• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ebook Kuasa Pemasaran Email Versi 1.1.pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ebook Kuasa Pemasaran Email Versi 1.1.pdf"

Copied!
111
0
0

Teks penuh

(1)

Pernyataan Hakcipta Kuasa Pemasaran Email.

Hak Cipta Terpelihara 2009 – Team Aspirasi Cyber.

Ebook ini adalah hak milik sepenuhnya oleh Team Aspirasi Cyber.Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil mana-mana bahagian di dalam isi kandungan ebook ini bagi tujuan disebarkan secara percuma atau berbayar sama ada dalam bentuk softcopy,hardcopy,elektronik,audio dan sebagainya tanpa izin daripada Team Aspirasi Cyber.

Penafian,Cap Dagang & Hak Cipta

Segala imej dan screenshot yang digunakan di dalam ebook ini adalah hak milik pihak tersebut.Penggunaannya di dalam laporan ini hanyalah sebagai panduan dan rujukan sahaja untuk memudahkan kefahaman pembaca.

(2)

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

Pendahuluan 4

Bab 1 : Niche 7

Bab 2 : Pembinaan Jenama 12

Bab 3 : Pengenalan & Tips Pemasaran Email 17

- Email Spam 19

- Autoresponder 22

- Kualiti vs Kuantiti 28

- Mengekal dan mendapatkan kembali pelanggan 29 - Senarai email adalah aset yang bernilai 30

- Squeeze page & borang opt in 31

Bab 4 : Kelebihan Memiliki Senarai Email 32

Bab 5 : Faktor Kejayaan Pemasaran Email 39

- Persediaan sebelum penghantaran email 40

- Cara komunikasi 41

- Senarai email berkualiti & responsif 43

- Hukum Purata 45

- Kualiti dan kredibiliti pemilik produk 47

(3)

Bab 7 : Strategi Program Pay Per Lead(PPL) 51

- Konsep PPL 54

- Kelebihan PPL 56

- Tips penganjuran program PPL 59 - Konsep pembayaran minima dalam PPL 59 - PPL melalui pemberian hadiah 60

- PPL berdasarkan bajet 61

- PPL tanpa modal 62

- Mendapatkan senarai email yang disasarkan melalui PPL 64

- Faktor kejayaan PPL 65

- Strategi promosi tambahan PPL 73

Bab 8 : Strategi Ke Arah Jualan 5 Angka 76

Case Study Khas : Kejayaan Top Affiliate Rahsia Clickbank 91

(4)

Pendahuluan

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya,akhirnya dapat juga saya menyiapkan sebuah panduan hasil daripada pengalaman saya sendiri selama berkecimpung dalam bidang Pemasaran Internet selama ini.

Memang salah satu azam saya tahun ini adalah untuk menulis sebuah ebook untuk berkongsikan pengalaman dan strategi yang berkesan dalam bidang IM ini.Dan akhirnya tercapai juga hasrat ini.

Saya sendiri sebenarnya masih lagi dalam proses pembelajaran berkenaan seni pemasaran email ini kerana ilmunya cukup luas dan banyak kelemahan lagi yang saya perlu

perbaiki.Oleh itu,hasil pengalaman yang saya ada selama ini,saya kongsikan kepada anda untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan dalam pemasaran email sebagai panduan bersama.

Pada saya panduan ini adalah untuk kita bersama untuk lebih cemerlang dalam bidang pemasaran khasnya pemasaran email.Selain itu,objektif saya yang utama ialah untuk memberi kesedaran supaya kalau boleh semua orang mempunyai senarai email sendiri dan memberi kesedaran tentang keburukan melakukan email spam.

Dalam Islam, Allah berfirman bahawa “Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum, selama kaum tersebut tidak berusaha mengubah dirinya sendiri”

Saya suka untuk meletakkan firman tersebut di permulaan panduan ini kerana saya yakin anda membeli panduan yang saya tulis ini untuk mengubah nasib anda dalam perniagaan internet dengan niat untuk mempelajari selok belok teknik pemasaran khususnya melalui pemasaran email

(5)

Maka,selepas anda membaca panduan ini saya harap anda akan melakukan ‘tindakan’ untuk ke arah perubahan tersebut.Jika selepas anda membaca panduan ini anda tidak melakukan apa-apa tindakan,ini bermakna anda terus akan berada di takuk lama kerana anda sendiri tidak berbuat apa-apa untuk mengubah nasib anda.

Apa yang saya harapkan selepas anda membaca panduan ini,teruslah bertindak,jangan segan dan malu untuk bertanya di ruangan forum atau email kepada saya sekiranya anda tidak faham dengan apa yang diajar.

Pasti anda biasa membaca dan mendengar tentang pernyataan yang menyatakan bahawa menjalankan perniagaan internet adalah sesuatu perkara yang mudah.Tapi hakikatnya kenapa ramai yang masih gagal dalam perniagaan internet yang mereka jalankan? Banyak faktor sebenarnya yang menyumbang kepada kegagalan tersebut,tetapi pokok pangkal kejayaan sesebuah perniagaan itu sebenarnya sama juga seperti perniagaan yang lain,tidak lain dan tidak bukan – kaedah dan teknik pemasaran yang betul dan berkesan. Sudah pasti teknik pemasaran melalui internet berbeza dengan teknik pemasaran

offline.Jadi tidak hairan jika mereka yang hebat dalam pemasaran offline juga akan gagal dalam kaedah pemasaran melalui internet sekiranya mereka tidak didedahkan dengan kaedah dan cara yang betul dan berkesan.

Saya sendiri ketika mula-mula masuk ke alam perniagaan internet ini,mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan laman web yang pertama dan selepas dilancarkan saya gagal menghasilkan sebarang jualan.Saya tiada panduan dan mentor untuk dijadikan rujukan ketika itu.Anggaplah anda sangat beruntung ketika ini kerana banyak panduan telah disediakan ketika ini sama ada yang berbayar ataupun percuma.

(6)

Kepada yang telah mempunyai asas dalam bidang perniagaan internet,apa yang perlu anda tekankan hanyalah kepada strategi pemasaran melalui email dan forum yang saya tunjukkan di sini.Saya hanya akan ajarkan kaedah yang telah terbukti berkesan melalui pengalaman saya sendiri serta hasil pemerhatian dan kajian yang saya lakukan di sekeliling saya.

Ada banyak lagi kaedah pemasaran di luar sana,tapi saya lebih tekankan untuk fokus kepada kaedah yang saya telah saya lakukan dan terbukti berjaya daripada mengajar pelbagai teknik,tetapi akhirnya satu pun tidak berjaya.Ini bukan sahaja merugikan,malah membazirkan masa.Kunci utama yang saya ingin tekankan kepada anda ialah..FOKUS.

(7)

BAB 1

Niche

Hak Cipta Terpelihara (c) www.kuasaemail.com

Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedarkan ebook ini dengan apa jua cara dan kaedah.Dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.Undang-Undang Kerajaan Malaysia.

(8)

Niche

Mungkin ramai yang selalu melihat perkataan ini di internet,tetapi saya percaya masih ramai yang belum faham apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan niche.Saya sendiri sebenarnya mengambil masa yang lama juga untuk memahami perkataan dan konsep niche ini sewaktu mula-mula didedahkan dengan perkara ini.

Pada mulanya saya hanya tahu maksud sahaja,tetapi dalam konteks aplikasi dan pemahaman yang sebenar saya masih lagi kabur,sehinggalah lama kelamaan akhirnya secara tidak sedar saya telah memahami konsep niche ini hasil kejayaan melalui pemasaran yang saya lakukan.

Maksud ringkas niche ialah pasaran tumpuan.Pemasaran niche pula ialah kaedah pemasaran yang disasarkan kepada pasaran yang ditumpukan.

Bagaimana?Bolehkah anda faham maksud yang diberikan.Mungkin agak sukar sekiranya anda baru dengan perkataan ini ataupun anda masih samar-samar dengan konsep

pemasaran niche.Tak mengapa,teruskan pembacaan anda kerana saya akan cuba terangkan dengan lebih mendalam dengan apa yang dimaksudkan dengan pemasaran melalui niche ini.

Sebenarnya ramai juga yang sudah tahu berkenaan niche ini,tetapi tidak mengaplikasikan dengan semaksimum yang mungkin berkenaan konsep pemasaran niche.Jadi langkah permulaan dalam pemasaran niche ini ialah mengenal pasti niche atau pasaran tumpuan yang ingin diterokai.Saya galakkan anda memilih niche melalui minat anda dan juga mengikut kehendak pasaran.

Berkenaan minat,saya selalu menerima email dari mereka yang ingin menjana

pendapatan melalui internet tetapi masalahnya mereka tidak pandai buat web,tidak pandai menjual dan sebagainya.

(9)

Untuk ungkapan yang lebih tepat ialah mereka minat untuk buat duit melalui

internet,tetapi mereka tidak tahu langsung tentang perniagaan internet dan juga perkara teknikal seperti membina laman web.

Sebenarnya minat itu boleh disemai melalui usaha yang berterusan.Dan daripada minat yang dipupuk itulah yang akan menghasilkan duit dan kepandaian lain seperti membina laman web dan sebagainya.

Daripada pemerhatian saya,minat yang timbul terhadap perniagaan dan program-program yang menghasilkan duit melalui internet adalah hasil daripada motivasi mereka mendapat RM atau USD yang pertama daripada internet.Kadangkala ianya hanya secara kebetulan saja kerana ada yang pada mulanya hanya melakukannya secara suka-suka sahaja,tapi akhirnya mereka serius dan menjadikan perniagaan internet sebagai sumber pendapatan tetap setiap bulan.

Ramai juga yang setelah beberapa kali mencuba dan meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan tetapi masih buntu,mereka akan terus berhenti,malah ada juga yang hanya gagal sekali,terus berhenti dan kemudian menganggap perniagaan internet ini adalah sesuatu yang sukar.

Selain itu,faktor skim cepat kaya,dan faktor pengguna yang merasa tertipu dengan pembelian produk digital juga antara faktor yang membantutkan minat terhadap

perniagaan dan pemasaran internet terutamanya kepada mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam perniagaan dan pemasaran melalui internet.

Nasihat saya,jika anda pernah melalui kegagalan seperti di atas,teruskan usaha dan minat anda terhadap perniagaan dan pemasaran internet kerana lama kelamaan anda pasti akan mencapai kejayaan melalui pengalaman tersebut dan minat yang berterusan.Ok,cukup cerita berkenaan minat yang boleh dipupuk.

(10)

Setelah memilih pasaran yang anda ingin tumpukan,anda haruslah fokus terhadap pasaran tersebut sahaja,dan jangan sesekali anda campur adukkan dengan pasaran yang lain kerana sudah pasti konsep pemasaran melalui niche anda kurang berkesan.

Sebagai contoh buat masa ini konsep pemasaran niche saya adalah berkenaan perniagaan internet.Maka saya fokus sepenuhnya terhadap perniagaan internet dengan membina blog yang berasaskan perniagaan internet,penjenamaan terhadap perniagaan internet saya dengan menubuhkan Team Aspirasi Cyber dan juga mengumpulkan senarai email bagi pasaran tempatan untuk sama-sama menyemai minat mereka berkenaan perniagaan internet di samping melakukan pemasaran.

Jadi segala-gala yang saya tumpukan adalah berasaskan kepada perniagaan internet,maka tulisan yang saya hasilkan di blog saya juga sepenuhnya berkisar dan berkait dan tidak lari daripada perniagaan internet.Saya tidak sesekali mencampur adukkannya dengan hiburan,politik dan sebagainya walaupun banyak kisah sensasi yang boleh ditulis. Begitu juga dengan email yang saya hantar,semuanya adalah berkisarkan kepada perniagaan internet dan produk-produk yang saya promosikan juga adalah ruang lingkupnya berkenaan perniagaan internet.

Jadi untuk jenama Aspirasi Cyber ini saya tidak akan sesekali keluar daripada pasaran tumpuan saya ini,dan saya terus akan fokuskannya kepada segala hal yang berkaitan perniagaan internet kerana dari sini ia akan terus mengukuhkan kekuatan jenama saya dalam niche ini.Objektif saya,bila orang lihat saja nama Team Aspirasi Cyber,maka mereka akan kenal niche yang saya bawa dan jalankan.

Pemasaran niche juga perlu mengikut tempat yang betul.Sekiranya niche yang anda bawakan adalah berkenaan perniagan internet,fokuskan pemasaran tersebut di kawasan niche anda juga seperti di forum-forum berkenaan perniagaan internet dan juga laman web dan blog-blog berkenaan perniagaan internet.

(11)

Maka hasil yang memberangsangkan melalui pemasaran niche ini akan dapat dilihat keberkesanannya melalui pemasaran di tempat yang betul melalui pemilihan niche yang anda pilih.Walaubagaimanapun tidak salah untuk mencuba melakukan promosi di luar ruang lingkup niche anda,tapi pastin hasilnya tidak sehebat melakukan pemasaran dalam ruang lingkup niche anda.

Dalam pemasaran email,syarat paling mudah untuk anda melakukan jualan bagi produk yang ingin anda lancarkan adalah kumpulkan senarai email daripada niche produk yang anda ingin jual tersebut,dan anda pasti akan dapat lihat bagaimana faktor pemilihan senarai email daripada niche yang betul akan mempengaruhi hasil jualan produk

anda.Faktor niche juga akan mempengaruhi aspek kualiti dan responsif senarai email yang anda kumpul.

Sebelum saya masuk ke bab pemasaran email,saya harap anda yang baru atau kurang jelas dengan istilah niche,semoga mendapat kefahaman serba sedikit pengenalan niche yang saya jelaskan di sini kerana istilah niche ini saya akan gunakan di bab-bab yang seterusnya kerana saya sangat tekankan niche dengan senarai email yang dikumpul untuk menjadikan senarai email yang dikumpul itu lebih efektif.

(12)

BAB 2

Pembinaan Jenama

Hak Cipta Terpelihara (c) www.kuasaemail.com

Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedarkan ebook ini dengan apa jua cara dan kaedah.Dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.Undang-Undang Kerajaan Malaysia.

(13)

Pembinaan Jenama

Pada awal dahulu,saya juga tidak berapa kisah dengan konsep pembinaan jenama ini.Tapi hasil pengalaman yang saya lalui,telah banyak memberi saya ilmu untuk meningkatkan lagi empayar perniagaan internet yang saya jalankan.Kemudian baru saya sedar betapa pentingnya pembinaan jenama dalam perniagaan internet untuk membina dan

mempertingkatkan lagi kredibiliti kita.

Konsep ini memang biasa kita lihat dalam perniagaan dan dalam kehidupan seharian kita dan paling jelas contohnya seperti konsep penjenamaan yang dilakukan oleh KFC dan Mc Donald.Apabila jenama sudah kukuh dan dikenali maka semakin mudahlah sesuatu barang tersebut dijual.

Konsep pembinaan jenama ini sangat penting untuk anda aplikasikan dan ia adalah perkara yang pertama sekali yang anda perlu lakukan sebelum anda melangkah ke kaedah pemasaran yang seterusnya,kerana ia akan melambangkan identiti yang anda bawa untuk dipasarkan kepada umum.

Luangkan masa anda untuk berfikir sejenak,apakah jenama yang anda ingin

gunakan.Langkah yang paling mudah ialah menggunakan nama anda sendiri.Tetapi saya amat galakkan jika jenama itu anda bina berdasarkan niche anda dan jadikanlah ia unik dan lain daripada orang lain untuk mengelakkan kekeliruan terutama penggunaan nama sendiri yang biasanya akan ada ramai yang mempunyai nama yang sama.

Tidak mengapa jika anda mengambil masa berhari-hari semata-mata untuk memikirkan jenama apakah yang sesuai untuk anda kerana jenama ini adalah tonggak yang penting dalam pemasaran yang anda akan lakukan kelak.

Saya dan rakan memikirkannya selama berhari-hari sebelum memutuskan untuk menjenamakan Team Aspirasi Cyber sebagai jenama yang akan kami gunakan dalam

(14)

pemasaran internet.Maka tanpa berlengah terus sahaja saya membeli nama domain dan hosting untuk membina blog yang berkonsepkan perniagaan internet untuk menguatkan jenama ini lagi.

Malah jenama yang dipilih ini juga mempunyai maksud yang tersendiri untuk kami sebagai pemangkin yang lebih kuat atas usaha kami dalam perniagaan internet.Berikut adalah serba sedikit asal usul tentang jenama Aspirasi Cyber yang telah dan sedang kami kembangkan ketika ini.

TEAM ASPIRASI CYBER:

Aspirasi : Keinginan yang kuat terhadap sesuatu dalam mencapai cita-cita (Kamus Dewan).

Cyber(Siber) : Berkaitan komputer dan internet : Internet ibarat pasar raksaksa yang menemukan pembeli dengan penjual dalam ruang siber.(Kamus Dewan)

AspirasiCyber : Cita-cita dan keinginan kami yang kuat untuk berjaya menerusi perniagaan internet.Dengan aspirasi yang dicetuskan ini,kami akan kongsikan bersama-sama anda supaya kita bersama-sama-bersama-sama lebih maju dan berjaya dalam bidang ini.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana jenama yang kukuh dalam pemasaran internet ini dapat menjual dan memasarkan produk yang mereka hasilkan dengan begitu

mudah.Sebut saja nama seperti Team Flarebiz dan juga Smartusaha,pasti jualan dapat dilakukan dengan mudah tanpa pembeli berfikir berkali-kali untuk membeli kerana jenama mereka sudah kukuh di kalangan usahawan internet.

Begitu jugalah halnya dengan nama seperti Irfan Khairi dan juga Gobala Krishnan serta Zamri Nanyan.Dengan nama mereka yang sudah kukuh dalam perniagaan internet,kerja pemasaran mereka menjadi sangat mudah dan ramai pula yang berebut-rebut

(15)

Selain itu,agen affilliate turut mendapat manfaat kerana mudah untuk memasarkan produk mereka sebagai agen kerana dengan hanya nama mereka saja mungkin sudah mempengaruhi 50% keputusan pembeli untuk membeli produk tersebut.

Jadi,begitulah saya meletakkan pembinaan jenama ini sebagai perkara yang pertama sekali yang perlu dilakukan ketika dalam proses pemasaran.Tapi ingat,untuk menjadikan sesuatu jenama itu terkenal ianya akan memakan masa selain usaha yang anda lakukan untuk menjaga kredibiliti jenama tersebut.

Jangan sesekali merosakkan kredibiliti jenama yang anda sudah bina kerana ia hanya akan merugikan anda dengan masa dan usaha yang anda laburkan untuk membina jenama tersebut,kerana jika ini berlaku pasti usaha pemasaran anda akan menjadi sukar kerana apabila rosaknya jenama yang anda bina,ini bermakna hasil pemasaran juga pasti kurang atau tidak efektif.

Dalam pemasaran email,dengan jenama yang anda bina akan memudahkan anda untuk dikenali oleh pelanggan anda(subscriber) dan seterusnya akan meningkatkan kadar peratusan untuk email anda itu dibaca oleh mereka serta untuk mengelakkan email anda dicop sebagai email spam.

(16)
(17)

BAB 3

Pengenalan & Tips

Pemasaran Email

Hak Cipta Terpelihara (c) www.kuasaemail.com

Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedarkan ebook ini dengan apa jua cara dan kaedah.Dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.Undang-Undang Kerajaan

(18)

Pengenalan & Tips Pemasaran Email

“The money is in the list”

Saya pasti ramai yang biasa mendengar ungkapan ini.Dalam pemasaran internet ungkapan ini merujuk kepada senarai nama dan email yang kita kumpul dan simpan.Ramai yang tahu akan kepentingan membina senarai email kerana

keberkesanannya memang sangat terbukti tetapi kesedaran di kalangan kita masih kurang dan lebih suka memilih cara pemasaran yang susah daripada menggunakan kaedah mudah seperti melalui kaedah pemasaran email ini.

Saya sendiri sejak mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan internet sudah diberitahu dan diberi penekanan tentang hal ini oleh rakan saya Amirol Zulkifli,dan beliau seringkali menceritakan tentang kelebihan memiliki senarai email.Tetapi saya tidak ambil berat pun tentang kaedah pemasaran email,apatah lagi untuk mula mengumpul senarai email.

Kemudian,setelah tergerak hati untuk mula mengumpul senarai email dan melakukan kaedah ini,barulah saya menyesal kerana tidak menggunakan kaedah pemasaran yang sangat ampuh ini sejak dari mula lagi dan saya rasakan telah kerugian hampir 2 tahun kerana tidak memulakan proses mengumpul senarai email.

Mungkin kesedaran ini kurang kerana tidak ada panduan yang khusus dalam Bahasa Melayu yang menerangkan tentang perkara ini secara menyeluruh.Belum pernah lagi ebook khusus yang sepenuhnya mendedahkan kuasa pemasaran email ini secara terperinci daripada IM tempatan.

Mungkin mereka yang mempunyai senarai email yang besar tidak mahu mendedahkan sepenuhnya teknik yang paling efektif ini kepada umum kerana mungkin tidak mahu berlakunya persaingan,ataupun mungkin mereka tidak berkesempatan untuk

(19)

Saya andaikan,kurang daripada 20 orang IM yang mempunyai senarai email yang berjumlah 10 ribu orang pelanggan(subscriber) untuk pasaran tempatan.Jadi tidak hairanlah mengapa nama mereka sahaja yang sering kali menungguli kebanyakkan program affiliate tempatan selain mudah untuk memasarkan produk-produk mereka sendiri.

Biar saya berterus terang kepada anda bahawa teknik pemasaran email(email marketing) ini adalah teknik yang paling efektif dan sangat-sangat berkesan dalam pemasaran internet melalui niche yang anda pilih.Maka,tidak kira apa juga niche yang anda pilih,anda wajib sediakan borang opt-in untuk mengumpulkan senarai email daripada niche anda tersebut.

Boleh saya katakan bahawa 80%-90% jualan produk dan hasil keuntungan yang saya perolehi adalah melalui teknik pemasaran ini.Jadi saya meletakkan teknik pemasaran melalui email adalah yang paling berkesan sekali di antara semua kaedah pemasaran lain yang saya gunakan.

Cuba anda bayangkan,hanya dengan 2 atau 3 kali penghantaran email(broadcast),anda mampu menghasilkan pendapatan 5 angka.Begitulah hebatnya kuasa pemasaran

email.Pada kebiasaannya ,lebih besar senarai email dan kualiti pelanggan yang ada,maka lebih besar potensi pendapatan yang akan diperolehi.

Email Spam

Sebelum mengulas lebih lanjut tentang pemasaran email,saya akan terangkan terlebih dahulu berkenaan email spam kepada anda supaya anda lebih memahami konsep pemasaran email yang sebenar dan tidak terkeliru antara kaedah yang betul dan salah dalam pemasaran email.

Email spam ialah email yang tidak diundang dan dihantar oleh pengirim yang anda tidak kenali.Pasti anda selalu menerima email yang tidak diundang sebegini bukan?dan pasti

(20)

anda berasa pelik dari mana datangnya email ini dan dari mana mereka mendapat alamat email anda.

Apa perasaan anda apabila inbox email anda dipenuhi dengan email yang tidak diundang ini?Pasti anda merasa tidak selesa dan mungkin akan menimbulkan kemarahan dalam diri anda.Ini kerana dengan kehadiran email-email yang tidak diundang sebegini,mungkin anda akan terlepas pandang email penting yang sepatutnya anda baca.

Email spam ini biasanya datang daripada mereka yang tidak bertanggungjawab

mengambil email anda tanpa kebenaran anda,malah lebih buruk lagi jika email anda dan email-email pengguna lain yang telah diambil secara tidak sah ataupun perkataan lebih tepatnya ‘dicuri’ ini kemudiannya dikumpul dan dijual kepada orang ramai.

Maka hasilnya,inbox anda akan dibanjiri oleh email-email yang mengganggu kehidupan anda kerana ia telah disebar dan dijual kepada orang ramai.Maka email anda yang dicuri itu pun berpindah dari satu tangan ke satu tangan yang lain tanpa anda merelakannya. Secara lebih jelas lagi,email spam adalah email yang anda terima daripada pengirim yang anda tidak kenali dan tanpa persetujuaan anda kerana anda tidak pernah sekalipun

memberikan alamat email anda kepada pengirim tersebut.

Saya harap anda jelas dengan maksud email spam,kerana saya lihat masih ramai lagi yang tidak faham dengan istilah email spam ini.Malah yang lebih kelakarnya ialah ayat dari pengirimnya yang menyatakan bahawa email yang mereka hantar tersebut bukanlah spam sedangkan sudah jelas dan nyata mereka mengambil dan menghantar email tersebut tanpa kebenaran tuan punya email.

(21)

Anda boleh lihat salah satu contoh email spam yang dihantar kepada orang ramai.Ini adalah contoh yang paling jelas tentang email spam yang saya terima.Anda boleh lihat sendiri kebiasaannya email anda akan menjadi mangsa bersama sejumlah email pengguna yang lain.

Di harap selepas anda membaca penerangan berkenaan email spam ini,sekiranya anda pernah terlibat dengan aktiviti ini,di harap anda hentikannya serta merta kerana perbuatan ini tidak beretika dan salah di sisi undang-undang siber malah anda boleh dikenakan tindakan kerana tindakan tidak beretika ini.

Gunakanlah kaedah pemasaran email dengan cara yang betul dan beretika ketika

melakukan pemasaran email kerana anda bukan saja melakukan kaedah pemasaran yang betul malah hasil yang anda dapat juga berlipat kali ganda daripada cara spam yang tidak beretika selain dapat mengelakkan kemarahan orang ramai.

Awas!!!anda boleh didakwa jika melakukan spam tanpa kebenaran pemilik email apatah lagi menjual senarai email yang dicuri kepada orang ramai kerana sudah pasti senarai

(22)

Autoresponder

Pemasaran email yang berkesan adalah menggunakan autoresponder dengan sistem autoresponder berbayar seperti Getresponse atau Aweber kerana ia telah direka khas dengan ciri-ciri yang mematuhi akta spam antarabangsa.

Antara ciri-ciri yang terdapat pada sistem autoresponder ini ialah apabila pelanggan setuju untuk mendaftar nama dan email mereka,kemudian mereka akan melalui proses pengesahan sama ada untuk bersetuju atau tidak untuk menjadi pelanggan email anda.

Pada setiap email yang anda kirimkan akan terdapat fungsi untuk keluar dari senarai email(unsubscribe) dan inilah antara ciri-ciri yang membezakan email tersebut dengan email spam yang melanggar akta spam antarabangsa.

Dengan menggunakan khidmat autoresponder anda boleh mula membina senarai email dan dapat melakukan kaedah pemasaran email dengan lebih sistematik,efektif dan lebih mesra kepada pelanggan anda.

Autoresponder – Berbayar vs Percuma

Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan autoresponder di luar sana sama ada yang percuma dan juga yang berbayar.Saya amat sarankan anda untuk terus mendapatkan khidmat auresponder berbayar yang sudah terbukti keberkesanannya dari segi jumlah capaian penghantarannya ke dalam inbox pengguna,berbanding autoresponder percuma yang kerap tersasar ke dalam folder spam.

Selain itu,saya sudah beberapa kali membaca keluhan Internet Marketer(IM) yang berpengalaman dengan autoresponder di blog mereka tentang kerugian senarai email yang mereka kumpul menggunakan autoresponder percuma apabila mereka bertukar kepada autoresponder berbayar.Ini kerana menurut mereka biasanya mereka akan kehilangan 50% atau lebih daripada senarai asal tersebut.

(23)

Kekurangan yang paling ketara pada autoresponder percuma ialah ianya tidak dapat menampung jumlah senarai email yang besar dan kadar peratusan untuk email tersebut sampai ke inbox pelanggan adalah rendah.Dan ini pasti akan menimbulkan masalah apabila anda ingin bertukar kepada autoresponder berbayar,seperti yang telah nyatakan di atas.

Saya bernasib baik kerana terus memilih untuk menggunakan autoresponder berbayar dan tidaklah saya mengalami masalah kehilangan pelanggan setelah berpenat lelah

mengumpul senarai email mereka.

Oleh itu langkah untuk memilih autoresponder yang berbayar adalah sangat penting daripada mula lagi.Namun begitu pemilihan autoresponder berbayar yang telah terbukti berkesan juga adalah langkah yang sangat penting supaya anda tidak kerugian masa dan wang anda dengan autoresponder tersebut selain faktor kos autoresponder tersebut.

(24)

Antara masalah yang dinyatakan kerana menggunakan autoresponder percuma,dan kemudian ingin bertukar kepada autoresponder berbayar.

Autoresponder – Getresponse

Sebelum anda ingin memiliki autoresponder berbayar,sila pastikan anda telah bersedia untuk mula menggunakannya dan mengumpul senarai email seperti telah menyiapkan produk percuma untuk diedarkan kepada umum,tahu membina laman web anda sendiri dan sedia untuk mempromosikannya.

Dua jenis autoresponder berbayar yang sangat terkenal,diakui keberkesanannya serta digunakan oleh ramai IM terkenal sama ada di dalam dan luar negara ialah Aweber dan Getresponse.Sekiranya anda mempunyai kos yang lebih,mungkin anda boleh

menggunakan khidmat autoresponder Aweber yang dikatakan mempunyai fungsi tambahan.Namun begitu kos Aweber adalah tinggi untuk setiap pertambahan email. Di sini saya hanya akan ceritakan kepada anda berkenaan autoresponder Getresponse kerana kosnya yang lebih murah daripada aweber serta saya sendiri menggunakan getresponse ini.Anda boleh dapatkan autoresponder Getresponse di sini:

http://www.getresponse.com

Saya sangat berpuas hati menggunakan Getresponse setakat ini kerana kosnya yang berpatutan serta kualiti penghantarannya yang memuaskan.Hasil lumayan yang saya dapat dari pemasaran email ini adalah dari keberkesanan bantuan daripada perkhidmatan autoresponder Getresponse ini.Jadi,anda jangan risau dan ragu untuk menggunakan autoresponder ini.

Antara nama besar IM yang menggunakan autoresponder ini ialah Mohd

Suhaimy(Shuth),Zamri Nanyan(Zamri),Amirol Zulkifli(Amirol),Zulfadli(Smartzul) dan Mazlie Nadzri.Malah Mazlie sendiri telah menulis ebook percuma tentang cara

penggunaan auto responder ini di dalam Bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman kepada mereka yang baru menggunakan khidmat autoresponder ini.Selain itu,pihak

(25)

autoresponder sendiri ada menyediakan tutorial dalam bentuk video langkah demi langkah untuk menggunakannya.

Berikut adalah kos untuk menggunakan khidmat autoresponder Getresponse: Payment Plan:

GetResponse BRONZE US $17.95 a month (regular rate)

GetResponse SILVER US $47.85 quarterly ($6 off!)

GetResponse GOLD US $87.70 for 6 months ($20 off!)

GetResponse PLATINUM US $145.40 for 1 year ($70 off!)

Antara kelebihan Autoresponder Getresponse: Kos yang berpatutan(mampu dimiliki) Kadar penghantaran yang cepat dan berkesan Menyediakan statistik sebagai bahan rujukan Mudah untuk digunakan

Boleh menampung sebanyak mana email sekalipun(namun ada kos tambahan) Terbukti berkesan dan menjadi pilihan ramai

(26)

Mungkin ada yang mengatakan kos autoresponder berbayar adalah mahal kerana kita akan membayarnya secara bulanan.Cuba baca post yang yang dinyatakan oleh Mazlie dalam forum Wangcyber.com di atas.Saya juga pada mulanya terasa amat berat untuk menggunakan Getresponse ini.Namun begitu setelah memilikinya,barulah saya bergerak untuk mula mengumpul senarai email kerana memikirkan tanggungjawab untuk

membayarnya secara bulanan.

Kemudian daripada situlah timbul tindakan,idea-idea dan strategi untuk mengumpul seberapa banyak senarai email dengan pantas seperti menjalankan program PPL yang akan saya terangkan secara terperinci untuk membantu anda mengumpulkan senarai email dengan pantas dalam bab yang seterusnya.

Setelah mendapat hasil yang lumayan dengan kaedah pemasaran email melalui bantuan autoresponder,barulah saya rasa sedar,bahawa kos yang saya keluarkan untuk melanggan autoresponder Getresponse sebenarnya adalah sangat murah,jika nak dibandingkan dengan hasil yang saya dapat daripada bantuan sistemnya.

Daripada dianggap sebagai beban sebelum memilikinya,barulah saya sedar ia adalah aset yang sangat bernilai dalam bidang pemasaran internet.Persepsi dan tindakan untuk

mengumpul senarai email ini hanya akan berubah setelah anda membayar untuk memiliki autoresponder.Percayalah…☺

(27)

Kempen(Campaign) Dalam Autoresponder

Mungkin ramai yang tidak tahu di dalam sesebuah autoresponder berbayar seperti Getresponse,anda boleh buat seberapa banyak kempen yang anda mahukan.Dengan adanya fungsi untuk membina pelbagai kempen di dalam autoresponder,anda boleh membina senarai email daripada pelbagai jenis niche yang anda mahukan.

Jangan salah faham dengan mengatakan bahawa jika senarai email yang anda bina adalah berkaitan dengan niche IM,anda tidak boleh mengumpul senarai email untuk niche yang lain seperti kesihatan misalnya.Dengan menggunakan autoresponder seperti getresponse ini,anda boleh bina seberapa banyak niche dan senarai email melalui kempen anda,kerana kempen-kempen ini akan diasingkan.

Sebagai contoh:

Kempen A : Niche berkaitan IM

Kempen B : Niche berkaitan tips kesihatan

Kempen C : Niche berkaitan Multi Level Marketing(MLM) Kempen D : Niche berkaitan tips kecantikan

Selain itu anda juga boleh menghantar email kepada senarai email untuk kempen-kempen yang berkaitan sekaligus.Sebagai contoh,jika anda rasa email yang anda hendak hantar tersebut berkaitan dengan niche untuk kesihatan dan kecantikan,anda bolehlah

menghantar email kepada senarai di dalam kempen B dan kempen D seperti contoh di atas.Kesemua pelanggan senarai email untuk kempen B dan D tersebut akan menerima email yang anda hantarkan.

(28)

Antara beberapa contoh kempen yang saya jalankan

Ketika proses penghantaran email,anda boleh pilih kempen yang berkaitan dengan email yang akan anda hantar tersebut dengan tick pada kempen yang berkaitan.

Kualiti vs Kuantiti

Kualiti dan kuantiti senarai email yang dikumpul adalah sama penting dan saling

bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan angka jualan mencecah sehingga 5 angka.Jika senarai email berkualiti tetapi tidak banyak,sukar juga untuk mencecah jualan sehingga ke tahap 5 angka.Begitu juga jika senarai email anda banyak,tetapi tidak

(29)

Kualiti dan kuantiti senarai email haruslah seiiring.Jika diperkatakan tentang

kuantiti,pasti ramai yang faham.Tetapi apabila disebut tentang kualiti mungkin ada yang tidak berapa faham apakah yang dimaksudkan dengan senarai email yang

berkualiti.Senarai email berkualiti adalah subjektif dan setiap orang mungkin mempunyai tanggapan yang berbeza dalam soal kualiti di dalam sesebuah senarai email.Ada yang mentakrifkan senarai email yang berkualiti adalah senarai yang mempunyai kuasa beli yang tinggi untuk produk yang dipromosi.

Bagi saya,senarai email berkualiti ialah senarai yang dikumpul melalui niche yang kita pasarkan dan senarai ini kekal dalam senarai simpanan kita untuk tempoh jangka waktu yang panjang(kalau boleh selamanya).Untuk memiliki senarai email yang berkualiti,kita juga haruslah menghantar email dan promosi produk berkualiti kepada mereka.Jadi janganlah hanya mengharapkan senarai email yang berkualiti sedangkan email yang kita hantar asyik merapu sahaja.

Secara mudahnya bagi saya,untuk menghasilkan senarai email yang berkualiti,ia bergantung kepada faktor berikut:

Faktor senarai yang dikumpul melalui niche

Faktor diri anda sendiri ketika menghantar email(broadcast) Mengekalkan dan mendapatkan kembali pelanggan(subscriber)

Di dalam sistem autoresponder berbayar,terdapat fungsi unsubscribe,iaitu fungsi yang membolehkan pelanggan yang melanggan email anda untuk keluar dari langganan senarai email anda.Ramai yang risau tentang perkara ini,tapi inilah etika yang harus dikekalkan dalam pemasaran email untuk mematuhi akta spam antarabangsa.

Sebenarnya fungsi ini sangat bagus untuk mengekalkan kualiti senarai yang kita simpan disebabkan ada yang mendapatkan produk percuma yang kita edarkan untuk tujuan suka-suka sahaja.Selain itu,kita juga pasti akan menjaga kredibiliti kita ketika menghantar email supaya kadar mereka yang unsubscribe untuk email yang kita hantar adalah rendah.

(30)

Sebenarnya anda juga boleh buatkan mereka yang keluar daripada senarai email anda untuk kembali masuk semula .Caranya ialah dengan redirectkan removal page ke squueze page kempen email anda yang lain,seperti contoh yang saya setkan dalam sistem

Getresponse ini:

Mungkin dengan cara ini mereka yang melanggan keluar daripada kempen email anda yang asal akan tertarik untuk masuk semula ke dalam senarai email kempen lain setelah anda redirectkan mereka ke laman squueze page tersebut.

Senarai Email Adalah Aset Yang Sangat Bernilai

Penting untuk kita menjaga senarai email yang kita kumpulkan kerana ia adalah aset yang sangat bernilai.Seperti yang saya nyatakan sebelum ini,kita juga haruslah menjaga kualiti dan kredibiliti kita ketika menghantar email(broadcast) kepada pelanggan(subscriber) kita.Janganlah menghantar email yang merapu dan selalu menghantar topik yang tidak berkaitan dengan niche yang kita jalankan.

Selain itu,selain daripada promosi produk,kongsikanlah juga ilmu dan tips-tips berkenaan niche yang kita jalankan.Jika mereka bertanyakan soalan,luangkanlah masa untuk

menjawap soalan yang mereka kemukakan.Janganlah setiap kali broadcast,anda asyik hantar email yang pendek dan terang-terangan hanyalah untuk tujuan promosi semata-mata.

Lama-lama pelanggan anda akan jangkakan bahawa setiap email yang anda hantar hanyalah email promosi semata-mata dan ini akan menyebabkan mereka malas untuk membuka email tersebut ataupun mereka bertindak keluar daripada senarai anda.

(31)

Squeeze Page & Opt In Form

Setelah anda memiliki autoresponder sendiri,bermulah tugas anda untuk mula

mengumpulkan senarai email anda.Halaman yang diletakkan opt in form untuk diisi oleh bakal pelanggan dikenali sebagai squeeze page.Mungkin ramai yang masih keliru dengan maksud squeeze page dan juga landing page.Secara mudahnya squeeze page adalah halaman yang mempunyai opt in form untuk mengumpul senarai email.Tidak kiralah sama ada opt in form itu bersama dengan pelbagai isi kandungan atau hanya opt in page semata-mata sahaja di halaman tersebut.

Landing page ialah halaman yang kita sasarkan untuk pelawat kita singgah dengan tujuan supaya apa yang kita sampaikan dapat menarik perhatian mereka melalui halaman

tersebut.Landing page yang baik adalah yang turut disertakan dengan opt in form supaya proses follow up boleh dilakukan daripada landing page tersebut.Landing page yang mempunyai opt in form juga kita boleh panggil ia sebagai squeeze page.

Opt in form pula adalah borang yang akan digunakan untuk mengumpul senarai email bakal pelanggan anda.Untuk opt in form ini,cukuplah sekadar meminta mereka untuk mengisikan nama dan alamat email mereka sahaja kerana jika anda meminta mereka untuk mengisi pelbagai maklumat seperti nombor telefon,alamat dan sebagainya,mungkin akan menyebabkan bakal pelanggan anda tidak berminat untuk mengisinya kerana ia akan merumitkan mereka.Cukup hanya dengan nama panggilan dan email mereka sahaja.

(32)

BAB 4

Kelebihan Memiliki

Senarai Email

Hak Cipta Terpelihara (c) www.kuasaemail.com

Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedarkan ebook ini dengan apa jua cara dan kaedah.Dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.Undang-Undang Kerajaan Malaysia.

(33)

Kelebihan Memiliki Senarai Email

Saya pasti anda sering mendapat email spam daripada mereka yang tidak

bertanggungjawab yang menawarkan puluhan,malahan ratusan ribu senarai email untuk dijual.Ini adalah satu tindakan yang tidak beretika sama sekali kerana email yang dikumpulkan tersebut diambil tanpa kebenaran pemiliknya.

Sekiranya email anda turut dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini,pasti anda merasa sangat marah dan tidak selesa kerana email anda pasti akan diserang bertalu-talu daripada orang yang anda tidak kenali sehingga memenuhi inbox anda dan pasti akan menyebabkan mata dan hati anda sakit melihatnya.

Apa yang saya ingin beritahu kepada anda di sini ialah betapa pentingnya senarai email dalam bidang pemasaran internet ini sehinggakan orang sanggup mengambil senarai email tanpa kebenaran dan kemudian menjualnya kepada orang ramai.Namun begitu perbuatan ini sangatlah menjijikkan.

Jauhilah perbuatan tersebut,kerana ia tidak menguntungkan malah si pencuri email boleh didakwa.Kumpulkanlah senarai email dengan cara yang betul menggunakan khidmat autoresponder kerana anda pasti akan dapat melihat sendiri kelebihan memiliki senarai email dengan cara yang sah.Berikut saya terangkan kepada anda tentang faedah yang bakal anda miliki dengan memiliki senarai email sendiri dengan cara yang sah. Peluang JV dengan nama besar

Kebiasaannya produk daripada IM yang mempunyai reputasi besar akan membuka tawaran JV kepada mereka yang memiliki 1000 senarai email ke atas.Jadi untuk mendapatkan senarai email dalam masa yang singkat kaedah PPL adalah kaedah yang paling cepat.

(34)

Selain itu,kebiasaannya IM yang mempunyai senarai email yang besar juga mudah bekerjasama kerana ini adalah situasi yang menguntungkan untuk kedua-dua belah pihak(win win situation) dalam pemasaran produk masing-masing.

(35)

Anda boleh lihat sendiri bagaimana peluang untuk JV dengan nama besar dalam pasaran tempatan cukup mudah jika anda mempunyai senarai email yang

besar,sekurang-kurangnya 1000,malah boleh dapat produk mereka secara percuma lagi tu ☺.

Mudah Untuk Menjadi Top Affiliate

Biasanya jika anda mempunyai senarai email yang besar dalam niche produk yang bakal dilancarkan,andalah yang akan dicari oleh rakan JV yang akan melancarkan produk tersebut.Maka dengan segala informasi awal yang mereka berikan,mudahlah untuk anda bersedia dengan tawaran-tawaran menarik kepada bakal pembeli anda.

Anda jugalah yang akan menjadi orang terawal mempromosikan sesuatu program

tersebut,maka secara tidak langsung tersangat mudahlah untuk anda menjadi top affilliate untuk sesuatu program tersebut lebih-lebih lagi jika program tersebut kena dengan niche senarai email yang anda kumpulkan.

Pasaran affiliate tempatan bukan seperti dahulu lagi.Kini anda boleh jana pendapatan yang lumayan hanya dengan mempromosikan program-program affiliate tempatan.Setiap bulan pasti ada pelbagai produk akan dilancarkan dan tawaran program affiliate akan dibuka.Dengan mempunyai senarai email,kerja anda akan bertambah mudah dan peluang untuk anda menjadi top affliate juga cerah untuk menyapu hadiah-hadiah utama yang

(36)

Antara beberapa pengumuman tawaran JV dan affiliate yang diumumkan di forum Wangcyber.com

Mudah Untuk Memasarkan Produk Sendiri

Bayangkan jika anda memiliki 10,000 senarai email sendiri.Dari sini anda sudah mempunyai pasaran anda sendiri dan tidak perlu bersusah payah merayu untuk

melakukan JV dengan nama besar sekiranya mereka tidak dapat memenuhi tawaran JV yang anda maklumkan.

Ini pasti akan menyebabkan anda kecewa dan mula menyalahkan

mereka.Namun,janganlah berfikiran begitu,mungkin mereka sibuk dengan projek mereka sendiri atau menerima terlalu banyak jemputan JV dari IM lain.Jadi,jika anda mempunyai senarai email sendiri,pasti anda tidak terlalu gusar tentang perkara ini.

Dengan adanya pasaran sendiri juga daripada senarai yang anda bina sebenarnya dapat mengurangkan pergantungan terhadap orang lain kerana anda boleh berdiri atau bergantung sepenuhnya atas senarai yang anda bina.Selain itu,mungkin pasaran yang anda ceburi tidak mempunyai ramai rakan JV yang mempunyai senarai

email.Maka,dengan mempunyai senarai sendiri,tidaklah anda pening kepala untuk memikirkan hal ini.

(37)

Pemasaran secara terus dengan pelanggan

Dengan adanya senarai email sendiri anda seolah-olah berhubung secara terus dengan pelanggan secara personal,walaupun hakikatnya email yang anda hantarkan itu

sebenarnya dihantar kepada beratus-ratus malah beribu-ribu pengguna pelanggan email anda yang lain.

Dengan bantuan sistem autoresponder yang mesra pengguna,anda dapat menghantar email serta berhubung dengan pelanggan anda dengan memanggil nama panggilan mereka yang membuatkan anda seolah-olah berhubung secara terus dengan mereka yang pasti membuatkan mereka berasa seolah-olah dekat di hati serta rasa dihargai.

Menjana Pendapatan Berulang

Senarai email yang anda kumpulkan adalah kekal dengan membayar kos tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak autoresponder.Maka dengan adanya senarai ini,anda boleh gunakannya pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai untuk sesuatu produk yang anda rasa boleh dipromosikan kepada mereka.

Ada sesetengah pelanggan dalam senarai email anda mungkin tidak membeli produk A,tetapi mereka membeli produk B yang anda promosikan dan begitulah sebaliknya.Jadi selagi mereka berada dalam senarai anda,mudah untuk anda menjana pendapatan

berulang.

Dapat Melakukan Tindakan Susulan(Follow Up Email)

Perkara ini sangat penting dalam mempromosikan sesuatu produk.Dengan menyediakan opt in form pada laman web untuk mendapatkan senarai email,anda dapat menghantar email susulan kepada pelanggan anda(follow up),berbanding dengan laman web yang tidak menyediakan opt in form yang pasti tidak dapat melakukan tindakan susulan selepas mereka keluar daripada laman web tersebut.

(38)

Lumrah pembeli,mungkin mereka tidak tertarik dengan tawaran pertama,tetapi dengan tindakan susulan yang anda lakukan mungkin membuatkan mereka tergerak hati untuk membeli produk yang anda promosikan tersebut.

Mendapat Kumpulan Pelanggan Yang Disasarkan

Kadar untuk mendapatkan jualan yang tinggi adalah sangat mudah sekiranya email yang anda hantar adalah di kalangan kumpulan pelanggan yang anda sasarkan.Maka dengan mimiliki senarai email dari kalangan pelanggan yang anda sasarkan melalui hasil laporan atau produk percuma yang anda berikan akan memudahkan lagi proses jualan produk anda kelak.

Apa yang perlu dipastikan ialah laporan atau produk percuma yang anda berikan tersebut adalah berkaitan dengan produk yang anda akan jual.Ataupun produk percuma tersebut adalah sebagai pra-pelancaran kepada produk yang bakal anda jual.

Jadi sudah pasti mereka yang bakal mengisi senarai nama anda adalah dari kalangan kumpulan yang anda sasarkan atas minat yang mereka tunjukkan untuk mendapatkan produk percuma yang anda berikan.Bagi yang tidak berminat pula,sudah pasti mereka akan mengabaikan sahaja produk percuma anda tersebut.

Sebenarnya banyak lagi manfaat dan kelebihan yang anda akan perolehi dengan memiliki senarai email anda sendiri.Namun begitu melalui hanya beberapa perkara yang saya nyatakan di atas sudah cukup untuk menjelaskan tentang betapa pentingnya anda perlu untuk memiliki senarai email anda sendiri.

(39)

BAB 5

Faktor Kejayaan

Pemasaran Email

Hak Cipta Terpelihara (c) www.kuasaemail.com

Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedarkan ebook ini dengan apa jua cara dan kaedah.Dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.Undang-Undang Kerajaan

(40)

Faktor Kejayaan Pemasaran Email

Sebenarnya banyak faktor juga yang mempengaruhi kejayaan sesuatu produk melalui kaedah pemasaran email. Beikut adalah antara faktor yang mempengaruhi kejayaan pemasaran email:

Persediaan sebelum penghantaran email(Broadcast) Cara komunikasi

Senarai email berkualiti dan responsif Hukum Purata

Kualiti produk dan kredibiliti pemilik produk Persediaan sebelum penghantaran email

Sangat penting untuk membuat persediaan yang rapi sebelum anda ingin menghantar email kepada pelanggan anda.Saya kadang-kadang mengambil masa berjam-jam,malah kadang-kadang berhari-hari memikirkan idea dan kreativiti untuk email yang bakal dihantar supaya email tersebut akan dibuka dan dibaca oleh pelanggan saya.Biasanya saya akan rangka dan tulis di dalam notepad dahulu sebelum menghantar sesebuah email. Kemudian saya akan semak ejaan dan penggunaan ayat.Pastikan semua ejaan anda betul dan ayat anda tidak tunggang langgang kerana ini juga boleh dinilai oleh pelanggan anda tentang kredibiliti anda.Kemudian pastikan juga semua link yang anda sertakan di dalam email tersebut berfungsi dengan baik(tiada broken link),untuk mengelakkan daripada anda menghantar sekali lagi email yang sama,yang pasti akan membuatkan pelanggan anda kurang selesa.

(41)

Pastikan anda semak dan uji dahulu email yang anda hantar sebelum anda tekan butang penghantaran email kepada pelanggan anda.

Cara komunikasi

Faktor komunikasi dengan pelanggan melalui email yang dihantar kepada senarai email adalah faktor yang sangat penting ketika melakukan proses pemasaran ini.Jika anda dapat berkomunikasi dengan baik dan professional serta pandai menarik perhatian pelanggan anda,maka kaedah pemasaran email ini akan menjadi sangat efektif.

Ini kerana melalui pemasaran email anda dapat berhubung secara terus dengan pelanggan dan mereka juga boleh berinteraksi secara terus dengan anda.Dalam autoresponder

(42)

email yang anda hantar kepada mereka,dan ini membuatkan mereka terasa lebih dekat dengan anda.

Kod [[firstname]] digunakan untuk setkan nama panggilan pelanggan dalam sistem autoresponder Getresponse

Saya pasti anda akan lebih berminat untuk membuka email yang tertera nama anda pada tajuk email tersebut berbanding email lain.Ini kerana seolah-olah diri anda dihargai kerana itulah lumrah manusia.Ini adalah senjata psikologi yang paling hebat dalam kaedah pemasaran email walaupun ia nampak remeh dan mungkin ramai yang tidak tahu dan perasan akan hal ini.

Jika anda pernah membaca buku best seller Dale Carnegie How to win friends and influence people(Bagaimana hendak mendapatkan kawan dan mempengaruhi

seseorang),seseorang itu akan berasa sangat dihargai apabila anda menyebut apatah lagi mengingati nama mereka.Kebanyakkan email yang saya broadcast,biasanya pada tajuk,saya akan letakkan nama mereka terlebih dahulu:

Contoh tajuk email:

Hairi,Laporan Percuma Untuk Anda.

Katakan ketika anda membuka email,anda lihat ada 10 email baru sampai ke dalam inbox akaun email anda.Daripada 10 email tersebut,ada satu email yang pada tajuknya

meletakkan nama panggilan anda.Pasti email tersebut yang akan menarik perhatian anda untuk membukanya terlebih dahulu berbanding email-email yang lain.

(43)

Seterusnya di dalam isi kandungan email,kekalkan terus memanggil nama panggilan pelanggan anda supaya pelanggan anda merasa selesa untuk terus membaca email yang anda hantar.

Cara komunikasi yang bagus dengan pelanggan senarai email anda ialah dengan selalu berkongsi tips dan panduan kepada mereka.Ini pasti akan membuatkan mereka

menghargai email yang anda hantar tersebut walaupun mungkin diselitkan dengan unsur promosi,tapi input yang anda kongsikan tersebut adalah sangat bernilai untuk mereka. Senarai email berkualiti dan responsif

Senarai email yang berkualiti sangat berkait rapat dengan niche.Jika anda dapat mengumpul senarai email dari niche anda dan walaupun tidak terlalu ramai,anda sebenarnya mampu mendapatkan hasil pulangan yang lumayan berbanding memiliki senarai email di luar bidang niche anda.

Namun seperti yang saya katakan sebelum ini,mungkin faktor diri anda yang pandai menarik perhatian dan berkongsi tips-tips yang menarik tentang niche anda bawa boleh mengubah senarai mereka yang tidak berminat ini kepada berminat dengan niche yang anda bawakan,seterusnya meraka ini akan menjadikan senarai email anda tersebut

(44)

Sebagai Contoh:

Nabil dan Irma(kedua-duanya bukan nama sebenar) yang sedang hangat mengumpul senarai email bagi mempromosikan produk kurus mereka dengan mengedarkan laporan percuma mereka kepada orang ramai.

Nabil telah berjaya mengumpulkan 2,000 senarai email melalui laporan percuma tentang cara-cara menguruskan badan dalam masa 30 hari yang diedarkannya kepada orang ramai.Irma pula telah berjaya mengumpulkan 5,000 senarai email melalui laporan percumanya tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan juga dalam tempoh tersebut. Tiba pada hari pelancaran produk kurus mereka pada tarikh yang sama,Nabil nyata lebih berjaya dan popular dengan jualan produk kurusnya berbanding Irma walaupun senarai yang dikumpulnya kurang 3000 berbanding Irma.

Mengapa ini berlaku?

Nyata sekali laporan yang Nabil berikan tepat mengikut niche produknya dan pasti senarai email yang dikumpulnya walaupun tidak sebanyak Irma,lebih berkualiti kerana lebih spesifik dan mungkin senarai email yang dimilikinya terdapat lebih kurang

90% daripada mereka yang mempunyai keinginan untuk kurus berbanding senarai email yang Irma miliki yang ternyata begitu umum.

Kesimpulannya di sini,untuk memiliki senarai email daripada kelompok yang anda sasarkan,silalah berikan produk percuma yang berkaitan dengan niche yang anda sasarkan tersebut.Biarlah senarai email yang anda kumpul itu tidak besar,asalkan ianya berkualiti.

Berbalik kepada Irma,sebenarnya dia masih boleh menjadikan senarai emailnya lebih berkualiti,iaitu dengan membuat tapisan daripada senarai email yang sedia ada,dengan menyediakan satu lagi squueze page untuk kempen baru khas untuk niche pengurusan

(45)

berat badan bagi mendapatkan senarai email khusus kepada mereka yang berminat untuk menguruskan berat badan.

Hukum Purata

Hukum purata(Law Of Averaging) adalah elemen yang sangat penting yang saya ambil kira dalam menentukan peratus kejayaan dan keberkesanan dalam melakukan proses pemasaran email ini selain daripada kualiti senarai email yang dimiliki.

Terlebih dahulu saya ingin beritahu kepada anda bahawa jangan fikir kesemua senarai email yang anda kumpulkan akan membuka email yang anda hantar.Ia adalah sesuatu yang amat mustahil.Malah mendapatkan 50% yang membaca email anda pun sebenarnya sudah dikira sangat cemerlang.Anda boleh rujuk statistik daripada autoresponder sebagai bahan rujukan.

Saya pernah membaca post seorang super affiliate yang hebat dari segi pemasaran email di sebuah forum.Beliau menyatakan jika peratusan yang klik link promosi anda melalui email yang anda kirimkan(ini bermaksud mereka telah membuka dan membaca email anda) mencapai 30% pun sudah dikira cemerlang jika mengikut kajiannya daripada law of averaging(hukum purata) pemasaran email untuk sebuah email yang dihantar kepada pelanggan.

Sebagai contoh,jika anda mempunyai seramai 2000 pelanggan untuk senarai email anda,dan kemudian anda telah mengrimkan email kepada mereka untuk satu tujuan promosi.Hasil daripada statistik autoresponder,anda dapati 800 orang telah klik link yang anda promosikan melalui email tersebut.

Ini bermakna 800/2000 x 100 = 40%.Ini sebenarnya peratusan yang sudah cukup baik dari segi hukum purata dalam pemasaran email.Dalam teori hukum purata untuk

pemasaran email,lebih tinggi kadar email itu dibuka,maka lebih tinggilah peratusan untuk berlakunya jualan produk.

(46)

Di sinilah pentingnya mengambil kira hukum purata sebagai panduan supaya anda tidak terlalu kecewa atau meletakkan harapan yang terlalu tinggi daripada senarai yang anda ada.Hukum purata ini akan mengajar anda untuk melihat secara realistik dan supaya anda lebih bekerja keras lagi dalam usaha mengumpul senarai email yang berkualiti sebanyak yang mungkin.

Lebih besar senarai email yang dibina,biasanya kadar peratusan yang membuka email yang anda hantar akan mengecil,kerana mungkin senarai tersebut telah menjadi umum,tetapi dengan hanya peratusan kecil tersebut sahaja sudah boleh menghasilkan jualan yang lumayan.

Katakan,jika anda mempunyai 10,000 senarai email,dan untuk penghantaran

email(broadcast) kali pertama anda mampu mendapatkan 10%-20% pembeli.Manakala untuk kali kedua pula mungkin dalam 5%-10%.

Katakan untuk 2 kali broadcast tersebut,anda mendapat minima 20% pembeli daripada senarai email ini iaitu 2000 pembeli untuk produk yang berharga rm 50.00,ini bermakna anda sudah mampu menjana rm 100,000 daripada pemasaran email sahaja.

Sebenarnya bukanlah mudah untuk mencapai sasaran sebegitu tetapi nyata ia tidak mustahil seperti kejayaan produk Rahsia Clickbank oleh Zamri dan Gobala yang berjaya mencatat jualan mencecah 6 angka.Saya berani katakan 90% hasil kejayaan produk mereka adalah daripada pemasaran email sahaja.

Cuba anda bayangkan apabila para IM tempatan yang mempunyai senarai email yang besar dalam bidang internet marketing bergabung tenaga untuk mempromosi produk Rahsia Clickbank.Katakan 10 orang top affiliate mempunyai senarai email sebanyak 5,000 mempromosi produk ini.Ini bermakna dengan hanya 1% sahaja pembeli daripada senarai email yang terkumpul boleh menghasilkan jualan sebanyak 5 angka dengan harga produk tersebut sebanyak rm 240.00

(47)

Kualiti produk dan kredibiliti pemilik produk

Salah satu faktor yang menyebabkan apa yang kita promosikan tidak kiralah sama ada melalui email,forum,pengiklanan di blog dan sebagainya,pasti mereka yang menerima produk yang kita promosikan akan melihat kepada kualiti produk yang dihasilkan dan juga siapakah yang menghasilkan produk tersebut.

Contoh paling mudah,jika anda mempromosikan produk Irfan Khairi dan produk Mamat melalui email tentang cara-cara buat duit di internet,pasti orang ramai akan lebih yakin untuk membeli produk keluaran Irfan Khairi kerana kualiti dan kredibilitinya.Pemasaran email yang dijalankan tersebut secara tidak langsung dengan mudahnya telah dibantu oleh kekuatan produk dan kekukuhan jenama Irfan Khairi itu sendiri.

(48)

BAB 6

Kaedah

Pengumpulan

Senarai Email

Hak Cipta Terpelihara (c) www.kuasaemail.com

Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedarkan ebook ini dengan apa jua cara dan kaedah.Dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.Undang-Undang Kerajaan Malaysia.

(49)

Kaedah Pengumpulan Senarai Email

Pengedaran laporan & produk percuma adalah cara yang biasa kita lihat untuk mengumpulkan senarai email.Tetapi untuk mengedarkan laporan percuma bagi

mendapatkan senarai email yang besar juga memerlukan pemasaran.Sudah pasti faktor terpenting yang perlu diambil berat ialah jumlah trafik yang tiggi serta niche tempat pemasaran yang kita jalankan tersebut.

Kaedah biasa yang digunakan untuk mengumpulkan senarai email adalah melalui: Pengiklanan di forum

Pengiklanan di laman web pengiklanan percuma dan berbayar Pengiklanan di blog

Membayar review di blog yang mempunyai trafik yang tinggi

Melakukan pengiklanan melalui program Pay Per Click(PPC),contohnya seperti pengiklanan melalui Google Adwords.

Menganjurkan program PPL

(50)

Contoh ulasan berbayar di blog Alang.(samsulzamzuri.com)

Apa yang penting adalah memastikan segala proses pemasaran untuk mengumpul senarai email ini adalah dalam ruang lingkup niche yang anda jalankan.Sebagai contoh jika anda ingin mengumpul senarai email daripada niche bisnes internet,pastikan anda

promosikannya lebih di forum-forum yang mempunyai niche berkaitan bisnes internet,selain daripada forum-forum yang mempunyai trafik yang tinggi.

Saya telah pun mencuba pelbagai kaedah ini dalam memasarkan produk dan laporan percuma saya kepada orang ramai,tetapi ternyata kaedah pemasaran melalui kaedah Pay Per Lead adalah yang paling mudah,pantas dan berkesan,kerana apa yang saya dapat lihat pemasaran melalui program PPL adalah pemasaran viral yang mudah merebak dan dapat meningkatkan jumlah senarai email yang dikumpul dengan cukup pantas.

Jadi saya akan terangkan mengenai kaedah ini secara terperinci kerana saya telah beberapa kali melancarkan kempen PPL ini untuk mengumpulkan senarai email dan walaupun ia memerlukan modal tetapi pulangannya ternyata sangat-sangat berbaloi dan luar biasa.

(51)

BAB 7

Strategi Program

Pay Per Lead(PPL)

Hak Cipta Terpelihara (c) www.kuasaemail.com

Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengedarkan ebook ini dengan apa jua cara dan kaedah.Dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.Undang-Undang Kerajaan

(52)

Strategi Pengumpulan Email Dan Pemasaran

Melalui Program Pay Per Lead(PPL)

Program PPL menjadi popular selepas Mawardee mencuba program ini untuk pasaran tempatan.Saya pula menjadi orang yang seterusnya mencuba program ini setelah melihat hasil kejayaan program PPL yang dianjurkan oleh Mawardee.Saya telah berusaha

mengkaji strategi dan cara untuk melaksanakan program PPL ini dengan berkesan. Sehingga kini saya masih terus giat mengumpul senarai email melalui program ini kerana kelebihannya yang sangat hebat.

Namun begitu jika tidak silap saya,orang yang pertama menggunakan konsep PPL ini untuk mengumpul senarai email ialah saudara Hafiz Latib a.k.a Bitol.Konsep yang digunakannya jika tidak silap saya ialah PPL melalui pemberian hadiah kepada pembawa lead terbanyak.Namun saya tidak pasti skrip program sistem yang digunakannya ketika itu.

Ketika ini pun sudah ramai yang telah mencuba kaedah ini,tetapi masih lagi tidak

meluas.Ramai yang takut dengan risiko untuk menjalankan kaedah ini.Tetapi sebenarnya ramai yang tidak sedar akan kehebatan program ini.Setakat ini,saya rasa hanya kurang daripada 20 orang yang telah menjalankan program ini di Malaysia.

Setakat pemerhatian saya,belum ada lagi yang kerugian selepas menjalankan program ini malah kebanyakkannya telah berjaya dalam masa yang singkat hasil kejayaan masing-masing melalui jualan produk sendiri dan juga sering menjadi top affiliate untuk program yang disertai.

Antara mereka yang telah berjaya dalam masa singkat setelah berjaya mengumpul senarai email yang besar melalui program PPL ini ialah Mawardee,Mazlie Nadzri,Ammar

Zahar,Din Beramboi,Anwar Yassin dan beberapa orang lagi dan ada diantaranya memang tersangat baru dalam bidang IM ini.

(53)

Terbaru,saudara Wanmus yang baru sahaja melancarkan program PPL nya pada bulan Mac yang lalu,dan kini hanya setelah beberapa bulan,senarai email yang dikumpulnya telahpun mencecah 5 angka.Saya yakin,program PPL yang dijalankannya ini telah berjaya membantunya meningkatkan senarai email yang dikumpul dengan begitu pantas.

(54)

Saya pasti selepas ini pasti ramai nama besar akan muncul jika lebih ramai yang tampil menganjurkan program PPL dengan bahan percuma yang berkualiti untuk diedarkan kepada umum bagi memiliki senarai email yang besar dengan mensasarkan senarai email dari kelompok yang disasarkan(targeted list)

Pada saya program PPL adalah rahsia besar yang mampu menggegarkan arena pemasaran tempatan mahupun antarabangsa.Cuma masih ramai yang tidak mencuba kerana takut akan mengalami kerugian ataupun tidak sedar atau tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan program PPL secara berkesan.

Pada mulanya saya juga rasa baik saya simpan sahaja rahsia ini daripada pengetahuan umum dan biarlah mereka yang menjalankan program ini saja yang tahu serta tidak mahu pasaran tempatan menjadi tepu.

Tetapi setelah memikirkan niat asal saya untuk membantu perkembangan perniagaan dan pemasaran melalui internet dan banyak lagi kebaikan yang saya dapat melalui

pendedahan ini sebenarnya,maka saya akan cerita dengan lebih jelas supaya lebih ramai yang akan berani untuk menjalankan program PPL ini bagi mengumpul senarai email dengan pantas.

Konsep PPL

Konsep penganjuran Program Pay Per Lead(PPL) sebenarnya ialah,anda sebagai pihak penganjur akan membayar untuk setiap produk/laporan percuma yang disebarkan oleh agen affiliate melalui laman squeeze page yang disediakan yang bertujuan untuk mengumpul senarai email.

Untuk menganjurkan program PPL ini kita masih menggunakan sistem affiliate,cuma yang membezakannya ialah kita akan memberikan komisyen untuk setiap laporan

percuma yang disebarkan oleh agen tersebut walaupun mereka tidak melakukan sebarang jualan produk seperti program affiliate biasa yang mempromosi produk.

(55)

Nampak seperti berisiko,tetapi sebenarnya ada pelbagai cara untuk mengurangkan risiko ini malah pelbagai trik dan teknik boleh digabungkan bersama program PPL ini bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda.Saya akan terangkan nanti. Melalui laman squeeze page tersebut kita akan meletakkan borang opt in untuk menangkap senarai email yang telah digabung dan disesuaikan dengan sistem

affiliate.Anda tidak perlu risau kerana saya telah menyediakan produk berkenaan sistem affilliate yang menerangkan secara jelas bagaimana untuk memasang sistem ini dan bagaimana ianya berfungsi.

Sudah 3 kempen Pay Per Lead(PPL) saya jalankan,tapi ramai juga yang masih bertanya dan belum faham dengan apakah yang dimaksudkan dengan program PPL ini.PPL sebenarnya adalah program yang seangkatan dengan program seperti Cost Per Action(CPA).Ia membawa maksud penganjur program akan membayar untuk setiap action yang berlaku kepada agen yang mempromosinya.Action tersebut pula adalah dalam bentuk download,mengisi senarai email,nama,alamat,no telefon dan sebagainya bergantung kepada apa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Untuk pasaran tempatan,program CPA lebih menjurus kepada program yang bertujuan untuk mengumpul senarai nama dan email prospek yang biasa disebut program Pay Per Lead(PPL).Program ini sangat baik kerana ia memberikan manfaat yang bagus kepada penganjur,agen affiliate dan juga prospek.PPL secara ringkasnya adalah sebuah program yang membayar komisyen yang tertentu dengan syarat tertentu seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur kepada ahli yang berjaya membawa prospek(lead) melalui link affiliate mereka.

Sebagai contoh,sekiranya pihak penganjur menganjurkan program PPL untuk

mengumpulkan senarai nama dan email prospek melalui penyebaran laporan percuma dengan membayar RM 0.30 untuk setiap prospek yang dibawa,maka untuk setiap nama dan email yang diisi oleh prospek yang telah disahkan akan dibayar sebanyak RM 0.30

(56)

kepada agen affiliate yang mempromosikannya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Selain itu,agen affiliate wajib membaca syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur supaya mereka betul-betul faham dengan syarat yang ditetapkan kerana program ini adalah percuma dan ia melibatkan kos daripada pihak penganjur,contohnya seperti

jumlah komisyen untuk setiap lead yang dibawa dan syarat minima jumlah prospek untuk layak mendapatkan bayaran komisyen.

Secara mudahnya,beginilah program PPL ini berjalan:

Pihak Penganjur Agen Affilliate Prospek Nama & Email Prospek disahkan Pihak Penganjur akan membayar komisyen kepada Agen Affilliate

Kelebihan PPL

1. Dapat mengumpul jumlah senarai email yang besar dengan pantas.

Program PPL memang disukai ramai.Jadi tidak hairanlah jika pihak penganjur yang menganjurkan program PPL mampu untuk mendapatkan senarai email yang besar dengan pantas dan mudah.

Ini kerana untuk menyertainya adalah percuma.Orang yang memprosikannya akan mendapat produk percuma dan yang menariknya mereka akan dibayar dengan hanya menyebarkan produk percuma tersebut.Inilah faktor yang menjadikan program PPL dapat mengumpulkan senarai email dengan pantas.

Berbanding dengan cara biasa yang kebiasaanya produk percuma tersebut hanya disebarkan melalui kawan-kawan terdekat dan melalui forum sahaja.Proses penyebaran produk percuma memang lambat,berbanding jika kita tawarkan imbuhan kepada orang ramai untuk mempromosikannya.

Untuk menjalankan program PPL ini saya galakkan anda untuk menggunakan

(57)

melalui program PPL ini jika menggunakan autoresponder percuma.Semua kempen PPL yang saya jalankan setakat ini berfungsi dengan baik melalui autoresponder Getresponse yang saya gunakan.

2. Senarai email yang dikumpul melalui program PPL akan memudahkan untuk mempromosi produk jualan atau program affiliate yang disertai

Dengan senarai email besar yang dapat dikumpul dengan pantas,ia dapat

mempercepatkan dan memudahkan proses pemasaran.Jadi,tidaklah anda terasa begitu lama dan seksa untuk mengumpul sejumlah senarai email yang besar sebelum dapat memasarkan produk anda.

3. Senarai email yang dikumpul akan terus berkembang tanpa henti.

Apa perasaan anda apabila anda buka sahaja akaun autoresponder anda,ia memaparkan statistik jumlah pelanggan anda tetap bertambah dengan begitu banyak sedangkan anda tidak membuat apa-apa promosi.Ia seolah-olah telah berkembang secara automatik tanpa anda perlu melakukan sebarang kerja ataupun mengeluarkan sebarang modal walaupun kempen PPL yang dijalankan telahpun tamat.

Untuk makluman anda,program PPL pertama yang saya lancarkan sudah hampir setahun usianya dan ia telah pun tamat tahun lepas lagi.Tetapi yang menariknya hampir setiap hari saya masih mendapat senarai email daripada program tersebut.

Apa yang menyebabkan saya masih mendapat senarai email daripada program PPL tersebut ialah kerana link-link affiliate agen-agen yang mempromosikan program ini

(58)

Jadi,pastikan sistem affiliate yang anda setup untuk program PPL tersebut kekal seperti biasa walaupun program tersebut telahpun tamat.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah setkan pembayaran komisyen kepada “kosong” apabila program PPL yang anda jalankan tersebut telahpun ditamatkan. Selain itu,kesan daripada artikel mereka yang mempromosikannya di blog juga membolehkan program PPL ini mudah mendapat tempat yang baik di dalam enjin carian.

Sehingga kini walaupun ketiga-tiga program PPL yang saya jalankan sudah tamat,namun setiap hari saya masih menerima langganan untuk senarai email bagi ketiga-ketiga program PPL yang telah tamat tersebut.Untuk ketiga-tiga program yang telah tamat tersebut,saya masih menerima antara 5 hingga ke 10 senarai email setiap hari.Ini bermakna saya mendapat lebih kurang 200-300 senarai email setiap bulan secara percuma!

4. Pemasaran viral yang boleh digabungkan dengan promosi pelbagai produk. Program PPL juga sebenarnya adalah kaedah pemasaran viral yang sangat hebat dan setakat saya mencuba dengan niche saya,ia terbukti berkesan.Dengan menggunakan kaedah PPL ini anda mampu mendapatkan lebih daripada 1000 senarai email dalam masa sebulan berbanding jika tidak menggunakan kaedah PPL di mana kebiasaannya kurang daripada 300 prospek sebulan.

Kenapa saya katakan bahawa mengumpulkan prospek melalui kaedah PPL adalah kaedah pemasaran viral?

Pemasaran viral kaedah pemasaran yang pantas tersebar seumpama virus yang merebak dengan cepat.Melalui program PPL ,agen-agen akan berebut-rebut untuk

(59)

menyebarkan program ini kepada orang ramai dan hasilnya ia akan disebarkan dengan pantas dan cepat setelah ia sampai daripada seorang kepada seorang yang lain.

Program PPL boleh menjalankan 2 aktiviti serentak iaitu mengumpul senarai email dan juga promosi pengiklanan.Sebagai contoh,anda boleh letakkan banner promosi pada ruangan download page program PPL serta pada laporan percuma yang diedarkan.Malah anda juga boleh menjana pendapatan melalui ruang iklan yang anda tawarkan.

Dengan kuasa viral program PPL ini,senarai email yang dikumpul akan berkembang dengan cepat dan sekiranya anda turut melakukan promosi produk melalui ruangan download atau dalam laporan percuma yang disebarkan,promosi tersebut juga akan tersebar dengan lebih meluas dan pantas.

Tips Penganjuran Program PPL

Saya pasti ramai yang masih ragu-ragu untuk menjalankan program PPL kerana risau akan mengalami kerugian.Sebenarnya anda tidak perlu terlalu risau tentang kerugian kerana dengan kaedah yang betul anda akan mendapat pulangan yang berkali ganda hasil daripada program PPL yang dijalankan.Untuk penganjur program PPL,sudah semestinya mereka mahukan leads yang tinggi dengan kos yang rendah.

Mailing List = $$$$$.Ini bermaksud anda telah melaburkan duit anda untuk mendapatkan lebih banyak duit,seperti konsep yang dinyatakan oleh Azizi Ali,money makes

money.Sebenarnya ini adalah jenis pelaburan yang bijak dan risikonya adalah sangat rendah,malah sebenarnya anda boleh menjalankan program PPL ini tanpa

modal.Bagaimana tu?Sila teruskan pembacaan anda. Konsep Pembayaran Minima Dalam PPL

Letakkan pembayaran minima(minimum payout) dalam syarat program PPL yang anda jalankan.Letakkan syarat pembayaran minima tersebut antara 30-50 lead sebagai syarat kepada agen sebelum membolehkan mereka menerima pembayaran.

Referensi

Dokumen terkait

(3) wawancara. Metode pengumpulan data melalui pengamatan langsung terhadap kinerja lulusan pelatihan pada pekerjaan yang sebenarnya, merupakan pendekatan paling efektif

Sehingga dapat disimpulkan bahwa nilai total asset turnover PT Tempo Scan Pasific Tbk, (TPSC) berada pada posisi lebih tinggi di bandingkan dengan total industri

Misalnya, peran Raja Lear adalah gambaran dari orang yang suka dipuji, maka seorang pemeran harus menonjolkan sifat itu ketika ada kesempatan dalam suatu adegan.. Penonjolan ini

No Nomor SK NRG Nama Tempat Tugas Kecamatan NIP Gaji Pokok.. Dibayarkan

Dari hasil penerimaan data sensor yang dilakukan oleh peneliti yang juga mengacu pada hasil uji performa LoRa dengan melakukan penggantian nilai sf maka dapat disimpulkan

Hal ini dikarenakan tindakan yang dilakukan oleh terdakwa seperti yang telah diuraikan sebelumnya telah secara sah dan meyakinkan memenuhi unsur-unsur tindak pidana seperti

Berdasarkan hasil pengujian menggunakan metode black box testing, diperoleh hasil uji fungsionalitas telah berjalan 100% untuk fungsionalitas mengelola pembelian

"KESEDIHAN INI TIDAK MERINTANGI SAYA UNTUK MENERUSKAN KEGIATAN" -- Pendirian ini juga adalah -- pendirian sebagian besar para EKSIL INDONESIA -- dimanapun mereka berada