• Tidak ada hasil yang ditemukan

Skrip hari guru Skrip hari guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Skrip hari guru Skrip hari guru"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

SAMBUTAN HARI GURU

TARIKH : 18 MEI 2015 (ISNIN)

TEMPAT : DEWAN TUN ABDUL RAZAK, SKJL

Bunga siantan di tepi bendang

Di waktu pagi kembang setara

Selamat datang selamat bertandang

Salam diberi gelanggang dibuka

Bismillah …

Assalamualaikum wbt.

Yang Berusaha

Guru Besar SKJL Tuan Haji Mohd. Yuseri Bin Yaakob

Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Wan Masriah Bt. Puteh

Yang Berusaha Penolong Kanan HEM

Encik Ysaman Bin Abdullah

Yang Berusaha Penolong Kanan Kokurikulum

En. Mohd. Noor Bin Ismail

Guru-guru dan para pekerja yang diraikan serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Assalammualaikum……dan salam sejahtera, salam ceria,...di pagi yang mulia.

Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SKJL 2015.

(2)

Majlis dibuka penuh rahmat

Mohon keberkatan serta hidayah

Moga majlis mendapat berkat

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang akan

dilafazkan oleh Ustaz Mohd. Noor Bin Ismail

Dijemput dengan hormatnya….

(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas pembacaan doa itu tadi.

Semoga yang baik kita mulai, yang baik jua kita didatangi, Insya-Allah.

______________________________________________________________

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebagai pemula acara, marilah sama-sama kita menyanyikan rangkaian tiga buah

lagu,Lagu Negaraku, Lagu Negeri.... dan Lagu Sekolah...

Sidang hadirim

dipersilakan berdiri.

(rakaman nyanyian)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dewan dipersilakan duduk.

Hadirian yang dihormati sekalian,

Majlis kita pagi ini dimulakan dengan Ucapan Wakil Pelajar, dipersilakan :

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Bagai bunga kembang tak jadi

Seterusnya Bacaan Perutusan...

Dipersilakan ... GPK Hal Ehwal Murid untuk membacakan Perutusan Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...

(ucapan perutusan)

(3)

Seterusnya dipersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Tuan Haji Mohd. Yuseri

Bin Yaakob, Guru Besar, SKJL untuk membacakan Perutusan Menteri Pelajaran

Malaysia dan seterusnya merasmikan sambutan hari guru peringkat sekolah SKJL

2015. Dipersilakan.

(ucapan perutusan)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan Ucapan Wakil Pelajar, untuk itu

dipersilakan ...selaku Ketua Pengawas untuk menyampaikan

ucapannya. Dipersilakan...

Dipersilakan Yang Berusaha GPK Hal Ehwal Murid, Encik Yasman BinAbdullah

untuk membacakan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dipersilakan...

(ucapan perutusan)

(

ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Marilah sama kita mendengar alunan merdu suara guru SKJL untuk menyanyi lagu

keramat guru Malaysia iaitu Lagu Guru Malaysia. DIpersilakan.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Ketulusan guru memikul amanah

Keihlasan guru melunas tanggungjawab Sudah tersimpai janji

Sudah terpasak ikrar

(4)

Untuk itu, dijemput semua guru ...tampil ke hadapan pentas bagi acara

melafazkan ikrar diketuai oleh Yang Berusaha GPKokurikulum Encik Mohd. Noor

Bin Ismail. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Sidang dataran sekalian,

Sebagai hiburan dan tatapan hadirin sekalian, marilah sama-sama kita saksikan

persembahan nyanyian oleh barisan guru-guru kita...

Saksikanlah persembahan nyanyian Lagu Guru Malaysia dan nyanyian Lagu Tema

Hari Guru oleh barisan pentadbir dan guru-guru. Dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas persembahan itu tadi.

Sungguh indah padi di bendang,

Padi dituai hari nak malam

Tamatlah sudah majlis dirancang

Semoga tercapai matlamat diidam

Tersilap tersalah harap diampun

Terkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata

Assalamualaikum wbt dan

Salam 1 Malaysia

SELAMAT HARI GURU

GURU MEMBINA ILMU

MENYEMPURNAKAN AKHLAKREHAT TAHAP 1 – 10.00

REHAT TAHAP 2 – 10.15

(5)
(6)

Sidang hadirin sekalian,

Seterusnya majlis penyampaian hadiah dari PIBG ………….. kepada

guru-guru.

Untuk itu bagi menyempurnakannya, majlis mempersilakan...menjemput dan

mengiringi ..., Yang Di Pertua PIBG untuk menyampaikan hadiah

kepada barisan guru-guru. Dipersilakan...

(penyampaian hadiah)

Sidang dataran sekalian ;

Maju Bangsa Kerana Bahasa,

Adap Menghiasi Jambangan Jiwa;

Ingatan Diberi Tidak Seberapa,

Penghargaan Tanda Pernah Bersua.

Untuk maksud itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ...

untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada Yang

Berbahagia ...,

dipersilakan...

dan seterusnya kepada Yang

Berbahagia...,

dipersilakan...

Majlis merakamkan jutaan terima

kasih.

(7)

Andai berkayuh dah sampai ke seberang

Andai memanjat dah sampai ke pucuk

Andai mendaki dah sampai ke puncak

Setiap yang bermula pasti akan berakhir

Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

sebagai penutup bicara,

Sisir pelepah meraut lidi,

Menganyam daun atap jerami,

Yang indah, yang berseri bawalah pergi

Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.

Dagang singgah membeli kajang,

Tambat perahu di muara Deli.

Kalau ada umur yang panjang,

InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna itu datangnya daripada

Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala kekurangan dan

kepincangan majlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami dan kemaafan jua

yang kami pinta.

(8)

SKRIP PENGACARA MAJLIS -HARI GURU

HARI GURU SMKPNZ 2010

[1]

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah

En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong kanan Pentadbiran,

En. Amran bin Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong kanan Kokurikulum

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru-guru, staf-staf sokongan dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

[2]

(9)

Selasih mekar di tengah desa Mencelah sama kembang melati Guru Pembina Negara Bangsa Menabur ilmu berkhidmat bakti

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Sambutan Hari Guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar ’cikgu’..Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru.

[3] PERSEMBAHAN GURU

{1}

Memulakan acara, majlis dengan penuh sukacitanya menjemput dan mempersilakan semua guru untuk naik ke pentas bagi menyampaikan Lagu Kami Guru Malaysia.

Dipersilakan. ...

Sama-samalah kita dengarkanlah alunan suara cikgu-cikgu kita mendendangkan lagu GURU MALAYSIA.

... {2}

Sebelum guru-guru mengambil tempat duduk..dijemput Yang berbahagia Tuan Pengetua untuk memotong kek Hari Guru yang disumbangkan oleh Badan Pengawas SMKPNZ. Dipersilakan. ...

Terima kasih kepada Tuan Pengetua.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru TERIMA KASIH CIKGU. {3}

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar

Bagai bunga kembang tak jadi.

Seterusnya, dijemput rakan seperjuangan, Pn Che Faridah bt Che Isa untuk bergandingan mendeklamasikan sajak bersama saya untuk semua guru di SMKPNZ

...

(10)

{1}

Seterusnya kita perdengarkan pula palutan kata ’berdikirlah pulok’ persembahan dikir barat yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kita, ... dipersilakan.

...

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan dikir itu tadi.

{2}

Persembahan seterusnya,pendeklamasian sajak bersambungan dengan Irama Nasyid dari kumpulan Kelas Pendidikan Khas dengan lagu ____________

Dipersilakan.

...

Demikian tadi berakhirnya persembahan . Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua yang menjayakan persembahan itu tadi.

[5] PENYAMPAIAN HADIAH

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Seterusnya, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi acara pertandingan memasak, permainan dan sukaneka hari guru,dan hadiah cabutan bertuah

{1}

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Wan Pauzi bin Wan Mohd, GPK Kokurikulum untuk mengiringi yang berbahagia, En. Amran bin Ibrahim, GPK HEM untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Dipersilakan.

....

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia GPK KO dan GPK HEM.

SUPRISE:

(11)

... tahniah kepada...

{2}

Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia En Abdul Rahim bin Abdullah, GPK Tadbir untuk mengiringi Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis mempersilakan.

[ LAMPIRAN]

{v} Seterusnya penyampaian anugerah guru.

majlis mempersilakan Ahmad NorSyazwan bin Mustafa, selaku Ketua Pengawas untuk membaca keputusan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Tn.Hj Mhd Ramli bin Che Mat dan Yang Berbahagia En. Abdul Rahim b Abdullah.

[6]

Demikian tadi persembahan guru, pelajar dan juga acara penyampaian hadiah. Majlis yang melibatkan pelajar berakhir di sini. Para pelajar boleh bersurai dalam keadaan tertib dan pulang terus ke rumah.

... ...

[7]

Sebelum majlis kita diteruskan dengan pengisian kerohanian untuk semua guru dan staf

SMKPNZ, majlis mengalu-alukan kehadiran Penceramah jemputan Al-Fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadzil Ustaz Abdul Aziz bin Yahya untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk ” Suburnya amanah di dunia, Bunganya bahagia di akhirat”

Majlis mempersilakan al-fadzil Ustaz.

(12)

[8]

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan jayanya.

Sekali lagi, TERIMA KASIH CIKGU... SELAMAT HARI GURU!

Tetamu jemputan, Semua guru dan staf sokongan dijemput ke kantin untuk menikmati juadah jamuan yang telah disediakan.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

TEKS PENGACARA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH BAGI TAHUN 2013

Pengumuman …Assalamualikum wbt..selamat sejahtera.. Tuan2 dan puan2..

Disini ada beberapa makluman yang ingin kami sampaikan…

1. Mohon kerjasama semua warga dewan untuk mematikan telefon bimbit atau menukar kepada mode senyap sebaik sahaja majlis bermula.

2. Hadirin juga dimohon untuk tidak meninggalkan majlis sehingga tetamu kehormat kita meninggalkan dewan.. kerjasama semua sangat2 diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Ketibaan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Hj Sarday Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor

(13)

SMK SULTAN ABDUL JALIL Demikianlah rangkaian lagu medley 1. Terima Kasih Cikgu 2. Kami Anak Merdeka dan 3. Guru Anak Kampung yang dipersembahkan oleh Kumpulan Koir dari SMK Sultan Abdul Jalil. Kumpulan Koir ini diketuai oleh Pn Khalisah bt Zulkifli dibawah pimpinan En Mohd Ridzuan b Lebai Ariffin Majlis merakamkan jutaan terima kasih . Solutasi

Assalamualaikum wbth…Selamat Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Yang Berusaha En Kalamullah b Ali Redza Pegawai Pendidikan Agama Daerah Kluang Yang Berusaha En Ibrahim b Omar Pengetua SMK LKTP Kahang Timur merangkap Pengerusi JK Pengelola Yang Berusaha En Mohd Noah b Mohd Yusuff Pengetua SMS Sembrong Merangkap tuan rumah sambutan hari guru peringkat daerah ketua-ketua jabatan, dif-dif kehormat, tuan-tuan pengetua, para guru besar, guru-guru yang dihormati seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan

Istana kota sebelas tingkat Tempat baharu nakhoda pecan Sama kata sama sepakat Hari guru kita raikan.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi,kerana pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013 yang bertemakan ‘Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda’

Tuan2 dan Puan2 Majlis mengalu-alukan kehadiran YB Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Exco Pendidikan, Penerangan ,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor bersama dif-dif kehormat ke majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013.

Tuan2 dan puan2 yang dihormati sekalian -Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. -Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya.

Bacaan Doa

Bunga mawar cantik tersemat, Dipetik gadis di tepi titi; Doa dibaca memohon Rahmat, Moga Majlis sentiasa diberkati.

-Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Mohd Fahmi b Uzali untuk memimpin bacaan doa.

(14)

Kahang Timur atas bacaan doa sebentar tadi. Ucapan Yang Berusaha Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Tuan2 dan puan2 para hadirin yang dimuliakan -Majlis diteruskan lagi dengan

menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang bagi menyampaikan ucapan alu-aluan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013. Dipersilakan tuan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang di atas ucapan sebentar tadi. Ucapan Perasmi Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian Majlis diteruskan dengan menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota merangkap Exco Pendidikan, Penerangan

,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang bagi tahun 2013. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan. Terbang melayang si anak kedidi, terima kasih di ucapkan kepada Yang Berhormat di atas ucapan itu tadi. Pemotongan Kek Seterusnya adalah majlis pemotongan kek sempena sambutan hari guru peringkat daerah kluang. Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A Manaf b Muslimin, En Kalamullah b Ali Redza, En Ibrahim b Omar dan En Md Noh b Mohd Yusuf naik ke atas pentas untuk mengiringi Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday bagi menyempurnakan acara pemotongan kek. Dipersilakan tuan. Majlis

merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana sudi menyempurnakan acara pemotongan kek sebentar tadi dan untuk makluman semua kek tersebut adalah sumbangan Bank Rakyat sebagai menghargai jasa guru di daerah Kluang ini. Terima kasih diucapkan. Bacaan Ikrar Tuan-tuan dan puan-puan Beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput En Parmin b Radi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Dato Hj Hassan Yunus untuk memimpin lafaz ikrar Guru Malaysia…Para hadirin diminta berdiri. PAPARAN LAYAR IKRAR GURU

MALAYSIA DIKETUAI OLEH : EN PARMIN B RADI PEGAWAI TADBIR KRS DAERAH KLUANG HADIRIN DIMINTA BERDIRI Lafaz ikrar itu tadi dipimpin oleh En Parmin b Radi , beliau juga merupakan pegawai Tadbir KRS Daerah Kluang. Majlis merakamkan jutaan terima kasih. Penyampaian Anugerah PAPARAN LAYAR PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INNOVATIF Tuan-tuan dan puan2 Para hadirin yang dihormati sekalian Acara diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada guru-guru. Dengan itu majlis mempersilakan En Ibrahim b Omar Pengetua SMK LKTP Kahang Timur Merangkap Pengerusi Jk Pengelola Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang Untuk menjemput dan mengiringi Tn Hj A Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang naik ke atas pentas bagi menyempurnakan majlis.

(15)

Mazlan b Husin Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan PPD kerana sudi

menyempurnakan majlis dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah Persembahan Khas 1 Malaysia PAPARAN LAYAR PERSEMBAHAN KHAS 1 MALAYSIA Terus masuk sajak Persembahan sajak 1 Malaysia telah dijayakan oleh 1. Pn Nur Faiza bt Borhan SK Sri Lalang 2. Pn Yap Yen Hua SJK ( C ) Chong Hwa 1 3. En Kumarasan A/L Manipal Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas persembahan itu tadi. Penganugerahan Tokoh Guru 2013 Tuan-tuan dan puan2 ( Video Biodata Tokoh Kepimpinan dipaparkan ) Untuk menyampaikan anugerah Tokoh Guru Kepimpinan, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Tn Hj A Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang Untuk mengiringi Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday Exco Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Naik ke pentas bagi menyempurnakan acara penganugerahan Tokoh Guru 2013.. Anugerah Tokoh Kepimpinan 2013 diberi kepada TN HJ HAMZAH B RAMLI MANTAN PENGETUA SEK MEN AGAMA KERAJAAN JOHOR Tokoh Kepimpinan akan menerima Wang Tunai RM1000 beserta hadiah iringan ( Video Biodata Tokoh Guru dipaparkan ) Anugerah Tokoh Guru 2013 diberi kepada TN HJ SHUKOR B PANEK MANTAN GURU BESAR SK SIMPANG RENGAM Tokoh Guru 2013 akan menerima Wang Tunai RM1000 beserta hadiah iringan Majlis

merakamkan jutaan terima kasih kepada YB kerana sudi menyempurnakan majlis dan tahniah diucapkan kepada penerima anugerah. Penyampaian cenderamata Majlis seterusnya

mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj A. Manaf b Muslimin Pegawai Pendidikan Daerah Kluang menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Tn Hj Md Jais b Hj Sarday. ADUN Mahkota Merangkap Exco Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor Dipersilakan. Diminta semua penerima anugerah,Tuan PPAD, Tuan Pengetua SMK LKTP Kahang Timur, Tuan Pengetua Sains Sembrong untuk sama-sama berada diatas pentas bagi sesi bergambar. Lagu Negaraku /Penutup Dengan berakhirnya penyampaian anugerah Tokoh Guru dan cenderamata itu tadi maka majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. Syabas dan tahniah kepada warga pendidik daerah kluang kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari guru peringkat daerah bagi tahun ini. Bersenjatakan pena keramat Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat Melangkah sang guru penuh semangat Ke gelanggang Pendidikan untuk berkhidmat Dengan satu misi dan matlamat Semoga jasa guru mendapat rahmat Demikian sifat guru berkualiti Kerana sememangnya Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda Sebelum majlis menutup tirainya Terima kasih daun keladi Panjang umur kita sambut lagi Buat guru kami sudahi Selamat hari guru buatmu dikasihi Jasa guru terpahat dihati Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku Jamuan Majlis menjemput dif-dif kehormat untuk menikmati jamuan di kawasan lobi di hadapan dewan ini. Manakala kepada guru-guru yang lain makanan adalah berbentuk ‘take away’ Sekian …Wabilahitaufik

Referensi

Dokumen terkait

yang di koordinir Camat Kuantan Cerenti supaya dapat menjalankan tugasnya dengan baik dalam pengawasan Pertambangan Tanpa Izin (PETI) sesuai dengan Surat Keputusan Bupati

Buatlah akun perusahaan untuk lembaga kursus taman salon dengan pilihan bidang usaha jasa lembaga kursus (periode 2012)..  Edit akun 120-10 Bank menjadi

Kesimpulan yang dapat ditarik dari hasil penelitian ini adalah pemberian ekstrak daun teh hijau ( Camellia Sinensis L ) mampu mempengaruhi morfologi spermatozoa

permasalahan/ hipotesa; melakukan kajian pustaka dan menetapkan landasan/ kerangka teoritik penelitian, melakukan review dan menetapkan metoda penelitian;

1) Variabel konflik kerja-keluarga berpengaruh positif dan signifikan terhadap turnover intention karyawan pada Restoran Pizza Hut Mall Bali Galeria. Pengaruh positif

PENGARUH PENGUASAAN KOMPETENSI PEDAGOGIK DAN KOMPETENSI PROFESIONAL GURU, TERHADAP EFEKTIVITAS PEMBELAJARAN MATEMATIKA PADA SMA NEGERI SEKABUPATEN BANDUNG BARAT..

Sumber data utama penelitian ini adalah pokok bahasan-pokok bahasan dalam kurikulum Madrasah Aliyah pada masa Orde Baru, terutama pokok bahasan-pokok bahasan yang berisi

In the end, one of the goals of EFL (English Foreign Language) teacher is to have the students speak English as much as possible, especially when they are in the English