• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Sastra Bahasa Melayu islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sejarah Sastra Bahasa Melayu islam "

Copied!
38
0
0

Teks penuh

(1)

Sumber : http://mcp.anu.edu.au/papers/darwis/Utama.html

PENULIS

:

DARWIS HARAHAP, M.A (USM)

PENERBIT

:

UNIVERSITI SAINS MALASYIA

KOTA TERBIT

:

PULAU PINANG

TAHUN TERBIT

:

1992

BAGI PIHAK

:

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

PRAKATA

Bahasa Melayu secara khusus ialah salah satu dialek daripada beratus dialek lain yang terdapat di

Nusantara (alam Melayu). Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sama ada di Indonesia, Malaysia mahupun di Brunei bukanlah dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dipilih terutama faktor sejarahnya, iaitu bahasa yang sudah dikenali dan digunakan sejak zaman-berzaman.

Kita beruntung kerana bahasa Melayu yang tumbuh di alam Melayu ini dapat berkembang subur seperti yang kita lihat sekarang. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidaklah tumbuh dan berkembang begitu sahaja. Ia mengalami sejarah yang panjang yang perlu kita ketahui terutama oleh generasi muda. Sejarah bahasa bukan sahaja bertujuan merakam peristiwa yang berlaku terhadap bahasa itu sendiri tetapi juga perlu agar kita menghargai, menyayangi, memelihara, mengkaji, dan menggunakannya dengan baik dan sempurna.

Buku Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu ini cuba memaparkan secara sederhana pertumbuhan bahasa Melayu sejak awal hingga penghujung abad ke-19. Buku ini sengaja mengelak daripada penzamanan kerana agak sukar membezakan satu zaman dengan zaman lain dalam bahasa. Bahasa tumbuh dan berkembang mengikut keadaan masyarakat dan pengaruh yang datang dari luar. Walaupun berlaku perubahan terhadap bahasa, tetapi agak sukar menentukan masa yang tepat terhadap perubahan tersebut.

Penulis mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Muhammad Jafar yang telah melukis semula peta di dalam buku ini daripada sumber: Rumpun Melayu-Polinesia (1990) dan Map of the World (n.d.), dan Aditya Adawiyah yang menulis semula aksara daripada sumber: Harahap, E. St. (1960), Kridalaksana, H. (1982), Crawfurd, J. (1852), Burckhardt, T. (1976), Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. (1955), Wan Ali Hj. Wan Mamat (1988), dan Pedoman umum ejaan Jawi yang disempurnakan (1987). Tatacara penulisan di dalam buku ini berasaskan gaya Penerbit USM dan penulis mempersetujuinya.

Bukti yang diperlihatkan di sini kebanyakannya daripada data persuratan. Tidak semua data bertulis dimasukkan di dalam buku ini. Sebahagiannya data tersebut dipilih kerana popular dan sebahagian lagi kerana mudah diperolehi. Oleh yang demikian, kekurangan semestinya terdapat di dalam buku ini. Kata pepatah Melayu "tiada gading yang tak retak", maka dengan rendah hati, penulis mengharapkan nasihat dan teguran yang membina daripada pembaca.

Terima kasih.

DARWIS HARAHAP

(2)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu masyarakat

penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini.

Sebagai perbandingan, kedua-dua pandangan tersebut diperlihatkan seperti yang berikut ini.

1.1.1 Berasal dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian terhadap kapak tua (beliung batu). Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern berkesimpulan, tentulah kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu ini (lihat peta pada Lampiran 1).

J.H.C. Kern ialah seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina, Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik (lihat peta pada Lampiran 1). Perkataan tersebut di antara lain ialah: padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang dikajinya itu Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

W. Marsden pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang serumpun. E. Aymonier dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Campa serumpun dengan bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Campa merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental. Di samping keserumpunan bahasa, W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa) telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.

J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba. Seorang ahli filologi bernama A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang terdapat di Kampuchea.

(3)

Slametmuljana yang membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu

kesimpulan bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari Asia. Asmah Haji Omar membuat huraian yang lebih terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China. Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Skema ini juga memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain (Da, Db, dan Dn). Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.

Berikut ini akan diperlihatkan cara perpindahan orang Melayu dari Asia Tengah tersebut.

(a) Orang Negrito

Menurut pendapat Asmah Haji Omar sebelum perpindahan penduduk dari Asia berlaku, Kepulauan Melayu (Nusantara) ini telah ada penghuninya yang kemudian dinamai sebagai penduduk asli. Ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di Semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito. Orang Negrito ini diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (Sebelum Masihi). Mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian mereka memburu binatang. Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan. Di Kedah sebagai contoh, pada tahun 5000 SM, iaitu pada Zaman Paleolit dan Mesolit, telah didiami oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negrito, Sakai, Semai, dan sebagainya.

(b) Melayu-Proto

Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang Melayu ini berasal dari Asia Tengah, perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM. Mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto. Peradaban orang Melayu-Proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-Proto telah pandai membuat alat bercucuk tanam, membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan. Kehidupan mereka berpindah-randah. Zaman mereka ini dinamai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

(c) Melayu-Deutro

Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM. Mereka dinamai Deutro dan telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam. Mereka telah menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam. Mereka hidup di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh Kepulauan Melayu ini.

(4)

yang subur. Hidup mereka sebagai petani dan berburu binatang. Orang Melayu-Deutro ini telah pandai bermasyarakat. Mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama. Agama yang mereka anuti ketika itu ialah animisme.

1.1.2 Berasal dari Nusantara

Seorang sarjana Inggeris bernama J. Crawfurd telah membuat kajian perbandingan bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada bahasa di Pulau Jawa (bahasa Jawa) dan bahasa yang berasal dari Pulau Sumatera (bahasa Melayu). Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

J. Crawfurd menambah hujahnya dengan bukti bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau sampai pada satu kesimpulan bahawa:

(a) Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang menyebar ke tempat lain.

(b) Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasa induk daripada bahasa yang lain.

K. Himly, yang mendasarkan kajiannya terhadap perbandingan bunyi dan bentuk kata bahasa Campa dan pelbagai bahasa di Asia Tenggara menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu Polinesia serumpun dengan bahasa Campa. Pendapat ini disokong oleh P.W. Schmidt yang membuat kajiannya

berdasarkan struktur ayat dan perbendaharaan kata bahasa Campa dan Mon-Khmer. Beliau mendapati bahawa bahasa Melayu yang terdapat dalam kedua-dua bahasa di atas merupakan bahasa ambilan sahaja.

Sutan Takdir Alisjahbana, ketika menyampaikan Syarahan Umum di Universiti Sains Malaysia (Julai 1987) menggelar bangsa yang berkulit coklat yang hidup di Asia Tenggara, iaitu Thailand Selatan, Malaysia,

Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina Selatan sebagai bangsa Melayu yang berasal daripada rumpun bangsa yang satu. Mereka bukan sahaja mempunyai persamaan kulit bahkan persamaan bentuk dan anggota badan yang berbeza daripada bangsa Cina di sebelah timur dan bangsa India di sebelah barat.

Gorys Keraf di dalam bukunya Linguistik bandingan historis (1984) mengemukakan teori Leksikostatistik dan teori Migrasi bagi mengkaji asal usul bangsa dan bahasa Melayu. Setelah mengemukakan hujah tentang kelemahan pendapat terdahulu seperti: Reinhold Foster (1776), William Marsden (1843), John Crawfurd (1848), J.R. Logan (1848), A.H. Keane (1880), H.K. Kern (1889), Slametmuljana (1964), dan Dyen (1965) beliau mengambil kesimpulan bahawa "...negeri asal (tanahair, homeland) nenek moyang bangsa Austronesia haruslah daerah Indonesia dan Filipina (termasuk daerah-daerah yang sekarang merupakan laut dan selat), yang dulunya merupakan kesatuan geografis".

Pendapat lain yang tidak mengakui bahawa orang Melayu ini berasal dari daratan Asia mengatakan bahawa pada Zaman Kuarter atau Kala Wurn bermula dengan Zaman Ais Besar sekitar dua juta sehingga lima ratus ribu tahun yang lalu. Zaman ini berakhir dengan mencairnya ais secara perlahan-lahan dan air laut menggenangi dataran rendah. Dataran tinggi menjadi pulau. Ada pulau yang besar dan ada pulau yang kecil. Pemisahan di antara satu daratan dengan daratan yang lain berlaku juga kerana berlakunya letusan gunung berapi atau gempa bumi. Pada masa inilah Semenanjung Tanah Melayu berpisah dengan yang lain sehingga kemudian dikenali sebagai Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Pulau Kalimantan, dan pulau lain di Indonesia.

Proto homonoid yang dianggap sebagai pramanusia dianggarkan sudah ada sejak satu juta tahun yang lalu dan ia berkembang secara evolusi. Namun, manusia yang sesungguhnya baru bermula sejak 44,000 tahun yang lalu dan manusia moden (Homo sapiens sapiens) muncul sekitar 11,000 tahun yang lalu.

Pada masa pramanusia dan manusia yang sesungguhnya di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Australia telah ada manusia. Hal ini dibuktikan dengan ditemuinya Homo soloinensis dan Homo wajakensis (Manusia Jawa = "Java Man") yang diperkirakan berusia satu juta tahun.

(5)

Masing-masing bangsa ini berpisah dengan berlakunya pemisahan daratan. Mereka berpindah dengan cara yang perlahan. Orang Kaukasus ada yang berpindah ke sebelah barat dan ada pula yang ke sebelah timur. Yang berpindah ke arah timur seperti ke Maluku, Flores, dan Sumba bercampur dengan orang Negrito. Yang berpindah ke arah barat mendiami Kalimantan, Aceh, Tapanuli, Nias, Riau, dan Lampung. Yang berpindah ke arah utara menjadi bangsa Khmer, Campa, Jarai, Palaung, dan Wa.

Hukum Bunyi yang diperkenalkan oleh H.N. van der Tuuk dan diperluas oleh J.L.A. Brandes yang

menghasilkan Hukum R-G-H dan Hukum R-D-L dikatakan oleh C.A. Mees bahawa "Segala bahasa Austronesia itu, walaupun berbeza kerana pelbagai pengaruh dan sebab yang telah disebut, memperlihatkan titik kesamaan yang banyak sekali, baik pada kata-kata yang sama, seperti mata, lima, talinga, dan sebagainya, mahupun pada sistem imbuhan, dan susunan tatabahasanya. Perbezaan yang besar seperti dalam bahasa Indo-Eropah, misalnya: antara bahasa Perancis dan Jerman, antara Sanskrit dan Inggeris, tidak ada pada bahasa-bahasa Austronesia. Apalagi Kata Dasar (terutama bahasa Melayu) tidak berubah dalam morfologi" juga menunjukkan bahawa bahasa yang terdapat di Asia Selatan dan Tenggara berbeza dengan bahasa yang terdapat di Asia Tengah.

1.2 KESIMPULAN

Pendapat Geldern tentang kapak tua masih boleh diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara. Budaya yang sama akan ditemui pada semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman tersebut.

Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah. Kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia Tengah. Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Secara khusus, penyebaran bahasa Melayu itu dapat dilihat di sepanjang pantai timur Pulau Sumatera, di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu; di Pulau Jawa terdapat dialek Jakarta (Melayu-Betawi), bahasa Melayu Kampung di Bali, bahasa Melayu di Kalimantan Barat, bahasa Melayu Banjar di Kalimantan Barat dan Selatan, Sabah, Sarawak, dan bahasa Melayu di Pulau Seram.

Pendapat Marsden bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah. Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur (Lautan Pasifik), pantai barat (Lautan Hindi), dan Selatan Asia (kawasan Nusantara) sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma. Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu: Telugu, Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan bahasa di bahagian Timur, Tenggara, dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia yang menurunkan empat kelompok besar, iaitu Nusantara, Melanesia, Mikronesia, dan Polinesia.

Jika ditinjau dari sudut ilmu kaji purba pula, penemuan tengkorak yang terdapat di Nusantara ini memberi petunjuk bahawa manusia telah lama ada di sini. Penemuan tersebut di antara lain ialah:

1. Pithecanthropus Mojokerto (Jawa), yang kini berusia kira-kira 670,000 tahun. 2. Pithecanthropus Trinil (Jawa), kira-kira 600,000 tahun.

3. Manusia Wajak (Jawa), kira-kira 210,000 tahun.

(6)

berdekatan dengan Khatulistiwa. Hal ini diperkuat lagi dengan penemuan fosil tengkorak manusia yang terdapat di Afrika yang dinamai Zinjanthropus yang berusia 1,750,000 tahun. Beberapa hujah ini menambah kukuh kesimpulan Gorys Keraf di atas yang menyatakan bahawa nenek moyang bangsa Melayu ini tentulah sudah sedia ada di Kepulauan Melayu yang menggunakan bahasa keluarga Nusantara.

Masih ada soalan yang belum terjawab, iaitu jika betul bangsa Melayu ini sememangnya berasal dari Alam Melayu ini, sebelum itu dari manakah asal mereka? Pendapat orang Minangkabau di Sumatera Barat bahawa keturunan mereka ada hubungan dengan pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang semasa berlakunya banjir besar seperti yang diungkapkan oleh W. Marsden (1812) masih boleh dipertikaikan.

Yang agak berkemungkinan disusurgaluri ialah dari salasilah Nabi Nuh daripada tiga anaknya, iaitu Ham, Yafit, dan Sam. Dikatakan bahawa Ham berpindah ke Afrika yang keturunannya kemudian disebut Negro berkulit hitam, Yafit berpindah ke Eropah yang kemudian dikenali sebagai bangsa kulit putih, dan Sam tinggal di Asia menurunkan bangsa kulit kuning langsat. Putera kepada Sam ialah Nabi Hud yang tinggal di negeri Ahqaf yang terletak di antara Yaman dan Oman. Mungkinkah keturunan Nabi Hud yang tinggal di tepi laut, yang sudah sedia jadi pelaut, menyebar ke Pulau Madagaskar di Lautan Hindi hingga ke Hawaii di Lautan Pasifik lebih mempunyai kemungkinan menurunkan bangsa Melayu? Satu kajian baru perlu dilakukan.

Mulia, T.S.G. dan Hidding, K.A.H. Ensiklopedia Indonesia (F-M), 1955, m.s. 592. Safioedin, Asis. Tatabahasa Indonesia, 1963, m.s. 6.

Peta ini disesuaikan daripada peta dunia yang diselenggarakan oleh UNDP dalam bentuk lembaran.

Mulia, T.S.G. op. cit., m.s. 778.

Slametmuljana. Asal bangsa dan bahasa Nusantara, 1975. passim., m.s. 12-18. Ibid., m.s. 30.

Asmah Hj. Omar. Susur galur bahasa Melayu, 1985, m.s. 395. Ibid., m.s. 16.

Ibid., m.s. 31-32.

Ryan. N.J. Sejarah Semenanjung Tanah Melayu, 1965, m.s. 5-6.

Asmah Hj. Omar, passim., m.s. 28-29 dan Slametmuljana. passim., m.s. 11-28. Keraf, Gorys. Linguistik bandingan historis, 1984. passim., m.s. 184-201. Mees, C.A. Ilmu perbandingan bahasa-bahasa Austronesia. 1967, m.s. 2. Ibid., m.s. 28.

Keraf, Gorys. op. cit., m.s. 196-198. Marsden, W. A grammar of the Malayan language, 1812, m.s. vi. Safwan Fathy. Kisah dari al-Quran, 1988. passim., m.s. 53-55.

(7)

BAHASA MELAYU

2.1 PENGENALAN

erkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan

dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas. Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah Semenanjung.

Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu. Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.

2.2 BAHASA MELAYU KUNO

Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara 115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab.

Pedagang Arab yang dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera.

Pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu Kuno.

2.2.1 Batu Bersurat

Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti (batu bersurat). Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:

(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava (lihat lampiran 2).

(8)

(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. (d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.

2.2.1.1 Batu Bersurat Kedukan Bukit. Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Setelah ditransliterasikan ke huruf rumi tulisan tersebut adalah seperti yang berikut ini (dengan sedikit pengubahsuaian susunan dan bentuk, seperti c dibaca sy):

Svasti cri

cakavarsatita 605 ekadaci cuklapaksa vulan vaicakha daputa hyang nayik di samvau mangalap siddhayatra

di saptami cuklapaksa

vulan jyestha dapunta hyang marlapas dari minana Tamvar (Kamvar) mamava yang vala dua laksa ko dua ratus cara di samvau

dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna datang di matada (nau) sukhacitta

di pancami cuklapaksa vulan asada laghu mudita datang

marvuat vanua ... Crivijaya jaya siddhayatra subhika ...

Daripada transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa Sanskrit sudah demikian meluas.

Jika kita bandingkan bahasa Melayu Kuno di atas dengan bahasa Melayu kini, kita akan mendapati perubahan pembentukan bunyi dan perkataan seperti yang berikut ini:

vulan = bulan nayik = naik

samvau = sampau = sampan (maksudnya perahu yang besar) mangalap = mengambil (maksudnya mencari)

marlapas = berlepas mamava = membawa vala = bala = balatentera

laksa = (menyatakan jumlah yang tidak terkira banyaknya) dangan = dengan

sarivu = seribu tlu = telu = tiga

sapuluh dua = sepuluh dua = dua belas vanakna = banyaknya

sukhacitta = sukacita marvuat = berbuat vanua = benua = negeri ko = ke

Jika dialihbahasakan ke dalam bahasa Melayu isi Batu Bersurat Kedukan Bukit ini lebih kurang seperti yang berikut ini:

Selamat bahagia

pada tahun saka 605 hari kesebelas dari bulan terang bulan waisaka daputa baginda naik perahu mencari

rezeki

pada hari ketujuh bulan terang

(9)

dari muara Kampar membawa askar dua laksa dua ratus orang di perahu

yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya datang di matada dengan suka cita

pada hari kelima bulan terang bulan asada dengan lega datang

membuat negeri ... Seriwijaya

yang berjaya, yang bahagia, yang makmur

2.2.1.2 Batu Bersurat Talang Tuwo. Kita perhatikan pula bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo yang telah ditransliterasikan ini:

Svasti.

cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra. sana tatkalana parlak Criksetra ini.

niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini.

niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna. tathapi haur vuluh pattung ityevamadi.

punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara.

varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai. tmu muah ya ahara dngan air niminumna.

savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara. marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga. pidana svapnavighna.

varang vuatana kathamapi.

anukula yang graha naksatra pravis diya. Nirvyadhi ajara kavuatanana.

tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya.

yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya. varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra.

marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnaraya.

tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis. samahitacinta.

tmu ya prajna smrti medhavi.

punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira. anubamacakti.

jaya tathapi jatismara. avikalendriya.

mancak rupa. subjaga hasin halap. ade yavakya vrahmasvara. jadi laki.

svayambtu.

puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita. karmmavacita clecavacita avasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi.

Bahasa Melayu Kuno yang dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah: vulan = bulan

(10)

rumvia = rumbia dngan = dengan nimakan = dimakan vuahna = buahnya tathapi = tetapi haur = aur vuluh = buluh pattung = betung tlaga = telaga punyana = punyanya tmu = temu, bertemu margga = marga sukha = suka

niminumna = diminumnya

savanakna = sebanyaknya, sebanyak-banyaknya vuatna = buatnya

manghidupi = menghidupi prakara = perkara

varang = barang vuatana = buatannya marvvangun = membangun

Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slametmuljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini:

Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.

Daripada terjemahan ini jelas pada kita bahawa bahasa Sanskrit yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dikekalkan dalam bahasa asalnya.

2.2.1.3 Batu Bersurat Kota Kapur. Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an.

(11)

Kuno pada batu bersurat ini.

Di samping batu bersurat yang telah dinyatakan di atas sebenarnya ada lagi batu bersurat yang agak penting diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) di Sumatera Barat. Pada batu bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit dengan sedikit prosa Melayu Kuno dengan menggunakan huruf India dan satu lagi di Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India, menggunakan bahasa Melayu, Sanskrit, dan Arab.

2.3 PERKATAAN MELAYU

Tidak diketahui secara pasti bilakah perkataan Melayu mulai digunakan. Dalam tulisan Cina (dahulu Tiongkok) ada didapati berita yang menyatakan bahawa suatu masa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada Kaisar Tiongkok yang datangnya dari Kerajaan Mo-lo-yeu. Berita Cina ini diperkirakan ditulis sekitar tahun 644 (Masihi). Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi (di Pulau Sumatera bahagian Selatan) yang ada sekarang ini.

Perkataan yang hampir sama ditemui daripada keterangan seorang rahib Budha bernama I Tsing. I Tsing pernah singgah dan mendalami agama di Sriwijaya sebelum ia sampai di Benggala (India) untuk mempelajari agama Budha di Universiti Nalanda (675 - 685 M). Dalam salah satu catatannya ditemui perkataan Malayu.

Terjemahan catatannya itu ialah: "Apabila I Tsing melawat Sumatera, dia menemui dua kerajaan yang besar, iaitu Malayu berpangkalan di Sungai Batang dan Sriwijaya berhampiran dengan Palembang.

Buku Cina lain yang ada mencatat perkataan yang hampir sama ialah buku Ta Dang Si Yi Chiu Fia Kao Cheng Zhuan. Di dalam buku ini terdapat perkataan Mo Lou Yu. Buku Hai Nan Chi Guai Nun Fa Zhuan terdapat perkataan Mo Lou YŸ (u terdapat dua titik).

Perkataan Wu Lai Yu terdapat di dalam buku Hai Lu Chu dan buku Zheng He Hang Hai Tu. Chen Chung Shin yang menulis buku Tong Nan Ya Lien Guo Zhi (Negeri-negeri di Asia Tenggara) menyatakan bahawa orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu mendapat namanya daripada perkataan Mo Lo Yu, tetapi orang Cina pada masa itu ada yang menyebutnya sebagai Ma Li Yi Er, Wu Lai Yu, dan Ma La Yu.

Perkataan Malayu juga tertulis di bahagian belakang sebuah patung yang ditemui di Padang Rocore di kawasan Sungai Batanghari (Sumatera Selatan) bertarikh 1286 M. Dan di dalam buku Sejarah Melayu perkataan Melayu dihubungkan dengan nama sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu. Perhatikan petikan yang berikut ini: "Kata sahibul hikayat ada sebuah negeri di tanah Andelas (sekarang disebut Sumatera), Palembang namanya: Demang Lebar Daun nama rajanya, asalnya daripada anak cucu Raja Suran, Muara Tatang nama sungainya. Adapun nama Perlembang itu, Palembang yang ada sekarang inilah. Maka di hulu Muara Tatang itu ada sebuah sungai, Melayu namanya".

Harun Aminurrashid mengatakan bahawa "...bangsa yang bernama Melayu itu diam di sebuah kawasan anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batanghari (kini Sungai Jambi). Di kawasan hulu Sungai Jambi itulah dahulu pada kira-kira seribu lima ratus tahun lebih, telah ada sebuah Kerajaan Melayu sebelum (ada dan) semasa terkenal Kerajaan Sriwijaya atau Palembang Tua .... Kerajaan Sriwijaya telah mengalahkan Kerajaan Melayu sekitar abad ke-7 M. Walaupun dari segi pemerintahan Kerajaan Melayu kalah, tetapi bahasa Melayu terus berkembang dan digunakan bersama semasa menggunakan bahasa Sanskrit, iaitu bahasa rasmi pemerintahan Sriwijaya. Malahan pada Batu Bersurat Kartanegara yang dijumpai di Sungai Langsat bertarikh 1208 Tahun Saka, ditemui perkataan Malayapura yang ertinya Kerajaan Melayu".

Bahasa Melayu ternyata tidak terkongkong di daerahnya sendiri (di sekitar Palembang). Sebuah batu bersurat yang ditemui di Gandasuli di Jawa Tengah bertarikh 832 M juga menggunakan beberapa perkataan/bahasa Melayu. Padahal Batu Bersurat Gandasuli ini ditulis dengan huruf Dewanagari, iaitu sejenis tulisan purba India Utara bagi penyebaran agama Budha (lihat lampiran 2). Demikian juga batu yang telah ditemui di Kedu (Jawa Timur) yang walaupun tarikhnya tidak diketahui dengan pasti namun bahasanya menyerupai bahasa Melayu Kuno ataupun sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh bahasa Melayu.

(12)

Pada masa itu aksara Rencong ini digunakan untuk merakam cerita, pantun, atau yang sejenisnya. Setakat ini, aksara Renconglah yang dianggap sebagai huruf asli bahasa Melayu. Oleh kerana ia ditulis pada daun dan kulit kayu maka dengan sendirinya tulisan ini tidak dapat bertahan lama. Walau bagaimanapun, aksara Rencong ini kini masih dapat disaksikan di Perpustakaan School of Oriental and African Studies, London. Perhatikan pantun yang ditulis menggunakan aksara Rencong tersebut pada lampiran 2.

Berkenaan dengan aksara Batak atau Surat Batak yang disebutkan di atas, E. St. Harahap berpendapat bahawa orang Batak termasuk bangsa yang tua di dunia, sama tuanya dengan bangsa Assiria, Kaldea, dan Mesir Tua. Dengan demikian, tentulah aksara Batak, atau aksara Lontara mahupun aksara Rencong bukan peniruan daripada huruf India sama ada Brahmi, Palava, Dewanagari, atau aksara Sanskrit. Bandingkanlah aksara Lontara, Batak, dan Rencong di atas dengan aksara Brahmi, Palava, Dewanagari, dan Sanskrit. Walau

bagaimanapun, pengaruh aksara India Kuno terlihat jelas pada aksara Jawa. Bandingkan bentuk beberapa aksara yang dibincangkan ini pada lampiran 2.

2.4 KESIMPULAN

Walaupun asal usul bangsa Melayu (dalam pengertian yang khusus) yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Kesimpulan ini dikemukakan berdasarkan beberapa alasan, iaitu:

1.

Bahasa Melayu tidak mungkin pecahan daripada bahasa Jawa kerana sifatnya berbeza. Perbezaan itu di antara lain ialah bahasa Jawa mempunyai peringkat penggunaan bahasa manakala bahasa Melayu, tidak. Jadi, tentulah bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa.

2.

Aksara Rencong ialah huruf Melayu Tua yang lebih tua daripada aksara Jawa Kuno (tulisan Kawi). Masyarakat yang telah memiliki kemahiran bertulis dianggap sebagai masyarakat yang telah tinggi peradabannya dan tentu telah mempunyai masyarakat yang berkurun-kurun lamanya. Bahasa Melayu Tua dan Bahasa Batak juga tidak sama. Hal ini terbukti tulisannya tidak sama. Jadi, bahasa Melayu tentulah bukan berasal daripada bahasa Batak, walaupun pada masa yang sama mungkin kedua-dua bahasa ini telah wujud.

3.

Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan yang besar. Tidak mungkin sebuah kerajaan didirikan jika di daerah itu tidak ada penduduk asal yang ramai.

4.

Kerajaan Melayu pada waktu itu tentulah bukan seperti yang dimaksudkan seperti raja Melayu yang terdapat di Pasai atau di Melaka. Pengertian raja pada waktu itu ialah Ketua Kampung dan kerajaan itu bermaksud kawasan kampung. Tetapi tentulah kawasan kampung ketika itu sangat luas dan juga terdapat beberapa kampung lain di sekitarnya.

5.

Sehingga saat ini belum ditemui bukti sejarah yang lebih awal daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit (di Palembang) yang telah menggunakan bahasa Melayu dalam persuratannya. Dan juga, belum ada huruf Melayu Kuno yang lain ditemui selain daripada aksara Rencong (di daerah Sumatera Selatan, aksara Rencong ini masih digunakan hingga abad ke-18).

6.

Bahasa Minangkabau ialah salah satu bahasa yang paling mirip dengan bahasa Melayu dibandingkan dengan dialek Melayu yang lain kerana sejak dahulu kala lagi daerah Jambi berdekatan dengan daerah Minangkabau. Oleh yang demikian, kedua-dua bahasa ini tentulah ada pertaliannya.

7.

Walaupun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Jawa dan bahasa Batak (secara khusus) namun secara umum bahasa ini pada asalnya satu rumpun yang disebut rumpun bahasa Austronesia Barat atau bahasa Nusantara.

8.

Walau bagaimanapun, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengesahkan asal usul bangsa dan bahasa Melayu yang lebih terperinci, seperti rekonstruksi bahasa Melayu Purba dan juga kajian Leksikostatistik bahasa yang terdapat di benua Asia ini.

(13)

Ibid., m.s. 10-11. Ibid., m.s. 12.

Ismail Hussein. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita, 1984, m.s. 26. Ibid., m.s. 8.

Ab. Ghani bin Abbas. "Bahasa Melayu Kuno dari bentuk dan bunyi". Di dalam Dewan Bahasa, 4(1): 10, 1960. Obaidellah Haji Mohamad. Catatan-catatan dalam sejarah China mengenai negeri-negeri Melayu. Kertas kerja dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa mengenai Tamadun Melayu, 11-13 Nov. 1986, Kuala Lumpur, 1986.

Shellabear, W.G. Sejarah Melayu, 1982, m.s. 16. Harun Aminurrashid, 1966. passim., m.s. 4-7.

A. Samad Ahmad. Sejarah kesusasteraan Melayu I, 1966, m.s. 34. Harahap, E. St. Perihal bangsa Batak, 1960, passim., m.s. 11-15. Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

m.s. 9-10 dan Nik Safiah Karim, Nov. 1986, Kuala Lumpur. Sejarah kesusasteraan Melayu. Jil. 1,

BAB 3

PENULISAN BAHASA MELAYU

3.1 PENGENALAN

ada zaman awal kehidupan masyarakat Melayu, mereka belum memiliki kemahiran menulis. Semua

perhubungan dilakukan dengan cara lisan. Pada waktu itu juga mereka masih menganuti fahaman animisme. Oleh kerana mereka percaya bahawa hantu, jin, jembalang, atau penunggu; maka sesuatu benda yang besar seperti pokok besar, bukit besar, atau apa sahaja benda yang mengagumkan akan mereka sembah. Pada masa inilah kedudukan pawang sangat dihormati.

Pawang, yang pada mulanya mendapat ilmu pengetahuan secara semula jadi itu menjadi tempat bertanya bagi menyelesaikan semua kemusykilan dan meminta ubat bagi orang yang sakit. Bagi keperluan ini, Pawang menggunakan mantera, jampi, atau kata-kata hikmat yang lain dengan bahasa yang teratur, indah, dan berkesan. Pawang ini kemudian menurunkan ilmunya kepada orang yang paling dipercayainya. Penurunan ilmu ini adalah dengan cara hafaz dan amalan. Biasanya tidak semua ilmu yang dimiliki oleh pawang itu akan diturunkannya kepada muridnya dan ada pula murid yang mahu belajar secara khusus sahaja sehingga timbullah datu (orang yang pandai mengubati orang sakit), dukun (orang yang pandai membuat orang sihat menjadi sakit), dalang (orang yang pandai bercerita), dan kemahiran lainnya.

Di antara kemahiran yang disebutkan di atas, dalang atau pencerita menjadi orang yang terkenal. Ia bebas mengembara ke mana-mana menyebarkan ceritanya. Masyarakat waktu itu memberi layanan yang istimewa kepada pencerita. Di mana sahaja pencerita berada, orang kampung akan berduyun-duyun mendengar cerita yang biasanya berbentuk penglipur lara. Ia kemudian dikenali sebagai pelipur lara.

Pelipur lara yang terkenal bijak ini bukan sahaja menyampaikan ceritanya apabila sampai di sesuatu tempat. Sekali-sekala ia cuba juga menduga kepintaran orang di situ melalui teka-teki. "Satu di antara jenis hasil sastera Melayu yang terawal dan dipercayai terbitnya pada zaman orang Melayu belum memiliki kemahiran menulis, ialah teka-teki. Salah satu teka-teki yang terkenal ialah:

(14)

Di antara cerita yang paling disukai oleh masyarakat pada masa itu ialah cerita tentang haiwan. Hal ini berkait rapat dengan kehidupan masyarakat yang suka berburu. Para pencerita pula akhirnya memanfaatkan cerita haiwan ini sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran. Dengan kehalusan budi dan bahasanya si pencerita mengisahkan kehidupan haiwan untuk menceritakan hidup dan kehidupan manusia yang sebenarnya. Cara ini sangat berkesan. Orang yang kena sindir tidak marah dan orang lain mendapat teladan. Salah satu cerita yang paling digemari ialah cerita Sang Kancil.

Berkurun-kurun kemudian, pengalaman masyarakat Melayu semakin bertambah. Para cerdik pandainya cuba memikirkan cara untuk merakamkan bahasa mereka. Pengalaman dan pengetahuan mereka tentang alam cukup luas. Oleh yang demikian, mereka mulai menulis dengan meniru cabang, ranting, potongan kayu, dan bentuk sungai. Lama-kelamaan terbentuklah tulisan yang kemudian dinamai sebagai Tulisan Rencong.

Orang Melayu ketika itu menuliskan tulisannya pada kulit kayu, kulit binatang, batang buluh, atau daun lontar. Oleh yang demikian, ia tidak dapat bertahan lama kerana lama-kelamaan bendanya reput, hancur, atau

tulisannya hilang. Bagaimanapun, huruf asli Melayu ini diperkirakan lebih awal daripada huruf Kawi dan huruf Wenggi yang ditemui di Nusantara ini terutama di Pulau Jawa.

Orang Melayu yang sejak awal memang sebagai pelaut ulung, telah sampai ke mana-mana. Begitu juga dengan Si Pelipur Lara. Ia telah mendengar cerita yang dibawa oleh penyebar kepercayaan Hindu ke Nusantara ini. Ia pun melengkapkan ceritanya dengan cerita Hindu ini dengan mengubahsuaikan cerita asalnya menjadi corak tempatan. Dengan demikian, semakin berkembanglah kesusasteraan Melayu berbentuk lisan tersebut.

3.2 KESUSASTERAAN HINDU

Kedatangan saudagar dan mubaligh Hindu ke Nusantara ini terutama bertapak di Pulau Jawa. Para mubaligh tersebut memperkenalkan karya Mahabrata dan Ramayana kepada masyarakat tempatan. Karya Vyasa dan Valmiki pujangga India yang terkenal ini menarik perhatian pujangga istana di Jawa dan mereka menyalin bahagian yang mereka sukai.

Semasa Kerajaan Mataram di Jawa Tengah sedang jayanya, pujangga istana memang memiliki kedudukan yang istimewa. Mereka berpendapat bahawa peranan pujangga sama pentingnya dengan peranan mubaligh malahan mereka dapati melalui susastera penyebaran ilmu agama itu lebih berkesan dan mudah diterima oleh

masyarakat. Sekitar tahun 925 M, iaitu semasa kejayaan Kerajaan Mataram, pujangga Yogiswara telah menyalin Ramayana ke dalam bahasa Jawa Kuno (tulisan Kawi). Semasa pemerintahan Raja Dharmawangsa (985-1006 M) pula, dilakukan penyalinan Mahabrata dan pada abad ke-11 disalin lagi dan diberi tajuk baru, iaitu Astadasaparwa.

3.3 KESUSASTERAAN JAWA

Perkenalan pujangga istana dengan sastera Hindu ini telah melahirkan minat pujangga lain untuk menulis sendiri karya sasteranya. Semasa pemerintahan Airlangga, seorang pujangga bernama Mpu Kanwa mengarang syair (kekawin) yang diberinya nama Arjuna Wiwaha (sekitar tahun 1030 M). Mpu Sedah dan Mpu Panuluh pula menulis Bharatayudha sekitar tahun 1157 M. Dalam abad ke-12, lahirlah buku Smaradhana karya Mpu Dharmajaya dan buku Arjuna Wijaya karya Mpu Tantular.

Apabila Kerajaan Majapahit memperluas kekuasaannya hampir di seluruh Kepulauan Melayu termasuk Thailand, mereka cuba mempengaruhi masyarakat dengan memperkenalkan Cerita Panji, iaitu kisah keagungan Raja Majapahit. Cerita ini tidak dapat diterima oleh masyarakat terutama di luar Pulau Jawa kerana ia

menggunakan bahasa Jawa Kuno. Para dalang yang mempersembahkan cerita ini melalui Wayang Gedok (wayang orang yang menggunakan topeng) mencari jalan lain. Sebelum mereka mempersembahkan Cerita Panji terlebih dahulu mereka belajar bahasa Melayu. Persembahan Wayang Gedok terutama di Sumatera

kemudiannya menggunakan bahasa Melayu bercampur dengan bahasa Jawa. Secara langsung para dalang ini telah mengangkat bahasa Melayu dan lama-kelamaan beberapa perkataan bahasa Jawa yang sesuai diserap ke dalam bahasa Melayu. Cerita Panji telah mempengaruhi kesusasteraan dan bahasa Melayu sekitar tahun 1240 M.

(15)

diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di antara lain, ialah Syair Ken Tambuhan, Syair Lelakon Mesa Kumitar, Syair Undakan Agung Udaya, dan Syair Panji Semirang.

Sebagai gambaran, perhatikan contoh Cerita Panji yang dipetik daripada Hikayat Cekel Weneng Pati yang berikut ini:

Bahawa ini cerita orang dahulu kala dari pada bahasa Melayu dan Jawa, diceritakan oleh dalang dan bujangga yang parama kawi di tanah Jawa, dipindahkan dengan bahasa Melayu, maka akan jadi penghibur rasa yang dendam dilelakonkan. Dalam itupun masygul di mana 'kan hilang? Dendam pun tiada berbilang! Akan perinya juga pendalang katakan akan pemadam hati yang berahi; maka dalang panjangkan lelakon ini supaya menjadi tembang lanjut dan kidung dan kekawin segala yang arif bijaksana dari pada menyatakan 'asyikan dalam kalbu: hendak pun dikeluarkannya yang ada dalam hatinya itu tiada 'kan datang kebajikan kepadanya; oleh karena itulah maka dikarang hikayat ini bernama Cekel Weneng Pati ...."

Bahasa yang terlihat dalam kutipan di atas tidak dapat digunakan sebagai pedoman bahasa yang digunakan pada zaman mula-mula Cerita Panji diciptakan kerana para dalang mengubahsuaikan bahasanya sesuai dengan perkembangan bahasa yang diketahuinya. Menurut Baharuddin Zainal, naskhah Cerita Panji baru ditemui pada abad ke-15. Walau bagaimanapun, pernyataan yang mengatakan ia "berasal daripada bahasa Jawa dan ditukar ke dalam bahasa Melayu" penting untuk diketahui. Lagi pula, kutipan ini jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana perkataan bahasa Jawa itu diserap menjadi bahasa Melayu.

3.4 KESUSASTERAAN ARAB

Seiringan dengan penyebaran kesusasteraan Hindu dan Jawa, kesusasteraan Arab juga turut berkembang di alam Melayu. Ini tidaklah menghairankan kerana orang Arab sudah sejak awal sampai di Kepulauan Melayu. Sejarah China mencatatkan bahawa pada tahun 977 M, seorang utusan yang beragama Islam bernama Pu Ali (Abu Ali) telah mengunjungi negeri China yang datang dari Poni, iaitu sebuah negeri di alam Melayu.

Pada mulanya, cerita Hindu yang sudah sedia ada dalam pengetahuan masyarakat Melayu dimasukkan unsur Islam. Dengan demikian, para pendengar mudah menerima pengetahuan Islam tersebut. Lama-kelamaan lahir pula cerita nabi, para sahabat, dan pahlawan Islam lainnya. Semuanya disampaikan secara lisan semasa menyebarkan agama. Naskhah bertulis berkenaan dengan kesusasteraan Islam baru ditemui pada abad ke-15 walaupun kesusasteraan Islam telah masuk ke alam Melayu jauh sebelum itu. Bahkan, istilah hikayat yang digunakan dalam kesusasteraan Hindu dan Jawa diambil daripada istilah bahasa Arab.

Pengaruh bahasa Arab lebih jelas lagi dapat dilihat pada Batu Nisan Malik al-Saleh. Batu Nisan ini dipercayai dibawa dari negeri Kembayat (Kambodia). Tulisan yang terdapat pada batu nisan tersebut keseluruhannya menggunakan bahasa Arab. Isinya di antara lain menyatakan tarikh wafat Sultan Malik al-Saleh (Raja Pasai yang pertama memeluk agama Islam), iaitu bersamaan dengan tahun 1297 M. Ini bukanlah bermakna bahawa Batu Nisan Malik al-Saleh merupakan bukti pertama orang Nusantara ini memeluk Islam kerana di Leran, Gresik, Pulau Jawa terdapat batu nisan seorang wanita Islam bernama Fatimah bt. Maimun bertarikh 1082 M. Jika di Pulau Sumatera dan Pulau Jawa ditemui batu nisan orang Islam, di Tanah Semenanjung atau tepatnya di Sungai Teresat, Kuala Berang di negeri Terengganu ditemui pula batu bersurat yang dinamai Batu Bersurat Kuala Berang bertarikh 1303 M. Batu bersurat ini ditulis dengan huruf Jawi. Tulisan Jawi ini mengambil huruf Arab dan menambah beberapa huruf lain sebagai melengkapi bunyi Melayu yang tidak terdapat dalam bahasa Arab.

Batu Bersurat Kuala Berang di atas ditulis pada empat bahagian. Perhatikan bahasa yang tertulis pada salah satu bahagian batu tersebut (setelah ditransliterasikan):

RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).

Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam. Dengan benar bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.

Di benuaku ini pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallam raja mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam bumi pebantu itu fardhu pada sekalian raja mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.

Bicara berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan menduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala.

(16)

Daripada kutipan di atas terlihat perkataan Dewata Mulia Raya masih digunakan walaupun yang dimaksud ialah Allah SWT. Beberapa perkataan lain, seperti: mandalika (ketua wilayah), berbajikan (kebajikan = kebaikan), tamra (perintah rasmi), dan sasanakala (masa perintah agama) memperlihatkan perkataan Sanskrit sudah semakin berkurang.

Berkenaan dengan aksara Jawi yang merupakan aksara Arab tersebut, aksara Persia telah menambahnya dengan empat huruf atau bunyi, iaitu p, ch, zh, dan g. Aksara Jawi mengambil huruf ch Persia menjadi c dan

mengubahsuai g Persia dengan mengguna-kan titik di atas. Bunyi atau huruf p, ng, dan nya merupakan ciptaan bangsa Melayu sendiri. Aksara Jawi ini kemudian dilengkapkan dengan bunyi atau huruf v sejak 1987. Bandingkan aksara Arab, Persia, dan Jawi seperti yang diperlihatkan pada lampiran 3.

Kembali ke Pulau Sumatera, di Aceh ditemui pula sebuah nisan yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh. Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India. Namun, bahasa yang digunakan merupakan gabungan bahasa Melayu, bahasa Sanskrit, dan bahasa Arab. Perhatikan transkripsinya seperti yang berikut ini: hijrat nabi mungstapa yang prasida

tujoh ratus asta puluh sawarsa haji catur dan dasa wara sukra raja iman warda (?) rahmat Allah gutra barubasa mpu hak kadah pasema taruk tasih tanah samuha

ilahi ya rabbi Tuhan samuha taruh dalam swarga Tuhan tatuha

Harun Aminurrashid mengutip terjemahan yang diberikan oleh C. Hooykaas tentang Batu Nisan Minye Tujuh di atas, sebagai berikut:

Setelah hijrah Nabi, kekasih yang telah wafat, tujuh ratus delapan puluh satu tahun,

bulan Zulhijjah empat belas hari, hari Jumaat raja iman rahmat Allah bagi Baginda (warda)

dari keluarga Barubasa mempunyai hak atas Kedah dan Pasai, menarok di laut dan darat semesta (semua)

Ya Ilahi, ya Tuhanku semesta,

masuklah Baginda ke dalam syurga Tuhan.

Walaupun tarikh Batu Nisan Minye Tujuh ini terkemudian daripada Batu Bersurat Kuala Berang, ternyata bahasa Melayu pada Batu Bersurat Kuala Berang lebih maju.

3.5 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa: (a) Tulisan Melayu yang awal ialah Tulisan Rencong.

(b) Kesusasteraan Islam diperkenalkan kepada masyarakat Melayu melalui tradisi lisan sama ada disampaikan oleh mubaligh Islam mahupun oleh pencerita tempatan sebagai kesinambungan tradisinya yang terdahulu. (c) Kesusasteraan Hindu yang masuk ke alam Melayu mula-mula menggunakan bahasa Sanskrit dan kemudian menggunakan bahasa Jawa Kuno (Kawi) di Pulau Jawa. Kesusasteraan ini diperkenalkan kepada masyarakat Melayu di luar Pulau Jawa melalui kesusasteraan lisan dengan menggunakan bahasa Melayu campur bahasa Jawa.

(d) Tulisan Jawi telah mengambil alih tugas tulisan Rencong.

Penciptaan tulisan Jawi tentulah sudah bermula sebelum abad ke-13 kerana penggunaan tulisan Jawi di dalam Hikayat Raja Pasai telah menunjukkan bahawa ia telah dapat mendeskripsikan pemikiran orang Melayu yang tinggi dan berseni.

A. Samad Ahmad. Sejarah kesusasteraan Melayu I, 1966, m.s. 4.

A. Samad Ahmad. "Mempelajari sejarah kesusasteraan lama Melayu III". Di dalam Dewan Bahasa, 1(3): 152, 1957.

(17)

Ismail Hamid. Kesusasteraan Melayu lama dari warisan kesusasteraan Islam, 1983, m.s. 11. Ibid., m.s. 8.

Ismail Hussein. Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita, 1984, m.s. 27. Ismail Hamid, op. cit., m.s. 11.

Harun Aminurrashid. Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu, 1966, m.s. 13. Misbaha. Pesaka, 1983, m.s. 86-87.

Harun Aminurrashid, op. cit., m.s. 18-19.

Burckhardt, Titus. Art of Islam: language and meaning, 1976, m.s. xiv. Pedoman umum ejaan Jawi yang disempurnakan, 1987, m.s. 2. Ismail Hussein, op. cit., m.s. 26.

Harun Aminurrashid, op. cit., m.s. 21.

BAB 4

BAHASA MELAYU DALAM PERSURATAN

4.1 PENGENALAN

ingga abad ke-14 bahasa Melayu telah mengalami benturan dengan tiga bahasa yang besar, iaitu

bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, dan bahasa Arab. Tulisannya yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya.

Memang sudah ditakdirkan bahawa bahasa Melayu akan terus hidup. Walaupun tulisannya tidak dapat digunakan, timbul pula tulisan baru, iaitu tulisan Jawi. Menerusi tulisan Jawi inilah bahasa Melayu terus maju sama ada di bidang kesusasteraan, pendidikan, ekonomi, budaya, perhubungan, agama, falsafah, politik, pemerintahan, dan yang lainnya.

Para mubaligh Islam yang datang ke Nusantara ini sememangnya sudah mahir membaca dan menulis huruf Arab dan mereka juga sudah mahir berbahasa Melayu. Mereka tidak puas hati menyampaikan ajaran Islam itu dengan lisan sahaja. Oleh yang demikian, mereka cuba mengajar anak tempatan pengetahuan membaca dan menulis huruf Arab berdasarkan bahasa Quran, iaitu mulai daripada alif - ya hinggalah pandai membaca al-Quran.

Pengetahuan membaca dan menulis bahasa Arab yang dikatakan di atas ternyata tidak cukup kerana masyarakat tempatan telah memiliki bahasanya sendiri, iaitu bahasa Melayu. Oleh yang demikian, tulisan Melayu perlu dicipta. Masalah yang timbul ialah huruf Arab tidak cukup melambangkan perkataan Melayu manakala huruf Rencong yang sudah sedia ada pula tidak mereka fahami.

Para mubaligh dan cerdik pandai Melayu cuba mengenal pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam abjad bahasa Arab. Kekurangan abjad tersebut mereka ambil daripada huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sudah sedia ada (lihat Bab 3). Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan Jawi telah mengenal abjad bahasa Melayu secara agak lengkap.

Perhatikan abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut seperti: a (ada), b (bagi), c (cucuku), d (dengan), e (emas), f (fardhu), g (tiga), h (hamba), i (itu), j (juma'at), k (keluarga), l (lalu), m (mereka), n (perempuan), o (orang), p (penentu), r (rasul), s (seri), t (tuhan), u (ugama), w (wa's-salam), y (yang).

Jika kita perhatikan keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang di atas, hanya huruf q, v, x, dan z sahaja yang tidak ditemui di dalamnya, tetapi ini juga tidaklah bermakna bahawa huruf q dan z tidak ada pada zaman itu, sebab huruf ini sudah sedia ada dalam abjad bahasa Arab, iaitu qaf ( r ) dan zai ( g ), hanya bahasa Melayu waktu itu belum menggunakannya.

(18)

pujangga diberi layanan yang istimewa. Dengan demikian tulisan Jawi itu sedikit demi sedikit semakin sempurna dan kelak dikenali sebagai ejaan Jawi Aceh.

4.2 HIKAYAT NUR MUHAMMAD DAN HIKAYAT AMIR HAMZAH

Dengan sempurnanya huruf abjad Jawi maka ulama Islam sama ada yang berasal dari negara Arab mahupun ulama Islam tempatan yang telah mendalami pengetahuan agama Islam mulai menulis risalah terutama berkenaan dengan "... huraian kalimah shahadat, rukun Islam yang lima perkara, rukun Iman yang enam perkara, sifat dua puluh, demikian juga segala yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam".

Orang Melayu pun semakin ramai belajar agama di negara Arab. Apabila mereka kembali ke tanahair banyaklah buku agama diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Mereka juga menyedari bahawa kesusasteraan merupakan cara yang mudah untuk menyampaikan fahaman keagamaan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, ada di antara mereka yang giat menulis hikayat. Dari sini lahirlah cerita Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat nabi bercukur, Hikayat Nabi Muhammad mengajar anaknya Fatimah, Hikayat Nabi Yusuf, Hikayat Nabi Ibrahim, Hikayat Nabi Daud, dan hikayat nabi yang lain. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam petikan Hikayat Nur Muhammad dan nabi bercukur dan nabi wafat adanya, seperti yang berikut ini:

Wabihi nasta'inu billahi ta'ala. Ini hikayat peri menyatakan Nur Muhammad Rasulullah sollollohu 'alaihi wasallam. Bermula maka tatkala itu semata-mata 'alam pun belum jadi,'arasy dan kursi pun belum jadi, langit dan bumi pun belum jadi, darat dan laut pun belum jadi, langit dan bumi pun belum jadi, tersebut Luh pun belum tersurat dan seperti Nabi sollollohu 'alaihi wasallam kepada Nabi Adam 'alaihissalam, yakni Adam antara tanah dan seperti sabda Nabi sollollohu 'alaihi wasallam 'awwalu ma kholaqollohu ta'ala nuri'. Ertinya, pertama-tama dijadikan Allah ta'ala itu cahayaku ini maka ia pun sujud dengan firman Allah menyuruh sujud.

Demikianlah firman Allah sujudlah engkau lima puluh tahun lamanya. Telah sudah ia sujud maka firman Allah 'Hai kekasihku Nur Muhammad' maka bangkitlah ia Nur Muhammad itu.

Bahasa yang terdapat dalam petikan di atas terlihat susunannya tidak teratur dan berlaku beberapa kali perulangan perkataan. Keadaan ini dapat difahami kerana karya ini merupakan awal penulisan daripada cerita yang biasanya disampaikan secara lisan.

Demikian juga kesusasteraan Parsi; mereka terjemahkan ke dalam bahasa Melayu, seperti: Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad 'Ali Hanafiah. Perhatikan bahasa yang terdapat dalam kutipan Hikayat Amir Hamzah ini:

Alkisah diceterakan oleh yang empunya cetera ini, sekali peristiwa ada seorang raja di sebuah negeri, Mada'in namanya. Raja itu bernama Kobat Syahril. Negeri terlalulah luas dan maha besar. Adapun raja itu terlalu adil dengan murahnya, bangsawan lagi budiman dan dermawan. Baginda dikasihi oleh segala menteri dan

hulubalang; segala rakyat isi negeri Mada'in itu amat kasih akan raja itu, sebab adil dan murahnya. Seorang pun raja-raja tiada dapat melalui titahnya, dan tiada dapat mengikut kelakuannya. Segala negeri di dalam tanah Arab itu takluk di bawah perintahnya.

Lama-kelamaan beberapa perkataan Parsi pun diserap ke dalam bahasa Melayu, seperti: istana, dewan, askar, syahbandar, nobat, nafiri, rebab, saudagar, nakhoda, kelasi, gandum, dan anggur.

Ada pula di antara pujangga yang sudah begitu mesra dengan kesusasteraan Hindu menulis cerita tersebut dalam tulisan Jawi. Namun, penulisan mereka ini telah dijalin dengan nama Arab atau campuran Hindu-Arab termasuk gelaran rajanya, seperti: Candra Nur Lela, Malik Indra, dan Maharaja Bikrama Indra Dewa mempunyai gelaran lain, iaitu Paduka Seri Sultan Putera Jaya Pati Sifat Alau'ddin Shah. Perkataan lain yang kini sudah sebati dengan bahasa Melayu di antara lain: saya, suara, neraka, syurga, puasa, cuka, muka, masa, pahala, utara, bahaya, kepala, putera, puteri, negeri, bahasa, bumi, cahaya, agama, sayembara, raja, raya, manusia, dewa, rahasia, raksasa, rasa, ragam, biaya, restu, sentosa, anggota, dan saudara.

(19)

4.3 DAFTAR KATA BAHASA MELAYU-CINA

Seperti telah dihuraikan pada bahagian terdahulu bahawa orang Cina yang singgah di alam Melayu ini bukan hanya pedagang tetapi juga mereka yang ingin belajar agama Budha di India. Semasa singgah di beberapa pelabuhan di Kepulauan Melayu ini ada yang mencatat perkataan Melayu yang didengarinya.

Satu senarai perkataan bahasa Melayu-Cina dipercayai telah ada dalam tahun 1403-1511 M mengandungi sebanyak 482 kata masukan. Walaupun ia barulah berbentuk senarai, namun para pengkaji bahasa Melayu menganggap ia sebagai kamus pertama bahasa Melayu.

BAB 5

KAMUS DAN NAHU BAHASA MELAYU

5.1 PENGENALAN

lam Melayu yang banyak mengeluarkan hasil hutan dan rempah-ratus, menjadi tumpuan orang

Eropah. Mereka menyedari bahawa untuk memudahkan perniagaan, bahasa anak negeri perlu difahami dan dikuasai. Di samping itu pula orang Eropah sudah mulai ramai yang tinggal di ceruk rantau Nusantara ini kerana berniaga, membuka ladang, atau ditugaskan oleh kerajaan mereka sebagai pegawai. Para mubaligh Kristian turut sama ke Kepulauan Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada orang Eropah yang bertugas di sini dan juga kepada orang tempatan. Semua ini memerlukan kemahiran bahasa Melayu. Sejak itu, buku petunjuk sederhana dan kamus bahasa Melayu dianggap penting.

5.2 PENGKAJI BARAT

Frederick de Houtman (adik Cornelis de Houtman) menyusun perkataan dan ayat bahasa Melayu Madagaskar. Bahan ini disusunnya semasa ia ditawan oleh pemerintah Aceh dalam tahun 1599-1602 M. Kamus ini pertama kali dicetak di Amsterdam pada tahun 1604 M dan dicetak semula pada tahun 1673 M. Buku ini dicetak lagi di Batavia (kini Jakarta) pada tahun 1707 M.

Gotardus Arthus menterjemah buku Frederick de Houtman di atas ke dalam bahasa Latin pada tahun 1608 M. Buku ini dicetak untuk kali kedua pada tahun 1614 M, dan daripada bahasa Latin ia diterjemahkan pula ke dalam bahasa Inggeris oleh Augustine Spalding yang diterbitkan di London pada tahun 1624 M. Albert Ruyl pula mengubah tajuk karya Frederick di atas, dan mengadakan sedikit pengubahsuaian yang kemudian dicetak di Amsterdam pada tahun 1650 M dan dicetak semula di Batavia pada tahun 1677 M setelah diperbaiki oleh Frederick Gueynier. Sekali lagi kamus ini diterbitkan di Batavia juga pada tahun 1708 M oleh Petrus van der Worm, dan beliau mengatakan bahawa inilah kamus Melayu - Belanda yang terbaik.

Casper Wittens menyusun kamus bahasa Melayu - Belanda yang kemudian diperbaiki oleh Sebastian

Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 M dan di Batavia pada tahun 1706 M. Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 M. Thomas Bowerey menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh pedagang yang datang ke Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayat yang dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis).

Andreas Lambert Loderus mencetak semula kamus yang disusun oleh Casper Wittens dan Sebastian Danckaerts. Ia juga mencetak semula kamus yang disusun oleh Tustus Heurnius dan kamus yang disusun oleh Frederick Gueynier di Batavia pada tahun 1708 M.

(20)

Sebelum P. Farve, William Marsden telah menulis A grammar of the Malayan language pada tahun 1812 M. Pendahuluan buku ini mengandungi 50 halaman. Banyak perkara yang dibincangkan oleh Marsden dalam Pendahuluan bukunya ini. Beberapa hal yang penting ialah:

(a) Yang dimaksud dengan Kepulauan Melayu itu ialah Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan beberapa buah pulau yang lain. Setiap pulau, masyarakatnya memiliki bahasa mereka sendiri tetapi dalam hal perniagaan terutama di bandar pelabuhan, mereka menggunakan bahasa Melayu. Di antara pelbagai dialek yang dituturkan di pasar semasa berhubungan, dialek Melayulah yang paling asas dan ia kemudian berkembang menjadi bahasa Melayu.

(b) Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya pula mudah sehingga perkataan pinjaman pun akan mereka selaraskan dengan pengucapan masyarakat setempat.

(c) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa, namun orang Jawa menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan pergaulan. Bahasa Melayu di Sumatera hampir sama dengan bahasa Melayu di Semenanjung dan perbezaan tersebut hanyalah vokal akhir sahaja.

(d) Langkapura terletak di antara Palembang dan Jambi, bukan di Pulau Jawa kerana tidak ada kesan kerajaan ini di sana.

(e) Orang di atas angin bermaksud orang Arab manakala orang di bawah angin bermaksud orang Melayu. Orang di bawah angin lebih suka menyembelih kerbau daripada lembu.

(f) Perkataan Jawi (tulisan) bukanlah berasal daripada perkataan Jawa, Jawi (lembu, atau pokok jawi-jawi) tetapi membawa maksud campuran tulisan Arab, Parsi, dan Melayu. Perkataan ini dikiaskan daripada anak Jawi yang bermaksud anak campuran.

(g) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskrit memperkaya bahasa Melayu, sungguhpun ada persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisaya, dan Pampanga tidak dapat dibuat sebagai alasan bahasa orang Melayu berasal dari Filipina kerana orang Melayu berkulit kekuning- kuningan dan berambut panjang manakala Filipina berkulit agak gelap dan berambut keriting.

(h) Bangsa Melayu di Sumatera, Jawa, Sulawesi, dan di beberapa buah pulau yang lain telah lama memiliki abjadnya sendiri sebelum tulisan Arab diperkenalkan.

(i) Menolak pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang dituturkan di Indo-China dengan alasan bahawa pengkaji tersebut (J.C. Leyden) tidak menyenaraikan perbendaharaan kata dalam sifatnya yang asal. Jika seseorang pengkaji tidak mempunyai pengetahuan tentang budaya masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut lazimnya ia akan menyampaikan sesuatu yang lain daripada yang sebenarnya dan ini akan menyebabkan sesuatu kajian tersebut tidak sempurna.

(j) Pendengaran pengkaji yang tidak tepat, penyisipan bunyi atau huruf pada ejaan yang asal didapati berlaku. Untuk siapakah penyesuaian sebutan tersebut dilakukan? Bagi penutur Eropah yang sudah mahirkah? Penutur tempatan yang terpelajar, penyesuaian tersebut jelas tidak memanfaatkan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa ejaan Melayu bukan seperti yang mereka katakan tidak tepat atau tidak mempunyai peraturan tertentu.

Dalam Pendahuluan itu juga Marsden banyak menyanggah beberapa pendapat penulis Barat tentang bangsa dan bahasa Melayu yang menurutnya lebih mengutamakan kepentingan pemerintah yang menjajah daripada kebenaran data dan fakta.

Isi buku ini tidak dibahagikan pada bab melainkan pada beberapa tajuk kecil. Tajuk tersebut di antara lain ialah: Abjad Jawi, Konsonan, dan Vokal, Tanda Bacaan Tulisan Jawi, Golongan Kata, Bahagian Ayat, Nama, Sifat, Perbandingan, Bilangan, Ganti Nama, Penunjuk, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, Pengimbuhan, Binaan Ayat, Dialek, Prosodi, dan Praksis.

Beberapa hal yang menarik dalam isi buku ini ialah, Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah

mengambil 28 huruf Arab, iaitu £, [, \, ], Ð, a, b, d, e, f, g, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, u, v, w, x, z, y, å dan mencipta enam huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada, iaitu c, h, p, s, u, ].

Marsden telah menggolongkan perkataan bahasa Melayu pada tujuh golongan, iaitu Ganti Nama Diri,

Perbuatan, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, dan Partikel. Marsden memasukkan Adjektif ke dalam kata yang menerangkan Sifat Nama. Dalam bahasa Melayu bentuk perkataan tidak menunjukkan tunggal atau jamak tetapi Bilangan tersebut dinyatakan secara khusus, iaitu menggunakan Bilangan dan bila perlu dengan Penjodoh Bilangannya sekali.

Menurut Marsden, Kata Sendi sangat penting untuk membezakan makna, seperti ke rumah, dari rumah, di rumah, di luar rumah, di atas rumah, di bawah rumah, dan lain-lain. Dengan demikian, sesuatu Nama akan mudah diketahui sama ada Nama pada Objek atau Nama pada Kata Sendi.

(21)

yang khusus. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar digunakan Kata Bilangan Kardinal, Ordinal, dan Pecahan. Kata Bilangan ini pula sangat penting untuk menyatakan sesuatu Nama sama ada tunggal atau jamak, kerana dalam bahasa Melayu Nama tunggal dan jamak tidak dicirikan oleh perubahan bentuk.

Perkataan angkau berubah apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi vokal a seperti mana bagi kelompok kata darimana angkau yang akan disebut menjadi darimanangkau. Begitu juga perubahan tersebut berlaku apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi asal n seperti akan bagi kelompok kata akanangkau. Untuk mengelakkan bunyi seperti ini maka perkataan angkau diubah menjadi dikau sehingga lahirlah perkataan darimana dikau dan akan dikau. Perkataan dikau kini jarang digunakan dan kembali mengambil perkataan engkau atau disingkatkan menjadi kau.

Perkataan iya atau inya juga mengalami hal yang sama. Apabila bunyi akhir perkataan sebelumnya bunyi h seperti suruh bagi kelompok kata suruhiya dan bunyi akhir sebelumnya vokal a seperti mana bagi kelompok kata ke manaiya maka perkataan iya mendapat penambahan d sehingga menjadi diya. Dengan demikian, ada selang bunyi di antara perkataan sebelumnya dan sesudahnya, iaitu suruh diya atau ke mana diya. Perkataan diya kini dieja menjadi dia.

Perkataan iya bagi milik atau kepunyaan biasa disebut niya seperti pada kelompok kata kapala niya atau rambut niya. Lama-kelamaan bunyi niya berubah menjadi nya sehingga kelompok kata di atas menjadi kepalanya atau rambutnya. Inilah sebabnya nya dikatakan berasal daripada perkataan dia kerana dia berasal daripada iya dan inya juga berasal daripada iya.

Pembinaan Awalan dengan Kata Dasar ditentukan oleh huruf awal sesuatu Kata Dasar. Dengan demikian, beliau mengemukakan rumus seperti yang berikut ini:

(a) Awalan men- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf j, c, d.

(b) Awalan meng- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, h, g. (c) Awalan mem- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf b, p.

(d) Awalan me- mendahului perkataan yang bermula dengan huruf r, m, n, w, l.

(e) Perkataan yang bermula dengan huruf t, s, p, k suku kata pertama Kata Dasar ini akan mengubahsuai bunyi bagi kelancaran pelafazan apabila digabungkan dengan Awalan.

Perkataan tolong, huruf t gugur dan awalannya menjadi men- dan hasilnya menolong. Perkataan susu, huruf s gugur dan Awalannya menjadi meny- dan hasilnya menyusu. Perkataan palu, huruf p gugur dan Awalannya menjadi mem- dan hasilnya memalu. Perkataan kata, huruf k gugur dan Awalannya menjadi meng- dan hasilnya mengata.

Di samping imbuhan di atas, Marsden juga mengemukakan Awalan ber-, bel-, dan be-. Menurut beliau lagi Awalan be- lebih umum digunakan dalam bahasa lisan, Awalan ber- untuk bertulis dan bel- jarang berlaku, kecuali pada perkataan belajar.

Di dalam buku tersebut, yang dimaksudkan dengan Kata Penunjuk itu ialah Penunjuk Kala yang terbahagi tiga, iaitu

(a) Kala Kini Contoh: lagi, sambil, serta, seraya. (b) Kala Lepas Contoh: telah, sudah.

(c) Kala Akan Datang Contoh: mahu, hendak, akan.

Dikatakan bahawa Awalan ter- apabila diimbuhkan pada Perbuatan, ia menghasilkan Imbuhan Pasif, seperti terpukul, teralah, tertulis yang beliau samakan dengan imbuhan Latin -tus, seperti amatus, doctus, loctus. Awalan ter- ini akan berubah menjadi te- apabila ia diimbuhkan dengan Kata Terbitan yang mendapat Awalan per- seperti persayang menjadi tepersayang.

Imbuhan yang lain ialah: pen-, peng-, pem-, pe-, per-, pel-, di-, ke-, se-, kan-, -i, -an, -lah, -kah, -tah, -nya, -ku/ku-, -mu, -kau/kau-, -nya, -pun, -nda. Di dalam buku ini terlihat bahawa Marsden mengutamakan perbincangan tentang binaan perkataan dan hanya sedikit sahaja binaan ayat.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam tradisi sastra Melayu lama, prosa adalah seluruh hasil karya sastra lisan dan tulisan yang panjang, baik yang berbentuk cerita ataupun bukan cerita, dengan bahasa Melayu

 Naskhah ini merupakan sastera sejarah yang disampaikan dalam bentuk bahasa Melayu klasik dengan menggunakan tulisan Jawi.  Kandungannya mengenai adat istiadat kerajaan,

Pertubuhan ini menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden untuk memperkembangkan kesusasteraan Melayu dalam KBPM II, membentangkan kertas

Penggunaan ilmu-ilmu bantu dalam penulisan sejarah Islam di dunia Melayu-Nusantara secara umum dan sejarah Islam di dunia Melayu- Nusantara khususnya, tidak bisa dipungkiri, telah

Ini adalah jelas kerana sumber sejarah al-Attas dalam tafsiran beliau terhadap kedatangan Islam di Alam Melayu adalah menyeluruh meliputi al-Qur’an, hadis, artifak,

kepada andaian bahawa ciri-ciri tulisan Arab yang telah diadunkan dengan bahasa Melayu seperti yang terdapat di dalam batu bersurat tersebut menunjukkan proses pembelajaran

Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia yang kita pakai saat ini sebenarnya berasal dari bahasa Melayu, yaitu bahasa Melayu Riau Provinsi Kepulauan Riau yang telah

Berdasarkan bukti-bukti sejarah yang telah ditemukan seperti: Dari prasasti yang ditemukan di Jambi, Palembang dan Bangka maka dapat ditarik kesimpulan bahwa bahasa Melayu yang sudah