• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip pelaburan islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Prinsip pelaburan islam"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1 Pengenalan

Pelaburan adalah salah satu kaedah menghasil dan mengembangkan harta. Dalam ilmu pengurusan harta secara Islam menggariskan, penghasilan harta “wealth creation” sebagai satu asas permulaan seseorang dalam interaksinya dengtan harta. Tidak dinafikan, harta perlu dicari dan tidak hanya pasrah pada qada dan qada seperti di dalam firman Allah yang bermaksud:

“Maka apabila ditunaikan sembahyang, bertebaranlah kamu dimuka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak banyaknya, mudah-mudahan kamu menang”. (Al – Jumuah ayat 10)

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w dan khalifah Al Rashidin telah melakukan pelaburan dengan mengembangkan harta harta zakat seperti unta, lemb7u dan kambing. Ini memandangkan binatang-binatang tersebut mempunyai potensi yang baik didalam pembiakan dan perkembangan. Islam melarang membekukan harta tanpa dimanfaatkannya. Ia hendaklah dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh ramai orang sebagaimana firman Allah dalam surah Al – Hasyr ayat 7. Sebagaimana sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi Yusuff a.s menerusi firman Allah yang bermaksud:

“Berkata Yusuff: Kamu bercucuk tanam tujuh tahun, sebagaimana biasa. Seberapa yang telah kamu potong hendaklah kamu simpan bersama tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan. Kemudian dating sesudah itu tujuh tahun kemarau(kelapan0, sehingga menelan apa yang telah kamu simpan itu, kecuali sedikit yang kamu simpan (untuk menjadi benih)’.

(Yusuf ayat 47-48)

Dunia arus perdana hari ini mengalir pesat, keperluan terhadap pengurusan dana menjadi suatu kemestian. Terdapat pelbagai alternatif dalam pengurusan dana, sama ada melalui pelaburan unit amanah, mata wang, unit saham, yang diurus secara Islam mahupun konvensional. Umat Islam amat digalakkan untuk membuat pelaburan melalui saluran yang telahpun digariskan halal oleh syara’ kerana ia bukan sahaja menjamin kebersihan dana, malah ia juga menjamin kebersihan dalam setiap proses putaran dana itu, bebas daripada sebarang unsur riba, gharar, maisir, himar dan sebagainya yang ditegah oleh syariat. Semoga apa yang kita usahakan ini dapat menjamin kebahagiaan kita di dunia dan kejayaan di akhirat berkat

(2)

2

harta yang halal dan diredhai Allah s.w.t. Apa yang ingin diketengahkan disini ialah apakah dia pelaburan dalam perspektif Islam, yang mana membincangkan secara sistematik pelaburan seperti apakah yang telah digariskan oleh syara’ dan perlaksanaanya.

Prinsip Pelaburan Islam

Dalam pelaburan Islam, terdapat beberapa prinsip yang perlu didahulukan sebelum pasti pelaburan itu benar-benar mengaplikasikan syariat atau tidak. Terdapat Enam prinsip dalam pelaburan Islam:  Kebenaran  Amanah  Keikhlasan  Persaudaraan  Pengetahuan  Keadilan Kebenaran

Prinsip yang pertama ialah prinsip kebenaran. Betul dalam setiap tindakan, sentiasa memastikan setiap aktiviti muamalat yang dijalankan adalah benar, tepat dan sah dalam setiap perkara, jujur, tidak menipu dan membuat sesuatu yang tidak betul dari segi undang-undang atau kehendak masyarakat. Prinsip ini adalah satu tanggungjawab bagi setiap individu muslim sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran yang mana maksudnya:

“Hai orang beriman! Patuhlah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar!”

(3)

3

“(Dengan itu) Allah akan menyiksa lelaki dan perempuan yang beriman palsu, lelaki dan perempuan yang mempersekutukan Tuhan. Allah menerima taubat lelaki dan perempuan yang beriman, dan Allah itu pengampun dan penyayang.”

(Al - Ahzab ayat 73)

Setiapa muslim perlu benar dalam setiap urusan seperti percakapan, perjanjian, penulisan, penghantaran, kenyataan, pertemuan dan pelbagai lagi.

Amanah

Prinsip amanah dalah prinsip akauntabiliti kepada Allah. Dalam aktiviti muamalat juga, manusia perlu menunaikan tanggungjawab amanah kepada sesama manusia, organisasi, masyarakat dan kerajaan. Kepentingan amanah ini telah Allah sebutkan dalam al-Quran:

“Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan rasul, dan juga jangan berkhianat kepada amanat-amanat yang dipercayakan kepada kamu sedanga kamu mengetahui”.

(Al Anfal ayat 27)

Keikhlasan

Dalam menjalankan pekerjaan dan perniagaan, seseorang itu perlu ikhlas & bersungguh, tidak boleh bermuka-muka, menipu dan sebagainya. Ikhlas dapat mewujudkan kecekapan dan peningkatan dalam produktiviti, mengelakkan manipulasi hak orang lain. Allah akan memberikan ganjaran yang tinggi yang tinggi kepada orang yang ikhlas sementara manusia juga akan suka dan kasih kepadanya.

(4)

4

“Dan mereka hanya diperintahkan supaya menyembah Allah dengan tulus ikhlas beragama untuk Allah semata-mata, berdiri lurus mengerjakan sembahyang, membayar zakat dan itulah agama yang betul”. (Al – Bayyinah: ayat 5)

Persaudaraan

Islam menganggap semua manusia itu bersaudara. Prinsip ini harus diamalkan oleh seorang ahli perniagaan terhadap pekerjanya., pelanggan dan orang awam. Perhubungan baik yang terjalin akan dapat mewujudkan suasana damai dan harmoni yang seterusnya menjauhkan sifat dengki sesame sendiri. Allah berfirman dalam Al-Quran:

“Dan berpegang eratlah kamu sekalian dengan tali Allah, dan janganlah berpecah belah. Ingatlah kurnia Allah kepada kamu, ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukannya hati kamu (dalam agama Allah) sehingga dengan kurnia Allah itu, kamu menjadi bersaudara dan kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, maka dilepaskan Allah daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kam supaya kamu menurut janlan yang benar”.

(Al – Imran ayat 103)

Pengetahuan

Prinsip ini menuntut setiap aktiviti manusia adalah berdasarkan ilmu. Seseorang itu perlu berpengatahuan dan mahir dalam setiap kerja yang dilakukan (sekarang disebut “Knowledge Worker”). Ian menjadi prinsip asas dan tanggungjawab setiap individu dalam melakukan pekerjaan . Kepentingan ilmu banyak sekali disentuh dalam Al-Quran malahan wahyu yang pertama yang diturunkan kepada Rasullulah menyentuh tentang ilmu sepertimana firman Allah yang bermaksud:

(5)

5

“Bacalah dengan nama Tuhan engkau, yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Dan Tuhan engkau Maha Pemurah. Yang mengajarkan dengan pena. Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya.”

(Al – Alaq ayat 1-5)

Keadilan

Prinsip Keadilan adalah prinsip asas dalam setiap muamalat. Islam amat mementingkan isu keadilan dalam setiap perkara. Allah memerintahkan manusia sentiasa berlaku adil dalam setiap urusan muamalat. Keadilan bermaksud setiap orang mesti diperlakukan sesuai dengan apa yang sepatutnya (melatakkan sesuatu pada tempatnya), tanpa diskriminasi. Ia diperlukan terutama dalam perletakkan harga, kualiti pengeluaran, layanan kepada pekerja, persekitaran dan keputusan perniagaan, sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah memerintahkan keadilan, berbuat kebaikan dan member kepada kerabat-kerabat, dan Allah melarang perbuatan keji, pelanggaran dan kedurhakaan. Allah mengajari kamu supaya kamu mengerti”.

(An- Nahl ayat 90)

Pelaburan Menurut Perspektif Islam

Menurut perspektif Islam pelaburan merupakan aktiviti menukarkan sesuatu harta (lazimnyawang tunai) dengan harta lain (seperti saham syarikat, akaun simpanan, insuran, hartanah) yang juga disebut penanaman modal pada sesuatu waktu sekarang dan jangkaan untuk mendapatkan pulangan yang posiitif atau keuntungan pada masa akan dating setelah membuat perkiraan akan risiko bagi setiap aktiviti pelaburan tersebut. Aktiviti pelaburan melibatkan unit lebihan dan kurangan dalam masyarakat. Unit lebihan akan melabur kepada unit kurangan bagi mendapatkan keuntungan bagi kedua belah pihak (Mudharabah). Aktiviti ini memang digalakkan oleh Islam kerana adanya prinsip tolong menolong dan kecairan harta yang dimiliki oleh pihak yang kaya atau unit lebihan. Islam amat tidak mengalakkan harta-harta beku (“idle money”) yang tidak digunakan bagi kehidupan manusia. Allah amat suka kepada

(6)

6

penggunaan rezeki yang diberikannya secara optimum untuk menghasilkan sumber rezeki kepada manusia untuk kehidupan mereka di dunia. Pelaburan perniagaan merupakan suatu aktiviti yang dijangka akan mendatangkan hasil kepada pihak yang melabur. Bagi mendapat keredhaan Allah, sesuatu aktiviti pelaburan itu mestilah menepati hukum syariah.Penepatan ini akan berasaskan A-Quran, Al-Sunnah, Ijmak, Ijtihad dan Qiyas.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesame kamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka diantara kamu dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah maha penyayang kepadaMu.”

(An- Nisa ayat 29)

Prinsip Panduan membuat pelaburan

Lima prinsip utama sebagai panduan untuk membuat pelaburan. Sekiranya terdapat salah satu dari prinsip-prinsip berikut tidak duipenuhi maka pelaburan itu adalah tidak sah dari awal atau kontrak itu terbatal. Diantara lima prinsip itu adalah:

 Tidak melabur dalam aktiviti perniagaan yang diharamkan oleh syarak.  Tiada jaminan terhadap keuntungan.

 Tiada wujud unsure gharar (ketidakpastian) atau elemen perjudiaan.  Tiada unsure paksaan dalam keputusan membuat pelaburan.

 Tidak terlibat dalam riba.

Hujah ini dikuatkan lagi dengan dalil-dalil seperti berikut:

“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar dari manfaatnya”.

(7)

7

Dari Abu Hurairah : Rasulullah s.a.w melarang jual beli gharar. (Riwayat Muslim)

Hukum Pelaburan Menurut Syarak

Hukum melebur di sesuatu syarikat menurut Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas telahpun dibahaskan dan disusun oleh ulama’ mutaakhirin. Bagi memudahkan proses ini, terdapat juga kaedah-kaedah fiqh yang boleh digunakan bagi menetukan status sesuatu aktiviti. Prinsip asal sesuatu perkara itu harus pada asasnya, hukum bagi semua perkara adalah kecuali ada dalil yang menetapkan hukum itu sebaliknya . Dirumuskan bahwa mana-mana aktiviti perniagaan yang tidak dinyatakan pengharamannya oleh hukum syarak adalah halal dan harus dilakukan. Kaedah kontrak dan syarat mengikut apa yang dipersetujui. Menerusi kaedah ini, syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak perniagaan akan diteliti untuk mengenalpasti sama ada ia menepati hukum syarak atau sebaliknya.

Prinsip Keredhaan Berkontrak

Tujuan kontrak adalah untuk menyatakan dengan jelas akan tanggungjawab pihak-pihak yang berkontrak. Oleh yang demikian pihak-pihak berkontrak mesti memahami butiran dalam kontrak perniagaan dan dengan demikian barulah wujud persetujuan dan kerehaan berkontrak. Kandungan kontrak perlu member keadilan kepada pihak-pihak berkontrak.

Prinsip uruf Khas

Ada kalanya, wujud sesuatu yang baru dalam perniaagan. Sekiranya masyarakat memnadang perkara itu sebagai suatu kebiasaan dan keperluan yang tidak mendatangkan mudharat, maka harus diterima’uruf tersebut selama mana ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Sesungguhnya adat juga merupakan satu sumber hukum.

(8)

8 Prinsip Syariah yang utuh

Apabila wujud keadaan yang tidak jelas atau keraguan, maka kita harus kembali semula kepada hukum syariah dan penentuan hukum boleh ditelitikan oleh pakar-pakar syariah.\

Prinsip Darurat menghalalkan yang terlarang

Kaedah ini menggunakan prinsip sesuatu perkara yang menjadi halangan boleh menjadi neutral dalam keadaan darurat. Dalam keadaan tertentu sahaja seperti keadaan darurat, hajiyat dan tahsiniyat. Apabila alternative yang ada juga lebih memudharatkan, maka keharusan telah wujud setakat keperluan itu sahaja dan tidak melampaui batas.

Prinsip menghilangkan kemudharatan

Kaedah ini adalah berdasarkan hadith Rasullulah s.a.w yang bermaksud “tidak memudharatkan dan tidak dimudharatkan”. Mengikiut kaedah ini, sesuatu tindakan yang dilakukan tiadak akan memudhartkan diri sendiri dan juga pihak yang satu lagi.

Ciri- Ciri Pelaburan Syariah Di Malaysia

Di negara kita secara khususnya, ada peruntukan undang-undang dan petunjuk atau garis panduan mengenai ciri pelaburan secara Islam yang boleh diceburi di semua institusi perbankan islam. Ciri ini dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti bertujuan memudahkan usaha institusi kewangan yang berminat atau orang perseorangan untuk menerokai bidang kewangan islam.

Kelayakan sesebuah syarikat akan terkeluar daripada senarai sekuriti yang diluluskan berdasarkan kriteria yang berikut. Perkara pertamanya ialah mempunyai operasi berteraskan riba (faedah) seperti dijalankan institusi kewangan misalnya bank perdagangan dan bank saudagar serta syarikat kewangan. Kedua ialah mempunyai operasi membabitkan aktiviti

(9)

9

perjudian. Seterusnya mempunyai operasi mengeluarkan atau menjual barangan yang haram seperti minuman keras, daging khinzir dan daging yang tidak disembelih mengikut kaedah Islam. Dan yang terakhir ialah syarikat yang mempunyai operasi membabitkan kegiatan berunsur gharar (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional.

Selain daripada syarat di atas, bagi syarikat yang membabitkan aktiviti bercampur, iaitu mempunyai unsur dibenarkan dan diharamkan oleh syarak, Majlis Penasihat Syariah mempertimbangkan beberapa sudut tambahan lain bagi membolehkan pelabur Muslim melabur di dalam sekuriti terbabit.

Antara syarat tambahan dimaksudkan termasuklah, yang pertama aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti bertentangan syarak sebagaimana digariskan oleh empat kriteria di atas. Kedua, pandangan masyarakat umum mengenai imej syarikat berkenaan mestilah baik. Ketiga ialah aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah (kebaikan secara umum) kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil membabitkan perkara umum bahwa (kerumitan meluas yang sukar dielakkan), 'uruf (amalan kebiasaan) dan hak masyarakat bukan islam yang diperakui oleh islam. Oleh yang demikian, dengan ada garis panduan yang secara umum ditetapkan oleh Islam dan secara khususnya dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, umat Islam dan organisasi Muslim yang berminat dengan aktiviti pelaburan bolehlah meneruskan aktiviti mereka berdasarkan ketetapan disenaraikan itu.

Aplikasi Pelaburan Syariah

Amalan Sistem Perbankan Islam : Skim Pelaburan Syariah

Skim ini juga dikenali sebagai qirad atau muqaradah. Istilah mudharabah merupakan yang paling kerap digunakan oleh bank- bank Islam. Terdapat juga pelbagai terjemahan yang digunakan oleh sarjana untuk perkataan ini. Di antara terjemahannya ialah pembiayaan amanah, kongsi sama keuntungan pemegang amanah, kongsi sama ekuiti dan kongsi sama keuntungan.

(10)

10

Prinsip mudharabah ini boleh digunakan dalam sistem perbankan Islam untuk dua keadaan yang berbeza, iaitu antara bank dengan pihak pembekal dana dan antara bank dengan pengguna dana. Dibahagian pembekal dana, pihak bank akan bertindak sebagai mudarib dan penyimpan sebagai rabb al-mal. Sementara itu di bahagian pengguna dana pula, bank akan menjadi rabb al-mal dan pengusaha menjadi mudarib.

Walaupun pelabur yang mengeluarkan modal itu sebenarnya tidak mengeluarkan apa-apa tenaga untuk mendapat pulangan atau hasil daripada pelaburannya , tetapi dalam jangka masa yang sama pelabur perlu bersedia menanggung risiko kerugian. Jika usaha yang dijalankan itu beroleh keuntungan, maka pelabur akan mendapat semula modal dan bahagian keuntungannya , tetapi jika usaha itu mendapat kerugian , maka pelabur bukan sahaja tidak mendapat apa-apa pulangan tetapi kemungkinan besar akan kehilangan modal awalnya itu.

Pelaburan adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh bank islam untuk menjana pendapatan. Terdapat empat jenis kategori pelaburan yang boleh dibuat oleh bank islam iaitu membeli sekuriti boleh niaga seperti saham, bon, nota terbitan kerajaan dan sijil deposit boleh niaga. Keduanya pelaburan dalam anak syarikat dan syarikat bersekutu dan yang terakhir perlaburan dalam hartanah dan lain-lain.

Akaun Simpanan Atas Asas Mudarabah (Perkongsian Untung)

Antara produk di dalam pengamalan kewangan Islam di Bank-bank Islam adalah simpanan yang menggunakan konsep Mudharabah. Ia bermaksud pihak pelanggan ingin menyimpan wangnya sambil membuat pelaburan secara khusus. Nama produk-produk untuk akaun ini seperti “Akaun Pelaburan Umum Mudarabah” atau “Akaun Pelaburan Istimewa Mudarabah” atau “Akaun Semasa Mudarabah”.

Menurut konsep ini pelanggan bersedia menerima risiko lebih bagi membuka ruangnya bagi mendapat peratusan keuntungan yang lebih besar sekiranya pihak Bank berjaya melaburkan wang dengan pulangan lumayan. Kadar peratusan akan di tetapkan di peringkat awal seperti 70 % untuk pelanggan dan 30 % bank, 80/20, 60/40 dan sebagainya.

(11)

11

Satu perkara yang juga amat penting dalam akaun Islam ini adalah, deposit yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara Syariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Syariah Bank. Justeru semua “Shariah-Approved companies” ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Syariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih. Sebagai contohnya, RHB Islamic Bank Berhad cukup tegas dalam memastikan semua simpanan yang diperolehi akan digunakan dan dilaburkan ke dalam urusniaga atau syarikat yang benar-benar selamat menurut Syariah.

Urusan tapisan dibuat secara terperinci, dan perlaksanaannya dibuat dalam suasana “client-friendly”, iaitu dengan perbincangan yang cukup telus atau “transparent” dengan “client”. Ia mungkin akan membuat penilaian dari sudut “asset” mahupun “lialibilities” sesebuah syarikat, tanpa mengira ianya adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham atau tidak. Secara umum penapisan “filter” Shariah berikut biasanya digunakan antaranya, Industry filtering iaitu membuang syarikat-syarikat yang perniagaan induknya berkaitan produk-produk haram dan Primary Financial Filters iaitu mengeluarkan syarikat-syarikat yang tahap hutangnya tidak boleh ditoleransi lagi atau mempunyai “impure interest income” berdasarkan panduan Majlis Penasihat Syariah. Pengamalan akaun di Perbankan konvensional amat berbeza, yang mana ia tidak terikat dengan konsep Syariah, lalu mereka pasti akan menumpukan pelaburan di dalam syarikat yang boleh memberi pulangan besar tanpa meninjau aspek penerimaan Syariah atau tidak.

Selain itu, kita mestilah tidak terkeliru dengan kadar peratusan yang di paparkan oleh sesetengah akaun Islam mudarabah di sesetengah Bank Islam. Ia hanyalah kadar pulangan purata menurut prestasi lepas, ia di gelar “indicavtive Rates” atau “kadar andaian dan ramalan” dan bukannya kadar yang tepat dan mesti diberikan oleh bank, ia di paparkan demi mencapai keyakinan pelanggan terhadap prestasi pengurusan dan pelaburan Bank.

(12)

12 Cara Kiraan

Untung Sebenar = Kadar Pulangan (ROR) x Kadar Keuntungan (PSR) = Keuntungan setahun 100

Katakanlah kadar keuntungan bank adalah 3, justeru “indicative” atau andaiannya seperti berikut, 3 X 70 (pelanggan) = 2.10100

Maka, jumlah 2.10 % inilah yang akan di paparkan oleh Bank bagi memaparkan prestasi akan datang Bank. Ia hanyalah andaian dan tidak menjadi kewajiban bagi Bank memberikan pulangan dengan kadar di atas.

Perlulah sedari, seseorang yang menyimpan atau melabur wangnya di dalam akaun di bank konvensional pastinya akan mendapat saham keburukan hasil sokongan langsungnya dari wang depositnya itu, sama ada mereka menyedarinya atau tidak.

Aplikasi Skim Pelaburan di Bank Rakyat Malaysia Berhad

Pada hari Ahad bertarikh 06hb Julai 2014, kami telah membuat kajian skim pelaburan yang diamalkan oleh Bank Rakyat dengan menemu bual dengan seorang penolong pengurus cawangan, En.Mohd Huzir Bin Muta’at untuk mendapat gambaran yang jelas berkenaan skim pelaburan yang diamalkan oleh Bank Rakyat Malaysia Berhad.

Menurut beliau Bank Rakyat telah ditukarkan 100% daripada konvensional kepada sistem Perbankan Islam mulai tahun 2001. Ini bermakna Bank Rakyat tidak lagi mengamalkan sistem konvensional dan kini semua produk-produk perbankan dari Bank Rakyat adalah menurut syariah islam. Antara produk pelaburan yang ditawarkan oleh Bank Rakyat ialah Akuan Pelaburan Am-i (qiradh), Akuan Pelaburan Am-i (Warga Emas) dan Akuan Pelaburan Khas-i (Sijil Pelaburan).

(13)

13

Akaun Pelaburan Am-i (Qiradh) merupakan akaun pelaburan yang mana pelanggan menyediakan modal untuk Bank melabur bagi tempoh tertentu. Bila matang, keuntungan yang diperolehi akan dikongsi di antara Bank dan pelanggan berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui bersama. Konsep yang diamalkan berdasarkan Mudharabah. Antara kelayakan untuk melabur dalam skim ini ialah individu berumur 18 tahun ke atas dan juga Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat digalakkan untuk melabur. Jumlah Pelaburan minimum RM500 untuk 2 bulan dan ke atas dan minimum RM5,000 untuk 1 bulan. Antara jenis Akaun ialah Akaun Individu, Akaun Bersama, Akaun Amanah dan Akaun Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat. Antara keistimewaan skim ini ialah Pelabur boleh mengambil keuntungan pada setiap bulan bagi tempoh pelaburan 6 bulan dan berjumlah RM20,000.00 ke atas, Auto Renewal pembaharuan sijil secara automatik dan Sijil pelaburan boleh digunakan sebagai cagaran pembiayaan seperti Bercagar Sijil Pelaburan-i Mudharabah, Pembiayaan Pendidikan-i Al-Falah dan Pembiayaan Kontrak-i Tijari.

Akuan Pelaburan Khas-i (Sijil Pelaburan) pula adalah skim pelaburan di mana pendeposit akan dibayar keuntungan ke atas pelaburan yang telah ditentukan pada awal-awal lagi dan dibayar sebagai pendahuluan pada setiap bulan. Ia berasaskan konsep Bai Al-Inah. Antara kelayakan untuk menyertai skim ini adalah sama seperti skim Akaun Pelaburan Am-i Qiradh. Jumlah Pelaburan minimum RM20,000 untuk 1 bulan ke atas dan tempoh Pelaburan adalah pelaburan untuk tempoh 60 bulan dan ke atas. Antara jenis akaun seperti Akaun Individu , Akaun Bersama, Akaun Amanah dan Akaun Persatuan, Kelab, Koperasi dan Syarikat. Manakala yang terakhir adalah Akaun Pelaburan Am-i Qiradh (Warga Emas) . Akaun pelaburan ini direka khas untuk warga emas.Menggunakan konsep Al-Mudharabah. Antara kelayakan untuk skim ini adalah individu berumur 45 tahun ke atas. Jumlah Pelaburan adalah minimum RM10,000 untuk 3 bulan ke atas. Antara manfaat yang diperolehi adalah kadar keuntungan adalah 0.25% lebih tinggi daripada kadar semasa Akaun Pelaburan Am-i Qiradh dan perlindungan kemalangan diri Takaful secara percuma untuk pelaburan melebihi tempoh 12 bulan.

(14)

14 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kita dapat melihat kebaikan dan kelebihan skim pelaburan syariah berbanding dengan skim pelaburan konvensional dalam semua aspek seperti yang telah dibincangkan. Pelaburan yang dijana melalui skim pelaburan syariah adalah bebas daripada segala bentuk larangan seperti riba, ketidakpastian (gharar), penindasan, penipuan, pembaziran dan sebagainya. Namau, tidak dapat dinafikan bahawa semua unsur tersebut wujud dalam skim pelaburan konvensional.

Skim-skim pelaburan syariah pada masa kini sudah semakin bertambah namun jika dibandingkan dengan skin pelaburan konvensional yang sudah sekian lama menguasai pasaran pelaburan dunia, skim pelaburan syariah masih agak kurang dan perlu dipesatkan lagi perkembangkannya dalam semua aspek agar mampu menyaingi dan seterusnya mengatasi sepenuhnya skim pelaburan konvensional. Pada pendapat kami, salah satu cara dan strategi yang boleh digunakan ialah melalui perancangan yang terancang di dalam pelaburan Islam. Skim pelaburan syariah perlulah diperkasakan lagi dengan membuka lebih banyak cawangan bukan sahaja dalam negara malah sehingga ke luar negara, mencari alternatif bagi menambah produk-produk yang sedia ada disamping memberi pendedahan khususnya kepada umat Islam dan kepada masyarakat secara umumnya.

Namun, apa yang amat menyedihkan di kalangan umat Islam hari ini, iaitu realiti yang memperlihatkan ramai pelabur Muslim asyik dan leka dalam lingkungan ekonomi konvensional yang serba menggamit nafsu, lantas melupakan prinsip, etika dan asas yang amat penting dalam merealisasikan kejayaan ekonomi Islam di masa hadapan.

Oleh itu, masyarakat khususnya umat Islam harus menyedari hal ini dan bersama-sama mengembleng usaha serta tenaga bagi memperkasakan skim pelaburan syariah yang boleh dikatakan masih berada di peringkat permulaannya. Tanpa kejasama yang padu dan berterusan tidak mungkin segala usaha yang dilaksanakan ke arah memperkasakan pelaburan syariah akan mencapai objektif dan matlamatnya seperti mana yang dirancang.

(15)

15 Rujukan

En.Mohd Huzir Bin Muta’at, Penolong pengurus cawangan Bank Rakyat Malaysia Berhad, Ahad 06hb Julai 2014

Zaharuddin Abd Rahman. Panduan Perbankan Islam Kontrak & Produk Asas. 2009. Telaga Biru Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Kalau kulit bumi i ni ru sak tidak terpeliharaseperti tidak ada pohon- pohonan , maka air tidak akan terpelihara dikul i t bumi yang disebut tanah.. P ohon-pohon

Bandar Lampung masih banyak dijumpai habitat padang lamun ( sea grass ) yang secara ekologis memiliki peranan yang tidak kalah penting dengan ekosistem terumbu karang dan

Responden yang paling sedikit adalah responden yang memiliki tingkat pengetahuan baik tentang metode kontrasepsi pria dan mempunyai sikap yang cukup terhadap keikutsertaan menjadi

Penelitian ini menggunakan teknik sampling purposive data rekam medik dari seluruh pasien infark miokard akut ST elevasi (STEMI) yang dirawat di Rumah Sakit Islam

Teknik pengumpulan data dalam penelitian ini adalah Metode Dokumentasi, yaitu metode pengumpulan data dengan mempelajari berupa volume perdagangan saham harian, dan abnormal return

palmifolia dari 6 lokasi yang berbeda yaitu Srengat Blitar Jawa Timur, Tawangmangu Karanganyar Jawa Tengah, Cijeruk Bogor Jawa Barat, Balikpapan Balikpapan Kalimantan Timur,

Tatap Muka 7,8 Mahasiswa mampu memahamisecara komprehensif ayat-ayat tentang mencatat hutang, masa menyusui, agar bisa diterapkan dalam problem kekinian -identifikasi ayat-

layanan juga merupakan bukti fisik dari semua pelayanan yang diberikan selama proses pemberian pelayanan di Dinas Penanaman Modal dan Pelayanan Terpadu Satu Pintu