• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tawaran Istimewa

Dalam dokumen Ebook Kuasa Pemasaran Email Versi 1.1.pdf (Halaman 101-111)

Case Study – Kejayaan Sebagai Top Affiliate Rahsia ClickBank

6. Tawaran Istimewa

Dengan senarai email yang besar,kerja pemasaran menjadi sangat mudah kerana anda sudah mempunyai sejumlah pelanggan yang hanya menunggu tawaran menarik daripada anda sahaja sebagai agen affilliate untuk sesebuah produk yang dinanti ramai seperti RCB.Dengan senarai email yang saya kumpulkan,apa yang saya perlu untuk memenuhi permintaan ramai adalah hanya dengan menawarkan bonus yang paling menarik kepada mereka.

Dengan melihat kepada trend terkini,di mana ramai yang suka membeli melalui potongan rebet,maka saya telah menawarkan rebet yang agak lumayan kepada pembeli yang

membeli melalui link saya.Selain itu,saya juga sertakan produk tambahan,iaitu Pakej Mega Firesales yang menawarkan produk-produk menarik kepada pembeli.

Untuk menjadikan tawaran saya lebih menarik,saya telah berikan 2 pilihan yang boleh dipilih oleh para pembeli.Jadi dengan ini mereka mempunyai lebih pilihan sebagai pembeli.Lebih banyak tawaran adalah lebih bagus.Cuma anda perlulah bijak dalam menyediakan tawaran serta perlu menguruskan dengan baik tawaran yang dijanjikan.

Tawaran istimewa yang telah ditawarkan oleh pemenang tempat kedua cabaran affiliate RCB iaitu Team Flarebiz yang terdiri daripada saudara Adly dan Zhafran,pula adalah sebuah ebook yang juga mendedahkan rahsia mereka buat duit melalui Clickbank.Produk ini juga sangat istimewa kerana ia berkaitan dengan produk yang dijual dan ia diberikan secara percuma kepada yang membeli melalui mereka.

Namun begitu,dengan segala tawaran dan hadiah menarik yang diberi,pasti ia tidak akan sampai kepada ramai orang sekiranya tidak adanya sejumlah senarai email yang

besar.Maka jelaslah,senarai email yang besar juga adalah antara faktor yang memainkan peranan besar untuk menyampaikan tawaran-tawaran istimewa seseorang agen affiliate itu kepada orang ramai.

7. Penutup

Di bahagian penutup email,saya mengingatkan kepada pelanggan senarai email saya tentang waktu pelancaran produk RCB supaya mereka bersiap sedia untuk melakukan pembelian secepat yang mungkin kerana ada tawaran istimewa pula daripada Gobala dan Zamri untuk 200 pembeli yang terawal.Memang kebiasaan di bahagian akhir email promosi produk akan diletakkan ayat peringatan sebagai langkah untuk menarik minat pelanggan supaya mereka bersedia untuk bertindak.

Penawaran Rebet(Rebate)

Sekiranya anda masih kurang faham tentang konsep rebet ini,biar saya jelaskan

tentangnya dengan lebih terperinci di sini.Konsep rebet ini sebenarnya adalah potongan harga seperti diskaun tetapi yang membezakannya ialah anda perlu membayar terlebih dahulu sesuatu barang itu dengan harga asal.

Kemudian anda akan dibayar semula setelah anda tuntut(claim) rebet tersebut dalam suatu tempoh masa yang ditentukan oleh pihak yang memberi rebet tersebut.Contoh yang paling mudah ialah ketika harga minyak melambung pada tahun lepas(2008),pihak kerajaan telah memberikan rebet kepada orang ramai yang memperbaharui(renew) cukai jalan kenderaan mereka.

Mereka perlu bayar dahulu jumlah keseluruhan cukai jalan tersebut dan kemudian mereka akan tuntut rebet tersebut di pejabat pos mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh kerajaan.Jadi inilah konsep rebet yang saya gunakan untuk pembeli yang sah melalui link affiliate saya.Mereka akan bayar dahulu jumlah keseluruhan produk tersebut dengan harga asal dan kemudian saya akan berikan rebet kepada mereka berdasarkan tawaran yang saya kemukakan dan tempoh yang saya nyatakan.

Ramai juga yang bertanya,betul ke ni beri rebet?Tak tipu ke?.Jawapan saya

mudah..Ya,betul saya akan berikan rebet ini kepada pembeli yang sah melalui saya untuk menjaga kredibiliti saya sebagai seorang Internet Marketer(IM).Adalah sangat rugi

saya dan begitu jugalah dengan pembeli.Jangan rosakkan kredibiliti anda dengan melakukan penipuan ketika membeli kerana ia hanya akan merugikan diri sendiri jika orang sudah tidak percayakan kita lagi.

Saya sarankan pemberian rebet ini hanya diberikan setelah anda menerima pembayaran komisyen daripada pihak penganjur.Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada mengalami kerugian jika membayarnya secara terus sekiranya pembeli tersebut

melakukan refund daripada pembelian tersebut,sedangkan anda masih belum menerima komisyen.

Ini bermakna mereka dapat rebet secara percuma daripada anda,sedangkan komisyen tersebut anda tidak dapat kerana proses refund yang berlaku.Jadi,nyatakan perkara ini secara jelas kepada pembeli tentang bilakah pembayaran rebet tersebut akan dibayar supaya mereka tidak tertanya-tanya.

Cookies di PC atau Laptop

Satu lagi perkara penting yang perlu anda tahu dan jelaskan ialah berkenaan Cookies yang perlu dibersihkan(clear)sebelum pembeli membeli melalui link anda.Walaupun kebiasaan sistem affiliate akan mengambil link affilliate terakhir untuk ditanam ke dalam cookies,namun sebagai langkah selamat dan berjaga-jaga untuk memastikan pembelian mereka dijamin adalah melalui anda,anda perlu jelaskan kenapa mereka mesti clearkan cookies pada PC mereka sebelum melakukan pembelian.

Ini adalah untuk memastikan pembelian yang dilakukan melalui link affiliate tersebut tidak bermasalah kerana mungkin mereka klik banyak link affiliate yang mempromosikan sesuatu produk,serta mungkin timbul kecelaruan di situ yang memungkinkan juga

berlakunya masalah terbeli daripada link affiliate orang lain kerana mereka pernah klik link affilliate tersebut sebelum ini.

Ini kerana cookie ini akan menyimpan rekod link affiliate dalam komputer

mereka.Walaubagaimanapun kebiasaannya cookies akan menyimpan link affiliate terakhir yang diklik seperti telah saya nyatakan sebelum ini.

Cara membersihkan cookies(Clear Cookies)

Untuk pelayar Firefox anda boleh maklumkan kepada pembeli kaedah untuk clearkan cookies ini dengan :

Klik Menu Tools Clear Private Data Tick pada cookies dan klik button Clear Private Data Now.

Bagi pelayar Internet Explorer pula:

Klik Menu Tools Internet Option Browsing History Delete Delete Cookies.

Menguruskan Data Pembeli.

Walaupun hanya sebagai agen affilliate,tetapi apabila ia telah melibatkan ramai pembeli dan juga beberapa pilihan tawaran dan rebet kepada pembeli,ia memang memerlukan anda untuk merekodkan setiap nama dan tawaran yang dipilih.

Dengan merekodkan setiap nama pembeli dan tawaran yang mereka pilih,ia dapat memudahkan saya untuk melakukan pembayaran rebet seperti menanda dan memastikan nama mereka yang sudah dibayar serta menghantar tawaran mengikut pilihan yang mereka nyatakan.

Pemasaran Forum

Sebenarnya sebelum ini saya ingin menulis dengan lebih mendalam mengenai kaedah pemasaran forum ini dan dijadikan sebagai salah satu tajuk besar dalam panduan ini.Tetapi nampaknya saudara Zulfadli telah menulis sebuah panduan berkenaan forum yang cukup lengkap dan sangat berkait rapat dengan kaedah pemasaran yang saya lakukan melalui forum.

Jadi saya cuma letakkan kaedah pemasaran forum ini di ruang case study ini saja sebagai panduan tambahan kepada anda hasil pengalaman saya sendiri dalam mempromosikan produk RCB ini

Forum yang saya pilih untuk memasarkan RCB ialah forum Wangcyber.com sahaja. Forum ini adalah forum untuk komuniti perniagaan internet tempatan.Saya memilih forum ini kerana niche perniagaan internetnya,selain saya sudah lama di forum ini serta telah menjadi ahli premium di forum ini,malah saya juga pernah menghadiri gathering yang dianjurkan oleh founder forum ini pada tahun lepas(2008).

Kuasa beli daripada forum ini juga baik kerana saya selalu juga memasarkan produk-produk saya sebelum ini disini dan hasilnya sangat menggalakkan.Selain itu melalui forum ini juga ramai yang telah meminta tawaran yang menarik daripada rakan JV affiliate yang akan mempromosikannya sebelum produk RCB ini dilancarkan lagi.

Daripada situ lagi saya sudah merasakan bahawa RCB ini bakal meletup.Lantas,tanpa berlengah saya telah membeli ruang pengiklanan di bahagian pengiklanan & pemasaran di forum Wangcyber ini untuk menyatakan tawaran saya kepada mereka yang berminat di forum tersebut.

Untuk menarik minat orang ramai saya telah membeli iklan sticky,untuk membolehkan iklan saya berada di bahagian atas dalam bahagian pengiklanan & pemasaran serta meletakkan tajuk yang boleh menimbulkan minat kepada ahli forum untuk membuka seterusnya membeli melalui saya.

Untuk isi kandungan promosi yang saya lakukan adalah sama sahaja seperti isi

kandungan email yang saya hantarkan kepada pelanggan saya.Cuma tajuk promosi sahaja yang berbeza kerana ramai ahli forum ini telah tahu akan produk RCB yang bakal

dilancarkan ini,cuma tawaran menarik sahaja yang mereka inginkan kerana sememangnya mereka ingin membeli produk ini.

Saya telah meletakkan tajuk ini : [PENTING!!] TOLONG JANGAN BELI Rahsia Clickbank…..

Pada permulaan tajuk saya meletakkan perkataan PENTING!! dalam huruf besar untuk menarik perhatian ahli forum seolah-olah apa yang ingin saya sampaikan adalah sangat penting dan mustahak.

Kemudian saya gunakan pendekatan reverse psychology untuk tajuk yang berikutnya dengan menyatakan TOLONG JANGAN BELI Rahsia Clickbank... Ramai yang sudah menyatakan bahawa mereka ingin membeli rahsia clickbank,tetapi saya memilih

pendekatan reverse psychology adalah untuk menarik lagi perhatian mereka serta untuk menimbulkan rasa ingin tahu yang lebih dalam diri mereka kenapa saya meletakkan tajuk sedemikian.

Untuk pendekatan reverse psychology ini sememangnya tujuannya adalah untuk menimbulkan perasaan ingin tahu yang lebih mendalam di dalam diri.Jadi apabila diletakkan perkataan JANGAN BELI,pasti orang ingin tahu kenapa jangan beli sedangkan orang berebut-rebut ingin beli.Sebenarnya ia juga lumrah manusia,kerana kalau dikata jangan buat,tapi perkara itulah yang selalu ingin dibuat oleh kerana perasaan ingin tahu yang timbul.

Matlamat utama yang kita sasarkan sama ada melalui pemsaran email dan forum adalah supaya email dan post di forum yang kita tulis akan dibuka.Maka sememangnya tajuk memainkan peranan yang penting untuk menarik minat orang ramai untuk

membukanya.Anda boleh lihat sendiri pendekatan berbeza tajuk yang saya gunakan untuk pemasaran email dan forum.

Apa yang penting dan ingin saya sampaikan di sini adalah cara bagaimana kita menganalisa keadaan dan fikirkan cara dan jalan yang terbaik bagaimana untuk membuatkan apa yang ingin kita sampaikan di baca oleh orang ramai.

Ini kerana apabila perkara yang kita ingin sampaikan itu sampai kepada mereka,sudah tentu peratusan untuk menghasilkan jualan itu adalah tinggi berbanding dengan apa yang kita sampaikan langsung tidak dibuka apalagi dibaca,maka sudah tentu tiada peratusan langsung untuk jualan akan berlaku.

Kredibiliti Melalui Forum

Di dalam Ebook Kuasa Forum telah menyentuh secara menyeluruh berkenaan

kredibiliti.Di sini saya cuma ingin menyentuh kaitan kredibiliti di forum dengan hasil kejayaan promosi RCB yang saya lakukan.

Faktor kredibiliti melalui forum juga sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu jualan RCB yang saya promosi.Dengan keahlian 2 tahun lebih di forum Wangcyber serta dengan keahlian premium dan telah mengumpul iTrader yang banyak,ia telah membantu saya membina kredibiliti di forum ini untuk memudahkan saya menarik kepercayaan orang ahli-ahli forum tersebut.

Jualan saya pasti tidak akan sebanyak mana sekiranya saya seorang yang baru dan langsung tidak mempunya iTrader.Pasti ahli-ahli forum akan berasa ragu-ragu untuk membeli melalui saya walaupun tawaran saya tawarkan sangat menarik perhatian mereka.

Untuk pengetahuan anda,scammer(penipu) juga selalu menawarkan tawaran yang sangat menarik.Inilah faktor yang akan menyebabkan ahli forum akan berhati-hati sebelum membeli sesuatu produk terutama di forum Wangcyber.Maka dengan kredibiliti yang telah saya bina,tidaklah saya di cop sebagai spammer.

Untuk sesebuah forum yang mempunyai kuasa beli yang tinggi,saya sangat sarankan kepada anda,supaya mula membina kredibiliti di forum tersebut bagi memudahkan urusan promosi yang anda lakukan.Lakukan transaksi jual beli dengan jujur dan kumpul sebanyak mana i-trader daripada transaksi tersebut.

Penutup

Saya berharap setelah anda selesai membaca laporan yang saya tulis ini,anda dapat nilaikan sendiri dan dapat memahami kaedah pemasaran yang berkesan dan fokuslah kepada kaedah yang dinyatakan.

Kaedah pemasaran yang dinyatakan terutamanya kaedah pemasaran email memang telah terbukti sebagai kaedah yang paling berkesan dan terbaik dalam pemasaran internet tidak kira untuk pasaran luar negara mahupun pasaran tempatan.Cuma ramai yang masih belum mempraktikkannya khususnya untuk pasaran tempatan.

Ramai di luar sana jika ditanya apakah kaedah pemasaran yang paling berkesan dan mudah,rata-rata akan menjawap pemasaran melalui email.Tetapi apabila

ditanya,sudahkah mereka membina senarai email sendiri?Mereka akan menjawap belum lagi.

Diharapkan dengan pendedahan cara-cara untuk mengumpul senarai email yang besar dan pantas melalui program PPL juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda untuk mula mengorak langkah bermula daripada sekarang dan buangkanlah pernyataan sukar untuk mendapatkan senarai email dan sebagainya.

Apa yang penting adalah anda perlu bermula.Jika anda tidak bermula,maka anda akan statik dan tidak akan dapat untuk mara peringkat seterusnya.Biasanya siapa yang bermula cepat,dia yang akan sampai dahulu ke garisan penamat dan begitulah sebaliknya.

Selama beberapa tahun saya tidak mengumpul senarai email umpama saya telah

melambatkan proses kejayaan yang sepatutnya saya capai lebih awal.Mungkin ketika itu saya tidak ambil peduli kerana kurang kesedaran.

Sebenarnya panduan yang saya tulis ini juga adalah untuk menyedarkan anda yang tidak mempunyai senarai email supaya tidak menjadi seperti saya yang membuang masa

selama beberapa tahun dan mengalami kesusahan dan kepayahan untuk mempromosi dan melakukan jualan melalui internet.

Sedangkan ketika saya mengalami kepayahan dan kesusahan tersebut,mereka yang telah mempunyai senarai email yang besar,begitu bersenang lenang dan sentiasa tersenyum riang ketika melakukan pemasaran kerana mereka telah ada senjata promosi yang hanya perlu ditarik picunya untuk menghasilkan jualan dengan begitu mudah.

Akhir kata daripada saya,cubalah letakkan sasaran bermula sekarang bagi mendapatkan 1000 senarai email dalam tempoh 3 bulan untuk jangka pendek dan untuk jangka panjang cuba sasarkan untuk mengumpulkan senarai email antara 30,000 hingga 50,000 senarai email daripada niche anda bermula sekarang hingga tempoh beberapa tahun lagi.

Saya yakin ketika itu,pasaran tempatan adalah milik anda.Ingat,pengguna internet semakin hari semakin bertambah ramai dan jika anda lewat,ia akan melambatkan proses kejayaan anda untuk menakluki pasaran tempatan.

Salam Kejayaan,

Hairi

Dalam dokumen Ebook Kuasa Pemasaran Email Versi 1.1.pdf (Halaman 101-111)