• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengenalan PEMASARAN PANTAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengenalan PEMASARAN PANTAS"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Pengenalan

Sebagaimana yang sedia maklum hampir semua usahawan sentiasa mencari-cari apakah medium paling pantas dan berkesan untuk membuat pengiklanan dan promosi. Ada yang melaburkan ribuan ringgit dengan cara "try & error" dan ada juga menggunakan teknik redah jer tanpa apa-apa strategik yang mana akhirnya impak dalam pengiklanan tersebut tidak memberi kesan terhadap jualan.

Jadi, disini saya ingin berkongsi sedikit mengenai "7 medium pemasaran Pantas" yang paling terkini, yang paling termurah dan apa yang paling penting impak dari pengiklanan itu terkesan untuk digunakan oleh anda untuk meledakan jualan.

Untuk pengetahuan anda, Kaedah yang dikongsikan ini adalah menurut kaji selidik peribadi saja namun kaji selidik ini dibuat teliti mengikut kata sepakat usahawan Internet dan servey pengguna dan usahawan Internet antarabangsa mahupun local. 08 pemasaran ini dipilih secara rawak dan tidak mengikut turutan. Anda boleh menggunakan mana-mana medium pemasaran pantas dibawah mengikut gerak hati anda sendiri.

(3)

Penafian & Notis Hak Cipta

Laporan ini ditulis bertujuan untuk berkongsi pendapat, pengetahuan dan juga pengalaman penulis serta orang yang telah berjaya melakukannya. Anda perlu mendapatkan bantuan dan nasihat dari penasihat atau pakar dalam mana-mana bidang yang terlibat. Segala maklumat, pendapat dan idea yang terkandung dalam ebook ini tidak dijamin berkesan dan berguna kepada setiap individu. Pihak penulis dan penerbit tidak akan bertanggungjawab atas kerugian, kehilangan dan liabiliti samaada peribadi atau tidak akibat dari aplikasi maklumat yang terkandung di dalam ebook panduan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Maklumat panduan ini adalah benar pada waktu ebook ini ditulis. Contoh bergambar yang ditunjukkan adalah hak cipta terpelihara pemilik di dalam gambar terbabit dan ditunjukkan hanya untuk tujuan pembelajaran akademik sahaja.

Halif Saat adalah penulis yang menghasilakan ebook ini, secara rasmi menyatakan bahawa ebook ini sah di edarkan namun terdapat sedikit syarat penting yang perlu dipatuhi :-

 Anda tidak boleh menggunakan ebook ini sebagai bonus kepada mana-mana produk.

 Anda tidak dibenarkan mengulang mana-mana ayat sama ada dalam bentuk elektronik mahupun bercetak.

 Anda tidak dibenarkan mengedar ebook ini secara percuma mahupun berbayar.

 Hak cipta adalah terpelihara. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi penulis.

(4)

#1- Pemasaran Facebook

Sejak wujudnya facebook ads maka tidak boleh dinafikan populariti beriklanan di facebook terus menadapat fenomena di kalangan usahawan tempatan dan antarabangsa. Facebook terus menjadi tumpuan untuk perusahan baru dan kecil serta sebesar-besar perusahan menggunakan facebook sebagai medium pengiklanan. Jika dulu hanya bisnes kecil yang beriklan di facebook namun pada hari ini pelbagai perusahan besar sepeti Malaysia Airline, Airasia, CIMB, Maybank, Citi Bank dan banyak lagi yang sudah mula beriklan di facebook.

(5)

Kemudahan seperti fan page dan pelbagai aplikasi yang dibangunkan oleh programmer sangat berguna untuk usahawan beriklanan di facebook. Jadi sebagai seorang usahawan adalah lebih baik anda menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk beriklanan di facebook sebelum pesaing anda menggunakan dulu strategik ini.

https://www.facebook.com/pages/create/

Tips : Sekiranya sebelum ini anda hanya menumpukan perniagaan melalui cara klasik iaitu secara offline maka cuba berjinak untuk bertindak dengan memasarkan produk anda di facebook. Disini terdapat lebih jutaan orang dan sudah cukup untuk market Malaysia pasti kita tidak cukup tangan melayan tempahan.

(6)

#2- Pemasaran Video

Penggunaan pemasaran video hari ini menjadi semakin viral dalam meningkatkan keinginan dan kepercayaan pembeli untuk terus membeli dari kita. Jika dulu pengiklanan video adalah salah satu pengiklanan paling mahal namun hari ini ia mampu untuk digunakan oleh sekecil-kecil indutri.

Video yang nampak leih profesional dengan iringan latar belakang dan suara yang jelas serta gambaran dan mesej yang mantap dapat menggantikan sales letter di web kita . Ini kerana jika dulu Sales letter memerlukan bakal pembeli membaca dengan panjang lebar dan memperuntukan masa yang panjang namun dengan video pemasaran anda boleh lakukan sebaliknya.

(7)

Selain itu, testimoni pelanggan yang menggunakan produk atau perkhidmatan kita jika dibuat dalam bentuk video adalah jauh lebih terkesan berbandng testimoni berbentuk tulisan. Telah ramai usahawan menggunakan teknik ini dan hasil jualan beliau melonjak naik hingga 300%.

Penghasilan video boleh di pelbagaikan bermula dari pengenalan, pembuatan/proses produk, testimoni, kesan positif terhadap pengguna dan bermacam-macam lagi. Dengan ini tidak hairanlah mengapa saya menyarankan agar kita sebagai usahawan menggunakan medium ini sebagai pemasaran pantas dan murah.

Sudah pernah guna medium pemasaran ini? Jika sudah mari kita pergi ke medium pemasaran pantas seterusnya.

Tindakan :

• Jika tidak mahir dalam pembikinan video serahkan kepada mereka yang pakar. Mereka boleh bantu anda menghasilkan video-video yang menjual dan bukan video geomi yang membuatkan anda diketawakan.

• Gunakan combinasi pemasaran video dan pemasaran facebook dan impak jualan anda akan meningkat dengan mendadak.

(8)

#3- Pemasaran SMS (Mobile Campaign)

Tidak boleh dinafikan, Pemasaran SMS masih lagi memainkan peranan penting dalam pemasaran pantas dan berkesan pada hari ini. Kelebihan yang boleh digunakan iaitu ramai yang berpendapat "hari ini ada yang tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit di sisi" :) . Mengikut statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ,secara purata penduduk Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya lebih dari 1 telefon bimbit dan telah mengatasi beberapa negara maju.

Terang lagi bersuluh inilah yang boleh diungkapkan bagaimana kita sebagai seorang usahawan boleh gunakan kelebihan ini untuk promosikan produk dan perkhidmatan kita.

Lebih menyeronokkan luas pemasaran ini adalah satu Malaysia dan bukan hanya satu kawasan tertentu sahaja. Bermakna kita mampu dan mustahil untuk memasarkan produk kita keseluruh Malaysia terus ke tangan pengguna.

Pelbagai jenis strategik dan teknik kos mampu untuk beriklan menggunakan SMS dan saya yakin masih ramai tidak tahu dan masih

(9)

berpegang dengan Mitos bahawa pemasaran SMS mahal dan tidak berkesan.

Hari ini telah banyak sistem yang menawarkan pakej yang murah dengan sistem yang terkini. Oleh demikian gunakan pemasaran pantas sms ini untuk meledakan lagi jualan.

Info : pemasaran sms bukanlah teknik menggunakan secara manual iaitu dengan menghantar satu nombor ke satu nombor tetapi apa yang

dimaksudkan adalah sistem sms blaster yang mana sebuah sistem yang dibangunkan dengan hanya sekali klik mampu menghantar beribu-ribu nombor telefon.

(10)

#4- Pemasaran Email

Saya pasti ramai yang biasa mendengar ungkapan ini "Money is in the list" . Bagi pendapat saya strategik pemasaran email masih lagi diantara kategorikan sebagai teknik pemasaran paling pantas yang boleh digunakan oleh para usahawan.

Ungkapan pemasaran email merujuk kepada senarai nama email yang telah kita kumpul (database) sama ada dari bakal pelanggan mahupun pelanggan sedia ada kita. Banyak mitos mengatakan mereka telah menggunakan teknik pemasaran email namun tidak pernah terhasil seperti mana yang di gembar-gemburkan.

Sebanarnya teknik ini tidak boleh dibuat secara manual. Sebagai contoh menyimpan senarai email di dalam format note pad, Microsoft word mahupun excel dan bila mana ada promosi yang mahu di hantar maka anda pun buka semula file list email tersebut dan menghantar satu persatu mahupun copy kesemua sekali email tadi.

(11)

Apa yang terjadi jika kita buat juga begitu?

 Ada kemungkinan besar penerima tidak menerima email anda

 Kemungkinan besar email anda masuk dalam folder SPAM, Siapa yang rajin nak buka folder SPAM setiap hari?

 Kemungkinan anda dimarahi oleh penerima emai. Lebih lagi yang tidak mengenali kita dan perniagaan kita

 Anda di COP oleh google atau yahoo sebagai spammer yang menghantar email-email virus.

 Account email anda di block oleh pihak google atau yahoo

 Membuang masa

 Membuang tenaga

Jadi,jika anda adalah orang yang menggunakan teknik ini maka hentikan dan belajarlah cara pemasaran email yang betul. :)

Tips : Gunakan sistem robot responder (auto responder) berbayar. Jika ia digunakan dengan strategik yang betul. Maka tiada istilah untuk kita tidak mampu bayar yuran yang dikenakan.

(12)

#5-Pemasaran Blog

Sejak tahun 2004 pemasaran blog semakin hari semakin popular digunakan oleh perusahan besar dan diantara blog yang popular yang dijalankan oleh perusahan besar adalah seperti Airasia sendiri.

Airasia Blog

Blog bukan saja mudah untuk di update bagi sebarang aktiviti oleh pihak peniaga namun ia membuatkan peniaga lebih rapat dengan pembeli. Medium ini akan lebih sesuai digunakan sekiranya web kita menggunakan sistem open cart. Jadi aktiviti dan info berkaitan perniagaan kita seperti pra-pelancaran produk baru, pelancaran contest, info produk dan pelbagai lagi info terkini dapat dikemas kini mengikut keselesaan kita dengan mudah.

(13)

Nuffnang Blog

Selain membantu merapatkan hubungan blog juga akan membantu menguatkan jenama perniagaan dan mampu untuk meningkatkan kredibiliti perniagaan yang kita jalankan.

Berita gembiranya pula dari segi enjin carian seperti google dan yahoo akan lebih mesra dan mudah dicari berbanding web biasa yang lain.

Tips : Blog perniagaan kita haruslah dikemas kini sekerap yang mungkin. Lebih kerap kita mengemas blog perniagaan kita maka lebih ramai pengikut dan lebih mudah pelanggan kita mendapat info terkini. Jangan lupa juga untuk terus kekal mempromosikan blog kita kepada bakal pelanggan baru.

(14)

#6-Pemasaran SEO

Mungkin dalam banyak-banyak pemasaran pantas yang dikongsikan. Ini adalah diantara pemasaran pantas yang tidak perlu mengeluarkan sebarang kos. Namun pengusaha perlu memperuntukan sedikit masa agar website mereka mesra dengan enjin carian seperti Google dan Yahoo

SEO bermaksud Search Engine Optimization yang mana sebuah web/blog yang mesra dengan enjin carian dan boleh menempatkan kita di bahagian muka pertama bila pelawat memasukan kata carian yang dicari.

Pemasaran pantas ini banyak digunakan oleh pengusaha kecik, blogger dan individu namum pemasaran ini masih berkesan dan pantas dalam memasarkan produk dan perkidmatan yang kita tawarkan kepada target market yang kita sasarkan.

(15)

Apa yang penting, Keyword yang kita mahukan haruslah kena dengan niche perniagaan kita. Jika tidak ia hanya mampu membawa trafik namun pelawat hanya meninggalkan website kita kerana tiada kepentingan dan tidak ada kena mengena dengan info yang dicari. Maksud lainnya adalah ia hanyalah kerja sia-sia.

Tips : Jika anda tidak tahu teknik SEO yang sebenar, maka lebih bagus mengupahkan kepada mereka yang lebih pakar dalam bidang ini.

(16)

#7-Pemasaran "Market Place Web"

Ini juga salah satu medium pemasaran pantas yang tidak memerlukan modal. Strategik ini selalunya juga memberi result yang pantas. Kadang-kadang boleh menerima tempahan atau pertanyaan email pada hari yang sama. Walapun ada yang memandang rendah dengan medium ini namun telah terbukti ramai yang telah terkesan dan huru-hara dengan jualan mereka bila mana menggunakan medium ini.

Salah seorang rakan saya menggunakan teknik ini secara optima. Beliau tidak ada website, tidak ada fanpage hanya menggunakan medium ini

saja. Namun jualan yang diperolehi setiap bulan amat

memberansangkan.

Sebenarnya ada banyak website market place di dalam Internet namun disini saya list-kan beberapa sahaja.

(17)

#2- Lelong.Com.my

(18)

#4-Ebay.com

Info : Ada diantara web market place telah mengenakan caj bayaran setiap iklan yang dimasukan. Sila semak semula terma dan syarat web market place yang anda cari.

(19)

#8-Pemasaran Google Adwords

Pemasaran Adwords juga boleh dikategorikan pemasaran paling pantas. Dengan bermodalkan seminima yang boleh kita mampu untuk beriklan bersama google adwords dan google adwords akan membawa iklan anda dengan kata kunci pilihan di muka pertama carian. Sebagai contoh seperti screen shoot dibawah .

(20)

Ia sama seperti mana pemasaran SEO namun pemasaran jenis ini perlu berbayar dan tiada istilah percuma. Melainkan pihak google memberikan coupon kepada anda.

keyword carian yang tinggi perlu dipilih dengan tepat agar sistem google Adword dapat memaksimakan carian pengguna internet. Kelebihan google adword kini lebih advance berbanding dulu. Dengan beberapa teknologi ciri baru kini anda tidak perlu kuatir mencari keyword yang tepat. Ini kerana pihak google adword sendiri akan mengsyorkan kepada anda keyword yang mempunyai carian tertingging berkaitan keyword utama anda.

Pemasaran adword nampak sukar namun, jika anda pandai bermain dengan adword maka graf jualan anda pasti meningkat mendadak setiap bulan.

(21)

Penulis

Mohd Halif Bin Saat atau lebih dikenali dengan Halif Saat di Internet. Seorang Usahawan Sepenuh Masa, Blogger, Pengembara, Penerbit Ebok, Pemasar Internet, Pengamal Teknik SEO, Personal Coach/trainer berkaitan Perniagaan & Pemasaran Internet. Juga seorang penulis bebas di beberapa blog media niche perniagaan

Beliau juga adalah pengasas syariakt Marketing Warrior Network. Iaitu sebuah syarikat dot com yang menjalankan perniagaan menerusi internet.

Tumpuan lebih banyak kepada perniagaan berbanding melatih usahawan oleh sebab itu kelas yang dibuat hanya secara individu dan kumpulan kecil.

Banyak berkongsi strategik perniagaan dan pemasaran serta menjana wang cara pantas di internet. Untuk mengetahui lebih banyak info mengenai strategik dan pemasaran tersebut boleh layari dengan klik web dibawah.

http://halifsaat.com | https://www.facebook.com/halifsaat

Referensi

Dokumen terkait

Wawancara psikiatrik yang baik merupakan salah satu modal dasar yang harus dimiliki oleh psikiater karena wawancara selain merupakan alat untuk mendapatkan data juga

Berdasarkan hasil penelitian di atas, bahwa dengan penerapan pembelajaran kontekstual melalui cooking class dapat meningkatkan keterampilan motorik halus pada anak

Dengan diperolehnya hasil penelitian yang menyatakan bahwa terdapat perubahan yang signifikan pada pengetahuan, sikap dan tindakan petani jeruk terkait Penggunaan

Dengan diberlakukannya kurikulum baru tersebut mahasiswa FKIP USD wajib mengambil Mata Kuliah Magang yang terdiri dari 3 bagian, yaitu: (1) Magang Manajemen Sekolah, (2)

BADAN PENGKAIIAN KEBIJA}GN IKLIM DAN MUTU INDUSTRI BALAI RISET DAN STANDARDISASI INDUSTRI MEDAN. ftEpiJSLf K ,ltS$krSIA Jl- Sisingamangaraja

Hasil penelitian menyimpulkan bahwa: (1) Nilai-nilai kedisiplinan dalam novel Anak Sejuta Bintang antara lain disiplin dalam menggunakan waktu, dalam belajar, dalam

Hal ini didukung dengan hipotesis biaya politik dalam teori akuntansi positif, dimana perusahaan- perusahaan besar yang memiliki biaya politik dan pajak yang

Tetapi untuk konsumsi terendah yaitu wortel jika dibandingkan dengan rumput gajah, meskipun rumput gajah memiliki kadar serat yang lebih tinggi dari pada wortel, hal ini