereka yang jahil tentang nilai kemanusiaan. Jika sekiranya surat tersebut dibaca oleh ibu bapanya tentu mereka akan menentang pertunangan tersebut. Mahani berasa amat bahagia apabila cincin pertunangan disarungkan oleh isteri Datuk Mahmud. Mahani teringatkan Rahim yang baginya seorang yang praktis dengan gagasannya menentang akan kemusnahan kemanusiaan. Kerana pada pendapat Rahim cara yang dilakukan oleh ayahnya seperti meruntuhkan kemurnian

(18)

Peristiwa-peristiwa Penting:

1.Majlis pertunangan Mahani dan Rahim dijalankan dengan meriah namun sederhana mengikut kehendak Mahani.

2. Rahim pula dalam surat-suratnya memperlihatkan dirinya seorang yang rasional dan praktikal apabila dia melihat pembangunan yang akan berlangsung adalah acuan barat yang tidak sesuai dengan bangsa.

3. Mahani ke rumah Datin Tan untuk mendapatkan maklumat tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang untuk disampaikan kepada Rahim.

BAB 27

En. Muhammad teringatkan surat Rahim yang memberi amaran kepadanya supaya tidak mementingkan kekayaan sehingga sanggup menyingkirkan penduduk

Kampung Pulai.Bagi Rahim itu suatu penganiayaan dan satu bentuk kezaliman. Rahim juga belum lagi menerima tawaran kerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Jika dia bekerja dia akan menentang rancangan yang hanya mementingkan kekayaan dengan mengenepikan kebajikan dan nilai-nilai moral. Bagi En.

Muhammad Rahim belum mengerti erti kehidupan yang sebenar . Surat Rahim juga turut meresahkan Cik Puan Tipah. En. Muhammad mengaturkan rancangan untuk menjodohkan Mahani dengan Rahim, kerana baginya Mahani boleh dijadikan umpan untuk mengubah cara pemikiran Rahim. Ditambah mereka berdua saling mencintai. Ketika dia menelefon Sudin, En. Muhammad dikejutkan dengan satu insiden yang baru terjadi. Pada masa yang sama YB juga turut membuat laporan tentang satu insiden telah berlaku di pecan Kuala. Kedua-dua berita itu menyebabkan En.

Muhammad berfikir tentang apakah sebenarnya insiden tersebut.Beliau seterusnya menuju restoren tempat pertemuan yang dijanjikan.

Peritiwa-peristiwa Penting:

1. En.Muhammad berjaya menyatukan Rahim dengan Mahani dalam ikatan pertunangan

2. Surat-surat Rahim kebanyakkan isi kandungannya menuduh ayahnya menganiaya penduduk Kampung Pulai.

(19)

BAB 30

Mahani, En. Muhammad dan Cik Puan Tipah ke sebuah restoren yang sering dikunjungi oleh En. Muhammad. Mereka kemudiannya telah memesan makanan barat iaitu steak kerana menurut En. Muhammad disinilah paling enak dan pula dia memiliki syer dalam restoren ini. En. Muhammad memberitahu Mahani bahawa Rahim tidak cerewet tentang makan, Cik Puan Tipah memberitahu Rahim paling suka gulai tempoyak. Mahani juga turut menggemarinya, tetapi umi dan walidnya tidak mengemari durian. Mahani turut bertanyakan tentang kes kemusnahan lading orkid, En. Muhammad memberitahu yang kes itu sudahpun selesai dan hari

perbicaraanya akan diadakan pada hari Isnin nanti. Mahani turut menceritakan tentang surat Rahim yang banyak memperkatakan tentang teori pembangunan dan ekonomi. Bagi En. Muhammad Rahim hanya belajar teori, hakikat kehidupan

sebenar tidak seperti teori. Mahani berpendapat Rahim juga anak Melayu tentu dia memahami erti pembangunan. Tapi bagi En. Muhammad Rahim dibesarkan dalam masyarakat cosmopolitan dan tidak mengerti tentang masyarakat Melayu

sebenarnya. Masyarakat melayu bukan masyarakat kota atau masyarakat niaga. Mahani turut disoal tentang masa depan mereka, menurut Mahani rahim hanya mahukan 4 orang anak. En. Muhammad memaklumkan tentang sikap Rahim yang suka mencari kebenaran dan dia berharap Mahani dapt bersabar. Bagi beliau tanpa Rahim dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang, syarikat akan tetap berusaha untuk meninggikan ekonomi dan taraf hidup masyarakat Kampung.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Makan tangahari antara Mahani. Cik Puan Tipah dan En. Muhammad untuk berbincang tentang Rahim.

2.En. Muhammad dan Cik Puan Tipah sebenarnya mahu mengetahui akan tanggapan Mahani terhadap rahim

3. Topik perbincangan lebih berfokus pada sikap Rahim yang mempunyai prinsip yang berbeza dengan ayahnya tentang pembangunan.

4. En. Muhammad berharap agar Mahani dapat bersabar dengan Rahim yang suka mencari kebenaran.

BAB 31

(20)

sekali. Dia sebenarnya berharap agar YB menawarkan kerja di kilang papan yang tidak berisiko. Sudin menasihatinya supaya menerima saja tawaran tersebut.

YB datang untuk mendapat jawapan dari Sani, kesempatan tersebut digunakan oleh Sani untuk mengetahui akan kedudukan ayahnya. Sani sedar ayahnya semakin uzurdan memerlukannya kerana dia adalah anak tunggal. Sebenarnya persaraan ayah sani akan memberi peluangkepada imam pecan Tualang kembali ke tempat asalnya di Pekan Kuala dan mudah-mudahan ayah Sudin akan dilantik sebagai imam di Pekan Tualang.

YB mengajak mereka ke rumah Datuk mahmud untuk berbincangtentang

pembelaan terhadap penduduk kampong. Tujuannya untuk meninggikan taraf hidup mereka. Satu rancangan telah diatur untuk menempatkan mereka di tanah

rancangan FELDA. Tetapi masalah yang mungkin akan wujud ialah golongan tua termasuklah imam Saad. Mereka ingin mendapatkan pandangan Datuk Mahmud bagi melantik Imam Saad sebagai imam Pekan Tualang.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Sani keliru samaada mahu menerima tawaran kerja dengan YB, kerana masa depannya tidak terjamin kerana ia melibatkan politik yang akan berubah 5 tahun sekali.

2.Sani akhirnya akur dengan nasihat Sudin supaya menerima tawaran tersebut demi untuk ayahnya yang semakin memerlukannya kerana uzur.

3.Sani juga telah dimaklumkan tujuan ayahnya dipersarakan dari jawatan imam di pekan Kuala.

4. Penduduk akan dibantu dengan menempatkan mereka di rancangan FELDA.

BAB 32

Pak Salim tiba-tiba menantang cadangan untuk menjadikan gerainya sebagai tempat perbincangan dengan penolong pegawai daerah dan pegawai FELDA. Sudin meminta maaf kerana menyusahkan Penghulu Salim dan dia mahu Penghulu Salim memaklumkan kepada orang ramai tentang perubahan tempat untuk taklimat di surau.

Sudin dalam perjalanan ke rumah Datuk Mahmud telah menumpangkan Mat Akil dan rakan-rakannya, Sudin menyindir mereka tidakkah mereka takut dengan pengikut-pengikut Pendekar Omar. Sudin juga mengingatkan mereka supaya hadir sama pada hari Isnin di surau dalam majlis penerangan nanti. Mat Akil

(21)

yang nanti terpaksa mengikut anaknya ke tanah rancangan. Sedangkan Imam saad telah diterima sebagai Imam di pekan Tualang. Mengikut Mat Akil Penghulu Salim rasa ada pilih kasih dalam soal tersebut. Di rumah Datuk mahmud semuanya telah ada bagi berbincang tentang pembelian tanah penduduk Kampung Pulai,bagi sudin semuanya telah beres kecuali masalah kecil tentang Penghulu salim. En.

Muhammad berharap agar YB dapat mengusahakan sebuah tapak kedai dengan rumahnya sekali di tanah rancang kepada Penghulu Salim dan mereka berharap Penghulu salim akan bersetuju.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Pak salim enggan membenarkan gerainya digunakan sebagai tempat taklimat yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai daerah dan Pegawai FELDA.

2. M.Akil memaklumkan sebenarnya Penghulu Salim sedih kerana dia seorang orang tua yang terpaksa ikut anaknya ke tanah rancangan sedangkan Imam Saad dan Tuk Empat Dahlan tidak.

3. En. Muhammad meminta supaya YB usahakan tapak gerai dan rumah untuk Penghulu Salim di tanah rancangan untuk kemudahannya berniaga

BAB 33

En. Muhammad berasa tenang apabila dia menghadap tuhan pada hari jumaat di Kampung Pulai sempena pengumuman Syarikat Lombong Lembah Tualang akan membeli tanah penduduk kampong. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara penentangan dari seorang pemuda berjubah yang menuduh En. Muhammad bertujuan untuk mengusir mereka bagi mendirikan hotel peranginan yang akan membawa maksiat. En. Muhammad dikatakan hanya mementingkan keuntungan.

Jamaluddin turut membuat tuduhan bahawa perpindahan mereka ke rancangan FELDA mempunyai maksud tertentu. Menurutnya orang-orang tua di kampong itu telah dibeli dan dijanjikan dengan pangkat dan kesenangan supaya tindakan mengusir penduduk kampong tidak berhadapan dengan masalah.

En. Muhammad kesal dengan tuduhan tersebut, mereka tidak sedar hasrat

(22)

makan di rumah datuk Mahmud mereka telah mengadakan bedah siasat bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut. Andaian yang dibuat jamaluddin menentang kerana ayahnya tidak dilayan selayaknya sepertimana Imam Saad dan juga Tuk Empat Dahlan. Manakala Pemuda berjubah itu pula dikatakan hanya bersifat sentiment politik. Menurut YB masalah Pak salim telah dapat diselesaikan, dia juga mencadangkan agar majlis pada hari Isnin nanti ditangguhkan tetapi tidak dipersetujui oleh En. Muhammad. Penentangan itu mengingatkan En. Muhammad pada zaman mudanya yang banyak menganiaya peniaga-peniaga yang tidak mematuhi kontrak. Dia juga teringatkan akan Mary yang pernah menjadi

sebahagian dari hidupnya, tapi sekarang Mahani telah mengubah hidupnya yang dulunya penuh kemaksiatan.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Pengumuman tentang Syarikat Lombong Lembah Tualang akan membeli tanah kepunyaan penduduk Kampung telah dibuat oleh En. Muhammad sebelum

sembahyang Jumaat.

2. Jamaluddin dan pemuda berjubah menentangnya dengan mengatakan En. Muhammad hanya mementingkan keuntungan dan membawa maksiat.

3. Selepas sembahyang bedah siasat telah diadakan bagi mengenalpasti punca penentangan tersebut yang akan mengagalkan rancangan En. Muhammad.

4. En. Muhammad teringat zaman mudanya yang pernah menganiaya peniaga kecil dan hidupnya yang penuh kemaksiatan bersama Mary

BAB 34

En. Muhammad ke pejabat Datuk Tan untuk berbincang tentang masalah Syarikat Lombong Lembah Tualang seperti dalam laporan peguam. En. Muhammad

dikejutkan dengan cadangan Datuk Tan supaya mengambil Mary bekerja, tetapi En. Muhammad menolaknya kerana berasa dirinya sudah tua. Beliau seterusnya

menceritakan tentang kejadian pemusnahan ladang orkid dan juga pergaduhan, beliau mengesyaki ada motif tertentu disebalik kejadian tersebut. Beliau dapat rasakan orang yang mengupah Pendekar Omar untuk menakutkan orang kampong supaya tidak menandatangani petisyen persaraan Imam, sekiranya ia benar

tentunya melibatkan soal politik ini kerana Ali ialah penyokong YB.

(23)

Tetapi Datuk Tan tidak mempercayainya kerana dia kenal Tauke Chan yang tentunya tidak berani untuk menentangnya. Datuk Tan mengesyorkan supaya peguam terus membuat penyiasatan yang lebih terperinci. Datuk Tan bertanya sekiranya

Kampung Pulai tidak berjaya dibeli adakah operasi perlombongan dapat dijalankan. En. Muhammad memberitahu operasi masih boleh dijalankan. Tapi beliau bimbang jika ini berlaku Kampung Pulai akan menjadi pulau dikelinlingi lombong.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. En. Muhammad ke pejabat datuk tan untuk berbincang tentang kejadian di kampong Pulai seperti yang dilaporkan oleh peguam.

2. En. Muhammad insaf dan berasa dirinya tua apabila Datuk Tan memberitahu tentang Mary yang berminat untuk berkerja.

3. Mereka keliru tentang motif sebenar disebalik kejadian tersebut samada ia melibatkan politik atau Tauke Chan.

4. Datuk Tan mahu penyiasatan dilakukan untuk mengetahui punca kedua-dua kejadian tersebut.

BAB 35

Sudin menyerahkan wang kepada Mat Akil sebagai imbuhan di atas sumbangan mereka. Semasa di kedai pak Salim, Mat Akil turut bertanyakan tentang Jamaludin dan Lebai Maarup yang lantang menentang rancangan En. Muhammad. Mat Akil menyatakan yang Lebai Marup sebenarnya pengintip. Mereka kemudian ke pondok tempat mereka berkumpul. Semasa dalam perjalanan mereka telah terserempak dengan Mak Ngah dan anak gadisnya yang diminati oleh Man.

Mat Akil mengapi-apikan Man dengan mengatakan tentunya Lebai Endut akan memilih Lebai Marup sebagai calon menantu.

Mat Akil seterusnya membahagi-bahagikan wang yang diberikan oleh Sudin . Pembahagian tersebut sebenarnya digunakan oleh Sudin untuk membayar hutang kepada rakan-rakannya. Beliau bijak memainkan peranan tanpa diketahui oleh rakan-rakannya yang wang tersebut sebenarnya untuk mereka.

(24)

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Mat Akil membuat spekulasi bahawa di kampong mereka sudah ada pengintip yang ditujukan kepada Lebai Marup yang mahu menghasut penduduk kampong supaya tidak menjual tanah mereka.

2. Mat Akil kemudian mengapi-apikan Man dengan Lebai Marup dengan mengatakan Lebai Marup adalah calon menantu pilihan Lebai Endut.

3. Mat Akil membahagi-bahagikan wang yang diberikan oleh Sudin dengan jumlah yang kecil dan sebahagian lagi wang adalah bayaran hutangnya.

4.Mat Akil ke rumah Sudin bagi kali kedua.

BAB 36

Mat Akil melaporkan kepada Sudin yang Lebai Marup sebenarnya ejen politik yang mahu mengagalkan usaha YB. Dia juga turut menceritakan tentang latarbelakang Lebai Marup di samping tokok tambahnya. Menurutnya Lebai itu sekarang

menumpang di rumah Lebai Endut kerana mereka bersaudara. Mat Akil resah menunggu kedatangan rakan-rakannya di kedai Pak Salim berhubung dengan rancangan mereka hendak menakut-nakutkan Lebai Marup. Sementara menunggu Mat Akil cuba mendapat penjelasan tentang penentangan Jamaludin, menurut P. Salim anaknya tidak berminat ke tanah rancangan sebaliknya berhastar untuk berniaga. Dia sebenarnya buat helah untuk mendapat peluang berniaga di Pekan Tualang, Mat Akil mengesyorkan P. Salim meminta bantuan YB, semuga dia

mendapat peluang untuk berniaga. P. Salim turut bertanyakan rancangan Mat Akil dan rakan-rakanya tentang rancangan mereka nanti di tanah rancangan. Mereka sebenarnya tidak berminat sebaliknya mereka mahu menjolikan wang ayah mereka. Rancangan menakut-nakutkan Lebai Marup telah berjaya dilakukan oleh rakan-rakan Mat Akil.Man memberitahu yang Lebai Marup teruk dibelasahnya. Mat Akil menggunakan kesempatan tersebut untuk mengapi-apikan Man. Man

mencadangkan agar mereka memerangkap Labai Marup dengan anak-anak gadis yang belajar mengaji dengannya dan juga menghebahkan tentang Lebai Marup mengajar ajaran sesat. Mat Akil seterusnya memaklumkan kepada Sudin yang Lebai itu telah dibelasah, Sudin berharap perbuatan mereka kali ini akan mendapat

balasan.

(25)

1. Lebai Marup didakwa oleh Mat Akil sebagai ejen sebuah parti politik yang cuba untuk mengagalkan rancangan YB.

2. Penentangan Jamaludin sebenarnya sebagai helah untuknya mendapat peluang perniagaan di Pekan Kuala atau Pekan Tualang.

3. Rancangan untuk menakut-nakutkan Lebai marup telah berjaya dilakukan- Lebai telah dipukul oleh rakan-rakan Mat Akil.

BAB 37

Sudin terfikir yang orang Kuala Lumpur termasuklah En. Muhammad hanya

mementingkan wang. Dia juga teringatkan cerita Mat Akil tentang Lebai Marup, dia juga teringatkan kata-kata ayahnya yang menyanjung Lebai Marup kerana berani mengajak golongna muda ke jalan yang benar. Bagi Mat Akil, L. Marup ejen parti politik yang hendak mengagalkan rancangan kerajaan membangunkan masyarakat di situ. Sudin ingin menghubungi Mat Jerangkung agar Mat Akil dan rakan-rakannya ditangkap atas perbuatan mereka.

Sani memberitahu cerita tentang pendekar Omarlah yang bertanggungjawab merosakkan kebun orkid dan dia sebenarnya diupah oleh Tauke Chan – Ini mungkin benar kerana En. Muhammad telah mengagalkan rancangannya untuk bekerjasama dengan Penghulu Mahmud. Sudin juga berharap agar dia dapat membantu Lebai Marup dengan menangkap Mat Akil dan rakan-rakanya di samping membalas dendam atas perbuatannya menajisi cadar pengantinnya dulu. En. Muhammad pula seorang yang bijak memainkan peranannya sehingga perbuatannya tidak dapat dikesan kerana kebaikan yang dilakukkannya telah mengabui masyarakat malah dia dianggap sebagai penyelamat. Sudin terkenangkan ayahnya yang sedih kerana tidak berupaya menjalankan tanggungjawab sebagai Imam.Sudin sebenarnya mengagumi usaha Leabai Marup tetapi dia tidak setabahnya, dia mahu ke Kuala Lumpur untuk bersama dengan En. Muhammad menjalankan perniagaan. Sudin juga teringatkan kata-kata Jamaluddin yang orang-orang tua telah berjaya dibeli dengan pangkat dan kedudukan, orang kampong pula telah berjaya dimenangi dengan pesta keraian Sultan dan perkahwinannya dengan Gayah juga sebahagian daripada rancangan En. Muhammad untuk mengula-gulakan keluarganya.

(26)

1. Sudin dalam usaha untuk memerangkap Mat Akil dan rakan-rakannya kerana perbuatan mereka.

2. Penentangan Lebai Marup dan juga Jamaludin sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan politik.

3. Kesedihan Imam Saad kerana gagal dalam usahanya untuk memperteguhkan imam penduduk kampong Pulai.

4.Kebijaksanaan En. Muhammad dalam mengabui mata masyarakat dengan sikap baiknya sehingga masyarakat tidak dapat mengesan perbuatannya.

BAB 38

En. Muhammad resah memikirkan masalah yang baru di laporkan oleh Sudin. Situasi itu turut membimbangkan Cik Puan Tipah . En. Muhammad sebelum ini begitu yakin bahawa semua pihak yang terlibat telah dapat dikuasainya. Ini

termasuklah tuntutan Jamaluddin yang mahu tapak kedai di Pekan Tualang. Tetapi masalah yang ditimbulkan oleh Labai Marup benar-benar menganggu fikirannya.

Peristiwa-peristiwa Penting

1. En. Muhammad dimaklumkan oleh Sudin tentang maklumat yang berkaitan dengan penentangan Jamaludin dan Lebai Marup.

BAB 39

Lebai Marup dan Imam Saad datang menemui Sudin untuk memberitahu yang dia telah dipukul. Walaupun mengetahuinya, Sudin pura-pura terkejut. Dia

mencadangkan agar Lebai Marup buat laporan polis tetapi Labai Marup tidak mahu kerana tiada bukti dan dia tidak mahu menuduh tanpa bukti. Lebai Marup

memberitahu yang dia akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan kenapa dia dipukul. Sudin cuba untuk mendapatkan penjelasan, namun Lebai Marup tetap berahsia dan mahu Sudin hadir sama. Sudin seterusnya pergi berjumpa dengan Mat Akil dan Kemat Jerangkung memberitahu rancangan Lebai Marup . Sudin dan YB ke Kuala Lumpur untuk

(27)

kerana menganggu orang kampong tapi bagi Sudin Lebai Marup ada hak untuk berbuat demikian.

Masalah berkait dengan Labai Marup menganggu fikirannya kerana dia menyangka semuanya telah dapat dikuasainya.

Peristiwa-peristiwa Penting

1. Lebai Marup datang berjumpa dengan Sudin untuk memberitahu yang dia dipukul serta menjemput Sudin hadir sama dalam majlis penerangannya.

2.Lebai Marup akan mengadakan satu pertemuan dengan penduduk kampong bagi memberi penerangan tentang kenapa dia dipukul,

3. Mat Akil dan Kemat Jerangkung diberitahu oleh Sudin berhubung dengan perjumpaan yang dianjurkan oleh Lebai Marup.

4. YB berasakan Lebai Marup menganggu kehidupan orang kampong

BAB 40

(28)

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. Lebai Marup tetap berahsia tentang situasi sebenar kenapa dia dipukul apabila ditanya oleh orang-orang tua kampung Pulai.

2. Penduduk kampong berkumpul di kedai Pak Salim, Mat Akil dan rakan-rakanya menuduh Lebai Marup telah naik daun.

3. Mat Akil dan rakan-rakanya menganggu penerangan yang disampaikan oleh Lebai Marup.

4. Man bertindak membaling batu, Mat Akil pula meluru dan menikam Lebai Marup dan kena bahunya, mereka kemudian berjaya ditangkap oleh 2 orang yang tidak dikenali

BAB 41

En. Muhammad baru saja menerima panggilan telefon daripda Sudin, mula berasa lapar. Dia mahu makan tengahari di tepi kolam apabila Cik Puan Tipah memberitahu yang Mak Enon akan masak gulai tempoyak. Dia kemudian memberitahu Cik Puan Tipah dia akan adakan kenduri dan ingin menjemput Lebai Marup untuk

membacakan doa. Pada malam nanti dia akan berjumpa dengan Sudin dan YB untuk menyelesaikan beberapa perkara supaya ianya selesai dalam masa seminggu.

Peristiwa-peristiwa Penting:

1. En. Muhammad bercadang mengadakan kenduri doa selamat dan menjemput Lebai Marup untuk membacakan doa selamat.

BAB 42

Lebai Marup hamper pengsan ketika dibawa ke hospital kerana banyak kehilangan darah. Sudin dan Bilal Endut masih menunggu kerana Lebai Marup masih dalam bilik rawatan. Manakala yang lain-lain ke Balai Polis untuk memberi keterangan. Doktor memberitahu Lebai banyak kehilangan darah dan dia perlu berehat dan tidak boleh diganggu. Sudin dan Lebai Endut ke Balai Polis untuk beri keterangan. YB dan Sani juga turut hadir, Sudin ingin ke Kuala Lumpur nanti untuk memberitahu En. Muhammad tentang kejadian tersebut.

(29)

Dalam perjalanan pulang keretanya ditumpangi oleh Imam Saad, Tuk Empat Dahlan. Bilal Endut dan juga Pak Salim. Tuk Empat Dahlan meminta maaf kepada Bilal Endut atas apa yang terjadi. Bilal Endut memberitahu yang Lebai Marup sebenarnya baik dia juga mahu menjual tanahnya untuk ke tanah rancangan. Imam Saad berharap Lebai Marup akan meneruskan perjuangan ke jalan Allah kerana berasa dirinya gagal dan sudah tua. Sudin bertekad untuk membantu sedaya upayanya.

BAB 43

Satu jamuan akan diadakan di rumah En. Muhammad untuk meraikan tetamu-tetamu penting, termasuklah peguamnya. Kini segala-galanya telah beres kerana Lebai Marup akan menjual tanahnya untuk ke tanah rancangan. En. Muhammad lega kerana dia tidak lagi akan dituduh membawa maksiat. Beliau berharap agar namanya dan Sudin tidak dikaitkan dengan perbuatan yang dilakukan oleh Mat Akil. Suasana majlis jelas meriah bagi Sudin perbualan tentang Lebai Marup boleh

dijadikan umpan untuknya mendekati Mahani bagi mendapat maklumat tentang Rahim. En. Muhammad mahu Sudin datang menemuinya bagi berbincang dengan peguam berhubung dengan kes Mat Akil. Dalam perjalanan pulang YB memuji En. Muhammad dan Datuk Tan kerana handa

BAB 44

Kejadian di balai raya masih lagi dapat dirasai ketegangannya ketika majlis perjumpaan dengan Penolong Pegawai Daerah dan pegawai FELDA. Sudin

memulakan majlis dengan memberitahu tanah orang-orang kampung akan dibeli oleh SLLT dengan harga yang tinggi. Manakala mereka yang tidak mempunyai tanah dan menumpang di tanah orang akan diberi pampasan. Sudin juga turut memuji YB dan juga kemurahan keluarga Datuk Indera Mahmud.

Sudin terpaksa meminta diri untuk ke Kuala Lumpur bagi berjumpa dengan En. Muhammad dan peguam bagi menjual urusan beli tanah. Sudin juga turut menziarahi Lebai Marup. Sudin rasa berpuashati apabila Lebai Marup mahu

(30)

BAB 45

Sudin dapat merasai akan penderitaan yang dialami oleh ayahnya yang bimbang penduduk kampung akan dilingkari dengan perbuatan mungkar. Sudin teringat kata-kata Lebai Marup kehidupan lebih bermakna jika mematuhi perintah tuhan dan kita mengabdikan diri kepadanya. Pegangan hidup itu berbeza dengan pandangan En. Muhammad yang hanya memikirkan kebendaan.

Sudin juga teringat akan kata-kata Mahani yang perkahwinannya dengan Rahim mungkin akan ditangguhkan kerana En. Muhammad mahu Rahim mengerti akan isi dan stail dia bekerja. Sudin berharap agar Rahim akan dapat mengubah sedikit pendirian En. Muhammad. Semuga perubahan sikap itu nanti akan menjadi penawar derita batin ayahnya.

BAB 46

Semua ahli keluarga Datuk Indera Mahmud berkumpul untuk urusan pembahagian harta kerana tanah milik keluarganya akan dibeli oleh SLLT. Mengikut risalah yang diedarkan oleh peguam mereka yang layak menerimanya ialah Datuk Indera

Mahmud, En. Muhammad dan 3 orang adik-beradiknya yang telah meninggal serta warisnya. Suasana menjadi bising kerana ramai diantara mereka yang tidak

memahaminya. Ketika Datuk Indera Mahmud bercakap suasana masih lagi bising, situasi ini tidak disukai oleh En. Muhammad yang menganggap mereka semua tidak menghormati yang tua selaku ketua keluarta Datuk Indera Idris. Ketika beliau meminta pendapat tentang pembahagian harta tersebut dia telah ditanya oleh Muahammad Ali iaitu anak Maimunah untuk melaburkan wang hasil jualan tanah dalam SLLT, pada peringkat awal En. Muhammad rasa ketokohan tercabar, tetapi apabila anak buahnya menerangkan dia sebenarnya pensyarah ekonomi di

Universiti Malaya dan lulusan London barulah dia rasa terpanggil untuk beri respon. Majlis tersebut berlangsung dengan meriah kerana ada di antara mereka saling tidak mengenali antara satu dengan yang lain. En. Muhammad dan Sudin kemudian ke surau untuk bertemu dengan Lebai Marup. En. Muhammad dikejutkan dengan hasrat Lebai Marup yang mahu mewakafkan tanah milik ayahnya. Keadaan itu menyebabkan En. Muhammad rasa serba salah. Beliau dengan tegas mengatakan semua tanah di Kampung Pulai akan dilombong. Namun Lebai Marup tetap mahu tanahnya digunakan untuk tujuanagama apabila syarikat tersebut mula beroperasi. En. Muhammad yang putus idea telah menyerahkan urusan itu untuk diselesaikan oleh Sudin.

(31)

Sudin tidak pernah melihat En. Muhammad begitu marah. Kemarahan itu

meresahkan Sudin. Tetapi Lebai Marup memberitahu Sudin jangan bimbang kerana segala-galanya akan selesai. Kemarahan En. Muhammad sebenarnya berpunca dari keegoan dan ketamakkanya. Di pejabatnya, Sudin menerima panggilan telepon daripada Mahani yang bertanyakan tentang apa yang terjadi sehingga En.

Muhammad tidak datang ke pejabat. Sudin akan memaklumkannya nanti di pejabat En. Muhammad. Dalam pertemuan itu Mahani mengemukakan cadangan untuk mendamaikan Rahim dengan ayahnya serta menerima rancangan Lebai Marup. Dia yakin En. Muhammad akan menerimanya dan itulah jalanyang terbaik untuk

menyelesaikan pertentangan pendapat antara En. Muhammad dengan Rahim. Sudin gembira dengan apa yang dirancangkan mereka.

BAB 48

Kepulangan Rahim dan Robert telah disambut oleh Mahani tanpa pengetahuan En. Muhammad sekeluarga. Sebenarnya Mahani ingin mengambil kesempatan tersebut untuk menerangkan rancangannya kepada Rahim agar keegoan dan ketamakan En. Muhammad dapat diatasi. Robert turut menyokong cadangan tersebut kerana pembangunan , perniagaan perlu bagi orang Melayu tetapi jangan sampai lupa nilai kemanusiaan seprti mana pandangan Robert terhadap ayahnya dan orang Cina yang menganggap wang itu adalah tuhan

BAB 49

Berita kepulangan Rahim telah disambut dengan gembira .Dalam perjalanan pulang Ana paling banyak bertanya kepada Rahim. Di rumah Mak Enon menangis kerana Rahim masih lagi menghargainya. En. Muhammad kemudian telah memanggil Rahim ke bilik kerjanya. Di bilik tersebut Cik Puan Tipah dapat rasakan suasana yang hangat dan tegang. Keadaan tersebut telah mendorongnya untuk masuk, apa yang dilihatnya mereka berdua ketawa kerana berceritakan tentang Robert yang banyak mengkaji falsafah ketuhanan. Cik Puan Tipah cuba menyuarakan tentang kerja di SLLT, namun Rahim meminta supaya perkara tersebut dibincangkan

kemudian. Cik Puan Tipah gagal mendapat maklumat tentang perbincangan antara Rahim dan En. Muhammad.

BAB 50

(32)

persetujuan yang telah dicapai antara dia dengan ayahnya berhubung dengan tawaran kerja di SLLT.Mengikut Rahim dia akan tinggal di kompleks di kawasan lombong yang akan didirikan di atas tanah wakaf yang di wakafkan oleh Lebai Marup. Walaupun pada peringkat awal, ayahnya menentang dan menganggapnya ekstrimis, radikal , hijau dan tidak rasional namun Rahim menyatakan yang

ayahnyalah sebenarnya tidak berfikiran jauh, tidak berfikir berteraskan kebudayaan sendiri kerana hanya mementingkan dunia dan kebendaan. Tan Sri setuju dengan Rahim dan baginya En. Muhammad bukanlah orang jahat namun bagi En.

Muhammad dalam dunia perniagaan perlukan kekuatan dan gigih untuk mencari peluang . Rahim juga setuju, namun ayahnya melakukan itu semua kerana kepentingan diri sendiri. Berbeza dengan Lebai Marup dan Imam Saad yang

sanggup melakukan sesuatu kerana pengabdiannya kepada Allah. Rahim menafikan yang dia menyertai kumpulan dakwah sebaliknya dia banyak membaca buku-buku agama milik Robert. Dia kini bersyukur kerana ayahnya telah sedar bahawa

Referensi

Dokumen terkait