• Tidak ada hasil yang ditemukan

Morfologi Bahasa Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Morfologi Bahasa Melayu"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat En. Zaidi B. Azhari kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran.

Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

Pengenalan

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.

(2)

– Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.

– Bentuk kata ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukkan dan penggandaan.

– Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota dala kumpulan atau golongan yang sama.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi dalam gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Sesuatu perkataan itu dibentuk dari satu morfem atau lebih. Contoh :

‘saya’  1 morfem : saya ‘berpeluh’ 2 morfem : ber+peluh ‘berkakikan” 3 morfem : ber+kaki+kan

Morfem boleh bersifat bebas (boleh wujud bersendirian) atau terikat (hanya wujud bersama-sama morfem lain). Contoh :

– Morfem bebas – ‘saya’

– Morfem terikat – ‘ber’ dan ‘kan’, hanya boleh wujud dengan kata dasar bagi membentuk perkataan seperti ‘berkakikan’

Perkataan ditakrifkan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Ia terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Tegasnya, perkataan ialah bentuk bebas yang boleh berdiri sendiri, contohnya ialah kerusi, dapur dan meja.

Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Ada morfem yang bersifat bebas dan ada yang bersifat terikat tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua morfem itu perkataan.

(3)

MorfemPerkataan1. Konsep

Bebas

TerikatPengimbuhanTunggalPemajmukanTerbitanMajmukGanda3. Proses Pembentukan Kata2. Bentuk Kata

Penggandaaan4. Golongan Kata

Kata NamaKata KerjaKata Adjektif Kata TugasDasarAkar

Konsep Morfologi

Soalan Tugasan

Terdapat pelbagai jenis bahan bercetak di pasaran. Dalam bahan-bahan tersebut terdapat pelbagai kesilapan bahasa sama ada daripada aspek ejaan, kosa kata, penggunaan kata dan penggolongan kata. Sebagai pendidik anda harus bijak memilih bahan bacaan yang sesuai dan betul dari aspek tatabahasa untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran.

(4)

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh yang sesuai.

b) Membina brosur yang bertemakan Cintai Bahasa Kita dengan menggunakan bahasa yang betul, ringkas, tepat, dan jelas serta persembahan yang menarik.

Soalan 1

a) Pilih satu petikan yang panjangnya antara 450 hingga 500 perkataan. Sila buat analisis penggolongan kata bahasa Melayu dalam petikan tersebut. Senaraikan golongan kata dalam bentuk jadual. Anda diminta membuat rumusan ringkas antara 200 patah perkataan hasil dapatan analisis.

(5)

Hang Tuah Berbangsa Cina

oleh : Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangka. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah di Melayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan

(6)

dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperoleh jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja – Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku

(7)

kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaur loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat. Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

(8)

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyelidikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah di Melayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka. Pengislaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi. Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas sama ada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telah pun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan legenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan.

(9)

Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Analisis golongan kata

berdasarkan petikan teks

(10)

GOLONGAN KATA

Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata : • Kata Nama

• Kata Kerja

• Kata Adjektif / Sifat • Kata Tugas

Kata Nama

Kata nama menunjukkan nama benda, nama orang, nama tempat dan nama perkara. Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda atau konsep.

Kata nama boleh dikelompokkan kepada tiga jenis : • Kata Nama Am

• Kata Nama Khas • Kata Ganti Nama Kata Nama Am

Golongan Kata

(11)

Kata nama yang merujuk kepada benda-benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu :

• Hidup atau tak hidup

• Manusia atau bukan manusia • Institusi atau bukan institusi • Konkrit atau abstrak

• Berbilang atau tak berbilang

Asraf (2007) menjelaskan bahawa kata nama am boleh digunakan untuk : • Sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan • Sesuatu yang tidak bernyawa atau tidak hidup, iaitu benda, tempat dan

sebagainya.

Bagi tujuan analisis, kata nama am hanya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : • Hidup (manusia dan bukan manusia)

• Tak hidup ( Institusi, bukan institusi, konkrit, abstrak, berbilang, dan tak berbilang)

Analisis penggolongan kata berdasarkan teks

Kata nama am Contoh

Kata nama am hidup Orang-orang Melayu • Pahlawan

(12)

• Bangsa • Manusia • Raja-raja • Bendahara • Paduka Raja • Termengung • Laksamana • Syahbandar • Mandulika • Dayang • Puteri • Anak • Putera • Cucu • Rakan • Pengarang • Sultan Kata nama am tak hidup Bilik darjah

• Dewan kuliah • Seminar • Wilayah • Kaum • Buku • Agama • Istana • Bahasa Kata Nama Khas

Kata nama yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Ia terbahagi kepada tiga :

• Kata nama khas hidup manusia

(13)

• Kata nama khas tak hidup

Kata nama khas Contoh

Kata Nama Khas Hidup Manusia. Hang Tuah • Hang Jebat • Hang Lekir • Hang Kasturi • Hang Lekiu • Robin Hood

• Mohd Yunus Ibrahim • W.G. Shellabear • Tun Pepatih Putih • Sultan Mansur Shah • Puteri Hang Li Po • Paduka Mamat • Ong Hak Ching • Hang Too Ah • Hang Jee Fatt • Hang Lee Kiew • Hang Lee Ker • Biduanda Cina • Sultan Melaka Kata Nama Khas Hidup Bukan

Manusia

• (tiada dalam teks) Kata Nama Khas Tidak Hidup. Bukit Cina

• Jabatan Sejarah UKM • Sejarah Melayu

• Malaya Publishing • China

• Loghat Cina • Melayu

(14)

• Loghat bahasa Melayu • Islam

• Hikayat Hang Tuah Kata Ganti Nama

Kata ganti nama terbahagi kepada :

i) Kata ganti nama tunjuk ialah kata ganti nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh, dan ini untuk menunjuk pada yang dekat.

Kata ganti nama tunjuk Ini • Itu

ii) Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu:

• Kata ganti nama diri tanya – jenis kata yang berfungsi menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya, iaitu siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.

Kata ganti nama diri tanya (tiada dalam teks)

• Kata ganti nama diri orang – jenis ganti nama yang merujuk kepada manusia yang terdiri daripada tiga kategori iaitu orang pertama, orang kedua dan orang ketiga.

Kata ganti nama diri orang Contoh

Pertama Kita

Kedua (tiada dalam teks)

(15)

• Beliau • -nya • ia

Kata Kerja

Kata kerja berperanan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.

Kata kerja transitif iaitu kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek. Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau i-. Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

Kata kerja transitif Contoh

Aktif Mengikut • Membawa • Memeluk • Menuduh • Menderhaka • Menggelar • Menganggap • Menghasilkan

(16)

• Mengekalkan • Menggariskan • Menggunakan • Memberikan • Membuktikan • Mempengaruhi • Menyelamatkan Pasif Dianugerahkan • Dilindungi

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Namun terdapat sejumlah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap, sementara yang lainnya tidak perlu diikuti oleh pelengkap. Oleh itu kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap.

Kata kerja tak transitif Contoh

Berpelengkap Mengikut • Menghasilkan • Membawa • Memberikan • Memeluk • Mengekalkan • Menuduh • Menggunakan • Menggariskan • Membuktikan • Mempengaruhi • Menggelar

(17)

• Menyelamatkan • Menganggap • Disandarkan • Dijalankan • Diberi • Menyentuh

Tak berpelengkap Berkahwin

• Berkhidmat • Mengamuk • Menderhaka Kata Adjektif

Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat dalam Bahasa Melayu dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

Kata adjektif Contoh

Kata adjektif sifat/ keadaan Kebijaksanaan • Kesetiaan • Ketaatan • Baik

• Menderhaka • Masyhur Kata adjektif warna (tiada dalam teks) Kata adjektif ukuran Luas

Kata adjektif bentuk (tiada dalam teks) Kata adjektif pancaindera (tiada dalam teks) Kata adjektif waktu (tiada dalam teks)

(18)

• Sukar • Cepat Kata adjektif perasaan Terkeliru

• Tertipu • Kemegahan

• Di bangga-bangga • Keraguan

• Bangga Kata adjektif arah (tiada dalam teks)

Kata Tugas

Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur bagi frasa-frasa endosentrik : frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau tugas-tugas lain.

Maka kata tugas dapat dikategorikan kepada jenis-jenis berikut : 1. Kata hubung

2. Kata seru 3. Kata tanya 4. Kata perintah 5. Kata pangkal ayat 6. Kata bantu

7. Kata penguat 8. Kata penegas 9. Kata nafi 10.Kata pemeri 11. Kata sendi nama 12.Kata arah

13.Kata bilangan 14.Kata adverba 15.Kata pembenar

(19)

16.Kata penekan 17.Kata pembenda

Untuk memudahkan analisis petikan ini atau penghuraian bagi teks petikan, kata tugas boleh dikelompokkan kepada 4 kelompok iaitu:

Kata penyambung ayat

○ Kata hubung gabungan

○ Kata hubung pancangan

 Keterangan  Komplemen  Relatif • Kata praklausa ○ Kata seru ○ Kata tanya ○ Kata perintah ○ Kata pembenar

○ Kata pangkal ayat

Kata prafrasa dan pascafrasa

○ Kata bantu

○ Kata penguat

○ Kata penegas

○ Kata nafi

○ Kata pemeri

○ Kata sendi nama

○ Kata arah ○ Kata bilangan ○ Kata adverba • Kata pascakata ○ Kata penekan ○ Kata pembenda

(20)

Kata tugas Contoh Kata penyambung ayat

-kata hubung gabungan

-kata hubung pancangan -keterangan -komplemen -relatif • Atau • Dan • Tetapi • Kemudian • Untuk • Semasa • Kerana • Walaupun • Apabila • Bahawa • Yang Kata praklausa -kata seru -kata tanya -kata perintah -kata pembenar -kata pangkal ayat

• Tiada dalam petikan

Kata tugas Contoh

Kata prafrasa -kata bantu -kata penguat -kata penegas -kata nafi

• Telah (kata bantu) • Di

• Ke • Dari

(21)

-kata pemeri -kata sendi nama -kata arah

-kata bilangan -kata adverba

• Kepada

• Pada kata sendi nama • Tentang

• Dengan • Antara • Oleh

• Atas ( kata arah) • Ramai

• Semua kata bilangan • Banyak

• Adalah ( kata pemeri) • Bukan (kata nafi) Kata pascakata -kata penekan -kata pembenda • Terutamanya • Sebenarnya • Ringkasnya penekan • Biasanya • Contohnya • Memberikannya • Namanya • Asasnya • Bersamanya pembenda • Dayang-dayangnya • Rakan karibnya Soalan 2

Dalam bahasa Melayu terdapat empat proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman.

a) Huraikan setiap proses di atas dalam bentuk grafik dan serta contoh- contoh yang sesuai.

(22)

Proses pembentukan kata

Proses pembentukan kata terdiri daripada jenis-jenis berikut : • Bentuk kata tunggal

• Bentuk kata terbitan • Bentuk kata majmuk • Bentuk kata ganda

(23)

Berdasarkan soalan yang diberikan, hanya jenis-jenis berikut sahaja yang perlu dihuraikan setiap prosesnya dalam bentuk grafik dan disertakan dengan contohnya, iaitu : • Pengimbuhan • Pemajmukan • Penggandaan • Pengakroniman Pengimbuhan

Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses pengimbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.

Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat, atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.

Imbuhan merupakan morfem terikat, iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada awalan, akhiran, sisipan, dan apitan menurut kedudukannya dengan bentuk dasar. Awalan dicantumkan pada pangkal kata dasar, akhiran pula dicantumkan pada akhir kata dasar, sisipan disisip biasanya selepas konsonan pertama kata dasar, dan apitan dicantumkan pada pangkal dan akhir kata dasar serentak.

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

Proses Pembentukan Kata

(24)

Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan Kata nama

peN-(pe-, pem-, pen-, peng-) Contohnya : masak – pemasak baca – pembaca dapat – pendapat ukur – pengukur • pe-Contohnya : guam – peguam labur – pelabur • -an Contohnya : Kritik – kritikan Laut – lautan Ratus – ratusan Batu – batuan • peN-...-an Contohnya : Lari – pelarian Baca – pemasakan Dapat – pendapatan Ukur – pengukuran • pe-...-an Contohnya : Sisir – pesisiran Dalam – pedalaman • -el-Contohnya : Tapak – telapak Kupas – kelupas Tunjuk – telunjuk • -er-Contohnya : Gigi – gerigi Suling – seruling Kuping - keruping

Pengimbuhan

Awalan

Akhiran

Apitan

Sisipan

Awalan kata nama Awalan kata kerja Awalan kata adjektif Akhiran kata nama Akhiran kata kerja Apitan kata nama Apitan kata kerja Apitan kata adjektif Sisipan dalam kata nama Sisipan dalam kata adjektif

(25)

peR-Contohnya : asap – perasap bara – perbara • ke-Contohnya : tua – ketua kasih – kekasih hendak - kehendak • juru-Contohnya : wang – juruwang bahasa – jurubahasa • peR-...-an Contohnya : Satu – persatuan Kubur – perkuburan Air – perairan Bara – perbaraan • ke-...-an Contohnya : Datang – kedatangan Raja – kerajaan • -em-Contohnya : Kuning –kemuning Gerlap – gemerlap Kuncup-kemuncup

Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan

Kata kerja

meN-(me-, mem-, men-, meng-Contohnya : Masak – memasak Pesan – memesan • -kan Contohnya : Cari – carikan Tidur – tidurkan • meN-...-kan Contohnya : baca – membacakan beri – memberikan diri – mendirikan

(26)

Beri – memberi Cari – mencari Ambil – mengambil • beR-Contohnya : Ekor – berekor Baju – berbaju • teR-Contohnya : Ikat – terikat Pakai – terpakai • di-Contohnya : Sapu – disapu Tulis – ditulis • mempeR-Contohnya : Alat – memperalat • -i Contohnya : Duduk – duduki Ikut – ikuti gaya - menggayakan • beR-...-kan Contohnya : alas – beralaskan bekal – berbekalkan • beR-...-an Contohnya : Tabur – bertaburan Rentet – berentetan • di-...-kan Contohnya : Beri – diberikan Nafi – dinafikan • meN-...-i Contohnya :

(27)

Isteri – memperisteri • dipeR-Contohnya : oleh – diperoleh Cepat – dipercepat Waris – mewarisi Baik – membaiki Jumpa – menjumpai Ubat – mengubati • di-...-i Contohnya : Kotor – dikotori Yakin – diyakini • mempeR-...-kan Contohnya : Lihat – memperlihatkan Bahas – memperbahaskan • mempeR-...-i Contohnya : Ingat – memperingati • ke-...-an

(28)

Contohnya: Curi – kecurian Lihat - kelihatan • dipeR-...-kan Contohnya : Lihat – diperlihatkan Dengar – diperdengarkan • dipeR-...-i Contohnya : Ingat – diperingati

Jenis Kata Awalan Akhiran Apitan Sisipan

Kata adjektif

ter-Contohnya : Kecil – terkecil • ke-...-an contohnya : barat – kebaratan • -em-Contohnya : Guruh – gemuruh

(29)

Muda – termuda Panjang – terpanjang • se-Contohnya : Tinggi – setinggi Buruk – seburuk Besar – sebesar cina - kecinaan Melayu – kemelayuan Ketot – kemetot Gilang – gemilang • -el-Contohnya : Serak – selerak Geman – geleman Gembung – gelembung • -er-Contohnya : Godak – gerodak Kelip – kerlip • -in-Contohnya : Sambung – sinambung Penggandaan

(30)

Penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Ada empat jenis penggandaan menurut Abdullah Hassan (2006),

• Gandaan penuh • Gandaan separa • Gandaan rentak • Gandaan bebas

Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang

menggandakan kata dasar.

Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami

penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh

digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu.

Contoh-contohnya :

Penggandaan

Penuh Separa Berentak Bebas

Kata namaKata namaRentak suku kata Contohnya :

Penggandaan

Penuh

Separa

Rentak

Bebas

Menggandak an keseleluruha n kata dasar sama ada mengandun gi imbuhan atau pun tidak Mengganda kan sebahagian kata dasar. Boleh berlaku di hadapan atau di belakang Berentak pengulang an vocal Berentak pengulang an konsonan Bentuk kata dasar ada tetapi gandaanny a wujub dalam bentuk penggand aan sahaja

(31)

Contohnya : Pokok-pokok Meja-meja • Kata kerja Contohnya : Main-main Lari-lari • Kata adjektif Contohnya : Cantik-cantik Pandai-pandai • Kata adverba Contohnya : Tiba-tiba Lama-lama • Kata terbitan Contohnya : Pemain-pemain Pengetua-pengetua Contohnya : Laki – lelaki Langit – lelangit • Kata kerja Contohnya : Lari – lelari Tengok – tetengok • Kata adjektif Contohnya : Sedap – sesedap Merah – memerah • Kata adverba Contohnya : Cepat – cecepat Laju – lelaju awal Contohnya : Batu – batu-batan Bukit – bukit-bukau Sampah – sampah-sarap

Rentak suku kata akhir Contohnya : Anak – anak-pinak Kuih – kuih-muih Lauk – lauk-pauk • Rentak bunyi vokal Contohnya : Gunung-ganang Guruh-garah Suku-sakat Cucu-cicit Ipar-duai Ipar-lamai Mentua-taya Patah-riuk Pinang-lanang Pemajmukan

Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut terdiri daripada kata akar atau terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri-ciri

(32)

kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makan seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.

Menurut Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu HBML2103 (2008), kata majmuk ialah bentuk yang lahir melalui proses pemajmukan, iaitu proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang ter hasil membawa makna tertentu.

• Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

• Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Apabila kata-kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu yang diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca, ilmu bahasa, sebar luas, dan lain-lain.

Dalam kata majmuk kaji cuaca, kata kaji ialah inti yang diterangkan, dan cuaca penerangnya. Begitulah dengan ilmu bahasa dan sebar luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera, mahasiswa, perdana menteri, dan lain-lain.

Pemajmukan

Rangkaian kata bebas

Istilah khusus Maksud kiasan

nasi minyak bom tangan meja tulis Raja Muda Perdana Menteri Model linear Garis pusat Segi tiga Lut sinar Urus setia Kaki ayam Duit kopi Pilih kasih Bulan madu Anak emas Bentuk yang mantap Antaraban gsa Kakitanga n Matahari Setiausaha Sukarela

(33)

Dalam kata majmuk bumiputera, kata bumi ialah penerang, dan putera ialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD, iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.

Pengakroniman

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.

Akronim juga merupakan singkatan dalam bahasa Melayu yang terbentuk dengan cara menggabungkan huruf atau suku kata untuk membentuk perkataan baharu. Lihat beberapa perkataan yang di bawah ini hasil daripada pembentukan kata melalui akronim:

• berdikari – berdiri di atas kaki sendiri • pawagam – panggung wayang gambar

• proton – Perushaan Otomobil Negara • kugiran – kumpulan gitar rancak • Uniputra-Universiti Putra Malaysia.

(34)

Perkara menarik yang hendak diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan akronim.

• Cikgu • Awas

• Bah

Kata `cikgu’ dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan `Encik guru?’ Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu, maka terhasillah gelaran atau panggilan `cikgu’. Selain itu, kata `awas’ yang bermaksud `berhati-hati’ juga merupakan akronim. Kata ini berasal daripada ungkapan `Anda Waspada Anda Selamat. Kita juga pernah menggunakan perkataan `bah’ yang bermaksud `banjir’. Perkataan ini sebenarnya berasal daripada ungkapan `Bencana Air Hujan’.

Kita juga pernah mendengar perkataan `Tonto’ yang merujuk kepada sekumpulan gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan `Tolong Orang Nak Tipu Orang’.Demikianlah beberapa kata yang terdapat dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui akronim.

Kata akronim boleh ditulis dengan empat cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Antaranya ialah:

1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan.

2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. 3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.

4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.

Akronim Huruf awal

perkataan

Huruf dan suku kata perkataan

Suku kata awal perkataan

Bahagian awal perkataan dengan

(35)

bahagian lain perkataan ADUN – Ahli Dewan Undangan Negeri ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia IPSMB – Institut Perguruan Sultan Mizan Besut

Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Proton – Perusahaan Otomobil Nasional

Mara –

Majlis Amanah Rakyat

Bernama – Berita Nasional Malaysia

Kugiran – Kumpulan gitar rancak

Cerpen – Cerita pendek

Asbut – Asap kabut

Jentolak – Jentera tolak

Jenama – jenis nama

Purata – Pukul rata

Bibiliografi

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn Bhd.

Ali Mahmood, Musnsyi Zainal Abidin Kasim, Seman Salleh dan Mashuri Bahari. (2008). HBML2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor : Open University Malaysia.

http://noraza79.blogspot.com/2009/03/salah-satu-proses-pembentukan-kata.html . Diakses pada 16.3.2009.

http://www.freewebs.com/suaraanum/0305b02.htm. Diakses pada 16.3.2009

http://www.tutor.com.my/stpm/morfem/tatabahasa-morfem.htm . Diakses pada 16.3.2008

Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

(36)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan tabel di atas dari 7 kali pemeriksaan yang dilakukan dimasing- masing kolam memperoleh hasil terdapat benda-benda terapung dimasing-masing kolam renang, hal

Faktor manusia berperan penting dalam penerapan Keselamatan Kerja, karena seluruh peralatan yang digunakan untuk proses arus barang di dalam gudang seperti

Berdasarkan pembahasan di atas, maka hipotesis yang diajukan dalam penelitian ini yaitu, ada hubungan antara persepsi siswa terhadap karakteristik guru bimbingan dan konseling

Fungsi personal adalah ungkapan emosi penutur kepada mitra tutur melalui bahasa atau tuturannya. Emosi tersebut misalnya rasa senang, rasa marah, rasa sedih, rasa kecewa

Daftar nilai ini menunjukkan bahwa siswa kelas X-TKR-1 SMK Negeri 6 Bandung pada mata pelajaran Teknik Listrik Dasar Otomotif (TLDO) Kompetensi Dasar Memelihara

Bedasarkan hasil dari penelitian pembuatan pupuk bokashi dari tanaman talas (Xanthosoma sagittifolium L.) dengan menggunakan bioaktivator EM-4 maka dapat disimpulkan bahwa

Alat penebar pakan ikan otomatis ini dirancang menggunakan sistem timer yang berjumlah 4 buah terdiri dari 1 buah timer theben digunakan sebagai pengatur jadwal makan serta 3

Berdasarkan uraian tersebut rumusan masalah pada penelitian ini yaitu fenomena gap antara kemampuan berhitung dan literasi keuangan individu dan adanya perbedaan