• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah Alam Sekitar Di Pasar Utama Dan Tamu Bintul1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Masalah Alam Sekitar Di Pasar Utama Dan Tamu Bintul1"

Copied!
82
0
0

Teks penuh

(1)

MASALAH ALAM SEKITAR DI PASAR UTAMA DAN TAMU BINTULU

1.0 ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Tamu Bintulu.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah, impak serta langkah-langkah untuk mengatasi masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Pasar Tamu Bintulu.Kajian ini telah dibuat di Pasar Utama dan Tamu Bintulu.Kaedah yang telah digunakan dalam kajian ini adalah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan kaedah arkib.Sebanyak 30 orang responden telah dipilih secara rawak.Berdasarkan analisis, pencemaran bau merupakan masalah alam sekitar utama.Manakala, impak akibat masalah alam sekitar adalah imej bandar Bintulu terjejas. Langkah-langkah yang paling dipersetujui oleh responden untuk mengatasi masalahnya adalah menyediakan tong sampah yang mencukupi. Justeru, masyarakat harus meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar dan menyayangi alam sekeliling.

2.0 Kandungan Aspek Halaman 1.0 Abstrak 1 2.0 Kandungan 2 3.0 Penghargaan 3 4.0 Pengenalan 4 - 6 5.0 Objektif Kajian 7 6.0 Lokasi Kajian 8 - 11 7.0 Kaedah Kajian 12- 13

8.0 Dapatan Kajian Dan Perbincangan 14 - 69

9.0 Rumusan / Kesimpulan 70 - 73

10.0 Rujukan 74

(2)

3.0 PENGHARGAAN

Pertama kali, saya ingin memberikan sekalung perhargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Encik Then Chew Nyiew kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) Pengajian Am ( 900/4 ).

Kedua, saya berterima kasih kepada Penolong Kanan Tingkatan Enam, Encik Baki Morshidi kerana mengeluarkan surat rasmi kepada pihak yang berkenaan supaya saya mendapatkan maklumat serta data-data yang berkaitan dengan kajian saya.

Saya juga hendaklah mengucapkan terima kasih kepada Guru Pengajian AM saya, Puan Lucia Dominic kerana telah membimbing saya dalam menghasilkan kajian ini.Beliau telah memberi tunjuk ajar dan penerangan yang amat jelas berdasarkan masalah yang saya hadapi semasa menjalankan PBS.Bimbingan dan nasihat beliau telah memberi semangat kepada saya untuk menghasilkan PBS yang cemerlang.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Magdaline Muuk kerana telah mengajar saya menggunakan program SPSS untuk mempersembahkan data.Beliau telah memberi penerangan yang jelas dengan mengajar saya memindahkan maklumat dari borang soal selidik ke SPSS.

Saya berterima kasih kepada ibu bapa yang saya menyayangi iaitu Encik Kong Shui Kim dan Puan Hii Fang Jing kerana telah memberi banyak bantuan kepada saya. Ibu bapa telah sentiasa mengambil berat sepanjang saya menjalankan PBS ini.Mereka sering memberi sokongan dan semangat yang kukuh supaya tidak berputus asa walaupun tertekan dengan PBS.

Saya amat bersyukur kepada rakan-rakan sekelas saya, 6AS kerana mereka sanggup berkongsi maklumat dengan saya semasa menjalankan kajian ini.Rakan-rakan seperti Caroline, Nurul Amrina, Tan Yee Leong, Jonathan Kun, Ericson dan rakan lain-lain.Mereka telah memberi banyak komen dan dorongan sehingga saya dapat menyiapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetepkan.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua responden saya kerana telah memberikan kerjasama dengan menjawab soal selidik dan temu bual yang dikemukakan.

(3)

4.0 PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga ( muka surat 863 ), masalah boleh ditakrifkan kepada sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaaan yang menimbulkan kesukaran ( kesulitan ). Berdasarkan maklumat di internet, alam sekitar boleh diterjemahkan dengan dua perkataan yang berbeza.ALAM bermaksud keseluruhan dan keadaan.Alam juga melibatkan semua jenis hidupan, benda yang tidak hidup dan keadaan sesuatu benda.Sebagai contohnya, cuaca.Kedua, SEKITAR bermaksud sekeliling atau berdekatan.Oleh itu, alam sekitar membawa maksud keadaan kawasan di sekeliling kita.Terdapat satu lagi definisi alam sekitar iaitu gabungan keadaan-keadaan luaran yang mempengaruhi kehidupan setiap organisma.

Alam sekitar yang bersih dan berkualiti penting untuk kesejahteraan hidup manusia.Malangnya, manusia telah memusnahkan anugerah Tuhan ini dalam keghairahan mengejar pembangunan dan kekayaan kebendaan semata-mata. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan negara tetapi ini akan menimbulkan masalah-masalah alam sekitar akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek -projek pembangunan.

Antara yang berkaitan dengan alam sekitar ialah pencemaran alam.Pencemaran adalah ganguan terhadap manusia dan alam sekeliling.Terdapat beberapa jenis pencemaran alam seperti pencemaran air, udara dan bau.Pencemaran air bukan sahaja berlaku di sungai, tetapi juga di laut, pantai secara sengaja atau tidak sengaja.Bahan kimia dan sisa toksik dari kilang-kilang telah mengalir ke sumber air dan mencemarkan sumber air.Tumpahan minyak dari kapal juga boleh mencemarkan air dan mengancam kehidupan dalam air.Pencemaran udara merupakan pengotoran udara dengan bahan cemar pada kepekatan yang dapat mengganggu kebolehan penyerakan udara secara normal. Karbon monoksida, sulfur dioksida dan gas beracun lain yang dihasilkan dari kenderaan atau kapal-kapal. Pencemaran bau menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk di kawasan persekitaran. Sampah-sarap dan sisa pepejal yang dibuang di merata-rata tempat atau tempat penternakan dan menjual ayam akan menimbulkan bau busuk dan menyukarkan penafasan.

Pencemaran ini akan memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Bahan kimia dan sampah dibuangkan ke dalam sungai akan menjejaskan kualiti air. Sampah sarap dibuang ke dalam air akan menggalakkan bakteria terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air. Apabila manusia mengambil sumber prorein dalam air secara tidak langsung, manusia terdedah untuk mendapat penyakit yang serius. Oleh itu, manusia akan mengalami gangguan dalam sistem penafasan. Gas

(4)

karbon monoksida boleh menjejaskan sistem pengangkutan oksigen ke dalam darah. Habuk, asap, kabus dan bahan-bahan lain juga akan menjejaskan penglihatan manusia. Masalah pembuangan sampah telah memberi impak terhadap kesihatan manusia. Kesan utama ialah meningkatkan kadar jangkitan penyakit. Sampah-sarap yang dibuang di parit, sungai, tayar dan bekas terbiak akan menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lalat, lipas dan haiwan perosak lain akan menumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan virus penyakit ke tempat lain. Antara contoh penyakit akibat pembuangan sampah seperti keracunan makanan, deman denggi, kencing tikus dan penyakit lain. Masalah alam sekitar telah memberi banyak kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.Masalah ini tidak harusnya dipandang remeh oleh semua golongan masyarakat kerana semua ini disebabakan oleh buatan manusia.

Oleh sebab itu, kerjasama semua pihak termasuk orang awam, badan-badan korporat, badan bukan kerajaan, kerajaan dan pihak yang berkaitan seharusnya berganding bahu bagi mengatasi masalah alam sekitar.Langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk melindungi kualiti alam sekitar.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah alam sekitar yang semakin meruncing ini ialah dengan mengamalkan 3R. 3R merupakan mengitar semula, mengguna semula, dan mengurangkan bahan, (MINGGU TANPA SKRIN, FOMCA, 21 hingga 27 April 2012). Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula. Maksud mengitar semula ialah memproseskan semula bahah buangan seperti surat khabar, tin, kaca, plastik, aluminium dan bahan buangan lain. Terdapat tiga jenis warna tong kitar semula iaitu biru, jingga dan coklat. Rakyat Malaysia harus mengetahui fungsi yang berbeza berdasarkan warna yang berbeza. Biru untuk kertas dan surat khabar, jingga untuk tin, aluminium, dan plastik dan coklat untuk kaca. Selain itu, bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan makanan serta menggunakan beg kitar semula untuk mengurangkan penggunaan plastik. Kepentingan mengamalkan 3R ialah dapat menjimatkan kos dan memulihara sumber semula jadi.

(5)

Secara tuntasnya, alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejateraan hidup.Tuhan mencipta alam sekitar yang seimbang untuk kemakmuran manusia dan alam sekitar merupakan satu amanah yang perlu dipegang bersama oleh setiap lapisan masyarakat.Kita haruslah menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah-sarap di dalam sungai atau membazirkan sumber alam semula jadi.Persekitaran yang sihat dan bersih merupakan aset yang penting dalam kehidupan manusia. Justeru, kita haruslah menjaga dan menyayangi alam sekitar demi generasi yang akan datang.

Masyarakat kurang kesedaran terhadap menjaga alam sekitar.Oleh sebab itu, rakyat Malaysia haruslah meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan dan penjagaan alam sekeliling.

(6)

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat tiga objektif dalam menjalankan kajian ini.

i. Mengenal pasti masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Pasar Tamu Bintulu.

ii. Mengkaji persepsi masyarakat terhadap impak masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Pasar Tamu Bintulu.

iii. Mengkaji langkah-langkah untuk mangatasi masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Pasar Tamu Bintulu.

(7)

6.0 LOKASI KAJIAN 6.1 SARAWAK

PETA 1 : PETA SARAWAK

( Sumber : Laman Web Rasmi Kerajaan Sarawak )

Sarawak merupakan salah satu negeri terbesar di Malaysia.Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang.Bandar Utama Sarawak ialah Bandar Kuching.

(8)

6.2 BINTULU

PETA 2 : PANDANGAN DAERAH BINTULU DARI ATAS.

( Sumber : Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Bintulu )

Bintulu merupakan sebuah pusat perindustrian utama.Gas Asli Cecair Malaysia (MLNG), Bintulu Baja ASEAN (ABF), Shell Tengah Sulingan tumbuhan Sintesis merupakan contoh perindustrian di Bintulu. Bintulu berkembang pesat dari sebuah kampung nelayan ke Bandar perindustrian.

(9)

6.3 PASAR UTAMA DAN TAMU BINTULU

FOTO 1 : PASAR UTAMA BINTULU

FOTO 2 : TAMU BINTULU

(10)

Pasar Utama dan Tamu Bintulu terletak di pusat Bandar Bintulu.Jadi, jarak antara lokasi kajian saya ke pusat Bandar adalah 0 kilometer.Pasar Utama dan Tamu Bintulu terletak berdampingan. Pasar Utama Bintulu ( P.U.B ) menjadi destinasi yang menarik kerana kedudukannya berhampiran dengan jeti nelayan. P.U.B mempunyai dua tingkat dan terbahagi kepada banyak bahagian.Tingkat atas P.U.B telah menyediakan pelbagai gerai untuk menikmati hidangan yang lazat dan cenderamata manakala tingkat bawah berniaga pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein, kuih-muih dan komoditi asas lain.

Tamu Bintulu terletak bersebelahan P.U.B. Tamu Bintulu menjadi tumpuan pengguna setiap hari Ahad untuk membeli barangan buatan tangan penduduk tempatan daripada hasil hutan dan sayuran yang segar serta ikan kering, cencaluk( larutan udang yang diperam ) dan belacan yang merupakan barangan tempatan yang terkenal di Bintulu.

Kedua-dua pasar ini berbentuk kon dan diunikkan denagn binaan yang menyerupai Terendak dibahagian atapnya bagi mencerminkan ‘ Bintulu Terendak ‘.

(11)

7.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, cara pengumpulan dan analisis data.

7.1 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

Seramai 30 orang responden telah terpilih untuk menjawab borang soal selidik tanpa mengira kaum.Pemilihan responden adaalh berdasarkan kesudian dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik.

7.2 INSTRUMEN KAJIAN

Saya telah menggunakan boring soal selidik, temu bual, pemerhatian dan kaedah arkib. 7.2.1 BORANG KAJI SELIDIK

Saya telah menggunakan prinsip KISS ( Keep it short and simple ) dengan mengemukakan soalan yang ringkas dan mudah difahami ( R.Kuberan et al,2013 ). Borang soal selidik ini mengandungi lima bahagian iaitu latar belakang responden, pengetahuan am dan selebihnya yang mempunyai 25 soalan bagi ketiga-tiga bahagian berkaitan masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Tamu Bintulu. Skala likert 5 telah diggunakan dalam borang soal selidik dimana sangat setuju dan setuju merupakan indikator secara positif dan tidak setuju, sangat tidak setuju menunjukkan indikator secara negatif.

7.2.2 TEMU BUAL

Saya telah menemu bual abang saya iaitu Encik Kong Zhe Feng semasa cuti sekolah.Beliau merupakan seorang mahasiswa dari Institut Pendidikan Perguruan di Batu Lintang, Kuching.Saya telah mengemukan beberapa soalan mengenai masalah alam sekitar kepada beliau semasa masa yang lapang di Pasar Utama dan Tamu Bintulu.

(12)

7.2.3 PEMERHATIAN

Saya telah mengunjungi lokasi kajian saya dua hari.Sehari untuk sesi pagi dan ssehari untuk sesi petang.Saya juga mengambil gambar sebagai rujukan saya.

Hari Masa

23 / 2 /2014 7.00 a.m hingga 9.00 a.m 1 / 3 / 2014 4.00 p.m hingga 4.30 p.m

7.2.4 KAEDAH ARKIB

Saya telah mnggunakan kamus untuk mencari jargon dan merujuk akhbar dan buku teks untuk mendapatkan sokongan data serta maklumat tambahan.Saya juga mendaptatkan maklumat berkenaan dari internet.

7.3 CARA ANALISIS DATA

Data dianalisis secara deskriptif dalam bentuk peratusan, min dan kekerapan pada peringkat akhir kajian. Carta pai dan graf bar dihasilkan melalui SPSS ( Statistical Product and Service Solutions ) Version 17.0 dengan menunjukkan kekerapan, peratusan dan min.

(13)

8.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Terdapat tiga objektif dalam kajian ini dan bahagian ini membincangkan analisis data memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada boring soal selidik yang telah diisi oleh responden.Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti taburan kekerapan, nilai peratusan dan min.

8.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Terdapat 30 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan mengenai masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Tamu Bintulu. Huraian analisis latar belakang reponden dan pengetahuan am. Latar belakang responden melibatkan aspek umur, jantina, bangsa, perkerjaan dan tempat asal.Semua data telah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

(14)

8.1.1 UMUR

JADUAL 1 : UMUR

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

18-20 8 26.7 21-30 5 16.7 31-40 7 23.3 41-50 7 23.3 51-60 3 10.0 Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Berdasarkan Rajah1 dan Jadual 1, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 8 orang adalah terdiri daripada responden yang mempunyai golongan umur antara 18

(15)

8.1.2 JANTINA

JADUAL 2 : JANTINA

Jantina Kekerapan Peratusan ( % )

Lelaki 10 33.3

Perempuan 20 66.7

Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 )

Dalam 30 orang responden, seramai 20 orang iaitu 66.7 % adalah terdiri daripada responden perempuan manakala bakinya sebanyak 10 orang responden iaitu 33.3 % adalah responden lelaki. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 2 dan jadual 2.

(16)

JADUAL 3 : BANGSA

Bangsa Kekerapan Peratusan ( % )

Melayu 5 16.7

Cina 13 43.3

Iban 9 30.0

Kaum lain 3 10.0

Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Carta pai dan taburan kekerapan serta peratusan dapat diihat seperti dalam Rajah 3 dan Jadual 3.Seramai 13 orang berbangsa Cina telah menyumbang kepada 43.3 %.Manakala, terdapat 5 orang responden atau 16.7 % berbangsa Melayu. Daripada jumlah 30 orang

(17)

8.1.4 PEKERJAAN

JADUAL 4 : PEKERJAAN

Pekerjaan Kekerapan Peratusan ( % )

Kerajaan 8 26.7

Swasta 7 23.3

Sendiri 5 16.7

Perkerjaan lain 10 33.3

Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Berdasarkan Rajah 4 dan Jadual 4, kebanyakan responden adalah terdiri daripada perkerjaan lain seperti pelajar dan suru rumah tangga iaitu 10 orang ( 33.3 % ), diikuti dengan kakitangan kerajaan sebanyak 8 orang ( 26.7 % ). Terdapat 7 orang atau 23.3% merupakan perkerja swasta dan selebihnya adalah kerja sendiri iaitu 5 orang sahaja.

(18)

JADUAL 5 : TEMPAT ASAL RESPONDEN

Tempat Asal Kekerapan Peratusan ( % )

Semenanjung malaysia 4 13.3

Sarawak 26 86.7

Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Kebanyakkan responden dari Sarawak iaitu 26 orang atau 86.7 % manakala hanya 4 orang atau 13.3 % sahaja dari Semenanjung Malaysia. Data yang lebih perinci dapat dilihat dalam Rajah 4 dan Jadual 4.

(19)

8.2 PENGETAHUAN AM

8.2.1 MASYARAKAT MENGETAHUI MAKSUD ALAM SEKITAR

JADUAL 1 : MASYARAKAT MENGETAHUI MAKSUD ALAM SEKITAR

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Ya 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Semua responden saya mengetahui maksud alam sekitar.

(20)

JADUAL 2 : MASYARAKAT DARI MANA MENGETAHUI ISU ALAM SEKITAR

Sumber Kekerapan Peratusan ( % )

Media massa 26 86.7

Kempen 4 13.3

Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Seramai 26 orang ( 86.7 % ) mengetahui isu alam sekitar dari media massa seperti televisyen, radio, internet, iklan, surat khabar, majalah dan buku. Manakala, hanya 4 orang sahaja mengetahui isu alam sekitar dari kempen.

(21)

8.3 ANALISIS MASALAH ALAM SEKITAR DI PASAR UTAMA DAN TAMU BINTULU

Dalam bahagian ini telah menggunakan skala likert satu hingga lima untuk mewakili sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.

8.3.1 PEMBUANGAN SAMPAH SEMAKIN TERUK

JADUAL 1 : PEMBUANGAN SAMPAH SEMAKIN TERUK

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Pasti 3 10.0

Setuju 14 46.7

Sangat Setuju 13 43.3

Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Sebanyak 46.7% iaitu 14 orang responden yang bersetuju dengan penyataan ini.13 orang juga mengatakan sangat setuju bahawa pembuangan sampah di Pasar Utama dan Tamu

(22)

Bintulu semakin teruk.Masyarakat sering membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada kesempatan.Natijahnya, sampah-sarap dapat dilihat di parit, sungai atau kawasan rumput dan seupamanya.

Hanya 3 orang sahaja atau 10.0% tidak pasti dengan penyataan ini.Tiada orang memilih skala 1dan 2 iaitu sangat tidak setuju dan tidak setuju.Min bagi penyataan ini adalah 4.33.

(23)

8.3.2 PENGURUSAN SISA PEPEJAL KURANG BAIK

JADUAL 2 : PENGURUSAN SISA PEPEJAL KURANG BAIK

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Pasti 7 23.3

Setuju 15 50.0

Sangat Setuju 8 26.7

Jumlah 30 100.0

(24)

Seramai 15 orang iaitu 50.0% daripada 30 orang responden yang sangat setuju bahawa pengurusan sisa pepejal kurang baik. Menurut pemerhatian saya, sisa makanan atau buah-buahan dibuang ke dalam sungai, rumput atau di merata-rata tempat. Manakala, 8 orang responden sangat setuju dengan penyataan ini.

Terdapat 7 orang atau 23.3% tidak pasti dengan pengurusan sisa pepejal di kawasan kajian.Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.03. Rajah dan jadual di atas menunjukkan ramai responden bersetuju dengan kenyataan ini.

(25)

8.3.3 PENCEMARAN BAU

JADUAL 3 : PENCEMARAN BAU

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Pasti 1 3.3

Setuju 17 56.7

Sangat Setuju 12 40.0

Jumlah 30 100.0

(26)

Keputusan daripada kajian yang telah dijalankan ke atas 30 orang responden mengenai pencemaran bau dapat dilihat dalam Rajah 3.Kekerapan dan peratusan telah disenaraikan dalam jadual atas.Terdapat 17 orang iaitu 56.7% memilih setuju sebagai pilihan jawapan.Sebanyak 40.0% responden menjawab sangat setuju mengenai pencemaran bau. Terdapat hanya 1 responden ( 3.3% ) yang kurang pasti sama ada mempunyai pencemaran bau atau tidak. Tiada orang bantah dengan penyataan ini. Min bagi pencemaran bau adalah 4.37

Menurut Utasan Borneo, kebanyakan masyarakat tidak suka bau busuk dari kawasan ternakan ayam, kedai jualan ikan dan daging atau dari aliran parit yang tersumbat.

(27)

8.3.4 PENCEMARAN AIR

JADUAL 4 : PENCEMARAN AIR

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 1 3.3

Tidak Pasti 5 16.7

Setuju 19 63.3

Sangat Setuju 5 16.7

Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Hampir separuh daripada jumlah responden memilih setuju sebagai pilihan jawapan iaitu 19 orang atau 63.3% . Jumlah responden memilih skala tidak pasti dan setuju adalah sama iaitu 5 orang atau 16.7%. Seorang sahaja responden menjawab tidak setuju bahawa menpunyai pencemaran air di Pasar Utama dan Tamu Bintulu.Min bagi penyataan ini adalah 3.93.

(28)

8.3.5 PENCEMARAN UDARA

JADUAL 5 : PENCEMARAN UDARA

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 2 6.7

Tidak Pasti 12 40.0

Setuju 9 30.0

Sangat Setuju 7 23.3

Jumlah 30 100.0

(29)

Masalah alam sekitar seterusnya ialah pencemaran udara. Kebanyakan responden menunjukkan indikator positif iaitu setuju dan sangat setuju. Seramai 7 orang responden sangat setuju ( 23.3% ) dengan penyataan ini. Manakala, 30.0% iaitu 9 orang yang setuju bahawa udara di kawasan tersebut sudah tercemar.Terdapat 12 orang dan 2 orang masing-masing responden yang tidak pasti dan tidak setuju dengan kenyataan ini.Min bagi masalah ini sebanyak 3.70.

(30)

8.3.6 MASALAH TAKUNGAN AIR

JADUAL 6 : MASALAH TAKUNGAN AIR

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 1 3.3

Tidak Pasti 5 16.7

Setuju 15 50.0

Sangat Setuju 9 30.0

Jumlah 30 100.0

(31)

sebanyak 5 orang dan seorang masing-masing memilih skala tidak pasti dan tidak setuju sebagai jawapan.Min bagi masalah ini adalah 4.07.

Berdasarkan Utusan Borneo, jalan raya yang berlubang, tayar terbiar dan bekas atau tong yang menyimpan air adalah tempat yang senang dijadikan tempat pembiakan nyamuk.

(32)

8.3.7 SAMPAH-SARAP DALAM PARIT TIDAK DIBERSIHKAN

JADUAL 7 : SAMPAH-SARAP DALAM PARIT TIDAK DIBERSIHKAN

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Pasti 5 16.7

Setuju 11 36.7

Sangat Setuju 14 46.7

Jumlah 30 100.0

(33)

Sebanyak 14 daripada 30 orang responden yang sangat setuju bahawa sampah-sarap dalam parit tidak dibersihkan. 11 orang atau 36.7% setuju dengan penyataan ini dan 5 orang pula tidak pasti dengan masalah alam sekitar ini. Min bagi penyataan ini adalah 4.30 iaitu mewakili skala likert bernombor empat. Oleh yang demikian, secara puratanya ramai di antara responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

(34)

8.3.8 BILANGAN TONG SAMPAH TIDAK MENCUKUPI

JADUAL 8 : BILANGAN TONG SAMPAH TIDAK MENCUKUPI

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 1 3.3

Tidak Pasti 5 16.7

Setuju 13 43.3

Sangat Setuju 11 36.7

Jumlah 30 100.0

(35)

8.3.9 RUMPUT TIDAK DIPANGKAS

JADUAL 9 : RUMPUT TIDAK DIPANGKAS

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Sangat Tidak Setuju 1 3.3

Tidak Setuju 2 6.7

Tidak Pasti 12 40.0

Setuju 12 40.0

Sangat Setuju 3 10.0

Jumlah 30 100.0

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) Hasil kajian menunjukkan responden yang memilih skala setuju dan tidak pasti adalah sama iaitu 12 orang atau 40.0 %. Manakala, terdapat 3 orang sangat setuju dan 2 orang tidak setuju dengan penyataan ini.Hanya seorang responden sahaja sangat tidak setuju dengan masalah ini.Min bagi penyataan ini adalah 3.47.

(36)

8.3.10 SISTEM PENGALIRAN PARIT

JADUAL 10 : SISTEM PENGALIRAN PARIT

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 1 3.3

Tidak Pasti 7 23.3

Setuju 15 50.0

Sangat Setuju 7 23.3

Jumlah 30 100.0

(37)

8.4 IMPAK MASALAH ALAM SEKITAR

Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan, masalah alam sekitar telah memberi impak kepada alam sekeliling dan manusia.

8.4.1 IMEJ BINTULU DIPENGARUHI

JADUAL 1 : IMEJ BINTULU DIPENGARUHI

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Setuju 10 33.3

Sangat Setuju 20 66.7

Jumlah 30 100.0

(38)

Kajian menunjukkan persepsi masyarakat terhadap impak masalah alam sekitar.Dalam kesan ini, responden menunujukkan indikator secara positif iaitu setuju dan sangat setuju. Seramai 20 orang atau 66.7% mengatakan sangat setuju bahawa imej Bintulu akan dipengaruhi akibat masalah alam sekitar. Selebihnya responden setuju dengan penyataan ini.Purata yang menjawab soalan ini adalah sangat setuju di mana minnya adalah 4.67.

(39)

8.4.2 KURANG PELANCONG ASING ATAU PELANGGAN

JADUAL 2 : KURANG PELANCONG ASING ATAU PELANGGAN

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 4 13.3

Tidak Pasti 5 16.7

Setuju 5 16.7

Sangat Setuju 16 53.3

Jumlah 30 100.0

(40)

Skala sangat setuju merupakan pilihan jawapan utama responden. Berdasarkan Rajah 2 dan Jadual 2, terdapat 16 orang atau 53.3 % sangat setuju dengan penyataan ini. Selain itu, responden yang memilih skala setuju dan tidak pasti adalah sama iaitu 5 orang daripada 30 orang responden. Sampah-sarap di merata-rata tempat atau pencemaran akan mengurangkan pelancong asing atau pelanggan kerana mereka tidak minat tempat yang kurang kebersihan,

Tetapi juga ada responden membantah penyataan ini. Terdapat 4 orang responden tidak setuju bahawa masalah alam sekitar akan mempengaruhi pelanggan atau pelancong asing.

Daripada Utusan Borneo, bulan 2 hingga 4 adalah musim “ bubuk ” atau udang kecil. Kebanyakan pelanggan membeli kuantiti yang banyak untuk membuat belacan atau cencalok untuk kegunaan harian dalam tempoh setahun kemudian. Udang kecil ini tidak akan dijual dalam pasar raya, jadi responden tidak setuju dengan penyataan ini. Min bagi impak ini adalah 4.10.

(41)

8.4.3 KERAJAAN MEMBAZIR LEBIH BANYAK WANG UNTUK MENGATASI MASALAH ALAM SEKITAR

JADUAL 3 : KERAJAAN MEMBAZIR LEBIH BANYAK WANG UNTUK MENGATASI MASALAH ALAM SEKITAR

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 4 13.3

Tidak Pasti 5 16.7

Setuju 12 40.0

Sangat Setuju 9 30.0

Jumlah 30 100.0

(42)

Impak masalah sekitar seterusnya adalah kerajaan membazir lebih banyak wang untuk mengatasi masalah alam sekitar seperti pencemaran alam sekitar dan masalah sampah.12 orang responden atau 40.0% bersetuju dengan penyataan ini.Semakin banyak masalah alam sekitar, semakin banyak wang dibazirkan. Ini akan menjejeskan ekonomi dan pembangunan negara. Terdapat 9 orang sangat setuju dan 5 orang tidak pasti dengan impak ini.

Namun begitu, 13.3 % iaitu 4 orang responden tidak setuju dengan penyataan ini. Min bagi penyataan ini sebanyak 3.87.

(43)

8.4.4 KADAR PENYAKIT DAN JANGKITAN SEMAKIN MENINGKATKAN

JADUAL 4 : KADAR PENYAKIT DAN JANGKITAN SEMAKIN MENINGKATKAN

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Setuju 13 43.3

Sangat Setuju 17 56.7

Jumlah 30 100.0

(44)

Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan, implikasi masalah alam sekitar akan meningkatkan kadar penyakit dan jangkitan. Kebanyakan responden setuju dan sangat setuju.Seramai 17 orang responden atau 56.7% sangat setuju dengan penyataan ini. Selebihnya adalah responden yang bersetuju bahawa kadar penyakit dan jangkitan ditingkatkan akibat masalah alam sekitar. Data yang lebih jelas boleh rujuk kepada Rajah 4 dan Jadual 4 di atas.Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.57.Min ini mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju.Oleh yang demikian, secara puratanya ramai di antara responden yang bersetuju dengan penyataan ini.

Masalah alam sekitar akan mengundang risiko kepada kesihatan manusia. Hal ini kerana suasana yang tidak bersih biasanya membawa bakteria,virus atau

organisma-organisma yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit terjangkit. Beberapa jenis penyakit berjangkit yang biasa terjadi akibat masalah alam sekeliling. Sebagai contohnya, kolera ( taun ), deman denggi, malaria, tifoid, kencing tikus atau keracunan makanan.

Menurut Utusan Borneo, kes penyakit deman denggi pada tahun 2014 semakin meningkat berbanding 2013. Data yang jelas ditunjukkan di Jadual 4.1.

(45)

JADUAL 4.1 : KES DEMAN DENGGI ANTARA 2014 DAN 2013 ( SEHINGGA 28 FEBRUARI )

Negeri Kes deman denggi dan kes kematian

2014 2013 Perlis 42 / 0 28 / 0 Kedah 154 / 0 134 / 0 Pulau Pinang 404 / 3 140 / 0 Perak 1247 / 3 347 / 0 Selangor 9946 / 13 1877 / 1

Kuala Lumpur Dan Putrajaya 1697 / 3 250 / 1 Negeri Sembilan 1126 / 1 75 / 0 Melaka 636 / 2 83 / 0 Johor 1148 / 7 374 / 3 Pahang 219 / 0 111 / 0 Terengganu 187 / 0 38 / 0 Kelantan 757 / 0 221 / 0 Sarawak 227 / 0 407 / 0 Sabah 252 / 0 165 / 1 Labuan 5 / 0 0 / 0 Jumlah Besar 18047 / 36 4250 / 8

(46)

8.4.5 PEMANASAN GLOBAL

JADUAL 5 : PEMANASAN GLOBAL

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 2 6.7

Tidak Pasti 4 13.3

Setuju 17 56.7

Sangat Setuju 7 23.3

Jumlah 30 100.0

(47)

Sebanyak 17 orang responden atau 56.7 % setuju bahawa aktiviti manusia yang tidak terkawal.Pembebasan gas-gas yang berbahaya dari kenderaan seperti karbon dioksida.Responden setuju bahawa peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera merupakan penyebab utama pemanasan global.Haba terperangkap di udara dan meningkatkan suhu akhirnya udara menjadi semakin panas.Manakala, seramai 7 orang daripada 30 responden yang sangat setuju dan diikuti 4 orang tidak pasti dengan penyataan ini. Terdapat 6.7% iaitu 2 orang tidak setuju dengan impak ini. Min bagi implikasi ini adalah 3.97.

(48)

8.5 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH ALAM SEKITAR 8.5.1 3R

JADUAL 1 : 3R

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Pasti 1 3.3

Setuju 13 43.3

Sangat Setuju 16 53.3

(49)

Seramai 16 orang daripada 30 responden iaitu 53.3% memilih skala sangat setuju sebagai jawapan dan 13 orang responden setuju dengan langkah ini. Hal ini kerana 3R memberi banyak faedah kepada alam sekeliling dan manusia.

Contoh yang jelas seperti 3R dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar . Apabila ramai dikalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula, masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif. 3R juga boleh mengurangkan penggunaan sumber . Melalui kitar semula kita boleh mengurangkan penggunaan sumber kerana kita boleh mengurangkan pembelian untuk sumber yang baru dengan menggunakan sumber yang sedia ada.

Hanya seorang responden sahaja tidak pasti dengan penyataan ini.Min bagi langkah ini adalah sebanyak 4.50.Secara puratanya responden menjawab setuju.

(50)

8.5.2 BEBAS PLASTIK

JADUAL 2 : BEBAS PLASTIK

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 2 6.7

Tidak Pasti 2 6.7

Setuju 21 70.0

Sangat Setuju 5 16.7

(51)

Bagi menjaga alam sekitar, mengurangkan pengguanaan plastik adalah cara yang paling berkesan untuk menjaga alam sekitar. Sesetengah masyarakat sudah meningkatkan kesedaran dengan membawa beg sendiri atau bekas ketika membeli-belah untuk menggantikan penggunaan plastik demi kesihatan keluarga dan diri sendiri. Bebas plastik, bebas bahan kimia.

Responden yang memilih skala tidak pasti dan tidak setuju adalah sama iatu 2 orang masing-masing. Min bagi penyataan ini ialah 3.97.

(52)

8.5.3 BAHAN MESRA ALAM

JADUAL 3 : BAHAN MESRA ALAM

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 1 3.3

Tidak Pasti 4 13.3

Setuju 15 50.0

Sangat Setuju 10 33.3

(53)

penyataan ini.Penggunaan bahan mesra alam tidak memberi kesan negative kepada alam sekeliling secara tidak langsung dapat menjaga kesihatan diri sendiri.

Sebanyak 4 orang dan seorang masing-masing tidak pasti dan tidak setuju dengan langkah ini.Min bagi ikhtiar ini adalah sebanyak 4.13.

(54)

8.5.4 GOTONG-ROYONG

JADUAL 4 : GOTONG-ROYONG

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Setuju 18 60.0

Sangat Setuju 12 40.0

Jumlah 30 100.0

(55)

Dalam kajian ini, kebanyakan responden setuju dengan penyataan in.Seramai 60.0% iaitu 18 orang responden yang bersetuju bahawa gotong-royong dapat mengatasi masalah alam sekitar. Manakala, terdapat 12 orang daripada jumlah responden yang terlibat sangat setuju dengan langkah ini.

Aktiviti gotong-royong patut diadakan di kawasan pasar.Antara aktiviti yang boleh dijalankan seperti membersihkan parit yang tersumbat untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.Min bagi penyataan ini adalah 4.40.

(56)

8.5.5 PENYEDIAAN TONG SAMPAH YANG MENCUKUPI

JADUAL 5 : PENYEDIAAN TONG SAMPAH YANG MENCUKUPI

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Setuju 11 36.7

Sangat Setuju 19 63.3

Jumlah 30 100.0

(57)

Berdasarkan kajian yang dijalankan, seramai 19 orang atau 63.3% sangat setuju bahawa pihak kerajaan patut menyediakan tong samapah yang mencukupi.Bakinya, sebanyak 11 orang responden setuju dengan langkah ini.

Min bagi penyataan ini adaalah sebanyak 4.63.Secara keseluruhan, responden setuju dengan langkah ini. Menyediakan tong sampah yang mencukupi bagi kemudahan orang ramai membuang sampah dan bahan buangan serta mengurangkan masalah pembuangan samapah.

(58)

8.5.6 SENTIASA MEMBERSIHKAN TAKUNGAN AIR

JADUAL 6 : SENTIASA MEMBERSIHKAN TAKUNGAN AIR

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Setuju 12 40.0

Sangat Setuju 18 60.0

Jumlah 30 100.0

(59)

semua pihak harus sering membersihkan takungan air untuk mengelakkan jangkitan deman denggi atau malaria. Selebinya adalah responden yang setuju dengan penyataan ini iaitu 12 orang atau 40.0%.Purata yang menjawab soalan ini adalah setuju di mana minnya adalah 4.60.

Semua pihak harus sentiasa memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk seperti membersihkan bekas yang boleh menakung air, tayar terbiar dan parit yang tersumbat.Menurut Utusan Borneo, masyarakat hanya memerlukan 10 minit untuk sehari bagi memastikan tiada tempat takungan air di kawasan perumahan. Tindakan ini dapat mengelakkan diri sendiri daripada penyakit jangkitan.

(60)

8.5.7 MENGADAKAN KEMPEN

JADUAL 7 : MENGADAKAN KEMPEN

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Sangat Tidak Setuju 1 3.3

Tidak Setuju 2 6.7

Tidak Pasti 8 26.7

Setuju 15 50.0

Sangat Setuju 4 13.3

(61)

satu cara yang berkesan untuk menangani masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Tamu Bintulu. Terdapat 4 orang atau 13.3% sangat setuju dengan penyataan ini.

Terdapat 8 orang responden tidak pasti dengan penyataan ini. Dalam kajian ini, skala tidak setuju dan sangat tidak setuju masing-masing adalah 2 orang dan seorang. Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 3.63.

Pihak kerajaan patut mengadakan kempen alam sekitar seperti Kempen 3R, Kempen Pengurangan Penggunaan Beg Plastik Dan Polisteren atau Kempen ‘ AyuhGempur Aedes Perdana’ dan kempen lain untuk meningkatkan kesedaran.

(62)

8.5.8 ENZIM

JADUAL 8 : ENZIM

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Pasti 10 33.3

Setuju 10 33.3

Sangat Setuju 10 33.3

Jumlah 30 100.0

(63)

Berdasarkan akhbar Utusan Borneo, enzim sampah dapur boleh mengurangkan kuantiti sampah yang dihasilkan setiap hari dan mengurangkan kesan pemanasan global.Selain itu, enzim ini dapat menghilangkan bau busuk dan mencuci serta mengurangkan bau kandang ternakan.Bahan-bahan untuk membuat enzim seperti sisa makanan dan buah-buahan, gula dan air.

(64)

8.5.9 PENYEBURAN ASAP

JADUAL 9 : PENYEBURAN ASAP

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Setuju 2 6.7

Tidak Pasti 2 6.7

Setuju 16 53.3

Sangat Setuju 10 33.3

(65)

10 orang responden atau 33.3% sangat setuju dengan langkah ini.Pilihan tidak pasti dan tidak setuju masing-masing ada 2 orang responden.Min bagi langkah ini adalah 4.13.

Fogging atau semburan asapdengan menggunakan malathion, fenthion atau temephos sangat berguna untuk mengurangi kemungkinan penularan dan penyebaran penyakit demam berdarah atau malaria.

(66)

8.5.10 KUAT KUASA UNDANG-UNDANG

JADUAL 10 : KUAT KUASA UNDANG-UNDANG

Perkara Kekerapan Peratusan ( % )

Tidak Pasti 2 6.7

Setuju 14 46.7

Sangat Setuju 14 46.7

Jumlah 30 100.0

(67)

Sebanyak 14 orang responden masing-masing memilih skala setuju dan sangat setuju sebagai jawapan mereka.Bakinya, 3 orang tidak pasti bahawa kuat kuasa undang-undang dapat mengatasi masalah alam skitar atau tidak.Min bagi penyataan ini adalah sebanyak 4.40.Min ini mewakili skala likert bernombor empat iaitu setuju.

Pihak berkuasa seperti Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA ) atau Klinik Kesihatan Bintulu dan pihak lain harus menguatkuasakan undang-undang dalam mengatasi masalah alam sekitar. Pihak kerajaan haruslah memberi hukuman atau mengeluarkan saman kepada sesiapa yang melanggar undang-undang alam sekitar.

(68)

8.6 DAPATAN TEMU BUAL

Saya telah menemu bual Encik Kong Zhe Feng mengenai masalah alam sekitar.Beliau bersetuju Pasar Utama dan Tamu Bintulu mempunyai masalah alam sekitar.Beliau mengatakan masyarakat pada kini memang kurang kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.Masyarakat suka membuang sampah di merata-rata tempat tanpa berfikir kesan perbuatannya.

Menurut beliau lagi, masalah alam sekitar perlu diatasi secepat mungkin. Hal ini demikian kerana masalah ini akan meningkatkan kadar penyakit jangkitan terutamanya deman denggi. Pada pendapat beliau, tempat takungan air dan aliran parit yang tersumbat merupakan tempat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk.Pengurusan sisa pepejal kurang sesuai juga boleh mendatangkan lalat atau tikus dengan meningkatkan risiko penyakit jangkitan.

Beliau menyatakan pihak BDA dan klinik tempatan harus bekerjasama bagi membanteras masalah tersebut dengan membuat pemeriksaan yang kerap. Hukuman harus diberikan kepada pesalah supaya mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama. Sebagai contohnya, peniaga harus sentiasa menjaga kebersihan kawasan persekitarannya dengan memastikan tempat tinggal tidak mempunyai takungan air.

8.7 DAPATAN PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat banyak masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Bintulu. Pada pukul 7.30 pagi, pihak BDA sedang mengumpulkan sampah dari tong sampah besar. Pada puku 8.00 pagi, pembersih masing-masing bermula menjalankan tugas mereka iaitu menyapu lantai. Menurut perbualan kita, saya dapat mengetahui bahawa mereka membersihkan kawasan pasar pada waktu pagi dan petang setiap hari.

(69)

9.0 RUMUSAN / KESIMPULAN.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti masalah di Pasar Utama dan Tamu Bintulu sama ada dari segi impak atau langkah-langkah untuk menyelesaikannya. Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menikmati pembangunan ekonomi yang memberangsangkan dan diiktiraf oleh masyarakat.Pembangunan negara seperti pembinaan infrastruktur dan kemudahan awam, pelaburan, rumah dan pembangunan sebagainya.Ini tidak boleh dinafikan bahawa pembangunan ini telah memberi implikasi yang besar kepada perubahan landskap negara.Malangnya, pembangunan tersebut dan masyarakat yang kurang kesedaran telah membawa impak negatif terhadap alam sekitar dan manusia.Oleh sebab itu, semua masyarakat wajib memainkan peranan masing-masing penting dalam mengatasi masalah alam sekitar.

Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan, kebanyakan masyarakat bersetuju dengan masalah alam sekitar yang dihadapi sekarang, kesan negatif serta tindakan yang harus diambil bagi memelihara alam sekeliling.

Dapatan hasil kajian menunjukkan bahawa pencemaran bau mempunyai min yang tertinggi iaitu 4.37.Min ini mewakili skala likertbernombor empat iaitu setuju.Kebanyakan masyarakat bersetuju dengan penyataan masalah bau busuk di Pasar Utama dan Tamu Bintulu.Sebagai contoh, kawasan penternakan ayam merupakan salah satu penyebab pencamaran bau.Bau busuk najis ayam memang meyukarkan pernafasan.Kebocoran sistem kumbahan dan parit yang tersumbat juga mendatangkan masalah bau busuk.Pencemaran bau menyebabkan ketidakselesaan kepada masyarakat di persekitarannya.Bau busuk yang menjijikkan hingga mengganggu pernafasan dan merosakkan kuantiti udara.Masalah ini juga memberi imej yang negatif dan mengganggu aktiviti harian penduduk temapatan.

Dalam dapatan kajian, menganalisis data dari bahagian impak masalah alam sekitar juga diperoleh. Dalam bahagian ini, imej Bintulu dipengaruhi merupakan min yang tertinggi ( 4.67 ) dalam kesan terhadap alam sekeliling. Hal ini demikian kerana masalah alam sekitar di Pasar Utama dan Tamu Bintulu telah memberi imej yang negatif kepada pelancong asing dan masyarakat.Persekitaran yang kotor dan bau telah menyebabakan masyarakat tidak ingin datang ke kawasan tersebut. Selain itu, alam sekitar yang kurang bersih dan kesihatan juga mempengaruhi imej dan nama Bintulu. Hal ini demikian kerana risiko penyakit jangkitan ditingkatkan akibat alam sekeliling yang kotor. Jadi, isu-isu alam sekitar akan memberi implikasi kepada imej tempatan.

(70)

Setiap masalah mesti diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah alam sekitar berdasarkan dapatan hasil kajian adalah dengan menyediakan tong sampah yang mencukupi. Min bagi cara ini adalah sebanyak 4.63. Pihak Berkuasa Tempatan patut menyediakan tong sampah yang mencukupi termasuk tong sampah kitar semula. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah supaya masykarakat tidak membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. Tong sampah kitar semula juga patut disediakan untuk meningkatakan kesedaran masyarakat menjaga alam sekitar. Tong sampah kitar semula juga dapat mendidik kanak-kanak untuk mengasingkan sampah mengikut warna secara tidak langsung dapat menjimatkan sumber semula jadi.

Secara tuntasnya, kemusnahan ekologi pasti tidak dapat dielakkan akibat pembangunan negara.Masyarakat perlu meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar. Semua golongan masyarakat harus bekerjasama untuk mengurangkan masalah alam sekirar supaya generasi yang akan datang masih boleh melihat alam sekitar yang indah ini. Fikir dahulu sebelum bertindak.

(71)

MASALAH ALAM SEKITAR DI PASAR UTAMA DAN TAMU BINTULU

Bilangan Masalah Min

1. Pembuangan sampah semakin teruk 4.33

2. Pengurusan sisa pepejal kurang baik 4.03

3. Pencemaran bau 4.37

4. Pencemaran air 3.93

5. Pencemaran udara 3.70

6. Masalah takungan air 4.07

7. Sampah-sarap dalam parit tidak dibersihkan 4.30

8. Bilangan tong sampah tidak mencukupi 4.13

9. Rumput tidak dipangkas 3.47

10. Sistem pengaliran parit 3.93

Bilangan Impak Min

1 Imej Bintulu dipengaruhi 4.67

2 Kurang pelancong asing atau pelanggan 4.10

3 Kerajaan membazir lebih banyak wang untuk mengatasi masalah alam sekitar

3.87 4 Kadar penyakit dan jangkitan semakin

meningkatkan

4.57

5 Pemanasan global 3.97

(72)

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH ALAM SEKITAR

Bilangan Langkah-Langkah Min

1 3R 4.50

2 Bebas plastik 3.97

3 Bahan mesra alam 4.13

4 Gotong-royong 4.40

5 Sedia tong sampah yang mencukupi 4.63

6 Sentiasa membersihkan takungan air 4.60

7 Mengadakan kempen 3.63

8 Enzim 4.00

9 Penyeburan asap 4.13

(73)

10.0 RUJUKAN

1) Amran bin Idris, Ismail bin Kosman, Hj Md.Lasa bin Yahya.2014.Buku Nota Pembelajaran dan Lembaran Praktis Penajian AM STPM [ Penggal 2 ]. Selangor: LOCAL PUBLICATIONS.

2) “Enzim Sampah Dapur Sangat Berguna” dlm Sin Chew, 13 April 2008.

3) Kamus Dewan, Edisi Ketiga, May 1999. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4) “ Kes Deman Denggi Mengambil 36 Maut dalam Januari dan Februari” dlm. Utusan

Borneo, 3 March 2014

5) Laman Web Google.2014. http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/punca-berlakunya-pencemaran-alam.html [ 18 Februari 2014 ]

6) Laman Web Rasmi Kerajaan Sarawak. Peta Sarawak. http://www.sarawak.gov.my/[ 24 March 2014 ]

7) Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Bintulu.Pandangan Daerah Bintulu.http://www.bintuludo.sarawak.gov.my/ [ 24 March 2014 ]

8) Teng Pei Yin, Su Jing Chuang, Cai Qing Han. “ Perlu Pengujian Darah Untuk Mengelakkan Kes Deman Denggi “ dlm. Utusan Borneo, 17 Februari 2014.

9) “ Traditional Pasar” dlm. Utusan Borneo, 26 Februari 2014 10) http://web.moe.gov.my/bpk/modul_pnp/ictic/beralun/kesan.htm

(74)
(75)
(76)

BORANG SOAL KAJI SELIDIK PENGAJIAN AM ( 900/4 ) MENGENAI MASALAH ALAM SEKITAR DI PASAR UTAMA DAN TAMU BINTULU

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN 1. Umur :

2. Jantina : Lelaki Perempuan 3. Bangsa : Melayu Cina Bumiputera Kaum Lain 4. Pekerjaan : Kerajaan Swasta Sendiri Pekerjaan lain 5. Tempat asal : BAHAGIAN B : PENGETAHUAN AM

1. Adakah anda mengetahui maksud alam sekitar ? Ya Tidak

2. Dari manakah anda mengetahui mengenai isu alam sekitar ? Televisyen Iklan

Radio Kempen Internet Surat khabar Lain-lain

MAKLUMAT KEPADA RESPONDEN :

Borang soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4.Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan maklumat ini hanya digunakan bagi kepentingan kajian sahaja.

(77)

Setuju Setuju

Skor 5 4 3 2 1

Bil Perkara 5 4 3 2 1

1 Pembuangan sampah semakin teruk 2 Pengurusan sisa pepejal kurang baik 3 Pencemaran bau

4 Pencemaran air 5 Pencemaran udara 6 Masalah takungan air

7 Sampah-sarap dalam parit tidak dibersihkan

8 Bilangan tong sampah tidak mencukupi 9 Rumput tidak dipangkas

10 Sistem pengaliran parit

BAHAGIAN D : IMPAK MASALAH ALAM SEKITAR

Bil Perkara 5 4 3 2 1

1 Imej Bintulu dipengaruhi

2 Kurang pelancong asing atau pelanggan 3 Kerajaan membazir lebih banyak wang

untuk mengatasi masalah alam sekitar 4 Kadar penyakit dan jangkitan semakin

meningkatkan 5 Pemanasan global

BAHAGIAN E : LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH ALAM SEKITAR

Bil Perkara 5 4 3 2 1

1 3R

2 Bebas plastik 3 Bahan mesra alam 4 Gotong-royong

5 Sedia tong sampah yang mencukupi 6 Sentiasa membersihkan takungan air 7 Mengadakan kempen

8 Enzim

9 Penyeburan asap

(78)

SOALAN TAMAT

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

(79)

FOTO 2 : PENCEMARAN SUNGAI

( Sumber : Kajian Lapangan 2014 ) FOTO 3 : KERATAN AKHBAR MENGENAI ENZIM

(80)
(81)
(82)

Gambar

FOTO 1 : PASAR UTAMA BINTULU
FOTO 1 : MASALAH PEMBUANGAN SAMPAH
FOTO 2 : PENCEMARAN SUNGAI
FOTO 4 : GAMBAR TEMU BUAL

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Pemakaian Kekayaan Daerah berupa Penggunaan Rumah Susun Sederhana Sewa (Rusunawa), yang selanjutnya disebut Retribusi adalah pungutan Retribusi sebagai

Sistem penyaluran dana zakat tidak hanya secara langsung tetapi juga tidak langsung melalui kegiatan sosial yang dilakukan Bazma seperti khitanan massal,

Ide membuat sebuah video animasi didapat ketika melihat kenyataan bahwa video animasi belum di manfaatkan untuk memberikan sosialisasi terutama untuk memberikan sosialisasi

Kampuh yang dikerjakan dengan teknik membalikkan dengan dua kali jahit dan dibalikkan dengan cara, pertama dengan menjahit bagian buruk menghadap bagian buruk /bagian

kemurungan di kalangan subjek; membandingkan peratusan strok, kemurungan dan kecelaan fungsi kognitif di kalangan warga tua lelaki dan perempuan; dan melihat hubungan tahap

Naungan dengan ketebalan naungan 0,17 mm pertumbuhan vegetatifnya lebih baik dibandingkan dengan naungan 0,12 mm pada varietas Lokal Berastagi hal ini dikarenakan varietas

Penelitian yang dilakukan oleh Silvia Losiana Lomanto (2012) hasil pengujian menunjukkan adanya pengaruh secara signifikan antara gaya kepemimpinan terhadap kepuasan