• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Keseluruhan Kesusasteraan Melyu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Keseluruhan Kesusasteraan Melyu"

Copied!
130
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS KESUSASTERAAN MELAYU KBSM TINGKATAN 4 dan 5

Buku Panduan Guru ini mengandungi nota-nota bagi setiap genre yang terkandung dalam teks Kesusasteraan Melayu.

1. Novel

i. Naratif Ogonshoto

2. Antologi Kubentang Sehelai Peta i. Puisi Moden

ii. Cerpen iii. Drama

3. Antologi Nilai Insan i. Puisi Tradisional ii. Prosa Tradisional

(2)

1. Novel NaratifOgonshoto PUISI MODEN

1. Virus dari Langit Global ( Nur Suhada Sayuti) 2. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy) 3. Selamat Tinggal Eropah ll (Muhamad Hj. Salleh) 4. Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar)

5. Citra Pelangi 1Malaysia (A.Halim Ali) 6. Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) 7. Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman)

8. Sekeping Kartu Kecil (Mohd Aidid Abd. Rahman) 9. Kubentang Sehelai Peta (T.Alias Taib)

10.Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) 11. Kata Bukit kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) 12.Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai)

13.Ingatan kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi)

14.Jalur Yang Tidak Pernah Padam (Jasni Mat Lani S) 15.Pancang Kenangan (Khadijah Hashim)

16.Kolek Bonda (Aminah Mokhtar)

17.Kuntum Rahsia dari Taman Takdir (WB Rendra) 18.Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari)

19.Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob) 20.Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin)

21.Ranting (Hilmi Rindu)

22.Belajarlah Memahaminya Gunung Lagenda (Shapiai Muhamad Ramly) 23.Pada Glaukoma ke Ahmar (Abd. Razak @ Rezeki Othman)

24.Suara Pedih daripada Anak Penghuni Sungai (Naapie Mat) 25.Mari Kita Ciptakan Alam Lestari (Nimoiz T.Y.)

26.Kembali ke Rumah Nurani (Husna Nazri) CERPEN

1. OOOOOOOOOOO (Shahnon Ahmad) 2. Rindu Seorang Rafiq (Nisah Hj. Haron) 3. Res Judicata (Aidil Khalid)

4. Namun Itulah Hakikatnya (Nazel Hashim Mohamad) 5. Air Mata Dalang (Rahimidin Zahari)

6. Profesor Sufi (A.Rahmad)

7. Gulai Sembilang untuk Abah (Fauziah Mohd. Ismail) 8. Kami Akan Mati, Lin (Serojatheavy Balakrishnan) 9. Perspektif (NF Abdul Manaf)

10.Bukit Emas (Mufidah Hanum Yusuf) DRAMA

(3)

1. Anna (Kemala)

2. Mat Piah dan Mr. Blackway (Mahizan Husain) PUISI TRADISIONAL

1. Pantun Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat) 2. Pantun Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)

3. Nilai Insan )Pantun Enam Kerat) 4. Seloka Boros dan Jimat

5. Seloka Kehilangan Adat Melayu 6. Seloka Tak Berikhtiar Sendiri 7. Gurindam 12 (Fasal 2 dan 5) 8. Gurindam Beberapa Petua Hidup 9. Syair Seratus Siti

10.Syair Bidasari PROSA TRADISONAL

1. Raden Puspa Kencana 2. Hang Tuah di Utus ke Siam 3. Hikayat Parang Puting

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sekolah menengah diperkenalkan bertujuan untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah memantapkan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat.

Buku Panduan Guru Kesusasteraan Mealyu disediakan sebagai bahan rujukan untuk membantu guru menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Buku ini mengandungi nota-nota bagi setiap genre sastera yang terkandung dalam teks baru Kesusasteraan Melayu yang akan diguna pakai bermula tahun 2015.

Teks Kesusasteraan Melayu yang baru ini adalah untuk menggantikan teks yang telah digunakan di sekolah sejak tahun 2010 hingga 2014. Bermula pada tahun 2015 jumlah genre dalam teks Kesusasteraan Melayu telah dikurangkan daripada 106 genre kepada

(4)

52 genre sahaja. Genre yang terpilih terdiri daripada pelbagai tema yang selaras dengan perkembangan pendidikan masyarakat global. Jumlah genre yang berkurangan ini diharapkan akan dapat menarik lebih banyak murid yang akan mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu.

Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam penghasilan Buku Panduan Guru ini. Buku ini diharapkan dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak kementerian.

KESUSASTERAAN MELAYU (KM) MATA PELAJARAN TINGKATAN 4 DAN 5 Kesusasteraan adalah karya kreatif yang merupakan salah satu dokumentasi bangsa dan negara yang penting. KM yang menjadi perantara dalam pembinaan negara bangsa Melayu umumnya dan bangsa Malaysia khasnya mempunyai peranan yang amat penting dalam pembentukan jati diri bangsa Malaysia.

Dalam sistem pendidikan negara sekarang, karya sastera diajar dalam mata pelajaran Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran elektif untuk murid Tingkatan 4 dan 5. Kesusasteraan Melayu diperuntukkan 3 waktu seminggu (3 waktu x 40 minit = 120 minit seminggu)

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), terdapat dua dokumen rasmi bagi mata pelajaran ini, iaitu Sukatan Pelajaran (SP) Kesusasteraan Melayu 2003 dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kesusasteraan Melayu 2003 edisi semakan.

(5)

a. Sukatan Pelajaran (SP) Kesusasteraan Melayu 2003

Pendidikan Kesusasteraan Melayu bertujuan untuk mendidik murid agar dapat menikmati kehalusan dan keindahan karya sastera Melayu. SP yang digubal ini dijadikan landasan ke arah melahirkan ‘Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam Kerjaya’ untuk melatih murid dalam pelbagai bidang kerjaya yang berkaitan seperti kewartawanan, penyiaran, dan pengkaryaan seni. Sukatan ini juga memasukkan elemen baharu dalam pengisian kurikulum iaitu ilmu, peraturan sosio budaya, nilai kemanusiaan, kewarganegaraan, dan kemahiran bernilai tambah. Dalam mata pelajaran ini, murid akan mengkaji karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan melalui genre novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional dan puisi tradisonal.

Matlamat kurikulum Kesusasteraan Melayu adalah “untuk melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar mereka dapat menghayati, menghargai, mencintai, dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat”. (Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu, 2003). Untuk mencapat matlamat ini, objektif berikut perlu dicapai oleh murid iaitu:

i. memahami isi dan menganalisis aspek sastera; ii. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera; iii. menghayati dan menghargai estetik bahasa;

iv. menghargai penulis dan karya yang dihasilkan;

v. memberikan pandangan, nilai karya sastera secara kritis, dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara;

vi. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid; dan

vii. memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu.

(6)

Kandungan Kurikulum Kesusasteraan Melayu ini diorganisasikan dalam tiga bahagian iaitu aspek sastera, hasil pembelajaran dan pengisian kurikulum. Rujuk Lampiran 1 untuk melihat organisasi kandungan dalam Sukatan Pelajaran. Bagi menyokong kandungan kurikulum, sekolah dibekalkan teks yang terdiri daripada genre novel, cerpen, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional untuk kajian murid (Rujuk Lampiran 2).

b. Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Kesusasteraan Melayu 2003

HSP merupakan dokumen iringan yang memperincikan SP. HSP menggariskan tiga perkara penting iaitu Hasil Pembelajaran yang terdiri daripada Hasil Pembelajaran Khusus dan Hasil Pembelajaran Utama, Huraian Hasil Pembelajaran merupakan pernyataan aras pembelajaran bagi aspek sastera yang dicapai melalui kemahiran berbahasa dan cadangan aktiviti/teknik/sumber/nota yang merupakan maklumat tambahan yang dicadangkan untuk membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Rujuk Lampiran 2 untuk penjelasan lanjut. HSP turut memberikan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian pendekatan, kaedah dan teknik, kepelbagaian sumber dan pembacaan luas (Huraian Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 2003).

(7)
(8)

NOVEL NARATIF OGONSHOTO

(9)

(Anwar Ridhwan) SINOPSIS

Prolog: Kawai Maru

Watak tidak bernama (kami) telah bekerja dengan Tuan Kawai sebagai kelasi di kapal yang bernama Kawai Maru. Kapal Kawai Maru merupakan sebuah kapal lengkap milik Tuan Kawai. Dia telah menjadi nelayan sejak berusia lima belas tahun. Kini dia sudah menjadi kaya raya. Tuan Kawai seorang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang dunia laut dan isinya. Dia selalu meluahkan rasa malunya kerana Jepun harus mengimport ikan dari Amerika, China, Thailand, Rusia dan malah sejauh dari India dan Chile. Baginya, Kawai Maru adalah sebahagian daripada jawapan. Lebih daripada tiga juta tan ikan laut dalam didaratkan di Jepun setiap tahun. Kawai Maru mesti merebut sebahagian besar rezeki. Melalui sistem telekomunikasi dan pasaran yang canggih, Kawai Maru dikunjungi kapal-kapal yang lebih kecil setiap minggu. Sebahagian besar hasil tangkapan Kawai Maru dijual terus di perairan antarabangsa. Ikan merah dan tuna menarik perhatian ramai dan terdapat di perairan Ogonshoto. Watak tidak bernama (kami) berasa harian apabila Kawai Maru mendarat di Ogonshoto yang merupakan kepulauan yang dijumpai oleh pelayar-pelayar Jepun. Di perairan Ogonshoto, kerap berlaku gelombang besar walau bagaimanapun Tuan Kawai tidak serik ke situ kerana Ogonshoto merupakan lubuk ikan luar biasa banyaknya di Pasifik. Dengan itu kami telah berkali-kali ke Ogonshoto dan mendarat sambil mendapatkan hiburan panas di hotel-hotel Tatanamu. Kami bukan sahaja bergaul dengan rakyatnya malah berkongsi cerita-cerita lain selain daripada cerita kehidupan laut. Setiap kali tidur kami teringat kisah yang telah dikutip berkali-kali dan disusun sehingga lengkap cerita tersebut sehingga menjadi lebih jelas selepas peristiwa Tsunami yang dahsyat. Di pulau asing itulah kami bertemu dengan nakhoda dan para pengikutnya dari Ogonshoto yang mencari daratan baru. Semua kisah ini dibawa oleh ‘kami’ sepanjang pelayaran dengan Kawai Maru.

(10)

Kisah pertama bermula dengan cerita presiden. Pesiden berasal daripada keluarga miskin, dikatakan anak haram ketika berusia tujuh tahun. Dia tertarik dengan kapal besar yang dimiliki oleh orang Eropah dan belayar mengikuti kapal milik nakhoda Eropah. Presiden merupakan anak kecil Malagana (ibu negeri Ogonshoto) yang pintar menjadi anak angkat kepada nakhoda kapal tersebut. Dia diberi pendidikan sehingga ke universiti. Setelah lebih dua puluh tahun di tanah Eropah, dia menghabiskan masa bersama-sama rakannya dalam sebuah kapal dan mereka telah karam hingga sampai ke persisiran negaranya dan dengan pertolongan orang ramai dia telah berjumpa dengan ibunya .

Dia mengambil keputusan tidak mahu kembali ke Eropah dan menyertai parti politik paling popular di Ogonshoto yang didokong pihak polis, tentera dan karyawan umum. Setelah tiga tahun berada dalam kancah politik, dia dilantik sebagai timbalan presiden. Enam bulan selepas perlantikan itu, presiden mati dalam tidurnya dan kemudiannya dia ditabalkan sebagai presiden baru. Presiden baru agak tegas dalam pentadbirannya. Baginya setiap tentangan mesti dihapuskan seawal mungkin dengan apa cara sekalipun. Ancaman pertama presiden ialah mahasiswa. Tindakan segera diambil konsep asrama universiti, tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan kolektif segera, dihapuskan serta-merta. Orang-orang presiden semakin mengerti akan falsafah serta pemikiran presiden yang terdidik di sebuah negara demokrasi sekali gus negara kapitalis Eropah. Oleh sebab itulah Presiden diberi gelaran yang tidak baik “Belut Selat Morauka” kerana tubuhnya yang licin dan licik. “Dewa Badak” kerana tidak pernah berasa kenyang, “Monyet Hitam” kerana perangainya yang kejam, dan “ Kolonial” kerana berlagak sebagai seorang pegawai colonial.

(11)

Jeneral baru bersara daripada angkatan bersenjata. Kisah pertempuran dan kejayaan di beberapa Pulau Pasifik ketika perang dahulu, masih diingat oleh penduduk Ogonshoto terutama generasi kacukan Jepun di Futu-Ata. Dia memilih untuk tinggal di Ture selepas bersara. Peristiwa beberapa ekor paus biru dilihat buat pertama kalinya di laut Selat Gareva setelah tidak muncul selama empat tahun dianggap petanda baik untuk dia dan isterinya tinggal di Ture. Konflik berlaku di Ture antara jeneral dan pegawai kanan apabila kedua mereka ingin menjadi pemimpin. Kemuncak wakil telah mengatur jeneral dan pegawai kanan yang mengakibatkan pembunuhan pegawai kanan. Kes pembunuhan terbongkar kerana pengintipan dilakukan oleh Presiden Ogonshoto sendiri.

Bab 3 - Penyamaran

Kisah ini berkisar kepada penyamaran orang tua untuk melihat reaksi penduduk Tubua terhadap pembangunan seperti sebuah kompleks hiburan dan perjudian yang akan dibuat di kawasan tersebut. Sebahagian penduduk menentang keras. Orang-orang presiden telah mendapat restu presiden, merancang untuk membangunkan pedalaman Tubua dari pertemuan tiga sungai di daratan Tubua sampailah ke kaki gunung berapi Gora-gora. Untuk membina jalan, bukit harus ditarah dan pokok-pokok hutan ditebang. Sekumpulan penduduk di pedalaman memprotes cadangan orang-orang presiden. Orang presiden tidak menyampaikan khabar yang tidak baik kepada presiden.

Bab 4 - Aisberg

“Aisberg” sangat penting untuk membantu penduduk pada musim kemarau untuk meneruskan kelangsungan hidup. Proses penarikan aisberg mula dilakukan oleh tujuh buah kapal. Aisberg yang pertama berjaya dikeluarkan namun aisberg yang kedua menguji kesabaran kerana agak sukar untuk dikeluarkan. Dengan bantuan pakar dan pekerja akhirnya berjaya dikeluarkan. Namun aisberg tidak sampai ke destinasinya. Ekoran itu seorang lelaki tua di Kampung Runakita telah berjaya menggali sebuah perigi yang cukup dalam dan menemui mata air yang membekalkan air yang mencukupi untuk kegunaannya pada musim kemarau.

(12)

Bab ini berkisar kepada anak angkat presiden yang suka membidik tupai kerawak jantan. Pemuda ini kemudian ditembak oleh presiden. Manakala tentera presiden juga telah memotong lidah pemuda itu sekerat dan kedua-dua pergelangan tangannya dikerat. Dalam kesakitan pemuda tersebut mencari bantuan. Akhirnya dia dibantu oleh resi yang bertapa di hutan itu.

Bab 6 - Pentafsir

Bab ini mengisahkan pentafsiran arahan presiden yang melibatkan seorang pentafsir tua, seorang resi muda, dan seorang pegawai presiden. Pentafsiran yang dianggap salah oleh presiden, menimbulkan kemarahannya. Pentafsir dari Tatamanu akhirnya meninggal dunia, sepasang matanya tetap terbuka memandang ke arah laut. Dia salah mentafsir ayat si pentafsir tua bahawa tua akan tiba dari laut menuju ke pantai.

Bab 7- Jari

Seorang guru yang mempertaruh nasib dirinya kerana cuba mengkritik pemerintah. Dia berjanji akan memotong jari manisnya sekiranya makalah kritikannya terhadap pemerintah diterbitkan dan tidak mendatangkan masalah kepada diri dan keluarganya. Ternyata pada peringkat awal tidak ada apa-apa yang berlaku, lantas dipotong jarinya itu namun selepas sekian lama, dia dan keluarganya menerima hukuman. Dia harus keluar dari Tatamanu dan saudaranya diturunkan pangkat dan harus berpindah. Guru itu juga telah mempertaruhkan nasibnya buat kali kedua. Tiga syarikat dari Turki, Jepun dan Jerman dikatakan akan ke pedalaman Kuri untuk menutuh hutan untuk dijadikan padang golf. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di situ dan guru itu juga kerana kesannya mengakibatkan tiada kawasan tadahan hujan. Penduduk akan menghadapi masalah sekiranya musim kemarau melanda. Guru itu yakin bahawa projek itu akan dibatalkan dan pedalaman Kuri tidak akan menjadi padang golf kerana risiko besar terpaksa ditanggung oleh penduduk sekiranya projek itu diteruskan. Namun keputusan presiden di luar jangkaan. Padang golf bertaraf antarabangsa tetap didirikan di kawasan tersebut. Guru itu sekali lagi menunaikan janjinya.

(13)

Kesimpulannya cerita ini berkisarkan kepada kelakuan seorang guru yang mempertaruhkan jarinya ketika dia sangsi sama ada keinginannya akan tercapai atau tidak. Hal inilah yang mengorbankan jari-jarinya.

Bab 8 - Kamera

Bab ini mengisahkan seorang pemuda yang terpilih ke Tokyo mewakili Ogonshoto di bawah program Penyelidik Muda Asia-Pasifik. Beliau berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh membongkar perbuatan jenayah.

Dia tidak sangka dirinya terpilih kerana tiga sebab, ada beberapa orang penyelidik muda lain yang berbakat di Tatamanu. Dia pula berasal dari Runakita, kota pembangkang dan lebih buruk lagi abang tuanya dahulu merupakan seorang aktivis hak asasi manusia yang menghilangkan diri sampai sekarang. Justeru, pemilihannya sangat memeranjatkan. Dalam tempoh empat bulan di Tokyo yang sekarang seolah-olah dua minggu sudah berakhir. Wang baki elaun pemerintah yang telah diberikan padanya sangat lumayan dan dia telah ke Bandar Elektrik Akihabara untuk membeli beberapa barangan untuk kamera eksperimental itu, sebuah kamera hitam, perakam suara saiz mini, dan beberapa barang lagi. Setelah sampai di Tatamanu dia telah membeli akhbar untuk mengetahui berita semasa di tanah airnya. Sedang dia membelek-belek akhbar matanya terpandang satu iklan yang aneh. Iklan itu memuatkan foto seorang lelaki tua bekas komandan tentera, juga permohonan maafnya yang sangat umum dengan meminta maaf kepada semua rakyat sepanjang perkhidmatannya sebagai Angkatan Bersenjata Republik Ogonshoto. Menurut pemandu teksi, komandan itu telah sakit teruk dan meracau, anak-anaknya pula tidak seorang pun mahu menjaganya. Hanya isterinya yang tua dan lumpuh menjaganya. Pemuda itu telah segera ke rumah komandan itu dan mendengar perbualan komandan bersama-sama seorang lelaki yang tegap. Menurut komandan tersebut dia sangat menyesali segala dosa-dosa lampaunya dan telah membunuh orang atas arahan Presiden. Komadan tersebut akhirnya dihantar ke hospital tentera bagi mengelakkan segala rahsia antara dia dan presiden dibocorkan. Melalui kamera pemuda tersebut, dia dapat melihat bagaimana abang tuanya telah dibunuh oleh komandan tersebut. Kameranya

(14)

merupakan satu teknologi yang membolehkan kita memanggil semula peristiwa masa lampau dengan merakamkan visual serta suaranya. Pergerakan serta perbuatan manusia yang dilakukan secara terang atau bersembunyi. Melalui kamera eksperimental itu, pemuda tersebut ingin membawa berita kematian abangnya ke muka pengadilan. Belum pun sempat pemuda itu ingin mengambil salinan laporannya, dia akhirnya ditahan oleh seorang tentera dan terus menggarinya kerana didakwa menggunakan kamera yang belum diluluskan penggunaannya di Ogonshoto. Komandan juga telah mati setelah melihat gambar-gambar yang dihantar oleh pemuda tersebut. Pemuda itu dilepaskan namun kematian abangnya belum mendapat pengadilan.

Bab 9 - Bahtera

Mengisahkan seorang nakhoda di Ogonshoto membina sebuah bahtera besar yang akan digunakan untuk menyelamatkan penduduk Ogonshoto kerana telah diramal bahawa kawasan tersebut akan menghadapi bencana alam.

Lelaki berumur akhir lima puluhan dan merupakan bakal nakhoda bahtera itu berdiri dan membiarkan angin agak kencang memukulnya hingga baju longgarnya yang berwarna jingga berkibar bagai gada-gada. Ketika dia sedang melihat laut tiba-tiba dia ternampak seekor penyu gergasi. Kejadian itu diceritakan kepada sekumpulan lelaki di warung, tetapi mereka tidak mempercayainya malahan mengejeknya. Menurut seorang lelaki dia tidak percaya mengenai berita itu namun pernah mendengar berita bahawa hanya penyu raksasa dapat merasakan gelisah perut bumi yang akan menggegar jadi gempa. Nahkoda merancang membina bahtera di atas bantuan orang ramai, bahtera siap mengikut perancangan. Jadi, penyu raksasa itu beredar jauh dan dalam tidak diketahui arah tujuannya. Angin kencang mula melanda, penduduk Ogonshoto mula mendaftar diri sebelum dibenarkan menaiki bahtera. Penduduk yang dahulunya sering mengejeknya kerana membina bahtera dan ceritanya tentang penyu gergasi telah mula mempercayainya. Dia semakin ramai pengikut, namun dia ditentang oleh anak lelakinya dan tidak mempercayai bahawa akan berlaku gempa yang besar. Kerja-kerja pembinaan bahtera giat dilakukan walaupun ditentang oleh anaknya sendiri. Anak lelaki nakhoda akhirnya berjaya dipujuk dan bersama-sama menaiki bahtera itu. Gelombang

(15)

besar akhirnya melanda namun mereka semua selamat di dalam bahtera sehingga berjumpa daratan.

Epilog

Apabila kapal Kawai Maru berlabuh di perairan pulau kami bertemu dengan bahtera dari Ogonshoto. Nahkoda dan penumpang bercerita peristiwa Tsunami dan kisah-kisah itulah kami bawa sebagai naratif yang disampaikan dari bibir ke bibir. Peristiwa itu telah berlaku berpuluh-puluh tahun sehingga aku sendiri telah berusia 80 tahun dan telah meninggalkan Kawai Maru. Aku menghabiskan sisa-sisa hidupku di rumah orang-orang tua daerah Kita Tokyo. Aku masih mengingati kampung halamanku di Malaya.

TEMA

Tema merupakan persoalan utama yang diungkapkan dalam sesebuah karya sama ada secara langsung ataupun tidak. Novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan bertemakan kemasyarakatan seperti kepincangan dalam kepimpinan dari segi kehidupan sosial, ekonomi dan politik serta pembangunan terhadap kepulauan Ogonshoto yang diterajui oleh Presiden.

PERSOALAN

Persoalan merupakan perkara sampingan yang mempunyai hubungannya dengan tema. Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini. Antaranya adalah:

Keruntuhan Moral dalam Penggunaan Kekuasaan

Manusia sanggup melakukan apa sahaja. Nilai-nilai kemanusiaan sudah tidak ada lagi. Contohnya dalam bab “Mainan”. Presiden sanggup menembak anak angkatnya. Tentera Presiden pula memotong lidah dan kedua-dua pergelangan tangan anak angkat Presiden. Dalam bab “Jeneral”. Konflik berlaku di Ture, iaitu antara jeneral dan pegawai kanan apabila kedua mereka ingin menjadi pemimpin. Kemuncaknya jeneral

(16)

telah membunuh pegawai kanan. Kes pembunuhan terbongkar kerana pengintipan dilakukan oleh Presiden Ogonshoto sendiri.

Kepercayaan Terhadap Semangat Spritual

Dalam novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan dapat dikesan masyarakat yang masih lagi mengekalkan budaya lama seperti acara memuja ‘semangat rumah’. Hal ini dapat dilihat dalam petikan seperti berikut:

Pada hari dia mula-mula menduduki rumah kecilnya di Ture, dalam acara memuja ‘semangat rumah’, dia turut mengundang beberapa orang kacukan Jepun Futu-Ata, wartawan akhbar dan televisyen, selain beberapa penduduk di Ture yang dipilihnya.

(hal: 25) Kemajuan Teknologi dalam Industri Pembuatan

Kemajuan dari aspek teknologi dapat dikesan dalam novel Naratif Ogonshoto karya Anwar Ridhwan. Contohnya Kapal Kawai Maru dilengkapi dengan sistem telekomunikasi dan pasaran yang canggih. Lantaran itu, Kawai Maru dikunjungi kapal-kapal yang lebih kecil setiap minggu. Sebahagian besar hasil tangkapan Kawai Maru dijual terus di perairan antarabangsa. Selain itu, Kawai Maru mempunyai komputer yang menyambung pandangan mata satelit. Isyarat mata satelit itulah yang dapat mengesan ikan-ikan di perairan tertentu. Selain itu dapat dikesan dalam bab “Kamera”. Seorang pemuda yang mengikuti program penyelidik Muda Asia Pasifik di Jepun, bukan sahaja telah berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh membongkar perbuatan jenayah.

(17)

Melalui program penyelidik Muda Asia Pasifik di Jepun, seorang pemuda berjaya mencipta sebuah kamera yang boleh merakamkan peristiwa masa lampau, malah boleh membongkar perbuatan jenayah.

Dalam satu peristiwa yang lain dapat dilihat ‘ciptaan yang hidup’. Seorang resi muda berjaya mencipta ikan-ikan daripada tanah liat yang bewarna-warni. Ikan-ikan tersebut kelihatan realistik.

Pembangunan yang Mengorbankan Alam Sekitar

Pembangunan akan dilaksanakan jika memberi keuntungan kepada negara tanpa mengambil kira implikasi daripada pembangunan tersebut. Contohnya dapat dikesan dalam bab “jari”. Pembinaan padang golf bertaraf antarabangsa dijangka memberi keuntungan kepada negara. Projek ini diluluskan oleh presiden walaupun memberi kesan kepada kawasan tadahan hujan.

Kebebasan Media dalam Kalangan Masyarakat

Pihak pemerintah masih mengawal kebebasan media. Hukuman dikenakan kepada sesiapa sahaja yang berani mencabar kepimpinan sebuah negara. Contohnya dalam bab “Jari”. Bukan sahaja guru itu terpaksa bertukar tempat kerja malah saudara-saudaranya juga. Ada yang ditukarkan tempat kerja dan ada juga yang diturunkan jawatan. Hal ini berlaku kerana guru itu menghantar kepada akhbar makalah kritikan kepada pemerintah.

Penyelewengan dalam Kepimpinan i. Tidak mendekati jiwa rakyat

Dalam novel Naratif Ogonshoto dapat dikesan ciri-ciri pemimpin yang tidak mendekati jiwa rakyat. Hal ini dapat dilihat melalui pengakuan Presiden sendiri seperti:

Di lapangan terbang, Presiden dari Afrika itu sebelum berlepas pulang sempat berkata, “Saya kagum bahawa Bapak Presiden amat dihormati oleh anggota Dewan Kepresidenan dan rakyat Ogonshoto.”

Menentang mata rakan sejawatannya, Presiden membalas dengan ungkapan yang pernah dilontarkan Caligula. “Mereka tidak menghormati saya. Mereka takut kepada saya.”

(18)

ii. Menggunakan kuasa secara mutlak

Anwar Ridhwan juga memaparkan sifat pemimpin yang menggunakan kuasa secara mutlak. Presiden Ogonshoto akan melakukan apa sahaja kepada sesiapa yang menentang pentadbirannya. Ini dapat dilihat dalam petikan seperti berikut:

… setiap penentangan, seperti kuman yang berbahaya, mesti dihapuskan seawal mungkin dengan apa cara sekalipun

Presiden merealisasikan kata-katanya. Kuman pertama Presiden ialah golongan mahasiswa. Tindakan serta-merta diambil seperti berikut:

Presiden serta seluruh anggota Dewan Kepresidenan mempersiap dan memperkuat mekanisme pertahanan tubuh, dengan proten-proten antibodi, yang sel-sel putihnya bersiaga melawan antigen mahasiswa. Konsep asrama universiti, tempat mahasiswa berkumpul dan boleh membuat gerakan kolektif segera dihapuskan serta merta. Berbondong-bondonglah para mahasiswa mencari rumah-rumah sewaan di luar kampus. Sebarang bentuk bantahan bukan sahaja tidak akan dilayan, malah pembantah akan dihukum di bawah suatu regulasi baru yang memberikan penekanan bahawa tugas mahasiswa yang utama adalah mengikuti kuliah dan menelaah di perpustakaan.

Kemiskinan Mengakibatkan Keciciran

Kemiskinan merupakan salah satu faktor kanak-kanak di Ogonshoto tidak berpendidikan tinggi. Ini dapat dilihat dalam petikan seperti:

“… Akan rugilah Ogonshoto kelak apabila anak kecil Malagana yang pintar itu terbiar tanpa pendidikan tinggi”.

“Di dunia ketiga yang tradisional lagi miskin, menurut catatan biografi itu, ibu tidak mahu berpisah dengan anak yang kelak boleh menolongnya secara fizikal ketika usia tua; biarpun si anak tidak bersekolah dan bodoh”.

Kasih Sayang terhadap Ibu

Dalam novel Naratif Ogonshoto digambarkan hubungan kekeluargaan yang positif. Seorang anak yang tetap menyayangi dan menghormati ibunya yang miskin walaupun

(19)

dia sudah berjaya dan dihormati oleh masyarakat. Ini membuktikan dia masih lagi tahu asal usulnya dan tidak lupa diri. Hal ini dapat dilihat seperti dalam petikan di bawah:

… Dia lelaki yang sempurna, yang sedari kecil kecil kepintarannya telah dikesan seorang nakhoda Eropah. Di tanah asing itu dia menjadi kesayangan keluarga nakhoda, dikagumi dan dihormati oleh rakan siswa dan gurunya. Kajian-kajiannya yang memihak pada keselamatan awam dan demokrasi mendapat sanjungan pensyarah dan profesornya. Apa lagi? Dia pulang sebagai lelaki gagah, berhadapan dengan seorang perempuan tua yang agak hodoh berkeriputan, hatta tetap dipeluk lututnya demi rasa hormat seorang anak yang tahu asal-usulnya.

(20)

Virus dari Langit Global (Nur Suhada Sayuti) Maksud

Rangkap 1

PUISI

MODEN

(21)

Penyajak menyatakan tentang budaya atau anasir yang tidak sihat telah mempengaruhi fikiran dan hati generasi kini. Budaya mementingkan keseronokan diri telah menjadi darah daging generasi muda.

Rangkap 2

Nilai yang seiring pembangunan fizikal generasi muda telah musnah. Generasi muda kini telah dipengaruh dan dilanda pelbagai budaya serta nilai negatif.

Rangkap 3

Anasir yang datang dari luar telah memusnahkan nilai ketulusan dan menjajah minda generasi muda kini. Nilai kesusilaan dan budaya tidak lagi dipedulikan oleh generasi muda akibat pengaruh nilai yang tidak baik. Anasir yang tidak sihat telah menyebabkan harapan kepada generasi muda semakin musnah.

Tema

Jati diri generasi muda yang semakin terhakis akibat pengaruh budaya moden. Persoalan

1. Persoalan tentang kerapuhan minda generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh budaya yang mementingkan keseronokan.

2. Keruntuhan jati diri generasi muda akibat anasir negatif yang datang dari dunia luar..

3. Dunia tanpa sempadan telah menyebabkan segala anasir negatif mudah mempengaruhi generasi muda masa kini.

Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fadh Razy)

Maksud Rangkap 1

(22)

Seorang yang memerah keringatnya di bawah matahari terik untuk mengusahakan sawah padi.

Rangkap 2

Dalam musim yang panas, orang tua itu tetap membawa cangkul untuk mengusahakan sawah sedaya upaya.

Rangkap 3

Orang tua itu membersihkan sawahnya daripada semak.Dalam sawah terdapat padi yang sedang masak dan terdapat banyak tikus yang ingin memusnahkan padi.

Rangkap 4

Petani tua itu melaksanakan amanah orang tuanya untuk mengerjakan sawah itu, walaupun sukar.

Rangkap 5

Sewaktu petang Pak tua bersandar di surau usang, Pak Tua merasa sedih ketika azan dilaungkan kerana di dalam hatinya terpendam rasa yang marah yang tidak ditahannya. Rangkap 6

Usaha untuk mempertahankan tanah sawahnya jadi sia-sia kerana telah ditipu oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.

Rangkap 7

Sawahnya yang selama ini digunakan untuk menyara mereka sekeluarga telah dibangunkan dengan perubahan pemodenan.

Tema

Tema sajak ini ialah kemasyarakatan.Pembangunan yang dijalankan telah melenyapkan warisan tradisi nenek moyang iaitu sawah padi.

(23)

1. Persoalan kegigihan mengusahakan sawah. Contohnya walaupun cuaca panas dan menggunakan cangkul yang tumpul petani tetap gigih mengusahakan sawahnya.

2. Persoalan tipu muslihat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya sawah petani tua telah dieksplotasikan oleh golongan yang tidak

bertanggungjawab untuk pembangunan.

3. Persoalan ketaatan menunaikan ajaran agama. Contohnya petani tua sentiasa menunaikan suruhan Tuhan dengan melaksanakan solat di surau usang itu.

Selamat Tinggal Eropah II (Muhammad Haji Salleh) Maksud

Rangkap 1

Penyajak berharap agar negara-negara Eropah yang dahulunya menjajah negara lain kini insaf akan perbuatan mereka. Nilai yang dilaungkan/didoktrinkan/dipegang oleh

(24)

mereka sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata. Mereka juga diingatkan agar tidak memperlekeh/mengata/merendah-rendahkan negara yang telah dijajah itu sebagai pembelot. Pada hal mereka yang memanipulasi setiap peristiwa yang melakar sejarah itu dengan kekejaman dan penipuan secara bermuka-muka/melaga-lagakan.

Rangkap 2

Penyajak melihat bahawa negara Eropah kini sedang menanggung sengsara akibat perbuatan mereka yang lalu, namun mereka cuba menyembunyikan masalah yang dihadapi.

Rangkap 3

Kini, penyajak mendesak negara-negara Eropah supaya bercakap benar dengan seluruh dunia tentang pembohongan yang dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Rangkap 4

Segala penindasan, kekejaman dan penipuan yang dilakukan oleh negara-negara Eropah ini disedari oleh penyajak dan penyajak akan mengingati segala peristiwa hitam yang dicipta oleh mereka sampai bila-bila.

Tema

Sajak ini bertemakan keamanan sejagat. Penyajak mengharapkan agar negara-negara Eropah tidak lagi menindas negara-negara lain kerana mereka sebenarnya telah banyak melakukan kekejaman kepada dunia. Semoga dengan itu, sejarah hitam yang pernah berlaku tidak akan berulang lagi dan dunia akan aman damai.

Persoalan

1. Kesedaran atas perkara yang telah dilakukan Contoh: aku harap ingatanmu masih

luas untuk menakung sejarah

yang kaukuasai dengan darah dan helah 2. Kejujuran dalam menjalin hubungan sejagat

Contoh: sekarang kau harus berkata 3. Kekejaman untuk mendapatkan kuasa

(25)

Contoh: pembakaran rumah Turki di Jerman 4. Kesan atas perlakuan yang telah dilakukan

Contoh: di mukamu kulihat luka baru senyummu dibelah seksa

Menterjemah Bahasa (Abd. Rahim Omar) Maksud

Rangkap 1

Penyajak menyatakan bahasa kita telah melalui proses kematangan dan telah tersebar ke serata benua di dunia ini. Bahasa kita telah menjadi jambatan penghubung dan penyatuan pelbagai bangsa dan budaya yang berlainan.

Rangkap 2

Bahasa kita telah diangkat sejak abad ke-7 masihi bermula dari kerajaan Sriwijaya hingga zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa kita mampu menjadi medium ilmu dan mengangkat maruah sesuatu bangsa sehingga ke peringkat antarabangsa.

(26)

Rangkap 3

Tanpa henti bahasa kita telah berazam menjadi wadah ilmu untuk membentuk jati diri bangsa sehingga melahirkan tokoh cendekiawan dan pendeta yang bijaksana.

Rangkap 4

Bahasa kita telah menjadi bahasa ilmu untuk menerokai segala teori dan masalah. Walaupun penjajah memperkecil-kecilkan bahasa kita dengan alasan bahasa kita tiada kepentingan ekonomi. Namun bahasa kita tetap maju dan hebat menjadi warisan negara bangsa.

Tema

Bertemakan patriotisme iaitu mencintai dan mengangkat martabat bahasa kita.

Persoalan

1. Persoalan kepentingan bahasa kepada sesuatu bangsa. Ianya menjadi ikatan pelbagai bangsa dan budaya.

2. Persoalan bahasa sebagai wadah ilmu dan mampu membina sesuatu peradaban bangsa.

3. Persoalan kegemilangan bahasa itu bukan hanya menjadi sejarah tetapi akan terus berkembang menjadi bahasa ilmu dan telah melahirkan ramai tokoh cendekiawan yang bijaksana.

4. Persoalan tekanan dan cabaran daripada musuh bahasa kita. Walaupun telah dijajah bahasa kita tidak akan lupus malah akan tetap terus berkembang.

(27)

Citra Pelangi 1 Malaysia (A.Halim Ali) Maksud

Rangkap 1

Impian dan angan-angan perlu ada pada setiap orang untuk direalisasikan pada masa hadapan.

Rangkap 2

Walaupun mempunyai pelbagai perbezaan pendapat, penyajak berharap perbezaan itu dapat mencapai satu tujuan yang sama. Penyajak berharap dengan wadah satu bahasa, perpaduan dapat dicapai walaupun mempunyai pelbagai bangsa.

Rangkap 3

Penyajak berharap kita semua dapat saling bermaafan dan saling kasih mengasihi antara satu sama lain di bawah rumpun Melayu, walaupun kita mempunyai kepelbagaian bangsa. Penyajak berharap kepelbagaian bangsa dapat memupuk kesefahaman dalam kehidupan bermasyarakat. Perbezaan pendapat hanyalah perkara biasa dan diharapkan kita akan dapat bersatu demi tanah air tercinta.

(28)

Tema

Bertemakan perpaduan nasional antara pelbagai kaum di Malaysia untuk bersama-sama memajukan dan membangunkan negara.

Persoalan

1. Persoalan impian dan angan-angan perpaduan pelbagai bangsa akan menjadi kenyataan jika diusahakan dengan penuh kegigihan.

2. Persoalan bahasa kebangsaaan boleh dijadikan jambatan untuk mengeratkan hubungan antara kaum. Bahasa juga boleh dijadikan sebagai alat komunikasi untuk saling mengenal dan memahami.

3. Persoalan kasih sayang perlulah dipupuk antara pelbagai bangsa di negara melalui satu bahasa.

4. Persoalan perbincangan untuk mencari kesepakatan perlu ada dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa.

5. Persoalan bersatu-padu untuk satu tujuan dan demi negara yang tercinta.

6. Persoalan saling bermaafan-maafan dan bertolak ansur antara satu sama lain di bawah satu negara.

7. Persoalan estetika iaitu warisan budaya rumpun Melayu yang berhemah dalam menangani sesuatu perkara.

8. Persoalan perpaduan antara kaum penting untuk kemakmuran dan keamanan negara.

(29)

Mencintai Tanah Ini (Lim Swee Tin) Maksud

Rangkap 1

Penyair mencabar sesiapa sahaja yang berani mencemarkan/menimbulkan ketegangan/menghapuskan kedamaian dalam keadaan negara yang sejahtera ini. Penyair turut mempersoalkan mereka yang sentiasa menyusun strategi dan bertindak agresif/ganas/tidak berperikemanusiaan/ melanggar peraturan/peraturan rimba dengan membangkitkan dendam dan menabur bibit-bibit kebencian dalam negara yang damai lagi sejahtera.

Rangkap 2

Penyair menegaskan bahawa sejarah yang dilakukan oleh pahlawan bangsa. Masih tetap dikenang walaupun zaman telah silih berganti. Masih terkesan kezaliman dan penindasan yang menyebabkan penderitaan yang dilalui semasa zaman penjajahan yang silih berganti (Portugis, British, Jepun, Komunis…) Walaupun zaman telah berganti namun kepedihan itu tetap terasa seolah-olah baru sahaja berlaku.

Rangkap 3

Setiap detik anak-anak bangsa masih teguh dan sentiasa menaruh harapan untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara bangsa tercinta. Mereka sanggup berjuang dan berkorban nyawa tanpa mengharapkan ganjaran demi kasih sayang yang suci dan murni.

Tema

Bertemakan semangat patriotik dan sentiasa bersemangat dan bersedia mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara bangsa tercinta.

(30)

Persoalan

1. Jati diri dan patriotisme. Penceroboh keamanan negara perlu ditentang dengan tegas oleh setiap anak bangsa yang menghuni sesebuah negara. Menentang mereka yang menimbulkan ketegangan dan konflik dalam negara melambangkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada negara bangsa.

Contoh : - Siapakah berani merobek angin musim sentosa ini Contoh :- Siapakah berani memancung damai negeri bertuah ini

2. Mengenang kembali sejarah bangsa zaman silam. Kita perlu mengenang jasa nenek-moyang/ generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa menentang penjajah yang datang silihberganti. Kini negara berada dalam keadaan sentosa, sejahtera dan bertuah

Contoh : - sejarah pertiwi masih cermat tersimpan dalam album purbanya

ngilu hiris cengkam penjajah berganti silih

mencakar sukma ibunda

hari ini pun terasa lagi akan pedih siatnya.

3. Pasti ada rakyat yang tidak berpuas hati dan sentiasa berusaha menyebarkan rasa dendam dan kebencian secara agresif tanpa memikirkan kesan kepada negara bangsa. Oleh itu kita berlu berwaspada untuk mengelak menyumbang kepada ketidakharmonian negara bangsa.

Contoh:- siapakah berani merobek angin musim sentosa sayapnya menebar jauh hingga ke lereng bukit

dan denai-denai desa dengan pedang terhunus dendam

berpercikan silau kebencian

4. Kasih sayang anak bangsa kepada negara tercinta. Kita perlu mengimbau sejarah silam perjuangan waris terdahulu yang membebaskan diri dari belenggu penindasan dan kezaliman penjajah. Oleh itu keamanan yang ada kini perlulah dikekalkan dan mengelakkan diri daripada mencetuskan konflik berdarah demi mengelak sejarah pahit zaman silam berulang kembali. Janganlah pula kita yang menjadi dalang di tanah air sendiri.

Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa masih kental mengisi mimpi

(31)

membenteng tanah yang sesusuk ini dengan harga cinta tak tertawarkan dengan anyam kasih tak tercelakan.

5. Masih ada anak-anak bangsa generasi yang mewarisi semangat perjuangan generasi silam yang kental jiwanya dan sanggup berjuang dan berkorban untuk mempertahankan kedaulatan dan keharmonian negara bangsa.

Contoh:- degup ingin anak-anak bangsa masih kental mengisi mimpi

membenteng tanah yang sesusuk ini dengan harga cinta tak tertawarkan dengan anyam kasih tak tercelakan

Ini Tanah Kita (Salman Sulaiman) Maksud

Rangkap 1

Penyajak ingat akan pesan bondanya bahawa suatu hari nanti penyajak atau anaknya akan menempuhi kematian. Bonda mengingatkan penyajak supaya sentiasa mengingati

(32)

Tuhan dan berzikir kepada Tuhan dengan penuh keinsafan seolah-olah seperti seorang tua yang hampir meninggal dunia.

Rangkap 2

Pesan bonda lagi, liang lahad ini akan diisi dengan jasad-jasad yang bersedia menghadapi kematian. Penyajak termenung seketika memikirkan bagaimana untuk menjadi lelaki yang bersedia untuk hidup dalam alam liang lahad tersebut.

Rangkap 3

Bonda berpesan lagi supaya kita sentiasa mengingati hari kematian kita kerana kemungkinan kita akan mati pada hari esoknya.

Rangkap 4

Kita tidak hanya perlu melilitkan kepala dengan kain serban untuk menunjukkan alim di hadapan malaikat Munkar dan tidak perlu mempunyai ilmu sihir untuk bersembunyi daripada malaikat Nakir. Namun kita perlu tahu bahawa kita berasal daripada tanah. Rangkap 5

Tanah (kubur) ini sentiasa menunggu bakal-bakal penghuninya. Rangkap 6

Penyajak berimiginasi terdapat seorang lelaki tua di bawah sepohon kemboja sedang menggali liang lahad untuk jasadnya sendiri. (Menggambarkan seseorang itu telah bersedia untuk kembali kepada Penciptanya)

Tema

Sajak ini bertemakan keagamaan, sentiasa mengingati kematian kerana setiap yang hidup akan berakhir dengan kematian.

(33)

1. Persediaan menghadapi kematian. Kita sebagai manusia yang akan menempuh alam kematian suatu hari nanti perlu bersedia dan membawa bekalan menuju akhirat.

2. Nasihat seorang ibu kepada anaknya. Ibu menasihati anaknya supaya sentiasa bersedia mengingati kematian yang akan dilalui oleh setiap manusia.

3. Keinsafan di dalam diri manusia. Kematian yang berlaku setiap hari dapat menyedarkan dan menginsafkan penyajak bahawa suatu hari nanti dia juga akan menempuhi kematian.

Sekeping Kartu Kecil (Mohd. Aidid Abd Rahman) Maksud

(34)

Penyajak menyangka bahawa kekasihnya telah melupakannya kerana mereka telah lama berpisah.

Rangkap 2

Penyajak menerima kad ucapan hari raya daripada kekasihnya. Rangkap 3

Kad tersebut menggembirakan penyajak dan terkenang akan hubungan mereka pada masa lampau.

Rangkap 4

Penyajak ingin berkunjung ke rumah sahabatnya pada hari raya nanti. Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai sahabat. Penyajak meminta kekasihnya melayannya sebagai sahabat.

Tema

Bertemakan persahabatan. Penyajak mengharapkan hubungan yang terputus antara dia dan kekasihnya akan tetap berkekalan tetapi sebagai sahabat.

Persoalan

1. Kesetiaan dalam memupuk persahabatan.

Contoh: ya, ingin sekali aku berkunjung ke rumahmu bukan lagi sebagai kekasih seperti kelmarin 2. Kasih sayang dalam keluarga

Contoh: dan tiga orang anak tercinta 3. Melayan tetamu dengan baik

Contoh: sambutlah sebagaimana kebiasaan engkau menyambut tetamu

(35)

Kubentang Sehelai Peta (T. Alias Taib) Maksud

Rangkap 1

Penyajak mula menyatakan perjalanan hidupnya dari kecil sehingga berusia 60 tahun. Rangkap 2

Penyajak terkenangkan semasa kecilnya. Dia banyak menghabiskan masa di sawah dan kesabarannya dibentuk semasa aktiviti memancing.

(36)

Rangkap 3

Penyajak mengalami kesukaran untuk menuntut ilmu. Beliau terpaksa berkaki ayam dan melalui kawasan hutan semasa ke sekolah.

Rangkap 4

Semasa remaja juga beliau menghadapi cabaran/masalah/dugaan untuk mencapai impiannya sebagai penulis/karyawan.

Rangkap 5

Apabila semakin berusia, penulis semakin matang dan mengenal diri sendiri serta peranannya dalam masyarakat.

Rangkap 6

Penulis akhirnya berjaya mencapai impiannya namun tetap mengekalkan warisan budaya nenek moyang.

Tema

Bertemakan jati diri. Penyajak menceritakan pengalaman pahit getirnya mengharungi kehidupan.

Persoalan

1. Ketabahan dalam mengharungi cabaran hidup Contoh: Di atas rakit ini kurempuh kesulitan

2. Gigih berusaha mencapai kejayaan dalam pelajaran Contoh: menajamkan kalam dan berkaki ayam

menyusur denai basah ke sekolah 3. Kegigihan mencapai cita-cita

(37)

Contoh: antara bakat menulis puisi dengan mengasah perasaan 4. Mengenal diri sendiri

Contoh: Di atas rakit ini kukayuh usiaku Mudik ke hulu hari mencari diri

Sepi Syawal Tanpa Bonda (Amylia Hussain) Maksud

Rangkap 1

Penyajak melahirkan perasaan kecewa dan dukacitanya yang bercampur gaul dalam hati dan membiarkan kesedihan dan kesunyian yang dialami seterusnya tergambar pada wajah penyajak

Rangkap 2

Penyajak berasa amat gembira sewaktu mendengar alunan takbir bergema kerana dapat bersama-sama ibunya, seorang wanita tua yang penuh kesabaran dan baik hati. Rangkap 3

(38)

Setelah kematian ibunya, penyajak berasa amat sunyi dan pilu. Namun, kenangan sewaktu bersama-sama ibunya dahulu tetap dalam ingatannya.

Tema

Sajak ini bertemakan kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tetap utuh walaupun ibunya telah meninggal dunia. Hal ini amat menyentuh hati penyajak terutama sewaktu menyambut kedatangan syawal, penyajak berasa amat sunyi.

Persoalan

1. Kematian orang yang tersayang – penyajak menerima kematian ibunya walaupun dalam masa yang sama beliau amat terasa dengan kehilangan tersebut.

2. Kesepian menjalani kehidupan – penyajak berasa sunyi selepas kematian ibunya dan sentiasa terkenangkan ibunya.

3. Kesabaran menjalani kehidupan – ibu penyajak merupakan seorang yang penyabar kerana menyimpan sendiri kesusahannya daripada pengetahuan penyajak.

Kata Bukit Kepada Jentolak (Mohd Faizal Said) Maksud

Rangkap 1

Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia pernah mencatat sejarah, iaitu pernah berlaku persengketaan antara dua beradik sehingga membawa kepada peperangan. Pertanyaan daripada bukit kepada jentolak yang datang dengan hingar dengan deruman dan boleh menguburkan sejarah yang pernah berlaku di bukit itu.

Rangkap 2

Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang. Rangkap 3

(39)

Bukit berkata kepada jentolak bahawa dia adalah pasak kepada alam dan disebabkan sikap rakus manusia yang memusnahkan alam maka berlakulah kejadian tanah runtuh. Rangkap 4

Jentolak berkata kepada bukit bahawa dia tidak mengetahui apa-apa malahan dia tidak mahu ambil tahu kerana dia melakukan sesuatu adalah semata-mata kerana wang.

Tema

Sajak ini bertemakan alam sekitar. Penjagaan alam sekitar penting bagi menjamin kelestarian alam. Alam sekitar adalah sumber penting dalam kehidupan manusia. Kemusnahan alam sekitar boleh mendatangkan bencana kepada kita.

Persoalan

1. Kuasa wang – Penyajak menimbulkan isu mengenai sesetengah pihak yang lebih mementingkan keuntungan berbanding menjaga kelestarian alam.

2. Peristiwa bersejarah – Peristiwa bersejarah, iaitu perang saudara yang pernah berlaku di bukit itu akan terkubur sekiranya bukit ini dimusnahkan oleh jentolak. 3. Kemusnahan alam sekitar – Kerakusan sesetengah pihak yang cuba mengaut

keuntungan akan mendatangkan kemusnahan kepada alam sekitar, iaitu boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh.

(40)

Lidah Anakku Berbelang-Belang (Abizai)

Maksud Rangkap 1

Pengaruh daripada pendidikan sekular telah menyebabkan generasi hari ini mengagungkan perkara-perkara yang dihasilkan oleh orang barat. Anak-anak hari ini lebih suka kepada gaya hidup moden dan tidak mengamalkan warisan budaya sendiri. Penyajak mengharapkan agar anak-anak muda hari ini kembali ke pangkal jalan sebelum masa terlambat.

Tema

Sajak ini bertemakan kesan dan pengaruh budaya moden terhadap perkembangan gaya hidup anak-anak muda hari ini. Contohnya, anak-anak muda hari ini telah mula mengagungkan bahasa barat berbanding menggunakan bahasa ibunda.

(41)

1. Kepentingan bahasa ibunda . Anak-anak muda keliru tentang kelebihan antara bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Bahasa asing lebih diagungkan berbanding bahasa ibunda.

Contoh : hasil didikan serampang bermata dua keliru menilai martabat bahasa ibunda 2. Mengagungkan budaya barat berbanding budaya sendiri

Contoh: memuja kuntuman tulip di taman seberang melupakan haruman melur di laman

belakang

3. Amalan budi bahasa yang semakin terhakis

Contoh : teduh budi bahasa tiada lagi terasa ditawan terik mentari langit terbuka 4. Seruan kembali ke pangkal jalan

Contoh: segeralah pulang sebelum menghilang setia menghadam kulit dan isi warisan

(42)

Ingatan Kepada Kawan XXIV (Zaen Kasturi)

Maksud Rangkap 1

Walaupun peralihan waktu dan musim. Saban waktu penyajak mengingati kawannya dan diharapkan menjadi ingatan di hati kawannya juga.

Rangkap 2

Penyajak menggambarkan kemungkinan dirinya hanya bayangan atau kenyataan buat sementara selagi dia masih hidup. Mungkin setelah melalui dan mengalami semuanya maka kita akan lebih tahu rencah kehidupan ini. Dalam kehidupan ini kita akan sentiasa dibuai mimpi jika kita tidur dan akan berjumpa seorang kawan yang baik jika ditakdirkan oleh Tuhan dalam kehidupan.

Rangkap 3

Dalam hubungan yang wujud ini, akan membawa kita mengharungi kehidupan yang lebih baik dan akan menjadi sahabat yang akan sentiasa menjaga kawannya serta menganggap kawannya menjadi sebahagian dirinya yang penting dalam hidup ini. Rangkap 4

(43)

Dalam hubungan persahabatan, kita harus ikhlas menjaga kawan dan bukan mempunyai keinginan tersirat untuk memilikinya. Kawan atau sahabat kita mungkin ada yang menghadapi pelbagai masalah.

Rangkap 5

Penyajak menganggap kawannya tempat dia meluahkan masalah dan perkongsian masalah dapat diselesaikan. Dalam kehidupan ini kita sering dilambung pelbagai dugaan dan masalah. Namun semua itu adalah sesuatu yang indah.

Tema

Bertemakan kasih sayang seorang rakan yang menyayangi rakannya dan sanggup berkongsi masalah bersama-sama.

Persoalan

1. Persoalan sikap kawan yang mengambil berat masalah kawannya.

2. Persoalan saling mengingati antara satu sama lain tanpa ada hasrat yang tersembunyi di sebaliknya.

3. Persoalan keikhlasan dan jujur dalam persahabatan tanpa ada niat untuk mengkhianati sahabat atau kawan.

(44)

Jalur yang Tidak Pernah Padam (Jasni Matlani)

Maksud Rangkap 1

Cahaya matahari mula menyinari, menerangi bumi pada waktu pagi ke seluruh pelusuk dunia sama ada di atas bumbung, di atas pokok-pokok rendang, di kawasan taman, di kawasan kota yang sibuk ataupun kawasan desa yang suram.

Rangkap 2

Apabila hari semakin tinggi, maka cahaya matahari semakin bersinar dan menerangi ke seluruh alam. Malahan cahaya matahari yang berkaca-kaca ini turut diraikan dalam satu pesta untuk mengalu-alukan turunnya hujan setelah tujuh tahun mengalami musim kemarau.

Rangkap 3

Sinar matahari tidak pernah padam malah terus memancarkan cahayanya walaupun telah sampai ke penghujung petang. Sinarnya tidak akan berakhir pada waktu itu sahaja kerana cahayanya akan menerangi bahagian lain di muka bumi ini. Matahari tidak akan hilang atau terhapus daripada dunia ini walaupun tidak kelihatan pada pandangan mata.

Tema

Kepentingan alam semula jadi kepada manusia. Matahari telah membantu penduduk bumi menerangi alam ini dengan pancaran cahayanya yang berterusan tanpa ada penghujung.

(45)

Persoalan

1. Berbuat jasa – Matahari telah berbuat jasa kepada alam ini tanpa mengira manusia, haiwan atau tumbuhan dengan menerangi bumi ini secara berterusan.

2. Kesetiaan dalam perhubungan – Perhubungan manusia dengan matahari sangat rapat sehinggakan kehadiran matahari turut dirasai pada waktu malam walaupun jasadnya sudah tidak kelihatan lagi.

3. Kesyukuran – Hujan yang turun telah disambut dengan gembira dan penuh kesyukuran akibat musim kemarau yang berlaku selama tujuh tahun.

Pancang Kenangan (Khadijah Hashim) Maksud

(46)

Rangkap 1

Penyajak menyuarakan keluhan kerana terdapat banyak pihak yang tidak menghiraukan / tidak prihatin dengan suara-suara pendapat / bantahan tentang kemusnahan alam akibat proses pembangunan.

Rangkap 2

Keadaan yang berlaku menyebabkan banyak pihak yang kecewa dan berputus asa kerana terpaksa tunduk menurut arahan pihak atasan / pihak berkuasa. Mereka terpaksa akur dengan membiarkan alam semula jadi diteroka secara meluas demi pembangunan.

Rangkap 3

Terdapat golongan yang berkuasa semakin lantang bersuara dan sanggup mendengar suara bantahan golongan pencinta alam. Mereka memberi janji dan mengadakan kempen/slogan namun semua itu tidak dapat membersihkan sungai yang telah tercemar dan menyelamatkan flora dan fauna. Golongan bawahan tidak mampu menghalang semua itu daripada berlaku. Alam sekitar ini bakal menjadi satu kenangan sahaja suatu hari nanti jika masalah ini terus berlaku.

Tema

Bertemakan proses pembangunan yang banyak mengorbankan alam sekitar.

Persoalan

1. Kepupusan flora dan fauna akibat proses pembangunan.

2. Sikap manusia yang mementingkan diri sehingga mengabaikan alam sekitar. 3. Golongan bawahan yang terpaksa akur dengan tindakan golongan atasan yang

bersifat negatif.

4. Usaha-usaha yang dilakukan untuk mempertahankan alam sekitar daripada pupus. Kolek Bonda

(Aminah Mokhtar) Maksud

(47)

Rangkap 1

Pak Tua (generasi tua) berasa risau sebelum anak-anak (generasi baru) pulang dari tanah seberang (menuntut ilmu, bekerja). Dia menjangka akan berlaku perubahan sikap dan pemikiran yang ketara berbanding sebelumnya (generasi muda) setelah pulang nanti.

Rangkap 2

Pak Tua begitu berhati-hati berbicara ketika generasi baru ke tanah air. Pak Tua berpesan supaya terus mempertahankan jati diri bangsa dan tidak menggadaikan maruah bangsa yang selama ini menjadi amalan/pegangan generasi silam. Amalan ini telah mempertahankan kedaulatan negara bangsa sejak sekian lama.

Rangkap 3

Pak Tua bertindak penuh hemah dengan memperindah dan memperkukuh kolek bonda apabila diminta secara paksa oleh anak-anaknya. Dia dengan penuh hemah meyakinkan mereka bahawa kolek itu bercirikan berdaya tahan dan berdaya saing yang tinggi.

Rangkap 4

Pak Tua mendahului anak-anaknya (sebelum anak-anaknya bertindak selanjutnya) memulakan bicara penuh syahdu dengan kias dan ibarat berkaitan, tunjuk ajar dan penyelesaian masalah kehidupan. Namun nasihat itu telah mencetuskan kemarahan mereka. Pak Tua lantas mengusungkan koleknya ke kuala untuk mengelilingi dunia. Rangkap 5

Di setiap benua yang disinggahinya, Pak Tua berkias tentang generasinya / bangsanya. Pak Tua penuh yakin dan menegaskan berkenaan kolek bondanya yang berlantaikan jiwa hanya berdindingkan bangsanya yang berdaya tahan dan berdaya saing yang hebat/tinggi. Tahan diuji. Dia kemudiannya membawa kolek bondanya mengelilingi dunia.

Rangkap 6

Pak Tua berjaya membuktikan kata-katanya tentang kelebihan / keistimewaan kolek bonda sehingga anak-anak tiada alasan menidakkan kebenarannya. Pak Tua

(48)

kemudiannya telah beberapa kali berjaya mengeliling dunia menaiki kolek bonda. (menjuarai / mendapat ranking dunia/ pengiktirafan dunia)

Tema

Kepimpinan melalui teladan/Identiti Nasional/Jati Diri. Pemimpin yang berwawasan berkerampilan berhemah tinggi perlu untuk kepentingan negara bangsa dan menjadi contoh kepada orang yang dipimpinnya. Mengotakan kata. Futuristik. Meyakinkan dan memberikan kesan emosi dan merealisasikan visi dalam melaksanakan misi.

Persoalan

1. Generasi tua perlu memastikan jati bangsa dihayati dalam jiwa generasi muda dalam mencorak wawasan negara.

2. Setiap kata-kata/nasihat/tunjuk ajar perlu dibuktikan untuk mendapat kesan emosi dan keyakinan/ kepercayaan yang mendalam.

3. Generasi tua perlu mempunyai daya saing dan daya tahan yang tinggi dalam mempertahankan kelestarian budaya bangsa.

4. Pertembungan pemikiran/budaya/pendidikan antara generasi tua dan generasi muda perlu ditangani secara berhemah untuk mengelakkan konflik yang boleh menjejaskan kelestarian budaya warisan.

5. Setiap warganegara perlu berwawasan dengan berpaksikan kepentingan negara serta menyedari akan realiti semasa dan berkebolehan membuat ramalan/ perancangan masa depan dalam menentukan kemenjadian wawasan tersebut. 6. Sentiasa peka dan mengenali diri setiap ahli organisasi.

7. Mengotakan apa yang dikata.

8. Berkongsi pengalaman bersama-sama dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakaran serta kecekapan dalam membuat keputusan dengan tangkas dan tepat 9. Dapat menentukan tindakan masa depan secara optima dengan merancang,

mengelola, mendorong dan mengawal secara sistematik Kuntum Rahsia dari Taman Takdir

(WB. Rendra) Maksud

(49)

Rangkap 1

Pengarang menyatakan bahawa nilai kepercayaan dalam persahabatan akan memupuk kesetiaan sehingga membentuk satu hubungan yang akrab dalam kehidupan. Hubungan yang akrab ini akan menjadikan kehidupan lebih bahagia.

Rangkap 2

Seorang pemuda berjanji dengan sepenuh jiwa akan setia terhadap persahabatan ini, walaupun janji tersebut bukan mudah ditepati seperti yang dilafazkan.

Rangkap 3

Terdapat gangguan dari luar yang berusaha untuk memusnahkan perjanjian itu. Kita hanya bergantung harap pada Allah melalui doa untuk menghadapi ujian dan semua ini memerlukan kesabaran. Akhirnya, kesabaran itu akan membina sebuah kebahagiaan.

Tema

Bertemakan kepentingan kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Setiap perhubungan perlu disemai dengan kesetiaan.

Persoalan

1. Persoalan kebahagiaan dalam kehidupan. Sebagai contoh: adalah baja-baja bahagia 2. Persoalan ketabahan menghadapi ujian.

sebagai contoh: denai- dilalui- ditempa 3. Persoalan menyerah diri kepada Tuhan

Sebagai contoh: Dipelihara dalam dakapan doa

Aku Tidak Berani Berjanji (Rosli K. Matari) Maksud

(50)

Rangkap 1

Seorang pemimpin yang tetap pendiriannya dan bebas melakukan apa sahaja yang difikirkannya.

Rangkap 2

Walaupun ada waktunya pemimpin berasa gembira tetapi tidak dapat dizahirkan atau pun ketika dia sedih dan hanya menerima keadaan tersebut.

Rangkap 3

Pemimpin tetap tabah dan teguh pendirian ketika ditimpa pelbagai ujian yang cuba menggugat dirinya.

Rangkap 4

Pemimpin lebih takut akan balasan yang akan diterimanya sesudah mati berbanding ancaman daripada orang lain.

Rangkap 5

Kadang-kadang pemimpin berasa bimbang untuk menyuarakan sesuatu dan dibiarkan begitu sahaja.

Rangkap 6

Ada kalanya pemimpin terpaksa mengikut kehendak mereka yang di bawah kepimpinannya walaupun terpaksa berpura-pura.

Rangkap 7

Sesekali terpaksa pula menjadi seorang pemimpin yang tegas dan bertindak keras namun masih menghormati mereka yang di bawah kepimpinannya.

Rangkap 8

Begitulah rutin harian yang dijalani oleh seorang pemimpin. Rangkap 9

(51)

Tema

Sajak ini bertemakan kejelasan prinsip seseorang pemimpin. Contohnya, Sang Pelita membiarkan sahaja bayangnya bermain sepuas-puasnya atau membebel sekehendak hatinya.

Persoalan

1. Jati diri seorang pemimpin. Pemimpin tetap dengan pendiriannya walaupun menerima pelbagai kritikan atau cemuhan daripada orang bawahannya.

Contoh: Seperti tiap-tiap malam, yang sudah-sudah Sang Pelita membiarkan sahaja

Bayangnya bermain sepuas-puasnya Atau membebel sekehendak hatinya

2. Tabah dalam menghadapi dugaan. Pemimpin tetap tabah dengan pelbagai dugaan yang mendatang.

Contoh: Bahkan, ketika angin mencuri-curi masuk Sang Pelita berdiam diri sahaja

Tidak peduli sekuat-kuat mana Bayangnya menjerit-jerit cemas

3. Keinsafan dalam menjalankan tanggungjawab. Pemimpin sedar dan berasa insaf akan mendapat balasan sekiranya tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin.

Contoh: “Aku ngeri pada maut, Lebih daripada jeritan mu”

4. Sifat rendah diri dalam diri seorang pemimpin. Pemimpin sedar bahawa dia tidak mungkin dapat melakukan semua yang diharapkan oleh orang bawahannya. Contoh: Hanya sekali, ia pernah menjawab:

(52)

5. Pengorbanan seorang pemimpin. Pemimpin terpaksa berkorban demi kepentingan mereka yang di bawah pimpinannya.

Contoh: Menjadi helang mengepak-ngepak sayap Meniru orang tua terbongkok-bongkok Merungut atau berdekah-dekah

Menjelma atau menyelinap sementara

6. Kebebasan bersuara. Rakyat diberi kebebasan bersuara dan memberi pandangan terhadap pemimpin mereka.

Contoh: Sang Pelita membiarkan sahaja Bayangnya bermain sepuas-puasnya Atau membebel sekehendak hatinya

Aku Hanya Mahu ke Seberang (Hashim Yaacob)

Maksud Rangkap 1

Persediaan dan persiapan rapi dan teliti daripada setiap aspek fizikal, mental dan emosi untuk mencapai impian yang murni dalam merancang kehidupan masa hadapan. Rangkap 2

Bersedia untuk berhadapan/menempuh cabaran yang telah dijangka dan tidak terduga sepanjang perjalanan untuk meraih kejayaan.

(53)

Rangkap 3

Penyair akur akan keupayaannya yang masih banyak kekurangan/kelemahannya sedangkan halangan sangat mencabar keupayaannya fizikal dan mental dan emosinya. Rangkap 4

Penyair berharap agar segala cabaran sepanjang perjuangannya dalam keadaan terkawal. Demikian juga dengan segala persiapan fizikal, mental dan emosi supaya berfungsi dengan sempurna dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini yang boleh menggagalkan usahanya sekian lama untuk mencapai impiannya.

Rangkap 5

Bertawakal dan berserah kepada Tuhan semoga cita-cita/impian yang kecil itu dimakbulkan.

Tema

Bertemakan persediaan yang menyeluruh (emosi, mental dan fizikal) dengan keazaman yang mantap, pengetahuan ilmu yang menyeluruh dalam pelbagai dan ketelitian dalam mengubah kehidupan. Keyakinan dalam doa dan bertawakal kepada Tuhan agar segala usaha tidak sia-sia dan sangat perlu dalam merealisasikan cita-cita.

Persoalan

1. Setiap orang perlu mengetahui dan menyediakan perkara-perkara yang terbaik (sebaik-baiknya) untuk dirinya dalam meneruskan kehidupan.

Contoh:-Kupahat cengal menjadi perahu dayungnya teras tembusu Layar bertingkat kapas gulung tiangnya tegap kayu nibung Panjinya kain suluk atma

2. Setiap orang yang hendak mengubah kehidupan / mencapai cita-cita perlu berilmu pengetahuan dan berkemahiran yang tinggi tentang bidang yang ingin diceburinya. Contoh

(54)

dayungnya teras tembusu Layar bertingkat kapas gulung tiangnya tegap kayu nibung Panjinya kain suluk atma

3. Pengetahuan dan persediaan yang mantap mengenai keadaan persekitaran yang menjadi cabaran dan halangan perlu diketahui dengan sebaik-baiknya.

Contoh

:-mengharung samudera melawan ombak dan pantai

4. Mengetahui keupayaan diri dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran supaya dapat terus berdaya tahan.

Contoh

:-Perahuku kecil, lautnya ganas.

5. Bertawakal dan berdoa serta memberi pengharapan yang tinggi kepada Tuhan yang maha menguasai alam semesta, sangat perlu untuk meredakan tekanan dan mengawal emosi supaya dapat terus bertahan (sebagai terapi - tidak hilang punca/ dapat mengawal keadaan) dalam menghadapi saat-saat genting dalam kehidupan.

Contoh :-

Tenanglah laut, kuala dan muara. Ombak jangan gila melanda Tiuplah bayu pada layarku laju Dayung jangan patah.

Layar jangan rekah Tiang jangan rebah

6. Tidak mudah patah semangat walaupun menemui pelbagai kesukaran dalam merealisasikan cita-cita.

Contoh :- Tuhan,

(55)

Wanita dan Laut (Mahaya Mohd Yassin) Maksud

Rangkap 1

Wanita digambarkan sebagai laut yang tenang disuluhi cahaya matahari tetapi boleh bertukar bergelombang jika perasaannya terusik.

Rangkap 2

Wanita juga mempunyai sikap yang sopan santun tetapi dalam masa yang sama turut menyimpan dendam.

Rangkap 3

Wanita memiliki perasaan yang indah saat bertemu muka, namun menyimpan rahsia dan penuh misteri.

Rangkap 4

Wanita yang diumpamakan sebagai laut digambarkan sangat indah tetapi pada masa yang sama bersuara lantang dalam diam, sukar ditafsir tindak-tanduknya dan kadangkala menjadi pendiam.

(56)

Segala tindak-tanduknya bersebab dan rasional. Mempunyai kesungguhan dalam menyemai perasaan kasih dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi, memiliki peribadi yang mulia.

Rangkap 6

Ibu, kakak, nenek dan penyajak sendiri ialah wanita anugerah Allah yang amat istimewa untuk seluruh umat manusia

Tema

Sajak ini bertemakan kekuatan peribadi wanita. Wanita yang digambarkan sebagai laut mempunyai keistimewaan yang tersendiri disebabkan sifat laut yang tenang dan juga bergelora. Keistimewaan yang ada pada wanita adalah anugerah daripada maha pencipta untuk seluruh umat manusia.

Persoalan

1. Kasih sayang seorang wanita – Wanita digambarkan sebagai insan yang mempunyai perasaan kasih sayang yang sangat melimpah-ruah.

2. Kesetiaan kaum wanita – Kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi adalah satu keistimewaan yang dimiliki oleh wanita.

3. Wanita adalah anugerah Tuhan – Wanita yang terdiri daripada nenek, ibu, kakak adalah anugerah istimewa untuk manusia sejagat.

(57)

Ranting (Hilmi Rindu) Maksud

Rangkap 1

Tidak semua masyarakat kita mempercayai kemajuan yang dikecapi disebabkan oleh peranan individu atau organisasi.

Rangkap 2

Hasil kejayaan dan kenikmatan yang diperoleh hari ini disebabkan oleh usaha dan sumbangan individu atau organisasi tertentu yang banyak membantu tanpa mengharapkan balasan.

Rangkap 3

Masyarakat selalu menyanjung tinggi setiap kejayaan secara luaran tetapi tidak menyedari sebenarnya terdapat peranan besar yang dimainkan oleh golongan tertentu dalam kejayaan tersebut. Sebaliknya, masyarakat menikmati hasil kejayaan itu dengan perasaan gembira tanpa menyedari disebalik kejayaan itu terdapat golongan tertentu yang membantu.

Rangkap 4

Individu dan organisasi yang ikhlas membantu dalam memberi sumbangan idea dan tenaga mempunyai perasaan rendah diri dan memahami erti kehidupan bahawa setiap yang disumbangkan tidak semestinya mendapat kejayaan dan mengharapkan perhargaan orang lain

(58)

Rangkap 5

Individu yang ikhlas mengharapkan sumbangan yang diberikan dapat memberi kebahagiaan kepada orang lain agar kemajuan negara akan terus dikecapi selama-lamanya.

Tema

Bertemakan integriti seorang individu atau masyarakat dalam sesebuah organisasi dengan memberi sumbangan tanpa mengharapkan balasan untuk kepentingan orang lain.

Persoalan

1. Persoalan sikap masyarakat yang kurang sedar kemajuan yang dimiliki atas sumbangan orang lain atau pihak tertentu.

2. Persoalan kemajuan yang dinikmati adalah disebabkan oleh usaha pihak tertentu.

3. Persoalan keikhlasan seseorang individu atau organisasi memberi sumbangan tanpa mengharapkan sanjungan daripada orang lain.

Referensi

Dokumen terkait