• Tidak ada hasil yang ditemukan

HIKAYAT PARANG PUTING Sinopsis

Dalam dokumen Nota Keseluruhan Kesusasteraan Melyu (Halaman 127-130)

Hikayat Parang Puting mengisahkan seorang budak miskin yang mendapat tiga barang berharga iaitu cincin hikmat, tongkat sakti dan parang puting. Budak miskin tinggal bersama-sama ibunya dan sering bermain-main dengan seekor helang, tikus dan juga membela anak ular naga. Anak ular naga yang hidup di sungai sering menjadi perhatian orang kampung. Datuk Syahbandar meminta budak miskin datang ke rumahnya untuk melihat sendiri anak ular naga. Syahbandar kehairanan melihat budak miskin boleh bermain dengan anak ular naga. Masyarakat kampung terkejut apabila melihat budak miskin naik di belakang ular naga seperti naik gajah. Sebelum pulang, datuk syahbandar telah memberi bekalan makanan seperti beras dan padi serta baju kepada budak miskin . Masyarakat kampung yang melihat keistimewaan budak miskin itu juga telah memberi berbagai-bagai jenis makanan dan buah-buahan seperti keladi, ubi, pisang dan sebagainya.

Perkhabaran tentang budak miskin dengan ular naga sampai ke telinga raja. Melalui datuk Syahbandar, raja telah meminta budak miskin bersama-sama ular naga dan binatang lain datang menghadap baginda ke istana. Budak miskin ke istana dengan naik di atas belakang ular naga dan diikuti oleh helang yang terbang di atas kepala

serta tikus yang mengekori di belakang ular naga. Budak miskin juga ditemani oleh datuk Syahbandar. Raja dan menteri merasa takjub apabila melihat anak ular naga. Sebelum budak miskin pulang ke rumah, baginda telah mengurniakan kain, baju dan beras serta dua orang hamba sahaya.

Anak ular naga yang dibela telah menjadi besar. Oleh sebab badannya yang besar, anak ular naga telah melarikan diri ke tasik hijau pada waktu malam, kerana jika anak naga berendam di dalam sungai kampung itu akan menyebabkan musibah besar kepada budak miskin dan orang kampung. Kehilangan budak miskin menyebabkan ibu budak miskin meminta dua hamba sahaya mencari anaknya tetapi tidak berjumpa. Hal ini menyebabkan ibu budak miskin menangis dan meminta bantuan datuk syahbandar. Datuk Syahbandar mencadangkan kepada ibu budak miskin supaya mengadakan kenduri untuk mendoakan anaknya.

Pada keesokan harinya, apabila budak miskin melihat ular naga sudah tiada di rumahnya, dia telah pergi mencari anak ular naga tersebut bersama-sama tikus dan helang dengan mengikut kesan tapak anak naga berjalan sehinggalah mereka berjumpanya. Anak naga menyuruh budak miskin supaya meminta nendanya memberikan cincin yang berada di dalam mulut nendanya sebagai balasan kerana telah menjaganya. Setelah nenda anak ular naga muncul dari tasik hijau ia telah meminta budak miskin datang menghampirinya dan bertanyakan permintaan budak miskin itu. Setelah melihat wajah budak miskin, nenek anak ular naga berasa belas kasihan dan menyerahkan cincin yang mempunyai banyak kesaktian. Budak miskin dan ular naga berpelukan sebelum berpisah. Budak miskin meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah tetapi telah sesat dan masuk ke hutan besar.

Peristiwa nenda ular naga memberi cincin saktinya telah menyebabkan ibu anak ular naga marah dan meminta hulubalangnya mencari budak miskin untuk menukarkan tongkat dengan cincin tanpa mencederakan budak itu. Hulubalang naga telah berjumpa dengan budak miskin yang berada di bawah pokok. Setelah berkenalan, hulubalang ular naga tertarik hati melihat budak miskin dan menceritakan hasratnya untuk mendapatkan cincin arahan daripada bonda anak ular naga. Hulubalang telah menyatakan khasiat tongkat yang banyak kegunaannya. Setelah mendengar kesaktian

itu, budak miskin telah bercita-cita untuk mendapatkan tongkat itu. Hulubalang naga berasa panas dan ingin berendam di kolam yang berhampiran dengan tempat itu. Apabila hulubalang naga telah berendam di dalam kolam, budak miskin telah mengetuk tiga kali tongkat tersebut menyebabkan hulubalang tidak bergerak.

Budak miskin meneruskan perjalanannya sehingga berjumpa dengan parang puting yang boleh menebang pokok sendiri. Apabila dilihat oleh budak miskin, parang puting telah terbang balik ke rumah tuannya. Budak miskin telah mengekori parang puting sehingga sampai di rumah seorang tua. Orang tua itu telah menjemput budak miskin naik ke rumahnya. Pada malam itu, budak miskin telah mengetuk tongkatnya menyebabkan terhidang makanan malam. Budak miskin menjemput orang tua itu makan bersama-sama mereka. Setelah melihat kejadian itu, orang tua telah meminta budak miskin menukarkan tongkatnya dengan parang puting. Pada keesokannya budak miskin telah meneruskan perjalanan pulangnya ke rumah bersama-sama helang dan tikus dengan membawa parang puting tersebut. Setelah sampai di rumah, ibunya sangat gembira dan meminta anaknya berjumpa dengan datuk Syahbandar iaitu bapa angkatnya. Setelah berjumpa datuk Syahbandar, budak miskin menyatakan bahawa dia tidak mengetahui tempat ular naga berada sehinggalah dia pulang pada hari ini setelah ditanya oleh bapa angkatnya. Semasa pulang ke rumah setelah berjumpa ayah angkatnya, budak miskin telah meminta ibunya merahsiakan cincin geliga yang banyak kesaktiannya daripada masyarakat kampung. Akhirnya budak miskin hidup bahagia bersama-sama helang, tikus dan ibunya.

Tema

Keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara akan membawa kebaikan kepada diri sendiri dan keluarga. Budak miskin membela anak ular naga sehingga besar. Hubungan istimewa antara anak ular naga dan budak miskin membawa tuah kepada keluarganya. Orang ramai memberikan pelbagai hadiah seperti padi, beras, buah-buahan dan baju kepada budak miskin termasuklah datuk syahbandar dan raja.

Persoalan

1. Taat kepada pemerintah

Contoh: Budak miskin akur kepada perintah Datuk Syahbandar supaya datang ke rumahya dengan membawa anak naga teman permainannya.

2. Sayang akan binatang

Contoh: Budak miskin memelihara dan menyayangi helang, tikus dan anak ular naga.

3. Tanggungjawab ibu terhadap anak

Contoh: Bonda budak miskin menyediakan makanan untuk budak miskin. 4. Kasih sayang dalam keluarga

Contoh: Nenda anak ular naga amat menyayangi cucunya/bonda budak miskin sentiasa mendoakan agar anaknya dijumpai.

Dalam dokumen Nota Keseluruhan Kesusasteraan Melyu (Halaman 127-130)

Dokumen terkait