• Tidak ada hasil yang ditemukan

KANDUNGAN. 8.0 Perbincangan dan Cadangan Cadangan untuk meningkatkan Kemahiran Siswazah 10 BIBLIOGRAFI HALAMAN. 1.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KANDUNGAN. 8.0 Perbincangan dan Cadangan Cadangan untuk meningkatkan Kemahiran Siswazah 10 BIBLIOGRAFI HALAMAN. 1."

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 PemyataanMasalah 2

3.0 ObjektifKajian 3

4.0 SorotanLiteratur 3

5.0 Metodologi 4

6.0 BatasanKajian 5

7.0 Analisis Data 5

8.0 PerbincangandanCadangan 9

9.0 CadanganuntukmeningkatkanKemahiranSiswazah 10

10.0 Cadangan KajianMasaHadapan 11

(2)

PersepsiAhli Akademik danMajikantentangKemahiran yang Perlu dimiliki oleh SiswazahPengurusan Perniagaan dalamMenepatiKehendak Pasaran

Suraini MohdRhouse Azila Abdul Razak

Liputan akhbar sering mengkritik siswazah dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan mendakwa merekamempunyai kekurangan dari aspekkemabirankomunikasi, kebolehan

berbahasa Inggeris, pemikiran kreatif dan kebolehan interaksi sosial yang diperlukan

untuk memperolehi pekerjaan. Isu ini hangat diperkatakan, namun kajian saintifik tempatan berhubung isu ini masih terlalu kurang. Menyedari hakikat pentingnya aspek

kemahiran ini ditekankan maka kajianberbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik digunakan untuk mendapat maklum balas ahli akademik dan majikan terhadap aspek penguasaankemahiranhubungan manusia dankomunikasi, analitikal dan konseptual, pemikiran kreatif dan kritis, teknikal, kerja berpasukan, kepimpinan, mengurusperubahan, dan atribusi yangperludimiliki. Disampingitukajianinibertujuan untuk melihat adakah terdapat perbezaan persepsi di antara ahli akadernik dengan majikan mengenai aspek kemahiran yang dinyatakan di atas. Sampel kajian terdiri daripada40 ahli akademik FakultiPengurusanPerniagaan dari UKM danUPM, serta43 majikan dari ibu pejabat bank-bank perdagangan dan institusi kewangan, syarikat insuran, dan firma perkilangan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dengan

menggunakan pakej SPSS versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ahli akademik dengan majikanmengenai kemahiranhubungan manusia padanilai (t=

0.049, P <0.05), dan kemahiran teknikalpadanilai (t= 0.00; p<

0.05). Namun begitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ahli akademik dan majikanmengenaikemahiran analitikal dankonseptual, pemikirankreatif dan kritis, kerja berpasukan, kepimpinan, mengurus perubahan dan atribusi yang perlu dimiliki. Analisis dari ujianminmendapati ahli akademikmempunyaiskor min 4.6545 berbanding majikan (4.4828) dari aspek kemahiran hubungan manusia dan komunikasi, manakala

minahli akademik (4.1118) berbanding majikan (3.2259) dari aspekkemahiran teknikal.

Di antara cadangan utama ialah (1) Kolaborasi di antara ahli akademik (pembentuk kurikulum) dengan pihak industri (majikan) dalam membentuk kemahiran yang diperlukan oleh siswazah pengurusan perniagaan. (2) Memperlengkapkan kurikulum

universiti dengan kursus dan latihan yang menjurus kepada pembangunan kemahiran pengurusanseperti kemahiranpersonal, interpersonal, kumpulan (group) dan membentuk keyakinan diri secarateori serta memperbanyakkanaktivitipraktikal. (3) Siswazahperlu mempunyai kompetensi yang luas dalam setiap aspek pengetahuan seperti pemasaran, kewangan, pengeluaran, pengurusan sumber manusia, perdagangan antarabangsa, dan sebagainya. Dapatan kajian ini diharap akan memberi implikasi yang penting kepada pengajaran danpembelajaran serta keperluan terhadap perubahan kurikulum yang boleh

membentuk danmembangunkan kemahiran siswazah pengurusanperniagaan di Institusi PendidikanTinggiAwamMalaysiadalammenepatikehendak pasaran.

(3)

1.0 Pengenalan

Pengeluaransiswazah yangmempunyaikemabiran danpengetahuanyang reIevandengan

kehendak pasaran adalah menjadi objektifutamasesuatuprogram akademik di universiti

tempatan. Menurut Nik Abdul Rashid (1994), institusi pendidikan berfungsi untuk menyediakan pengurus yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan

serta bersedia untuk menangani perubahan dalam ekonomi daripada yang berasaskan pertanian kepada yang berasaskan industri, perkhidmatan dan maklumat, perubahan teknoloji, globalisasi ekonomi dunia, perubahan dari segi resam kerja serta peningkatan

keusahawanan organisasi. Di samping itu, masyarakat melihat institusi pendidikan sebagai pusat ilmu yang melahirkan golongan siswazah berilmu, berkeyakinan dan mampu berdikari. Walau bagaimanapun kritikan terhadap siswazah dari universiti tempatan seringkali dihebahkan di akhbar tempatan. Mereka dikatakan mempunyai

kelemahan dari aspek kemabiran komunikasi, kebolehan berbahasa Inggeris, pemikiran

kreatif dan kebolehan interaksi sosial yang diperlukan untuk memperolehi pekerjaan. SiswazahPengurusanPerniagaan jugatidak terkecuali daripermasalahanini.

Menurut Katz(1974), kemahiran merupakankebolehan spesifik individuyang dihasilkan

melalui pengetahuan, informasi, praktis dan aptitud. Menurutnya lagi, pengurus memerlukantigakemahiran pengurusan yang asasuntuk berjaya dalam bidangtugasnya

iaitu kemahiran teknikal, kemanusiaan dan konseptual. Kemahiran teknikal ialah keupayaan pengurus untuk menggunakan kepakaran atau pengetahuan yang dimiliki seperti keupayaan untuk menggunakan pengetahuan yang spesifik, prosedur, dan teknik

dalarn sesuatu bidang seperti kejuruteraan, kewangan, perakaunan, pemasaran dan sebagainya. Kemahiran kemanusiaan ialah kebolehan untuk berinteraksidenganmanusia.

Manakala kemahiran konseptual pula adalah berkaitan dengan kemampuan untuk mengkoordinasi dan mengintegrasikan kesemua aktiviti organisasi dan ini melibatkan keupayaan untuk menganalisis, menjangka, mengenalpasti masalah dan membuat keputusan.

Di Malaysia, tinjauan awal mengenai kemahiran pengurusan telah dijalankan oleh Dr. MJ. Greaves dan rakan-rakan pada tahun 1980. Kajian beliau bertujuan untuk mengenalpasti kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk membolehkan eksekutifmelaksanakan fungsi-fungsipengurusandengan efektif. Di samping itu, iajuga bertujuan untuk menilai keberkesanan institusi pendidikan tinggi awam dalam

menerapkan kemahiran pengurusan dalam diri pelajar. Walau bagaimanapun, kajian seumpama ini yang melihatperbezaan pandangan dari sudut ahli akademik danmajikan (pengurus) tidak begitu mendapat perhatian dari penyelidiktempatan. Justeruitu, adalah

amatwajar jika kajian mengenaikemahiran ini diperluaskan skopnya denganmelihat dari aspek perbezaan persepsi di kalangan ahli akademik dan majikan mengenai kemahiran

yangdiperlukanoleh siswazahPengurusanPerniagaan.

(4)

2.0 PernyataanMasalah

Pertambahan siswazah menganggur amatmemalukan dan sedikit sebanyakmencacatkan pandangan terhadap sistem pendidikan negara ini (Berita Harian, 25/4/2003). Menurut Oblinger dan Verville (1998), pengurus pertengahan, eksekutif, dan profesional dalam sumber manusia menyatakan bahawa mereka memerlukan graduan yang boleh

berkomunikasi dengan efektifsecara bertulis dan lisan, berfikirdengan kritikal, mampu

bekerja berpasukan samada dalam bidang sendiri maupunsilang fungsi, profisien dalam teknolojimaklumat dan informasi danberpengetahuan mengenai persekitaran global.

Dapatan kajian daripada Persatuan Majikan Malaysia mendapati siswazah sukar memperolehi pekerjaanyangsesuaikeranatidakmengetahuikehendakpasaranpekerjaan (The Star, 5/8/2002). Siswazahjugamemerlukan sekurang-kurangnyadua tahun sebelum dapat menyumbang kepada syarikat. Seterusnya majikan di negara ini juga mempersoalkan kualiti siswazah institusipengajian tinggi awam disebabkan ramai yang

tidak bersedia secukupnyaiaitutidak memiliki kualiti peribadidankemahiran-kemahiran termasuk kemahirankhusus seperti kebolehan menulis, kuantitatif dankemahiranumum

seperti penyampaian sertakomunikasi yang relevan denganpekerjaan (Carney, Ghazally Ismail, dan MurtedzaMohamed, 1997).

Artikel terbaru oleh pengarang Hasliza Hassan yangbertajuk"Kemahiran Siswazah tidak Tepati Kehendak Pasaran", (Berita Harian, 25/4/2003) mendedahkan beberapa teori mengapa siswazah IPTA gagal mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Di antaranya ialah graduantidakmempunyai keupayaan untukmeyakinkan majikan dan menyebabkan timbul pandangan bahawa mereka tidak mampu menjalankan tugas yang

diberi.

Kebanyakan kemahiran dan abiliti yang disediakan oleh pengurusan pendidikan dipercayaitidak bolehdiaplikasikan dalampersekitaranyang sentiasa berubah (Tanya et

al. 1999). Lanjutan dari itu sesuatu program ijazah di sesebuah universiti tidak boleh dikatakan berjaya sekiranya graduan yang dilahirkan tidak boleh menepati kehendak organisasi danmenyesuaikandiri mereka dalampersekitaran kerja,

Sumber dari luar negara juga tidak terkecuali dari permasalahan ini. Kritikan dari majikan mendakwa bahawa institusi pendidikan gagal melahirkan graduan yang menonjolkan profisiensi kemahiranpenting yang diperlukan olehfirmakorporat (Bailey, 1999; Blum, 1991; Neelankavil, 1994; Gordon&Howell, 1999; Selingo, 1999).

Berdasarkan senario yang dijelaskan, usaha untuk menilai kemahiran yang diperlukan

(5)

kehendak organisasi dan seterusnya bakal meneraju pembangunan ekonomi negara. Kajianilmiahberkaitanperkaraillterlalusedikitkhususnyadinegara ill.

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankanada1ah untuk mengenalpasti sarna ada terdapat perbezaan

persepsi di antara ahli akademik dan majikan dari aspek kemahiran dan atribusi yang diperlukanolehsiswazahpengurusanpemiagaandalammenepatikehendak pasaran.

4.0 Sorotan Literatur

Katz (1974) menyatakanbahawa apa yangmenjadikan seseorang eksekutifitucemerlang adalah kemahiran yang ditonjolkan dengan efektif ketika melaksanakan tugasnya dan bukannya sifat dan ciri-ciri peribadinya. Beliaumenekankanbahawa kemahiran tersebut

boleh dipelajari dan dibentuk tetapi tidak semestinya lahir secara semulajadi dalarn diri

individu. Kemahiran yang dimaksudkan ini dikategorikan sebagai kemahiran teknikal, kemahiran manusia dan kemahiran konseptual. Mintzberg (1975) pula mencadangkan lapan kemahiran asas yang perlu dimiliki dan dipraktikkan dalarn diri setiap pengurus.

Kemahiran tersebut adalah kemahiran manusia, kepimpinan, penyelesaian konflik, membuatkeputusan, pembahagiansumber,keusahawanan dankemahiranintrospektif.

Walaupunrarnai di kalangan ahli akademik yangberpendapat pihak kolej danuniversiti

telah memperlengkapkan pelajamya dengan kemahiran yang diperlukan, narnun jika

dilihat dari perspektif majikan pula adalah sebaliknya. Terdapat jurang yang ketara di antara apa yang berlaku seperti yang didakwa oleh ahli akademik dengan prestasi yang sebenamya dicapai oleh graduan (Lavenberg, 1997). Beliau mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara kakitangan akademik dengan majikan dari aspek

kemahiran komunikasi secara bertulis dan lisan, kebolehan menganalisis masalah dan kerjasarnaberpasukan.

Aiken, Martin dan Paolillo (1994) pula menyatakan bahawa kebolehan untuk berkomunikasi adalah sangat penting. Seterusnya, graduan perlu memiliki kemahiran interpersonal sertaberpengetahuandalarn selok-belokperniagaansecarapraktikal.

Kajian oleh Greaves (1980) melibatkan 30 responden yang terdiri daripada 7 orang pengurus atasan, 15 orangpenguruspertengahan dan 8 orang pengurusjuniormendapati bahawa tiga kemahiran yang paling penting adalah kemahiran membuat keputusan,

keusahawanan dan pengagihan sumber. Dapatan kajian dari Nazari Ismail dan Sharon Ann de Souza (2002) pula agak berlawanan di mana beliau mendapati kemahiran dan

(6)

atribusi yang paling penting menurutperspektifpengurus perniagaan adalah kemahiran

teknikal, diikuti oleh kreativiti danresourcefulness dan kemahiraninterpersonal. Sumber dari Kementerian Sumber Manusia (Berita Harian, 25.4.2003) pula menyatakan bahawa faktor penampilan individu yang mencakupi aspek peribadi, keyakinan diri, personaliti, ketrampilan dan daya komunikasi, membuat keputusan pantas serta beke:rja secara

berpasukanadalahpenting bagi majikan memilihpekerjaselain kelulusan akadernik.

5.0 Metodologi

RekabentukKajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian berbentuk tinjauan

adalah bersesuaian dengan objektif penyelidikan kerana ia dapat mengumpulkan sejumlah besar maklumat yang mewakilipopulasi (Baron, 1994).

Instrumen

Instrumen kajian yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah soal selidik. Berdasarkan kajian oleh Lavenberg (1997), penyelidik mengubahsuai soal selidik

berdasarkansituasi di negaraini. Soal selidikdipecahkan kepada tiga bahagian. Bahagian

A mencakupi demografi responden yang terdiri daripada 8 item. Bahagian B menggunakan skala Likert mengikut keutamaan seperti tidak penting, kurang penting, penting, sangat penting dan amat penting terhadap kemahiran hubungan manusia dan komunikasi, analitikal, konseptual, pemikiran kreatif dan kritis, teknikal, ke:rja berpasukan, kepimpinan, mengurus perubahan dan atribusi yang perlu dimiliki oleh siswazah Pengurusan Perniagaan menurut pandangan ahli akadernik dan rriajikan. Bahagian C mengandungi dua soalan terbuka yang perlu diberi respon secara bertulis

oleh responden. Soalan ini bertujuan untuk mendapatkan perspektif atau pandangan

respondententang kemahiran kritikal yang diperlukan oleh siswazah di abad ke-21 dan

seterusnya cadangan-cadangan yang boleh diutarakan untuk membentuk kemahiran siswazah di IPTA.

SampelKajian

Sampel kajian terdiri daripada kalangan ahli akadernik dan pengurus sumber manusia.

Seramai 40 sampel merupakan pensyarah dari UKM dan UPM. Manakala 43 orang sampel terdiri daripadapengurus sumber manusia yang mewakili ibupejabat bank-bank perdagangan dan kewangan, insuran dan firma perkilangan di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Pulau Pinang.

(7)

Pemilihan sampeldantempatkajiandibuatsecarabertujuan (purposive sampling) kerana

dijangka responden boleh memberikan maklumatyangpaling banyak dangambaranyang palingtepatkepada perkara-perkarayangingindikaji.

6.0 BatasanKajian

Kajian ini merupakan tinjauan awal oleh penyelidik dan ia hanya tertumpu kepada ahli

akademikFakulti PengurusanPerniagaan di UKM dan UPMsertamajikandi ibupejabat

bank-bank perdagangan, institusi kewangan, insuran dan firma perkilangan. Oleh itu, dapatankajian mungkintidak bolehmewakili keseluruhanpopulasi ahli akademi diIPTA

danmajikandi seluruhMalaysia.

7.0 Analisis Data

Data kajian yang telah diperolehi dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan The StatisticalPackage forSocial Sciences(SPSS) versi 11.0.

Jadual 1: Ujian t Perbezaan di antara Ahli Akademik dengan Majikan mengenai AspekKemahiran HubunganManusia dan Komunikasi.

Kumpulan Min Sd t df Sig

Ahli Akademik 4.65 0.45 1.99 80 0.04

(N=40)

Majikan 4.48 0.32 1.96 68.32 0.05

(N=43)

Berdasarkan Jadual 1, analisis menunjukkan bahawa t(80) =

1.99, P = 0.04, P < 0.05 bagi kumpulanahli akademik manakalat(68.32) =

1.96,p= 0.05

bagikumpulanmajikan. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ahli akademik dengan majikan mengenai aspekkemahiranhubunganmanusia dan komunikasi.

Jadual 2: Ujian t Perbezaan di antara Ahli Akademik dengan Majikan mengenai AspekKemahiran Analitikal

Kumpulan Min Sd t df Sig

Ahli Akademik 4.52 0.48 -0.46 80 0.64

(N=40)

Majikan 4.56 0.37 -0.45 70.90 0.64

(N=43)

(8)

Walau bagaimanapun, Jadual 2 memperlihatkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ahli akademik dengan majikan dari aspek kemahiran analitikal. Keputusan kajian menunjukkanbahawat(80) =

-0.46, P =

0.64, P > 0.05 bagi kumpulan ahliakademik manakalat(70.90) =

-0.45,P=

0.64,P> 0.05 bagi kumpulan majikan.

Jadual 3: Ujian t Perbezaan di antara Ahli Akademik dengan Majikan mengenai AspekKemahiran Konseptual

Kumpulan Min Sd t df Sig

AhliAkademik 4.62 0.49 -1.73 80 0.08

(N=40)

Majikan 4.80 0.41 -1.72 73.99 0.08

(N=43)

Berdasarkan Jadual 3, analisis turut memperlihatkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ahli akademik dengan majikan mengenai aspek kemahiran konseptual. Keputusan kajianmenunjukkanbahawat(80)=

-1.73, P=

0.08,p>0.05

bagi

kumpulan ahli akademik manakala t(73.99) =

-1.72, P =

0.08, p > 0.05 bagi kumpulan majikan.

Jadual 4: Ujian t Perbezaan di antara Ahli Akademik dengan Majikan mengenai AspekKemahiran PemikiranKreatif dan Kritis

Kumpulan Min Sd t df Sig

AhliAkademik 4.61 0.54 -0.31 80 0.75

(N=40)

Majikan 4.65 0.48 -0.31 76.39 0.75

(N=43)

Analisis di atas juga turut memperlihatkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ahli akademik denganmajikan mengenai aspek kemahiranpemikiran kreatif dan kritis. Keputusan kajian menunjukkan bahawa t(80) =

-0.31, P =

0.75, P > 0.05 bagi kumpulan ahli akademik manakala t(76.39) =

-0.31, P = 0.75, P > 0.05 bagi kumpulan majikan.

JaduaI 5: Ujian t Perbezaan di antara Ahli Akademik dengan Majikan mengenai AspekKemahiran Teknikal

Kumpulan Min Sd t df Sig

AhliAkademik 4.11 0.61 7.78 80 0.00

(N=40)

Majikan 3.22 OAO 7.63 64.72 0.00

(9)

Sementara itu, keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di a!;!!]Wa ahli akademikdenganmajikan mengenai aspekkemahiran teknikal Jadual 5).. Inti

dapat dilihat dari analisis yang menunjukkan bahawa t(80)"'" 7,78,p =

(tOO. P « 0..05

bagi kumpulan ahli akademik manakala t(64.72) =

7.63, p � 0.00, .p «; 0..05 bagli

kumpulan majikan.

Jadual 6: Ujian t Perbezaan di antara AhU Akademik dengan Majibn menget!la.i AspekKemahiranKerjaBerpasukan

Kumpulan Min Sd t

II

df

'��

- I AhliAkademik 4.41 0.60 0.57 80 0..56 (N=40) [I Majikan 4.33 0.60 0.57 79.32

II

O�56

--II

(N=43)

BerdasarkanJadual6, analisis menunjukkanbahawa t(80)=

057�P=

CL56,p>(Q))!JJ51b� kumpulan ahli akademik manakala t(79.32) =

057, p = 0.56, P > 0.05 bagi bumpllllILaum majikan, Ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara atlblii

akademik danmajikan mengenai aspekkemahirankerja berpasukan,

.Iadual 7: Ujian t Perbezaan di antara Ahli Akademik dengan JlWlajikan mengmai AspekKemahiranKepimpinan

Kumpulan Min Sd t df II,I Sig

Ahli Akademik 4.39 0.53 -1.58

II

((UK

(N=40) 'I

Majikan 4.81 1.58 -1.64 52..19

Ii

(N=43)

II

II

Analisisjuga turut memperlihatkan bahawa tidakterdapat perbezaaayam! $TIgmriiiffillr;m cdli.i

antara ahli akademik dan majikan mengenai aspek kemahiran Jk:epimpii.Jrn.Bmn.. KIf'!Pl1Ill1trrlL� kajian mendapati bahawa bahawa t(80) =

-1.58, P =

II, II > iDl.lOl.5i 'lbxa!g[ lkllIDIll1lJPllilll1:anmd!ilhillii akademik manakalat(52.19)=

-1.64,P=0.10',p> bagi Jk:ump1rnlL1lummajjibmJL

Jadual 8: Ujian t Perbezaan di antara .4h1i Akademik dengau Maji.ka.n meng� AspekKemahiran MengurusPerubahan

Kumpulan Min Sd .!II t M

II

Sig !I

Ahli Akademik 4.51 0.48 I 0.96 19 (fj)33l (N=40) Majikan 4.40 0.50

II

0.96 1835 (fj)33l (N=43) 77

Referensi

Dokumen terkait

Telah dilakukan pelapisan elektroles Nikel-Posfor (Ni-P) pada baja tahan karat martensitik SS 420 dengan berbagai variasi suhu dan waktu perlakuan panas.. Karakteristik

digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id digilib.uinsby.ac.id.. Administrasi umum 15. Produk-produk di

Harga intensitas jejak kaki semut antar simpul untuk siklus selanjutnya akan ada perubahan dari intensitas jejak kaki semut

Dengan demikian keenam galur yang dibudidayakan di dataran tinggi, harapannya memiliki umur simpan yang lebih lama daripada buah tomat yang dihasilkan dari

Darvai Tibor (2009): Öt recenzió, avagy az oktatáspolitikától a mintavétel metodológiájáig 7–8. Nők a dualizmus kori Magyarországon 1867–1914) (Csíkos Csaba

Jalur Jl.Ir.Soekarno yang dulu bernama Jl.Raya Solo Permai yang berada di kawasan kota Solo Baru didesain sedemikian rupa dengan tujuan untuk memberikan

Berdasarkan penjelasan dan fenomena tersebut, penulis memilih judul penelitian yang akan dilakukan adalah Pengaruh Operation Cash Flow, Earning Per Share, Return

Penelitian ini bertujuan untuk mengkaji; (1) dinamika sejarah modernisasi pertanian, (2) proses perubahan teknis dan ekonomi dalam pengelolaan usahatani padi sawah