• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIMPOSIUM PERAWAT DARUSSYIFA SEMALAYSIA 2012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIMPOSIUM PERAWAT DARUSSYIFA SEMALAYSIA 2012"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

SIMPOSIUM PERAWAT DARUSSYIFA’

SEMALAYSIA 2012

TAJUK:

ETIKA PENGGUNAAN BAHAN RAWATAN BUKAN HERBA: SATU

TINJAUAN BERDASARKAN AMALAN PENGUBATAN ISLAM

ANJURAN:

PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENGUBATAN ISLAM MALAYSIA (DARUSSYIFA’)

TEMPAT:

DEWAN NIK MOHD MOHYIDEN MUSA, INSTITUT PERGURUAN GURU MALAYSIA,

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI, SELANGOR, D.E

TARIKH:

7 JANUARI 2012 (SABTU)

Oleh,

Dr. Abdullah Yusof (Biro R&D DARUSSYIFA’) http://abdy-darussyifa.blogspot.com

(2)

SIMPOSIUM PERAWAT DARUSSYIFA’ SEMALAYSIA 2012

TAJUK:

ETIKA PENGGUNAAN BAHAN RAWATAN BUKAN HERBA: SATU TINJAUAN

BERDASARKAN AMALAN PENGUBATAN ISLAM

1

Oleh: Dr Abdullah Yusof, PhD

2

Abstrak

Kertas ini ditulis semata-mata bagi memenuhi keperluan simposium iaitu menyentuh aspek etika dalam penggunaan bahan rawatan. Fokus diberikan kepada bahan bukan herba, memandangkan bidang herbalogi dan fitoterapi (terapi tumbuhan) sudah lama diketahui dan diaplikasikan secara meluas di kalangan perawat Darussyifa’. Oleh kerana bahan selain herba juga turut digunakan sebagai bahan rawatan, maka setiap perawat yang menggunakan bahan tersebut perlu memahami dan mematuhi beberapa aspek atau etika berkaitan penggunaannya. Misalnya sebahagian haiwan liar dan hidupan eksotik adalah dilindungi, maka menyimpan, memelihara dan membunuhnya dianggap melakukan satu kesalahan yang diboleh didakwa di bawah akta tertentu. Berdasarkan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, haiwan di negara ini terdapat 292 jenis dalam kategori tidak boleh diburu, dibela dan dimakan; termasuk buaya, beruang, harimau dan kucing hutan. Begitu juga untuk menghasilkan ubat dan ramuan kesihatan berasaskan bahan tertentu, maka ada badan yang memantau seperti Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Bahagian Farmasi, KKM. Darussyifa’ pula harus membentuk etika tertentu agar para perawat lebih berhati-hati dalam penggunaan bahan rawatan kerana kebanyakan perawat tidak mempunyai kompetensi dan latihan secukupnya dalam bidang ini. Selain itu kita sebagai perawat perlu mempunyai anjakan paradigma untuk keluar dari kepompong dengan meningkatkan jatidiri, menambah ilmu dan pengalaman sehingga berupaya menghasilkan produk bahan rawatan dan kesihatan sebagai persediaan ke arah merealisasikan hasrat Tuan Guru untuk melihat sebuah Hospital Islam berkonsepkan Tibb Nabawi menjadi kenyataan.

1. MUQADDIMAH

1

Kertas ini dibentang pada Simposium Perawat Darussyifa’ SeMalaysia 2012 anjuran Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’) pada hari Sabtu 7 Januari 2012 di Dewan Nik Mohyiden Musa, IPGM, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor, D.E.

2

(3)

Berdasarkan sejarah peradaban manusia, terdapat berbagai-bagai sistem perubatan seperti perubatan Yunani (Greek), perubatan China (Acupuncture), perubatan India (Ayurveda), perubatan Herba, perubatan Islam, alopathy, homeopathi, oesteopathy dan perubatan tabii menurut kronologi usianya. Setiap sistem perubatan berkenaan mempunyai ciri-ciri yang tertentu walaupun wujudnya persamaan dari segi konsep dan cara perubatan antara satu dengan yang lain dalam aspek tertentu.

‘Pengubatan’ adalah berasal daripada perkataan ubat yang membawa maksud sesuatu benda yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan, sama ada dengan cara dimakan, diminum, leset, digosok, diurut, disembur, direbus, ditangas, dihidu, dilayur, disapu, dipupuk dan lain-lain. Manakala ‘tradisional’ pula bermaksud bercorak tradisi, atau dengan kata lain masyarakat yang mengamalkan cara hidup secara turun-temurun. ‘Pengubatan tradisional’ banyak menggunakan bahan-bahan tempatan asli seperti tumbuh-tumbuhan, herba, bahan-bahan semulajadi, haiwan, mikro-organisme dan sebagainya untuk dijadikan sebagai ubat. Pengubatan tradisional dengan istilah lainnya ialah perubatan alternatif.3

Dalam rawatan Islam, selain menggunakan kaedah ruqyah dari al-Quran dan hadith-hadith yang ma`thurah, penggunaan bahan rawatan dari sumber herba dan bukan herba digunakan secara meluas. Rawatan yang dijalankan di Darussyifa’ juga tidak terkecuali dari menggunakan bahan-bahan tersebut. Pendedahan mengenai penggunaan herba lebih banyak didedahkan kepada para pelajar dan perawat berbanding bukan herba. Namun demikian bahan bukan herba tetap digunakan oleh para perawat meskipun herba diberikan keutamaan.

Persoalan timbul tentang sejauh mana bahan bukan herba boleh digunakan dan rujukannya dari sudut halal-haram serta kaedah pengambilannya. Untuk herba ada kaedah pengambilannya sebagai bahan ubat, namun bagaimana pula tentang sumber bukan herba. Ada ahli Darussyifa’ yang memegang pendapat bahawa hanya herba yang disebut dan diajar oleh Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din sahaja boleh digunakan (termasuk bacaan ruqyah sekali), kalau sebaliknya berlaku maka ahli tersebut dianggap melanggar etika dan menderhakai Tuan Guru. Ada pula yang mengambil kesempatan menggunakan semua bahan semulajadi baik

3 Journal of Secret Heart Secondary School. 1997 & 1998;

http://www.agrolink.moa.my/iadp/penang/paman/p83.html;

(4)

herba mahupun bukan herba tanpa menyelidiki dan membuat rujukan pakar terlebih dahulu (termasuk merujuk Tuan Guru). Halal dan haram sesuatu bahan bukan hanya kerana sifatnya dan ianya disebut secara jelas dalam nas, namun ada bahan yang asalnya halal namun menjadi haram kerana sebab-sebab tertentu termasuk beracun atau memabukkan. Semua perawat harus memahami aspek ini tanpa prejudis. Justeru itulah Tuan Guru selalu menyarankan kepada para pelajar, lazimnya pada sesi akhir kuliah tentang keperluan ahli-ahli Darussyifa’ terus menambah pengetahuan dan maklumat tentang ilmu pengubatan, kerana apa yang disampaikan semasa kuliah hanya sebahagian sahaja dari aspek asas pengubatan Islam. Kertas ini akan menyoroti aspek penggunaan bahan bukan herba memandangkan maklumat mengenai herba sudah sering didedahkan kepada ahli Darussyifa’. Minda kita harus terbuka dalam hal ini, namun kita harus cermat dalam mengamalinya.

2. BAHAN RAWATAN PENYAKIT (FIZIKAL DAN SPIRITUAL)

Pengubatan tradisional dan alternatif sering menggunakan bahan-bahan ubat tradisional seperti herba-herba tertentu berdasarkan jenis dan sifatnya. Selain itu penggunaan bahan haiwan turut digunakan secara meluas berdasarkan amalan yang diwarisi secara turun temurun dan sebahagian bahan tersebut ada yang bersifat najis dan ada yang haram sama sekali. Begitu juga penggunaan galian seperti air, batuan, geliga, kulat susu, airliur, mikro-organisme dan sebagainya. Bahan-bahan ini digunakan dalam rawatan baik untuk merawat penyakit fizikal mahupun penyakit dalam kategori spiritual atau rohani.

Tuan Guru telah memperingatkan ahli-ahli Darussyifa’ agar menjauhi bahan ubat yang diharamkan oleh Allah SWT (rujuk buku Konsep Pengubatan Islam). Beliau mengenengahkan beberapa nas mengenainya termasuk panduan rawatan, antaranya;

a) Sebuah hadith daripada Abu al-Darda' menyatakan: Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat. Dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan jangan berubat dengan benda yang diharamkan - Riwayat Abu Daud.

b) Sebuah hadith riwayat, daripada Abu Hurairah menyatakan : Barang siapa berubat dengan benda yang halal maka baginya kesembuhan, Dan barangsiapa berubat dengan benda haram, Allah tidak akan memberinya kesembuhan - Riwayat Abu Daud.

c) Dalam sebuah hadith lain baginda telah ditanya tentang arak yang dijadikan ubat. Baginda menjawab menyatakan: Bahawa arak itu adalah penyakit bukan ubat. Baginda juga menegah berubat dengan sesuatu yang kotor (al-khabth).

Ibn Arabi menjelaskan yang dimaksudkan dengan perkatan "al-khabth" di sini menurut kata Arab bermaksud sesuatu yang tidak digemari. Andainya ia dirujuk kepada percakapan, bererti celaan, pada agama bererti kufur. Andainya dirujuk pada makanan bererti haram. Dalam sebuah hadith lain riwayat Azwad, dijelaskan bahawa ubat yang kotor itu adalah seperti racun.

(5)

d) Sayyidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: "Setiap benda yang memabukkan adalah haram. Setiap sesuatu yang banyak memabukkan, maka sukatan sedikit, seperti satu genggam kecil juga haram hukurnnya (Maksud hadis riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)"

e) Menurut satu riwayat daripada Abu Saleh Muhamad bin Al-Hasom dan Ishak bin Ibrahim dan Harb, Abdullah, Al-Atram dan Ibrahim bin Al-Harta bahawa:

Rasulullah s.a.w. telah mengharamkan daging keldai dan susunya dalam peperangan Khaibar, dan mengharuskan minum kencing unta ketika darurat. Manakala mengambil ubat yang boleh menyebabkan mabuk makruh hukumnya.

f) Menurut Imam Ahmad, harus merujuk satu-satu kes penyakit kepada tabib yang terdiri daripada ahli zimmah mengenai ubat yang diharuskan, dan tidak perlu menurut nasihatnya sekiranya ubat yang dicadangkan itu terdiri daripada ubat-ubat yang diharamkan seperti arak dan sebagainya.

g) Menurut al-Marwazi, Imam Ahmad telah menyuruhnya agar tidak membeli ubat yang dicadangkan oleh orang Nasrani, andainya tidak diyakini ubat itu selamat daripada campuran benda-benda haram yang terdiri daripada benda-benda yang beracun, najis dan sebagainya.

h) Sebuah hadis daripada Ummu Atiyyah, ia berkata, bahawa ia pernah menyertai peperangan sebanyak tujuh kali bersama Rasulullah s.a.w. di belakang kaum lelaki, dan bertugas menyediakan makanan, memberi minum kepada mereka yang cedera dan merawat mereka yang sakit.( Maksud hadith riwayat oleh Muslim, Ibn Majah dan Ahmad.)

i) Imam Ahmad berpendapat bahawa para tabib diharuskan melihat aurat perempuan ajnabiah ketika darurat, begitu juga sebaliknya. AI-Marwazi pula berpendapat harus menggunakan khidmat perempuan ajnabiah ketika seseorang lelaki itu sakit begitu juga sebaliknya, dan diharuskan melihat sebahagian daripada auratnya kerana hajat iaitu ketika ketiadaan lelaki ataupun mahramnya.

j) Begitu juga harus bagi kaum wanita mengambil ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat itu diyakini tidak memberi mudarat, iaitu sekiranya ia tidak mempunyai suami, andainya ia mempunyai suami, keharusan itu bergantung kepada izin suami (Abi Abdullah Mohammad, 1984:237).

(6)

Di bawah Peraturan Kawalan Ubat dan Kosmetik, "ubat tradisional" bermakna sesuatu produk yang digunakan dalam amalan "ubat indigenus" , di mana ubat tersebut mengandungi satu atau lebih bahan semula jadi dalam tumbuhan, haiwan atau bahan galian dalam bentuk bahan mentah atau diekstraks secara kasar; dan perubatan homeopati. Pengubatan Alternatif dan Komplementari (CAM) adalah satu amalan penjagaan kesihatan yang amat luas, yang bukannya sebahagian daripada amalan perubatan moden. Ia termasuk semua amalan dan idea tersendiri pengamalnya sebagai langkah mencegah atau merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri.

Ubat ubatan alternatif dan komplementari adalah satu terma yang boleh digunapakai dan ditukarganti dengan ubat-ubatan alternatif. Menggunakan banyak bahan semulajadi sebagai ubat (cth: pokok, herba, haiwan dan bahan galian asas untuk ubat-ubatan). Ia juga oleh bersangkutpaut dengan penggunaan rawatan spiritual, teknik manual dan senaman untuk kesihatan dan pemulihan fungsi anggota tubuh manusia.

Dari sudut peraturan, semua ubat ubatan tradisional di Malaysia perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Pendaftaran ubat tradisional adalah untuk memastikan ianya adalah selamat dan berkualiti. Pengkelasan ubat tradisional perlu dinyatakan samada produk dalam bentuk pil, tablet, kapsul dan sebagainya yang mengandungi bahan semulajadi daripada tumbuhan, mineral atau sumber haiwan dalam bentuk asalnya atau bentuk ekstrak secara kasar.Begitu juga ubat tradisional untuk kegunaan luar yang mengandungi campuran kapur barus, menthol, dan /atau minyak esensial. Selain itu terdapat produk kesihatan dan pemakanan yang mengandungi bahan semulajadi tumbuhan atau sumber haiwan dalam bentuk asal atau bentuk ekstrak secara kasar. Begitu juga produk kosmetik yang mengandungi kebiasaannya bahan herba yang digunakan sebagai rawatan.

Ubat tradisional baik dalam bentuk herba mahupun bukan herba boleh bertindak dengan cara yang sama sebagaimana ubat moden. Oleh itu ianya juga boleh mendatangkan kesan mudarat jika diambil berlebihan atau secara tidak betul. Walaupun ianya dilabelkan sebagai bahan semulajadi, ini tidak bermakna ianya selamat dan tidak memberikan kesan berbahaya. Sebagai contoh Kava telah dikaitkan dengan kerosakan hati yang teruk. Herba kemunting cina pula amat merbahaya bagi pesakit jantung. Dukung anak pula boleh melemahkan aktiviti seksual , manakala kacip Fatimah yang diambil dalam dos yang berlebihan boleh mendatangkan risiko kanser. Begitu juga lendir dari hujung akar cermai dikatakan beracun. Sejenis herba berasal dari India mempunyai kesan bius yang tinggi dan boleh mendatangkan kesan buruk pada saraf4. Oleh kerana sebahagian herba mengandungi tannin dan steroid, maka diingatkan wanita yang hamil atau menyusukan anak perlu lebih berhati-hati terhadap penggunaan suplemen herba. Begitu juga kanak-kanak yang diberi suplemen herba. Sekiranya anda sedang menggunakan suplemen herba, sila maklumkan pada doktor atau ahli farmasi, kerana suplemen herba boleh

4

Pokok ini (nama dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu) adalah jenis spesis terkawal, sukar ditemui kerana merbahaya jika digunakan tanpa kawalan. Hanya terdapat satu pokok spesis ini yang boleh ditemui di Taman Botani (Dikenali Rimba Ilmu), Universiti Malaya.

(7)

berinteraksi dengan ubat moden dan menyebabkan kesan yang memudaratkan. Justeru itu para perawat perlu berwaspada tentang komplikasi yang mungkin berlaku dari penggunaan bahan secara tidak betul. 5

Hutan merupakan khazanah berharga yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada manusia. Hutan hujan tropika misalnya, meliputi hanya 12% daripada jumlah kawasan dunia. Namun demikian ia adalah habitat semulajadi kepada hampir 50% hingga 90% spesies tumbuh-tumbuhan, haiwan dan serangga yang terdapat di dunia. Satu hektar tanah hutan hujan tropika di Malaysia mengandungi lebih daripada 180 jenis pokok. Di Semenanjung Malaysia, terdapat lebih daripada 8000 spesies tumbuhan berbunga, 200 spesies mamalia, 600 spesies burung, 115 spesies ular, 80 spesies cicak dan 100 spesies serangga telah direkodkan. Di Sarawak pula, 70% daripada kawasannya adalah diliputi oleh hutan hujan tropika. Ia menempatkan lebih daripada 8000 spesies flora dan 20000 spesies fauna. Hutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok lain. Selain itu, ia juga adalah satu habitat yang sesuai kepada burung-burung yang datang semasa musim sejuk.

Berbagai bahan daripada haiwan di hutan menjadi buruan kepada mereka yang ingin memilikinya sama ada untuk dijadikan ubat, bahan hiasan atau sebagai sumber dagangan yang lumayan. Di antara barangan berasaskan haiwan dan haiwan-haiwan yang diburu ini termasuklah gading gajah, kulit harimau, badak, harimau bintang, tapir, sambur, pelanduk dan burung. Tahi atau najis kelawar pula dipungut untuk digunakan sebagai baja asli. Selain daripada itu, lilin lebah dan sarang burung layang-layang juga dipungut sama ada untuk tujuan makanan atau perubatan.

4. TAKRIF BAHAN HALAL MENGIKUT HUKUM SYARAK

Fiqh Islami telah menetapkan makanan yang halal dan yang haram. Makanan halal boleh ditakrifkan sebagai sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkan dan menggunakannya. Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan (haram) oleh syarak untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan yang ditemui dalam al-Qur’an. Peraturan lain ditambah dengan merujuk fatwa oleh para mujtahid dengan berbagai peringkat ketegasan, tetapi mereka bukan sentiasa dipegang sebagai berautoritatif oleh semua. Menurut al-Qur'an, satu-satunya fokus yang secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan yang mati sendiri, darah, daging babi dan haiwan yang didedikasikan selain untuk Tuhan.(Al-Qur'an 5:3). Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang, termasuk para pesakit dan perawat sendiri.

5

Polisi Kebangsaan untuk Ubat Tradisional/Komplementari, Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Ogos 2001; Handbook of Non- Prescriptions Drug, C.Zolman,A.Vickers,1999. BMJ, 319:693-696; http://nccam.nih.gov/health/; http://www.bpfk.gov.my; http://www.pharmacy.gov.my.

(8)

Dalam kita membincangkan konsep halal haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat Islam sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia diperolehi dengan cara seperti mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang Islam. Sumber utama makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang ada di antaranya yang dihalalkan dan ada yang diharamkan6. Berikut adalah contoh-contohnya:

4.1 Haiwan

Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ; a) Haiwan Darat dan b) Haiwan Air.

Haiwan Darat

Semua haiwan darat(mamalia maun @ mamalia herbivor)seperti lembu,rusa,kambing dan sebagainya, serta keluarga burung yang tidak beracun dan muncung paruhnya tumpul dan bengkok seperti itik,ayam,burung puyuh dan sebagainya halal dimakan, kecuali;

i. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak.(Disembelih bukan kerana Allah). ii. Babi.

iii. Anjing.

iv. Haiwan(mamalia maging @ mamalia karnivor) yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu, kucing dan seumpamanya.

v. Burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan seumpamanya(karnivor).

vi. Haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan,lipas,lalat, ular dan seumpamanya(reptilia).Namun begitu sejenis reptilia padang pasir itu biawak padang pasir(dhab) boleh dimakan dalam Islam.

vii. Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah, burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah. Sejenis belalang daun yang darahnya tidak mengalir boleh dimakan menurut Islam.

viii. Haiwan yang dipandang jijik (keji - al-Khabaith) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya.

6

Lihat koleksi fatwa oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terbitan JAKIM berhubung fatwa mengenai makanan, haiwan dan sebagainya.

(9)

ix. Haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu, anjing laut,singa laut dan seumpamanya (amfibia).Ketam yang hidup dua alam seperti jenis Ketam Batu, Ketam Nipah dan Ketam Hijau adalah haram dimakan (ada khilaf berhubung hidupan ini). x. Semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal, namun haram dimakan kalau berasal dari haiwan yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing.

Haiwan Air

Haiwan air ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ia adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia. Ikan Belacak misalnya halal dimakan. Bagaimanapun terdapat kekeliruan mengenai haiwan dua alam yang kebiasaan hidupnya di dalam air seperti ketam batu dan seumpamanya. Setakat pencarian dan perolehan awal dari penyelidikan ini, tidak terdapat sebarang dalil yang khusus mengatakan binatang dua alam itu haram dimakan. Persoalannya, bagaimana pula hukum ini boleh keluar apatah lagi ia merupakan qaul yang masyhur dalam mazhab syafi’I sepertimana dinukilkan oleh kitab-kitab an-Nawawi, Imam Rafi’iy dan al-Ghazali. Pendapat ini juga dipegang oleh mazhab Hanbali.

Mereka yang mengatakan binatang dua alam ini haram dimakan berdasarkan hadith berikut: Dari Abdur Rahman ibnu Uthman menerangkan, “Di hadapan Rasulullah S.A.W. seorang tabib memeperagakan semacam ubat dan dia menyebutkan tentang hal katak yang dimasukkan ke dalam ubat itu. Rasulullah S.A.W. melarang kita membunuh katak itu.”*HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasa’I+

Hukum ke atas katak ini, kemudian diqiaskan kepada yang hidup sepertimana katak. Sabdanya lagi, “Airnya,(iaitu laut) menyucikan dan halal bangkainya.”

Hadis di atas merujuk kepada hidupan laut. Adapun binatang dua alam ini tidak termasuk dalam keterangan di atas kerana mereka juga hidup di darat. Maka berdasarkan firman Allah di bawah, mereka membuat kesimpulan bahawa dua alam itu haram di makan.

“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai,…..”*5:3+

Di samping itu terdapat juga beberapa hadith yang menjelaskan ayat di atas iaitu:

Rasullullah S.A.W. bersabda, “Dihalalkan untuk kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah; ikan dan belalang, hati dan limpa.”

Ulama’ mengqiaskan ikan itu kepada segala jenis hidupan laut yang hanya tinggal di dalam laut/air. Oleh itu, binatang dua alam tidak termasuk.

(10)

Walaupun begitu, perlu kita ketahui bahawa dalam Islam, asal setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nas yang sahih lagi sorih (jelas/tegas) dari syari’ yang mengharamkannya. Jika tidak ada nas yang sahih dan yang ada hanya hadith da’if – atau nas berkenaan sahih tetapi tidak sorih dalam menunjukkan keharamannya, maka hal ini akan kekal atas sifat asalnya sebagai hal yang diharuskan.

Daripada Abi Darda’, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Apa yang Allah halalkan di dalam KitabNya, maka ia adalah halal. Dan, apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Manakala apa yang didiamkan olehNya, maka ia adalah dimaafkan. Oleh itu, terimalah kemaafan dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan lupa sedikitpun.” Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat: “Dan Tuhanmu tidak pelupa.”(Maryam: 64) (HR Al-Hakim, dan dia mensahihkannya dan dikeluarkan oleh al-Bazzar, dia berkata: Sanad yang baik).

Maka, berdasarkan dalil yang dipakai oleh mereka yang mengatakan binatang dua alam itu haram, kita dapati tidak terdapat satupun yang khusus menunjukkan ke arah keharamannya. Dalil yang paling hampir ialah mengenai katak. Jelas, berdasarkan kaedah yang telah diutarakan, kalau kita menerima hadith ini menunjukkan keharaman, keharaman itu hanyalah ditujukan kepada katak. Mengqiaskannya kepada semua yang hidup dua alam itu tidak tepat. Sekiranya kita menerima pendapat haramnya binatang dua alam, mengapa pula kita boleh memakan ketam/kerang yang pada biasanya dijual di pasar-pasar dalam keadaan hidup. Bukankah itu membuktikan binatang ini mampu hidup di atas darat?

Pendapat yang kuat ialah secara umumnya, binatang dua alam itu halal. Justeru itu, kita perlu ingat, bahawa Islam juga ada menggariskan satu lagi kaedah dalam mengenal pasti halal atau haramnya sesuatu binatang itu, iaitu berdasarkan kepada firman Allah S.W.T.:

“Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” ( Surah Al-Baqarah: 16)

“Katakanlah! Aku tidak menemukan tentang sesuatu yang telah diwahyukan kepadaku soal makanan yang diharamkan untuk dimakan, melainkan bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi; karena sesungguhnya dia itu kotor (rijs), atau binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih.” (Surah Al-An`am: 145)

Dari ayat di atas, illat kepada keharaman bangkai, darah yang mengalir, babi adalah kotor. Berdasarkan illat ini, kita boleh mengqiaskannya kepada apa-apa binatang yang mempunyai illat yang sama dengannya iaitu kotor. Sebagai contoh, sekiranya kita melihat sesuatu binatang itu sememangnya kotor dari segi gaya hidup dan seumpamanya, maka ia menjadi haram.

Walaupun begitu, kita perlu ingat, kadang-kadang `uruf dari satu tempat ke satu yang lain itu berlainan. Mungkin pada masyarakat negara Malaysia, binatang itu menjijikkan, tetapi pada

(11)

masyarakat berbangsa China tidak pula. Misalnya udang dan ketam halal di sini Syafi`ii tetapi haram di sisi pengikut mazhab Hanafi.

Maka, kesimpulannya, setiap apa yang dinyatakan dalam nas yang mengatakan ia haram, itulah haram. Yang tidak dikatakan haram, maka ia didiamkan syara’. Namun Islam menitikberatkan kebersihan. Tinggalkanlah sesuatu perkara yang dianggap pada dirinya jijik dan kotor. Tetapi jangan pula kita menjadi pelik jika ada orang yang memakannya di negara lain.

Telur buaya, telur penyu/tuntung dan seumpamanya

1. Buaya - menurut pandangan yang sahih bahawa adalah haram memakannya, kerana ia juga tinggal di darat dan mempunyai taring, walaupun ia menghabiskan masa yang lama di dalam air, akan tetapi sebab yang awal tadi mendahului hukum (binatang darat yang bertaring). Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa buaya diharamkan oleh Mazhab Syafie dan Hanbali:

“Kerana kotornya buaya dan sesungguhnya ia kuat pada taringnya dan buaya memakan orang”

Sudah tentu telur buaya juga haram dimakan.

2. Penyu - Binatang yang memang tinggal di laut dan juga yang tinggal di darat, tiada khilaf di kalangan ulama’. Akan tetapi, binatang yang hidup di dalam dua alam, wujudnya khilaf di kalangan ulama’, termasuklah penyu. Berkata Dr Abdullah Faqih :-

“Ulama; membenarkan memakan penyu atas umum perintah Allah S.W.T. : Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik (2:16) dan juga firmannya : padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu (6:119) dan mereka bercakap mengenai rekomendasi penyu : apa yang hidup di darat, tidak ada perselisihan mengenainya, dan apa di bumi dan laut seperti anjing air dan penyu tersdapat khilaf di kalangan mereka, mereka yang rekomen berkata : sesiapa yang tidak mempercayainya, dicadangkan mula-mula sekali keluar dari perselisihan”

Ibn Qudamah di dalam al-Mughni7 mengatakan bahawa penyu boleh dimakan sekiranya disembelih. Katanya : “Semua yang hidup di darat dari kalangan binatang laut, tidak halal tanpa disembelih, sebagaimana burung laut, penyu, anjing laut, melainkan ia tidak berdarah seperti ketam dihalalkan tanpa sembelih”

Di kalangan ulama’ yang berpegang kepada pandangan ini membenarkan memakan telur penyu.

Organ dalaman binatang buas untuk dijadikan Ubat

7

(12)

Mengenai berubat dengan menggunakan barangan haram, di sini saya mengambil petikan pandangan Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi, di dalam bab (ةرورض ءاود لا) darurat kerana berubat, di dalam buku Halal dan Haram (ms 49-50) (terjemahan Ustaz Zainys, al-ahkam) :-

“Darurat kerana berubat ialah, kesembuhan suatu penyakit bergantung kepada makanan yang diharamkan. Mengenai hal ini, para fuqaha’ telah berselisih pendapat mengenainya. Sebahagian mereka tidak menganggap berubat dalam keadaan ini sebagai darurat yang memaksa sebagaimana dalam masalah makan. Pendapat ini bersandarkan kepada Hadith: Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhanmu dengan sesuatu yang Ia haramkan atas kamu.” (Riwayat Bukhari)

4.2 Tumbuh-tumbuhan

Semua jenis tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa, beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.

4.3 Minuman

Semua air atau campuran pelbagai jenis ramuan untuk diminum adalah halal diminum kecuali yang beracun misalnya racun atau ubatan merbahaya, memabukkan dan membahayakan kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis. Seperti arak, alkohol , minuman beracun dan berkaitan dengannya.

4.4 Bahan Semulajadi

Semua bahan semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

4.5 Bahan Kimia

Semua bahan kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.

4.6 Bahan TambahBahan Tambah (Food Additives) seperti penstabil, pengemulasi,

pewarna,perisa,pengawet dan seumpamanya adalah halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang diharamkan oleh hukum syarak.8

4.7 Bahan Khusus Keperluan Manusia

8

Rujuk fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terbitan JAKIM berhubung fatwa berkaitan bahan tambah dalam makanan dan ubatan.

(13)

Bahan kegunaan manusia atau orang Islam selain makanan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu;

 a) Kosmetik

 b) Pakaian dan peralatan. a) Kosmetik

Kosmetik adalah bahan-bahan atau ramuan yang terdiri daripada pelbagai unsur untuk dimasukkan ke dalam tubuh, disapu, digosok, dibalut, ditempel, dipakai dengan tujuan untuk kecantikan seperti pewarna rambut, bedak, gincu, pewarna kuku,maskap muka,celak dan seumpamanya.Bahan kosmetik yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan kimia adalah boleh digunakan kecuali yang beracun dan membahayakan kesihatan. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada sumber haiwan halal yang disembelih menurut kehendak syarak adalah boleh digunakan.

Penggunaan bahan pewarna adalah dibolehkan untuk mewarnakan rambut atau janggut atau kuku,namun penggunaannya mestilah bertempat dan tidak mendatangkan keburukan di kalangan masyarakat serta bahan yang digunakan perlulah suci,selamat,halal dan tidak menyekat pengaliran air masuk ke dalam kulit kepala. Pembuatan tatu pada tubuh manusia dengan apa cara sekali pun juga adalah haram disisi Islam.

b) Pakaian dan Peralatan

Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat dari tumbuh-tumbuhan boleh digunakan. Begitu juga bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada bulu haiwan boleh digunakan kecuali bulu babi dan anjing. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada tulang, tanduk,kerang-kerangan, kuku dan gigi haiwan yang dagingnya halal dimakan melalui sembelihan mengikut hukum syarak juga boleh digunakan. Bahan pakaian dan alatan yang diperbuat daripada kulit haiwan (kecuali kulit babi dan anjing) yang telah disamak boleh digunakan.Menyambung rambut palsu bukan bermaksud menocang rambut sendiri adalah haram perbuatan itu.Wanita Islam yang sudah akhil baligh wajib baginya mengenakan tudung bagi menutup rambutnya dan kepalanya.Semua umat Islam samada lelaki ataupun wanita wajib baginya untuk menutupkan auratnya seperti yang telah diperintahkan oleh Allah. Islam juga melarang akan penganutnya untuk mencabut,memotong,mencukur bulu alis mata atau keningnya, kerana perbuatan itu adalah haram serta mengubah hak ciptaan Allah Taala.

Membasuh Kulit Selepas Menyamak

Menurut pendapat yang ashah, ketika menyamak kulit binatang tidak wajib dibasuh dengan air. Oleh itu, sunat sahaja ketika menyamak kulit itu disertai dengan air. Dalam hal ini apabila kulit berkenaan selesai disamak maka harus ia diperjualbelikan, walaupun ia tidak dibersihkan dengan air.

(14)

Akan tetapi dalam masalah menggunakannya untuk kepentingan ibadat sembahyang, seperti dibuat pakaian untuk menutup aurat dan seumpamanya, ataupun untuk kegunaan menyimpan barang yang basuh seperti air dan seumpamanya, tidak harus menggunakan kulit yang telah siap disamak bagi tujuan-tujuan tersebut (untuk dibawa sembahyang dan menyimpan benda yang basah) melainkan setelah dicuci dengan air, sekalipun ia disamak dengan bahan yang suci, apatah lagi jika kulit itu disamak dengan menggunakan bahan penyamak yang najis, kerana kulit yang telah disamak itu diumpamakan seperti pakaian yang terkena najis.

Adapun jika dibersihkan najis itu dengan air sebelum kulit itu disamak adalah tidak memadai. Sebagai contoh, jika kulit yang belum disamak itu terkena najis mughallazhah lalu disucikan dengan air sebanyak tujuh kali di mana salah satunya bercampur tanah, maka tidak diterima taharah (penyucian) itu. 9

Kesimpulannyaa, sungguhpun kulit yang sudah disamak dianggap suci dari segi di mana sebelumnya ia dianggap sebagai bangkai, akan tetapi ia belum boleh dimanfaatkan (kecuali dalam masalah jual beli) melainkan setelah dibersihkan terlebih dahulu dengan air setelah kulit berkenaan siap disamak. Adapun pembersihan kulit dengan menggunakan air sebelum atau semasa kulit disamak adalah tidak memadai.

Penggunaan Kulit Binatang Yang Disamak

Penggunaan kulit binatang yang telah disamak adalah diharuskan dalam Islam sama ada dijadikan kasut, pakaian atau sebagainya. Walaubagaimanapun perlu diingat bahawa kulit anjing dan babi adalah tidak harus dimanfaatkan walaupun sesudah disamak. Seperti yang sudah dimaklumi bahawa anjing dan babi itu keduanya adalah najis mughallazah (najis berat). Selain ditegah memakan daging babi dan anjing, ditegah juga memanfaatkan segala anggota binatang itu seperti kulit, bulu dan sebagainya, kerana babi dan anjing itu sendiri adalah najis al-‘ain. Sesuatu yang basah atau cecair yang datang daripada najis anjing, dan babi, seperti tahi, kencing, air liur, peluh dan darah adalah najis. Begitu juga sesuatu yang kering daripadanya seperti bulu dan kulit apabila disentuh dalam keadaan basah juga adalah najis. Cara menyucikan daripada najis ini, hendaklah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali. Salah satu daripadanya air yang bercampur tanah.10

Ada juga sebahagian ulama seperti al-Awza’ie dan ulama yang sependapat dengan beliau mengatakan bahawa binatang buas seperti harimau, serigala dan sebagainya, adalah ditegah menggunakannnya. Mereka berhujah dengan hadith daripada Usamah yang maksudnya : “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melarang daripada menggunakan kulit-kulit binatang buas. “(Hadith riwayat Abu Daud).

9

Lihat umpamnya Nihayah al-Muhtaj, Kitab al-Taharah, Bab al-Najasah Wa Izalatuha : 1/251 ; Al-Minhaj

fi Syarh Shahih Muslim, Kitab Haid, Bab Thaharah Julud Maitah; Mughni Muntaj, Kitab al-Taharah, Bab an-Najasah.

10

(15)

Dalam riwayat yang lain, daripada Usamah yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang daripada menggunakan kulit-kulit binatang buas untuk dihamparkan sebagai alas.” (Hadith riwayat At-Tirmizi).

Namun menurut ashab al-Syafi’i, semua kulit bangkai itu termasuk kulit binatang buas adalah suci setelah disamak, melainkan kulit anjing dan babi. Mereka berhujah dengan beberapa dalil daripada hadith, di antaranya hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas, beliau berkata yang maksudnya :

“Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Jika kulit disamak maka ia menjadi bersih.” (Hadith riwayat Muslim).

Dalam hadith yang lain, daripada ‘Aisyah R.A yang maksudnya :

“Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengizinkan untuk menggunakan kulit-kulit bangkai jika telah disamak.” (Hadith riwayat Al-Nasa’i)

Hadith di atas menunjukkan bahawa kulit bangkai binatang adalah suci setelah disamak. Kulit bangkai di sini adalah umum termasuklah juga kulit binatang buas melainkan apa yang telah disepakati akan larangannya iaitu anjing dan babi.

Adapun hujjah daripada hadith yang dikemukakan oleh Al-Awza’i sebelum ini boleh dimaksudkan kepada kulit binatang buas yang masih berbulu, kerana pada kebiasaanya kulit binatang buas itu digunakan dalam keadaannya yang masih berbulu. Oleh itu, kulit binatang buas itu tidaklah najis, namun yang dimaksudkan dalam hadith itu ialah bulu yang ada pada kulit tersebut. Ini kerana kulit bangkai yang masih nyata berbulu tidak akan suci walaupun setelah disamak, kerana samak itu tidak akan memberi kesan kepada bulu.11

Oleh itu, kulit yang telah disamak dan suci, harus digunakan samada untuk dijadikan pakaian, tempat menyimpan barang yang basah atau kering, dijual beli dan boleh dibawa ketika sembahyang. Adapun memakan kulit bangkai yang disamak, menurut qaul qadim dan pendapat yang ashah adalah haram sama ada ia binatang ma’kul (yang boleh dimakan) atau ghair al-ma’kul (tidak boleh dimakan).12

Persoalan timbul apabila menggunakan kulit tadi untuk tujuan pengubatan dan pesakit dikehendaki memakannya, malahan terdapat sesetengahnya berasal dari kulit yang najis iaitu kulit anjing dan babi. Oleh itu fahamilah bahawa:

 Tujuan menyamak ialah untuk menyucikan kulit yang najis (bangkai).

11

Lihat Al-Majmu’, Kitab Al-Thaharah, Bab al-A’niah : 1/277-278.

12

(16)

 Hukum menyamak kulit adalah harus.

 Menyamak tidak tertentu kepada orang Islam sahaja bahkan orang kafir pun boleh menyamak asalkan ia mengikut cara yang dilakukan oleh orang Islam.

 Hubungan menyamak kulit dengan kehidupan manusia:

 Hanya kulit sahaja yang boleh disamak, tidak boleh pada kuku, gigi dan tulang.

Takrif dan Pengenalan Bangkai

Persoalan timbul tentang penggunaan sumber dari haiwan yang sudah menjadi bangkai untuk dijadikan bahan rawatan. Binatang yang halal dimakan yang mati tidak disembelih mengikut cara-cara Islam. Binatang yang haram dimakan yang mati sama ada disembelih atau tidak, tetap ia menjadi bangkai. Bangkai meliputi:

a) Binatang-binatang yang mati tanpa sembelih, binatang yang disembelih dengan menggunakan tulang. binatang yang disembelih oleh orang Majusi (orang yang menyembah api) dan sembelihan orang-orang yang berihram (Ihram haji atau umrah)

b) Binatang yang tidak suci kulitnya walaupun disamak iaitu:  Babi

 Anjing

 Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan di antara anjing dan babi

 Anak yang dilahirkan daripada perkahwinan binatang yang halal dengan anjing atau babi.

Alat-alat yang digunakan untuk menyamak kulit iaitu sesuatu yang tajam rasanya atau kelat seperti tawas, cuka, asam, limau dan sebagainya.

Cara menyamak kulit binatang :

Terlebih dahulu hendaklah disiat kulit binatang daripada anggota badan binatang (setelah disembelih). Dicukur semua bulu-bulu dan dibersihkan segala urat-urat dan lendir-lendir daging dan lemak yang melekat pada kulit. Kemudian direndam kulit itu dengan air yang bercampur dengan benda-benda yang menjadi alat penyamak seperti asid dan bahan kimia sehingga tertanggal segala lemak-lemak daging dan lendir yang melekat di kulit tadi. Kemudian diangkat dan dibasuh dengan air yang bersih dan dijemur. Justeru itu perlu diperhatikan bahawa:

 Kulit yang disamak itu haram dimakan kerana boleh mendatangkan mudarat pada anggota badan manusia. Justeru itu berhati-hatilah untuk dijadikan bahan rawatan.

(17)

 Maksud perkataan suci zahir dan batin pada menyamak kulit binatang: Suci pada zahir itu ialah ialah sebelah luar tempat tumbuh bulu yang telah dicukur dan kulit itu melekat pada daging. Suci pada batin ialah di sebelah dalam kulit yang bermakna kulit itu dibelah maka bekas belahan itu suci.

 Bulu-bulu binatang yang telah disamak dan terlekat pada kulit kiranya sedikit adalah dimaafkan.

 Hubungan menyamak kulit binatang dengan ilmu-ilmu yang lain: Pada Ilmu Muamalat kulit yang telah disamak boleh dijualbeli. Pada Ilmu Jinayat kulit yang telah disamak boleh dipotong tangan apabila dicuri. Pada Ilmu Faraid kulit yang telah disamak boleh dipusakakan.

 Kesimpulan ialah menyamak kulit binatang adalah bertujuan menyucikan kulit13.

Sebahagian fuqaha’ pula mengatakan bahawa ia dapat digolongkan di dalam keadaan darurat. Mereka menganggap masalah memakan ubat sama seperti masalah makan (boleh makan yang diharamkan ketika darurat). Dalil golongan yang membolehkan memakan yang haram kerana berubat ialah, Nabi Muhamad s.a.w. pernah memberi rukhsah (keringanan) memakai sutera kepada Abdul Rahman bin Auf dan al-Zubair bin al-Awam r.a. Ini disebabkan penyakit yang menimpa mereka berdua, sedangkan pemakaian sutera adalah dilarang dan pemakainya diancam. Barangkali inilah pendapat yang lebih hampir kepada roh Islam yang bersifat sentiasa melindungi kehidupan manusia. Sifat ini boleh kita perolehi di dalam setiap pensyariatan dan pesan-pesannya.

Namun, rukhsah (keringanan) memakan ubat yang mengandungi bahan yang diharamkan ada beberapa syaratnya, iaitu:

1. Dapat benar-benar membahayakan kesihatan jika tidak memakan ubat berkenaan. 2. Tidak terdapat ubat lain yang halal sebagai penggantinya.

3. Hal ini disahkan oleh doktor yang dapat dipercayai dari sudut kepakaran dan agamanya. Dapat kami katakan dari apa yang kami ketahui berdasarkan kepada kenyataan yang berlaku dan bersandarkan kepada kenyataan doktor-doktor yang dapat dipercayai: Bahawa tidak ada darurat perubatan yang sampai ke peringkat terpaksa memakan sesuatu yang diharamkan sebagai ubat. Cuma, kami di sini hanya menetapkan prinsipnya sahaja sebagai langkah

13

(18)

jaga (ihthiati) kepada orang Islam yang kadangkala berada di suatu situasi di mana tidak ada apa-apa melainkan yang diharamkan sahaja.14

5 BAHAN ALAMI

Dalam perubatan tradisional terdapat beberapa bahan asas yang penting dalam perawatan seseorang pesakit. Selain tumbuh-tumbuhan, ianya termasuk:

a) Air

Air merupakan bahan yang terpenting dalam perawatan menurut kaedah Islam. Air biasanya digunakan untuk memandikan pesakit bagi penyakit yang tidak serius. Namun begitu terdapat beberapa jenis air mengikut keutamaan yang boleh digunakan. Jenis-jenis air tersebut;

o Air zam-zam

o Air tadahan hujan malam Jumaat, air tersebut perlu ditadah menggunakan bekas palstik dan bukannya bekas yang dibuat daripada besi, tembaga, timah dan sebagainya

o Air hujan tiruan (air suling)

o Air yang diperolehi dari tanah (air mineral)

o Air perigi (air mutlak ) yang mengalir melalui akar-akar kayu

o Air paip biasa yang dimasak

Penggunaan air perlu didahului dengan ruqyah iaitu bacaan doa-doa dan ayat al-Qur’an. Air yang hendak digunakan perlu ditiup tanpa mengeluarkan air liur sama ada 3 atau 7 kali. Setiap kali meniup ke arah pesakit perlu didahulukan dengan bacaan al-Qur’an dan doa- doa khas. Air juga digunakan untuk merebus tumbuh-tumbuhan ubatan, disapu di tempat sakit, dimandikan pesakit dan sebagainya.

b) Pengggunaan makhluk halus

Mahkluk halus bukanlah sesuatu benda kasar atau berjisim yang boleh dipegang dalam bentuknya yang asal. Walaupun jin, syaitan, iblis tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun ada manusia yang berusaha agar mampu untuk menguasai atau memiliki mereka. Berbagai cara digunakan untuk memilikinya seperti mengamalkan wirid-wirid atau bacaan tertentu ditempat yang sunyi yang bertujuan supaya makhluk datang mendampingi mereka sebagai khadam. Kemudian diadakan perjanjian antara makhluk ghaib dengan manusia yang ingin memiliknya. Dalam urusan perubatan, berkemungkinan terdapat perawat yang menggunakan

13. Dr Abdullah Faqih.ةاف حل س لا ل كأ مك ح. url:

http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=71513; Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. al-Halal wa al-Haram fi Islam. cet. 27. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002; Dr Wahbah Al-Zuhaily, Fiqh & Perundangan Islam.; TM Hasbi, Koleksi Hadis-hadis Hukum dan lain-lain.

(19)

makhluk ini untuk mendapatkan berita berkaitan punca penyakit dan bahan rawatan dan ada ketikanya meminta bantuan langsung daripada makhluk itu untuk menyembuhkan pesakit. Di dalam Islam, ramai yang mempercayai bahawa kebanyakan orang yang alim didampingi oleh jin Islam, iaitu jin yang taat dengan perintah Allah. Bukan sebarang orang yang mampu untuk didampingi oleh jin Islam kerana pemiliknya mestilah orang yang betul-betul taat dan ikhlas kepada Allah sahaja. Biasanya untuk mendapatkan jin Islam ialah dengan menggunakan ayat-ayat al-Qur’an, bahkan ada yang mempercayai setiap huruf atau abjad al-Qur’an mempunyai khadam-khadamnya yang tersendiri.

Makhluk halus ini digunakan untuk pelbagai tertentu seperti menjaga keselamatan harta dan termasuk bidang perubatan. Ada di kalangan bomoh yang menggunakan peliharaan untuk menyantau secara ghaib, menganggu ketenteraman seseorang atau keluarga dan sebagainya. Untuk mengenali orang yang memiliki peliharaan iaitu ketika berjalan orang itu berjalan tunduk, matanya merah dan berjalan pantas. Mereka dapat dikesan ketika berubat iaitu meminta mereka menyeru kepada ‘khadamnya’ ketika berubat pesakit. ‘Peliharaan’ juga dapat digunakan untuk mendapatkan bahan perubatan yang sukar didapati, serta dapat memberi rawatan dalam rawatan patah, terseliuh, terpelecok dan sebagainya. Si bomoh tidak perlu mengurut, cuma menjampi minyak untuk disapukan oleh pesakit apabila malam, semasa pesakit tidur maka barulah si bomoh mengarahkan peliharaannya merawat pesakit tersebut. Walaupun penggunaan makhluk halus ini dikatakan dapat mempermudahkan rawatan namun terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi, jika melanggarnya boleh menyebabkan peliharaan memakan tuan yang memeliharanya. Perawat Islam yang terperangkap dengan hal ini secara sedar dan sengaja harus berhati-hati kerana perbuatan anda biasanya akan diketahui oleh perawat lain yang mempunyai keupayaan dan amalan tertentu. Terdapat juga pesakit yang didiami jin memberitahu bahawa perawat Islam tertentu menggunakan khidmat khadam atau jin, bahkan melakukan kaedah menurun. Sekiranya ramai pesakit memberitahu maklumat yang serupa, berkali-kali, maka hal ini boleh dianggap serius dan Darussyifa’ halus menyelidikinya dengan berhati-hati.

c) Penggunaan bahan perantaraan

Bahan perantaraan biasanya terdiri daripada patung manusia (yang dibuat dari tanah, kayu dan sebagainya), ayam, katak dan lain-lain. Sesetengahnya didapati dari pada orang yang ingin dituju seperti air liur, tanah bekas tapak kaki dan pakaiannya. Bomoh akan memuja bahan-bahan tersebut menyebabkan orang yang dituju akan merasai kesannya.

Untuk memulangkan barang dicuri, patung seperti manusia akan dibuat, kemudian dipuja dengan bacaan tertentu. Patung tersebut akan dicucuk jarum atau sebagainya, si pencuri akan merasa sakit hingga ia memulangkan kembali barang yang dicuri. Air ludah, tanah bekas tapak kaki dan pakaian boleh digunakan untuk pengasih atau upacara tertentu. Untuk membalas dendam dan sebagainya patung, ayam, pakaian dan katak digunakan. Dalam rawatan Islam

(20)

terdapat doa-doa dan ruqyah tertentu digunakan, manakala bahan yang sering digunakan seperti batu sungai yang dibacakan Yasin 7 mubin.

d) Penggunaan haiwan dalam pengubatan tradisional15

Selain mendatangkan penyakit, haiwan juga sering digunakan sebagai penawar kepada penyakit tertentu. Sebagai contoh;

o Anak tikus. Ia dapat menyembuh penyakit lelah. Seekor anak tikus yang baru dilahirkan, dimasukkan ke dalam pisang dan ditelan bersama.

o Lintah sawah. Ia digunakan untuk pemindahan darah

o Minyak kambing gurun. Ia boleh digunakan untuk merawat sakit urat, sakit perut dan menyembuh luka.

o Ikan haruan. Ia mempercepatkan sembuh akibat luka selepas pembedahan

o Lipas. Ia digunakan untuk sakit lelah. Ambil lima atau enam ekor lipas kemudian digoreng dan dimakan.

o Gonggok. Sekiranya digigit binatang berbisa yang lain, ambil seekor gonggok dan gosok tempat yang digigit.

o Lipan. Boleh hilangkan bisa sengatan. Masukkan seekor lipan ke dalam botol yang mengandungi minyak kelapa dan simpan beberapa ketika. Sekiranya digigit lipan, ambil minyak tadi dan sapukan di tempat yang digigit

6 BAHAN BUKAN HERBA DALAM AL-QURAN DAN SUNNAH

Dalam al-Qur’an disebut beberapa bahan yang terdiri dari ciptaan Allah SWT baik di darat mahupun di air/laut yang boleh digunakan oleh manusia dan mempunyai khasiat atau kelebihan tertentu sebagai bahan rawatan. Ciptaan Allah di darat meliputi tanah tanih, tumbuhan, geliga dan permata, batuan (seperti arang batu) dan haiwan. Selain itu terdapat bahan hidupan dan benda bukan hidup di dalam perut bumi seperti minyak, gas dan sebagainya. Juga termasuk yang berterbangan di udara seperti burung dan unggas. Ciptaan di laut/sungai pula termasuklah air, garam, haiwan akuatik, tumbuhan laut dan batuan (termasuk mutiara, geliga permata dan sebagainya). Khasiat dan kegunaan haiwan darat dan udara kebiasaannya terletak pada; daging, susu, telur, mata, madu, air kencing, bulu, tanduk, sumbu, gading, tulang, kulit, gigi dan geraham, lelangit (seperti buaya) dan organ dalaman seperti hati, hempedu, limpa dan sebagainya16.

15

Lihat selanjutnya dalam Norhalim Haji Ibrahim. Perubatan tradisional. Penerbit Fajar Bakti

SDN. BHD. Shah Alam.1997.

16

(21)

Antara yang disebut dalam nas ialah: burung, cuka, buah delima, dab (sejenis biawak), gandum, susu haiwan, garam, tamar, telur, buah tin, buah zaitun, madu lebah, delima, daun bidara, kapur barus, air dan lain-lain.

Khasiat telur misalnya pernah disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bayhaqi bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya) : Bahawa seorang antara para Nabi mengadu kepada Allah SWT akan keletihan, maka Dia menyuruhnya makan telur. 17

Khasiat burung18 pula sepertimana diketengahkan oleh Allah SWT menerusi al-Qur’an (al-Waqi`ah:21) yang bermaksud:

Dan daging burung yang menyelerakan mereka.

Begitu juga khasiat tanah yang menumbuhkan pelbagai jenis tumbuhan beraneka jenis, bentuk, warna dan khasiatnya. Nabi Adam a.s juga adalah ciptaan Allah SWT dari bahan semulajadi iaitu tanah, sepertimana Firman Allah SWT (bermaksud) : Sesungguhnya perbandingan (dalam penciptaan) Nabi Isa (yang tiada berbapa) samalah seperti (penciptaan) Nabi Adam yang Allah jadikan daripada tanah.(Ali-`Imran:59)

Lihat juga Firman Allah (surah Taha:55) yang bermaksud: Darinyalah (tanah) kami ciptakan kamu dan kepadanya kami kembalikan (matikan) kamu dan darinyalah (tanah) kami keluarkan (bangkitkan) sekali lagi (hari kebangkitan:akhirat).

Mengenai khasiat air boleh dilihat di beberapa tempat dalam al-Qur’an, antaranya Firman Allah (surah Qaf:9) yang bermaksud: Dan kami menurunkan dari langit akan air yang berkat.

Khasiat garam19 juga boleh dilihat menerusi sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar (riwayat al-Baghawy dalam tafsirnya)20 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.

Dalam rawatan Islam, khasnya di Darussyifa’ garam (khususnya garam buku/kasar) digunakan sebagai bahan penghalau makhluk halus. Namun demikian ia mempunyai beberapa khasiat lain seperti dapat menguatkan tubuh, ubat sopak (balar), mencegah lumpuh, mematikan kuman, menahan luka, menahan lapar, membersih gigi, menghilang candu rokok, memecah lendfir, mengelok suara, darah tersumbat, bintik atau bintil kulit, menahan muntah, pesakit darah rendah, melicinkan kulit, berjaga malam dan menahan daging atau ikan dari cepat busuk.

17

Lihat ibid, hlm. 236.

18

Perawat Darussyifa’ sering menggunakan burung ciak rumah atau pipit untuk merawat pesakit lelah dan asma.

19 Garam antara bahan utama untuk merawat penyakit gangguan khususnya gangguan rumah atau kediaman. 20

Hadith tentang khasiat garam boleh dirujuk dalam beberapa riwayat, antaranya riwayat Anas bin Malik, Ibn Majah, Miskah al-Masabih, al-Bazzar dll.

(22)

Al-Baghawi dalam tafsirnya ada menyebut bahawa daripada Abdullah bin Umar RA dengan sanad marfu`: Bahawa Allah telah menurunkan empat perkara yang berkat dari langit ke dunia iaitu besi, api, air dan garam.

Susu pula merupakan antara minuman kegemaran Rasulullah SAW, khasnya susu unta. Anas bin Malik menceritakan baginda bersabda (maksudnya): Minumlah susu unta. Kemudian Anas menyambung: maka (sekumpulan orang Madinah) meminum susu unta dan air kencingnya sehingga badan-badan mereka menjadi segar (sesudah sakitnya)21

Rujuk juga surah al-Nahl: 66 Allah SWT berfirman (maksudnya): Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.

Rujuk juga firman Allah SWT dalam surah Muhamamad:5 (maksudnya):

Padanya (syurga) beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya

Sesiapa yang diberi makanan oleh Allah, maka hendaklah ia membaca; Ya Allah, berilah kami keberkatan kepada makanan ini dan berilah lagi makanan kepada kami yang lebih baik dari ini.” Dan sesiapa yang diberi minum susu oleh Allah, maka hendaklah ia membaca : Ya Allah berkatilah bagi kami pada minuman ini dan tambahkan lagi kepada kami (susu).” Sesungguhnya tidak ada satu makanan dan minuman yang cukup lengkap (khasiatnya) selain dari susu. Riwayat Abu Daud.

Bahan dari tubuh manusia sendiri ada yang boleh dijadikan ubat.22 Air mani manusia misalnya digunakan oleh tabib tradisional untuk mengubati penyakit lelah (meskipun tidak diminum tetapi ianya bersifat bersih dan tidak mengandungi kuman).23Begitu juga air liur yang disembur bersama-sama air doa dalam kaedah rawatan Islam ke atas pesakit. Juga air liur basi24 untuk diuli-uli pada biji kenan kanak-kanak atau pada bisul. Tok Kenali juga dikatakan pernah menggunakan air liur untuk diludah pada kanak-kanak agar nanti menjadi manusia cerdik. Air liur orang berpuasa juga dikatakan mengandungi khasiat dan boleh menawar bisa ular atau

21

Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan lain-lain. Menurut kajian perubatan, tahi dan air kencing unta tidak didapati kuman dalamnya. Kuman unta hanya terdapat dalam buih mulut atau air liurnya (lihat Ensiklopedia

Misteri, hlm. 339)

22

Lihat Ensiklopedia Misteri, hlm. 94 dst.

23

Ibid, hlm. 94.

24 Orang lama menggunakan air liur basi untuk dilumur di kepala zakar untuk mengeraskannya sebelum berjuang

(lihat ibid,). .

(23)

mematikan ular jika diludah di tempat lukanya. Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith di mana A’isyah R.A berkata (maksudnya): Bahawasanya kebiasaan Nabi SAW menjampikan mangsa luka dengan menyebut; dengan nama Allah, debu tanah kami, dengan air liur sebahagian kami, maka sembuhkanlah kesakitan kami, dengan izin Tuhan kami.

Rambut dan kuku harus dijaga dengan cermat kerana apabila sampai ke tangan musuh mereka boleh menggunakannya untuk membinasakan kita. Pada hari ini antara sampel DNA ialah melalui rambut dan kuku. Rambut manusia digunakan sebagai salah satu bahan untuk dibalut di tempat luka gigitan anjing. Begitu juga air mata mengandungi bahan asid yang boleh memusnahkan kuman dan mengeluarkan sampah atau debu yang masuk ke dalamnya.

Tahi hidung pula boleh digunakan untuk disapu ke bintil-bintil bagi merawat jerawat batu dan ia menjadi penapis untuk bendasing yang memasuki lubang hidung. Begitu juga tahi telinga adalah bersifat pahit, maka ia menjadi benteng kerana haiwan-haiwan dan serangga kecil yang memasuki akan terperangkap dan mati atau terusir.

Hadith sebelum ini menyebut bahawa bukan saja air liur berguna, bahkan tanah mempunyai khasiat tertentu. Antara khasiat lain yang digunakan sebagai bahan rawatan ialah sebagai penawar bisa dan racun, mempermudahkan kelahiran, mengubat luka dan risa, barah susu (payudara) iaitu menggunakan tanah dari sarang angkut-angkut dan pembersih najis berat serta bahan menyamak. Tanah liat pula dijadikan ubat kepada penagih dadah, gout, penawar racun, darah tinggi, masalah rahim, kencing manis, sendawa dan lain-lain.25

Dalam amalan di Darussyifa’, air embun digunakan untuk pesakit jantung, lumpuh dan asma. Ia merupakan air mutlak yang suci dan menyucikan serta boleh digunakan untuk mengambil wuduk. Air ini mengandungi penawar serta energi yang baik. Air embun yang terdapat di pucuk pisang dan bemban misalnya digunakan untuk dititiskan ke dalam mata. Selain itu ia digunakan juga untuk merawat penyakit lelah dan batuk serta untuk memperelokkan suara. Bagi tujuan memperbaiki tenaga batin pula, selepas solat subuh, air embun di sapu ke zakar dengan menggunakan tangan kiri sambil berdoa agar segera ia bangkit serta bersedia untuk berjuang. Mengenai kapur makan pula, lazimnya pesakit di Darussyifa’ menggunakannya sebagai bahan rawatan gout, gatal, masalah kulit dan sebagainya. Namun penggunaan ini boleh diperluaskan kerana ia juga berkhasiat untuk merawat sengal-sengal tulang (reumatik), menghentikan darah, sakit kepala sebelah, mencegah berak-berak, gigi berlubang, memecahkan bisul dan bintil, memutus keinginan seks, mencairkan mani, mencernakan makanan, demam taifoid, selesema, pelancar darah, merawat nanah pada luka, meradang gusi, lelah dan asma, juga penyakit bengkak keng. Kapur kerang pula digunakan untuk kes-kes yang lebih serius seperti kanser,

25

(24)

sopak dan kayap dengan kombinasi bahan-bahan lain seperti daun mambu, daun asam jawa, daun belimbing, air perahan limau nipis, madu dan sebagainya mengikut jenis-jenis penyakit. Mengenai cuka, terdapat beberapa hadith yang menerangkan tentang khasiatnya, seperti Sabda Rasulullah SAW : Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang lauk pauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka. Hadith lain pula riwayat Muslim dari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda : Sebaik-baik lauk ialah cuka. "Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah lauk para nabi sebelumKu. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”. Hadith riwayat Ibnu Majah.

Cuka mempunyai beberapa khasiat seperti menyembuhkan keracunan, membantu mencernakan makanan menghilangkan haus, melancarakan peredaran darah, mengubati penyakit limpa dan mengubati penyakit kuning.

Begitu juga dengan dab, iaitu sejenis biawak padang pasir yang halal dimakan. Dari Ibnu Abbas RA bahawa rasulullah SAW telah ditanya tentang dab, ketika dihidang kapadanya dia tidak memakannya. Apakah ia haram ? . Jawab beliau : Tidak. Tetapi tiada dab di kawasan kaumku, maka aku merasa jijik” Hadis riwayat Bukhari. Dab adalah panas dan kering. Khasiatnya ialah menambah kekuatan syahwat. Minyaknya mujarab utk sakit atau kembung perut.

7 ETIKA PENGGUNAAN BAHAN DALAM RAWATAN

Setiap perawat yang mendakwa dirinya perawat Islam amnya dan perawat Darussyifa’ khasnya tidak dapat tidak mesti mempunyai etika tertentu dalam penggunaan bahan rawatan termasuk kategori bukan herba. Terdapat banyak herba yang namanya diambil dari bukan berunsur tumbuhan, iaitu seperti nama haiwan, nama benda, nama orang, nama negara dan sebagainya . Justeru itu, perawat kena berhati-hati, kerana berkemungkinan dia hanya tahu nama tetapi tidak mengenal bahan tersebut. Antara nama tumbuhan tersebut ialah26:

Aji Samad - Jackia ornata, Bangun-bangun - Plectranthus amboinicus, Baru Cina - Artemisia

vulgaris Linn, Batang Wali, Batu Jin / Pecah Batu / Bayam Karang - Strobilanthes crispa,

Belalai Gajah - clinacanthus Nutans, Cina Maki/Gelam Bukit/Serai Kayu Wangi - Leptospermum , Derhaka Mertua - Plumbago Indica, Cucur Atap - Baeckea Frutescens, Dukung Anak -

Phyllanthus Niruri, Ekor anjing (plantago major), Ekor kucing (acalypha hispida), Embun

tengahari (murdannia nudiflora), Gadis lompat (chloranthus erectus), Gajah beranak

(goniothalamus macrophyilus), Geraham Badak – Phyllochlamyswallehii, Haji Samat/Setunjang Bumi - Prismatomeris tetrandra, Hamba Raja - Croton argyratum, Hanuman /Jelutah/Pokok

26

(25)

bajang beranak - Schefflera simulans, Hempedu Beruang/Seburut/Telinga Kalawar - Thottea grandiflora, Hujan Panas - Glochidion spp, Isi Raja Satong / Kepala Beruk, Janggut Adam - Tacca intergrifolia, Janggut Baung - Homalomena rostrata, Jarum Mas (Rumput) - Striga Asiatica, Jarum Tujuh Bilah - Pereskia sacharosa/saecnarosa, Kacip Fatimah - Labisia Pumila,

Kancing Baju / Jelita - Bidens pilosa, Kancing Baju Jantan/Rumput Teki/Rumput Serapat -

Kyllinga brevifolia, Kapalterbang - Chromolaena odorata / Eupatorium odoratum L., Katak

Puru/Nam-nam - Cynometra cauliflora, Kerak Nasi - Terenia polygonaides, Kerbau Amok -

Schefflera ridleyi, Kancing Baju - bidens pilosa, Kucing Galak/Ceka Emas/Lis-Lis - Acalypha indica, Lidah Buaya - Aloe Vera linn, Lidah Jin/Sansiviria - Sanseviera trifasciata, Lontar - Borassus Flabellifer, Mahkota Dewa - Phaleria papuana, Maman Hantu - Cleome gynandra L,

Mata Ayam - Ardisia crenata/crispa, Mata Pelanduk, Matakucing Pingpong - Dimocarpus

longan lour / Euphoria Longana, Memali - Leea Indica Merr, Mexican Hat - Ratibida Columnaris,

Misai Ali - Schizaea digitata, Misai Kucing/Ruku Hutan/Kumis Kucing - Orthosiphon aristatu, Naga Buana/Naga Jumat/KayuPutih - Phyllanthus pulcher, Payong Ali, Pecah Periuk Biru / itam, Puding Emas - Codiaeum variegatum, Pulut-pulut - Urena Lobata L, Rosemary - rosemarinus

officinalis, Rumput Israel - Asystasia Gangetica L., Saidina Ali - Clerodendrom deflexum, Salam - Eugenia Polyantha, Sambung Nyawa - Gynura procumbens, Sarang semut - Hydnophytum formicarum Jack, Sedap Malam - Murraya paniculata [L] Jack, Sehelai Setahun - Nervilia punctata, Sekentut - Paederia Foetida, Sesudu - Euphorbia milli, Siak-siak/Siak-siak Jantan/Meroyan Bungkus - Dianella ensifolia, Subang Nenek - Sthenodesme Temtanara, Sundal

Malam/Sumpa Bulan/Penggeli - Aglaoenama simplex, Susu Kambing, Susuh harimau/Baka -

Artabotrys suaveolens, Tapak Gajah/Banal Hutan - Phyllagathis rotundfolia, Tapak Kuda - Bauhinia purpurea, Tenggek Burung - Euodia redlevi, Tengkok Biawak - Fagraea acuminatissima, Tongkat Ali - Eurycoma Longifolia, Ubat Kurap - Rhinacanthus nasutus (L.) Kurz, Ulam Raja - Cosmos Caudatus, Ulat Bulu - Passiflora foetida, Yesterday, today, tomorrow - Brunfelsia pauciflora,

Berhubung etika penggunaan bahawan bukan herba, dapatlah dirumuskan seperti berikut27: 1. Mengelak kekeliruan dan jangan main serkap jarang dalam rawatan sebab mungkin di kalangan pesakit terdapat pakar-pakar dalam bidang herbalogi, zoologi dan sebagainya. Kesilapan yang sedikit akan mencemarkan reputasi Darussyifa’ yang dianggap pusat rawatan Islam yang paling dihormati dan terkemuka di negara ini.

2.. Mengenali bahan itu samada herba atau bukan herba adalah perkara paling asas selain memahami bahan-bahan campuran antara keduanya khususnya produk siap untuk kegunaan (contohnya muntah belut dan ubat buasir).

27

Ini adalah cadangan dan pandangan pembentang semata-mata. Percambahan fikiran dan idea di kalangan para peserta amat diperlukan.

(26)

3. Memastikan bahan tersebut adalah halal dan perawat mempunyai kemampuan untuk memperjelaskan kepada pesakit tentang sifat, kandungan, cara penggunaan, pantang larang, kesan sampingan dan sebagainya di samping mencadangkan bahan alternatif lain sekiranya ada.

4. Mengenalpasi bahawa bahan-bahan tersebut masih sah dan selamat dari segi tempuh penggunaan dengan mengenalpasti spesifikasi dan status produk samada diluluskan oleh pihak berautoriti atau tidak.

5. Mengesyorkan ambilan bahan asli/mentah berdasarkan dos yang sesuai dan selamat diambil oleh pesakit selain cara-cara penggunaan yang tepat. Perawat perlu mengetahui apa itu dos, vaksin, ubat dan sebagainya selain mengetahui tentang bakteria, virus, racun, dadah dan sel-sel manusia kerana semua ini berkaitan dengan bahan yang disyorkan..

6. Merujuk kepada Darussyifa’ terlebih dahulu sebelum sesuatu bahan yang jarang digunakan, hendak digunakan di mana-mana pusat rawatan Darussyifa’ demi mengelakkan kekeliruan baik di kalangan para perawat di tempat-tempat lain mahupun di kalangan pesakit sendiri.

7. Melakukan ujian rintis akan keberkesanan bahan sebelum mengenengahkannya sebagai bahan baru dalam rawatan , selain mengetahui kebaikan dan kesan sampingan terlebih dahulu dengan merujuk kepada pusat-pusat penyelidikan atau makmal yang bertauliah sebelum analisis bahan dikeluarkan.

8. Mengenalpasti bahan ubatan dan produk kesihatan di pusat-pusat rawatan Darussyifa’ di seluruh negara hendaklah dipasarkan secara cermat dan berhemah kerana orang ramai akan menganggap semua produk itu diberi pengiktirafan dan disyorkan oleh Darussyifa’.

9. Memastikan pusat-pusat rawatan tidak seharusnya menjadi pusat penjualan dan pemasaran kepelbagaian produk untuk kepentingan mana-mana individu baik ahli mahupun bukan ahli apatah lagi yang tiada kaitan atau tiada kena mengena dengan pengubatan. Dalam hal ini kepentingan pusat rawatan lebih penting berbanding individu.

10. Mewujudkan mekanisme pemasaran bahan rawatan secara berhemah dan tiada pihak tertentu yang menjadi pembekal memonopoli aspek pemasaran produk, bahkan perlu memberi peluang kepada mana-mana ahli mengenengahkan produk bahan rawatan yang dihasilkan. Pihak Koperasi Darussyifa’ Berhad perlu mengambil langkah susulan agar satu garis panduan dapat disediakan berhubung perkara ini.

11. Mengenalpasti penyakit, sejarah kesihatan lampau pesakit, alahan, pantangan dan lain-lain yang dihadapi oleh pesakit sebelum mencadangkan apa-apa bahan rawatan. Ini untuk mengelakkan kemudaratan jika nasihat yang diberi adalah salah.

Referensi

Dokumen terkait

Akan tetapi, secara khusus, bagi orang percaya, Allah “yang tidak menyayangkan Anak-Nya sendiri, tetapi yang menyerahkan-Nya bagi kita semua, bagaimanakah mungkin Ia

Maka, prinsip pencarian QRS Complex menggunakan metode FDBT adalah dengan mencari 3 sample titik EKG berurutan yang masing-masing nilainya melebihi suatu nilai batas

Penegakan hukum terhadap tindak kekerasan yang dilakukan oleh suami terhadap istri dapat ditanggulangi dan diminimalisir dengan cara pencegahan sesuai Pasal 4 UU Penghapusan

Selain itu, kandungan flavonoid dalam dalam ekstrak etanolik daun G.procumbens bertindak sebagai inhibitor angiogenesis melalui pengeblokan terhadap reseptor VEGF

Didalam teori Mead yang menjelaskan simbol, tafsiran dan dampak dari tafsiran antara keluarga pasien dan tenaga kesehatan seperti menampakkan simbol ketika tenaga

Aptera berwarna kuning pucat atau kuning kehijauan, dengan bagian ujung sifunkuli berwarna hijau gelap, hijau kecokelatan atau berwarna cokelat gelap atau hitam (Gambar 1e).. Mata

The result shows that 53 male students (58%) and 52 female students (44%) experienced personal problems especially for self confident, they are included in the middle category, 2)

Kedua perbedaan tersebut akan mengarah pada hubungan biaya transaksi pada pengelolaan dan volume penyaluran KUR mikro yaitu negative dimana ketika biaya