• Tidak ada hasil yang ditemukan

Model Pemprosesan Maklumat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Model Pemprosesan Maklumat"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Model pemprosesan maklumat menganggap ingatan manusia sama seperti komputer. Seorang pembelajar dilihat sebagai pemproses maklumat seperti mana yang dilakukan oleh komputer, iaitu menggunakan model input-output. Maklumat merupakan input yang diperoleh pelajar daripada persekitaran pembelajaran. Maklumat diproses dan disimpan dalam ingatan. Kemudian, maklumat ini boleh menjadi output melalui proses retrieval. Kajian susun atur, simpan dan dikeluarkan daripada ingatan. Operasi mental iaitu menerima, mengekod, menyimpan dan mengingat kembali maklumat atau bagaimana manusia belajar ialah pemprosesan maklumat. Model ini merupakan komponen penting dalam beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran (Galbraith, 1994).

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Menurut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baharu demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Model memproses maklumat terdiri daripada ingatan deria, ingatan jangka pendek, dan ingatan jangka panjang.

Ingatan deria merupakan ingatan jangka pendek yang telah wujud pada deria. Masa simpanan maklumat yang mungkin berlaku ialah antara 1 hingga 3 saat. Malah, maklumat akan hilang serta merta sekiranya tidak diproses. Oleh itu, untuk menjadikan pengajaran berkesan, maka guru perlu menggunakan strategi dan teknik yang sesuai supaya maklumat yang diterima akan dapat diproses dengan segera. Maklumat tersebut seterusnya akan tersimpan dalam ingatan jangka pendek. Ingatan jangka pendek pula mempunyai tempoh simpanan maklumat antara 5 hingga 20 saat. Maklumat akan diproses, ditapis disusun atau disintesis untuk dihantar ke stor ingatan jangka penjang untuk disimpan. Salah satu cara untuk menyimpan maklumat baru ialah secara ulang sebut berkali-kali (rehearsal). Contohnya, dalam pengajaran pembelajaran, guru berhenti sebentar, tanya fakta yang diterangkan, selepas murid memberi respon, ulang semula penerangan.

Ingatan jangka panjang pula adalah satu proses menyimpan maklumat lebih lama, iaitu lebih daripada beberapa minit hingga ke beberapa tahun. Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala

(2)

maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. Ingatan jangka panjang adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan jangka panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku.

Empat proses utama terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat adalah pengekodan ('Encoding'), penyimpanan ('Storage'), Mengingat Kembali ('Retrieval') dan Lupaan ('forgetting'). Pengekodan ialah proses yang menentukan cara maklumat direkodkan dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat dikenal pasti dan kemudian dikod. Penyimpanan pula ialah proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. Mengingat kembali ialah proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang manakala lupaan adalah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang.

Salah satu model di bawah model pemprosesan maklumat adalah model pencapaian konsep. Menurut Bruner, Goodnow dan Austin (dalam Suherman 1992) menyatakan bahawa model pencapaian konsep dirancang untuk membantu pelajar mempelajari konsep-konsep yang dapat digunakan untuk mengorganisasikan maklumat, sehingga dapat memberi kemudahan bagi mereka mempelajari konsep itu dengan cara yang lebih efektif. Dengan kata lain, model pembelajaran ini adalah untuk menyusun data sehingga konsep-konsep penting dapat dipelajari secara cepat dan efisien. Sehubungan itu, model ini bermanfaat untuk memberikan pengalaman kaedah sains iaitu secara khususnya adalah untuk menguji hipotesis. Dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran konsep, guru harus memilih konsep-konsep dan pendekatan yang sesuai seperti pengajaran secara langsung ataupun mendefinisikan konsep. Dalam penyampaian secara pencapaian konsep, guru terus memberikan contoh sesuatu konsep tanpa melabel atau mendefinisikan konsep sehingga penghujung pelajaran sepertimana dalam pengajaran berdasarkan kaedah pengajaran induktif.

Sehubungan itu matlamat pengajaran pencapaian konsep adalah untuk membantu pelajar memperoleh pemahaman mata pelajaran yang dipelajari dan bagi menyediakan

(3)

asas untuk pemikiran tahap tinggi. Pengajaran pencapaian konsep bukan direka bentuk untuk mengajar maklumat yang banyak kepada pelajar. Ia sekadar belajar konsep utama untuk diaplikasikan kepada pelajaran yang lain. Pembelajaran konsep melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengorganisasikan maklumat ke dalam struktur kognitif yang kompleks. Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Guru seharusnya membuat penilaian tentang konsep yang ingin diajar dan pelajaran konsep perlu disusun dalam unit pembelajaran yang lebih besar.

Pengajaran pencapaian konsep bermula dengan guru memaklumkan tentang tujuan pelajaran, memotivasi mereka dan sepanjang pelajaran, penyoalan serta perbincangan dilaksanakan oleh guru untuk membantu pelajar menganalisis proses pemikiran dan mengintegrasi pembelajaran baru dengan pembelajaran lama pada akhir pelajaran.

Selain model pencapaian konsep, model inkuiri dan model pengajaran ekspositori juga merupakan model di bawah pemprosesan maklumat. Model inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan . Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasatan dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. Model inkuiri Suchman diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskan andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik, dan boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam mata pelajaran di sekolah, khasnya mata pelajaran sains.

Bagi model ekspositori pula, guru memberi penerangan terlebih dahulu dan pelajar mendengar dengan teliti hingga mereka mamahami dan mengingatinya atau merekodkan isi penting dalam buku rekod mereka. Perkataan ekspositori bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Dalam konteks pengajaran, ekspositori merupakan penyampaian maklumat atau isi kandungan pelajaran secara langsung kepada murid-murid di dalam kelas. Oleh itu, kaedah ekspositori ialah cara penyampaian pelajaran melalui penerangan, bercerita atau demonstrasi dengan tujuan mengajar sesuatu.

Ini bermakna model ini amat sesuai untuk menerangkan, konsep, fakta, prinsip atau hukum dan idea, dimana ianya dipersembahkan dan difahami, bukan ditemukan. Pengajaran ekspositori menekankan pembelajaran verbal yang bermakna, bukannya pembelajaran hafalan. Pembelajaran bermakna berlaku jika perkaitan-perkaitan dibuat antara pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada.

Dalam bilik darjah, guru menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya murid dapat menerimanya dengan baik. Maklumat yang diberikan akan

(4)

diterima dan diasimilasikan dalam struktur kognitif pelajar dan pelajaran sebegini boleh dilaksanakan melalui kuliah dan ceramah. Pendekatan yang digunakan adalah secara deduktif dan secara umumnya, pelajaran sebegini adalah serupa dengan teori pembelajaran Ausubel yang menggunakan penyusun awal (advance organizers) untuk memperkenalkan suatu pelajaran baru. Penyusun Awal (advance organizers) merujuk kepada maklumat yang dipersembahkan sebelum pembelajaran dan ini digunakan untuk menyusun dan menginterpretasi maklumat baharu. Penyusun awal bertujuan untuk mengaitkan idea baru dengan idea yang lama serta menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses asimilasi maklumat baharu lebih mudah dan berkesan (Boon dan Ragbir, 1997).

Terdapat dua jenis penyusun awal, iaitu penyusun awal perbandingan dan penyusun awal ekspositori. Penyusun awal perbandingan digunakan apabila maklumat baharu hampir sama dan bertujuan untuk mentakrifkan pengetahuan sedia ada, di mana pelajar mengingat kembali maklumat yang telah wujud dalam pemikiran. Penyusun awal ekspositori pula digunakan apabila pengetahuan yang akan diajar adalah baharu. Penyusun awal ekspositori menyediakan pengetahuan baharu yang perlu diketahui pelajar sebelum pelajar mengikuti pembelajaran topik baru.

IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Berdasarkan model pemprosesan maklumat yang telah kita pelajari, beberapa implikasi yag dapat kita praktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antaranya ialah guru patut galakkan murid supaya belajar dengan berlebihan terutama dalam perkara yang murid dapati sukar untuk memahami. Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya.

Selain itu, guru perlu menekankan tentang pemahaman konsep dan bukan menumpukan kepada ulangan fakta. Apabila murid belajar dengan pemahaman mengikut kategori, mereka akan belajar maklumat baru dengan cepat dan cekap.

Guru juga harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Guru harus memastikan pelajar perlu menguasai fakta dan konsep asas terlebih dahulu tentang sesuatu topik pelajaran yang hendak diajar. Sebagai contoh, sebelum mengajar topik “Perbandingan antara karnivor dengan herbivor”, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.

(5)

Selain itu, bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik. Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik “Haiwan Darat”, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.

Tambahan pula, idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.

Seterusnya, menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.

Di samping itu, pembelajaran deduktif perlu diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

Selain itu, guru patut mengaitkan bahan baru kepada yang sedia ada. Guru patut berusaha untuk mengaitkan perkara-perkara baru yang diajar kepada pembelajaran yang sudah diterima. Apabila bahan baru dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, pengajaran menjadi lebih berkesan.

Selain itu, guru haruslah melakukan proses pengulangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran apabila selesai melakukan proses pebincangan konsep. Contohnya, meningatkan pelajar beberapa isi penting yang dipelajari (ingatan jangka pendek). Guru juga perlu menyediakan beberapa aktiviti atau latihan yang berkaitan dengan pelajaran lepas. Hal ini adalah untuk memastikan murid sentiasa memproses maklumat yang dipelajari supaya menjadi ingatan jangka panjang.

(6)

MODEL BEHAVIORAL

Teori Behaviorisme telah dipelopori oleh seorang ahli psikologi iaitu B. F. Skinner pada tahun 1904-1990. Teori ini adalah teori belajar yang lebih menekankan kepada tingkah laku manusia. Ianya menekankan peneguhan positif dan peneguhan negatif bertujuan untuk menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku dan bukan untuk menghentikannya. Peneguhan positif ialah untuk menentukan tingkah laku positif dengan maklum balas yang positif. Contohnya, pujian terhadap murid-murid yang memberikan jawapan yang betul. Peneguhan negatif pula diberi untuk memberi kesan yang tidak menyeronokkan atau tidak menyenangkan seseorang individu. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Contohnya cikgu Zainal menyebut nama serta memberi pujian kepada murid yang memberi jawapan yang betul. Sesuatu ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dan gerak balas dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa. Di samping itu, teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Mengikut Ivan Pavlov (1962), setiap rangsangan menimbulkan gerak balas dan berlaku pembelajaran apabila terdapat perkaitan antara ransangan dan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku kerana ada perkaitan antara dua rangsangan dinamakan pelaziman.

Model Pengajaran Behavioral ini berasaskan model eksperimen pelaziman klasik Pavlov, pembelajaran berasaskan ganjaran Thorndike dan kajian Skinner dan kajian Watson. Merujuk kepada kumpulan model ini , kita mempunyai mekanisme pembetulan kendiri yang berupaya untuk mengubahsuai tingkahlaku berdasarkan maklumbalas tentang sejauh mana kita berjaya melakukan tugas yang diberi. Sebagai contoh, cuba bayangkan kita sedang menaiki tangga yang tidak pernah kita jumpai dalam keadaan gelap. Sudah pasti semasa mengambil beberapa langkah , kita akan berasa teragak – agak . Mengapa ini berlaku ? Kerana jikalau kita angkatkan kaki kita terlalu tinggi , kita akan terasa seolah – olah kaki tersebut sedang terapung agak lama di udara sebelum terpijak tangga yang berikut. Jikalau kita hanya angkatkan kaki sedikita sahaja, besar kemungkinan kita akan tertendang anak tangga seterusnya . Melalui maklumbalas yang kita terim , lama kelamaan kita dapat menjangkakan betapa tinggi atau rendah kaki kita perlu diangkatkan dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain sehingga kita berasa selesa menaiki tangga tadi. Sehubungan dengan itu , kumpulan model ini mengesyorkan program – program yang boleh digunakan untuk mengurangkan fobia, mengembalikan kemahiran–kemahiran sosial dan

(7)

menangani kebimbangan, dan sebagainya. Antara strategi yang tergolong bawah kumpulan behavioral adalah pengajaran langsung dan pembelajaran masteri.

Pengajaran langsung merupakan satu strategi yang berarahkan guru di mana guru akan menyampaikan isi pengajaran kepada murid–murid serta menstrukturkan masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. Oleh yang demikian, ia didapati agak sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik tetapi kurang sesuai bagi matapelajaran– matapelajaran yang mirip kepada penerokaan dan penemuan. Langkah–langkah pengajaran langsung adalah kenalpasti hasil – hasil pembelajaran yang ingin dicapai, rangsang minat murid – murid terhadap apa yang akan disampaikan, meninjau semula pengetahuan dan kemahiran lalu yang perlu dikuasai bagi memudahkan kefahaman murid serta meninjau semula praktis tersebut melalui kuiz yang akan dijawab mereka. Beri maklumbalas ke atas jawapan yang betul , dan ajar semula kemahiran – kemahiran tertentu, jika difikirkan perlu. Seterusnya, beri kerja rumah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman mereka. Bagi sesi pengajaran yang selanjutnya, tinjau semula bahan pengajaran dan pastikan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di luar bilik darjah.

Bagi pembelajaran masteri pula, ia merupakan isi pelajaran yang disusun secara mudah kepada kompleks sebelum disampaikan kepada murid–murid secara individu melalui bahan atau resos pengajaran yang sesuai . Dengan ini , mereka dapat belajar mengikut kadar masing-masing. Seterusnya mereka akan diuji dengan menggunakan pelbagai bentuk ujian. Sekiranya didapati bahawa mereka masih belum menguasai mana-mana unit pengajaran, mereka akan diberi peluang untuk mengulangi unit yang berkenaan. Pembelajaran masteri berasaskan andaian bahawa setiap murid berupaya menguasai kemahiran–kemahiran penting yang terkandung dalam kurikulum . Oleh itu , guru perlu bertanggungjawab untuk merealisasikan andaian tersebut. Prinsip-Prinsip Pembelajaran Masteri adalah semua murid normal boleh menguasai apa-apa yang diajar oleh guru dan pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil dimana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid. Kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran masteri ialah mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid, mengetahui perbezaan antara murid, menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar, menyimpan rekod kemajuan murid, menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran dan merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.

(8)

IMPLIKASI MODEL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Berdasarkan model behavioral yang telah kita pelajari, beberapa implikasi yag dapat kita praktikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antaranya ialah guru mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasikan pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar. Guru juga perlu mengaitkan rangsangan dan gerak balas dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar bagi memastikan pelajar dapat menerima apa yang diajar dengan berkesan. Guru juga perlu memberi pengukuhan dan pelaziman kepada pelajar. Dengan cara ini, akan lebih menarik pelajar untuk terus mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Pemulihan spontan kepada pelajar yang kurang aktif atau pasif di dalam kelas perlu dilakukan oleh guru supaya dapat melatih mereka memberi gerak balas kepada guru dan kawan-kawan di dalam kelas.

Sebelum meneruskan kepada unit baru, guru haruslah menjalankan tafsiran atau penilaian bagi memastikan penguasaan murid-murid. Sebagai contoh, guru boleh melaksanakan kuiz bagi sesuatu topik sebelum meneruskan pengajaran yang seterusnya. Penilaian ini adalah penting untuk mengetahui tahap seseorang pelajar. Selain itu, guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Tahap kecerdasan pelajar adalah berbeza-beza. Oleh kerana itu, guru hendaklah bijak dalam mengatasi kecerdasan pelbagai yang dimiliki oleh setiap pelajar tersebut. Kaedah pengajaran guru adalah penting bagi memastikan semua pelajar dapat memahami isi pelajaran.

Guru perlu yakin bahawa semua pelajar berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar. Walaupun sesetengah pelajar tidak dapat memahami sesuatu topik secara cepat, guru harus berusaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar tersebut. Guru juga digalakkkan untuk mempelbagaikan kaedah pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang paling singkat.

Referensi

Dokumen terkait

Hipotesis nul yang kedua menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan skor min pencapaian ujian antara pelajar dalam kumpulan rawatan yang mengunakan model bentuk muka

materi setelah pembelajaran matematika dilakukan. Model pencapaian konsep adalah suatu strategi mengajar bersifat induktif didefinisikan untuk membantu siswa dari semua usia

Model pembelajaran Conceptual Understanding Procedures (CUPs) merupakan model pembelajaran yang dirancang untuk membantu pengembangan pemahaman konsep yang dianggap sulit