• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kedatangan Islam Dan Kaitannya Dengan Tulisan Jawi.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kedatangan Islam Dan Kaitannya Dengan Tulisan Jawi."

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Kedatangan Islam dan kaitannya dengan tulisan jawi.

Tulisan Jawi ialah satu seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait secara langsung dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara. Berdasarkan pendapat Amat Juhari Moain di dalam bukunya yang bertajuk ‘Perancangan Bahasa: Sejarah aksara jawi’, islam telah muncul di asia tenggara mula dikesan di Indonesia, kemudian di kedah, Palembang champa dan juga di jawa timur. Melalui hasil-hasil kajian yang ditemui para pengkaji sejarah seperti batu nisan seorang wanita yang bernama Fatimah binti maimun bin hibat allah dengan menggunakan huruf kufi di jawa timur ini bertarikh

475H./1082M. menunjukkan bahawa islam telah muncul sekaligus peggunaan tulisan jawi telah bermula sejak awal lagi. Selain itu terdapat juga artifak-artifak yang dijumpai di alam melayu yang akan ditrrangkan lebih jelas lagi dalam bab yang berikutnya.

Sejak kedatangan islam yang telah memberi ajaran baru, agama baru, kehidupan baru kepada orang melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa ajaran islam telah menggantikan agama lama seperti hindu-buddha, aninisme dan sebagainya sedikit demi sedikit, dan orang melayu mula menampakkan jati dirinya sendiri. Akhirnya islam dengan melayu menjadi sebati. Sehingga pada satu ketika di asia tenggara apabila disebut orang melayu bererti dia islam. Bahkan pernah dikatakan orang yang memelik agama islam adalah melayu. Akhirya apabila dicabut dan dipisahkan islam daripada melayu, maka hilanglah Melayunya.

Bukan itu sahaja, bahkan kedatangan islam telah membawa ke dalam kebudayaan melayu unsur-unsur bahasa dan tulisannya. Dalam bahasa melayu, terdapat banyak perkataan Arab setelah dating islam, sama ada untuk laras agama, pemerintahan mahupun lain-lain. Kata-kata arab behitu banyak dimasukkan ke dalam bahasa Melayu sama ada dikekalkan sebutan dan ejaannya. Contoh kata-kata yang dikekalkan ialah Allah, maaikat, nabi, rasul, dan sebagainya. Kesemua unsur ini telah member pengaruh yang cukup besar dalam perkembangan tulisan jawi di nusantara terutamanya di alam melayu, seterusnya telah merubah taraf kedudukan budaya melayu.

(2)

Sejarah ringkas bahasa Melayu dan kedudukannya di mata dunia.

Sebelum kita bergerak lebih jauh lagi bagi mengenali tulisan jawi, mari kita meneroka sebentar sejarah bahasa melayu dan kedudukannya di mata dunia. Pada masa kini, bahasa melayu teah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di empat buah Negara, iaitu Indonesia, Malaysia, singapura dan brunei Darussalam. Dengan itu, bahasa melayu menjadi bahasa yang utama bagi rantau asia tenggara. Hal ini bukanlah satu perkara baru tetapi telah wujud sejak zaman baharu lagi, kerana bahasa melayu telah menjai bahasa lingua franca di asia tenggara sejak abad ke-15M. Bahasa melayu menjadi bahasa perantara dari daerah kepulauan rempah di Indonesia timur, membawa ke Empayar brunei. Begitu juga dari empayar melayu Melaka, empayar aceh, hinggalah ke gujerat iaitu tempat tertumpunya para pedagang dari asia tenggara dan daerah-daerah lain, selain menjadi bahasa utama di pelabuhan-pelabuhan di jawa dan Sulawesi.

Sebelum itu bahasa melayu menjadi bahasa utama untuk empayar sriwijaya yang berpusat di sumatera selatan. Bahkan bahasa melayu menjadi bahasa utama di pulau jawa terutamanya di jawa barat pada abad ke-7M, begitu juga krajaan ligor di segenting kra, Thailand. Kesemua ini dapat dibuktikan daripada prasasti yang ditemui seperti Prasasti Bukit Gombak, sumatera barat, aceh dan campa. (Amat Juhari Moain, 1996:1-2)

Berdasarkan kajian-kajian ini, tidak hairanlah jika bahasa melayu menjadi bahasa utama dan paling berpengaruh sebagai bahasa perhubungan antara Negara dan perdagangan antarabangsa di asia tenggara ini.

(3)

Pendahuluan

Dalam menerokai liku-liku sejarah tulisan jawi, bukanlah suatu perkara yang mudah dan gampang dilihat, malahan kajian memerlukan masa yang lama dengan telitinya bagi menghasilkan satu kajian yang member kepuasan kepada para pembaca.

Maka kami telah meneliti berbagai-bagai sumber dari buku-buku para sejarawan yang

kebanyakannya menerangkan sejarah kedatangan tulisan jawi daripada hasil kajian para pengkaji terdahulu seperti wang logam, tembikar, batu nisan dan sebagainya. Selain itu, kami juga telah menemui beberapa orang yang telah mengembara ke Negara-negara nusantara bertujuan bagi mengkaji tulisan jawi. Dengan itu, maklumat-maklumat tambahan ini akan disokong dengan hujah yang kuat berdasarkan pengalaman-pengalaman hebat mereka.

Dalam masa melalui liku-liku hidupnya tulisan jawi, ianya telah mengalami evolusi dari pelbagai peringkat sehinggalah dari segi sistem ejaannya dan juga bentuk-bentuk huruf yang

mendukungnya. Bukan itu sahaja, bahkan tulisan jawi juga telah berubah sistem ejaannya sesuai dengan perkembangan zaman dan keperluan. Di dalam kajian ini, akan dicoretkan sedikit demi sedikit perkaitan tulisan jawi dengan kedatangan islam, yang mana ianya mampu memberi pencerahan kepada pembaca mengenai asal-usul tulisan jawi.

(4)

Sejarah perkembangan tulisan jawi di nusantara.

Menurut pandangan Hashim Haji Musa (1999: 12- ) dalam bukunya yang berjudul ‘ sejarah perkembangan tulisan jawi’, tentang perkembangan system tulisan jawi di kepulauan melayu, ramai juga penyelidik telah menumpukan kajian mereka, kebanyakannya terdiri daripada orang barat yang berminat disebabkan tugas dan kaitan dengan keperluan pentadbiran, perniagaan, agama kristian da nada juga disebabkan kecenderungan kesarjanaan mereka.

Contohnya, Shellabear yang menulis artikel tentang perkembangan ejaan melayu (jawi) pada tahun 1901, telah menyebut dan mengulas beberapa orang pengkaji barat yang telah menyelidiki bahasa melayu termasuk ejaan jawi seperti van Ronkel, Robinson, Wilkinson dan ramai lagi. Shellabear telah menyuarakan rasa kagumnya terhadap hakikat bahawa adanya keseragaman dalam ejaan jawi yang terkandung dalam manuskrip-manuskrip yang ditulis di seluruh pelosok kepulauan melayu. Satu perkara yang sangat menarik yang dinyatakan olehnya ialah

bahawasanya orang melayu menerima system tulisan jawi ini secara langsung daripada orang arab, dan orang orang arablah yang mula-mula menggunakan sistem tulisan arab untuk mnulis bahasa melayu yang seterusnya terkenal selepas itu dengan nama tulisan jawi.

Dalam kalangan orang melayu, Raja Ali Haji ialah tokoh yang mula-mula sekali memperkatakan system ejaan jawi seperti yang tercatat dalam tulisannya Bustan al-Katibin pada tahun

1267H/1857M. Huraian beliau mengenai ejaan jawi sebenarnya merupakan panduan untuk mengenal, menyebut dan menggunakannya dalam bentuk tulisan. Selain itu, Muhammad Ibrahim iaitu anak Abdullah Munsyi, yamg telah menerbitkan Kitab Pemimpin Johor pada tahun 1878M yang bertujuan untuk menerangkan tentang kaedah ejaan jawi.

Selain itu, tokoh melayu yang pertama yang benar-benar menganalisis system ejaan jawi dari segi prinsip dan segala permasalahannya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba). Beliau telah memperkatakan tulisan jawi dari segi sebab-sebab timbulnya ketidakseragaman ejaan, system pervokalan dalam jawi, system ejaan dalam suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan dan intonasi, perkembangan penggunaan abjad-abjad. Dan seterusnya beliau telah menerbitkan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi pada tahun 1949. Bukan itu sahaja, bahkan terdapat ramai lagi tokoh-tokoh melayu yang telah mengkaji tulisan jawi secara terperinci seperti Raja Haji

(5)

Muhammaf Tahir bin Almarhum Murshid Riau, Mejar Dato’ Haji Muhammad Said Suleiman dan sebagainya.

Pada tahun 1954, satu jawatankuasa penyiasat tulisan Jawi-Rumi dalam kongres Persuratan Melayu Se-Malaya telah membandingkan system tulisan jawi dan rumi. Hasil daripada penyiasatan itu, maka disimpulkan dalam memorandum tentang ‘ Tulisan Rumi untuk Bahasa Melayu 1954 yang memcakupi 11 kelebihan tulisan Rumi dan 12 kelebihan tulisan jawi. Sebagai hasil daripada rumusan di atas, mkaa Angkatan Sasterawan 50 telah mengesyorkan agar tidak mnghapuskan tulisan jawi sehingga masa yang menentukannya.

Pada tahun 1972, Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain, telah mengesyorkan satu system pemvokalan ejaan jawi melalui penggunaan tanda baris sepenuhnya.

Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia telah mengesyorkan supaya ejaan jawi pada masa itu dikaji semula dan diperkemaskan, dan satu buku Daftar Ejaan Ejaan Rumi-Jawi telah diterbitkan.

Pada tahun 1983, melalui daya usaha Dewan Bahasa dan Pustaka, Awang Mohd. Amin telah membuat penyelidikan tentang tulisan jawi bertujuan untuk mencari data tentang ejaan jawi bahasa melayu untuk dipergunakan ejaan tersebut iaitu sebelum ia diajarkan kepada pelajar-pelajar khasnya dan orang ramai amnya.

Pada tahun 1986, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku ‘ Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan ‘.

(6)

Seperti yang disebut di awal tadi, para pengkaji bukan sahaja terdiri daripada orang melayu itu sendiri, bahkan terdapat juga pengkaji dari timur seperti Kang Kyoung Seouk dari korea yang menyentuh sedikit sejarah perkembangan tulisan jawi dan yang paling menarik ialah beliau menunjukkan perkembangan bentuk-bentuk tulisan jawi daripada bentuk arab kepada melayu asli.

Jika kita meneliti system ejaan jawi abad ke-10 hingga 11H, zaaba telah mengatakan bahawa dalam abad-abad ke-16 hingga 17M., system ejaan jawi yang lebih baku mengurangkan penggunaan abjad-abjad alif, wau, ya yang banyak sebagai sitem pemvokalan seperti yang terdapat dalam tulisan jawi pada Batu Bersurat Terengganu dan sebaliknya menggunakan lebih banyak system baris. Contohya:

غروا orang

لبما ambil

ركنا ingkar

Selain itu, penemuan ejaan jawi pada batu nisan Ahmad Majnun yang bertarikh 802H. juga

(7)

System ejaan jawi pada abad ke-18 pula telah dikaji melalui penemuan Hukum Kanun Melaka yang tercatat tarikh penulisannya pada tahun 1175H. yang bersamaan 1761M.. Manuskrip ini dikatakan kira-kira seratus tahun selepas manuskrip Undang-undang Laut Melaka. Manuskrip ini mengandungi banyak penggunaan abjad-abjad vocal alif, wau dan ya untuk melambangkan bunyi-bunyi vocal pada suku kata akhir berbanding manuskrip-manuskrip terdahulu.

Bermula abad ke-19M., manuskrip Hikayat Perjalanan Sultan ahmad rijal al-din ke benggala telah dijumpai yang mana meggunakan tulisan jawi. Pada abad ke-20M. pula kita telah

menyaksikan perkembangan yang pesat dalam bidang persuratkhabaran Melayu iaitu mengikuti jejak langkah yang dimulakan oleh Jawi peranakan. Hampir sepeuluh buah akhbar melayu telah muncul dan satu yang terpenting yang masih terus diterbitkan hingga kini ialah Utusan melayu. Pada tahun 1907, akhbar Utusan Melayu mula-mula diterbitkan di Singapura. System ejaan jawi yang digunakan dalam akhbar itu seakan-akan sama dengan system yang ada pada buku-buku yang diterbitkan ketika itu. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan tulisan jawi kini makin meluas dan tumbuh pesat bak cendawan yang tumbuh selepas hujan walaupun masih ada segelintir yang terlepas panndang tentang perkembangan tulisan jawi di nusantara.

(8)

Kepentingan tulisan jawi Malaysia

Kepentingan Tulisan Jawi sukar dinafikan oleh sesiapa. Seseorang yang ingin menyelidik tentang kesusasteraan, kebudayaan dan masyarakat Melayu khasnya, bahkan agama Islam dan perkembangannya di Alam Melayu amnya memerlukan pengetahuan tentang tulisan Jawi. Tulisan Jawi adalah lambang jati diri, citra dan keunggulan umat Melayu. Peranan dan jasa agung dimainkan tulisan Jawi sebenarnya bermula sejak ia menjadi penyebar maklumat dan pendapat paling utama sejak puluhan tahun lalu. Cuma kebelakangan ini tulisan Jawi diketepikan peranan dan kehebatannya. Bahasa Melayu berteraskan tulisan Jawi kesan daripada penyebaran Islam yang berlaku di Nusantara suatu ketika dulu akan lenyap dan hilang jika tiada usaha dilakukan dalam memartabatkan semula penggunaannya.

Jadi, Malaysia sebagai negara yang sangat mencintai tulisan jawi sejajar dengan ajaran al-quran sunnah yang mengajar kita untuk mencintai bahasa arab, maka terdapat beberapa kepentingan atau fungsi tulisan jawi yang digunakan di Malaysia. Antaranya:

1- Alat Penting Dalam Urusan Pentadbiran Istana dan Adat Istiadat Raja Melayu

- Tulisan Jawi juga turut digunakan dalam urusan pentadbiran dan adat istiadat raja-raja Melayu. Pihak istana pada zaman dahulu juga menggunakan tulisan Jawi sebagai alat perakam segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan dangangan antarabangsa dan diplomatik. Oleh itu tidak hairanlah istana menjadi tempat perkembangan persuratan Melayu seperti manuskrip dan kitab-kitab agama berjalan dengan rancaknya dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pusat-pusat penulisan manuskrip di istana-istana raja dan raja-raja tersebut mempunyai jurutulis yang akan menulis jikalau mendapat perkenan daripada raja tersebut. Manakala dalam urusan perdagangan pula, tulisan Jawi digunakan untuk mencatat sesuatu perjanjian disamping menulis undang-undang kanun dalam pemerintahan mereka.

2- Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

- Setelah sekian lama dijajah oleh bangsa asing, akhirnya Tanah Melayu telah diberi kemerdekaan oleh British pada tahun 1957. Apa yang menariknya, dokumen pengisytiharan kemerdekaaan telah ditulis dalam dua bentuk tulisan, iaitu satu dalam tulisan rumi dan satu lagi dalam tulisan Jawi. Penggunaan tulisan Jawi dalam surat pemasyhuran tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa tulisan Jawi bukan sahaja digunakan untuk tujuan penulisan pada kitab-kitab

(9)

agama dan tujuan tradisional sahaja, bahkan ianya juga digunakan untuk menulis satu dokumen yang memberi erti yang sangat besar kepada kita rakyat Malaysia.

3- Penulisan Akhbar dan Majalah

- Selain digunakan untuk menulis dokumen pemasyhuran kemerdekaan dan alat penting dalam sistem pentadbiran, akhbar dan majalah juga turut ditulis dalam ejaan jawi. Utusan Melayu merupakan antara akhbar yang terawal di negara kita yang ditulis dengan ejaan jawi. Selain dari akhbar, banyak juga majalah-majalah yang ditulis dengan ejaan jawi antaranya ialah majalah Mastika.

4- Tulisan Jawi dalam system pendidikan

- Sistem pendidikan awal negara kita adalah bermula dengan penggunaan tulisan Jawi. Buku-buku atau teks-teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada juga yang ditulis dengan bahasa Arab. Institusi pendidikan formal dan tidak formal juga lebih menekankan penggunaan tulisan Jawi dalam sistem ejaan mereka. Bagaimanapun selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan telah dibentuk berdasarkan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak. Penyusunan semula kurikulum dan program pelajaran yang berteraskan perkembangan semasa yang lebih ke arah sekular seolah-olah ingin menngantikan tulisan rumi sebagai tulisan utama dalam sistem pendidikan. Bermula dari sini, banyak buku-buku teks telah dicetak dalam tulisan rumi. Hal ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai matlamat serta objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ingin memperkukuhkan perpaduan antara kaum.

5- Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam

- Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan ditulis dalam tulisan Jawi. Malah, terdapat pemindahan budaya dan pengetahuan dari negara Islam, terutama negara Arab, seperti kesusasteraan, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan ilmu matematik, yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak juga kitab-kitab lama yang ditulis dalam

(10)

bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya ditulis dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama.

6- Menjadi Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam

- Malaysia sebagai negara yang mempunyai peratusan majority islam dan menjadikan islam sebagai agama rasmi, maka malaysia akan mengangkat apa sahaja yang berkaitan dengan agama islam. Tulisan Jawi yang merupakan khazanah intelektual, jati diri budaya, wacana pemikiran dan kesusasteraan, serta estetika bahasa yang penting kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu, ianya turut menjadi medium yang menjalin keintiman hubungan dan siratulrahim ummah. Kepupusan tulisan Jawi sebagai pengantar intelektual dan tradisi keilmuan masyarakat Melayu mempunyai kesan yang amat besar dalam proses pembinaan jati diri bangsa Melayu dan pengukuhan sosiobudaya bangsa itu di negara ini.

7- Penggunaan dalam system ekonomi

- Penemuan wang logam melayu pada abad ke-11 dan ke-12 yang menggunakan tulisan jawi diatasnya, terdapat dalam negeri-negeri Melayu-Kedah dan Terengganu. Selain itu, catatan hasil cukai perdagangan yang digunakan semasa pemerintahan kerajaan Johor-Riau yang mana juga menggunakan tulisan jawi telah membuka mata kita bahawa tulisan jawi bukan sahaja digunakan dalam system pendidikan mahupun adat istadat diraja, bahkan digunakan dalam system ekonomi juga.

(11)

Indonesia

1- Urusan Pentadbiran Istana dan Adat Istiadat Raja Melayu

- Indonesia juga antara negara yang mengangkat martabat tulisan jawi.dengan penemuan surat raja aceh iaitu surat daripada raja acheh kepada kapitan inggeris. Mereka telah menggunakan tulisan jawi sebagai bahasa perantara antara mereka. Bukan itu sahaja, malah terdapat satu lagi surat yang dijumpai yang tertulis dengan tulisan jawi, iaitu Surat Gabenor jeneral belanda kepada sultan sumenep, Madura yang bertarikh 28 April 1842. Selain itu, penemuan surat ratu jambi adalah contoh yang terbaik dalam membuktikan perkembangan dan kepentingan tulisan jawi di Indonesia. Ia merupakn satu contoh surat daripada Pengiran Ratu Jambi kepada Gabenor Belanda di Betawi (Jakarta).

2- System ekonomi

- Sejak kedatangan islam ke Indonesia, negara ini makin maju dalam bidang ekonomi. Mereka menggunakan sisten yang teratur, sistematik dan sesuai dengan keadaan ketika itu. Seperti yang kita lakukan hari ini juga, mereka juga yang mendahului zaman ini, mereka telah menggunakan system persuratan dalm perniagaan. Sebagai contoh, surat izin niaga iaitu surat kebenaran berniaga daripada Alauddin syah, sultan aceh kepada pemerintah dinegara tersebut ketika itu. 3- Penulisan Akhbar dan Majalah

- Seperti mana yang dilakukan di Malaysia, Indonesia juga menggunakan tulisan jawi di akhbar-akhbar, majalah-majalah, iklan-iklan dan sebagainya. Sebagai contoh, Wahyu al-Minbar yang diterbitkan di Indonesia, iaitu sebuah kitab atau buku yang membincangkan mengenai agama islam, ditulis dalam tulisan jawi. Selain itu, terdapat juga sebuah iklan daripada Bank Exim yang dipetik daripada sebuah majalah yang bertajuk Kiblat juga ditulis dalam tulisan jawi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Indonesia juga telah mengangkat mertabat tulisan jawi setinggi-tingginya sehinga diguna pakai dalam penulisan majalah untuk ditatap masyarakat umum. Bukan itu sahaja, malahan tulisan jawi yang terdapat di tangkal azimat dipercayai bahawa masyarakat islam ketika itu memakai tangkal itu dalam perang melawan Partai Komunis Indonesia pada 1965-1966.

(12)

Bibliografi

Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hasyim Haji Musa. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/ http://indahnya-bahasa-kita.blogspot.com/2011/01/tulisan-jawi-dan-bahasa-melayu.html http://books.google.com.my/books?id=Muoj7z9IOI8C&pg=PA289&lpg=PA289&dq=tulisan+ja wi+di+indonesia&source=bl&ots=BgmmFIAjhK&sig=Nec4l4yabq1CiJFHWvbejp_Ls6Y&hl=e n&sa=X&ei=w-mXT8KJNpHyrQe60oTJAQ&ved=0CGwQ6AEwCA#v=onepage&q=tulisan%20jawi%20di%2 0indonesia&f=false http://zierainovasi.blogspot.com/p/sejarah-tulisan-jawi.html http://skuad-penyelamat-aqidah.blogspot.com/2010/03/langkah-menyelamat-tulisan-jawi-perlu.html http://blogs.iium.edu.my/ka_mokhtar/2010/01/03/kegemilangan-tulisan-jawi-perlu-dikembalikan/ http://webctfatimah.wordpress.com/2010/10/30/ct20-tulisan-jawi-semakin-terancam/ http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:Sn4nKlmdfPsJ:pemulihantulisanjawi. blogspot.com/2011/03/perkembangan-dan-fungsi-tulisan-jawi.html+kepentingan+tulisan+jawi+di+nusantara&cd=1&hl=en&ct=clnk&gl=my http://lms.oum.edu.my/e-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Ne geri&pg=dn_09.htm

(13)

Munadilatul Iezzah Bt. Ganden Lubis 1119672

Hafizan, awak nak edit kan. Tlg Editkan huruf besar kecik, ape perkataan yang kene merengkan. Tme kasih

Referensi

Dokumen terkait

Dengan adanya penambahan kontroler PID ini diharapkan sistem dan grafik yang dihasilkan oleh hasil simulasi dapat cepat, stabil dan frekuensi yang dihasilkan tidak

Populasi penelitian adalah ibu hamil trimetser III yang menghadapi masa persalinan yang berjumlah 50 ibu hamil ada di Wilayah Kerja Puskesmas Karangmalang, sampel

Amanat Peraturan Pemeritah Nomor 19 Tahun 2008, Pasal 16 tersebut, menunjukan bahwa camat selaku pemimpin kecamatan mempunyai tugas, kedudukan, dan peranan yang

SMA/MA (IPA), Paket C (IPA), SMK Pelayaran Kapal Niaga Jurusan Teknika Kapal Niaga, Jurusan Teknik Mesin, Teknik Otomotif, Teknik Elektronika (Kecuali Teknik Audio Vidio),

 Dalam prospektus yang disampaikan kepada Bursa Efek Indonesia, Centratama Telekomunikasi Indonesia akan menerbitkan saham baru sebanyak 34 miliar saham dengan skema

Visi : Menjadi program studi magister desain berstandard internasional yang berperan aktif dalam pengembangan keilmuan desain berbasis entrepre- neurial, teknologi informasi dan

17 Hasil Observasi di SMPLB-YPPC Labui Banda Aceh pada tanggal 20 April 2018.. itu juga, guru juga harus menyeimbangi siswa agar proses pembalajarannya menjadi lebih