• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "GARIS PANDUAN URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN"

Copied!
29
0
0

Teks penuh

(1)

1

GARIS PANDUAN URUSAN

PENGESAHAN KE DALAM

PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PENGURUSAN PRESTASI DAN PENINGKATAN KERJAYA

JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PEJABAT PENDAFTAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

(2)

2

KANDUNGAN

Muka Surat 1.0 Pendahuluan : 3 2.0 Tujuan : 3 3.0 Definisi : 3

4.0 Tadbir Urus Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan : 5

5.0 Pemilihan Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja : 7

6.0 Pemberian Taraf Berpencen : 8

7.0 Syarat-Syarat Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan : 9

8.0 Tanggungjawab Staf : 10

9.0 Tanggungjawab Ketua Jabatan : 11

10.0 Tatacara Penetapan Tarikh Pengesahan : 14

11.0 Prosedur Dan Syarat-Syarat Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Staf

Yang Ditukar Lantik Bagi Tujuan Pencen : 15

12.0 Prosedur Mengemukakan Permohonan Pelanjutan Tempoh Percubaan : 16

13.0 Lain-lain : 18

14.0 Carta Alir Urusan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Staf : 19

15.0 Singkatan : 20

16.0 Borang-Borang Berkaitan : 20

17.0 Rujukan : 21

(3)

3 PENDAHULUAN

1.

2.

Ketua Jabatan memainkan peranan penting untuk memastikan staf yang telah menjalankan tugas dengan jujur, berkebolehan dan mempunyai sifat peribadi serta kelakuan yang baik disahkan ke dalam perkhidmatan setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Urusan pengesahan ke dalam perkhidmatan merupakan proses penting untuk menentukan staf yang sesuai dan berprestasi tinggi dikekalkan dalam perkhidmatan.

Kegagalan atau kelewatan Ketua Jabatan mengemukakan perakuan pengesahan kepada Lembaga Pengesahan, boleh mengakibatkan staf yang berkenaan terlepas peluang kenaikan pangkat, tidak dapat menikmati kemudahan biasiswa melanjutkan pelajaran, pinjaman perumahan dan lain-lain.

TUJUAN

3.

4.

Panduan ini bertujuan menjelaskan tatacara pengesahan ke dalam perkhidmatan dan tanggungjawab Ketua Jabatan serta staf yang berkenaan.

Panduan ini hendaklah diikuti sepenuhnya bagi memastikan urusan pengesahan ke dalam perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lancar dan cekap.

DEFINISI

5. Dalam panduan ini:

i. Jabatan : Meliputi Fakulti/ Bahagian/ Unit/ Pusat atau

cawangan.

ii. Lembaga Pengesahan : Satu badan yang ditubuhkan di bawah

Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan (JKK) untuk menguruskan hal ehwal berkaitan urusan pengesahan ke dalam perkhidmatan staf iaitu terdiri daripada :-

(4)

4

 Lembaga Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (LPPP)

 Lembaga Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan Staf Kumpulan Pelaksana (LPKP).

iii. Tempoh percubaan : Satu tempoh untuk menilai kebolehan dan

kesesuaian pegawai yang dilantik sebelum layak disahkan ke dalam perkhidmatan. Seseorang pegawai yang dilantik ke dalam perkhidmatan awam dikehendaki berkhidmat dalam percubaan bagi tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun.

iv. Staf Kumpulan

Pengurusan dan

Profesional

: Terdiri daripada staf Gred 41 dan ke atas.

v. Staf Kumpulan

Pelaksana

: Terdiri daripada staf Gred 1 hingga 40.

vi. Trend Prestasi : Ulasan terperinci oleh Ketua Jabatan mengenai penurunan atau peningkatan Laporan Nilaian Prestasi Staf (LNPT) untuk tempoh tiga (3) atau dua (2) tahun ke belakang.

vii. Pelanjutan Tempoh

Percubaan

: Proses melanjutkan tempoh percubaan bagi pegawai yang tidak berjaya disahkan ke dalam perkhidmatan di dalam tempoh percubaan yang ditetapkan.

viii. Pelanjutan Tanpa

Denda

: Pelanjutan tempoh percubaan staf yang diluluskan tanpa dikenakan denda kerana

kegagalan disahkan dalam perkhidmatan

(5)

5 ditetapkan bukan disebabkan oleh kecuaian atau kelemahan pegawai.

ix. Pelanjutan Dengan

Denda

: Pelanjutan tempoh percubaan staf yang diluluskan dengan dikenakan denda kerana

kegagalan disahkan dalam perkhidmatan

semasa tempoh percubaan asal yang

ditetapkan disebabkan oleh kecuaian atau kelemahan pegawai.

TADBIR URUS LEMBAGA PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

6. Punca Kuasa

Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan UiTM (JKK) telah menurunkan kuasa menguruskan hal ehwal berkaitan urusan pengesahan ke dalam

perkhidmatan staf kepada Lembaga Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan staf seperti berikut:-

Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan (JKK) Tarikh Keputusan JKK ke 24 15.02.1980 Penubuhan Lembaga

Pengesahan Jawatan dan

Kenaikan Pangkat Kakitangan

Kumpulan C dan D

JKK ke 70 30.06.2005 Penubuhan Lembaga

Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan Bagi Kumpulan

Pengurusan dan Profesional

Minit-minit mesyuarat Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan dibentangkan di dalam Mesyuarat JKK untuk pengesahan. Bagi kampus autonomi salinan minit mesyuarat Lembaga Pengesahan Kampus Negeri hendaklah dimajukan kepada pihak urus setia Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya.

(6)

6

7. Struktur Keanggotaan Lembaga Pengesahan:-

i. Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Staf Kumpulan

Pengurusan dan Profesional (LPPP) :

Keanggotaan Jawatan Hakiki Penyandang

Pengerusi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

Ahli - Ahli 1. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)

2. Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)

3. Penolong Naib Canselor (Kepimpinan)

4. Pendaftar

5. Bendahari

Setiausaha Ketua Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya

ii. Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Staf Kumpulan

Pelaksana (LPKP) :-

Keanggotaan Jawatan Hakiki Penyandang

Pengerusi Pendaftar

Ahli - Ahli 1. Bendahari

2. Ketua Pustakawan

3. Pengarah Pejabat Pembangunan

Setiausaha Ketua Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya

Struktur Keanggaotaan Lembaga Pengesahan bagi Kampus Negeri adalah seperti di Lampiran 1

Nota:

Pengerusi juga boleh melantik mana-mana Ahli mengikut kekananan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.

(7)

7 8. Bidang Kuasa Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan:

i. Mengesahkan staf yang telah memenuhi syarat-syarat

pengesahan ke dalam perkhidmatan;

ii. Melanjutkan tempoh percubaan staf yang gagal memenuhi

syarat-syarat pengesahan ke dalam perkhidmatan dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) tahun;

iii. Mengembalikan staf yang gagal disahkan perkhidmatan ke jawatan

asalnya;

iv. Mengesyorkan bimbingan dan kaunseling dengan tujuan

memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi serta motivasi staf yang belum layak disahkan ke dalam perkhidmatan kerana prestasi yang kurang memuaskan;

v. Mencadangkan penamatan perkhidmatan staf yang gagal disahkan

dalam perkhidmatan; dan

vi. Membincangkan dan membuat keputusan berhubung hal-hal lain

yang berkaitan dengan urusan pengesahan ke dalam

perkhidmatan staf.

PEMILIHAN OPSYEN SKIM KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

Pekeliling Pendaftar Bil. 9 Tahun 2002– Menerima Pakai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2001, Tawaran Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertarikh 10 April 2002 9. 10.

Seksyen 6A (1) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239) memberi peluang kepada pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 untuk memilih Skim KWSP sebelum mereka disahkan dalam jawatan.

Subseksyen (3) di bawah seksyen yang sama menetapkan bahawa apabila opsyen yang dibuat oleh seseorang pegawai di bawah Subseksyen (1) itu berkuatkuasa, maka Opsyen tersebut adalah muktamad. Ini bermakna pegawai tidak boleh meminda, menukar, membatalkan atau membuat opsyen yang baru kecuali mereka telah meletakkan jawatan dan dilantik semula secara tetap sama ada ke

(8)

8 11.

jawatan yang sama atau berlainan.

Tujuan opsyen adalah untuk memilih faedah persaraan sama ada Skim Pencen atau Skim KWSP. Oleh yang demikian Ketua Jabatan hendaklah:

i. Memastikan staf diberi penjelasan mengenai implikasi pilihan dengan memberi perbandingan faedah di antara skim KWSP dan skim Pencen.

ii. Menyatakan dengan jelas pilihan yang telah dibuat oleh staf dan

mengemukakan borang opsyen (PKP/OPSYEN1/2014 – Lampiran

B) yang telah dilengkapkan oleh staf bersama perakuan pengesahan dalam perkhidmatan.

iii. Memberi peringatan kepada staf bahawa:

a) Staf yang gagal mengembalikan borang opsyen atau mengembalikan borang tanpa menyatakan sebarang pilihan atau membuat pilihan dengan bersyarat akan dianggap telah menolak pilihan opsyen Skim KWSP dan penolakan itu berkuatkuasa pada tarikh pengesahan dalam perkhidmatan; dan

b) Opsyen yang telah dibuat oleh staf adalah MUKTAMAD.

PEMBERIAN TARAF BERPENCEN

12. Pegawai yang tidak memilih skim KWSP layak diberi taraf berpencen mengikut undang-undang pencen. Staf yang telah diluluskan pengesahan ke dalam perkhidmatan dan memilih skim pencen hendaklah menandatangani dokumen berkaitan pemberian taraf berpencen setelah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dengan mengemukakan salinan surat pengesahan ke dalam perkhidmatan ke Bahagian Saraan dan Perkhidmatan, Pejabat Pendaftar untuk dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi tujuan permohonan pemberian taraf berpencen.

(9)

9 SYARAT –SYARAT PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

Perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2012 Pekeliling Pendaftar Bil. 9 Tahun 2004– Ketetapan Baru Penilaian Prestasi Untuk Tujuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Bagi Staf UiTM Dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertarikh 29 April 2004 13. 14. 15.

Seorang staf layak disahkan ke dalam perkhidmatan apabila telah berkhidmat dalam perkhidmatan tetap dengan tempoh percubaan satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Staf juga perlu memenuhi syarat-syarat perkhidmatan seperti berikut:

i. Telah menjalani tempoh percubaan dengan jayanya sama ada

tempoh percubaan asal (satu (1) hingga tiga (3) tahun) atau yang dilanjutkan;

ii. hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda;

iii. lulus peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan;

iv. diperakukan layak untuk disahkan ke dalam perkhidmatan oleh

Ketua Jabatan; dan

v. Khusus bagi Pensyarah Pelatih Perubatan dan Pergigian:-

a. Memiliki kelayakan kepakaran atau ijazah sarjana dalam bidang berkenaan yang disyaratkan;

b. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun

Syarat tambahan bagi staf yang dilantik pada dan selepas 1 November 2002:

i. Staf yang telah berkhidmat selama satu (1) tahun tetapi kurang

dari dua (2) tahun perlu memperolehi markah minimum 85% dalam penilaian prestasi tahunan;

ii. Staf yang telah berkhidmat selama dua (2) tahun tetapi kurang

dari tiga (3) tahun perlu memperoleh markah minimum 80% dalam penilaian prestasi tahunan;

(10)

10 Pekeliling Pendaftar Bil.27 Tahun 2011- Garis Panduan Perakuan Penghasilan Penyelidikan Bagi Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Pensyarah UiTM berkuat kuasa mulai 01 September 2011 Pekeliling Pendaftar Bil.2 Tahun 2007– Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Baru UiTM Bagi Tujuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan bertarikh 22 Januari 2007 16. 17. 18.

memperoleh markah minimum 75% dalam penilaian prestasi tahunan.

Syarat Tambahan Bagi Tujuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Bagi Pensyarah UiTM:

i. Pensyarah Gred DM45 dan ke atas yang dilantik pada dan

selepas 1 November 2002 perlu selesai menghasilkan satu (1) projek penyelidikan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan bagi tujuan pengesahan ke dalam perkhidmatan.

ii. Pensyarah (mulai Gred 41 dan ke atas) yang dilantik pada dan

selepas 1 Januari 2005 perlu hadir dengan jayanya Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah UiTM yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti (iLQaM) bagi tujuan pengesahan ke dalam perkhidmatan

Ketua Jabatan hendaklah memberikan ulasan terperinci berkaitan prestasi sekiranya staf yang memohon pengesahan mempunyai trend prestasi tiga (3) tahun atau dua (2) tahun ke belakang yang menurun atau meningkat dengan ketara. Ulasan terperinci hendaklah menyatakan alasan penurunan atau peningkatan markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) staf pada tahun-tahun tersebut.

Bagi tujuan pengesahan ke dalam perkhidmatan, markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tahun penilaian semasa layak diambil kira setelah markah tersebut diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) peringkat PTJ.

TANGGUNGJAWAB STAF

19. Staf hendaklah memenuhi semua syarat untuk disahkan ke dalam

perkhidmatan semasa dalam tempoh percubaan antara satu (1) hingga tiga (3) tahun yang ditetapkan. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:

(11)

11 20.

i. Semua syarat-syarat seperti dinyatakan di bawah perenggan 14, 15

dan 16 panduan ini;

ii. Syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan;

iii. Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh pengurusan dari masa ke

semasa.

Staf yang telah memenuhi syarat hendaklah memaklumkan kepada Bahagian Pentadbiran masing-masing bagi mendapatkan perakuan Ketua Jabatan untuk pengesahan ke dalam perkhidmatan. Sekiranya Ketua Jabatan gagal mengemukakan perakuan pengesahan ke dalam perkhidmatan staf dan prestasi staf adalah memuaskan serta tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh percubaan, staf boleh memohon kepada Lembaga Pengesahan untuk pengesahan ke dalam perkhidmatan dan mengemukakan satu salinan permohonan tersebut kepada Ketua Jabatan.

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 21.

22.

Dalam melaksanakan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah memperakukan staf yang layak dengan mengisi

Borang Perakuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan

(BPPPK/SAH1/PINDAAN2014). Ketua Jabatan perlu memastikan staf

yang diperakukan telah menjalankan tugasnya dengan jujur,

berkebolehan dan berpuas hati dengan sifat peribadi serta kelakuannya. Borang Perakuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan yang telah ditandatangani oleh Ketua Jabatan perlu dikemukakan kepada Lembaga Pengesahan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pegawai itu didapati layak.

Sekiranya seseorang staf tidak diperakukan untuk disahkan ke dalam perkhidmatan, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan tidak mengesahkan staf tersebut beserta ulasan terperinci.

(12)

12

23. Ketua Jabatan hendaklah memastikan dokumen bagi urusan pengesahan

ke dalam perkhidmatan yang dikemukakan ke urus setia Lembaga Pengesahan adalah lengkap seperti berikut:

i. i. Borang Perakuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan

(BPPPK/SAH1/PINDAAN2014) penama yang lengkap dan

mengandungi maklumat berikut:-

a. Tarikh mula berkhidmat / tarikh pelantikan ke jawatan baru;

b. No. fail peribadi dan no. rujukan surat tawaran perkhidmatan;

c. Rekod cuti, terutama Cuti Tanpa Gaji (CTG);

d. Penilaian prestasi tahunan menepati syarat tambahan seperti dinyatakan di perenggan 15;

e. Keputusan kepujian dalam Bahasa Malaysia / Melayu di peringkat SPM / MCE atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan; dan

f. Rekod penangguhan pengesahan atau pelanjutan tempoh percubaan.

ii. Borang Pemilihan Opsyen KWSP (PKP/OPSYEN1/2014 –

Lampiran B).

iii. Slip keputusan peperiksaan dan tarikh staf lulus peperiksaan atau

surat pengecualian bagi menduduki semula Peperiksaan Perkhidmatan dari Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM).

iv. Slip atau sijil keputusan lulus Program Transformasi Minda (PTM)

(13)

13 24.

25.

26.

Pembangunan Sumber Manusia (JPbSM).

v. Slip atau surat keputusan lulus Kursus Asas Pengajaran dan

Pembelajaran (KAP) atau surat pengecualian dari menduduki semula KAP dari iLQAM (bagi pensyarah Gred 41 dan ke atas).

vi. Borang Perakuan Penghasilan Penyelidikan Bagi Tujuan

Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Pensyarah UiTM

(BPPPK/PENYELIDIKAN/2014) yang telah diperakukan Ketua Jabatan bagi Pensyarah Gred 45 dan ke atas sahaja, Penolong Pensyarah dan Pensyarah Muda adalah dikecualikan.

vii. Rekod perkhidmatan lepas (jika staf berkenaan pernah

berkhidmat di jabatan kerajaan yang lain).

viii. Dokumen lain yang ditentukan dari semasa ke semasa.

Menasihat dan mengingatkan staf yang baru dilantik agar membaca dan

memahami syarat-syarat lantikan serta pengesahan ke dalam

perkhidmatan mengikut Skim Perkhidmatan yang berkaitan.

Memantau prestasi kerja staf yang berada dalam tempoh percubaan bagi memastikan prestasi kerja mereka adalah baik atau cemerlang. Jika ada sebarang kelemahan perlulah diperbaiki segera dan bagi staf yang bermasalah serta berprestasi rendah perlulah dirujuk untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

Menyediakan kemudahan dan maklumat yang mencukupi bagi staf baru untuk menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) atau Peperiksaan Perkhidmatan atau syarat-syarat lain yang berkaitan.

(14)

14 TATACARA PENETAPAN TARIKH PENGESAHAN KE DALAM

PERKHIDMATAN

27.

28.

29.

Seseorang staf hendaklah dianggap berada dalam tempoh percubaan sehingga staf itu telah disahkan oleh Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan walaupun telah mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Secara am, tarikh pengesahan dalam perkhidmatan seseorang staf yang telah berjaya menyelesaikan tempoh percubaan asalnya atau dilanjutkan adalah pada hari pertama selepas tarikh staf itu mematuhi semua syarat pengesahan yang ditetapkan.

Prinsip-prinsip penetapan tarikh pengesahan ke dalam perkhidmatan:

i. Pada tarikh sehari selepas perakuan Ketua Jabatan

Tarikh ini diguna pakai bagi staf yang telah memenuhi syarat-syarat pengesahan ke dalam perkhidmatan dalam tempoh percubaan 1-3 tahun termasuk staf yang ditukar lantik semasa dalam tempoh percubaan dan layak disahkan di dalam jawatan baru.

ii. Pada tarikh genap tiga (3) tahun tempoh percubaan

Tarikh ini diguna pakai bagi staf yang telah memenuhi syarat pengesahan ke dalam perkhidmatan sebelum tamat tempoh percubaan tetapi telah diperakukan oleh Ketua Jabatan selepas melebihi tempoh tiga (3) tahun percubaannya.

iii. Pada tarikh sehari selepas hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda (PTM) atau pada tarikh lulus menduduki peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan atau pada tarikh sehari selepas tamat Sarjana atau pada tarikh sehari selepas perakuan Ketua Jabatan, mengikut mana yang berkenaan

Tarikh ini diguna pakai bagi pegawai yang dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda atau tanpa denda kerana tidak berjaya disahkan ke dalam perkhidmatan dalam tempoh percubaan asal sama ada kerana tidak lulus Program Transformasi Minda (PTM) atau

(15)

15 Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-149 pada 10.03.2014 menerima pakai dasar yang sama untuk urusan pengesahan

peperiksaan perkhidmatan atau sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana bagi Pensyarah Perubatan/ Pergigian atau tidak mendapat perakuan Ketua Jabatan.

iv. Pada mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Pengesahan Perkhidmatan

Tarikh ini diguna pakai bagi staf yang dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh percubaan di mana tempoh tidak layak untuk

dipertimbangkan pengesahan ke dalam perkhidmatan adalah

berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan. Bil. 3 Tahun 2009 - Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib.

v. Pada tarikh sehari sebelum genap 6 bulan daripada tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan.

Tarikh ini digunapakai bagi pengesahan semula ke dalam perkhidmatan bagi staf ditukar lantik dan telah disahkan semasa di jawatan asal

PROSEDUR DAN SYARAT-SYARAT PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN STAF YANG DITUKAR LANTIK BAGI TUJUAN PENCEN

30.

31.

Staf yang ditukar lantik adalah staf yang menerima opsyen pertukaran pelantikan berdasarkan skim perkhidmatan yang berkaitan.

Melalui syarat- syarat pertukaran pelantikan bagi skop pengesahan ke dalam perkhidmatan, tempoh percubaan bagi staf yang ditukar lantik adalah seperti berikut:-

(a) Sekiranya staf telah disahkan dalam perkhidmatan asal, syarat tempoh percubaan dikecualikan. Ini termasuklah pegawai yang ditukarlantik ke jawatan kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, untuk tujuan pencen, pengesahan staf tersebut hendaklah diuruskan pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh berkuatkuasa pertukaran pelantikan; dan

(16)

16 32.

(b) Jika staf belum disahkan dalam perkhidmatan asal, mereka hendaklah menghabiskan baki tempoh percubaan dan boleh disahkan dalam perkhidmatan pada bila-bila masa sekiranya telah mencukupi tempoh satu (1) tahun termasuk mengambil kira tempoh percubaan di jawatan asal tertakluk memenuhi syarat syarat pengesahan yang ditetapkan. Syarat-syarat pengesahan ke dalam perkhidmatan yang telah dipenuhi dengan jayanya semasa di jawatan asal adalah dikecualikan.

Bagi staf yang belum memenuhi syarat tukar lantik serta belum disahkan di jawatan asal semasa porses tukar lantik tersebut, tetapi bersetuju menerima opsyen tukar lantik ke Skim Perkhidmatan berkaitan staf berkenaan kekal secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di gred jawatan asal sehingga memenuhi syarat. Staf boleh disahkan ke dalam perkhidmatan di gred jawatan asal sekiranya telah memenuhi semua syarat pengesahan ke dalam perkhidmatan.

PROSEDUR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012 33. 34.

Staf yang belum memenuhi syarat untuk disahkan ke dalam perkhidmatan selepas melalui tempoh percubaan maksimum yang ditetapkan, hendaklah mengemukakan permohonan pelanjutan tempoh percubaan kepada Lembaga Pengesahan melalui Ketua Jabatan sebaik sahaja tamat tempoh percubaan maksimumnya.

Seseorang staf yang memohon pelanjutan tempoh percubaan hendaklah:-

a) Mengemukakan alasan-alasan mengapa tidak dapat

menyempurnakan syarat-syarat pengesahan yang tertentu dalam tempoh percubaan yang ditetapkan dan memberi pengakuan akan menyempurnakan syarat-syarat tersebut dalam tempoh pelanjutan sekiranya diluluskan (permohonan pelanjutan perlu disertakan

(17)

17 35.

36.

dengan salinan keputusan/bukti menduduki PTM/ Peperiksaan Perkhidmatan/ Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran atau bukti sokongan dan ulasan prestasi kerja tidak memuaskan staf yang terlibat atau lain-lain dokumen sokongan);

b) Mengemukakan permohonan tersebut dengan mengisi Borang Perakuan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PPPK/LANJUT1/ 2014) melalui Ketua Jabatan kepada Bahagian Pentadbiran;

Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan sama ada menyokong atau tidak menyokong permohonan tersebut.

Tempoh percubaan seseorang staf hanya boleh dilanjutkan tidak melebihi dua belas (12) bulan, tetapi Lembaga boleh dalam keadaan khas melanjutkan tempoh percubaan melebihi dua belas (12) bulan jika difikirkan perlu.

37.

38.

Bagi seseorang staf yang tempoh percubaannya dilanjutkan dengan denda hendaklah:-

i. hilang kekananannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan itu;

ii. tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan (PGT) semasa dalam tempoh pelanjutan percubaannya; dan

tertakluk kepada tarikh pengesahannya, diubah tarikh pergerakan gaji tahunan semasa ke tahun berikutnya.

Staf yang gagal disahkan dalam perkhidmatan selepas tamat tempoh percubaan kerana tidak memenuhi syarat pengesahan boleh ditamatkan perkhidmatan.

(18)

18 LAIN-LAIN

39.

40.

Urus setia Lembaga Pengesahan:-

Bahagian Pengurusan Prestasi dan Peningkatan Kerjaya Jabatan Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam

Urus setia Lembaga Pengesahan bagi Kampus Negeri adalah seperti di Lampiran 2

Urusan penamatan perkhidmatan bagi staf yang gagal disahkan ke dalam perkhidmatan adalah diuruskan oleh:-

Bahagian Pengurusan Perjawatan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Pendaftar UiTM Shah Alam

(19)

19 CARTA ALIR URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN STAF

Proses Tindakan Tempoh

Peringatan tempoh percubaan akan tamat dan perlu sempurna semua syarat pengesahan

Peringatan tempoh percubaan telah tamat dan perlu buat permohonan melanjutkan tempoh percubaan Permohonan pelanjutan tempoh percubaan Pemberitahuan penangguhan atau tempoh pelanjutan dan amaran Pelanjutan tempoh percubaan direkodkan dalam buku perkhidmatan TIDAK TIDAK TIDAK

Staf baru dilantik melapor diri.

Penerangan/ taklimat

mengenai syarat dan

prosedur pengesahan

dalam perkhidmatan

kepada staf baru.

Penyemakan fail peribadi dan daftar perkhidmatan

samada staf telah

menyempurnakan syarat-syarat pengesahan.

Semakan kali kedua

sama ada staf telah

menyempurnakan syarat-syarat pengesahan.

MEMENUHI SYARAT Pemilihan opsyen Pencen atau KWSP oleh staf yang terlibat.

Perakuan oleh Ketua

Bahagian/Unit/Pusat. Lembaga Pengesahan membuat keputusan. DILULUSKAN Pemberitahuan tarikh kuatkuasa pengesahan ke dalam perkhidmatan. Pengesahan ke dalam perkhidmatan direkodkan dalam buku perkhidmatan. Bahagian Pentadbiran Fakulti/ Bahagian/

Pusat/ Unit atau

Cawangan

Bahagian Pentadbiran

Fakulti/ Bahagian/

Pusat/ Unit atau

Cawangan Bahagian Pentadbiran

Fakulti/ Bahagian/

Pusat/ Unit atau

Cawangan Staf berkenaan Ketua Jabatan Urus setia (BPPPK) Urus setia (BPPPK) Hari pertama melapor diri Dalam tempoh 1 hingga 3 tahun (Trend prestasi sekiranya LNPT staf menurun/meningkat) Dalam tempoh 1 hingga 3 tahun

Mengikut jadual pada setiap bulan

Dalam tempoh 14 hari bekerja selepas tarikh mesyuarat

(20)

20 SINGKATAN

1. UiTM - Universiti Teknologi MARA

2. JKK - Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Staf

3. LPPP - Lembaga Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional

4. LPKP - Lembaga Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan Kumpulan Pelaksana

5. PGT - Pergerakan Gaji Tahunan

6. iLQAM - Institut Kepimpinan dan Pengurusan Kualiti

7. RMI - Research Management Institute/ Institut

Pengurusan Penyelidikan

8. KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

9. PTM - Program Transformasi Minda

BORANG-BORANG BERKAITAN

41. Semua borang-borang berkaitan boleh dimuat turun melalui i-staf portal.

i. BPPPK/SAH1/PINDAAN2014 Borang Perakuan

Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan

ii. BPPPK/OPSYEN1/2014 Tawaran Opsyen Untuk

Memilih Skim Kumpulan

Wang Simpanan Pekerja Selaras Dengan Peruntukan Seksyen 6A (1) Pindaan Akta Pencen Pihak-Pihak

Berkuasa Berkanun dan

Tempatan 1980 Akta (239)

iii. BPPPK/LANJUT1/2014 Borang Perakuan Pelanjutan

(21)

21 iv. BPPPK/TREND-PRESTASI/

2014

Ulasan Terperinci Trend

Prestasi Bagi Tujuan

Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan

v. BPPPK/PENYELIDIKAN/2014 Borang Perakuan Penghasilan

Penyelidikan Bagi Tujuan

Pengesahan Ke Dalam

Perkhidmatan

vi. JPBSM/KECUALI-PTM1/2013 Borang Permohonan

Pengecualian Daripada

Menghadiri Semula Program Transformasi Minda.

RUJUKAN

i. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan

Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2012

ii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2012 – Program Transformasi

Minda

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2012 – Pelaksanaan Urusan

Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

iv. Surat Pendaftar Bil.100-BPD(PRJ.6/7) bertarikh 03.11.2011- Pengguguran

Syarat berdaftar Dengan Lembaga Kaunselor Malaysia Sebagai Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Bagi Jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 berkuat kuasa mulai tarikh pelaksanaan skim perkhidmatan berkenaan iaitu pada 01 November 2002 dan 01 Januari 2008.

(22)

22 Penghasilan Penyelidikan Bagi Tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan Pensyarah UiTM berkuat kuasa mulai 01.09.2011.

vi. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009 – Dasar Kenaikan Pangkat Bagi

Pegawai Yang Sedang Disiasat dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib

vii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 29 Tahun 2009 – Cuti Tanpa Gaji Bagi

Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara bertarikh 30 Disember 2009.

viii. Pekeliling Pendaftar Bilangan 36 Tahun 2009 – Penerimaan Pakai Surat

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009 bertarikh 25 Mei 2009 (Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji).

ix. Pekeliling Pendaftar Bil.2 Tahun 2007– Kursus Asas Pengajaran dan

Pembelajaran Pensyarah Baru UiTM Bagi Tujuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan bertarikh 22 Januari 2007.

x. Pekeliling Pendaftar Bil.21 Tahun 2006– Pengecualian Daripada Syarat

Menyelesaikan Satu projek Penyelidikan Yang Berdaftar Dengan IRDC Bagi Tujuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Untuk Pensyarah Muda Gred DM41 di UiTM bertarikh 15 Mac 2006.

xi. Pekeliling Pendaftar Bil.37 Tahun 2005– Pengecualian Daripada Syarat

Menyelesaikan Satu projek Penyelidikan Yang Berdaftar Dengan IRDC Bagi Tujuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Untuk Penolong Pensyarah Muda Gred DM29 di UiTM bertarikh 27 Oktober 2005.

xii. Pekeliling Pendaftar Bil. 10 Tahun 2005– Kursus Kepimpinan dan

Pengajaran Untuk Pensyarah Baru UiTM Sebagai Syarat Tambahan Bagi Urusan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan bertarikh 2 Mac 2005.

xiii. Pekeliling Pendaftar Bil. 9 Tahun 2004– Ketetapan Baru Penilaian Prestasi

Untuk Tujuan Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Bagi Staf UiTM Dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertarikh 29 April 2004

(23)

23

xiv. Pekeliling Perkhidmatan JPA Bil. 4 Tahun 2002– Skim Perkhidmatan

Sistem Saraan Malaysia bertarikh 01 November 2002

xv. Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bil. 2 Tahun

2002– Tatacara Penetapan Tarikh Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam Di Bawah Bidang Kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia bertarikh 1 November 2002

xvi. Pekeliling Pendaftar Bil. 9 Tahun 2002– Menerima Pakai Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2001, Tawaran Opsyen Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertarikh 10 April 2002

Nota :

1. Senarai rujukan ini tidak bersifatexhaustive

2. Penambahan atau pengurangan rujukan adalah tertakluk kepada penambahbaikan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa.

(24)

24 LAMPIRAN 1

Struktur Keanggotaan Lembaga Pengesahan:-

i. Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional

(LPPP) :

Keanggotaan Jawatan Hakiki Penyandang

Pengerusi Rektor

Ahli - Ahli 1. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik)

2. Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) 3. Timbalan Rektor

(Jariangan Industri, Masyarakat dan Alumni) 4. Timbalan Pendaftar Kanan/ Timbalan Pendaftar

5. Timbalan Bendahari/ Penolong Bendahari

Setiausaha Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar/ Pegawai Eksekutif Kanan/ Pegawai Eksekutif

Bahagian Pentadbiran

ii. Lembaga Pengesahan Ke Dalam Perkhidmatan Staf Kumpulan Pelaksana (LPKP) :-

Keanggotaan Jawatan Hakiki Penyandang

Pengerusi Rektor

Ahli - Ahli 1. Timbalan Pendaftar Kanan/ Timbalan Pendaftar 4. Timbalan Bendahari/ Penolong Bendahari 5. Timbalan Ketua Pustakawan/ Pustakawan Kanan

6. Jurutera Kanan/ Jurutera

Setiausaha Penolong Pendaftar Kanan/ Penolong Pendaftar/ Pegawai Eksekutif Kanan/ Pegawai Eksekutif

(25)

25 LAMPIRAN 2

Urus setia Lembaga Pengesahan:-

Bahagian Pentadbiran UiTM Negeri ______________

(26)

26 LAMPIRAN 3 SENARAI SKIM PERKHIDMATAN YANG MENSYARATKAN PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN

Klasifikasi Skim perkhidmatan

Bakat (B)

Jurufoto (B17) Pelukis Grafik (B17)

Sains (C) Pembantu Makmal (C17)

Sistem Maklumat (FT) Juruteknik Komputer (FT17)

Pertanian (G) Pembantu Veterinar/ Penolong Pegawai Veterinar (G17/G27) Penolong Pegawai Pertanian (G27)

Kejuruteraan (J)

Penolong Jurutera (JA29) Penolong Pegawai Seni Bina (JA29)

Pelukis Pelan (JA17) Keselamatan & Pertahanan Awam (KP)

Pengawal Keselamatan (KP11) Pembantu Keselamatan (KP17) Pentadbiran (N) Setiausaha Pejabat (N27) Kerani (N17) Pembantu Penerbitan (N17) Pegawai Khidmat Pelanggan (N17) Pembantu Setiausaha Pejabat (N17)

Pramusaji (N17) Penyelenggara Stor (N17)

Tukang Masak (N17) Penyelia Asrama (N17)

Sosial dan Kerohanian (S)

Pembantu Arkib (S17) Pembantu Muzium (S17) Pembantu Hal Ehwal Islam (S17) Pembantu Belia dan Sukan (S17)

Pembantu Kesatria (S17) Pembantu Pemuliharaan (S17) Pembantu Penerbit Rancangan (S17)

Pembantu Perpustakaan (S17) Kewangan (W)

Pembantu Juruaudit (W17) Pembantu Tadbir (Kewangan) (W17)

(27)

27 LAMPIRAN 4

SENARAI SEMAK URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN STAF (URUS SETIA)

BIL SENARAI SEMAK URUSAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

1.0 SEMASA PROSES SEMAKAN BORANG PERAKUAN PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN DAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA

1. Pastikan Borang yang digunakan ialah borang Borang Perakuan- BPPPK/SAH1/PINDAAN2014, dan Borang Tawaran Opsyen Memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Selaras Dengan Peruntukan Seksyen 6A(1) Pindaan Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)- BPPPK/OPSYEN1/2014

2. Pastikan Borang Perakuan yang diterima lengkap seperti berikut: a) KJ tandakan (√) pada kotak perakuan

b) Ada Tandatangan, Cop dan tarikh Ketua Jabatan

c) Lampiran B (Lengkap/ tidak, iaitu telah membuat pemilihan KWSP/Pencen, tarikh, cop dan tandatangan oleh pemohon dan saksi). Saksi perlulah ditandatangani oleh pegawai lain selain

pemohon

3. Pastikan borang perakuan disertakan dengan keperluan-keperluan berikut:

i. Slip keputusan PTM/Induksi Umum dan Induksi Khusus/ Surat Pengecualian ii. Slip keputusan peperiksaan perkhidmatan.(Dengan keputusan lulus semua bahagian)

iii. Sijil/Surat lulus Kursus Asas Pengajaran dan Pembelajaran anjuran iLQaM (Sijil/surat penyertaan tidak diterima) atau Surat Pengecualian KAP. Ini adalah untuk semua kategori pensyarah selepas tarikh lantik 1/1/2005)

iv. Perakuan Penyelidikan Bagi Tujuan Pengesahan ke dalam perkhidmatan dari Ketua PTJ masing-masing (ini ialah bagi pensyarah yang dilantik selepas 1/11/2002) (Pensyarah Muda DM41 dikecualikan) atau Surat Pengecualian Penyelidikan.

4. Keluarkan surat atau e-mel kepada pemohon sekiranya keperluan permohonan pengesahan tidak lengkap 5. Pastikan semakan terhadap LNPTi pemohon dilaksanakan untuk memastikan sama ada layak atau tidak seperti berikut:

Staf yang dilantik pada dan selepas 1 Nov 2002 1 thn <2 thn: 85%

2 thn <3 thn: 80% 3 thn dan ke atas: 75%

6 Pastikan sedia surat/emel laporan trend prestasi dikeluarakan kepada Pegawai Penilai/Bahagian Pentadbiran sekiranya pemohon mempunyai penurunan atau peningkatan prestasi dua (2) atau tiga (3) tahun yang ketara

7. Pastikan sedia surat maklumbalas kepada Ketua Jabatan dan salinan kepada pemohon sekiranya belum layak untuk disahkan ke dalam perkhidmatan

8. Semak maklumat perkhidmatan penama di dalam skrin LPG sistem STARS V3:- i. Nama dan No. Pekerja ii. Jawatan dan Gred

iii. Tarikh Lantikan iv. Markah LNPT

v. Status Cuti Tanpa Gaji vi. Status Tindakan Tatatertib vii. Nombor Rujukan Fail Peribadi

viii. Nombor Rujukan Surat Lantikan/ Tukar Lantik

9. Bagi penetapan tarikh layak disahkan, semak tarikh lantik dan tarikh perakuan Ketua Jabatan. Contohnya, walaupun genap 3 tahun pada tarikh penerimaan, tetapi tarikh perakuan KJ pada tarikh genap 2 tahun kurang 3 tahun, perlu masukkan ke kumpulan 2T<3T.

(28)

28 10. Masukkan maklumat staf di dalam bigsheet pengesahan berdasarkan kategori tempoh perkhidmatan dan asingkan bagi staf pentadbiran dan akademik (P&P) dan kumpulan pelaksana.

2.0 SEBELUM DAN SEMASA MESYUARAT LEMBAGA PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN DIADAKAN

1. Pastikan jadual mesyuarat Lembaga Pengesahan telah diselaras

2. Tempah tarikh, masa dan tempat yang bersesuaian dengan jadual ahli-ahli Lembaga Pengesahan 3. Sedia surat jemputan mesyuarat Lembaga Pengesahan untuk pengerusi dan ahli

4. Sahkan kehadiran ahli-ahli mesyuarat Lembaga Pengesahan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum mesyuarat 5. Selaras aktiviti sedia deraf agenda dan fail mesyuarat Lembaga Pengesahan selewat-lewatnya 3 hari

sebelum mesyuarat bersidang

6. Bentang deraf agenda dan fail mesyuarat kepada KB

7. Tambahbaik deraf agenda dan fail mesyuarat berdasarkan semakan KB

8. Selaras aktiviti sedia agenda dan fail mesyuarat Lembaga Pengesahan selewat-lewatnya 1 hari sebelum mesyuarat bersidang

10. Laksana mesyuarat Lembaga Pengesahan 11. Catat minit mesyuarat Lembaga Pengesahan

12. Dapatkan tandatangan Pengerusi Lembaga Pengesahan bagi minit mesyuarat yang lepas 13. Fail minit mesyuarat

3.0 PENYEDIAAN MINIT MESYUARAT PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

1. Terima keputusan Lembaga Pengesahan

2. Sedia draf minit mesyuarat Lembaga Pengesahan berdasarkan keputusan (Minit mesyuarat disediakan selewat-lewatnya tiga (3) hari bekerja selepas mesyuarat lembaga pengesahan diadakan)

3. Kemuka draf minit mesyuarat Lembaga Pengesahan kepada KB untuk disemak 4. Terima draf minit mesyuarat Lembaga Pengesahan yang telah disemak daripada KB 5. Tambahbaik draf minit mesyuarat Lembaga Pengesahan berdasarkan semakan KB 6. Kemuka minit kepada kerani untuk penyediaan surat

4.0 PENYEDIAAN SURAT PENGESAHAN KE DALAM PERKHIDMATAN

1. Surat-surat keputusan LPPP yang telah disediakan perlulah tepat dan betul serta mengandungi perkara-perkara berikut:

i. Nama Penerima;

ii. Isi kandungan surat bersamaan dengan keputusan Lembaga Pengesahan;

iii. Pastikan nama jawatan disertakan dengan gred (contohnya: disahkan sebagai Penolong Pendaftar (Gred N41)

iv. Maklumat perkhidmatan penerima dalam Sistem STARS (berkaitan maklumat rujukan surat lantikan (bilangan dan tarikh) dan nombor fail peribadi);

(29)

29 vi. Salinan Ketua Jabatan/BSP/Fail Peribadi/Ketua Jabatan terdahulu

(jika berkenaan). Kemuka surat kepada:-

i. Rektor bagi Kumpulan P&P

ii. Ketua Pentadbiran (Timbalan Pendaftar Kanan/ Timbalan Pendaftar) bagi Kumpulan Pelaksana 2. Pastikan surat keputusan pengesahan ke dalam perkhidmatan yang telah ditandatangani lengkap dengan

tarikh dan dibuat salinan untuk Fail di Jabatan, BPPPK dan BSP.

3. Pastikan surat keputusan pengesahan dihantar bersama-sama dengan Borang Perakuan Pengesahan ke BSP bagi tujuan simpanan di Fail Perbadi dan pengemaskinian maklumat/ LPG

4. Pastikan memo disertakan bersama-sama dengan salinan surat pengesahan ke BSP

5. Kemaskini maklumat pengesahan ke dalam perkhidmatan staf dalam sistem STARS (tarikh pengesahan dan pilihan opsyen – Rujuk Lampiran B)

6. Pastikan cop (tandatangan dan tarikh pengemaskinian) pada surat pengesahan setelah pengemaskinian dalam sistem STARS dilaksanakan

BIL SENARAI SEMAK URUSAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN

1 Pastikan borang yang diisi borang BPPPK/LANJUT1/2014

2 Pastikan pemohon layak memohon pelanjutan tempoh percubaan (telah tamat tempoh percubaan tiga (3) tahun.

3 Sebab-sebab permohonan pelanjutan tempoh percubaan (sama ada kerana induksi/ peperiksaan perkhidmatan/ KAP/ Penyelidikan). Pastikan bukti/ dokumen berkaitan disertakan.

4 Mohon ulasan prestasi daripada Ketua Jabatan bagi kes permohonan pelanjutan tempoh percubaan kerana prestasi atau tidak diperaku Ketua Jabatan

5 Sebab-sebab permohonan pelanjutan tempoh percubaan (dengan denda/tanpa denda) 6 Maklumat perkhidmatan staf dalam Sistem STARS disemak

Referensi

Dokumen terkait

Penanggungjawab mempunyai kewajiban sebagaimana tercantum dalam lampiran Rekomendasi Kepala Dinas Lingkungan Hidup Kabupaten Kendal tentang Persetujuan Upaya Pengelolaan

Di dalam suatu proses keputusan pembelian, konsumen tidak akan berhenti hanya sampai proses konsumsi tetapi konsumen juga akan melakukan proses evaluasi

Namun demikian, meskipun tidak disebutkan secara ekplisit peraturan perundang-undangan lain tetap dapat menjadi norma hokum yang berlaku sepanjang sesuai dengan

bahwa dengan adanya pengalihan kewenangan pelaksanaan metrologi legal berupa tera, tera ulang sebagaimana dimaksud dalam huruf a, dan adanya potensi jenis-jenis

Expanded CURB 65 juga akurat dalam mengevaluasi derajat pneumonia dan efisien dalam memprediksi kematian dalam 30 hari.(Liu et al., 2016; Shehata, Sileem and Shahien,

Seluruh Dosen serta Staff program studi Teknik Mesin Universitas Sebelas Maret, yang turut membimbing dan memberikan ilmu kepada penulis hingga dapat menyelesaikan

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan, dapat diketahui bahwa variabel independenyaitu citra perusahaan, kualitas layanan, dan persepsi harga berpengaruh

Setelah serangkaian bahan ajar yang terdiri dari modul pembelajaran, video pembelajaran dan materi pengayaan berupa link e-book atau jurnal ilmiah disajikan, mahasiswa