• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi Di Malaysia"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

DI MALAYSIA 1

1.1 Perkembangan Tulisan Jawi Di Tanah Melayu

Sehingga Kini 3

2.0 KAJIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN

MENULIS JAWI. 5

2.1 Objektif Kajian 5

2.2 Kumpulan Sasaran. 5

2.3 Pelaksanaan Kajian 6

3.0 DAPATAN KAJIAN TENTANG TAHAP

PENGUASAAN MURID, MASALAH DAN PUNCA 7

3.1 Ujian Pra 7

3.2 Analisis Pemerhatian 7

3.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid 7

3.4 Perbincangan dengan guru 8

4.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH DAN

KELEMAHAN MURID DALAM TULISAN JAWI 8

4.1 Mengadakan kempen tulisan jawi 8

4.2 Mengadakan kelas tambahan disekolah 8 4.3 Memperbanyakkan bahan bacaan dalam tulisan jawi 9

4.4 Menyemak semula kurikulum pelajaran jawi 10

5.0 KESIMPULAN 11

6.0 LAMPIRAN 12

7.0 RUJUKAN 17

(2)

Sistem tulisan telah lama wujud dalam masyarakat Melayu, ia bermula dari wujudnya konteks hubungan masyarakat Melayu dengan masyarakat antarabangsa. Sebahagian rumpun Melayu di Nusantara mempunyai sistem tulisan mereka sendiri, antaranya seperti huruf rencong yang digunakan oleh beberapa jenis masyarakat Melayu seperti masyarakat Melayu Acheh, masyarakat Melayu Bugis di Sulawesi dan masyarakat Melayu Jawa dengan sistem tulisan kiwi dan winggi (Ahmad Farid Abdul Jalal, 2005). Penemuan batu bersurat zaman Sriwijaya seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M.), Kota Kapur (686 M.) dan Talang Tuwo (684 M.) yang ditulis pada abad ketujuh Masihi dalam bahasa Melayu Kuno jelas menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu pada ketika itu sudah mempunyai sistem tulisan yang tersendiri (Muhd. Bukhari Lubis, 2006:1).

Pada sekitar abad ketiga belas Masihi, Islam mula bertapak dan tersebar luas di tanah Melayu. Kedatangan Islam telah membawa kepada satu perubahan yang besar dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu. Kedatangan islam ini bukan sahaja telah mengubah sistem kepercayaan masyarakat Melayu, ketika itu banyak masyarakat melayu berpegang dengan ajaran Buddha, tetapi kedatangannya juga turut membawa kepada wujudnya sistem penulisan yang baru dalam dunia Melayu. Masyarakat Melayu tidak lagi menggunakan skrip Pavalla Selatan dari India , dimana mereka telah gunakan sejak berabad lamanya. Skrip baru yang berasaskan kepada skrip Arab telah dicipta dan ia dinamakan sebagai tulisan Jawi. Pada mulanya aksara Jawi diambil sepenuhnya dari aksara Arab. Namun untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat pada ketika itu, terutamanya untuk mempelajari agama Islam, beberapa abjad dalam bahasa Parsi telah diubah suai dan diterapkan. Menjadikan bilangan huruf Jawi sebanyak 33 kesemuanya, 28 daripadanya adalah huruf Arab dan 5 lagi dari bahasa Parsi. Antara huruf yang baru yang ditambah ialah ڬڬ,ڠڠ ,ڤ ,ݘ dan ڽڠ (Muhd. Bukhari Lubis, 2006:14). Tulisan jawi menjadi satu peranan yang amat besar. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan sebagai alat persuratan, bahkan turut berfungsi sebagai alat kepada penyebaran ilmu agama.

Tulisan Jawi telah wujud sejak abad ke 13 lagi di Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan tulisan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh Jumaat 4 Rejab 703H (bersamaan 22 Februari 1303M). Namun dakwaan tersebut dikatakan kurang tepat dan tidak dipersetujui oleh sesetengah ahli sejarah. Ini kerana terdapat catatan dalam tulisan Jawi pada batu nesan yang ditemui di Permatang Pasir, Pekan mempunyai tarikh yang jauh lebih awal, iaitu hari rabu 14 Rabi’awal 419H (bersamaan April/Mei 1028). Pada Zaman kesultanan Melayu Melaka yang terkenal dengan kuasa perdaganganya suatu ketika dahulu,

(3)

juga merupakan zaman yang penting dalam pertumbuhan tulisan Jawi di Tanah Melayu. Tulisan Jawi digunakan untuk tujuan permeteraian perjanjian (undang-undang) serta dalam bidang pendidikan.

Dalam pada itu banyak kitab-kitab agama yang berbentuk sejarah, hikayat, falsafah dan lain-lain lagi ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi. Kelahiran ulama dari Tanah Melayu juga telah menarik minat masyarakat dari dalam dan luar negeri pada ketika itu untuk datang belajar ilmu agama dan juga tulisan Jawi (Ahmad Farid Abdul Jalal, 2a005). Peranan yang dimainkan oleh tulisan Jawi dalam memartabatkan bangsa Melayu sangat besar. Kini, tulisan jawi telah menjdai salah satu identiti masyarakat Melayu, terutamanya di Malaysia.

GAMBARAJAH 1- BATU BERSURAT YANG BERTARIKH 702H

Dalam Pernyataan ini, ia telah dibuktikan dengan penemuan batu nisan di Permatang Pasir, Pekan (419H/1028M) dan juga Batu Bersurat Terengganu (702H/1303M). Keadaan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa tulisan Jawi telah mula dikembangkan peranannya. Ia bukan sekadar alat yang digunakan untuk mencatat undang-undang (merujuk kepada kerajaan kesultanan Melayu Melaka yang menguasai jalan perdagangan laut), bahkan turut digunakan untuk mencatat sesuatu peristiwa-peristiwa penting berlaku dalam masyarakat. Kemudian tulisan Jawi ini mula berkembang denganpenggunaannya dikalangan masyarakat dan di Tanah Melayu.

(4)

1.1 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI TANAH MELAYU SEHINGGA KINI 1.1.1 Alat Penting Dalam Urusan Pentadbiran Istana dan Adat Istiadat Raja Melayu

Pihak istana pada zaman dahulu juga menggunakan tulisan Jawi sebagai alat perakam segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan dangangan antarabangsa dan diplomatik. Oleh itu tidak hairanlah istana menjadi tempat perkembangan persuratan Melayu seperti manuskrip dan kitab-kitab agama berjalan dengan rancaknya dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pusat-pusat penulisan manuskrip di istana-istana raja dan raja-raja tersebut mempunyai jurutulis yang akan menulis jikalau mendapat perkenan daripada raja tersebut.

1.1.2 Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

Setelah lama tanah melayu dijajah oleh bangsa asing, akhirnya Tanah Melayu telah diberi kemerdekaan oleh British pada tahun 1957. Kemerdekaan yang telah kecapi pada hari ini adalah hasil penat lelah para pejuang kemerdekaan yang lantang dan berani melawan pihak penjajah dari terus bermaharajalela di bumi kita ini. Bagi merealisasikan impian tersebut, seramai lima orang delegasi negara kita yang dketuai oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berlepas ke London dan mengadakan rundingan dengan pihak British. Hasilnya, Malaysia telah diisytiharkan merdeka dengan rasminya pada tanggal 31 Ogos 1957. Yang menariknya, dokumen pengisytiharan kemerdekaaan telah ditulis dalam dua bentuk tulisan, iaitu satu dalam tulisan rumi dan satu lagi dalam tulisan Jawi. Penggunaan tulisan Jawi dalam surat pemasyhuran tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa tulisan Jawi bukan sahaja digunakan untuk tujuan penulisan dalam kitab-kitab agama dan tujuan tradisional sahaja, bahkan ianya juga digunakan untuk menulis satu dokumen penting yang memberi erti yang sangat besar kepada kita sebagai rakyat Malaysia (Mohd. Alwee Yusoff, 2005:26).

1.1.3 Penulisan Akhbar dan Majalah

Selain digunakan untuk menulis dokumen pemasyhuran kemerdekaan dan alat penting dalam sistem penradbiran, akhbar dan majalah juga turut ditulis dalam ejaan jawi. Utusan Melayu merupakan antara akhbar yang terawal di negara kita yang ditulis dengan ejaan jawi. Selain dari akhbar, banyak juga majalah-majalah yang ditulis dengan ejaan jawi

(5)

antaranya ialah majalah Mastika (Mohd. Alwee bin Yusoff, 2005:26). Tetapi kini akhbar dan majalah tidak 100% tulisan jawi.

1.1.4 Tulisan Jawi di Sekolah

Sistem pendidikan awal negara kita adalah bermula dengan penggunaan tulisan Jawi. Buku-buku atau teks-teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan telah dimulakan dari tahun satu sekolah kebangsaan. ada juga yang ditulis dengan bahasa Arab (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007:162) Institusi pendidikan formal dan tidak formal juga lebih menekankan penggunaan tulisan Jawi dalam sistem ejaan mereka. Bagaimanapun selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan telah dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak.

Penyusunan semula kurikulum dan program pelajaran yang berteraskan perkembangan semasa yang lebih ke arah sekular seolah-olah ingin menngantikan tulisan rumi sebagai tulisan utama dalam sistem pendidikan. Bermula dari sini, banyak buku-buku teks telah dicetak dalam tulisan rumi. Hal ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai matlamat serta objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ingin memperkukuhkan perpaduan antara kaum (Ahmad Farid Abd Jalal, 2005), kini bahagian pendidikan merancang untuk memperkasakan semula penulisan jawi

2.0 KAJIAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS JAWI.

2.1 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian terbahagi kepada dua bahagian. 2.1 .1 Objektif Am

(6)

Kajian ini bertujuan mengenal pasti masala, punca dan cara mengatasi berlakunya keciciran dalam penguasaan jawi dikalangan pelajar sekolah pada hari ini, juga untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan sistem ejaan jawi, membina ayat dan menulis dalam jawi . Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan perkataan jawi , membina ayat dan juga ejaan jawi.

2.1.2 Objektif Khusus

Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :

 Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi

 Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi

 Murid dapat membaca jawi dengan lancar dalam petikan.

 Murid dapat menjawikan perkataan rumi dengan baik.

 Murid dapat menggunakan perkataan yang betul dalam membina ayat.

 Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

 Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang menyeronokkan untuk dipelajari, dikuasai dan diterokai.

2.2 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid dalam tahun 5 Ibnu Majah, yang terdiri daripada 9 orang murid lelaki dan juga 6 orang murid perempuan.2.3 PELAKSANAAN KAJIAN

2.3.1 Tinjauan Masalah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi kajian ini, dengan melihat markah UPPM1 peperiksaan setengah tahun 2014 yang baru lepas dijalankan.

(7)

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid tentang menjawikan perkataan dan ayat rumi, menyusun ayat dan membina ayat berpandukan gambar. Melalui ujian tersebut didapati pencapaian sebilangan murid sasaran adalah di tahap sederhana dan juga di tahap yang lemah.(rujuk lampiran 1)

2.3.3 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian dijalankan. Daripada pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran yang dijalankan.

2.3.4 Temu bual

Saya melakukan temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk menguasai pembacaan dan penulisan jawi, bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka., saya juga mengadakan temubual dengan adik beradik atau saudara yang terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan pembelajaran mereka di rumah.

2.3.5 Perbincangan dengan guru

Dalam kajian ini juga saya meminta beberapa orang guru yang mengajar pelajar-pelajar tersebut tentang penglibatan mereka dalam sesi pengajaran serta menganalisis kekuatan dan kelemahan pengajaran saya bagi tajuk jawi dalam mata pelajaran pendidikan islam ini.

3.0 DAPATAN KAJIAN TENTANG TAHAP PENGUASAAN MURID, MASALAH DAN PUNCA

Saya telah membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.

(8)

Berdasarkan ujian yang telah dijalankan sebanyak 87.7% (13 orang murid ) telah lulus dan 13.3% (2 orang murid) telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan menulis jawi juga dalam pembinaan ayat. Mereka juga tidak dapat membezakan suku kata terbuka dan tertutup.

3.2 Analisis Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Dapat di perhatikan 70% pelajar memberi tumpuan serta kesungguhan dalam pengajaran juga aktif dalam pembelajaran,15% pelajar kurang memberi tumpuan ketika belajar dan 15% mereka tidak memberi tumpuan dan lebih kepada membuat perkara yang mereka suka sahaj.

3.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid

Hasil dari temubual dengan murid-murid serta saudara mara murid yang berada disekolah ini dapatlah saya simpulkan kelemahan-kelemahan mereka seperti

dibawah:-a. Sikap pelajar sendiri yang tidak berminat dengan penulisan jawi dan ditambah dengan tumpuan kepada akademik yang berfokuskan kepada sistem peperiksaan.

b. Kurangnya pendedahan diperingkat awal lagi dikalangan pelajar ,dimana pelajar tersebut mengambil sikap yang negative terhadap pentingnya penulisan jawi.

c. Dipengaruhi juga dengan sukatan jawi disekolah yang sentiasa berubah-ubah dari segi pengistilahan dan juga masa mengajar jawi disekolah-sekolah.

d. Berlaku juga kekurangan alatan bantuan mengajar dalam penulisan jawi berbanding dengan subjek lain seperti penggunaaan bahan multimedia dan sebagainya.

e. Murid tidak mendapat dorongan daripada ibubapa semasa berada dirumah sebaliknya ibubapa banyak membeli bahan bacaan ilmiah yang tidak mengandungi unsur-unsur untuk mempertingkatkan dalam penulisan jawi.

3.4 Perbincangan dengan guru

Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan guru dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak

(9)

mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%. Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untuk menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini terbahagi kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang Jawi dan sebagainya.

4.0 CADANGAN MENGATASI MASALAH DAN KELEMAHAN MURID DALAM TULISAN JAWI

4.1 Mengadakan kempen tulisan jawi

Mengadakan kempen tentang jawi seperti pertandingan menulis khat jawi, mengarang dalam tulisan jawi, membuat poster dan tulisan jawi dipapan-papan tanda perlu dilakukan menerusi persatuan dan kelab di sekolah-sekolah. Papan-papan tanda bertulisan jawi boleh diletakkan di pintu pagar sekolah dengan tulisan jawi yang cantik dan menarik. Selain itu, di pintu-pintu bilik darjah juga boleh juga diletakkan kata-kata hikmah dengan tulisan khat, dengan harapan pelajar dapat melihatnya setiap hari dan hasilnya mereka akan menghargainya dan menarik minat mereka untuk melihat dan membaca. Ini perlu dilaksanakan dengan berkesan agar hasrat untuk melihat para pelajar mencintai dan meminati tulisan jawi dapat dicapai.

4.2 Mengadakan kelas tambahan disekolah

Selepas mengadakan ujian kepada pelajar, pihak sekolah menyedari kelemahan dalam penulisan dan pembacaan jawi, dengan perbincangan pihak pengurusan dengan gur-guru yang terlibat, maka satu program patut dikembangkan iaitu melalui kelas tambahan. Ini dapat membantu dalam pedoman ejaan jawi ada yang menyelaras dan mengurangkan penggunaan aturan yang berbagai-bagai atau yang banyak bagi mengeja kata-kata dalam sesuatu kategori ejaan yang sama yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama. Menggunakan teknik yang mudah untuk murid faham dan tahu untuk menggunakan ejaan.

S e l a i n i t u j u g a , d e n g a n m e n g e t a h u i d a s a r t u l i s a n j a w i a k a n m e m u d a h k a n seseorang membaca al-Quran. Apabila murid-murid mengenali huruf dan hukum-hukum dalam tulisan jawi, murid itu boleh mengetahui sebutan al-Quran dengan lebih

(10)

yakin dan senang.Walaupun sistem tulisan ini telah jauh sedikit terlepas daripada peraturan yang mendasari tulisan arab asli, namun ia tetap mempunyai asas sistem tulisan arab sehingga orang yang mahir dalam tulisan jawi boleh mendekati bahasa Arab dengan lebih mudah.

4.3 Memperbanyakkan bahan bacaan dalam tulisan jawi

Para penulis dan penerbit buku-buku berbangsa melayu, hendaklah memperbanyakkan karya mereka yang dapat menarik golongan muda dalam tulisan jawi seperti komik-komik, novel-novel dan cerita kanak-kanak. Pihak pusat sumber sekolah haruslah peka dengan masalah ini, kerana bahan bacaan yang ringan sebegini memang diminati oleh golongan pelajar, jadi di sinilah kesempatan untuk menyemai minat mereka. Sememangnya apabila kita pergi kekedai-kedai buku, kita dapati bahan-bahan bertulisan jawi amat kurang di pasaran, jadi untuk membentuk anak-anak dan para pelajar agar gemar kepada tulisan jawi cadangan diatas perlu dilaksanakan dengan serius, ia juga boleh dijadikan seperti sistem nilam, dimana pelajar digalakkan membaca buku, dan membuat cerita ringkas berdasarkan apa yang dibaca dengan menggunakan tulisan jawi.

Selain itu bahan media juga sebenarnya boleh menarik minat dan kesungguhan murid dalam penulisan dan pembacaan jawi. Melaluinya ia amat berkesan dan mudah difahami serta menarik perhatian dimana guru hanya sebagai fasilitator. Kerana pelajar lebih suka dengan perkara yang ringkas tetapi menarik.

4.4 Menyemak semula kurikulum pelajaran jawi

Satu kajian bagi penyemakan semula kurikulum pelajaran jawi untuk keberkesanan terhadap sistem pendedahan atau pengajaran tulisan jawi di sekolah rendah hendaklah disegerakan. ini bagi mengelakkan ia terus tenggelam dalam arus pengukuhan bahasa Melayu menerusi tulisan rumi. Kementerian Pendidikan perlu kembali menyemak kurikulum sekolah berhubung pembelajaran tulisan Jawi, memandangkan buat masa ini ia hanya diserapkan secara tidak langsung dalam pelajaran pendidikan Islam tanpa diadakan suatu pengajaran khusus yang rapi serta peruntukan masa yang cukup.

(11)

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang telah dibuat di sekolah ini, pelajar tahap 2 sekolah ini tiada masalah dalam pembacaan jawi, dan mengenal huruf. Tetapi kurang minat terhadap pelajaran jawi, dan mereka mementingkan perkara yang wajib, dan perkara yang dilihat sahaja yang menjadi tumpuan lebih kepada mereka. Tetapi bahagian mengeja jawi mereka lemah diantara punca ialah sifat malas mereka untuk mengulangkaji dan menulis dalam jawi, pertukaran ejaan jawi juga punca kesalahan mereka untuk mengeja jawi.

Sememangnya kita tahu bahawa tulisan jawi merupakan warisan orang Melayu yang mana kita wajar mempertahankannya supaya ianya tidak hilang begitu sahaja ditelan arus pembangunan. Seharusnya generasi muda hari ini tidak leka dengan pelbagai jenis cabaran dan perkembangan teknologi terkini dan dugaan di alaf baru.

Dari pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai

(12)

kemahiran-kemahiran yang diajar di sekolah. Kajian yang menyatakan bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan, dengan itu sebagai seorang guru maka haruslah memikirkan cara-cara untuk menarik murid dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Kerjasama dari pihak ibu, bapa dan penjaga juga menjadi punca dan pendorong murid dalam tulisan jawi. Selain daripada itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan penguasaan kemahiran asas, jika mereka tidak menolong diri mereka sendiri untuk berjaya.

(2579 perkataan) 6.0 `LAMPIRAN

هلوكس

هدنر

ماضا

,ودافسرب

رهوج

.رهوج,وراهب

نينلينف

نكساسارب

هلوكس

2014

يواج :اراكرف

(13)

...:مان

...

نيضاهب

هكرم

تفاد

...:نوهات

...

نيضاهب

:

A

نلاءوس)

1

(

...

اب

خ

ناد

نكيواج

ياكغر

تاك

غي

سيراضرب

.

1

ذاتسا .

رهوج

يلبمم

tali pinggang

.

(_____________)

2

وبيا.

غدس

قوسوضغم

baju kurung

.قيدا

(_____________)

3

ثفدس,هاو .

ubi rebus

!نيا

(_____________)

(14)

4

.

kereta sorong

تيا

انرورب

.واجيه

(_____________)

5

هيا.

ياكامم

cermin mata

.

(_____________)

نيضاهب

:

B

نلاءوس)

2

(

...

نوسوس

لومس

نأتاكرف -نأتاكرف

هوابد

اينافوس

يداجنم

تاينا

غين

.لوتب

1

.

غدس

-روفادد

قسامم

قكاك

-–

نكينا

____________________________________

2

.

نينا

؟

غيندنيند

غيتنوخنم

غين

-هكفايس

____________________________________

3

.

نوسوس

ينيسد

توساك

ادنا

-____________________________________

10/ __

هكرم

(15)

4

.

هولوب

ثغوبر

دفرد

هلرايب

-روتنلم

____________________________________

5

.

غايت

ة لص

هلادا

ماضا

-___________________________________

نيضاهب

:

c

نلاءوس)

3

(

...

انيب

تاينا

نكودنفرب

ربمض

ضين

.يربد

1

.

________________________

_______________________

2

.

________________________________________

__________________________

3

.

________________________________________________

__________________________

4

________________________ .

__________________________

5

__________________________ .

10/ __

هكرم

(16)

_________________________

نيضاه

D

نلاءوس)

4

(

...

نكركوت

نقيتف

هوابد

دفك

نسيلوت

.يواج

Lima Kereta Dan Tiga Motosikal Terbakar

Seremban, 17 Jun- Lima buah kereta dan tiga motosikal

musnah apabila kedai menjual kereta terbakar di Jalan Tuanku

Antah petang semalam. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba

dan Penyelamat, Negeri Sembilan berkata kejadian itu berlaku

kira-kira jam 3.00 petang. Beliau berkata, pihaknya masih

lagi menyiasat punca sebenar kejadian dan kerugian yang

dialami oleh pemilik kedai.

__________________________________________________

__________________________________________________

__________________________________________________

__________________________________________________

__________________________________________________

__________________________________________________

__________________________________________________

__________________________________________________

__________________________________________________

__________________________________________________

/

هكرم

15

/هكرم

15

(17)

7.0 RUJUKAN

Ab Shukor Hassan. 1990. Pencapaian Pelajaran Jawi KBSMTingkatan Satu di sekolah menengah Kebangsaan (Agama)Sharifah Rodiah, Melaka. Latihan Ilmiah. UniversitiKebangsaan Malaysia

Ahmad Farid Abdul Jalal, Yaakob Isa. 2005. Tulisan Jawi : Sejarah Seni dan Warisan. Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Dr. Wan Ali Wan Mamat. 2006. Sejarah dan Pertumbuhan Skrip Jawi. Dlm. Muhammad Bukhari Lubis, Fatimah Salleh, Husniyati Ali, Huzaimah Ismail & Siti Fatimah Sudin (pnyt). Tulisan Jawi Sehimpun Kajian Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti

(UPENA), UiTM.

Hj Maimun Aqsha Lubis, Sabariah Sulaiman & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Aplikasi Teknik Permainan dan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Modul Pemulihan Jawi di Bilik Darjah. Kertas Kerja Persidangan di Institut Agama Islam Negeri Medan Sumatera Utara Indonesia. Kerjasama UKM-IAN, 2 April. Mohd. Alwee Yusoff. Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam

di Malaysia.

Nik Rosila Nik Yaacob. 2007. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam.Jurnal Pendidik dan Pendidikan 22:161– 172 Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2008). Buku panduan kursus pemantapan pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam KBSR 2008. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Di dalam Khat Kufi Mushaf yang menjadi tulisan utama al-Quran saat itu, titik pada kesemua kalimah tersebut tidak ada, bahkan menjadi pertikaian bagi masyarakat Islam yang

Oleh karena itu dapat dipahami bahwa dalam bahasa Arab bacaan sangat dipengaruhi oleh tulisan karena jika terdapat kesalahan dalam penulisan sebuah kata atau kalimat,