• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ)

PENDEKATAN PENGAJARAN SECARA BERKUMPULAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU

(Group Teaching Approach in the Malay Language Special Remedial Program)

MOHD ASNORHISHAM ADAM Pejabat Pendidikan Daerah

Pasir Gudang

asnorhisham@gmail.com

ABDUL RAHIM BIN HAMDAN Universiti Teknologi Malaysia p-rahim@utm.edu.my Dihantar pada: 15 Januari 2017 Diterima pada: 10 Mei2017 Koresponden: asnorhisham@gmail.com

Fakulti Pendidikan, UKM @ Mei 2017 Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan, penguasaan, dan keberkesanan pendekatan pengajaran secara berkumpulan oleh Guru Pemulihan Khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada guru-guru pemulihan yang mengajar Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubah suai daripada penyelidik-penyelidik lepas. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/analisis kesahihan. Darjah kebolehpercayaan (alfa Cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah0.707. Kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 20.0 berbentuk statistik deskriptif, iaitu peratusan, kekerapan dan min serta statistik inferensi, iaitu ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan, penguasaan, keberkesanan pengajaran secara berkumpulan oleh guru pemulihan khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu beradapada tahap yang tinggi.

Kata Kunci: Pendekatan pengajaran secara berkumpulan, guru pemulihan khas, Program Pemulihan Khas, mata pelajaran Bahasa Melayu

Abstract: The purpose of this study to identify the level of implementation, mastery, and effectiveness of group teaching approach by remedial teachers in Malay Language Special Remedial Program from 40 primary schools in Johore. The sample of study includes 40 remedial teachers from 40 primary schools in Johore were chosen respondents through cluster on cluster sampling. The data were collected using questionnaire.The instrument of this study was modified from previous researchers. The reliability (alfa Cronbach) for this instrument used in this research is 0.707. The data in this research was analysed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) Version 20.0. The descriptive statistic such as percentage, frequency, means and inference statistic using the t-test were used in this research. This questionnaire is used to make a pilot study to test the reliability/validity analysis. The results showed that the level of implementation, mastery, effectiveness of teaching in groups by remedial teachers in Malay Language Special Remedial Program at a high level. Keyword: Group teaching approach, remedial teacher, Special Remedial Program, Malay Language subject

(2)

PENGENALAN

Pendidikan pada peringkat rendah ialah

penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) yang merupakan kunci kepada penerokaan bidang ilmu dan asas kejayaan dalam pendidikan. Program Pemulihan Khas (PPK) diperkenalkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memberi penguasaan literasi Bahasa Melayu dan numerasi dalam kalangan murid di peringkat awal bagi membolehkan murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.

Justeru, PPK mengutamakan prinsip

‘Menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak menjadi kronik berterusan hingga ke tahap dua atau peringkat persekolahan menengah rendah. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ dalam menguasai kemahiran berbanding rakan sebaya. Sekiranya mereka tidak diberi ‘pendidikan perlu’, potensi mereka akan tenggelam. PPK dapat mengenalpasti keperluan-keperluan murid berpecapaian rendah.

Pengajaran secara berkumpulan yang

dilaksanakan oleh Guru Pemulihan Khas (GPK) dalam PPK khusus dalam Bahasa Melayu merupakan pendekatan pengajaran yang standard

diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) dalam usaha mengatasi masalah pengusaaan membaca, menulis dan mengira. Menurut Eaton, Salmon dan Wischnowski (2004), pengajaran secara berkumpulan juga dikenali

sebagai pengajaran koperatif, pengajaran

kolaboratif atau bersama.

Effandi (1998) menyatakan pengajaran

koperatif adalah suatu strategi di mana murid-murid saling membantu antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pengajaran ini berlaku apabila pelajar bekerja secara berkumpulan,

berkongsi idea, saling membantu untuk

menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Kumpulan dalam pengajaran secara berkumpulan ini lazimnya terdiri daripada empat hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan & Sharan 1992).

Guru menguji dan memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang berdasarkan gred individu. Pengajaran ini mempunyai fungsi

yang sama berusaha dan bekerja ke arah satu matlamat yang spesifik. Kumpulan dibentuk berdasarkan minat dan kebolehan murid, aras keupayaan atau persahabatan. Keahlian dalam sesuatu kumpulan boleh berubah-ubah mengikut keperluan.

Kumpulan dalam pengajaran ini terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah, rasionalnya setiap murid mempunyai perbezaan kebolehan dalam penguasaan sesuatu kemahiran. Kebaikan utama pengajaran secara berkumpulan ialah murid lemah dan sederhana dapat dibimbing berdasarkan tahap keupayaan penguasaan murid dalam kemahiran tertentu, manakala murid cerdas terus maju dalam pembelajaran. Selain itu

pengajaran secara berkumpulan ini dapat

meningkatkan kemahiran sosial serta memupuk semangat atau nilai positif seperti kerjasama, tolak ansur, bertanggungjawab dan kepimpinan.

PERNYATAAN MASALAH

Pada tahun 2008, terdapat 54,000 murid-murid tahun 1 tidak menguasai kemahiran literasi tPelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010). Analisis KPM juga mendapati purata murid-murid tidak menguasai literasi pada peringkat sekolah rendah adalah 0.3 peratus bagi murid lelaki dan 0.2 peratus bagi murid-murid perempuan (Rancangan Malaysia Ke-10, 2010; Nazariyah 2014). Banyak kajian yang pernah dijalankan telah membuktikan bahawa murid-murid yang bermasalah dalam kemahiran membaca dan memahami biasanya akan turut bermasalah dalam bidang akademik (Abdull Sukor & Kalaidevi 2012).

Beberapa kajian menunjukkan masalah buta huruf wujud dalam kalangan murid apabila sebanyak 138,271 murid-murid tahun 1 tidak menguasai asas literasi pada tahun 2006 (Hafiza,

2009).Seterusnya statistik tahun 2009

menunjukkan peratus murid-murid tahun 5 tanpa kemahiran literasi amat membimbangkan iaitu di Selangor 15.4%, Johor 15.9%, Sarawak 11.4%, Kedah 9.6%, Sabah 9.2%, Kelantan 8.4%, Perak 6.7%, Penang 5.8%, dan Pahang 5.7% (NKRA Pendidikan, 2010). Kajian dan statistik ini memperlihat isu tidak menguasai literasi dan numerasi wujud dalam kalangan murid sekolah rendah dan murid-murid sekolah menengah (Mohd Burhan 2005, Nazariyah 2014). Oleh itu,

(3)

pelbagai program telah digubal dan dilaksanakan oleh KPM seperti PROTIM, PROBIM, KIA2M dan LINUS bagi mengatasi isu ini.

Namun begitu, statistik menunjukkan kadar penguasaan literasi dan numerasi masih membimbangkan (NKRA Pendidikan 2010; Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan 2010). Program pemulihan merupakan satu pendekatan bagi mengatasi murid-murid yang mengalami kelemahan kemahiran yang tertentu dalam Bahasa Melayu dan Matematik. Perhatian guru dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat

membantu mengembangkan potensi dan

meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk bersaing dengan rakan mereka yang cerdas (Abdul Rasid 2011).

Menurut dapatan kajian Mohd Asnorhisham (2014), pengajaran secara berkumpulan dalam

PPK Bahasa Melayu dikatakan sukar

dilaksanankan oleh GPK berbanding mengajar secara individu atau secara keseluruhan, murid-murid pemulihan tidak boleh fokus dengan baik dengan sentiasa melihat dan tertarik kepada murid yang sedang menjalani aktiviti di dalam kumpulan yang lain semasa proses pengajaran dan pemudah cara (PdPc). Rentetan itu PdPc berkumpulan dalam PPK telah menjadi isu dan perdebatan dalam kalangan GPK.

Proses PdPc secara berkumpulan dikatakan sukar dilaksanakan oleh GPK serta diikuti oleh murid-murid pemulihan khas. Akibatnya boleh

menjejaskan pelaksanaan PPK di sekolah

kebangsaan. Hal ini juga menyebabkan GPK cenderung untuk melaksanakan pengajaran secara

keseluruhan atau individu. Dapatan kajian

Asnorhisham juga membuktikan bahawa

pengajaran secara keseluruhan kelas yang

dititikberatkan adalah kurang sesuai, menyebabkan ramai murid gagal menguasai kemahiran 3M

mengikut masa yang ditetapkan. Untuk

memperbaiki kelemahan tersebut, strategi

pengajaran secara berkumpulan telah dicadangkan untuk aktiviti PdPc di dalam bilik darjah.

Terdapat kekangan yang dihadapi oleh GPK dari segi latihan dan tiada pengalaman mengajar murid-murid pemulihan khas dalam PPK. GPK

kurang memahami tuntutan tugas dan

tanggungjawab mereka, tidak cukup sumber

rujukan untuk dijadikan panduan, kurang

kerjasama daripada pentadbir, guru-guru dan sokongan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah.

Laporan kajian-kajian lepas juga menunjukkan

bahawa kekurangan peruntukan kewangan

merupakan satu masalah besar yang terpaksa dihadapi oleh kebanyakan sekolah yang rata-rata memerlukan dana tambahan untuk membeli

peralatan bilik pemulihan khas, peralatan

mengajar, keceriaan bilik, membina bahan bantu mengajar, mengadakan aktiviti-aktiviti khidmat

nasihat dan kaunseling, mengajur aktiviti

kerjasama dalam membina hubungan dengan ibu bapa dan komuniti setempat (Mohd Asnorhisham 2014).

Pelaksanaan GPK dalam menjayakan

pendekatan pengajaran secara berkumpulan

merupakan faktor penting dalam menjayakan keberhasilan murid dan dijangka akan membawa kesan yang lebih baik berbanding menjalankan pengajaran secara keseluruhan dalam program pemulihan khas. Dalam kajian ini diukur melalui tiga domain, iaitu pelaksanaan, penguasaan dan keberkesanan guru-guru dalam melaksanakan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas Bahasa Melayu.

Pelaksanaan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK menjelaskan mengenai sejauhmana penggunaan atau amalan pengajaran yang telah digunapakai dalam program pemulihan khas di sekolah. Hal ini berkaitan dengan pengetahuan, opsyen, kelayakan dan latihan yang perlu ada oleh setiap GPK. Berdasarkan kepada objektif kajian tahap pelaksanaan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK menjelaskan mengenai sejauhmana penggunaan atau amalan pengajaran yang telah diguna pakai dalam program pemulihan khas di sekolah. Hal ini berkaitan dengan pengetahuan, opsyen, kelayakan dan latihan yang perlu ada oleh setiap GPK.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk

mengenal pasti tahap pelaksanaan, tahap

penguasaan dan keberkesanan pendekatan

pengajaran secara berkumpulan dalam kalangan GPK dalam Program Pemulihan Khas di sekolah

rendah kebangsaan. Secara khusus, kajian

dijalankan adalah untuk:

1. Mengenal pasti tahap perlaksanaan GPK

terhadap pendekatan pengajaran secara

berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu.

(4)

2. Mengenal pasti tahap penguasaan GPK terhadap pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu.

3. Mengenal pasti keberkesanan pendekatan

pengajaran secara berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu.

METODOLOGI

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Pendekatan gabungan digunakan, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini memberi tumpuan kepada

pendekatan pengajaran secara berkumpulan.

Pengajaran ini melibatkan beberapa aktiviti antaranya interaksi dengan guru, latihan dan permainan berunsur pendidikan yang akan bertukar secara bergilir mengikut masa dan kumpulan. Subjek kajian ini terdiri daripada GPK. Populasi kajian ini adalah semua guru GPK yang mengajar di sekolah kebangsaan Johor daerah Johor Bahru dan Pasir Gudang. Jumlah sekolah yang terpilih adalah 50 buah sekolah kebangsaan. Pemilihan sekolah ini wajar kerana sekolah-sekolah dalam daerah tersebut adalah sekolah biasa.

Kajian ini hanya melibatkan GPK. Menurut Azizi et al. (2007), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan keputusan kajian nanti. Kajian ini menggunakan pendekatan persempelan kelompok atas kelompok. Menurut Azizi et al. (2007), persampelan kelompok atas kelompok ini sangat sesuai digunakan apabila populasi itu besar dan kawasan kajian dibahagikan kepada dua buah daerah.

Beberapa buah sekolah kebangsaan dipilih oleh penyelidik untuk dijadikan sampel kajian. Seramai 25 orang GPK dari Daerah Johor Bahru dan 25 orang GPK dari Daerah Pasir Gudang, telah dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian. Sampel kajian dipilih dari dua buah daerah di Negeri Johor. Daripada soal selidik

yang diedarkan, 40 orang guru GPK

mengembalikan soal selidik tersebut. Data kajian

dianalisis secara deskriptif untuk mencari

kekerapan dan peratusan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN Maklumat Latar Belakang Responden Berdasarkan daripada analisis yang dijalankan mendapati bahawa hasil kajian mengikut jantina

menunjukkan majoriti responden adalah

perempuan seramai 24 orang (60%) berbanding lelaki yang seramai 18 orang (16%). Hal ini menunjukkan bahawa sebahagian besar responden adalah terdiri daripada guru-guru perempuan.

Kajian mengikut pendidikan menunjukkan majoriti responden berpendidikan Sarjana Muda diikuiti oleh Diploma dan sijil. GPK yang berkelulusan Sarjana Muda seramai 24 orang (60 peratus), Dilpoma 15 orang (37.5%) dan Sijil seorang (2.5%). Bagi guru opsyen pemulihan atau pengkhususan mata pelajaran pemulihan khas, hasil dapatan menunjukkan majoriti guru opsyen pemulihan, iaitu seramai 32 orang (80%) dan bukan opsyen 8 orang (20%).

Dari segi pengalaman guru mengajar dalam program pemulihan khas didapati majoriti adalah yang tiada pengalaman atau kurang dari lima tahun pengalaman mengajar, iaitu seramai 26 orang (65%). Bagi guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari lima tahun seramai 14 orang (35%).

Jadual 1. Taburan responden kajian

Perkara Pernyataan Kekerapan

(N=40) Peratusan (100%)  Jantina Lelaki 24 60.0 Perempuan 16 40.0  Kelulusan Akademik Sijil 1 2.5 Diploma 15 37.5 Sarjana Muda 24 60.0  Pengalaman Mengajar 0 dan kurang 5 26 65.0 5 tahun ke atas 14 35.0  Pengkhususan Opsyen 32 80.0 Bukan Opsyen 8 20.0

Tahap Pelaksanaan GPK terhadap Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu Jadual 2 memaparkan min keseluruhan yang diperoleh ialah 3.80. Hal ini menunjukkan

terhadap perlaksanaan pengajaran secara

berkumpulan oleh GPK dalam program pemulihan khas adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa perancangan perlu dibuat sebelum melaksanakan pengajaran secara berkumpulan. Jika tiada perancangan, maka akan menimbulkan masalah seperti kawalan kelas dan tidak cukup masa. Responden juga bersetuju pelaksanaan pengajaran secara berkumpulan dalam

(5)

bentuk heterogen, iaitu terdiri daripada murid yang cerdas, sederhana dan lemah.

Dalam perlaksanaan pengajaran secara

berkumpulan GPK perlu memikirkan pelbagai aktiviti setiap hari dan berlainan bagi setiap kumpulan murid agar pengajaran lebih berkesan. Perkara ini adalah cabaran kepada GPK. Ujian diagnostik juga perlu dilaksanakan sebelum mengasingkan murid mengikut kumpulan dan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran yang sedia ada. Hal ini menepati garis panduan perlaksanaan program pemulihan khas yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Khas, KPM (2012). Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Zamri, Ruslin dan Mohamed Amin (2015), kepelbagaian pelajar di dalam biolik darjah boleh memberi kekuatan dan kelebihan kepada guru untuk merancang aktiviti PdPc dengan lebih inovasi dan berkesan.

Hasil kajian mendapati pernyataan “Saya

mengajar murid pemulihan khas secara berkumpulan pada setiap waktu pengajaran” mencatatkan min yang sederhana, iaitu 3.35.

Begitu juga pernyataan “Menjalankan pengajaran

secara berkumpulan dalam program pemulihan khas adalah sesuatu yang sukar bagi saya” dengan catatan min 2.65. Majoriti responden bersetuju jumlah ideal murid pemulihan khas dalam pengajaran secara berkumpulan tidak melebihi 15 orang murid. Hal ini merupakan kumpulan sederhana yang mengandungi 5 hingga 10 orang dalam satu kumpulan.

Lebih bersifat formal dan berfungsi dengan lebih baik sekiranya seorang ketua dipilih untuk

mengkoordinasi aktiviti pembelajaran atau

tugasan. 10 orang murid dalam pengajaran secara berkumpulan merupakan jumlah yang ideal dalam

program pemulihan khas. Perincian tahap

pelaksanaan program pemulihan khas ini boleh dirujuk pada Jadual 2.

Jadual 2: Taburan pelaksanaan pengajaran

Bil. Item Min

1 Saya mengajar murid pemulihan khas secara berkumpulan pada setiap waktu pengajaran.

3.35

2 Mudah bagi saya menjalankan pengajaran

secara keseluruhan daripada pengajaran secara berkumpulan.

3.38

3 Pengajaran secara berkumpulan merupakan

pendekatan pengajaran yang kerap saya amalkan

3.92

4 Saya sentiasa mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran secara berkumpulan.

4.20 5 Saya menjalankan ujian diagnostik pada murid

sebelum menjalankan pengajaran secara

berkumpulan.

4.10

6 Pengajaran secara berkumpulan yang

dijalankan adalah dalam bentuk heterogen iaitu terdiri daripada murid yang cedas, sederhana dan lemah.

4.25

7 Saya membuat perancangan sebelum

melaksanakan pengajaran secara berkumpulan 4.35

8 Saya boleh mengawal kelas dengan baik

apabila melaksanakan pengajaran secara berkumpulan

4.13

9 Menjalankan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas adalah sesuatu yang sukar bagi saya.

2.65

10 Saya sentiasa membuat refleksi selepas

menjalankan pengajaran secara berkumpulan.

4.10

11 Murid-murid pemulihan boleh mengikuti

proses pembelajaran secara berkumpulan dengan baik.

3.97

12 Pengajaran secara berkumpulan memerlukan masa atau waktu yang lebih.

4.05 13 Murid-murid pemulihan khas kurang fokus

terhadap pengajaran guru apabila mengikuti aktiviti secara berkumpulan.

2.97

14 Pengajaran secara berkumpulan dilaksanakan atas dasar perbezaan setiap individu.

3.95 15 Jumlah ideal murid pemulihan khas dalam

pengajaran secara berkumpulan tidak melebihi lima belas (15) orang murid.

3.62

Min Keseluruhan 3.80

Tahap Penguasaan Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam Kalangan GPK Jadual 3 menunjukan min keseluruhan yang diperoleh ialah 3.99. Ini menunjukkan terhadap

penguasaan pendekatan pengajaran secara

berkumpulan oleh GPK dalam program pemulihan khas adalah tinggi. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa perlu sentiasa

memperbaiki kelemahan dalam pendekatan

pengajaran secara berkumpulan agar dapat

meningkatan kemahiran dalam penguasaan

pendekatan pengajaran secara berkumpulan serta proses PdPc lebih efektif.

(6)

Penguasaan pendekatan pengajaran secara berkumpulan ini dapat mengelakkan masalah seperti murid tidak fokus dan proses pengajaran lambat. Konsisten dalam menjalankan pengajaran

secara berkumpulan mampu meningkatkan

penguasaan pendekatan penjaran secara

berkumpulan oleh GPK. Perkara ini disokong oleh majoriti GPK yang bersetuju dengan kenyataan “Kekerapan menjalankan pengajaran secara berkumpulan membantu saya menguasai pendekatan pengajaran ini” dengan catatan min yang tinggi, iaitu 4.00.

Jadual 3: Taburan penguasaan pengajaran

Bil. Kekerapan Min

1 Latihan kemahiran yang telah saya hadiri banyak membantu saya dalam perlaksanaan pengajaran secara berkumpulan.

3.93

2 Saya memahami pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas

3.93 3 Masalah 3M dapat diatasi dengan pendekatan

pengajaran secara berkumpulan.

4.05

4 Saya tidak menghadapi masalah dalam

penggunaan alat bantu mengajar untuk

membantu saya menjalankan pengajaran secara berkumpulan.

4.03

5 Saya kerap berbincang dengan rakan guru untuk mengatasi masalah dalam pengajaran secara berkumpulan.

3.95

6 Saya kerap merujuk dengan pihak-pihak tertentu jika terdapat permasalahan dalam pengajaran secara berkumpulan.

3.82

7 Saya sentiasa memperbaiki kelemahan dalam pendekatan pengajaran secara berkumpulan.

4.13

8 Saya mendapat sokongan daripada pihak

pentadbiran sekolah dalam melaksanakan

pengajaran secara berkumpulan.

3.97

9 Kekerapan menjalankan pengajaran secara

berkumpulan membantu saya menguasai

pendekatan pengajaran ini.

4.00

10 Saya dapat mengawal kelas dengan baik apabila pengajaran secara berkumpulan dilaksanakan.

3.98

11 Penguasaan pengajaran secara berkumpulan

membantu saya merancang pengajaran dengan baik.

4.10

12 Penguasaan pengajaran secara berkumpulan

membantu saya mengurus pengajaran dengan baik.

4.05

13 Pencerapan oleh pentadbir sekolah membantu saya memperbaiki kelemahan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran secara

berkumpulan.

3.95

14 Saya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan menjalankan kajian dalam pengajaran secara berkumpulan.

3.97

Min Keseluruhan 3.99

Hasil kajian mendapati pernyataan

“Pendekatan pengajaran secara berkumpulan boleh menimbukan perasaan rendah diri dan sombong di kalangan murid-murid” mencatatkan min yang sederhana, iaitu 2.78. Hal ini

menguatkan kebaikan pengajaran secara

berkumpulan kajian oleh Roslina (2002) yang menyatakan sifat sosial yang baik dapat dipupuk melalui kerjasama antara ahli dalam kumpulan. Perkara ini ditegaskan lagi oleh Zamri et al. (2015) yang menyatakan bahawa sifat sosial murid yang berbagai-bagai boleh digunakan oleh guru untuk merancang aktiviti PdPc dengan lebih menarik. Guru terutamanya guru Bahasa Melayu perlu kreatif dan inovasi dalam memupuk aktiviti PdPc supaya murid-murid terlibat secara langsung dalam PdPc tersebut.

Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Secara Berkumpulan dalam Program Pemulihan

Khas Bahasa Melayu

Jadual 4 membincangkan min keseluruhan yang diperoleh, iaitu 3.76. Hal ini menunjukkan keberkesanan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK dalam program pemulihan khas adalah

tinggi. Hasil kajian menunjukkan majoriti

responden bersetuju bahawa pengajaran secara berkumpulan boleh meningkatkan penguasaan 3M murid.

Murid-murid juga merasa seronok dengan

aktiviti-aktiviti dalam proses PdPc secara

berkumpulan, yang mana boleh meningkatkan motivasi murid pemulihan. Hal ini selaras dengan Noriati, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah (2009) serta Zamri (2014) bahawa pengajaran secara berkumpulan ini membawa manfaat kepada murid lemah yang mendapat bantuan daripada murid cerdas.

Murid juga mempunyai kawalan diri dalaman dan mempunyai motivasi intrinsik. Di samping itu,

kajian menunjukkan bahawa peningkatan

kebolehan murid dalam memainkan peranan dalam aktiviti kognitif dan afektif.

(7)

Jadual 4:Taburan keberkesanan pengajaran

Bil. Kekerapan Min

1 Pengajaran secara berkumpulan boleh

meningkatkan penguasaan 3M murid.

4.15 2 Objektif pembelajaran mudah dicapai dengan

menjalankan pengajaran secara berkumpulan.

3.90 3 Murid-murid merasa seronok selepas mengikuti

aktiviti-aktiviti dalam pengajaran secara berkumpulan.

4.08

4 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan

meningkatkan kehadiran murid-murid pemulihan khas ke sekolah.

3.50

5 Pengajaran secara berkumpulan merupakan

pendekatan pengajaran yang paling sesuai untuk program pemulihan khas.

3.73

6 Saya merasa seronok menjalankan pendekatan pengajaran secara berkumpulan

4.02

7 Penglibatan semua murid dalam pendekatan

pengajaran secara berkumpulan memberikan kepuasan kepada saya.

3.98

8 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan

menambahkan minat murid untuk belajar.

3.92

9 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan

dapat memupuk sikap saling bantu-membantu di kalangan murid.

4.07

10 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan

dapat memupuk sikap saling bekerjasama di kalangan murid.

3.93

11 Pendekatan pengajaran secara berkumpulan

boleh menimbulkan perasaan rendah diri atau sombong dalam kalangan murid.

2.78

12 Saya bertambah yakin dengan melaksanakan pendekatan pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas.

3.87

13 Pengajaran secara berkumpulan telah

meningkatkan pemikiran kreatif saya.

3.90

14 Pengajaran secara berkumpulan telah

meningkatkan pemikiran inovatif saya.

3.97 14 Saya menjadi rujukan kepada guru-guru lain

khusus dalam pendekatan pengajaran secara berkumpulan.

3.33

15 Saya menjadi model kepada guru-guru lain khusus dalam pendekatan pengajaran secara berkumpulan.

3.18

16 Saya mendapat galakan daripada pihak

pentadbiran sekolah kerana melaksanakan pengajaran secara berkumpulan dengan baik.

3.60

Min Keseluruhan 3.76

KESIMPULAN

Dapatan kajian membuktikan tahap pelaksanaan dan penguasaan pendekatan pengajaran secara berkumpulan oleh GPK dalam PPK Bahasa Melayu adalah tinggi. Keberkesanan pengajaran secara berkumpulan dalam PPK secara konsisten mampu meningkatkan penguasaan 3M murid. Guru adalah jentera terpenting dalam memastikan proses pendidikan berjalan mengikut acuan yang diingini. Dengan situasi dunia yang

mementingkan pendidikan, guru juga berdepan dengan pelbagai isu dan masalah yang mencabar dalam mendidik anak bangsa (Zamri 2014).

Oleh itu, guru perlu sentiasa peka dan bertanggungjawab terhadap tugas mereka sebagai seorang pendidik serta sentiasa menyediakan diri bagi melaksanakan PdPc dengan berkesan. Peranan guru sangat penting di sekolah sebagai fasilitator, pembimbing dan murid dalam pendekatan pengajaran secara berkumpulan. Di samping itu, pendekatan pengajaran secara berkumpulan juga terbaik dilaksanakan untuk kelas di aliran perdana.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 1-11

Abdull Sukor Shaari & Kalaidevi a/p Aplanaidu. 2012. Kesan Pendekatan pembelajaran masteri terhadap pencapaian kemahiran membaca Bahasa melayu murid pemulihan sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 92-103.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yosof Boon & Abdul Rahim Hamdan.2007. Menguasai penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publication Sdn Bhd.

Eaton, K., Salmon, S., & Wischnowski, M. 2004. Evaluating co-teaching as a means for successful inclusion of students with disabilities in a rural district. Rural Special Education Quarterly, 23: 3-14.

Efendi Zakaria. 1998. Pembelajaran koperatif. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Asnorhisham Adam. 2014. Kompetensi guru pemulihan khas terhadap pengajaran secara berkumpulan dalam program pemulihan khas di sekolah kebangsaan, Johor. Kertas

Kerja dibentang dalam Konvensyen

Kebangsaan Pendidikan Guru 2014.

Mohd Burhan Ibrahim. 2005. A hierachchical linear modeling of school effects and students factors affecting Penilaian Menengah Rendah (PMR) Achievement for students studying in Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) in Selangor. Tesis Sarjana. Universiti Islam Antarabangsa.

Nazariyah Sani. 2014. Pelaksanaan program LINUS: Satu analisis. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

NKRA Pendidikan. 2010. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

(8)

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. 2009. Murid dan alam belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Roslina Abdul Ghani. 2002. Cadangan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran berkumpulan oleh guru-guru pelatih Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Awam), UTM: Satu tinjauan. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Sharan, S. 1980. Cooperative learning in small group: Recent method and effect on achievement, attitude and ethnic relations. Review of Educational Research, 50 (2): 241-271.

Sharan, Y. & Sharan, S. 1992. Expanding cooperative learning through group investigation. New York: Teachers College Press.

Slavin, R.E. 2005. Cooperative learning: Theory, research and practice. London: Allyn & Bacon. Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan

Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hal-hal yang telah penulis kemukakan di atas mendorong dan memotifasi penulis untuk melakukan penelitian lebih lanjut terhadap kualitas audit dalam

Aksesi mangga Dodor yang spesifik yang diperoleh di Desa Toaya berdasarkan analisis morfologi dan anatomi adalah TF9, TF11, dan TF14, di Desa Lero aksesi LR6, LR13,

Kondisi inilah yang diharapkan dari guru-guru pendidikan agama Islam baik dari tingkat Sekolah Dasar (SD) sampai SMU dalam upaya meningkatkan kualitas

Perpustakaan ada ruangan yang berisikan kumpulan buku ilmu pengetahuan. Pada bangunan Surakarta Fun Kidspace, perpustakaan dapat dinikmati oleh semua kalangan dari

Satu-satunya pembatasan transaksi saham di bawah MERCOSUR adalah sebagai berikut: Investor harus berdomisili atau berkantor pusat di negara dimana investasi berasal;

Sebagai upaya untuk merepresentasikan kesenian tradisional masyarakat Osing, alur cerita kepahlawan Minak Jingga yang didramakan Jinggo dijadikan media untuk mewakili

Menu utama ini juga memakai empat command button, yang pertama adalah select yang akan difungsikan untuk memilih Diit penyakit yang akan ditampilkan ke dalam text box, yang

Dalam suatu perjanjian yang telah disepakati oleh kedua belah pihak, timbul hak dan kewajiban yang disebut dengan prestasi.Hak dan kewajiban adalah dua sisi yang saling