• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Tulisan Jawi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah Tulisan Jawi"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah Tulisan Jawi Sejarah Tulisan Jawi

Mana Sikana Mana Sikana

Tulisan Jawi

Tulisan Jawi (( ﻱﻱﻭﻭﺎﺎﺟﺟ ﻦﻦﺴﺴﻴﻴﻟﻟﻮﻮﺗﺗ) adalah satu seni penulisan telah wujud) adalah satu seni penulisan telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara kemunculannya berkait secara berabad-abad lamanya di Nusantara kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu. Tulisan Jawi dimasukkan ke dalam sistem penulisan Bahasa Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di adalah tulisan rasmi bagi negara Brunei dan digunakan meluas di Malaysia, Filifina dan

Malaysia, Filifina dan Indonesia.Indonesia.

Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak Zaman kerajaan Islam Pasai.

Tulisan ini telah berkembang sejak Zaman kerajaan Islam Pasai. kemudiankemudian disebarkan ke kerajaan Melaka dan Johor dan juga Acheh abad ke-17. disebarkan ke kerajaan Melaka dan Johor dan juga Acheh abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat

Bersurat Terengganu Terengganu yang yang bertarikh bertarikh 702H 702H atau atau 1303M 1303M manakala manakala tulisantulisan rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri tulisan rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri

(2)

Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya Johor, Kedah , Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Sejarah ringkas tentang sejarah kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu, ada kaitannyha dengan tulisan jawi. Hal ini demikian kerana kemunculan tulisan Jawi bersumberkan tulisan Arab/Islam. Pelbagai teori dan pandangan dikemukakan bagi menguatkan hujah tentang kedatangan Islam. Antaranya penulis yang merujuk kajian dan pandangan tokoh

(3)

pengkaji Barat dan Timur termasuk pengkaji tempatan sendiri seperti Syed Naquib al-Attas, Omar Awang, Fatimi S.Q., Wan Hussin Azmi, dan sebagainya. Tegasnya, kedatangan Islam bukan sahaja membawa agama dan kepercayaan tetapi aspek budaya Melayu yang lain seperti penggunaan dan adaptasi skrip Arab sehingga skrip Jawi untuk mengeja bahasa Melayu sesudah abad ke-7 H/13M. Perkataan Jawi dalam bahasa Melayu digunakan untuk pokok jawi-jawi atau jejawi dan juga beras jawi yang berbeza daripada beras pulut, dan juga dengan makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau (R.J. Wilkinson 1959: 452). Jelas sekali nama Jawi tidak ada kaitan dengan tulisan. Pendapat ini berbeza sama sekali daripada pendapat yang dikemukakan oleh Omar Awang dan W. Marsden.

Dari segi bentuk dan sejarahnya, skrip Jawi merangkum kesemua 29 abjad Arab dan enam abjad tambahan seperti yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu dengan satu abjad yang ditambah oleh DBP melalui Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986). Ada banyak sekali pengkaji Barat yang telah menyelidiki bahasa Melayu termasuk ejaannya (Jawi) antaranya termasuklah van Ronkel, van Elbinck, Robinson, geerth v. Wijk, Werndly, van der Waaf, van der Tuuk, Pijnappel, Klinkert dan

(4)

Wilkinson. Malah, Shellabear turut kagum akan keseragaman dalam ejaan Jawi yang terkandung dalam manuskrip sebelum kurun ke-17M. Menurutnya, orang Melayu menerima sistem tulisan Jawi ini secara langsung daripada orang Arab walaupun sistem tulisan Arab kebanyakannya tidak menggunakan tanda baris.

Selain tokoh Barat, terdapat juga di kalangan orang Melayu yang mengkaji sistem ejaan Jawi. Antaranya termasuk Raja Ali Haji, Muhammad Ibrahim, anak Abdullah Munsyi, dan Zainal Abidin Ahmad (Za'ba). Kajian terperinci yang dilakukan oleh Za'ba tentang tulisan Jawi jelas seperti yang terdapat dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949) dan Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1940). Dua orang tokoh Melayu lagi yang peernah memperkatakan ejaan Jawi dalam karya masing-masing ialah Raja Haji Muhammad Tahir bin Almarhum Murshid Riau dan Muhammad Said Suleiman. Kajaian pada peringkat seterusnya melibatkan jawatankuasa tulisan Jawi-Tumi dalam Kongres Persuratan Melayu Se-Malaya Kedua dan Ketiga di Seremban (1954) dan Singapura/Johor Bahru (1956).

Selepas kajian Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1972), Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia di bawah

(5)

Kementerian Pendidikan Malaysia (1981) dan DBP (1983) ditubuhkan. Sebagai hasil daripada usaha jawatankuasa itu, DBP telah menerbitkan buku Pedoman Ejaan yang Disempurnakan (1986). Selain itu, pada tahun 1988 DBP menerbitkan pula buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi.

Kajian yang seterusnya pula dilakukan oleh orang Timur, Kang Kyoung Seock (1986) dari Korea berjudul "Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu" sebagai tesis Sarjana Sastera di Universiti Malaya yang kemudiannya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1990). Dalam bab 4, Kang menghuraikan perkembangan tulisan Jawi dalam bahasa melayu, iaitu dari tahap Batu Bersurat Terengganu, ke tahap Surat 1602, Kitab Sirat al Mustaqim, Majalah Dian, Daftar Ejaan Melayu 1938 (1949), dan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986).Manakala dalam bab 5, beliau menganalisis tulisan Jawi dalam tiga naskhah manuskrip Sejarah Melayu, iaitu dari segi sistem tulisan Jawi yang digunakan, penggunaan huruf-huruf ga, nya, perenggangan dasar kata dengan imbuhan dan partikel, keseilapan tulisan, penggandaan kata, penggunaan hamzah, pertukaran qof kepada kaf, dan penggunaan vokal alif, wau, dan ya. Dalam bab penutup, Kang menyatakan hubungan antara gaya dengan sistem ejaan Jawi dan mengesyorkan satu sistem gaya

(6)

tulisan Jawi yang baharu. Pengesyorannya yang pertama adalah untuk melestarikan prinsip penggunaan baris yang ada pada ejaan Arab bagi bunyi-bunyi vokal pada suku kata tertutup. Kedua, bunyi vokal dalama suku kata terbuka mesti dilambangkan oleh abjad vokal yang sebenar.

Terdapat tahap-tahap pensisteman ejaan Jawi. Tokoh seperti Shellabear, Za'ba, dan Kang bersependapat bahawa sistem ejaan Jawi tahap pertama yang digunakan untuk mengeja bahasa Melayu seluruhnya memathui hukum ejaan bahawa Arab. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan beberapa inskripsi tertua yang dijumpai di Asia Tenggara seperti di Champa, Brunei, Leran, Pasai, Grisek, dan Terengganu. Yang   jelas sehingga kini pengkaji-pengkaji bersepakat mengatakan bahawa

inskripsi atau Batu Bersurat Terengganu ialah tulisan bahasa Melayu yang mula-mula sekali dijumpai tertulis dalam skrip Arab yang diadaptasikan sebagai skrip Jawi. Sistem ejaan Jawi yang ada pada batu tersebut merupakan kombinasi daripada sistem ejaan Arab yang menggunakan sistem i'rab, iaitu tanda-tanda baris (fatha, kasrah, dhammah, sukun/jazm), tasydid, madd, dan lain-lain, dengan sistem Melayu yang mulai diciptakan antaranya penggunaan abjad-abjad alif, wau, dan ya sebagai tanda-tanda

(7)

vokal selain digunakan untuk separuh vokal dan diftong. Contoh kombinasi sistem-sistem itu dibincangkan kemudian.

Korpus perbincangan seterusnya ialah sistem ejaan Jawi yang terdapat pada abad ke-10 hingga 11H/ke-16 hingga 17M. Menurut Za'ba, sistem ejaan Jawi pada tempoh ini lebih baku dan mengurangkan penggunaan abjad-abjad alif, wau, dan ya

Yang banyak sebagai sistem pemvokalan seperti yang diterangkan dalam bab terdahulu. Kenyataan Za'ba dapat dibuktikan dengan penemuan batu nisan Ahmad Majnun (802H), iaitu merupakan teks Jawi yang kedua tertua selepas Batu Bersurat Terengganu. Penulis turut mengemukakan manuskrip Jawi yang paling tua termasuk Surat Sultan Ternate dan Aqa'id al-Nasafi. Pada keseluruhannya, sistem pemvokalan tulisan Jawi pada tahap ini, iaitu dalam suku kata tertutup pada semua kedudukan dan suku kata terbuka pada akhir kata, sistem pemvokalan secara baris digunakan, manakala dalam suku kata terbuka pada suku kata pertama dan tengah, sistem pemvokalan secara abjad digunakan. Persamaan dan perbezaan sistem ejaan Jawi bagi kedua-dua manuskrip boleh dikaji selanjutnya.

(8)

Selain itu, penulis turut mengemukakan beberapa banyak contoh manuskrip lain termasuk Hikayat Bayan Bu diman (1602M), surat perjanjian   jual beli lada (1009H/1600M), surat Sultan Aceh kepada pihak Inggeris

(1011H/1602M), surat Sultan 'Ala al-Din Syah kepada Henry Middleton, surat Sultan Aceh kepada seorang kapten Inggeris, surat Sultan Aceh kepada Queen Elizabeth, Hikayat Seri Rama, Surat Sultan Perkosa Alam Johan Berdaulat Aceh (1024H/1615M).

Terdapat sistem ejaan Jawi abad ke-18M. Pada tahap ini, terdapat lebih banyak penggunaan abjad-abjad vokal alif, wau, dan ya untuk melambangkan bunyi-bunyi vokal pada suku kata akhir terbuka dan juga pada suku kata tertutup jika dibandingkan dengan manuskrip-manuskrip terdahulu. Antara manuskrip yang dikemukakan sebagai bahan perbincangan termasuklah Hukum Kanun Melaka (1175H), Bidayat al-Hidayat (1171H/1757M), Hikayat al-Salikin (1192H/1778M). Manakala sistem ejaan Jawi pada abad ke-19M pula agak berbeza daripada sistem ejaan Jawi terdahulu. Jumlah manuskrip Jawi pada zaman ini didapati lebih banyak. Antaranya termasuklah Hikayat Perjalanan Sultan Ahmad Rijal al-Din ke Benggala, Surat Perisytiharan Lord Minto (1811M), Surat Sultan Banjar (1299H), Bustan al-Salatin (1040H), Sejarah Melayu (1829M),

(9)

Hikayat Abdullah (1849M), Bustan al-Katibin (1267H), Kitab Pengetahuan Bahasa (1275H), Kitab Pemimpin Johor (1878M), Jawi Peranakan (1876M), dan Kamus Mahmudiah (1894M).

Ternyata bahawa dalam Hikayat Abdullah , sistem ejaan Jawinya telah menampakkan penyimpangan yang jelas daripada sistem ejaan Jawi dalam manuskrip Melayu lama. Walaupun terdapat gejala ejaan lama yang anakronistik dalam segelintir perkataan, namun ciri-ciri pembaharuan, misalnya penggunaan lebih banyak abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup, penggunaan perkataan-perkataan pinjaman, dan sebagainya amat lumrah. Hal ini menjadikan Hikayat  Abdullah sebagai tahap transisi daripada ejaan Jawi yang baharu pada akhir pada ke-19, dan masuk ke abad ke-20 terutama di kalangan kaum terpelajar Melayu yang terdedah kepada pengaruh Eropah.

Secara ringkasnya, dapat dikatakan bahawa pada bahagian kedua abad ke-19, sistem ejaan Jawi telah mula meninggalkan sifat ejaan lamanya yang banyak menggunakan sistem baris pada suku-suku kata perkataan kepada penggunaan abjad vokal alif, wau, dan ya secara lebih meluas. Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula dengan

(10)

kemunculan dan penyebaran akhbar-akhbar Melayu dalam ejaan Jawi dan penubuhan sekolah-sekolah Melayu dan penerbitan buku-buku pelajaran sekolah. Maka timbul keperluan untuk mengkodifikasikan ejaan Jawi. Hal ini demikian kerana seperti kata Za'ba, ejaan lama yang menggunakan sistem baris masih lagi diteruskan bahkan cuba dihidupkan kembali oleh R.J. Wilkinson, Winstedt, dan pembantu-pembantu Melayu mereka, yang menimbulkan lebih banyak kekacauan lagi.

Begitu juga dalam kamus yang dibuat oleh orang Melayu sendiri, banyak terdapat perbezaan dalam penggunaan abjad vokal (huruf saksi) dan abjad konsonan (huruf benar) selain ejaan persukuan kata. Oleh itu, terdapat percubaan untuk mensistemkan ejaan Jawi yang diterokai oleh Raja Ali Haji (1850), kemudian oleh Muhammad Ibrahim Haji Abdullah Munsyi (1878), Muhammad Said (1936), dan seterusnya oleh Za'ba dalam Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1938/1949) yang telah diterima sebagai ejaan sekolah dan sistem ejaan yang digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu. Pada tahun 1973, Pustaka Dian melalui Majalah Dian telah menubuhkan "ejaan Jawi moden" untuk mengatasi masalah ketaksaan terutama sekali dalam pengejaan diftong dan juga pada

(11)

persukuan kata tertentu. Namun setelah tulisan Jawi diketepikan dalam pengajaran di sekolah, maka penggunaannya merosot.

Dalam bab kedua terakhir buku ini, penulis membincangkan sistem ejaan Jawi yang terdapat pada abad ke-20. Senario awal abad ke-20 menyaksikan pertumbuhan yang pesat dalam bidang persuratkhabaran Melayu, iaitu mengikuti jejak langkah yang dirintis oleh Jawi Peranakan. Hampir sepuluh buah akhbar Melayu telah muncul dan satu yang terpenting yang masih bertahan hingga kini ialah Utusan Melayu. Pada tahun 1907, akhbar Utusan Melayu mula-mula diterbitkan di Singapura. Sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam akhbar tersebut ialah sistem ejaan Jawi yang lebih kurang sama dengan sistem yang ada pada buku-buku dan akhbar yang diterbitkan sekitar masa itu. Sistem ejaan yang tidak menggunakan abjad vokal pada suku kata akhir terbuka dalam perkataan yang sudah lazim terpakai diteruskan. Manakala bagi perkataan yang lain dan juga perkataan yang baharu, abjad vokal digunakan pada posisi suku kata akhir terbuka dan pada suku kata tertutup.

Bagi perkataan pinjaman, abjad vokal digunakan sepenuhnya untuk bunyi-bunyi vokal. Selain itu, pada tahap ini terdapat satu pembakuan

(12)

dalam bentuk bahasa Melayu dan sistem ejaan Jawi di pusat-pusat kosmopolitan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak menerima pengaruh Barat disebabkan oleh faktor pentadbiran perniagaan, persekolahan, pendidikan, percetakan, dan juga persuratkhabaran. Sementara di luar kawasan pusat-pusat itu nampaknya bahasa Melayu dan sistem ejaan Jawinya masih bersifat konservatif dan mempertahankan unsur-unsur lama.

Bagi memperjelas perbezaan dari segi sistem ejaan Jawi pada tahap ini, penulis turut mengemukakan beberapa banyak contoh manuskrip lain termasuk Kitab Hikam (1344H), Kitab Furu'al-Masaa'il (1257H), Hidaayat al-Saalikin (1192H), Buku Katan P.Bm.P.B. Diraja Johor (1936), Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1938), Majalah Dian (1973), Suluhan Mubtadi (1953), Kitab Hadith Empat Puluh (1966), Misykat al-Anwar (1975), Kitab Zain al-Insan (1980), Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, terbitan DBP (1986), dan lain-lain. Walaupun terdapatnya kedua-dua buah buku panduan ejaan Jawi yang diterbitkan oleh DBP, namun dari segi pelaksanaannya mengambil masa yang lama trutama untuk mengubah sesuatu sisem yang sekian lama wujud dan telah berakar umbi dalam kebiasaan masyarakat Melayu.

(13)

Syarikat Utusan Melayu umpamanya, dalam terbitan-terbitan berbentuk Jawi, masih lagi menggunakan sistem ejaan lama, misalnya dalam akhbar Utusan Melayu dan majalah Utusan Qiblat. Bahkan dalam akhbar Utusan Melayu, abjad ta, iaitu dengan titik satu masih lagi digunakannya untuk melambangkan abjad pa, iaitu dengan titik tiga.

Kesimpulannya, pada penghujung tahun 1991, belum ada lagi penyelarasan pada peringkat kebangsaan dalam sistem ejaan Jawi. Bahkan selain Syarikat Utusan Melayu, ada pihak lain yang masih menggunakan sistem ejaan Jawi Za'ba seperti Bahagian Pendidikan Agama, Kementerian Pendidikan (termasuk Maktab Perguruan Islam). Pihak tersebut menggunakannya dalam pengajaran dan penyediaan bakal-bakal guru yang tentu sekali berbeza daripada sistem yang dikemukakan oleh DBP. Sebenarnya Maktab Perguruan Islam merupakan institusi yang mula-mula mempelopori gerakan penyebaran ejaan Jawi setelah ejaan ini diperkenalkan kembali dalam sistem pendidikan Malaysia pada tahun 1984. Ekoran daripada itu, pada tahun 1991, Konvensyen tulisan Jawi anjuran Pusat islam di Kuala Lumpur telah mewujudkan satu "Jawatankuasa Penyelarasan Ejaan Jawi" yang berusaha mengadakan beberapa

(14)

cadangan pembaikan terhadap Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1986/87).

Selain itu, dalam perkembangan teknologi canggih, mesin komputer digunakan bagi penggunaan, pemelajaran, dan penyebaran tulisan Jawi melalui perkataan (hardware) dan perisian (software) komputer dalam tulisan Arab secara meluas. Salah satu hasil daripada proses pemindahan teknologi tersebut ialah terciptanya al-Bayan Arabic-English Bilingual Wordprocessor Jawi Version, iaitu satu program pemprosesan kata (word processing) yang cekap yang dilancarkan penggunaan dan penyebarannya oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 5 Mac 1992 di Pusat Islam, Kuala Lumpur. Dalam usaha meluaskan penggunaan tulisan Jawi, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengambil prakarsa untuk mengarahkan semua institusi yang berada di bawahnya menggunakan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan sepenuhnya dalam penggunaan tulisan Jawi mereka.

(15)

Pada bab terakhir buku ini, penulis turut memperkatakan sedikit sebanyak tentang seni khat (khaligrafi) tulisan Jawi. Penggunaan seni khat semakin meluas dalam pelbagai manuskrip Melayu dari zaman awal hingga abad ke-20 dengan pelbagai jenis khat misalnya Kufi, Thuluth, Naskhi, Dewani, Farisi, Raqa' Ta'liq, dan lain-lain. Penulis menyorot beberapa contoh penggunaan seni khat seperti yang terdapat pada Batu Bersurat di Terengganu (1303M), Batu nisan Ahmad Majnun (1468M), Surat Sultan Ternate (1521M dan 1522M), manuskrip terjemahan Aqa'id al-Nasafi (1590M), Surat Perjanjian Jual Beli Lada (1600M), manuskrip Bayan Budiman (1600M), Surat Raja Aceh kepada pihak Inggeris (1602M), Hikayat Seri Rama (1613M), Surat Sultan Perkasa Alam Johan Aceh (1613M), Undang-undang Laut Melaka (1655M), Surat Raja Ambon (1658M), dan lain-lain dengan pelbagai gaya khat digunakan. Begitu juga halnya dengan contoh manuskrip Melayu yang terdapat pada abad-abad ke-18, ke-19, dan ke-20 yang juga menggunakan pelbagai jenis seni khat yang berbeza.

(16)

Referensi

Dokumen terkait

PENGENALAN TULISAN TANGAN HURUF JAWI (ARAB MELAYU) BERBENTUK KATA MENGGUNAKAN JARINGAN SARAF

Penulisan kedua jenis kata ulang tersebut dalam bahasa Indonesia dieja dengan menggunakan tanda hubung (-), sedangkan dalam bahasa Melayu Jawi menggunakan simbol angka

Responden kajian ini terdiri daripada 1 60 orang pelajar UPM bagi semester Mei sesi 1 999 I 2000 yang mempunyai peJbagai latar belakang tulisan Jawi dan sedang

َبَتَك ، ُمَلَ ق Contoh perkataan di atas membuktikan hubungkait fonatik Bahasa Melayu dengan sebutan kalimah Arab. Penggunaan tulisan Jawi pada Bahasa Melayu

ada juga yang ditulis dengan bahasa Arab (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007:162) Institusi pendidikan formal dan tidak formal juga lebih menekankan penggunaan tulisan Jawi dalam sistem

Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada

Konsep Jihad Ulama Melayu-islam Dalam Kitab Jawi Terpilih: Satu Analisis ABSTRACT SejarahMalaysia membuktikan perjuangan orang Melayu menentang penjajah di Tanah Melayu dilakukan

Pendekatan kaedah latih tubi dalam kemahiran menulis jawi murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak, Sandakan ABSTRAK Jawi adalah satu tulisan untuk bahasa Melayu..