• Tidak ada hasil yang ditemukan

2 Gunakan Waktu Perjalanan Sebaik-baiknya. 3 Aturkan Mesyuarat yang Produktif. 4 Beri Ganjaran untuk Kejayaan Kecil. 5 Amalkan Gaya Hidup Sihat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "2 Gunakan Waktu Perjalanan Sebaik-baiknya. 3 Aturkan Mesyuarat yang Produktif. 4 Beri Ganjaran untuk Kejayaan Kecil. 5 Amalkan Gaya Hidup Sihat"

Copied!
49
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

NO TAJUK

1 Realistik!

2 Gunakan Waktu Perjalanan Sebaik-baiknya

3 Aturkan Mesyuarat yang Produktif

4 Beri Ganjaran untuk Kejayaan Kecil

5 Amalkan Gaya Hidup Sihat

6 Cari Persekitaran yang Produktif

7 Masa Membaca yang Memberi Impak

8 Mewakilkan Tugasan, Membuang yang Tidak Perlu

9 Produktiviti Adalah Mengenai Fokus & Tenaga, Bukan Masa

10 Ostrich Problem

11 Pastikan Perkara Remeh Berada Pada Tahap Minimum

12 Tangani Orang yang Suka Mengganggu

13 Tentukan Nilai & Matlamat Dengan Jelas

14 Ketahui Risiko yang Diambil

(3)

Realistik!

1

“Elakkan diri daripada terlalu

menyibukkan diri dalam

masalah-masalah kecil yang

boleh menghalang anda

daripada mencapai matlamat

anda.”

(4)

Realistik!

Jangan gunakan masa yang terlalu banyak untuk tugas yang anda suka lakukan, dan

memperuntukkan masa yang sedikit untuk tugas yang anda kurang suka melakukannya.

Hal ini kerana tugas-tugas itu dilakukan mengikut jadual yang realistik, bukannya kehendak anda. Jadi, buat tarikh mula dan tarikh siap untuk setiap tugasan anda.

Ingat hasil yang bakal anda dapat daripada kerja keras anda.

Jangan menjerumuskan diri ke dalam tugas yang tidak ada kepentingan dan faedah.

Elakkan diri daripada terlalu menyibukkan diri dalam masalah-masalah kecil yang boleh

menghalang anda daripada mencapai matlamat anda.

Jangan mengaturkan mesyuarat atau sesuatu urus niaga hampir dengan waktu makan tengah hari melainkan yang ianya memang diaturkan sekali dengan makan tengah hari.

(5)

Realistik!

Hal ini untuk mengelakkan dari hilang fokus ketika mesyuarat kerana memikirkan makan tengah hari. Elakkan juga membuat mesyuarat atau pertemuan urus niaga pada waktu lewat petang atau selepas makan tengah hari kerana terdapat sesetengah orang yang konsentrasinya akan hilang atau menjadi lambat pada waktu itu.

Atau dalam erti kata lain, buat pertimbangan masa orang lain sebaik-baiknya sebelum anda

ingin mengatur sesuatu mesyuarat atau pertemuan urus niaga dan pastikan anda memaklumkan

kepada staf di pejabat akan waktu anda pulang semula ke pejabat dan di mana anda boleh dicari atau dihubungi sepanjang anda berada di luar.

(6)

Gunakan Waktu

Perjalanan

Sebaik-baiknya

2

“Sekiranya anda memandu

sendiri ke tempat kerja, gunakan

laluan yang paling pendek dan

menjimatkan masa agar anda

mempunyai masa yang lebih

untuk melakukan perkara yang

penting.”

(7)

Gunakan Waktu

Perjalanan

Sebaik-baiknya

Jika anda menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, anda boleh merancang pelbagai perkara sepanjang hari tersebut.

Sebagai contoh, baca semula isi kandungan fail yang bakal dihantar kepada bos anda pada hari itu.

Anda juga boleh merancang aktiviti sepanjang hari itu, atau membuat nota-nota ringkas bagi mesyuarat yang bakal dihadiri.

Pastikan anda mempunyai satu fail travel yang kukuh dan keras dan hanya isikan dokumen-dokumen yang diperlukan pada hari itu.

Fail keras tersebut juga boleh digunakan sebagai alas untuk mengisi borang atau menulis nota-nota penting yang terbit di minda.

Boleh juga menggunakan perakam kecil untuk merakam nota-nota atau idea-idea tersebut. Selain itu, gunakan masa tersebut untuk

mendengar bahan-bahan rakaman yang produktif.

(8)

Gunakan Waktu

Perjalanan

Sebaik-baiknya

Sekiranya anda memandu sendiri ke tempat kerja, gunakan laluan yang paling pendek dan

menjimatkan masa agar anda mempunyai masa yang lebih untuk melakukan perkara yang penting. Selain memandu sendiri, anda juga boleh

mempertimbangkan untuk menggunakan kaedah berkongsi kereta (carpool).

Penggunaan kaedah ini bukanlah menjimatkan masa perjalanan anda, namun ianya boleh

menjimatkan masa bekerja anda.

Dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh berbual-bual tentang hal kerja dengan teman-teman sepejabat dan sekaligus anda tidak perlu menggunakan waktu kerja anda untuk berbual-bual tentang hal ini lagi.

(9)

Aturkan Mesyuarat

yang Produktif

3

“Mesyuarat yang berkesan

adalah sekitar kurang daripada 1

jam. Jika perlu lebih dari 1 jam,

jangan melebihi dari 90 minit.”

(10)

Aturkan Mesyuarat

yang Produktif

Rancang mesyuarat anda untuk mengelakkan sindrom MEGO (My Eyes Glaze Over) iaitu insiden mata semakin layu disebabkan masa yang terlalu lama diambil untuk mesyuarat tersebut.

Mesyuarat yang berkesan adalah sekitar kurang daripada 1 jam. Jika perlu lebih dari 1 jam, jangan melebihi dari 90 minit.

Pastikan tujuan mesyuarat tersebut jelas dan lebih spesifik. Tulis agenda untuk perkara yang lebih penting dahulu.

Pastikan ianya mempunyai masa mula dan masa akhir agar ianya tidak berlarutan lama dan

tindakan yang tepat dan bersesuaian sudah diambil untuk agenda tersebut.

Sebelum itu, staf yang bertanggungjawab untuk membentangkan sesuatu agenda tersebut

hendaklah diberi masa yang cukup agar

penyediaan rapi boleh dibuat sebelum mesyuarat. Pastikan anda mengehadkan bilangan kehadiran ke mesyuarat tersebut. Lagi sedikit lagi baik

Lantik seseorang untuk menulis minit-minit mesyuarat tersebut.

(11)

Aturkan Mesyuarat

yang Produktif

Kongsikan apa yang telah dibincangkan dan

tindakan yang diambil agar setiap staf yang hadir pada mesyuarat tersebut boleh membuat

tindakan susulan untuk tugas tersebut.

Bawa kalendar setiap kali anda menghadiri

mesyuarat walaupun kita tidak pasti sama ada kita memerlukannya atau tidak.

Ini untuk mengelakkan jadual anda bertindih

dengan agenda tersebut dan perlu memaklumkan kepada staf jika berlaku perubahan dalam jadual kelak.

Sebelum anda menangguhkan sesuatu mesyuarat, buat semakan pantas dan ringkas untuk

tugas-tugas yang perlu dilakukan kepada staf-staf yang hadir.

Sebagai contoh,

“Laila akan jumpa Encik Rahim untuk buat kepastian harga esok.

Ain pula akan siapkan laporan itu paling lewat lusa. Kamal pula akan menghubungi kesemua nama

dalam senarai itu pada hari Jumaat.”

Dengan cara ini, staf-staf akan lebih fokus dan jelas dengan matlamat dan tugasan yang perlu dibuat.

(12)

Beri Ganjaran untuk

Kejayaan-Kejayaan

Kecil

4

“Setiap kali anda berjaya

menyiapkan satu tugasan kecil

itu, beli hadiah untuk diri anda

sendiri. Ini boleh menjadi

pembakar semangat untuk diri

anda.”

(13)

Beri Ganjaran untuk

Kejayaan-Kejayaan

Kecil

Apabila anda menerima projek besar, anda boleh pecahkan ia kepada beberapa tugas kecil dan berikan tarikh akhir setiap tugas tersebut.

Setiap kali anda berjaya menyiapkan satu tugasan kecil itu, beli hadiah untuk diri anda sendiri.

Ini boleh menjadi pembakar semangat untuk diri anda.

Namun begitu, tak perlu hadiah yang mahal-mahal. Cukup sekadar hadiah kecil yang anda sangat sukai dan boleh membantu kerja anda. Sebagai contoh, alat tulis atau sebuah buku. Atau boleh juga raikan kejayaan itu dengan mengambil sedikit masa untuk membawa diri sendiri ke tempat yang anda ingin pergi. Ingat!

Hadiah itu mesti diberikan segera kepada diri

sendiri kerana jika bertangguh, kemungkinan besar anda tidak akan melakukannya.

(14)

Amalkan Gaya

Hidup Sihat

5

“Sebelum tidur, tulis senarai perkara

yang anda ingin buat dan letakkan

bersebelahan tempat tidur anda

kerana dengan cara ini, ianya

sedikit sebanyak dapat

mengurangkan kebimbangan anda

akan terlupa akan perkara yang

ingin dilakukan.”

(15)

Amalkan Gaya

Hidup Sihat

Individu yang bertenaga dan bersemangat akan mudah mendapat pencapaian lebih dalam kerja yang mereka lakukan.

Tingkatkan tenaga anda dengan meminum air, jus, atau bahan air yang lain mengikut keperluan

tubuh badan.

Makan secara sihat dengan memastikan terdapat protein (contohnya daging ayam), vitamin

(contohnya sayur-sayuran), dan karbohidrat (contohnya nasi) dalam setiap hidangan kita.

Kurangkan kafein dan gula dalam hidangan anda. Untuk mendapatkan semula tenaga, basuhlah

muka dan tangan anda dengan kerap.

Pastikan waktu tidur anda mencukupi iaitu 6-8 jam sehari.

Sebelum tidur, tulis senarai perkara yang anda

ingin buat dan letakkan bersebelahan tempat tidur anda kerana dengan cara ini, ianya sedikit

sebanyak dapat mengurangkan kebimbangan anda akan terlupa akan perkara yang ingin dilakukan.

(16)

Amalkan Gaya

Hidup Sihat

Jangan sesekali tinggalkan makan pagi. Makanlah sedikit walaupun hanya segelas susu.

Elakkan hidangan terlalu berat ketika makan tengah hari.

Ambil sekadar cukup untuk menambah tenaga kerana jika berlebihan, ianya boleh mengundang rasa mengantuk dan letih.

Bersenam 3 kali seminggu untuk mencergaskan badan dan mencerdaskan otak.

Ingat! Jangan sesekali tidur semula setelah anda boleh bangun secara natural, iaitu tidak

menggunakan jam loceng.

Relakskan diri anda dengan mengamalkan teknik bernfas atau teknik-teknik meditasi yang lain.

(Sebagai Muslim, bersolat dan khusyuk sudah cukup)

(17)

Cari Persekitaran

yang Produktif

6

“Jika anda sedang berusaha

menyiapkan satu tugas yang

sukar, buatlah di tempat baru

seperti di perpustakaan,

bahagian ruang pejabat yang

lain, atau di rumah.”

(18)

Cari Persekitaran

yang Produktif

Cari tempat yang senyap untuk membuat kerja. Jika anda sedang berusaha menyiapkan satu

tugas yang sukar, buatlah di tempat baru seperti di perpustakaan, bahagian ruang pejabat yang lain, atau di rumah.

Ketika di meja kerja, tutup segala bunyi yang boleh mengganggu seperti bunyi mesej masuk,

panggilan, mel suara, atau televisyen, serta jangan semak atau belek apa-apa barang yang tidak

ada kaitan dengan tugas anda sehingga anda menyiapkan tugasan anda.

Pergi ke tempat kerja lebih awal.

Waktu awal pagi adalah waktu yang terbaik untuk menyiapkan tugas yang anda tidak dapat lakukan pada waktu lain kerana terlalu banyak gangguan. Ianya merupakan satu perkara yang sangat

menakjubkan jika anda dapati berapa banyak kerja anda yang dapat disiapkan dalam masa 5 jam seminggu pada awal pagi itu.

(19)

Masa Membaca

yang Memberi

Impak

7

“Membaca dengan pantas akan

membolehkan anda menguasai

skil membaca dan mencari kata

kunci yang betul untuk diserap

masuk ke dalam minda.”

(20)

Masa Membaca

yang Memberi

Impak

Apabila anda berserabut dengan perkara-perkara yang banyak memerlukan mata anda untuk

membaca, berikan keutamaan untuk setiap perkara itu.

Pertamanya, anda perlu membaca item-item yang kritikal untuk kerja anda pada hari itu terlebih dahulu.

Membaca dengan pantas akan membolehkan anda menguasai skil membaca dan mencari kata kunci yang betul untuk diserap masuk ke dalam minda.

Seterusnya, dalam memastikan anda sentiasa tahu perkembangan semasa, baca melalui internet

sebagai cara mudah dan cepat untuk

mengetahui apa yang berlaku di sekeliling anda. Jika masa membaca anda yang senyap adalah ketika waktu makan tengah hari, bawa sandwich ke meja kerja atau duduk di bawah pokok dan ambil masa itu untuk membaca dengan selesa dan senyap.

Bawa bahan bacaan anda apabila anda mahu ke mesyuarat, temu janji, atau urusan tugas. Anda boleh menggunakan masa menunggu itu untuk membaca.

(21)

Mewakilkan

Tugasan, Membuang

Tidak Perlu

8

“Seorang penulis bernama Jay

Baer menyarankan agar kita

mewakilkan sekurang-kurangnya

15% daripada jumlah tugasan

kita.”

(22)

Mewakilkan

Tugasan, Membuang

Tidak Perlu

Tim Harvard telah menjalankan satu eksperimen tentang produktiviti terhadap staf-stafnya untuk menganalisis tugas-tugas yang dibuat berdasarkan 3 soalan ini:

1. Bolehkah mereka menganggap tugas itu sebagai tidak perlu langsung?

2. Bolehkah mereka mewakilkan tugas tersebut kepada staf bawahan yang cekap?

3. Jika mereka perlu membuat tugas tersebut, adakah mereka akan mengkaji untuk

mewujudkan solusi yang lebih efisien berbanding sekarang?

Dengan mengikuti program ini, staf-staf tersebut berjaya mengurangkan masa secara purata “6 jam di meja kerja” dan “2 jam masa mesyuarat” setiap minggu.

Seorang CEO yang selalu mewakilkan tugas-tugasnya kepada staf bawah yang cekap dan boleh dipercayai akan mendapat lebih tenaga dan produktiviti serta mengurangkan stres.

(23)

Mewakilkan

Tugasan, Membuang

Tidak Perlu

Dengan mengambil sumber luar untuk melakukan kerja-kerja mudah dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga mental untuk mereka fokus terhadap matlamat dan projek yang memberi pulangan yang lebih besar.

Seorang penulis bernama Jay Baer menyarankan agar kita mewakilkan sekurang-kurangnya 15% daripada jumlah tugasan kita.

(24)

Produktiviti adalah

Mengenai Fokus &

Tenaga Bukan Masa

9

“Mengambil masa yang pendek

dengan kerap untuk berehat seperti

minum air, makan snek berkhasiat, dan

senaman ringan mampu untuk

mengembalikan semula tenaga kita

yang sekaligus meningkatkan produktiviti

kerja kita.”

(25)

Produktiviti adalah

Mengenai Fokus &

Tenaga Bukan Masa

Menghabiskan masa dengan kerja tidak menjamin hasil yang lebih baik.

Dengan mengekalkan tenaga di tahap maksimum, ianya boleh mambantu ke arah produktiviti.

Orang yang berjaya sentiasa akan mengehadkan keupayaan tubuh badan mereka.

Mereka tahu, kerja jika dilakukan 24 jam sehari pun tetap tidak akan habis kerana urusan kerja tiada penamatnya.

Apabila melakukan sesuatu tugas, berusaha sehabis boleh untuk menyiapkannya dan

tinggalkan yang selebihnya untuk disiapkan pada hari yang lain.

Dengan mengatasi tanggungjawab kerja secara konsisten, kita boleh menjalani kehidupan normal dan boleh menjaga diri sendiri dan keluarga tanpa perlu rasa bersalah.

Setiap manusia akan melakukan dua jenis tugas, iaitu tugas rutin dan tugas kerja.

Dalam hal ini, tugas rutin hendaklah diutamakan terlebih dahulu kerana ianya mempengaruhi tugas kerja.

(26)

Produktiviti adalah

Mengenai Fokus &

Tenaga Bukan Masa

Dalam hal ini, tugas rutin hendaklah diutamakan terlebih dahulu kerana ianya mempengaruhi tugas kerja.

Contoh mudah tugas rutin adalah makan. Bayangkan jika kita tidak makan dan hanya

bekerja sepanjang hari, sudah tentu badan tidak akan bertenaga sekaligus memberi kesan negatif kepada tenaga badan untuk membuat kerja. Keupayaan otak untuk memproses data secara efisien akan terputus-putus sepanjang hari,

daripada keadaan bertenaga kepada keletihan setiap 90 minit.

Mengambil masa yang pendek dengan kerap untuk berehat seperti minum air, makan snek berkhasiat, dan senaman ringan mampu untuk

mengembalikan semula tenaga kita yang sekaligus meningkatkan produktiviti kerja kita.

Orang yang berjaya akan sentiasa membina tenaga dan fokus bagi memastikan setiap minit adalah benar-benar memberi kesan kepada tugas mereka.

(27)

Ostrich Problem

10

“Mengambil masa yang pendek

dengan kerap untuk berehat seperti

minum air, makan snek berkhasiat,

dan senaman ringan mampu untuk

mengembalikan semula tenaga kita

yang sekaligus meningkatkan

produktiviti kerja kita.”

(28)

Ostrich Problem

“The Ostrich Problem” adalah kecenderungan yang meluas bagi orang yang ingin mengelak daripada mengetahui maklumat mengenai kemajuan dan perkembangan tugas mereka dalam mencapai matlamat.

Apakah masalah utama? Tidak mahu mengesan sebarang kemajuan atau perkembangan. Sebagai contoh:

Melakukan rutin latihan fizikal, tetapi tidak mahu mengetahui berapa banyak berat badan yang berjaya diturunkan.

Penulis, berasakan sudah lambat daripada jadual yang ditetapkan, tetapi mengelak untuk

memeriksa jika ia benar-benar terjadi

Pelatih di gim, berasakan yang mereka tidak kehilangan berat badan, tetapi memilih untuk tidak mengetahui dengan pasti.

(29)

Ostrich Problem

Diantara punca-punca ‘Ostrich Problem’ adalah: Didorong oleh rasa takut

Berasa takut untuk mengesahkan apa yang

disyaki, maka keadaan akan menjadi lebih teruk Berasa selesa dengan keadaan semasa – sangat

suka untuk menipu diri sendiri bahawa tiada

keperluan untuk berubah (elak untuk memantau perkembangan).

Sebagai contoh:

Pergi ke gimnasium dua kali seminggu – apabila melihat diri sendiri sebagai seorang yang sihat dan aktif, ia membuatkan anda takut untuk memeriksa kesihatan badan dan jantung.

Mengetahui maklum balas yang mengecewakan – Perasaan kecewa yang dirasai adalah dua kali ganda daripada kegembiraan jika berlaku

sebaliknya .

(30)

Ostrich Problem

Langkah-Langkah yang boleh diambil ialah:

Maklum balas yang dipercayai – Ambil peluang untuk mengambil tindakan yang sewajarnya (buat satu jadual latihan yang baru)

Lakukan perkembangan secara berjadual Sebagai contoh,

Pemeriksaan ke atas kardiovaskular dan berat

badan boleh mengetahui sama ada latihan fizikal yang dilakukan bersesuaian atau tidak

Pesakit yang memantau perkembangan

penyakitnya – boleh mengetahui rutin latihan yang betul

Penulis yang mengetahui sudah terlambat dari jadual – Mula melakukan penulisan satu jam lebih awal setiap hari untuk memastikan ianya dapat disiapkan mengikut jadual

(31)

Ostrich Problem

Ingatkan diri untuk tidak mementingkan

kesempurnaan – Tidak mengapa jika berterabur pada mulanya kerana ianya adalah sebahagian daripada proses

Minta teman sekerja untuk memberikan maklum balas atas kerja yang dilakukan

Buat satu sistem maklum balas automatik

Sentiasa mengetahui maklumat perkembangan secara berjadual dan konsisten (kerana mereka sentiasa ingin memantau hanya apabila dalam mood yang baik)

Belajar untuk memaafkan diri sendiri kerana tidak memantau lebih awal

‘Ostrich Problem’ berpunca kekecewaan yang bersifat sementara disebabkan oleh maklum balas yang negatif adalah tidak ada apa-apa jika

dibandingkan dengan kekecewaan apabila semuanya sudah musnah.

(32)

Pastikan Perkara

Remeh Berada di

Tahap Minimum

11

“Permudahkan cara kerja anda,

sama ada di pejabat, mahupun di

rumah. Jangan letakkan

barang-barang yang tidak perlu di hadapan

mata anda.”

(33)

Pastikan Perkara

Remeh Berada di

Tahap Minimum

Permudahkan cara kerja anda, sama ada di pejabat, mahupun di rumah.

Jangan letakkan barang-barang yang tidak perlu di hadapan mata anda.

Sebagai contoh, jika anda sudah membaca satu artikel itu, buangkan terus atau jika ingin simpan,

simpan terus di tempatnya yang jauh dari pandangan mata anda.

Apabila terdapat artikel yang berada di atas meja atau di dalam laci anda melebihi 2 minggu tanpa anda membacanya, buangkan terus kerana

kemungkinan anda memang tidak akan membacanya.

Buat kerja rumah anda dengan cara paling mudah, jangan rumitkan.

Matlamat anda adalah kerja itu siap. Untuk lebih menyenangkan, siapkan kerja rumah yang patut dibuat malam itu juga seperti contoh membasuh pinggan, supaya pagi esok perasaan anda tidak terganggu apabila melihat sinki yang kemas dan bersih.

Jika anda terlalu sibuk untuk membuat kerja rumah, upah agensi atau seseorang untuk melakukannya.

(34)

Pastikan Perkara

Remeh Berada di

Tahap Minimum

Buat senarai nama orang atau agensi yang boleh membuatkan hidup anda menjadi lebih mudah atau lebih sihat.

Sebagai contoh, tukang jahit, tukang baiki

komputer, doktor, atau sesiapa sahaja. Pastikan senarai ini selalu dikemas kini dan senang dirujuk dan diakses.

(35)

Tangani Orang yang

Suka Mengganggu

12

“Jika anda membiarkan mereka

mengganggu anda, selepas ini

mereka akan terus mengganggu

anda lagi dan lagi.”

(36)

Tangani Orang yang

Suka Mengganggu

Bergantung kepada personaliti anda, anda mungkin mengalami kesukaran untuk menolak rakan-rakan sekerja yang suka berbual-bual kosong atau lebih kepada bergosip.

Tetapi, anda kena ingat! Jika anda membiarkan mereka mengganggu anda, selepas ini mereka akan terus mengganggu anda lagi dan lagi. Segera pintas kata-kata mereka jika mereka memberi tanda untuk berbual-bual kosong dengan anda dengan memberi amaran awal yang menunjukkan anda tidak boleh diganggu pada satu-satu waktu.

Jika perlu, gantungkan tanda “Do not disturb” di pintu pejabat anda atau pergi ke ruangan pejabat yang lain untuk membuat kerja.

Namun begitu, jika ini masih berlaku, jangan

biarkan mereka berasa selesa dengan keadaan itu.

Anda harus menolak mereka dengan cara baik seperti anda bangun berdiri dan jangan tawarkan mereka kerusi untuk duduk.

Jangan biarkan mereka mencuri masa anda.

(37)

Tangani Orang yang

Suka Mengganggu

Namun, jika mereka masih tidak mengerti yang anda tidak bersedia untuk berbual-bual dengan mereka, buat kerja anda sahaja, tidak perlu

memandang mereka, kerana isyarat itu sudah sangat jelas bahawa anda sangat sibuk ketika ini dan tidak mahu melayan sesiapa.

Begitu juga dengan panggilan telefon atau emel masuk, jangan layan, siapkan kerja anda.

(38)

Tentukan Nilai &

Matlamat dengan

Jelas

13

“Dengan memecahkan semua

impian kepada beberapa tugas kecil

dan tersusun, anda membuat peta

jalan kerja yang nyata.”

(39)

Tentukan Nilai &

Matlamat dengan

Jelas

Selalunya, kita akan mendengar pertanyaan yang biasa didengar,

“Di mana kamu lihat diri kamu dalam tempoh lima tahun?”, walaupun ianya kedengaran lapuk,

tetapi ia adalah titik permulaan yang bagus untuk menilai di mana anda dan apa yang anda ingin jadi.

Apa yang anda ingin capai tahun ini? Bulan ini?

Dengan memecahkan semua impian kepada beberapa tugas kecil dan tersusun, anda

membuat peta jalan kerja yang nyata.

Anda juga boleh mengembang lagi skil sedia ada atau membesarkan kedudukan semasa anda.

(40)

Ketahui Risiko

yang Diambil

14

“Proses bereksperimen ini boleh

menjadi sesuatu yang tidak

menyenangkan, kerana ia memaksa

anda untuk mengakui ketakutan

anda sendiri dan menolaknya ke

tepi.”

(41)

Ketahui Risiko

yang Diambil

Risiko yang diambil adalah berdasarkan oleh latihan yang konsisten, dan pengurangan

halangan berpotensi yang timbul apabila motivasi semakin berkurang.

Anda perlu mula mempertimbangkan setiap risiko dan peluang sebagai salah satu cara untuk

mengembangkan skil sedia ada dan pertimbangkan bagaimana risiko akan

membolehkan anda untuk mencapai matlamat jangka panjang.

Anda mesti mencipta peluang-peluang ini,

sebagai contoh, menghantar emel kepada wanita yang memberi inspirasi kepada anda, atau

menghantar permohonan kerja yang diimpikan walaupun anda tahu anda tidak berkelayakan. Proses bereksperimen ini boleh menjadi sesuatu yang tidak menyenangkan, kerana ia memaksa anda untuk mengakui ketakutan anda sendiri dan menolaknya ke tepi.

(42)

Ketahui Risiko

yang Diambil

Walau apapun pilihan anda, pastikan anda

mempunyai pandangan yang jelas tentang tugas anda.

Jika ada yang mengganggu momentum kerja anda, lihat semula semua daya usaha yang anda dah taburkan untuk menyiapkan tugas itu.

Ini boleh membantu anda mendapatkan semangat anda semula.

(43)

Dapatkan Sokongan

dari Mentor

15

“Minta pandangan atau kisah

mereka tentang laluan kerjaya

mereka supaya ianya menjadi

pencetus inspirasi atau idea dalam

mengembangkan lagi kerjaya

anda.”

(44)

Dapatkan Sokongan

dari Mentor

Mencari mentor boleh menjadi satu jalan yang selamat untuk bertanyakan soalan, meneroka idea-idea baru, dan mendapat galakan untuk keluar dari zon selesa.

Bengkel profesional atau persidangan boleh

menjadi tempat untuk berkenalan dan berkongsi pandangan dengan mentor yang mempunyai bidang yang sama dengan anda.

Berbicara dengan mentor yang anda hormati dan kagumi dalam komuniti anda, tanpa mengira

sama ada anda berdua dalam bidang yang sama atau tidak.

Malah, anda boleh kumpulkan mentor-mentor ini dan buat satu kumpulan anda sendiri.

Minta pandangan atau kisah mereka tentang laluan kerjaya mereka supaya ianya menjadi pencetus inspirasi atau idea dalam

mengembangkan lagi kerjaya anda.

(45)

IKLAN

Ruangan selepas ini adalah iklan.

Terima Kasih atas kesudian membaca nota

kecil ini.

Semoga ia memberi manfaat dan

membawakan kebaikan.

Yusry Yusopp

Zusuff Kan

(46)

START-LAH!

“Keberanian

Memulakan

Sesuatu

yang

Bermakna”

(47)

“Kami adalah sebuah gerakan pendidikan yang percaya, melalui ilmu pengetahuan dan keberanian untuk menggerakkan satu usaha kecil akan menjadikan negara Malaysia kita menjadi lebih baik.

Kami percaya kita boleh menjadi pengkritik tetap. Namun, kita mesti juga menggalas sedikit tanggungjawab kecil.

Jika tuan-tuan berminat berkolaborasi bersama kami dengan 'mencipta nilai' bersama-sama bagi mendidik ‘warga Lembah Kelang’ agar berani memulakan sesuatu yang memberi makna sama ada kepada dirinya, keluarga, komuniti atau Malaysia.

Kami gembira mengusahakannya bersama-sama.

ZUSUFF KAN / YUSRY YUSOPP

PENGASAS BERSAMA START-LAH! Startlah Innovation PLT

LLP0010638-LGN

(48)
(49)

Sebarang pertanyaan, hubungi:

Yusry Yusopp

016 359 5290 (whatsapp/sms/telefon)

E-Mel: yusry@startlah.my

Referensi

Dokumen terkait

Nilai Jual Objek Pajak (NJOP) adalah harga rata-rata yang diperoleh dari transaksi jual beli yang terjadi secara wajar, dan bilamana tidak terdapat transaksi

Berdasarkan data hasil penelitian maka dapat ditarik kesimpulan bahwa komposisi campuran yang ideal, terdapat pada komposisi campuran yang memiliki nilai tinggi

Karyawan yang menilai pelatihan kerja kurang baik, menilai sarana dan metode yang digunakan serta intensitas pelatihan kerja yang diberikan perusahaan kepada

Lebih lanjut Ibnu Khaldun menjelaskan bahwa uang yang dibelanjakan oleh pemerintah berasal dari penduduk melalui pajak. Pemerintah dapat meningkatkan pengeluarnnya hanya

Namun dengan keterbatasan biaya yang dialaminya seperti sekarang ini Audio Station In House (RGK) 97,3 FM tidak pernah putus asa, akan tetapi selalu mengudara untuk menemani

Sekalipun demikian, pengaturan reklamasi dalam Pasal 34 UU Nomor 27 Tahun 2007 masih memiliki kelemahan-kelemahan, yaitu: Pengaturannya hanya dalam satu pasal

Untuk memudahkan dalam proses pembuatan benda uji, maka lubang diisi dengan styrofoam diletakkan dibawah garis batas pemisah bagian tarik dan tekan penampang (garis

sanggup untuk membayar pajak air bawah tanah pada sumur bor/pantek yang kami miliki terhitung sejak SIPA terbit berdasarkan angka meter air yang telah terpasang.. Melaporkan