@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah
Edubest
Tahap SM5
Modul 504B-1
Sistem & Aplikasi Bahasa
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan) B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa 1. Morfologi (6%-8%) 2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%) B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%) 8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir
(3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan
Program
Bahasa
Melayu
A. Morfologi
Kata Kerja Terbitan
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja terbitan
apitan dan dua kata kerja terbitan akhiran. Kemudian anda dikehendaki membina
satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa ataukata nama khas.
Masyarakat Melayu tradisional mempunyai pelbagai bentuk pedang. Namun demikian, pedang agak jarang-jarang kita temukan berbanding dengan senjata lain. Jika dilihat dari sudut persilatan, tidak banyak perguruan silat mempunyai sistem permainan pedang. Permainan pedang biasanya kita hadkan kepada orang lama atau mereka yang setia akan perguruan sejak sekian lama. Ada perguruan yang pernah mempunyai permainan pedang, tetapi seni tersebut telah hilang setelah tiada pewaris. Selain itu, terdapat juga perguruan silat yang mengadaptasi sistem pedang asing dalam seni persilatan mereka. Ada juga perguruan yang mengadaptasi sistem senjata lain, seperti permainan parang.
i. Kata kerja terbitan apitan : __________________; __________________
a. _______________________________________________________________ b. _______________________________________________________________
ii. Kata kerja terbitan akiran : __________________; __________________ iii. _______________________________________________________________ iv. _______________________________________________________________ [6 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
B. Sintaksis
Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
Ayat aktif :
• Subjek di depan • Objek di belakang
• Contoh 1 : Ali membaca buku. (Subjek) (kata kerja) (objek)
• Contoh 2 : Ali membaca buku di bilik bacaan. (Subjek) (kata kerja) (objek) (frasa sendi)
Ayat Pasif :
• Subjek di belakang • Objek di depan
• Contoh 1 : Buku dibaca oleh Ali. (Objek) (kata kerja) (Subjek)
• Contoh 2 : Buku dibaca oleh Ali di bilik bacaan. (Objek) (kata kerja) (subjek) (frasa sendi) • Contoh 3 : Buku saya baca di bilik bacaan
(Objek) (Subjek) (kata kerja) (frasa sendi) b) Penukaran ayat aktif – ayat pasif :
i. Subjek Pihak 3 : teknik “di…oleh”
Ali membaca buku di bilik.
→Buku dibaca oleh Ali di bilik
ii. Subjek pihak 1 & 2 : Tiada “di…oleh”
Saya membaca buku di bilik. →Buku saya baca di bilik
Jika ada kata bantu, kata bantu di tempat selepas objek
Saya akan membaca buku pada malam ini. →Buku akan saya baca malam ini.
Program
Bahasa
Melayu
Baca petikan di bawah dengan telitinya. Tukarkan ayat aktif yang bergaris kepada ayal pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(1) Ibu bapa tidak sepatutnya menjadikan tuisyen (kelas tambahan) sebagai satu trend semata-mata kerana mahu anak-anak mereka cemerlang dalam akademik. Keadaan ini telah menjadikan mereka terlepas pandang peluang untuk mencungkil kemahiran dan kecenderungan lain.
Sebaliknya, kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE) Datin Noor Azimah Abdul Rahim, ibu bapa perlu berkomunikasi terlebih dahulu dengan anak masing-masing bagi membolehkan mereka mengetahui kecenderungan minat anak-anak di sekolah.
(2) Beliau mengulas trend ibu bapa yang mengukur kejayaan dalam peperiksaan sebagai penanda aras kecemerlangan anak-anak. (3) Ibu bapa menghantar anak-anak ke kelas tambahan untuk mencapai tujuan tersebut.
1. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 3. _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ [6 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
C. Penyuntingan Bahasa
Dalam petikan di bawah, terdapat 11 kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebui.
Reka bentuk bandera Malaysia mempunyai sebelas baris yang melambangkan kepaduan sebelas buah negeri Persekutuan, iaitu Selangor, Kedah, Pahang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Bendera itu dinamakan jalur gemilang yang mempunyai sabit bulan dan bintang pecah sebelas. Saiz bendera juga berukuran enam kaki lebar, tiga kaki panjang dan enam jalur berwama merah dan lima jalur berwama putih. Setia kawan atau menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom dan negara Komanwel Britain bersimbol tiga wama utama, iaitu merah, putih dan biru. Antara koleksi-koleksi unik yang dipamerkan dalam pameran tersebut adalah Cokmar Dewan Rakyat dan Cokmar Dewan Negara yang merupakan gambar kuasa raja dan parlimen.
No. Kesalahan Pembetulan
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 [11 markah]
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
D. Alih Bahasa Nota :
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut: i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit
ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang
iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan. v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.
vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalarn pelbagai bidang Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata umum.
viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat
sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil
daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.
Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud
secara keseluruhan.
b. Kenai pasti watak dan peranannya.
Program
Bahasa
Melayu
c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana
tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.
d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,
mangkat, bersiram, geringdan sebagainya hendaklah dikekalkan.
e. Kata ganti nama diri seperti baginda, banda, anakanda, permaisuri, kekanda dan lain-lain juga dikekalkan.
f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks bahasa standard.
h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan isi terpesong.
i. Keseluruhan teks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan mana-mana ayat atau bahagian teks.
j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan tidak mengubah maksud asal kata tersebut.
k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga menghasilkan alih bahasa yang tepat.
Latihan :
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka Tun Nina Madi pun besarlah, beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah. Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, "Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?"
Maka sembah segala orang banyak itu, "Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku."
Program
Bahasa
Melayu
Dipetik daripada cerpen 'Burung Terbang Dipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ (6 markah) E. Peribahasa
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
1. Bertahun-tahun Syahid mengumpulkan wang sebagai modal sebelum berjaya membuka sebuah kolam penternakan ikan air tawar. Malangnya, kolam itu terpaksa ditutup apabila pekerja yang dilantik untuk menyelenggara kolam tersebut telah melarikan wangnya. Nasibnya bertambah malang apabila tidak mampu membayar pinjaman perniagaannya itu. Walau bagaimanapun, Syahid tidak berputus asa. Dia berusaha untuk melunaskan hutangnya dengan berniaga barangan terpakai.
[3 markah] i. ii. iii.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
2. Fauzi kehilangan tempat bergantung apabila datuknya meninggal dunia. Dia yang merupakan anak yatim piatu ibarat (i)_________________ . Tuk Penghulu Zainal yang mengetahui keadaan Fauzi mempelawa Fauzi menjadi anak angkatnya dan tinggal bersamanya. Fauzi menerima pelawaan Tuk Penghulu Zainal dengan gembira, bak kata orang (ii) ____________________________ . Walau bagaimanapun, Fauzi tidak mahu bergantung hidup kepada orang lain. Dia ingin berdikari dengan merantau ke negeri orang. Selama berada di tempat lain, Fauzi sentiasa menjaga diri dan sedia mempelajari adat resam penduduk di sana kerana (iii) ____________________ .
[3 markah] i. ii. iii.
Program
Bahasa
Melayu
Edubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650