FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI / 2012
HBSC1203
BIOLOGI I: BASICS OF LIFE
NOMBOR MATRIKULASI : 820830135443001
NOMBOR K/P : 820830135443
NOMBOR H/P : 0198282644
E-MAIL : [email protected]
ISI KANDUNGAN MUKASURAT
1.0Pengenalan 3-4
2.0Makanan dan nutrisi 5-6
3.0Sistem penghadaman manusia 6
4.0Proses penghadaman makanan 7
5.0Serat dan khasiatnya 8-9
6.0Kesimpulan 10
1.0 Pengenalan
Apa pendapat anda mengenai Diet? Kita sering mendengar kebanyakkan orang yang ingin menurunkan berat badan ingin berdiet. Tapi adakah pengamal diet tersebut benar-benar mengamalkan diet yang seimbang? Persepsi yang salah mengenai diet ialah mengurangkan pengambilan makanan, contohnya biasanya makan tiga kali sehari, jadi semasa berdiet pengamal akan mengurangkan masa makannya kepada dua kali sehari. Lebih buruk lagi ada yang cuma makan buah – buahan sebagai hidangannya setiap kali masa makannya. Pada dasarnya saya berpendapat diet seimbang merupakan pengambilan makanan berdasarkan kelas – kelas permakanan yang mencukupi untuk keperluan badan kita. Oleh yang demikian, untuk melaksanakan diet yang seimbang kita perlulah mengenalpasti nutrien yang terkandung dalam makanan kita seharian.
1.1Nutrisi makanan
Dalam permakanan seharian, adakah kita tahu akan kehadiran nutrien yang terkandung dalam makanan kita. Nutrien sebenarnya komposisi kimia yang terdapat dalam sesuatu bahan makanan. Berdasarkan sesuatu makanan, nutrien yang dapat dikenalpasti boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, serat dan air.
Karbohidrat merupakan sebatian organik besar yang terdiri daripada unsur – unsur karbon, hidrogen dan oksigen. Makanan yang membekalkan karbohidrat berfungsi
memberikan tenaga kepada kita. Jadi peratusan pengambilan karbohidrat dalam makanan adalah paling besar kerana keperluan badan terhadap tenaga bagi memastikan badan kita dapat berfungsi dengan baik. Karbohidrat terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu
monosakarida, disakarida dan polisakarida.
Seterusnya, protein juga terkandung dalam makanan kita seharian. Jumlah kandungan protein adalah berdasarkan kepada jenis – jenis makanan yang diambil. Protein merupakan makanan yang terdiri daripada unsur – unsur karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen. Sumber makanan yang membekalkan protein yang tinggi ialah seperti susu, keju, daging, ikan,
kelas kedua merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid amino yang diperlukan iaitu terdapat dalam protein tumbuhan.
Lemak juga terdiri dalam kelas permakanan kita dan dikenali sebagai lipid. Lemak diperolehi daripada haiwan dan juga tumbuhan. Pada suhu bilik, lemak didapati dalam bentuk pepejal manakala minyak dalam bentuk cecair. Lemak terdiri daripada unsur karbon,
hidrogen dan oksigen. Walaupun unsur serupa dengan kandungan unsur karbohidrat, lemak memiliki unsur oksigen yang kurang berbanding yang tedapat dalam karbohidrat. Oleh yang demikian, lemak merupakan simpanan tenaga dan berfungsi sebagai penebat haba serta perlindungan.
Vitamin pula diperlukan dalam kuantiti yang sedikit bagi memastikan tubuh badan dalam keadaan yang sihat sentiasa. Vitamin terbahagi kepada dua jenis iaitu vitamin A,D,E dan K yang boleh larut dalam lemak dan vitamin B dan C yang boleh larut dalam air. Vitamin B dan C perlu diambil dalam diet seharian.
Seterusnya, mineral juga keperluan dalam badan kita. Seperti vitamin, keperluan terhadap mineral adalah dalam kuantiti yang kecil. Mineral diperlukan bagi menjanakan proses dalam tubuh, membina tulang, membentuk sel darah, mengekalkan kesihatan serta mengelakkan daripada penyakit. Mineral terbahagi kepada dua elemen iaitu mineral besar dan mineral kecil. Mineral besar diperlukan dalam kuantiti yang besar manakala mineral kecil diperlukan dalam kuantiti yang kecil.
Serat pula kelas makanan yang dapat memastikan fungsi usus dalam keadaan yang baik. Kehadiran serat dalam permakanan membantu mengelakkan daripada penyakit jantung. Serat diperlukan bagi membantu menyerap toksik dalam tubuh serta membantu
mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah. Peranan utama serat dalam permakanan adalah sebagai bahan pelawas yang membantu dalam perkumuhan. Ini dapat mengelakkan daripada kesukaran proses bernyahtinja.
2.0 Makanan dan nutrisi
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, makanan terkandung 7 kelas makanan yang diperlukan dalam badan. Dalam tajuk ini, kita akan lihat kandungan nutrisi yang terkandung dalam contoh makanan yang akan diambil oleh Sharmin dalam menu makan tengaharinya. Jadual 2.0 dibawah menunjukkan senarai makanan serta kelas permakanan yang terdapat dalam menu Sharmin.
Jadual 2.0
Nama makanan Kelas Makanan Penerangan
Nasi putih a) Karbohidrat kandungan karbohidrat yang tinggi. Sumber tenaga utama bagi masyarakat
di kebanyakan Asia. Ayam goreng a) Protein
b) Lemak
protein berfungsi sebagai struktur utama dalam badan.
Lemak dalam makanan ini wujud daripada sumber luar iaitu minyak yang digunakan untuk menggoreng manakala ayam memang mengandungi lemak pejal.
Lemak berfungsi sebagai pembekal tenaga.
Mengandungi vitamin A,D E dan K yang larut dalam kandungan lemak. Ikan kukus a) Protein
b) Lemak
Kandungan protein lebih tinggi berbanding kandungan lemak.
Kewujudan lemak daripada ikan rendah disebabkan kehadiran lemak daripada ikan itu sendiri.
Telur masak cili bersantan
a) Protein b) Lemak
Kehadiran protein yang banyak adalah daripada telur.
Lemak pula terdapat pada kuning telur yang mengandungi kolesterol.
b) Protein c) Vitamin B
yogurt membekalkan karbohidrat yang tinggi.
Yogurt juga membekalkan protein yang diperlukan dalam badan.
Kehadiran vitamin B juga baik untuk badan bagi mengekalkan kesihatan badan kita.
Air sirap limau a) Vitamin C b) Air
Seperti juga vitamin B, vitamin C juga diperolehi dari sumber luar. Ini
disebabkan vitamin B dan C tidak terkandung dalam lemak.
Air merupakan sumber utama bagi menghasilkan sirap. Badan manusia mengandungi 70% air daripada beratnya.
3.0 Sistem penghadaman manusia
Sistem penghadaman manusia terdiri daripada dua bahagian utama iaitu saluran penghadaman dan kelenjar pencernaan. Saluran penghadaman manusia merupakan salur berotot yang merangkumi mulut, oesophagus, perut, usus kecil, usus besar dan anus.
Manakala kelenjar pencernaan merupakan bahagian luar salur penghadaman atau organ yang mengeluarkan enzim bagi membantu pencernaan makanan. Contoh – contoh organ yang berkaitan dalam pencernaan makanan termasuklah kelenjar air liur, hati, hempedu dan pankreas.
4.0 Proses penghadaman Makanan
Setelah penerangan mengenai kelas – kelas makanan, seterusnya mari kita lihat bagaimana makanan yang diambil melalui proses penghadaman. Secara ringkasnya, proses penghadaman makanan melibatkan proses pengunyahan makanan daripada bentuk yang kompleks kepada bentuk ringkas bagi membolehkan proses penyerapan nutrien makanan berlaku dalam badan. Mari kita lihat bagaimana proses penghadaman bagi makanan Sharmin.
Proses penghadaman manusia terbahagi kepada dua iaitu: A) Penghadaman fizikal dan mekanikal
Proses penghadaman ini melibatkan pemecahan makanan kepada bentuk yang lebih kecil iaitu bentuk fizikal makanan yang berubah kepada bentuk yang lebih ringkas. Manakala proses penghadaman mekanikal ialah dimana berlakunya selepas proses kunyahan makanan dan seterusnya proses campuraduk dalam perut manusia. Proses fizikal dan mekanikal ini bertujuan meningkatkan jumlah penghadaman kimia berlaku seterusnya.
B) Penghadaman kimia
Proses penghadaman kimia bermula daripada pecahan molekul besar seperti kanji , protein dan lemak kepada molekul yang lebih kecil bagi memudahkan proses penyerapan nutrien dalam badan. Penghadaman kimia melibatkan penghadaman enzim dimana enzim bertindak memecah molekul tidak larut kepada molekul yang kecil.
Seterusnya merupakan bagaimana kelas – kelas makan melalui proses penghadaman dalam badan. Kita akan lihat proses yang berkaitan berlaku dalam menu permakanan tengahari Sharmin.
a) Pencernaan karbohidrat dalam badan
Proses penghadaman karbohidrat bermula dari mulut, dimana proses kunyahan berlaku dimana rembesan enzim emilase menguraikan karbohidrat kepada glukosa, dalam proses kunyahan sebahagian karbohidrat berubah kepada disakarida maltosa. Proses
b) Proses pencernaan protein dalam badan
Proses pencernaan protein bermula dalam perut dengan bantuan enzim pepsin dan disekresi yang tidak aktif iaitu pepsinogen. Pepsin akan memecahkan protein kepada polipeptida. Seterusnya proses berlaku dalam usus kecil. Enzim enteroknase akan mengubah trisinogen kepada tripsin menyebabkan enzim – anzin lain menjadi aktif. Enzim – enzim kemudiannya akan mencerna polipeptida menjadi peptide. Karbosipeptidase, aminopeptidase dan
dipeptidase akan memecahkan peptide dan dipeptida menjadi asid amino. Asid amino kemudiannya diserap dalam kapilari darah usus kecil. Seterusnya protein yang tidak terurai dan yang lainnya akan bercampur dengan air dan akan masuk ke dalam kolon atau usus besar.
c) Proses pencernaan lemak dalam badan
Lemak melalui proses pemecahan sebelum menghasilkan tenaga. Lemak akan mengalami metabolisme. Sebelum menghasilkan tenaga, lemak akan dihidrolisis menjadi asid lemak dan gliserol dengan bantuan enzim lipase. Hal ini akan berlaku semasa dalam saluran pencernaan. Sebelum diserap usus, asid lemak ini akan bertindak balas dengan rembesan hempedu.
Penggabungan antara rembesan hempedu dengan asid lemak akan membentuk lebih ringkas. Seterusnya asid lemak akan bertindak balas dengan gliserol bagi membentuk lemak yang disalurkan melalui usus. Bahagian yang dipanggil lacteal akan menyerap asid lemak samada digunakan sebagai tenaga ataupun sebagai tenaga simpanan.
Demikian merupakan serba sedikit penerangan bagaimana karbohidrat, protein dan lemak dicernakan dalam badan manusia. Akan tetapi, nutrien yang lain akan dijelaskan dengan ringkasnya disini. Sebagaimana yang kita tahu, Vitamin c dan air yang terdapat dalam minuman limau mengalami proses yang sama iaitu penyerapan berlaku dalam usus kecil. Ini kerana cecair lebih mudah dicernakan kerana bentuknya sememangnya sudah ringkas. Bagi manusia, air adalah sumber yang digunakan untuk memudahkah proses penyerapan berlaku. Ini membuktikan bahawa air sangat penting dalam proses penghadaman. Selepas ini kita akan bincangkan kelas permakanan yang paling sedikit diambil oleh Sharmin dalam menu
5.0 Serat dan khasiatnya
Jika merujuk kembali pada menu makanan Sharmin, kita dapat mengenalpasti bahawa serat merupakan kelas makanan yang paling diabaikan dalam permakanan Sharmin. Ini dapat dibuktikan bahawa kewujudan serat dalam makanan seperti sayur – sayuran dan buah – buahan. Serat merupakan kelas makanan yang tidak boleh hadam. Ia boleh diperolehi daripada sebilangan tumbuhan. Fungsi serat dalam permakanan ialah membantu proses bernyahtinja. Selain itu, serat berfungsi sebagai ejen yang boleh menyerap toksik serta kolesterol. Dengan pengambilan serat yang mencukupi, kita mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit berbahaya yang diakibatkan tinggi kolesterol.
5.1 Kesan kekurangan serat
Dalam tajuk ini kita akan jelaskan dengan lebih terperinci mengenai kesan – kesan terhadap kekurangan pengambilan serat dalam permakanan. Fungsi badan manusia selepas menjalani proses – proses penyerapan ialah berlakunya proses penyingkiran. Penyingkiran perlu dijalankan bagi menyingkirkan bahan – bahan yang berlebihan dalam badan kita. Ini termasuklah campuran air, makanan tidak hadam dan serat tidak hadam.
Kesan pertama yang boleh dikenalpasti ialah sembelit. sembelit berlaku apabila najis / tinja sukar untuk melalui kolon. Apabila kekurangan air, tinja akan menjadi keras. Proses penyingkiran akan menjadi sukar dan akan mengakibakan sembelit. Bagi mengelakkan risiko ini, kita digalakkan untuk minum air secukupnya serta mengambil serat dalam permakanan kita.
Seterusnya ialah risiko terhadap buasir, buasir berlaku sekiranya risiko sembelit terjadi. Ini kerana tekanan yang melampau akan menyebabkan salur dalam rectum dan anus. Ini akan mengakibatkan rektum memaksa salur darah merenggang dan mengakibatkan penyakit buasir berlaku. Seperti yang telah dinyatakan tadi, keperluan terhadap air serta serat yang mencukupi sudah memadai untuk mengurangkan risiko ini.
6.0 Kesimpulan
Setelah membincangkan kelas – kelas makanan, proses – proses penghadam serta kesan terhadap kekurangan zat makanan, dapat kita rumuskan bahawa pengambilan makan yang sewajarnya mampu mengelakkan daripada risiko – risiko penyakit yang merbahaya. Melalui kelas – kelas permakanan, kita boleh menetukan jumlah makan yang patut oleh seseorang ambil dalam permakanannya. Tidak setakat itu sahaja, proses – proses
7.0 Rujukan
Enchanted learning. (2010) Human digestive system. Diperolehi pada 18 jun 2012 daripada http://www.enchantedlearning.com/subjects/anatomy/digestive/
Nagalingam K et al. (2012). Biologi I: Basics of basic life (modul OUM). Selangor: Meteor. Doc.
PBS. (2012). The need for food/ the digestive system. Diperolehi pada 18 jun 2012 daripada http://www.hns.org.uk/bio/index.php?option=com_content&view=article&id=123&Itemid=1